Kertas Cadangan Lawatan Ke Ukm Kuala Lumpur 2005

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan Lawatan Ke Ukm Kuala Lumpur 2005 as PDF for free.

More details

  • Words: 559
  • Pages: 4
KERTAS CADANGAN LAWATAN KE UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR

Tarikh : 04 OGOS 2005 Hari : KHAMIS Tempat : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR • Fakulti Perubatan • Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu • Fakulti Farmasi • Fakulti Pergigian

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK. ABDUL RAHMAN TALIB TELUK INTAN

1. Pendahuluan Salah satu bidang dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah Bidang Kerjaya. Dalam bidang ini pelajar-pelajar didedahkan dengan maklumat-maklumat tentang perkembangan kerjaya serta peluang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di institusi-institusi pengajian tinggi awam . Ini membolehkan pelajar-pelajar membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat, nilai personaliti dan pasaran kerjaya terkini. Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Abdul Rahman Talib akan mengadakan lawatan kerjaya ke UKM Kampus Kuala Lumpur. 2. Rasional 2.1. Pelajar perlu didedahkan dengan maklumat perkembangan kerjaya bidang sains perubatan dan bukan perubatan. 2.2. Pelajar perlu didedahkan dengan peluang-peluang melanjutkan pelajaran selepas selesai pendidikan menengah mereka. 2.3. Pelajar memerlukan penerangan yang lebih jelas terus berkenaan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pendidikan yang dilawati, 2.4. Pelajar perlu pendedahan suasana belajar di institusi pengajian tinggi bagi menambahkan minat mereka untuk terus melanjutkan pelajaran kelak. 3. Matlamat Selepas lawatan ini , pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan ini akan dapat membuat pemilihan dan keputusan yang tepat terhadap kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang sains perubatan dan kesihatan selepas selesai pengajian menengah atas mereka. 4. Objektif 4.1. Membantu pelajar memahami tentang maklumat perkembangan kerjaya terkini; 4.2. Pelajar akan mengetahui peluang-peluang melanjutkan pelajaran yang sesuai dengan minat, nilai personaliti dan pasaran kerjaya; 4.3. Memberi penjelasan yang lebih jelas kepada pelajar dengan kursuskursus yang ditawarkan di IPTA 4.4. Meningkatkan serta memotivasi pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita masa depan. 5. Kumpulan Sasaran Pelajar tingkatan empat dan lima sains seramai 80 orang.

6. AHLI JAWATANKUASA Pengerusi

:Tuan Hj. Mat Noh Bin Supaat (Pengetua SMART)

N. Pengerusi

: En. Mohd. Radzi Bin Ismail (P.K. Pentadbiran SMART) Pn. Samsiah Bt. Raji (P.K. HEM SMART)

Penyelaras Program : En. Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling SMART) En. Ahmad Puad Bin Esa (Guru Bimbingan dan Kaunseling SMART) 7. Pelaksanaan Program 7.1. Tarikh : 04 Ogos 2005 7.2. Hari : Khamis 7.3. Tempat : UKM Kampus Kuala Lumpur 8. Kewangan Sumber Yuran Penyertaan 80 x RM15.00 Peruntukan Bimb.& Kaunseling JUMLAH

RM 1200.00 RM 800.00 -------------RM2000.00 --------------

Perbelanjaan Pengangkutan bas RM800.00 x 2 bas Minuman (Air mineral) RM8.00 x 5 kotak Makanan Ringan (Roti) RM0.50 x 80 Bahan Cetakan & Fail Dokementasi Ubatan (kecemasan) Lain-lain JUMLAH

RM1600.00 RM 40.00 RM 40.00 RM 120.00 RM 80.00 RM 60.00 RM 60.00 --------------RM2000.00 ----------------

9. Jadual Program Hari/Tarikh

KHAMIS 04 OGOS 2005

10.

Masa 6.30pagi 9.00 pagi 9.15 pagi 10.15 pagi 11.30 pagi 12.30 tgh 1.30 tgh 2.30 ptg 3.00 ptg 5.30 ptg 8.30mlm

Aktiviti Bertolak ke Kuala Lumpur Tiba di UKM Kuala Lumpur Lawatan ke FSKB Lawatan ke Fakulti Perubatan Lawatan ke Fakulti Pergigian Lawatan ke Fakulti Farmasi Makan Tengahari di UKM KL Solat Jamak Taqdim di Masjid Negara KL Bersiar-siar di Kuala Lumpur Bertoalak pulang ke Teluk Intan Tiba di sekolah

Penutup

Lawatan ke UKM ini diharapkan akan mencapai kejayaan serta matlamatnya sekiranya mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Oleh itu, kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program lawatan ini diucapkan jutaan terima kasih. InsyaAllah program yang lain dan berkaitan dengan program ini akan dilaksanakan sebagai kesinambungan kearah meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam semua bidang.

Related Documents