Kerja Kursus Sejarah Pmr 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Sejarah Pmr 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,894
  • Pages: 14
BIL PERKARA 1 ELEMEN 1 – Mengumpul fakta sejarah 2 ELEMEN 2 – Merekod fakta sejarah i) Penghargaan

3

ii)

Objektif Kajian

iii)

Kaedah Kajian

iv)

Hasil Kajian

v)

Rumusan

vi)

Lampiran

vii) Rujukan ELEMEN 3 – Penerapan unsur patriotisme

HALAMAN

Saya …………………………………………. ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengetua, Puan Fuziah binti Mahmood yang telah memberi kebenaran kepada saya menjalankan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Sejarah saya, Puan Hamidah binti Said, yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar hingga kajian ini selesai. Jutaan terima kasih saya juga ditujukan khas kepada kedua ibu bapa saya yang tersayang yang telah banyak membantu dan memberikan dorongan sepanjang kajian ini dijalankan. Juga tidak lupa kepada rakan-rakan yang banyak membantu.



Menepati syarat peperiksaan PMR 2009.



Memahami dan mengaplikasikan objektif lain yang tidak kurangnya dalam tempoh yang ditetapkan.



Berjaya mengenal asal-usul dan perkembangan bangunan bersejarah di Malaysia.



Mewujudkan perasaan bangga dengan keunikan seni bina bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia.



Dapat melahirakn semangat patriotisme, rasa cinta dan bangga kepada negara.



Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia.



Pemerhatian o Saya melakukan kaedah pemerhatian dengan memerhati kemudahan, reka bentuk seni bina dan pengubahsuaian terhadap bangunan stesen keretapi.



Temu bual o Saya melakukan kaedah temu bual dengan menemubual pengguna stesen keretapi. Saya memperoleh maklumat yang lebih lanjut tentang pendapat mengenai bangunan tersebut.



Rujukan o Saya membuat rujukan di internet.

Latar Belakang Sejarah Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu adalah merangkumi bangunan stesen, hotel dan pejabat pentadbiran baru yang terletak bersebelahan jalan adalah dua bangunan terindah dan mercu tanda Kuala Lumpur. Kedua-duanya dibina dalam zaman kemuncak ketika berlakunya pembangunan pesat dan perubahan teknologi pengangkutan kereta api di Tanah Melayu.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Bangunan siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Persekutuan Keretapi Tanah Melayu (Federated Malay States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur. Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory Avenue, yang merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen ini terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu yang direka cipta dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak sejauh 400 meter, merentasi Sungai Klang.

Stesen sebelumnya Sebelum pembinaan stesen ini dijalankan, dua buah stesen kereta api telah beroperasi di bandar raya ini. Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai Stesen Residen (Resident Station) kerana berdekatan dengan kediaman Residen British, yang dibina di seberang Kelab Selangor ke arah barat. Dibina dengan kayu berserta dengan bumbung nipah, stesen ini merupakan yang pertama di Kuala Lumpur yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Pengkalan Batu, Klang, dengan landasan kereta api yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Melayu. Bangunan ini dirasmikan pada 22 September 1886. Stesen kedua ialah Stesen Jalan Sultan (Sultan Street Station) yang dibina pada tahun 1892 di Foch Avenue, yang kini merupakan Jalan Tun Tan Cheng Lock, berhampiran dengan tapak Menara Maybank dan Hentian Puduraya pada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen dan terletak pada laluan kereta api Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari Stesen Residen, dan menghubungkan lombong-lombong di Ampang ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen yang terletak di antara dua Jalan Foch Avenue yang memotong di sebelah kanan bandar ini. Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu stesen yang lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas dan dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya di Ampang digunakan semula oleh aliran LRT Ampang.

Reka bentuk, pembinaan dan operasi

Arthur Benison Hubback, seorang pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan Awam, yang bertanggungjawab mereka bentuk stesen ini. Beliau pernah berkhidmat di India, dia menggunakan pengetahuannya mengenai seni bina Inggeris-Asia di kawasan itu dalam reka bentuk stesen ini. Gaya "Neo-Moor/Mughal/IndoSaracen/Neo-Saracen" bukanlah merupakan gaya yang tidak biasa ketika itu. Struktur yang serupa sperti Bangunan Sultan Abdul Samad yang direka bentuk oleh A.C. Norman yang siap dibina pada tahun 1895, Dewan Bandaraya Lama direka bentuk oleh A.B. Hubback yang siap dibina tahun 1904 dan Masjid Jamek direka bentuk oleh A.B. Hubback, siap pada tahun 1909. Kesemua bangunan yang tersebut dibina sebelum stesen ini dibina. Pada asalnya, bangunan Stesen mengandungi tiga platform. Berkonsep ringkas dan terbuka dengan ruang legar yang luas berbumbung selari dengan platform, ruang pejabat dan hotel terletak di tingkat mezanin dan tingkat satu. Kontrak pembinaan telah di tawarkan kepada Archie and Phillip Russell Company dalam tahun 1910. Dengan kos RM23,000, stesen ini siap dibina dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1910. Selepas perobohan Stesen Residen dan pengasingan Stesen Jalan Sultan, Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Sebuah hotel, Hotel Stesen (Hotel Stesen Warisan), mengambil sebahagian daripada ruang stesen. Pada 1995, perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan di stesen ini. Selepas pelencongan perkhidmatan jarak jauh antara bandar pada 15 April 2001 ke Sentral Kuala Lumpur, lebih kurang satu kilometer ke selatan, kepentingan stesen ini berkurang dan kemudahan stesen yang tidak lagi diperlukan dimusnahkan. Apabila kerja

meninggikan pelantar sisi stesen ke aras yang sesuai untuk kereta api KTM Komuter dijalankan, tatarajah pelantar dan capaian ke perkhidmatan bermakna stesen asal ini tidak dapat

dimaksimumkan

penggunaanya

sebagai

perhentian

pengangkutan

untuk

penumpang KTM Komuter. Keseluruhan stesen masih lagi berkhidmat sebagai KTM Komuter dan perkhidmatan barangan. Sebelum 31 Ogos 2007, iaitu ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia, banyak sumber yang dilaporkan pemindahan pelbagai peralatan kereta api lama dari sebuah gudang kereta api di Klang dan beberapa tempat lain lagi dipindahkan ke stesen lama Kuala Lumpur. Ini termasuklah sebuah pelangsir kecil dan kereta bomba antik. Stesen ini secara rasminya dibuka semula pada 31 Ogos 2007 sebagai sebuah muzium kereta api yang merupakan pameran yang terletak di dewan utama dan pelantar stesen, dan ketika ini dicadangkan menjadi pusat budaya.

Pengubahsuaian dan penaiktarafan Stesen ini telah mengalami beberapa perubahan besar dalam sejarahnya. Sayap utara telah dijadikan kawasan pejabat pada 1967, yang menutup capaian ke beranda lengkung dengan tingkap. Pada 1986, stesen ini diubahsuai dengan lebih menyeluruh, dengan bahagian dalam dan tingkap yang berkenaan digantikan dengan yang lebih moden manakala bahagian luar diperbaiki dan dipelihara. Bangunan dan kemudahan baru ditambah termasuk dewan menunggu berhawa dingin, kaunter maklumat pelancongan dan kedai snek. Sebahagian reka bentuk dan rangka asal dalaman stesen ini masih lagi wujud di Hotel Stesen Warisan.

Pemodenan ini juga melibatkan binaan tambahan di sayap selatan bangunan ini, memaparkan gaya "Raj" yang mendominasi sebahagian besar bangunan itu, dan tambahan muka hadapan untuk sayap utara dengan unsur seni bina yang sama, melindungi bayangan reka bentuk Barat dari hadapan. Perubahan ini menyebabkan bangunan tersebut memiliki dua chhatri tambahan iaitu di setiap penjuru sayap bersamasama dengan empat yang asal. Pengubahsuaian lain termasuklah dinding belakang stesen yang ditebuk dan dipanjangkan untuk memuatkan pintu masuk baru, hentian teksi, pejabat dan kedai, manakala ruang tambahan dua tingkat turut dibina di atas jalan masuk ke stesen bagi menempatkan lebih banyak kedai. Pembentukan semula pada 1986 ini turut menyaksikan pemanjangan pelantar ke utara dan bangunan stesen baru di situ, yang bersambung dengan Pejabat Pos Besar di Kompleks Dayabumi yang baru siap pada 1984. Apabila perkhidmatan KTM Komuter dilancarkan pada 1995 dengan Laluan Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang, kaunter tiket dan lawang tambang ditambah ke stesen tersebut, selaras dengan stesen KTM Komuter lain. Lokasi kemudahan komuter ini bermakna cuma pelantar pulau yang baru dapat digunakan oleh kereta api KTM Komuter. Selepas Sentral Kuala Lumpur mengambil alih operasi kereta api antara bandar, bahagian stesen yang digunakan untuk perkhidmatan tersebut dihapuskan.

Setelah saya menjalankan kajian ini, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian bentuk bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengtahui dengan lebih lanjut tentang bangunan bersejarah. Seperti peribahasa melayu mengatakan tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati betapa uniknya reka bentuk bangunan bersejarah di Malaysia. Andai rakyat Malaysia memahami dan menghayati terhadap bangunan bersejarah dengan mendalam, ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormati antara masyarakat. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.

Pandangan Stesen Keretapi Kuala Lumpur, ke arah tenggara.

Bahagian dalam dewan utama stesen (gambar pada Mac 2007) mengalami pengubahsuaian besar pada 1986, dengan sebahagian reka bentuk asal diubah dan dimodenkan. Kini kawasan ini digunakan untuk meletak pameran selepas stesen ini dijadikan sebagai muzium kereta api

Reka bentuk depan stesen ini boleh dibandingkan dengan gaya seni bina bangunan tempatan lain, seperti Masjid Jamek.

Pelan Lokasi Stesen Keretapi Kuala Lumpur

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME Mempelajari sejarah merupakan satu perkara yang sangat penting. Ini memandangkan melalui sejarah, masyarakat atau generasi muda dapat mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa lampau yang dilalui oleh pejuang-pejuang negara. Seiring dengan fokus utama folio sejarah yang bertujuan menanam semangat patriotik bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Kita perlu menghargai raja dan pemimpin negara yang banyak memerdekakan negara kita. Oleh itu, kita perlu menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara. Selain itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus menghormati lambing-lambang negara, antaranya bendera dan lagu kebangsaan negara. Kita juga harus mempertahankan maruah, bangsa dan negara serta menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharusnya mengetepikan sejarah negara sebaliknya berbangga dengan sejarah tanah air. Pada masa kini, setiap rakyat harus mempunyai semangat setia negara dan cinta akan bangsa. Ketaatan dan kesetiaan kepada raja dan pemimpin negara juga mesti ada dalam setiap diri warganegara Malaysia. Rakyat harus bertanggungjawab dan sedia berkorban untuk bangsa dan negara. Rakyat Malaysia yang bernai dan sanggup mempertahan kedaulatan bangsa dan negara patut dicontohi, khususnya oleh generasi muda. Selain itu, rakyat perlu peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan tanah air. Kita seharusnya bersyukur dilahirkan sebagai warganegara Malaysia. Perpaduan dapat diwujudkan melalui semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat majmuk. Apabila matlamat ini tercapai, lahirlah masyarakat yang harmoni. Melalui sikap tolak-ansur dan bertoleransi pula, kesejahteraan rakyat dapat diwujudkan. Selain itu, kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dapat memupuk perpaduan kaum. Hormat-menghormati dapat memupuk persefahaman dan permuafakatan. Dengan ini, semangat muhibah dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dapat disemai. Sejarah telah membuktikan bahawa disiplin diri menanam semangat patriotik serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Seseorang yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi akan dipandang tinggi kerana kemuliaannya. Sepertimana tokoh mempertahankan negara, bertindak wajar dalam sesuatu perkara serta mengunjungi Perlembagaan Negara. Sekiranya rakyat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang, negara akan kacau bilau dan berkemungkinan akan mencetuskan peperangan. Dengan itu, rakyat wajib mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang diketatkan. Bersifat amanah, jujur, berlaku adil dan bertimbang rasa amat penting dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini kerana tanpa sifat-sifat tersebut, tokoh-tokoh yang telah memerdekakan negara kita tidak dapat memajukan negara Malaysia sepertimana sekarang ini. Usaha itu tangga kejayaan. Sekiranya ingin berjaya dalam sesuatu perkara, sifat gigih dan rajin mesti dipegang dan fokuskan pada matlamat. Berkat kegigihan dan kerajinan yang ditunjukkan oleh pejuang negara kita mampu mengalahkan musuh-musuh negara sekaligus memerdekakan tanah air daripada penjajah. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berdikari dan tabah mengahadapi cabaran agar matlamat untuk memajukan nagara akan tercapai.

Related Documents