Kerja Khusus Takraw

  • Uploaded by: Mohamad Noor Abuhassan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Khusus Takraw as PDF for free.

More details

  • Words: 2,044
  • Pages: 12
Sejarah Sepak Takraw. Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemainpemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Peralatan Sepak Takraw. 1

1. GELANGGANG 1.1 Ukuran gelanggangBerukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan). 1.2. Garisan GelanggangLebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan. 1.3. Garisan TerasGarisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar. 1.4. Garisan Suku BulatanPada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m. 1.5. Bulatan Sepak MulaBulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang man pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

2

2. TIANG 2.1 Ukuran tiangTiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cucup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m. 2.2 Kedudukan TiangTiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.

3. JARING 3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi.Pita inidinamakan pita sempadan. 3.2. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita) ditiang. a. 1.55m (1.42 untuk wanita) - ukuran ditepi tiangb. 1.52m (1.45 untuk wanita) - ukuran dibahagian tengah jaring.

3

4. BOLA SEPAK TAKRAW Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari rotan, lapisan tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat. Ukuran galis lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m (0.43m hingga hingga 0.45m untuk Wanita). Berat bola sebelum dimainkan hendaklah diantara 170gm hingga 180gm (150gm hingga 160gm untuk Wanita)

.

5. PEMAIN PEMAIN 5.1. Sukan ini dimainkan oleh 2 Regu yang mana setiap Regu mengandungi 3 orang Pemain. 5.2. Salah seorang dari Pemain ini hendaklah berada dibelakang dan dinamakan Tekong.5.3. Dua orang lagi Pemain hendaklah berada di hadapan, seorang disebelah kiri dan seorang lagi disebelah kanan. Pemain disebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada disebelah kanan dinamakan Apit Kanan.

6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN 6.1. Pemain pemain hendaklah memakai Jersey/T-shirt dan berseluar pendek (T4

shirt berkolar bulat dengan seluar sehingga paras lutut untuk wanita) dan berkasut sukan dengan tapak getah. Adalah dilarang pemain memakai seberang benda/pakaian yang boleh membahayakan Pasukan Lawan semasa pertandingan.Dalam keadaan cuaca sejuk, pemain-pemain dibenarkan memakai track suits. 6.2. Sebarang benda yang dipakai oleh Pemain dianggap sebahagian dari anggotanya. Jersey/T-Shirt mestilah dimasukan kedalam (seluar) 6.3. Sebarang alatan/benda yang boleh melajukan bola takraw atau membantu mempercepatkan pergerakan pemain tidak dibenarkan.6.4. Ketua Regu hendaklah memakai 'Arm Band' dilengan kirinya. 6.5. Semua Jersey/T-Shirt hendaklah bernombor antara 1 hingga 15 dibahagian belakang.Setiap pemain mestilah diberi satu nombor tetap sepanjang kejohanan. Hanya nombor 1 hingga 15 dibenarkan untuk digunakan oelh setiap pasukan yang bertanding. Nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19cm tinggi.

7. PEGAWAI-PEGAWAI Permain diuruskan oleh Pegawai-Pegawai berikut: I) I Pengadil Rasmi ii) 2 Pengadil iii) 6 Pengadil Garisan (4 digarisan tepi dan 2 digarisan belakang)Nota: Kedudukan 2 orang Pengadil Garisan untuk Gariasan Belakang hendaklah bersetentang dengan Pengadil.

8.KEDUDUKAN PEMAIN-PEMAIN SEMASA SEPAK MULA 10.1. Semasa permain bermula, semua Pemain mesti berada didalam Petak masing masing dalam keadaan bersedia. 10.2. Tekong yang membuat Sepak Mula hendaklah sebelah kakinya berada 5

didalam Bulatan Sepak Mula dan sebelah lagi kakinya hendaklah berada diluar Bulatan Sepak Mula untuk menyepak bola. 10.3. Kedua-dua apit Regu yang membuat Sepak Mula mestilah berada didalam Suku Bulatan masing-masing. 10.4. Pemain Regu Lawan bebas berada dimana-mana kawasan didalam Petak Gelanggangnya.

9. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA 11.1. Regu yang memilih untuk memulakan permainan hendaklah memulakan permainan set pertama. Selepas tamat set pertama, kedua-dua Regu hendaklah menukar petak dan permenang memulakan set kedua. 11.2. Campakan hendaklah dibuat setelah Pengadil selesai mengumumkan Mata Pertandingan. Jika mana-mana pemain apit melontar bola sebelum pengadil mengumumkan mata pertandingan,campakan semula hendaklah dilakukan dan amaran diberikan kepada pelontar bola. Semasa melakukan sepak mula, sebaik sahaja bola disepak oleh penyepak mula, semua pemain bebas bergerak didalam petak gelanggang masing-masing. 11.3. Sepakan Mula cuma sah jika ianya melepasi jaring samada ia menyentuh jaring atau tidak melalui diantara dua Pita Sempadan jatuh didalam Petak Gelanggang Pasukan Lawan. 11.4. Sepakan Mula boleh dilakuan oleh Tekong dengan apa cara sekalipun asalkan salah satu dari kakinya sentiasa menyetuh gelanggang didalam Bulatan Sepak Mula.

10. PERKARA PERKARA BATAL 12.1. Pihak Sepak Mula 12.1.1. Apit yang melontar bola, memain-mainkan bola (melambung, menghempas,memberi kepada apit lain dan lain-lain) selepas pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan. 12.1.2. Mana-mana apit mengangkat kaki, memijak Garisan atau melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa campakan bola dibuat. 12.1.3. Tekong semasa melakuan sepak mula, sebelah kakinya tidak menyentuh 6

gelanggang atau memijak garisan bulatan sepak mula. 12.1.4. Tekong tidak menyepak bola yang dilontar. 12.1.5. Bola menyetuh Pemain Regunya sebelum melintasi ke petak gelanggang lawan. 12.1.6. Bola melintasi jaring tetapi jatuh diluar gelanggang. 12.1.7. Bola tidak melintasi ke Petak Gelanggang Lawan. 12.2. Penerima Sepak Mula Melakuan tingkah-laku yang boleh mengganggu atau membuat bising atau ,menengking terhadap pihak lawan. 12.3. Kedua-dua Pihak semasa Permainan. 12.3.1. Memijak Garisan Tengah. 12.3.2. Mana-mana pemain yang menyentuh bola dikawasan lawan. 12.3.3. Mana-mana bahagian anggota Pemain memasuki kawasan lawan samada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa 'follow-through' 12.3.4. Memainkan bola lebih dari 3 kali berturutan. 12.3.5. Bola menyentuh tangan. 12.3.6. Bola melurut dianggota badan. 12.3.7. Memberhenti atau mengepit bola dibawah tangan/lengan, antara kedua-dua paha/kaki atau badan. 12.3.8. Sebarang anggota atau peralatan Pemain seperti kasut, pelilit kepala dan lain lain menyentuh jaring, tiang, kerusi Pengadil atau jatuh kekawasan lawan. 12.3.9. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain lain benda. 12.3.10. Mana mana Pemain yang sengaja melambat-lambatkan permainan.

11. SISTEM KIRAAN MATA 13.1 Bila perkara batal dilakukan oleh semada bahagaian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya. 13.2 Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata. 13.3 Permainan dijalankan didalam 2 set dengan 2 minit rihat diantaranya. 13.4 Jika masing-masing Regu memengangi 1 set, permainan akan ditentukan didalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' deangan 15 mata. 13.5 Sebelum Pusingan 'tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan bahagian yang memenangi undian akan membuat sepak mula. tukar petak akan 7

berlaku bila satu Regu mencapai 8 mata.

KEMAHIRAN DALAM SEPAK TAKRAW. Sepak sila Tidak dapat diragui lagi ia merupakan satu teknik yang paling penting. Ia merupakan teknik yang sering digunakan dalam sukan sepak takraw. Teknik ini merupakan pemula semua teknik untuk killer. Semasa melakukan teknik ini, pemain perlu menyediakan kuda-kuda yang kukuh. Kaki perlu dijarakkan sama luas dengan bahu. Kaki perlu dibengkokkan pada paras lutut dan yang paling penting mata perlu fokus kepada bola. Pergerakan sepak perlu dilakukan dengan lembut dan tidak dilakukan terlalu kuat. Bola akan melambung dan perlu di sepak pada tempat yang betul dengan mengunakan bahagian dalam kaki.

Sepak lutut 8

Lutut dan peha digunakan apabila bola datang dengan pantas dari arah hadapan ke kawasan diantara lutut dan pingang. Teknik ini digunakan untuk melambung atau mengarahkan bola ke atas agar sepak sila dapat digunakan untuk mengawal semula bola. Teknik ini juga digunakan apabila bola dihantar terlalu hampir dengan badan pemain.

Menanduk Menanduk merupakan teknik yang sering digunakan untuk melambung bola yang datang melebihi paras pingang, terutamanya dalam permainan jaring. Teknik ini lebih mementingkan ketepatan dan posisi berbanding dengan kekuatan sahaja. Teknik ini dilakukan dengan menanduk bola pada kawasan di antara dahi dan kawasan anak rambut

Sepak hadapan Sepak hadapan merupakan satu teknik pertahanan yang baik untuk menyelamatkan bola yang di luar capaian atau agak jauh. Walaubagaimanapun,ia bukanlah satu cara mengawal bola yang baik. Teknik ini dilakukan dengan mengunakan bahagian hadapan kaki.

9

SISTEM LIGA Sistem liga adalah system melibatkan beberapa orang peserta atau beberapa orang peserta atau beberapa pasukan di kumpulkan ke dalam satu kumpulan atau beberapa buah kumpulan.para peserta atau pasukan tersebut dikehendaki bertanding antara satu sama lain sehingga setiap pasukan telah bermain dengan semua pasukan yang berada dalam kumpulannya.ini bermakna sesebuah pasukan itu akan diberi peluang bermain atau bertanding secara maksimum.

Sistem liga satu pusingan: Sekiranya pertandingan ini menggunakan system liga satu pusingan dan terdapat hanya lima buah pasukan yang menyertai pertandingan seperti

Pasukan bertanding

pada di jadual di bawah,maka setiap pasukan akan berpeluang

1. 2. 3. 4. 5.

bertanding sebanyak empat kali sahaja sebelum pemenang sebenar pertandingan tersebut di umumkan.susunan dan bilangan yang akan di tandingi oleh setiap pasukan juga

A B C D E

adalah seperti pada jadual 1.3: PUSINGAN

1

2

3

4

5

GELANGGANG

1 lawan 0

1 lawan

1 lawan

1 lawan

1 lawan

5

4

3

2

4 lawan

3 lawan

2 lawan

0 lawan

0

5

4

3

A GELANGGANG B

5 lawan 2

10

GELANGGANG

4 lawan 3

C

3 lawan

2 lawan

0 lawan

5 lawan

2

0

5

4

Jadual 1.3:jumlah pasukan,jadual dan susunan perlawanan

Sistem liga dua pusingan Liga dua pusingan memerlukan peserta atau pasukan tersebut bertanding dengan lawan yang sama sebanyak dua kali.Pengelola akan menentukan sama ada liga itu satu atau dua pusingan bergantung kepada jumlah pasukan yang menyertai pertandingan tersebut.sebagai contohnya,pihak pengelola pertandingan bola sepak dunia di korea dan jepun pada tahun 2000,telah menggunakan system liga dua pusingan yang di sertai oleh 32 pasukan dan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Pemenang dalam pertandingan yang menggunakan system liga selalunya di tentukan dengan dua cara iaitu: i.

Pasukan yang memungut jumlah mata yang tertinggi dalam liga satu

pusingan. ii. Pasukan yang memungut jumlah mata yang tertinggi dalam liga dua pusingan.

Keputusan dari carta skor dipindahkan pula ke dalam borang keputusan rasmi seperti pada jadual dibawah

PASUKAN A B C D E

P 4 4 4 4 4

M 2 2 1 0 0

S 2 2 3 2 1

K 0 0 0 2 3

J 7 7 6 4 2

G 2 3 5 9 7

MATA 8 8 6 2 1

KEDUDUKAN 1 2 3 4 5

P = jumlah perlawanan

K= kalah

M = menang

J = jaringan

S = seri

G = bilangan kena 11

Sekiranya pertandingan itu dijalankan dalam liga dua pusingan,maka kita hanya perlu menyediakan dua keping cara skor.satu carta skor untuk setiap pusingan.carta-carta skor ini perlu dipamerkan di tempat pengurus pertandingan sebagai bahan maklumat untuk setiap pasukan yang bertanding.

12

Related Documents


More Documents from "nani_cute"