KERTAS CADANGAN LAWATAN PENGGALAKAN SAINS & TEKNOLOGI
Anjuran Bersama: Unit-unit Bimbingan dan Kaunseling SMK. Batu Empat, Teluk Intan, Perak, SMK. Raja Muda Musa, Teluk Intan, Perak, SMK. Hutan Melintang, Hutan Melintang, Perak, SMK. Seri Perak, Teluk Intan, Perak, dan SM. Teknik Teluk Intan, Perak
Tarikh : 15 Julai 2002 Hari : Isnin Tempat : Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM & Pusat Sains Negara
Disediakan oleh Roshaimmi Bin Mohamad Guru Bimbingan & Kaunseling SMK. Batu Empat, Teluk Intan, Perak.
1. Pendahuluan Salah satu bidang dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah Bidang Kerjaya. Dalam bidang ini pelajar-pelajar didedahkan dengan maklumat-maklumat tentang perkembangan kerjaya serta peluang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di institusi-institusi pengajian tinggi awam . Ini membolehkan pelajar-pelajar membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat, nilai personaliti dan pasaran kerjaya terkini. Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Batu Empat, Teluk Intan dengan kerjasama Unit B&K SMK.Raja Muda Musa, SMK. Hutan Melintang, SMK. Seri Perak dan SM. Teknik Teluk Intan akan mengadakan lawatan kerjaya ke beberapa IPTA/IPTS di Negeri Melaka dan Johor. Lawatan ini merupakan kesinambungan dari lawatan kerjaya yang telah dilaksanakan sebelum ini di mana dalam lawatan kali ini pelajar akan melawat sendiri institusi berkenaan dan dapat melihat sendiri aktiviti pembelajaran di dalam kampus. 2. Rasional 2.1. Pelajar perlu didedahkan dengan maklumat perkembangan kerjaya terkini. 2.2. Pelajar perlu didedahkan dengan peluang-peluang melanjutkan pelajaran selepas selesai pendidikan menengah mereka. 2.3. Pelajar memerlukan penerangan yang lebih jelas terus berkenaan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pendidikan yang dilawati, 2.4. Pelajar perlu pendedahan suasana belajar di institusi pengajian tinggi bagi menambahkan minat mereka untuk terus melanjutkan pelajaran kelak. 3. Matlamat Selepas lawatan ini , pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan ini akan dapat membuat pemilihan dan keputusan yang tepat terhadap kursus-kursus yang ditawarkan di IPTA/IPTS sama ada untuk melanjutkan pendidikan ataupun pekerjaan yang sesuai dengan minat, nilai personaliti dan pasaran kerjaya terkini.
4. Objektif 4.1. Membantu pelajar memahami tentang maklumat perkembangan kerjaya terkini; 4.2. Pelajar akan mengetahui peluang-peluang melanjutkan pelajaran yang sesuai dengan minat, nilai personaliti dan pasaran kerjaya; 4.3. Memberi penjelasan yang lebih jelas kepada pelajar dengan kursus-kursus yang ditawarkan di IPTA/IPTS 4.4. Meningkatkan serta memotivasi pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita masa depan.
5. Kumpulan Sasaran
Pelajar tingkatan empat dan lima. 6. Personalia Program Pengerusi
-
En. Pakhrurrazi B. Hj. Arshad (Pengetua SMK. Batu Empat, Teluk Intan)
N. Pengerusi
-
En. Mohd. Ramli B. Mokiat (Guru Kanan HEM SMAT) Tn. Hj. Elias B. Hj. Abd. Hamid (Guru Kanan Pentadbiran SMAT)
Penyelaras Program -
En. Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling SMAT) En. Ahmad Puad Bin Esa (Guru Bimbingan dan Kaunseling SMAT)
7. Pelaksanaan Program 7.1. Tarikh : 22hb. Ogos hingga 25hb. Ogos 2002 7.2. Hari : Khamis (malam) hingga Ahad 7.3. Tempat : UTM Skudai, Universiti Multimedia Melaka, Kolej Yayasan Melaka dan Akademi Laut Malaysia (ALAM). 8. Kewangan Sumber 8.1. Yuran Penyertaan 40 x RM50.00 8.2. Sumbangan SUWA/PIBG JUMLAH
RM 2000.00 RM 100.00 -------------RM2100.00 --------------
9. Biaya 9.2. Pengangkutan bas pergi balik 9.2. Makan dan Penginapan peserta
RM1800.00 RM 300.00 --------------JUMLAH
10. Jadual Program
RM2100.00 ---------------
Hari/Tarikh Khamis/ 22 Ogos 2002 Jumaat/ 23 Ogos 2002
Masa 10.00mlm.
Aktiviti Bertolak dari Sekolah
6.00pagi
8.30pg.
Tiba di Johor Baharu/Solat Subuh/Sarapan/ Siap Diri Lawatan ke UTM Skudai Solat Jumaat/Makan Tengahari Bertolak ke Melaka Tiba di Kolej Yayasan Melaka (penginapan) Lawatan ke Kolej Yayasan Melaka
11.30tgh. 3.00ptg. 5.00ptg. 8.00pg.
Lawatan ke Akademi Laut Malaysia Lawatan ke Universiti Multimedia Balik ke tempat penginapan Bersiar-siar di Bandar Melaka
12.00tgh. 6.00ptg
Bertolak pulang ke Perak Sampai di sekolah masing-masing
9.00pagi 1.00ptg. 3.15ptg. 6.00ptg. Sabtu/ 24 Ogos 2002
Ahad/ 25 Ogos 2002
Tindakan Kaunselor
11. Penutup Lawatan ke IPTA/IPTS ini akan mencapai kejayaan serta matlamatnya sekiranya mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Oleh itu, kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program lawatan ini diucapkan jutaan terima kasih. InsyaAllah program yang lain dan berkaitan dengan program ini akan dilaksanakan sebagai kesinambungan kearah meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam semua bidang.