KERTAS CADANGAN
LAWATAN BERFOKUS KELAS RANCANGAN KHAS
Tarikh : 22 APRIL 2008 (SELASA) Destinasi: LEMBAGA KOKO MALAYSIA, HILIR PERAK, PERAK. KILANG COKLAT SURECO SDN. BHD.
Disediakan oleh:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN, PERAK.
LAWATAN BERFOKUS KELAS RANCANGAN KHAS 1.0. PENGENALAN Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja diperolehi dalam bilik darjah semata-mata tetapi ianya boleh juga didapati dengan kegiatan luar bilik darjah seperti membuat tinjauan alam atau lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dengan melihat sendiri tempat-tempat yang telah dipelajari dalam buku di sekolah. Murid-murid juga boleh membuat perbandingan tempat yang dilawati dengan apa yang telah dipelajarinya atau dapat di ambil pengalaman untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menuju kecemerlangan. Lawatan Berfokus Kelas Rancangan Khas bertemakan sains dan teknologi dalam pertanian ini bertujuan juga sebagai penggalakan pelajar dalam bidang tersebut. Dengan itu, pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling SMART bercadang untuk menganjurkan Lawatan Berfokus Kelas Rancangan Khas bertemakan Sains & Teknologi dalam pertanian ke Lembaga Koko Malaysia, Hilir Perak, Perak. 2.0. MATLAMAT Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar Rancangan Khas SMART dengan bidang sains dan teknologi dalam bidang agroteknologi untuk memupuk minat mereka dalam bidang tersebut serta menggalakkan mereka mendalami bidang tersebut seterusnya mencapai dasar kerajaan yang meletakkan pertanian sebagai komoditi utama negara Malaysia 3.0. OBJEKTIF 3.1. Memupuk minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi dalam bidang pertanian 3.2. Pelajar dapat melihat sendiri fenomena alam 3.3. Pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif 3.4. Menanam minat untuk menjadi manusia inovatif dan produktif 4.0. SASARAN Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 Kelas Rancangan Khas SMART 2008 seramai 114 orang. 5.0. JANGKAMASA Program ini dilaksanakan dalam tempoh satu hari pada 22 April 2008 (Selasa)
6.0. KAEDAH PELAKSANAAN 6.1. Lawatan 6.2. Demontrasi 6.3. Kuiz 7.0. JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat
: En. Mohd Hashim B. Ahmad (Pengetua SMART)
Pengerusi
: Pn. Normah Bt. Kamarudin (Penolong Kanan HEM SMART )
Naib Pengerusi
: En. Amin Zaki B. Mohammad Yusof (Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMART )
Setiausaha
: Cik Hamilia Sapila Bt. Abdul Hamid (Guru Bimbingan & Kaunseling SMART )
Penyelaras Program 1
: En Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling SMART )
Penyelaras Program 2
: Pn. Arbaiyah Bt. Basiran (Guru Penyelaras Kelas Rancangan Khas SMART)
Bendahari
1
: En. Nor Hisyam B. Hj. Mohd Nawi (Guru Praktikal Bimbingan & Kaunseling)
Bendahari
2
: En. Syaiful Amri B. Jusof (Guru Praktikal Bimbingan & Kaunseling)
8.0. KEWANGAN Anggaran Perbelanjaan Sewa bas selama sehari RM350.00 x 2 bas JUMLAH Sumber Kewangan Pelajar RM3 x 114 orang (makan) Peruntukan Kaunseling (sewa bas RM350 x 2 bas) JUMLAH
RM 700.00 RM 700.00 RM 342.00 RM 700.00 RM 1042.00
9.0. TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM SELASA, 22 APRIL 2008
MASA 7.00 am 8.00 am 8.15 am 8.45 am 11.45 am 12.00 am 2.00 pm 3.30 pm
10.0.
AKTIVITI Bergerak dari SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan ke Lembaga Koko Malaysia, Hilir Perak Tiba di Lembaga Koko Malaysia, Hilir Perak Sarapan Pagi Melawat Ladang Koko (Proses Penyemaian dan Kaedah Pemprosesan Buah Koko) Melawat Kilang Pemprosesan Jus Koko Makan tengah hari dan solat Melawat Kilang Coklat SURECO Sdn. Bhd. Begerak balik dari Lembaga Koko Malaysia, Hilir Perak ke SMK Abdul Rahman Talib
PENUTUP
Lawatan ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektifnya seterusnya dapat menjadikan SMART KOMUNITI BERILMU SMART TERBILANG serta dapat merealisasikan slogan Berilmu, Berakhlak dan Berwawasan. Ini semua dapat dicapai sekiranya dapat kerjasama dari semua pihak yang dengan ikhlas memberikan kerjasama. Insya Allah.
Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
………………………………. CIK HAMILIA SAPILA BT. ABDUL HAMID GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SMART
……………………………..