Kerja Kursus Geografi Tingkatan Satu 2009 Kl

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Geografi Tingkatan Satu 2009 Kl as PDF for free.

More details

  • Words: 1,771
  • Pages: 20
KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN SATU

Tajuk: Bentuk muka bumi dan potensinya di Jalan Tun Perak dan pebandingannya dengan Pulau Jawa Indonesia

NAMA: Nur Afifah Ahmad Nizam TINGKATAN: 1W No KAD PENGENALAN: 960417-10-5704 DISEMAK OLEH: Cik Farhanim Bt Che Anuar

Senarai kandungan Bil

Perkara

1.

Penghargaan

2.

Pendahuluan

3.

Objektif Kajian

4.

Kawasan Kajian

5.

Kaedah Kajian

6.

Hasil Kajian

7.

Rumusan

8.

Lampiran

9.

Rujukan

Halaman

Saya Nur Afifah Ahmad Nizam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah saya, Puan Ann Khoo kerana membenarkan saya menjalankan kajian di luar waktu persekolahan. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam kewangan. Tanpa bantuan dari mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan Kerja Khusus Geografi ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Farhanim Bt Che Anuar iaitu guru matapelajaran Geografi saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih atas pertolongan dan kerjasama cikgu. Sekian, terima kasih.

Pendahuluan Saya memilih tugasan ini kerana kawasan yang saya kaji berdekatan dengan sekolah. Kawasan yang saya kaji ialah Jalan Tun Perak. Negara yang dibandingkan ialah Pulau Jawa, Indonesia yang terletak di negara Asia. Saya sering berulang alik dari rumah ke sekolah melalui kawasan ini. Ini memudahkan lagi saya untuk membuat kajian. Kawasan ini juga dipenuhi dengan orang ramai yang berniaga dan ia menyenangkan saya untuk mencari responden dan mendapatkan maklumat. Saya telah menjalankan kajian ini dengan bantuan orang ramai yang berniaga di kawasan tersebut. Kajian yang dibuat ini memakan masa selama enam hingga lapan minggu. Saya menggunakan maklumat dan data yang diperolehi untuk menulis laporan dengan lengkap dalam tempoh yang ditetapkan.

Objektif Kajian Terdapat beberapa objektif kajian dalam pelaksanaan KGT di Jalan Tun Perak dan kawasan perbandingannya di Pulau Jawa, Indonesia, antaranya ialah: Mengetahui bentuk muka bumi dan ciri-cirinya Megetahui potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia Mengetahui halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia Mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar Menghuraikan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

Kawasan Kajian Saya menjalankan kajian di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur dan perbandingannya dengan Pulau Jawa, Indonesia. Jalan Tun Perak terletak di bahagian selatan sekolah saya, SMK Convent Bukit Nanas. Ia terletak kira-kira 1.5km sahaja dari sekolah. Jalan Tun perak merupakan kawasan tanah pamah dan beralun yang membolehkan pelbagai kemudahan infrastruktur dibina dengan mudah seperti pembinaan jaringan sistem pengangkutan, bangunanbangunan, premis-premis perniagaan dan sebagainya. Terdapat dua batang sungai berhampiran iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang. Pulau Jawa pula merupakan kawasan tanah tinggi yang bergunug-ganang yang membolehkan aktiviti pertanian dijalankan dengan giatnya di kawasan ini.

Kaedah Kajian Pemerhatian Memandangkan saya sering berulang-alik dari rumah ke sekolah melalui kawasan ini, saya telah membuat pemerhatian tentang bentuk muka bumi kawasan Jalan Tun Perak dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kawasan ini. Temu Bual Saya telah mengambil peluang untuk menemubual responden-responden yang terdiri daripada pekerja-pekerja dari pelbagai sektor seperti sektor perniagaan, perbankan, pendidikan, pengangkutan, dan pertanian. Rujukan Saya telah merujuk buku-buku dan risalah-risalah di perpustakaan sekolah. Selain itu, saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan seperti peta dan sebagainya.

Dapatan/hasil kajian 8.1 i.

ii.

bentuk muka bumi dan cirinya Jalan Tun Perak merupakan kawasan tanah pamah iaitu merupakan kawasan yang datar dan beralun. Ia juga mempunyai ketinggian kurang dari 180 meter dari aras laut. Kawasan tanah pamah Jalan Tun Perak sesuai untuk petempatan, sistem pengangkutan dan aktiviti perniagaan. Terdapat juga dua sungai yang berhampiran Jalan Tun Perak iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang. Pulau Jawa, Indonesia merupakan kawasan tanah tinggi yang terbentuk dari bukit, gunung dan banjaran. Ia juga mempunyai ketinggian lebih dari 200 meter dari aras laut dan merupakan pulau terpenting di Indonesia. Sebahagian daripada pulau dilitupi tanah gunung berapi jenis lava bes dan sesuai untuk penanaman padi.

Unsur patriotisma: saya berbangga dengan ciri-ciri bentuk muka bumi di Malaysia yang sangat sesuai untuk dimajukan.

8.2 potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia di Jalan Tun Perak dan perbandingannya di Pulau Jawa.

Terdapat beberapa potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia di J alan Tun Perak dan Pulau Jawa, Indonesia. i.

di Jalan Tun Perak

Kawasan tanah pamah yang rata dan beralun memudahkannya untuk dibangunkan dan dimajukan. Kawasan ini sesuai dijadikan kawasan tumpuan perniagaan di mana premis-premis perniagaan terdiri daripada bangunan-bangunan dapat dibina dengan mudah kerana bentuk muka buminya yang rata. Kawasan tanah pamah yang rata dan beralun di Jalan Tun Perak juga sesuai untuk pembinaan sistem jaringan pengangkutan jalan raya yang menghubungkan kawasan ini dengan kawasan-kawasan yang lain seperti pembinaan lebuh raya, jalan dua hala dan pembinaan jalan keretapi seperti komuter untuk kemudahan pengguna. ii. di Pulau Jawa, Indonesia Manakala di Pulau Jawa, Indonesia, bentuk muka buminya yang bertanah tinggi membolehkan kawasan cerun-cerun bukit yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian terutamanya tanaman padi kerana terdiri daripada tanah gunung berapi jenis lava bes. Selain itu, bentuk muka bumi yang bergunug ganag di Pulau Jawa, Indonesia juga sesuai dijadikan kawasan destinasi pelancongan kerana bentuk muka buminya yang bergunung ganang menghasilkan satu pandangan

yang indah. Aktiviti berekreasi dan mendaki bukit juga sesuai dijalankan. Unsur patriotisma: saya berbangga dengan potensi bentuk muka bumi di Malaysia yang mudah untuk dibangunkan.

8.3 halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia di Jalan Tun Perak dan Pulau Jawa, Indonesia. I. di Jalan Tun Perak kawasan tanah pamah yang terletak berhampiran sungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang menyebabkan kawasan ini akan ditengelami air akibat banjir kilat jika berlakunya hujan lebat tanpa henti untuk tempoh-tempoh tertentu yang menenggelamkan premis-premis perniagaaan yang terletak di kawasan sekitarnya. Selain itu, banjir juga menyebabkan sistem jaringan pengangkutan tergendala berikutan jalan-jalan utama ditenggelami air. II. di Pulau Jawa, Indonesia Manakala di Pulau Jawa, Indonesia, bentuk muka buminya yang bergunung-ganang menyebabkan mudahnya berlaku tanah runtuh. Struktur tanah yang longgar apabila berlakunya hujan lebat menyebabkan berlakunya kesotan tanah yang seterusnya menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Keadaan ini menyebabkan aktiviti pertanian sukar untuk dijalankan selain daripada aktiviti perlancongan juga tidak dapat dijalankan kerana membahayakan pelancong jika tanah runtuh berlaku secara tiba-tiba.

Unsur partiotisma: kita perlulah mengatur langkah-langkah yang strategik untuk mengekang masalah ini dari terus berlaku.

8.4 kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Jalan Tun Perak dan Pulau Jawa, Indonesia Terdapat kesan-kesan yang timbul akibat daripada kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Jalan Tun Perak dan Pulau Jawa, Indonesia. a.

di jalan Tun Perak Kemajuan sistem jaringan pengangkutan jalan raya telah menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan bermotor seperti kereta, bas dan motorsikal di atas jalan-jalan utama di kawasan ini. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan kandungan gas karbon monoksida di udara kerana daripada pelepasan asap-asap dari kenderaan yang seterusnya menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Selain itu, premis-premis perniagaan terutamanya premis-premis penjualan makanan seperti restoranrestoran mengalirkan sisa-sisa pepejal seperti sisa makanan dan sampah sarap terus ke dalam sungaisungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang telah menyebabkan berlakunya pencemaran s ungai. b.

di Pulau Jawa, indonesia Manakala di Pulau Jawa, Indonesia, penerokaan kawasan hutan untuk aktiviti pertanian dan pelancongan telah menyebabkan pokok-pokok ditebang dan tanah diratakan yang seterusnya menyebabkan berlakunya kepupusan flora dan fauna. Penebangan hutan dan aktiviti meratakan tanah di cerun-cerun bukit untuk pembinaan hotel-hotel di kawasan tanah tinggi di Pulau Jawa juga telah menyebabkan berlakunya perubahan lanskap di kawasan tersebut iaitu perubahan dari kawasan pandang darat fizikal yang bergunung-ganang

kepada kawasan pandang darat budaya yang terdiri daripada bangunan-bangunan tinggi yang tersiri daripada hotel-hotel. Unsur patriotisma: manusia perlulah merancang dengan baik untuk mengelakkan berlakunya unsur-unsur yang boleh memusnahkan alam sekitar. 8.5 Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Jalan Tun Perak dan Pulau Jawa, Indonesia. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Jalan Tun Perak dan Pulau Jawa, Indonesia i.

di Jalan Tun Perak

Untuk mengelakkan berlakunya pencemaran udara di Jalan Tun Perak kesan daripada pelepasan asap kenderaan, penggunaan petrol tanpa plumbum mampu mengurangkan pelepasan asap selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida ke udara. Pemasangan sangkar berdawai di sungai-sungai utama boleh menghalang sampah sarap yang dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai daripada menyekataliran air sungai dan seterusnya mengelakkan berlakunya banjir kilat serta hujan lebat. ii.

di Pulau Jawa, Indonesia

Manakala di Pulau Jawa, Indonesia, pembinaan tembok simenatau konkrit di lereng-lereng bukit boleh mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh di kawasan ini. Aktiviti penanaman semula pokok di cerun-cerun bukit atau gunung boleh mengubah kembali lanskap di

kawasan tersebut selain mengekalkan kehidupan flora dan fauna di kawasan tersebut Unsur patriotisma: manusia haruslah memikirkan langkahlangkah yang berkesan untuk mengatasi masalah yang timbul demi menjamin kestabilan alam sekitar.

Jadual Data Kajian Tajuk: Jenis kegiatan ekonomi di Jalan Tun Perak dan jumlahnya Jenis Pekerjaan (bidang)

Jumlah (orang)

Perniagaan

10

Perbankan

8

Pengangkutan

5

Pendidikan

4

Perhotelan

3 Jumlah

Bi l

Jenis Pekerjaan (bidang)

1.

Perniagaan

2.

Perbankan

30

Gundalan

3.

Pengangkutan

4.

Pendidikan

5.

Perhotelan

Jumlah

J u m l a h

Graf

*Rajah di atas menunjukkan graf jenis kegiatan ekonomi di Jalan Tun Perak

Jenis Perniagaan

Borang Temu Bual Nama: ________________________________________ Umur: ________________________________________ Jantina: _______________________________________ 1.

Jenis kegiatan ekonomi di Jalan Tun Perak _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

2. Sebab kepelbagaian pekerjaan di sini a) _______________________________________________________ b) _______________________________________________________

Borang Temu Bual Nama: ________________________________________ Umur: ________________________________________ Jantina: _______________________________________ 1.

Jenis kegiatan ekonomi di Jalan Tun Perak _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

2. Sebab kepelbagaian pekerjaan di sini a) _______________________________________________________ b) _______________________________________________________

Rumusan Melalui kajian geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina ialah apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah jenis-jenis kegiatan ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasaikepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara. Kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai. Pelbagai kesan yang didapati kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contoh kesannya ialah seperti pencemaran air dan udara. Dengan melihat kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dilihat apabila penduduk bersama-sama mengurangkan kesan-kesan tersebut. Saya berbangga dengan kegiatan ekonomi di tempat saya yang semakin berkembang. Ini memberikan saya keyakinan untuk membuat kerja khusus ini di Jalan Tun Perak. Saya berharap agar kawasan yang saya duduki ini semakin berkembang dengan lebih pesat. Akhir sekali, kita akan dapat mengenal pasti apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut. Apabila penduduk melihat langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turut mengikuti langkah-langkah tersebut. Unsur patriotisme seperti bertindak wajar dan timbul rasa cinta akan tanah air dapat dilihat apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut.

Rujukan

Buku Ilmiah Rapeah’ah Bt Ahamed, Khalijah Bt Maimon, Aziah Bt Ismail, Foo Ho Loke, 2002. Buku Teks Geografi Tingkatan Satu. Kuala Lumpur: Arus Intelek SDN BHD. Internet www.yahoo.com www.pdfcoke.com.my www.bing.com www.google maps.com Orang sumber Cik Farhanim Bte Che Anuar, guru matapelajaran geografi

Related Documents