GGGB 5023: KAJIAN TINDAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN KETUA KUMPULAN
:
SITI HASMIYATI BINTI ZAHARI (P 48666)
NAMA AHLI PENGKAJI
:
NORMAHIDAYU BINTI MOHD NORDIN (P 48642) SALJINEH BINTI BOBBY (P48617) TAN SIN YEE (P48643) ZALEHA BINTI MOHD JAAFAR (P48661)
PENSYARAH : CIK HAJAH HALIMAH HARUN
DATE: 28 MAY 2009
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM MATAPELAJARAN GEOGRAFI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK PERMAINAN (GEO DAM)
Nama Pengkaji: Siti Hasmiyati binti Zahari (P48666) Tan Sin Yee (P48643) Normahidayu binti Mohd Nordin (P48642) Zaleha binti Mohd Jaafar (P48661) Saljineh Bobby (P48617)
Latarbelakang Kajian Kualiti pencapaian pelajar sangat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Memeperkasakan pelajar dalam menguasai matapelajaran Geografi dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Geografi adalah satu mata pelajaran yang sangat kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi. Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk. Selain itu, Geografi ini juga merupakan subjek yang kandungannya adalah berdasarkan kepada fakta semata-mata. Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Hal ini menyebabkan pelajar sukar untul memahami subjek ini dengan baik, serta tidak memberi penumpuan di dalam kelas dan seolah-olah tidak berminat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran antara factor penyumbang kepada ketidakfahaman kepada pelajar kepada subjek Geografi. Ini menyebabkan
pelajar merasakan Geografi merupakan subjek yang susah untuk dipelajari dan sukar untuk difahami. Persepsi sebegini akan membuatkan pelajar hilang semangat dan motivasi dalam pembelajaran dan meletakkan subjek Geografi sebagai subjek yang tidak disukai. Ini merupakan satu cabaran yang besar bagi guru yang mengajar matapelajaran Geografi untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut. Guru harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pernyataan Masalah Kajian. Dalam pembelajaran geografi, para pelajar sering kali menghadapi pelbagai masalah dalam menguasai subtopik pembelajaran geografi terutamanya pembelajaran yang berkaitan dengan peta. Oleh itu, tujuan utama permainan Geodam adalah sebagai salah satu cara untuk membantu para pelajar mengingati fakta-fakta yang berkaitan dengan pembelajaran geografi dengan kaedah santai. Di samping itu, permainan ini juga dapat mewujudkan keseronokan kepada para pelajar dalam mempelajari geografi dan sekaligus dapat memupuk minat dan cinta pelajar kepada mata pelajaran geografi. Rasional Kajian Rasional kajian ini adalah bertujuan untuk memupuk minat pelajar kepada subjek geografi dan juga melibatkan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam kelas. Dalam waktu yang sama guru berperanan sebagai fasilitator kepada para pelajar yang terlibat dalam permainan ini. Objektif Kajian
1. Mengubah amalan guru dalam pengajaran Geografi dari pembelajaran secara kuliah ke aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar 2. Memupuk minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Geografi 3. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran pemetaan dan membantu
mereka mengenal pasti nama-nama tempat yang ditanda di atas peta dengan mudah
4. Meningkatkan kefahaman pelajar dan seterusnya dapat disimpan dalam memori yang lebih lama 5. Meningkatkan interaksi dan kolaborasi pelajar dengan rakan-rakan dalam kelas 6. Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Geografi
Metodologi Kajian Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah kajian tindakan berdasarkan pelan tindakan empat peringkat langkah: Peringkat pertama: Merancang Guru akan mengkaji tahap minat pelajar dalam subjek Geografi dengan memberi soalan diagnostik dan menemubual pelajar. Hasil daripada soal selidik, guru akan mereka model permainan yang mengandungi soalan topik yang kurang diminati oleh pelajar. Soalan ini lebih banyak daripada soalan yang mereka minati. Peringkat kedua: Tindakan 1) Guru mereka permainan yang berbentuk permainan dam ular yang dikenali sebagai Geodam. Setiap petak dalam dam akan mengandungi soalan-soalan yang merangkumi topik dalam subjek Geografi. 2) Guru membahagikan pelajar kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai empat orang ahli yang berlainan tahap pencapaian dalam subjek Geografi. 3) Selepas itu, guru menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar semasa mengikuti permainan ini. 4) Setiap kumpulan akan diberi sebuah dam di mana setiap petak dalam permainan akan
mempunyai topik yang sama tetapi berbeza soalan. Kumpulan pertama akan memulakan permainan dengan membaling buah dadu. Pergerakan petak berdasarkan bilangan nombor yang terdapat pada dadu yang dibaling. Petak soalan akan dibuka dan ahli kumpulan akan berbincang sebelum menjawab soalan dalam masa 30 saat. Sekiranya kumpulan tersebut tidak berjaya menjawab soalan itu, maka soalan tersebut akan dibuka kepada kumpulan lain. Kumpulan yang dapat menjawab soalan tersebut akan diberi satu markah tambahan manakala kumpulan pertama tadi akan ditolak satu markah. Selepas
soalan tersebut berjaya dijawab, giliran kumpulan kedua pula membaling dadu dan menjawab soalan. Permainan ini diteruskan dengan kumpulan yang seterusnya. Peraturan permainan adalah sama seperti kumpulan yang pertama tadi. 5) Selepas permainan tamat, guru akan mengira markah keseluruhan 6) Setelah itu, guru akan memberi kuiz pendek sebanyak sepuluh soalan yang diambil
daripada permainan dam secara rawak kepada pelajar untuk menguji sejauh mana tahap penguasaan mereka terhadap soalan yang merangkumi setiap topik dalam subjek geografi. Peringkat ketiga: Pemerhatian Guru akan memerhati reaksi dan sikap pelajar ketika diberitahu tentang permainan itu sebelum, semasa dan selepas permainan itu dijalankan. Sebelum permainan guru melihat sama ada pelajar tertarik mendengar tentang permainan tersebut. Semasa permainan pula, guru melihat kepada penglibatan setiap pelajar, perbincangan ahli kumpulan dalam menyelesaikan soalan dan sikap pelajar. Peringkat empat: Refleksi dan penilaian Maklumat daripada temubual, ujian diagnostik dan pemerhatian daripada permainan Geodam dikumpul dan dianalisis . Setelah itu, guru membuat penilaian terhadap prestasi pelajar dalam menjawab soalan yang disediakan. Guru seterusnya mengenalpasti akan masalah dalam permainan ini dan menyampaikan perkara tersebut kepada semua guru dalam mesyuarat. Dalam mesyuarat ini, semua guru akan memberi pandangan tentang masalah tersebut dan juga cara untuk menyelesaikannya. Hasil daripada mesyuarat guru akan meneruskan tindakan seterusnya dengan melakukan kitaran yang kedua. KESIGNIFIKAN KAJIAN: Dalam pengajaran dan pembelajaran tema-tema dalam sukatan pelajaran Geografi, ramai guru menghadapi masalah menyampaikan maklumat dengan kaedah yang menarik dan strategik yang berpusatkan murid untuk mengelak masalah mengantuk dan bosan. Ada pula guru dan ramai pelajar yang mengetepikan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran dan berpandukan
buku ulang kaji kerana lebih ringkas. Sebenarnya buku teks Geografi adalah sangat lengkap dan baik. Bagi mengatasi masalah-masalah serius tersebut, teknik permainan yang digunakan (Geodam) untuk mengajar mata pelajaran Geografi bukan sahaja menangani ancaman bosan di kalangan pelajar, bahkan boleh menarik minat pelajar dalam pembelajaran Geografi. Apabila minat mereka ditingkatkan, pencapaian juga dapat ditingkatkan. Ini dapat meningkatkan minat dan keseronokkan pelajar untuk mempelajari matapelajaran Geografi. Penggunaan teknik permainan (Geodam) adalah berdasarkan tahap kreativiti guru. Dalam penggunaan Geodamn, guru boleh menerapkan kaedah pembelajaran supaya memudahkan para pelajar faham dan seterusnya dapat disimpan dalam memori dengan lebih lama. Kelebihan menggunakan Geodamn adalah interaksi di antara rakan-rakan dan kolaborasi akan meningkat. Apabila unsur permainan dan persaingan diterapkan, pembelajaran aktif dan interaksi sosial akan berlaku. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti permainan dalam Geodamn yang diterapkan dalam pengajaran Geografi juga boleh menukarkan tabiat berfikir murid daripada ‘have to think’ kepada ‘want to think’ dan seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir murid. Akhirnya, minda kita wujud sistem pengurusan kendiri yang berbentuk corak rutin semula jadi. Dengan penggunaan alat dan struktur yang strategik dan efektif untuk mengarah perhatian, corak rutin ini akan semakin efektif lalu membangunkan lagi kemahiran berfikir. Alat dan struktur mengarah perhatian dan diharapkan Geodamn berkemampuan mencapai tujuan ini. Melalui penggunaan teknik permainan(Geodam), diharapkan proses pembelajaran berpusatkan pelajar dapat diterapkan ke dalam kaedah pengajaran guru supaya mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna. Apabila pencapaian dalam mata pelajaran Geografi meningkat, mungkin pihak pentadbir akan lebih terdorong untuk membuka kelas Geografi pada peringkat menengah atas. Diharapkan juga pendekatan intervensi kognitif ini boleh menuju ke arah mencapai teras-teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) terutamanya dalam usaha membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang pendidikan.