Kerja Kursus Sejarah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Sejarah as PDF for free.

More details

  • Words: 689
  • Pages: 10
1. TAJUK KAJIAN

BANGUNAN BERSEJARAH

BALAI BESAR, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

3. PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Sejarah 3 Ehsan, Puan Hamisah Binti Sabu. Sepanjang tempoh pelaksanaan Kerja Kursus Sejarah ini, beliau banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya dan rakan-rakan sekelas yang lain untuk menghasilkan hasil kajian yang cemerlang.

Selain itu, saya juga ingin menujukan sebanyak-banyak penghargaan kepada kedua ibu dan ayah, Puan Rusnah binti Hamzah dan Encik Mat Desa bin Wan Chik serta kakak dan abang saya. Ini adalah kerana mereka telah banyak memberikan bantuan, sama ada dalam bentuk wang mahupun pengangkutan kepada saya.

Seterusnya, saya merasa amat berterima kasih terhadap rakan – rakan sekelas saya, terutamanya Nur Ain binti Salim. Beliau merupakan rakan sekelas saya yang bekerjasama dengan saya untuk menyiapkan kerja kursus sejarah dan kami bersama – sama memilih Balai Besar, Kedah sebagai bangunan bersejarah yang kami kaji.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak – pihak yang memberikan kerjasama kepada saya dalam usaha untuk menyiapkan elemen satu, mengumpul fakta sejarah, seperti Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang dan Arkib Negeri Kedah.

4. OBJEKTIF KAJIAN Kerja Kursus Sejarah yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia keatas semua calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mempunyai objektifnya yang tersendiri. Salah satu daripada objektif kajian adalah untuk memenuhi sukatan pelajaran Sejarah 21/2 PMR. Seperti yang dinyatakan diatas, Kerja Kursus Sejarah merupakan kewajipan yang harus disiapkan oleh setiap calon PMR.

Selain itu, para pelajar dapat dipupuk dengan nilai dan unsur patriotisme. Secara tidak langsung, hal ini dapat menjadikan para pelajar belia dan rakyat Malaysia yang berwawasan.

Bukan itu sahaja, para pelajar dapat didedahkan dengan cara – cara untuk bekerja dan bergaul dengan orang ramai. Oleh itu, para pelajar dapat melatih skil komunikasi di peringkat yang lebih awal.

Meningkatkan kemahiran dan penguasaan ICT dalam kalangan pelajar juga merupakan salah satu objektif kajian. Para pelajar yang menggunakan komputer untuk mengumpul fakta sejarah atau menaip hasil kajian boleh memanfaatkan peluang ini untuk memahirkan diri dalam menggunakan kemudahan ICT.

5. KAEDAH KAJIAN Pelbagai kaedah kajian telah saya gunakan untuk melengkapkan elemen 1, iaitu mengumpul fakta sejarah. Analisis dokumen merupakan satu daripada tiga kaedah kajian yang saya guna. Selepas mengumpul pelbagai dokumen bertulis berkaitan bangunan bersejarah yang saya kaji, saya menganalisis dokumen-dokumen tersebut untuk menyiapkan hasil kajian saya.

Selain itu, penyelidikan perpustakaan ialah kaedah kajian kedua yang saya gunakan. Saya telah mengunjungi Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Seberang Jaya dan di sana, saya tel;ah menjumpai beberapa buku rujukan yang berguna.

Di samping itu, saya telah menemu ramah beberapa orang respondan sebagai salah satu kaedah kajian.

7. RUMUSAN Selepas saya berjaya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini, dapatlah dirumuskan bahawa pelbagai unsur patriotisme telah berjaya diterap dalam diri saya. Pertama dan terpenting sekali, saya merasa sangat berbangga dan bertuah dilahirkan sebagai seorang rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana tajuk Kerja Kursus Sejarah tahun ini, Bangunan Bersejarah telah meningkatkan kesedaran saya yang Malaysia mempunyai banyak bangunan warisan yang bersejarah.

Ekoran daripada perkara di atas, saya kini lebih mengetahui sejarah dan peristiwa yang telah berlaku dalam Negara. Secara tidak langsung, saya dapat menambah pengetahuan dan yang paling utama adalah memupuk perasaan berbangga akan sejarah tanah air sendiri.

Di samping itu, saya juga dapat merumuskan bahawa pelaksanaan Kerja Kursus Sejarah memberi iktibar kepada diri, bangsa dan Negara. Hal ini dapat menyumbang kepada pembentukkan masyarakat yang lebih peka dan arif akan sejarah dan warisan Negara.

Akhir sekali, saya ingin merumuskan bahawa semua objektif kajian telah dicapai. Sebagai contoh, saya telah memenuhi sebahagian daripada sukatan pelajaran Sejarah 21/2 PMR.

8. LAMPIRAN

9. Rujukan Buku Ilmiah Charles de Ledesma, Mark Lewis, Pauline Savage, 1997.Malaysia Singapore & Brunei The Rough Guide.London:Rough Guides LTD. Abdul Halim Nasir, Wan Hashim Wan Teh,1997. Warisan Seni Bina Melayu. Selangor:Universiti Kebangsaan Malaysia. Ghazali Lateh,SMSI,2006. Siri Kenali Sejarah Pekan:Fakta Sejarah. Selangor: Pekan Ilmu Publication. Jurnal Universiti Teknologi Malaysia. “ Komplek Balai Besar” dalam Jurnal Komplek Balai Besar dan Kota Lama Alor Setar, Kedah. 1979 Akhbar Utusan Malaysia, MEGA, 23 Mac 2009, halaman 3 Internet Places of Interest, http://www.wikipedia.com/AlorSetar&BB 50 Tahun Merdeka Tapi Buta Sejarah Bangsa, http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=773

ELEMEN 1 :

Mengumpul Fakta Sejarah

ELEMEN 2 :

Merekod Fakta Sejarah

ELEMEN 3 :

Penerapan Unsur Patriotisme

Related Documents