Kerja Kursus Sejarah 2009

  • Uploaded by: ierah
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Sejarah 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 825
  • Pages: 23
ISI KANDUNGAN

Tajuk Kajian Isi Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian a) nama bangunan b) latar belakang c) keistimewaan bangunan Rumusan Lampiran Rujukan

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapatlah saya menghasilkan sebuah folio sejarah yang mengandungi tiga elemen-elemen PMR. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa saya, Fatimah Binti Ismail dan Ismail Bin Mt Daut yang telah membekalkan wang untuk saya membeli keperluan folio ini,guru sejarah saya, Puan Jong Kim Jap dan rakan-rakan saya iaitu, Zurhazmira binti

Hassan, Nur Nadzirah binti Mohd Redzuan dan Aslinda binti Mohd Tahar yang telah membantu saya memperbaiki dan memperkemas folio ini. Akhir kata, saya ingin meminta maaf sekiranya terkasar bahasa atau melakukan kesilapan ketika membuat folio ini kerana ketika membuat folio ini saya perlu memberi lebih perhatian untuk mendapat markah yang tinggi.

Sekian, Wassalam…

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif saya menyiapkan folio ini adalah untuk memenuhi syarat PMR dalam subjek sejarah. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sejarah bangunan-bangunan yang terdapat di Malaysia. Saya juga dapat menambah pengetahuan saya dengan mengetahui kegunaannya dan sejarah pembinaannya.

KAEDAH KAJIAN

1) Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian di seluruh bangunan yang saya pilih, membuat catatan dan mengambil gambar. Beberapa

2) Temu bual Saya bersama sekumpulan rakan saya telah menemu bual beberapa orang responden yang bekerja di Astana iaitu En. Edward Gubar, Pn. Hjh Mardiah serta Pn Rodziah.

3) Rujukan Saya telah merujuk buku rujukan SUKSES Tingkatan 3 serta buku teks Sejarah Tingkatan Dua untuk mengambil maklumat mengenai astana serta untuk mengetahui format-format yang betul dalam membuat kerja kursus ini.

4) Internet Dalam membuat kerja kursus ini, saya telah melayari beberapa laman web yang mempunyai maklumat mengenai Astana iaitu mysarawaktravelcafe.com, Wikipedia dan juga laman web DBKU.

NAMA BANGUNAN

Pada masa kini, bangunan ini digelar sebagai Astana. Pada zaman pemerintahan Rajah James Brooke, bangunan ini digelar ‘Mr. Brooke’s Residence’. Pada tahun 1857, rumah kediaman Rajah James Brooke telah musnah terbakar semasa pemberontakan dan dibina semula yang lebih berbentuk seperti kubu (fort) dan ia telah bertukar nama kepada ‘Government House’.

LATAR BELAKANG

Astana berasal dari perkatan Istana ataupun ’castle’. Sir Charles Brooke telah membinanya buat isterinya yang tersayang sebagai hadiah perkahwinan mereka. Isterinya menganggap Astana sebagai mahligai mereka. Pengasas bangunan ini ialah Sir Charles Brooke. Walaubagaimanapun, ia dibina mengikut citarasa James Brooke.

Astana ini dibina pada tahun 1870. Tiada rekod yang dapat mengesahkan tarikh pembinaan semula Astana dijalankan. Astana terletak di Kampung Astana di tebingan Sungai Sarawak berhampiran dengan pangkalan sapi (Dewan Undangan Negeri). Astana ditubuhkan sebagai hadiah perkahwinan daripada Charles Brooke kepada isterinya Ranee Margaret. Pada masa sekarang, ia digunakan sebagai tempat kediaman Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.

KEISTIMEWAAN BANGUNAN

Astana dilengkapi dengan empat bilik tidur, dengan bilik tamu di tengah dan bilik beliau terletak di belakang. Pada amnya, ruang bilik yang ada di Astana, sedikit sebanyak mengikut keadaan pada masa Rajah James Brooke iaitu ruang tamu yang luas untuk menampung bilangan tetamu yang ramai terutama Ketua Kaum Melayu pada masa itu.

Astana dibina menggunakan kayu, paku dan bata. Bumbung bangunan ini dibina menggunakan papan berlian manakala tangga pula dibina menggunakan kayu belian. Astana ini pernah diubahsuai pada tahun 1988. Ia telah diubahsuai sepenuhnya dan telah ditambah menara serta pembesaran Dewan Santapan. Kebanyakan hiasan dan perabot yang terdapat di dalam Astana ialah dari luar negara dan Itali. Ukiran-ukiran binatang liar dan tumbuhan semulajadi yang terdapat di Astana dari tahun 1930 hingga sekarang adalah bercirikan ukiran tradisional China. Ianya diukir oleh pengukir yang professional dari Hong Kong. Pada masa dahulu, Astana digunakan sebagai tempat kediaman Brooke. Pada masa kini, ia menjadi tempat kediaman Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak. Astana juga menerima kunjungan Yang Berhormat dan pembesar-pembesar dari dalam dan luar negeri serta luar negara.

RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah 21/2 dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa menjalankan kerja kursus ini. Saya

telah memperolehi banyak maklumat tentang bangunan ini serta sejarahnya semasa zaman pemerintahan Brooke. Oleh itu, saya mesti menghargai erti kemerdekaan, kebebasan dan kemajuan yang dikecapi dan berusaha mengekalkannya. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, kejujuran, ketabahan dan kerjasama antara rakan–rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya berasama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang Astana. Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanjian untuk berkomunikasi, memupuk rasa setia dan bangga terhadap negara. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

SENARAI RUJUKAN

(1) ERA BROOKE, http://www.dbku.gov.y/brooke.html (2) THE ASTANA, http://mysarawaktravelcafe.com (3) ASTANA KUCHING, http://www.asiaexplorers.com/malaysia/astana.html

(4) Ncik Hassan bin Utih, 55 tahun, No 254A, Lot 1231, Lorong 6F, Taman Malihah, 93050, Petra Jaya, Kuching, Sarawak (5) Masariah binti Mispari, Johara bt Abdul Wahab, Ridzuan bin Hasan, 2003. Buku Teks Tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Related Documents


More Documents from ""