KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
TAJUK KAJIAN Keberkesanan Program Ekonomi Token Terhadap Perubahan Tingkah Laku Murid Pemulihan.
NAMA PENYELIDIK 1. Zawiah binti Ismail 2. Sabrila binti Hj. Sabri
NAMA SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Bangsar, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU ○ ○
○
○
○
Sebelum ini tiada program ekonomi token yang betul-betul diamalkan secara serius. Murid berminat untuk menghadirkan diri ke kelas pemulihan sebagai alasan untuk melarikan diri daripada mengikuti p&p di kelas perdana kerana pembelajaran di kelas perdana agak tinggi dan sukar berbanding kelas pemulihan. Murid mengikuti p&p di kelas pemulihan sekadar untuk bermain selepas menyiapkan tugasan dan proses pengajaran dan pembelajaran yang agak lsingkat dan mudah bagi mereka. Teori semasa yang dipelajari mengatakan, Woolfolk (1993) menjelaskan sistem peneguhan token boleh digunakan untuk memotivasikan murid yang lansung tidak berminat menyiapkan tugasan, menggalakkan murid yang selalu gagal meningkatkan kemajuan dan mengendalikan kelas yang tidak terkawal. Harrop (1987), memgesahkan bahawa program ekonomi token lebih sesuai digunakn dalam kelas khas dan kejayaannya telah terbukti dalam mengubah tingkah laku murid pemulihan. ISU/KEPRIHATINAN YANG DIKAJI
○ ○ ○ ○
Isu ponteng sekolah. Isu ponteng kelas. Tiada kesungguhan dan minat belajar. Tiada perubahan tingkah laku yang berlaku kerana tiada ganjaran yang dijanjikan.
Dengan perancangan program ekonomi token yang sistematik dan pragmatik, kami yakin akan berlaku perubahan tingkah laku murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapai objektif berikut: ○
Objektif Umum • Menurunkan peratus murid bermasalah tingkah laku terhadap proses pembelajaran di sekolah.
○
Objektif Khusus • Mengurangkan jumlah murid pemulihan yang mempunyai tingkah laku bermasalah • Meningkatkan jumlah murid (peratus) yang dapat menyiapakn tugasan dengan cepat dan betul. • Mengurangkan jumlah murid pemulihan. • Membantu murid menguasai kemahiran 2M.
KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 11 orang murid kumpulan A Kelas Pemulihan yang terdiri daripada 6 orang murid pemulihan Tahun 2 Progresif dan 5 orang murid Tahun 2 Proaktif. TINDAKAN YANG DICADANGKAN ○ ○
Untuk memahami masalah murid, tiada token diberikan dalam tempoh 2 minggu pertama. Pelaksanaan program ekonomi token mula dijalankan dengan pemberian token seminggu sekali.
JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN BIL 1. 2.
AKTIVITI Memerhati tingkah laku murid pemulihan. Menulis Kertas Cadangan Proposal Kajian
TARIKH PELAKSANAAN 7 Julai – 21 Julai 2008 22 Julai 2008
JUMLAH PERUNTUKAN (KOS KAJIAN) BIL 1. 2.
JENIS BAHAN Token Fotostat lembaran kerja
KUANTITI RM 0.50 x 11 orang (seminggu)
JUMLAH KOS RM 5.50 RM 50.00