Kertas Cadangan Lawatan Ke Ipta & Ipts

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan Lawatan Ke Ipta & Ipts as PDF for free.

More details

  • Words: 665
  • Pages: 4
KERTAS CADANGAN LAWATAN KE IPTA/IPTS DI MELAKA DAN JOHOR

Anjuran Bersama: Unit-unit Bimbingan dan Kaunseling SMK. Batu Empat, Teluk Intan, Perak, SMK. Raja Muda Musa, Teluk Intan, Perak, SMK. Hutan Melintang, Hutan Melintang, Perak, SMK. Seri Perak, Teluk Intan, Perak, dan SM. Teknik Teluk Intan, Perak

Tarikh : 22hb. Ogos 2002 hingga 25hb. Ogos 2002 Hari : Khamis hingga Ahad Tempat : UTM Skudai, Universiti Multimedia Melaka, Kolej Yayasan Melaka dan Akademi Laut Malaysia.

Disediakan oleh Roshaimmi Bin Mohamad Guru Bimbingan & Kaunseling SMK. Batu Empat, Teluk Intan, Perak.

1. Pendahuluan Salah satu bidang dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah Bidang Kerjaya. Dalam bidang ini pelajar-pelajar didedahkan dengan maklumat-maklumat tentang perkembangan kerjaya serta peluang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di institusi-institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Ini membolehkan pelajar-pelajar membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat, nilai personaliti dan pasaran kerjaya terkini. Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Batu Empat, Teluk Intan dengan kerjasama Unit B&K SMK.Raja Muda Musa, SMK. Hutan Melintang, SMK. Seri Perak dan SM. Teknik Teluk Intan akan mengadakan lawatan kerjaya ke beberapa IPTA/IPTS di Negeri Melaka dan Johor. Lawatan ini merupakan kesinambungan dari lawatan kerjaya yang telah dilaksanakan sebelum ini di mana dalam lawatan kali ini pelajar akan melawat sendiri institusi berkenaan dan dapat melihat sendiri aktiviti pembelajaran di dalam kampus. 2. Rasional 2.1. Pelajar perlu didedahkan dengan maklumat perkembangan kerjaya terkini. 2.2. Pelajar perlu didedahkan dengan peluang-peluang melanjutkan pelajaran selepas selesai pendidikan menengah mereka. 2.3. Pelajar memerlukan penerangan yang lebih jelas terus berkenaan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pendidikan yang dilawati, 2.4. Pelajar perlu pendedahan suasana belajar di institusi pengajian tinggi bagi menambahkan minat mereka untuk terus melanjutkan pelajaran kelak. 3. Matlamat Selepas lawatan ini , pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan ini akan dapat membuat pemilihan dan keputusan yang tepat terhadap kursus-kursus yang ditawarkan di IPTA/IPTS sama ada untuk melanjutkan pendidikan ataupun pekerjaan yang sesuai dengan minat, nilai personaliti dan pasaran kerjaya terkini.

4. Objektif 4.1. Membantu pelajar memahami tentang maklumat perkembangan kerjaya terkini; 4.2. Pelajar akan mengetahui peluang-peluang melanjutkan pelajaran yang sesuai dengan minat, nilai personaliti dan pasaran kerjaya; 4.3. Memberi penjelasan yang lebih jelas kepada pelajar dengan kursus-kursus yang ditawarkan di IPTA/IPTS 4.4. Meningkatkan serta memotivasi pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita masa depan.

5. Kumpulan Sasaran Pelajar tingkatan empat dan lima. 6. Personalia Program Pengerusi

-

En. Pakhrurrazi B. Hj. Arshad (Pengetua SMK. Batu Empat, Teluk Intan)

N. Pengerusi

-

En. Mohd. Ramli B. Mokiat (Guru Kanan HEM SMAT) Tn. Hj. Elias B. Hj. Abd. Hamid (Guru Kanan Pentadbiran SMAT)

Penyelaras Program -

En. Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling SMAT) En. Ahmad Puad Bin Esa (Guru Bimbingan dan Kaunseling SMAT)

7. Pelaksanaan Program 7.1. Tarikh : 22hb. Ogos hingga 25hb. Ogos 2002 7.2. Hari : Khamis (malam) hingga Ahad 7.3. Tempat : UTM Skudai, Universiti Multimedia Melaka, Kolej Yayasan Melaka dan Akademi Laut Malaysia (ALAM). 8. Kewangan Sumber 8.1. Yuran Penyertaan 40 x RM50.00 8.2. Sumbangan SUWA/PIBG JUMLAH

RM 2000.00 RM 100.00 -------------RM2100.00 --------------

9. Biaya 9.2. Pengangkutan bas pergi balik 9.2. Makan dan Penginapan peserta

RM1800.00 RM 300.00 --------------JUMLAH

RM2100.00 ---------------

10. Jadual Program Hari/Tarikh Khamis/ 22 Ogos 2002 Jumaat/ 23 Ogos 2002

Masa 10.00mlm.

Aktiviti Bertolak dari Sekolah

6.00pagi

8.30pg.

Tiba di Johor Baharu/Solat Subuh/Sarapan/ Siap Diri Lawatan ke UTM Skudai Solat Jumaat/Makan Tengahari Bertolak ke Melaka Tiba di Kolej Yayasan Melaka (penginapan) Lawatan ke Kolej Yayasan Melaka

11.30tgh. 3.00ptg. 5.00ptg. 8.00pg.

Lawatan ke Akademi Laut Malaysia Lawatan ke Universiti Multimedia Balik ke tempat penginapan Bersiar-siar di Bandar Melaka

12.00tgh. 6.00ptg

Bertolak pulang ke Perak Sampai di sekolah masing-masing

9.00pagi 1.00ptg. 3.15ptg. 6.00ptg. Sabtu/ 24 Ogos 2002

Ahad/ 25 Ogos 2002

Tindakan Kaunselor

11. Penutup Lawatan ke IPTA/IPTS ini akan mencapai kejayaan serta matlamatnya sekiranya mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Oleh itu, kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program lawatan ini diucapkan jutaan terima kasih. InsyaAllah program yang lain dan berkaitan dengan program ini akan dilaksanakan sebagai kesinambungan kearah meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam semua bidang.

Related Documents