Kerja Kursus Sejarah Pmr 09'

  • Uploaded by: LYNN
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Sejarah Pmr 09' as PDF for free.

More details

  • Words: 2,710
  • Pages: 32
KERJA KURSUS SEJARAH BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

NAMA: WAN NUR SALIMI BINTI WAN ISMAIL TINGKATAN: 3 ABID PENILAI:

SENARAI KANDUNGAN BIL

KANDUNGAN

1 2 3 4 5 6 7

Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

HALAMAN

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini mengikut tarikh yang ditetapkan.Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang telah menawarkan bantuan mereka kepada saya semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberi galakan dan kerjasama dalam proses penyiapan kerja kursus ini. Segala dorongan mereka amat saya hargai. Tidak lupa juga kepada guru Sejarah saya, Puan Zainab binti Ismail kerana telah memberikan banyak panduan dan nasihat yang berfaedah kepada saya ketika saya menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para responden, Encik Fauzi bin Ismail kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh saya dan memberi maklumat-maklumat yang berguna mengenai kajian saya.Dengan maklumat yang diberikan oleh para responden secara tidak langsung menjadikan folio saya lebih lengkap dan sempurna. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi berbincang dengan saya semasa proses pencarian maklumat. Mereka telah memberi buah fikiran dan idea kepada saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini dengan lebih lancar. Jasa mereka akan saya kenang sepanjang hayat.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut ; Kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.  Melalui kajian ini juga, saya dapat mengenali dan memahami sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad dengan lebih mendalam. Dengan ini, saya dapat menambahkan lagi lmu pengetahuan saya.  Dalam kajian ini, saya dapat mengetahui keistimewaan reka bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad. Di samping itu, saya dapat menambahkan lagi tahap kekreatifan saya dalam bidang seni.  Melalui kajian ini, saya dapat memperoleh maklumat mengenai cara pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad. Dengan ini, saya dapat mengetahui bagaimana susahnya ia dibina.  Kajian ini juga dapat menyedarkan orang Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita seterusnya memupuk semangat patriotisma.

PENGENALAN BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara telah disambut di sini.

NAMA BANGUNAN

Pada peringkat awal, Bangunan Sultan Abdul Samad ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (New Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat). Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah Selangor dari 1857-1898. Nama ini kekal hingga sekarang. Pada asalnya bangunan ini hanya disebut ‘Bangunan’ sebelum ditukar nama kepada nama Sultan Abdul Samad.

LATAR BELAKANG BANGUNAN SULTAN AZLAN SHAH

ASAL-USUL

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan yang terkenal di Bandaraya Kuala Lumpur mahupun negara Malaysia. Bangunan ini adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi rekabentuknya. Bangunan ini juga telah menjadi saksi perarakan kemerdekaan Malaysia setiap tahun pada tarikh 31 Ogos. Bangunan Sultan Abdul Samad siap dibina pada tahun 1897. Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974.

Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang didirikan di Kuala Lumpur pada akhir abad ke 19 malah merupakan kejayaan program Bangunan Tersergam (Massive Building programme), di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner sebagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu.

PENGASAS

Bangunan ini telah diasaskan oleh arkitek Inggeris yang bernama Anthony C.Norman dan Anthony B.Hubbock sekitar tahun 1893-1897 yang pada ketika itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Bangunan ini diasaskan untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan penting ketika zaman pemerintahan British. Norman menghabiskan masa di Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.

TARIKH PEMBINAAN

Bangunan Sultan Abdul Samad ini telah dibina pada tahun 1893. Namun demikian, perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat pada ketika itu iaitu Sir Charles B.H. Mitchell. Bangunan ini siap sepenuhnya untuk digunakan pada April 1897 iaitu 2 tahun 7 bulan selepas perletakan batu asas. Bangunan Sultan Abdul Samad telah dirasmikan oleh Residen British, Sir Frank Swettenham K.C.M.G. pada 4 April 1897.

LOKASI

Bangunan Sultan Abdul Samad ini merupakan bangunan awam yang pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk segi tiga yang terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang. Bangunan ini terkenal kerana merupakan satu tempat yang strategik di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10, 200 meter persegi dan di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenala sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Pelbagai bangunan dibina di pertemuan dua sungai ini seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur, Stesen Kereta Api Tanah Melayu dan lain-lain. Di sinilah aktiviti perlombongan bijih timah bermula di Kuala Lumpur, menjadi pemangkin kejayaan ekonomi Tanah Melayu seterusnya negara Malaysia sekarang.

(Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)

TUJUAN PENUBUHAN

Pentadbiran British di Selangor memerlukan ibu pejabat baru bagi mentadbir negeri . Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur. Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .

Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah:1. Sekretariat Kerajaan (G.S.O) 2. Bilik Mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber) 3. Pejabat Pos, Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) 4. Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner) 5. Public Works Department 6. Audit dan Perbendaharaan 7. Pejabat Tanah 8. Jabatan Galian 9. Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office)

Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu, disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah.

KOS PEMBINAAN

Pembinaan bangunan ini telah menelan belanja sebanyak $152,824, padahal anggaran awalnya adalah sebanyak $152,000. Ia merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan. Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu, kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000.

PERASMIAN

Bangunan ini telah disiapkan pada tahun 1897 dan dirasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut. Teks lengkap ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris boleh didapati dalam JMBRAS VOL. 65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick.

KEISTIMEWAAN BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD REKA BENTUK PELAN Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu, Kuala Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek. Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.

Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu standard di seluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kota London. Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini. Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung.

Tangga berputar

Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak mempunyai pendingin udara. Pemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini berbentuk F. Ia bangunan awam pertama di tapak berbentuk segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Kelang serta gereja St Clarke dan Jalan Mahkamah Tinggi.

(Pelan Tingkat

(Pelan Tingkat

Dua)

Bawah)

(Pelan Tingkat

Satu)

(Pelan Tingkat

(Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad)

Mezanin)

BAHAN BINAAN

Pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama ini telah mnggunakan beberapa bahan binaan iaitu 4 juta batu-bata, 2 500 tong simen, 18 000 pikul kapur, 5 000 paun tembaga, 50 tan besi keluli dan 30 000 kaki padu kayu. Semua bahan binaan ini telah dibekalkan oleh sebuah kilang yang bertempat di Brickfield.

PENGUBAHSUAIAN

Bangunan Sultan Abdul Samad pernah dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan lebat berlaku di seluruh negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran yang tidak baik di sekitar Kuala Lumpur. Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan mengambil masa enam tahun. Pengubahsuaian telah siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja RM 17.2 juta. Pada waktu itu, kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM200 000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Setelah siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984. Ubah suai dilakukan lagi pada 2007. Majlis penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) telah diadakan pada 24 Disember 2008. Penyerahan adalah daripada SPAZ Sdn. Bhd. Kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan seterusnya kepada KPKKW.

HIASAN DALAMAN

Di dalam Bangunan Sultan Abdul Samad ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup.

KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG



Kegunaan Dahulu Pusat pentadbiran negeri-negeri



Kegunaan Sekarang Makamah Tinggi Malaya

melayu bersekutu



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur



Pejabat Residen-General



Pejabat Besar pos

CARA PEMBINAAN

Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 18941897, hasil senibina Bangunan Sultan Abdul Samad lengkap dengan ciri-ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti stail, ragam hias dan pemilihan unsur-unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897. Norman menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. Charles Edwin Spooner bertindak sebagai perancang dan Jurutera Negeri . Pengarah PWD ialah R.A.J. Bidwell .A.B. Hubback menyediakan pelan dan lukisan rekabentuk. Idea dan rekabentuk bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor hanya mempunyai bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.

Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824. Anggaran awal hanyalah $152,000.Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batubatu di bina di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri daripada kaum India . Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah Ghouse, yang berasal dari Chittagong, India (sekarang Bangladesh).Batu-bata ini dibawa terus melalui Sungai Kelang dan ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid Jamek sekarang.

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini mengikut tarikh yang ditetapkan. Sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang nik serta menjadi ikon negara Malaysia. Semasa menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada Bangunan Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperi Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara. Selain itu, perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara kita perlu dipupuk. Sebagai bangsa yang sayang akan khazanah negara, kita mestilah mengenali dan memahami sejarah tentang sesebuah bangunan di Malaysia. Kita waja mengetahuinya kerana ia melambangan identiti kita sebagai rakyat yang berkarisma tinggi. Perasaan ini akan membuatkan kita mengetahui siapa diri dan bangsa kita sebenarnya.

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunan-bangunan bersejarah ini. Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya telah menjiwai dan menyintai negara saya. Bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’ Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan bersejarah di samping mengeratkan hubungan persahabatan kami.

LAMPIRAN 1

( Bangunan Sultan Abdul Samad )

LAMPIRAN 2

( Suasana Bangunan Sultan Abdul Samad pada waktu malam )

LAMPIRAN 3

( Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad )

LAMPIRAN 4

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 2

Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat Mezanin ( Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad )

LAMPIRAN 5

Tampak Hadapan

Tampak Kiri

Tampak Kanan

Tampak Belakang

( Tampak Bangunan Sultan Abdul Samad )

LAMPIRAN 6

( Batu asas Bangunan Sultan Abdul Samad )

( Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi Bangunan Warisan Kebangsaan )

Related Documents


More Documents from ""