Kerja Khusus Agama (3)

  • Uploaded by: Adib Rahmat
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Khusus Agama (3) as PDF for free.

More details

  • Words: 2,784
  • Pages: 13
NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

Nama:

MOHAMAD ADIB BIN RAHMAT

Kelas : 3 CEMERLANG Guru :

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

PN. SALMINAH BINTI ROSLAN

1

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

PERKARA MUKA HADAPAN

MUKA SURAT 1

ISI KANDUNGAN

2

MUTIARA KATA

3-7

LATAR BELAKANG

8

SIFAT PERIBADI

9

SUMBANGAN MUKADDIMAH TERAKHIR TAMAT

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

10 11-12 13

2

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

Siti Khadijah Binti Khuwailid (Ummul Mu’minin petama)Siti Khadijah Binti Khuwailid dalam hayat baginda Rasulullah junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah seorang sayyidah wanita  sedunia pada zamannya. Dia adalah puteri dari Khuwailid  bin  Asad bin  Abdul Uzzai bin Qushai bin Kilab alQurasyiyah al-Asadiyah , dari golongan pembesar Mekah.  Dijuluki  athThahirah  yakni  yang  bersih  dan suci. Sayyidah Quraisy ini dilahirkan di rumah  yang  mulia  dan terhormat pada tahun 68 sebelum hijrah, iaitu kira-kira 15 tahun  sebelum  tahun fill ( tahun gajah). Beliau hidup dalam lingkungan   keluarga   yang mulia   dan  apabila beliau  dewasa  beliau  menjadi seorang wanita yang  cerdas  dan  agung.  Beliau dikenali sebagai seorang yang teguh  dan  cerdik  serta  memiliki  perangai yang luhur. Kerana itulah banyak lelakilelaki dari kaumnya menaruh hati kepadanya. Pada mulanya beliau dinikahi oleh Abu Halah bin Zurarah at-Tamimi dan dikurniakan dua orang anak yang bernama Halah dan Hindun. Tatkala Abu Halah wafat, beliau dinikahi oleh Atiq bin ‘A’id bin Abdullah al-Makhzumi sehingga beberapa waktu lamanya dan akhirnya mereka bercerai. Setelah itu banyak pemuda-pemuda Quraisy yang menginginkan beliau tetapi beliau ingin menumpukan perhatian beliau dalam mendidik puteraputerinya. Beliau juga sibuk mengurus perniagaan yang membuatkan beliau menjadi seorang yang kaya raya. Pada suatu ketika, beliau sedang mencari seseorang yang dapat menjual dagangannya, maka beliau terdengar tentang Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sebelum bi’tsah (diangkat menjadi Nabi), Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam memiliki sifat jujur, amanah dan berakhlak mulia, maka Saiditina Siti Khadijah Binti Khuailid meminta kepada Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam untuk menjualkan dagangannya bersama seorang pembantunya yang bernama Maisarah. Beliau memberikan barang dagangan kepada Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam melebihi dari apa yang dibawa oleh beliau. Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam pun menyetujuinya dan berangkatlah beliau bersama Maisarah dan Allah menjadikan perdagangannya tersebut menghasilkan laba yang banyak. Khadijah merasa gembira dengan hasil yang banyak tersebut kerana dari usaha Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, akan tetapi ketakjubannya terhadap keperibadian Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam lebih besar dan lebih mendalam dari semua itu. Maka mulailah muncul perasaan-perasaan aneh yang berbaur dibenaknya, yang belum pernah beliau rasakan sebelumnya. Pemuda ini tidak sebagaimana kebanyakan lelaki-lelaki lain dan perasaanperasaan yang lain. Akan tetapi dia merasa bimbang; mungkinkah pemuda tersebut mahu menikahinya, memandangkan umurnya sudah mencapai 40 tahun? Apa nanti 3 kata orang kerana beliau telah menutup pintu bagi para pemuka Quraisy yang melamarnya?

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

Maka disaat dia bingung dan gelisah karena masalah yang mengusutkan fikirannya, tiba-tiba muncullah seorang temannya yang bernama Nafisah binti Munabbih. Selepas itu Nafisah binti Munabbih ikut duduk dan berdialog sehingga kecerdikan Nafisah mampu menyingkap rahsia yang disembuyikan oleh Siti Khadijah tentang ,masalah yang dihadapi dalam kehidupannya. Nafisah menenangkan perasaan Siti Khadijah dengan mengatakan bahawa Siti Khadijah adalah seorang wanita yang memiliki martabat, keturunan orang terhormat, memiliki harta dan mempunyai paras rupa yang cantik. Perkara ini terbukti dengan ramainya para pemuda Quraisy yang melamarnya. Selanjutnya, apabila Nafisah keluar dari rumah Khadijah, dia terus menemui Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam hingga berlakunya dialog yang menunjukan kecerdikannya , Nafisah : Apakah yang menghalangmu untuk menikah wahai Muhammad? Muhammad : Aku tidak memiliki apa-apa untuk menikah . Nafisah : (Dengan tersenyum berkata) Jika aku pilihkan untukmu seorang wanita yang kaya raya, cantik dan berkecukupan, maka apakah kamu mahu menerimanya? Muhammad : Siapakah dia ? Nafisah : (Dengan cepat dia menjawab) Dia adalah Khadijah binti Khuwailid Muhammad : Jika dia setuju maka akupun setuju. Nafisah pergi menemui Siti Khadijah untuk menyampaikan khabar gembira tersebut, dan Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam pun memberitahu kepada saudara-mara beliau tentang keinginannya untuk menikahi Siti Khadijah. Kemudian berangkatlah Abu Thalib, Hamzah dan yang lain menemui saudara Siti Khadijah yang bernama Amru bin Asad untuk melamar Siti Khadijah bagi putera saudaranya, dan selanjutnya mereka menyerahkan mas kahwin. Setelah selesai akad nikah, disembelihlah beberapa ekor haiwan kemudian dibahagikan kepada orang-orang yang fakir. Siti Khadijah membuka pintu bagi keluarga dan sahabat handai dan diantara mereka terdapat Halimatul as-Sa’diyah yang datang untuk menyaksikan pernikahan anak susuannya. Setelah itu dia kembali ke kampungnya dengan membawa 40 ekor kambing sebagai hadiah perkawinan yang mulia dari Siti Khadijah, kerana dahulu dia telah menyusui Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam yang sekarang menjadi suami tercintanya. Sebelum menikah, Zaid dibeli oleh Siti Khadijah dari pasar Mekah yang kemudian dijadikan budaknya. Ketika Khadijah menikah dengan Muhammad, Khadijah memberikan Zaid kepada Muhammad sebagai hadiah. Rasulullah sangat mencintai Zaid karena dia memiliki sifat-sifat yang terpuji. Maka jadilah Sayyidah Quraisy ini sebagai isteri kepada Muhammad 4 Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dan jadikanlah dirinya sebagai contoh yang paling utama dan paling baik dalam hal mencintai suami dan mengutamakan kepentingan suami daripada kepentingan sendiri.

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

Allah memberikan kurnia kepada rumah tangga tersebut berupa kebahagiaan dan nikmat yang berlimpah ruah, dan mengkurniakan pada mereka putera-puteri yang bernama Al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqqayah, Ummi Kalsum dan Fatimah. Kemudian Allah menjadikan Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam suka berkhalwat (menyendiri), bahkan tiada suatu perkara pun yang lebih baginda sukai daripada menyendiri. Beliau menggunakan waktunya untuk beribadah kepada Allah di Gua Hira’ selama sebulan pada setiap tahun. Baginda tinggal didalamnya beberapa malam dengan bekalan makanan yang sedikit dan jauh dari perbuatan yang sia-sia yang dilakukan oleh orang-orang Makkah iaitu menyembah berhala dan lain –lain. Siti Khadijah Binti Khuailid tidak merasa tertekan dengan tindakan Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam yang kadang-kadang harus berpisah jauh darinya, beliau mencurahkan segala kemampuannya untuk membantu suaminya dengan cara menjaga dan menyelesaikan tugas yang harus dia lakukan dirumah. Apabila dia melihat Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam pergi ke gua, kedua matanya sentiasa mengikut suaminya yang tersayang dari jauh. Bahkan dia juga menyuruh orang-orang untuk menjaga Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam tanpa mengganggu suaminya yang sedang menyendiri. Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam tinggal di dalam gua tersebut sehingga sampai suatu masa, kemudian datanglah malaikat Jibril dengan membawa kemuliaan dari Allah sedangkan beliau di dalam gua Hira’ pada bulan Ramadhan. Jibril datang dengan membawa wahyu. Selepas itu beliau Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam keluar dari gua lalu menuju ke rumah beliau dalam kegelapan fajar dalam keadaaan takut, khuwatir dan menggigil dan berkata: “Selimutilah aku ….selimutilah aku …”. Setelah Khadijah meminta keterangan tentang peristiwa yang menimpa Rasulullah , beliau menjawab:”Wahai Khadijah sesungguhnya aku khuwatir terhadap diriku”. Maka Isteri yang dicintainya itu menghiburkannya dengan percaya kepada diri dan penuh keyakinan berkata: “Allah akan menjaga kita wahai Muhammad, bergembiralah wahai suamiku dan teguhkanlah hatimu. Sesugguhnya aku berharap agar kamu menjadi Nabi bagi umat ini. Demi Allah, Dia tidak akan menghina kamu selamanya. Maka tenteramlah hati Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam berkat kata-kata ini dan baginda kembali tenang.

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

5

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

Namun hal itu belum cukup bagi seorang isteri yang bijaksana, bahkan beliau dengan segera pergi menemui saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal, kemudian beliau ceritakan perihal yang terjadi pada Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam . Maka tiada ucapan yang keluar dari mulutnya selain perkataan: “Qudus….Qudus…..Demi Waraqah , jika apa yang engkau ceritakan kepadaku benar,maka telah datang kepadanya Namus Al-Kubra sebagaimana yang telah datang kepada Musa dan Isa, dan Nuh alaihi sallam.Apabila melihat kedatangan Nabi, maka Waraqah berkata: “Demi Warakah yang ada ditangan-Nya, sesungguhnya engkau adalah seorang Nabi bagi umat ini, pasti mereka akan menyakiti dirimu, mengusir dirimu dan akan memerangimu. Seandainya aku masih menemui hari itu sungguh aku akan menolong baginda Allah “. Kemudian beliau mendekati Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam dan mencium ubun-ubunnya. Maka Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: ” Apakah mereka akan mengusirku?”. Waraqah menjawab: “Betul, tiada seorang pun yang percaya sebagaimana yang engkau bawa melainkan pasti ada yang akan menentangnya“. Tidak beberapa lama kemudian Waraqah wafat. Menjadi tenanglah jiwa Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam apabila mendengar penuturan Waraqah, dan pada saat itu baginda mengetahui bahawa akan ada banyak kesukaran di saat permulaan berdakwah, banyak rintangan dan beban. Beliau juga menyedari bahwa itu adalah sunnatullah bagi para Nabi dan orang-orang yang mendakwahkan agama Allah. Maka beliau melalui jalan dakwah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah Rabbil Alamin, dan beliau mendapat banyak gangguan dan tentangan. Adapun Siti Khadijah adalah seorang wanita yang pertama sekali beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau adalah seorang isteri Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam yang mencintai suaminya dan juga beriman, berdiri untuk mendampingi Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam yang dicintainya untuk menolong, menguatkan serta menolong beliau dalam menghadapi segala gangguan dan ancaman sehingga itulah Allah meringankan beban Nabi-Nya.Tidaklah baginda mendapati sesuatu yang tidak disukai, baik penolakan mahupun pendustaan yang menyedihkan baginda kecuali Allah melapangkan jiwanya melalui isterinya apabila baginda kembali ke rumahnya. Beliau (Siti Khadijah) berusaha meneguhkan pendiriannya, menghiburkannya, membenarkannya dan mengingatkan tidak berertinya celaan manusia pada baginda. Dan ayat-ayat Al-Qur’an juga ikut meneguhkan keteguhan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, Firman-Nya:

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

6

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

“Hai orang-orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (belasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) , bersabarlah!”(Al-Muddatstsir:1-7). Sehingga sejak saat itu Rasulullah yang mulia memulakan lembaran hidup baru yang penuh barakah dan bersusah payah. Beliau Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam mengtatakan kepada sang isteri yang beriman bahawa masa untuk tidur dan bersenang-senang sudah habis. Siti Khadijah radhiallah ‘anhu turut mendakwahkan Islam disamping suaminya semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada beliau. Juga Zaid bin Haritsah, Abdullah, Qasim dan juga keempat-empat putrinya semoga Allah meredhai mereka semua. Dan moga-moga mereka ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Amin....

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

7

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

NAMA PENUH : KHADIJAH BINTI KHUWAILID BIN ASAD BIN ABDUL UZZAI BIN QUSHAI BIN KILAB BIN AL- QURAISYIYAH AL- ASADIYAH KETURUNAN

: BANI NAUFAL DARIPADA SKU QURAISY

TARIKH LAHIR : ADA RIWAYAT MENGATAKAN BELIAU TELAH DILAHIRKAN PADA TAHUN 68 SEBELUM HIJRAH, IAITU SEBELUM TAHUN FILL(GAJAH) KIRAKIRA 15 TAHUN NAMA BAPA BIN AL-

: KHUWAILID BIN ASAD BIN ABDUL UZZAI BIN QUSHAI BIN KILAB QURAISYIYAH AL- ASADIYAH

NAMA SUAMI : MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB BIN HASYIM BIN ABDUL MANAF BIN QUSA BIN KILAB NAMA ANAK UMMU KALTSUM

: QASIM, ABDULLAH, ZAID (ANAK ANGKAT), ZAINAB, RUQAYAH,

TARIKH WAFAT UMUR KETIKA WAFAT

: 3 HIJRAH : 65 TAHUN

TEMPAT DIMAKAMKAN : DATARAN TINGGI MEKAH (AL – HAJUN) GELARAN

: UMMUL MUKMININ

KERJAYA

: AHLI PERNIAGAAN

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

8

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

Seorang yang mempunyai sifat keibuan yang tidak berbelah bahagi kerana beliau mendidik dan memberi kasih-sayang kepada kesemua anaknya termasuk Zaid Bin harith walaupun Zaid bukan anak kandungnya.

Seorang bangsawan dan dermawan kerana beliau memberikan Halimatul as-Sa’diyah yang datang untuk menyaksikan pernikahan anak susuannya itu sebanyak 40 ekor kambing sebagai hadiah perkawinan yang mulia dari Siti Khadijah.

Seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup. Beliau redha dengan takdir yang menimpa beliau iaitu kematian kedua-dua puteranya, Abdullah dan Al – Qasim ketika mereka masih kecil lagi.

Beliau seorang yang taat kepada perintah Allah dan Rasul – Nya. Beliau bejuang bersama-sama Rasulullah SAW dan menghadapi segala ugutan, ancaman dan lain-lain.

Beliau juga seorang istei yang mengambil berat tentang Rasulullah SAW. Beliau menyelimutkan Rasulullah SAW ketika baginda berasa khuatir terhadap dirinya.

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

9

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

Beliau merupakan seorang isteri yang setia, jujur, tabah, dan berani dalam mengembangkan syiar Islam

Seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama di Gua Hira’ selain penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha berdakwah untuk mengembangkan agama Allah.

Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta, perasaannya dan saggup meniggalkan segala kemewahan yang dikecapinya demi keimanan kepada Allah dan Rasulnya sehinggaRasululah SAW berjaya dalam perjuangannya

Beliau sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Pengorbananya dalam aspek harta amatlah penting kerana antara golongan yang awal memeluk Islam adalah terdiri daripada golongan yang lemah dan hamba abdi

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

10

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

Mulailah ujian yang keras menimpa kaum muslimin dengan berbagai macam bentuknya,akan tetapi Khadijah berdiri kokoh bak sebuah gunung yang tegar kokoh dan kuat. Beliau wujudkan Firman Allah : “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’ , sedangkan mereka tidak diuji lagi?” . (Al-’Ankabut:1-2). Allah memilih kedua putranya yang pertama Abdullah dan al-Qasim untuk menghadap Allah tatkala keduanya masih kanak-kanak, sedangkan Khadijah tetap bersabar. Beliau juga melihat dengan mata kepalanya bagaimana syahidah pertama dalam Islam yang bernama Sumayyah tatkala menghadapi sakaratul maut kerana seksaan para thaghut hingga jiwanya menghadap sang pencipta dengan penuh kemuliaan. Beliau juga harus berpisah dengan putri dan buah hatinya yang bernama Ruqayah isteri dari Utsman bin Affan karena puterinya berhijrah ke negeri Habsyah untuk menyelamatkan kaumnya dari gangguan orang-orang musyrik. Beliau saksikan dari waktu ke waktu yang penuh dengan kejadian besar dan permusuhan. Akan tetapi tidak ada kata putus asa bagi seorang Mujahidah. Beliau laksanakan setiap saat apa yang difirmankan Allah : “Kamu sungguh-sungguh akan duji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, ganguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang di utamakan “. (Ali Imran:186). Sebelumnya, beliau juga telah menyaksikan seluruh kejadian yang menimpa suaminya al-Amin ash-Shiddiq yang mana beliau berdakwah di jalan Allah, namun beliau menghadapi segala musibah dengan kesabaran. Semakin bertambah berat ujian semakin bertambahlah kesabaran dan kekuatannya. Beliau campakkan seluruh kesanangan dunia yang menipu yang hendak ditawarkan dengan aqidahnya. Dan pada saat-saat itu beliau bersumpah dengan sumpah yang menunjukkan keteguhan dalam memantapkan kebenaran yang belum pernah dikenal orang sebelumnya dan tidak goyah dari prinsipnya walau selangkah semut. Beliau bersabda: “Demi Allah wahai pencipta! seandainya mereka mampu meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan dakwah ini, maka sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya hingga Allah memenangkannya atau aku yang binasa kerananya”.

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

11

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

Begitulah Sayyidah mujahidah tersebut telah mengambil suaminya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sebagai contoh yang paling agung dan tanda yang paling nyata tentang keteguhan diatas iman. Oleh kerana itu, kita mendapati apabila orang-orang Quraisy mengumumkan pemboikotan mereka terhadap kaum muslimin untuk menekan dalam bidang politik, ekonomi dan kemasyarakatan dan mereka tulis naskah pemboikotan tersebut kemudian mereka tampal pada dinding Ka’bah; Khadijah tidak ragu untuk bergabung dengan kaum muslimin bersama kaum Abu Thalib dan beliau tinggalkan kampung halamannya untuk menempa kesabaran selama tiga tahun bersama Rasul dan orang-orang yang menyertai beliau menghadapi beratnya pemboikotan yang penuh dengan kesusahan dan menghadapi kesewenangwenangan para penyembah berhala. Hingga berakhirlah pemboikotan yang telah beliau hadapi dengan iman, tulus dan tekad baja tak kenal lelah. Sungguh Sayyidah Khadijah telah mencurahkan segala kemampuannya untuk menghadapi ujian tersebut di usia 65 tahun. Selang enam bulan setelah berakhirnya pemboikotan itu wafatlah Abu Thalib, kemudian menyusul seorang mujahidah yang sabar -semoga Allah meridhai beliau - tiga tahun sebelum hijrah. Dengan wafatnya Khadijah maka meningkatlah musibah yang Rasul hadapi. Kerana bagi Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, Khadijah adalah teman yang tulus dalam memperjuangkan Islam. Begitulah Nafsul Muthmainnah telah pergi menghadap Rabbnya setelah sampai pada waktu yang telah ditetapkan, setelah beliau berhasil menjadi teladan terbaik dan paling tulus dalam berdakwah di jalan Allah dan berjihad dijalan-Nya. Dalam hubungannya, beliau menjadi seorang isteri yang bijaksana, maka beliau mampu meletakkan urusan sesuai dengan tempatnya dan mencurahkan segala kemampuan untuk mendatangkan keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Kerana itulah beliau berhak mendapat salam dari Rabb-nya dan mendapat kabar gembira dengan rumah di surga yang diperbuat dari emas, tidak ada kesusahan didalamnya dan tidak ada pula kekecohan didalamnya. Kerana itu pula Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik wanita adalah Maryam binti Imran, sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid”. Ya Allah ridhailah Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan kebenaran dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan kaum muslimin.

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

12

NDIDIKAN AGAMA ISLAM _ SAIDITINA KHADIJAH BT. KHUWAILID

Semoga Saiditina Khadijah Binti Khuwailid ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Amin….

“Sebaik-baik wanita adalah Maryam binti Imran, sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid”. (Sabda Rasulullah SAW)

Copyright © 2009 Adib Systems (Australia) Pty Ltd. All rights reserved throughout the world. Reproduction in any manner in whole or in part without permission are prohibited.

MOHAMAD ADIB _ 3 CEMERLANG

13

Related Documents


More Documents from "Mohamad Noor Abuhassan"