Kerja Kursus Sejarah Pmr 2009

  • Uploaded by: Farhan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Sejarah Pmr 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,349
  • Pages: 18
Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita Bangunan Sultan Abdul Samad Wan Muhammad Farhan Bin W Mohd Fauzi 3 Cemerlang

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

2

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Senarai Kandungan

MUKA SURAT Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

KANDUNGAN Senarai Kandungnan

3

Penghargaan

4

Objektif Kajian

5

Kaedah Kajian

6

Hasil Kajian

7 - 10

Rumusan

11

Lampiran

12 - 17

Rujukan

18

3

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Penghargaan Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih khusus saya tujukan kepada guru subjek Sejarah, Puan Hidayati yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Tidak dilupakan juga kepada kedua-dua ibu bapa saya, W Mohd Fauzi bin W Mahmood dan Wan Fauziah binti Wan Hashim kerana telah banyak memberikan sokongan dan dorongan sepanjang tugasan ini dijalankan. Akhir sekali, penghargaan dan ucapan terima kasih ini ditujukan kepada rakan-rakan saya, Muhammad Syahmi, Muhammad Asyraf, Ahmad Faheem dan Adip Sabir atas sumbangan mereka untuk memberikan idea dan pendapat dalam menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada individu-individu yang telah membantu dalam pelaksanaan kerja kursus samaada yang secara langsung dan tidak langsung.

4

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bukannya bertujuan untuk berseronok, tetapi ada tujaunnya yang tersendiri. Kaijian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang bangunan-bangunan bersejarah di negara Malaysia.

5

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Kaedah Kajian Dalam pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyiapkan kerja kursus ini. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah penyelidikan perpustakaan. Saya telah mencari seberapa banyak maklumat yang dapat saya peroleh daripada perpustakaan. Saya telah membaca banyak buku tentang sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya juga telah melawat Bangunan Sultan Abdul Samad dan membuat pemerhatian. Daripada kaedah ini, saya berjaya mendapatkan sedikit sebanyak maklumat dengan hasil lawatan dan pemerhatian saya. Akhir sekali, saya telah membuat rujukan daripada internet. Daripada internetlah saya mendapat maklumat yang lebih terperinci tentang sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad.

6

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Hasil Kajian Nama Bangunan: •

Nama lain Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Latar Belakang: •

Asal-usul Bangunan ini pernah menempatkan beberapa buah Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya, bangunan ini telah menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebahagian daripadanya menempatkan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Pengasas Antara pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthur Charles Alfred Norman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan, dan lukisan, sehingga

7

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita membolehkan Bangunan ini di rasmikan oleh Sir Frank Swettenham K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897. •

Tarikh pembinaan Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor.



Lokasi Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategic, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.



Tujuan penubuhan bangunan Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office). 8

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita •

Kos pembinaan Kos pembinaannya sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.



Perasmian Bangunan ini siap pada tahun 1897 dan dirasmikan dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut. Teks lengkap ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris boleh didapati dalam JMBRAS VOL. 65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick.

Keistimewaan Bangunan: •

Reka bentuk pelan Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini. 9

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita •

Bahan binaan Kerja membangunkan bangunan ini telah menggunakan 4 juta butabata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan besi, keluli dan 30,000 kaki padu kayu.



Pengubahsuaian Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.



Hiasan dalaman Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Kegunaan dahulu dan sekarang Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat ResidenGeneral dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada

10

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Rumusan Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan antara bangunan lama yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan Sultan Abdul Samad juga adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara. Sebagai Bangunan yang menjadi ‘pemula’ dalam waktu pembinaanya 1894-1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan cirri-ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsure-unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen-elemen tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh 11

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam (civic building).

12

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Lampiran Peta lokasi:

Gambar 1 : Pelan Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad

13

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita Bahan multimedia: •

Imej Bangunan Sultan Abdul Samad

Sumber : Jabatan Warisan Negara

14

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita Elemen seni bina: •

Pelan

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat 2

Pelan Tingkat Mezanin

15

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita •

Tampak

Tampak Hadapan

Tampak Belakang

Tampak Kiri

Tampak Kanan

16

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

17

Bangunan Bersejarah Di Negara Kita

Rujukan Internet: •

Sistem Daftar Warisan http://daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&subpage=show_detail &category=2&id=8



Sejarah Malaysia http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm05&spesifik_id=41&ttl_i d=15



Warisan Budaya Malaysia http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web%20v2/b_bersejarah/bsultanab dsamad/intro.html



Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

18

Related Documents


More Documents from "ierah"