Keracunan Makanan - Tindakan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keracunan Makanan - Tindakan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,640
  • Pages: 10
KERACUNAN MAKANAN Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan abdomen, demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalangan bayi, terutamanya bayi yang menyusu botol. Bagi keracunan makanan yang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia, racun serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.

Adakah keadaan ini serius? Bagi bayi, keadaan ini serius kerana tanda-tanda penyakit yang menyusuli boleh menyebabkan penyahhidratan. Tanda-tanda • • • • • •

Kekejangan otot. Demam. Kerap membuang air besar. Tinja cair dan mungkin disertai darah, nanah atau mukus. Muntah. Otot-otot lemah dan badan berasa seram sejuk. Hilang selera makan.

Apakah tindakan pertama? 1. Jika anak muntah dan mengalami cirit-birit, periksa suhu badan untuk menentukan sama ada anak demam. 2. Periksa tinja untuk menentukan sama ada terdapat darah atau nanah.

3. Biar anak baring di atas katil dan jangan beri sebarang makanan tetapi pastikan dia kerap diberi minum air yang dicampur secubit garam dan 5ml glukos. 4. Cuba tentukan makanan yang dimakan oleh anak yang telah menyebabkan timbulnya tanda-tanda penyakit.

Perlukah saya berjumpa doktor? Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak muntah atau cirit-birit berterusan selama lebih enam jam dan keadaan ini tidak boleh dikawal melalui pemakanan cecair sahaja. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika keadaan anak masih tidak pulih dalam tempoh 24 jam, atau anda mengesyaki anak telah minum racun serangga atau tumbuh-tumbuhan yang beracun. Bawa racun tersebut bersama-sama anda.

Apakah tindakan doktor? •



Biasanya, keracunan makanan tidak memerlukan rawatan khusus kecuali pemberian bendalir dan garam yang banyak hilang melalui cirit-birit dan muntah. Doktor mungkin akan memberi sejenis serbuk yang mengandungi glukos dan garam untuk dicampur dalam minuman. Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan pemberian susu. Jika anak mengalami penyahhidratan, doktor akan memasukkan anak ke hospital supaya bendalir dapat diberi secara intravena. Jika anak mengalami muntah yang teruk, doktor mungkin memberi anak suntikan dadah antiemetik untuk menghentikan muntah.

Bagaimankah saya boleh membantu? • • • •

Letakkan baldi di tepi katil supaya anak tidak perlu berjalan ke tandas. Jika anak demam, gunakan pek ais atau tuala muka yang lembab untuk menyegarkan anak. Jika anak muntah, bantu anak berkumur dengan air. Utamakan kebersihan. Keracunan makanan mudah berjangkit. Oleh itu, pastikan anak sentiasa membasuh tangan setiap kali





• •

• •

dia ke tandas. Basuh tangan anda selepas menukarkan lampin anak. Bagi mengelak berlakunya keracunan makanan, masukkan setiap makanan yang telah dimasak kedalam peti sejuk. Semasa makanan ini dipanaskan semula, pastikan ini dilakukan dengan sepenuhnya. Salmonella hidup biak dalam makanan yang suam panas tetapi akan mati pada suhu yang tinggi. Jika anak enggan minum air dengan secukupnya atau tidak menyukai rasa serbuk khas, beri anak potongan tembikai untuk dikicap. Cair beku makanan dengan sempurna sebelum dimasak, terutamanya daging. Pastikan daging dimasak secukupnya. Beri anak makanan yang mudah dihadam seperti bubur, yogurt, jeli dan makanan tanpa lemak sebaik sahaja anak mula mahu makan. Kesan penyakit biasanya akan hilang dalam tempoh seminggu. Ikut arahan doktor bagi pemberian semula susu bayi yang menggunakan botol. Periksa makanan yang dimakan oleh anak 24 jam sebelumnya. Buang sebarang makanan yang mungkin menjadi punca keracunan makanan seperti daging, ikan, bahan bersusu atau roti.

____________________________________________________________________ _ Keracunan makanan Definisi Keracunan merjuk kepada gangguan sistem fizikal badan manusia disebabkan samada terhidu, tersentuh atau termakan bahan kimia beracun daripada makmal, bengkel atau berpunca daripada makanan yang dimakan yang tidak bersih atau mengandungi racun. Polisi Bebas daripada insiden keracunan. Objektif 1. Mencegah daripada berlaku keracunan , dan mengambil tindakan betul jika berlaku keracunan di sekolah. 2. Sedar bahaya kimia berracun dan berhati-hati setiapkali berada di makmal atau bengkel. 3. Tahu tindakan yang perlu dibuat jika berlaku keracunan. Tanggungjawab Pelajar 1. Melaporkan serta-merta kepada guru jika insiden keracunan berlaku. 2. Menyimpan sampel/contoh kimia atau makanan yang dipercayai punca

keracunan. 3. Membaca dan mematuhi peraturan bilik makmal, stor atau bengkel, kantin dan dewan makan. 4. Membantu menyelematkan pelajar yang mengalami keracunan. 5. Jaga kebersihan diri. 6. Makan makanan yang dimasak dan bersih. 7. Patuhi arahan doktor. 8. Jangan masuk ke bilik makmal, stor, atau bengkel tanpa arahan atau kehadiran guru. Tanggungjawab guru 1. Senantiasa mengingatkan pelajar tentang bahaya keracunan. 2. Jangan benarkan pelajar masuk ke makmal, bengkel atau stor tanpa kehadiran guru terlebih dahulu. 3. Menyediakan peraturan penggunaansetiap bilik makmal, bengkel, stor, atau dewan makan. 4. Melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah jika berlaku insiden keracunan. 5. Menyiasat punca kejadian keracunan. 6. Mengambil sampel kimia atau makanan yang dipercayai punca keracunan. 7. Memberi rawatan awalan kepada mangsa jika perlu. 8. Menghantar pelajar menadapatkan rawatan di hospital jika perlu. Langkah Pencegahan 1. Setiap Makmal, bengkel stor, kantin, dan dewan makan ada peraturan keselamatan keracunan dan dipaparkan untuk makluman umum/pengguna. 2. Taklimat tentang bahaya keracunan oleh pegawai Perubatan dari hospital daerah Tambunan atau guru kesihatan. 3. Label bilik yang mengandungi kimia berbahaya dengan perkataan beramaran ” Bahaya Kimia Beracun-Jangan Menghidu, Memakan atau Menyentuh Bahan Kimia” 4. Taklimat langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku keracunan. 5. Setiap bilik perlu pamerkan prosedur tindakan jika berlaku keracunan. _____________________________________________________________________ Rabu lalu, 33 murid Tahun Lima SKSJ dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) selepas mengadu sakit perut dan muntah dipercayai selepas makan nasi lemak di kantin. Pada hari sama, 17 murid SK Gong Nangka di Marang, Terengganu dirawat di Hospital Marang kerana masalah sama selepas dipercayai makan mi sup dan keropok lekor di kantin. Selain itu, 36 murid SK Taman Aman, Anak Bukit, Alor Star, Kedah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas muntah dan cirit-birit dipercayai kerana makan roti aiskrim tercemar. SEREMBAN: Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan cadangan melarang pengusaha kantin sekolah menjual makanan berisiko tinggi tercemar dalam usaha me Rabu lalu, 33 murid Tahun Lima SKSJ dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar

Seremban (HTJS) selepas mengadu sakit perut dan muntah dipercayai selepas makan nasi lemak di kantin. Pada hari sama, 17 murid SK Gong Nangka di Marang, Terengganu dirawat di Hospital Marang kerana masalah sama selepas dipercayai makan mi sup dan keropok lekor di kantin. Selain itu, 36 murid SK Taman Aman, Anak Bukit, Alor Star, Kedah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas muntah dan cirit-birit dipercayai kerana makan roti aiskrim tercemar.mastikan tiada lagi kes keracunan makanan. Timbalan Menterinya, Datuk Hon Choon Kim, berkata cadangan itu akan dipertimbangkan secara serius berikutan beberapa kes keracunan di sekolah, termasuk dalam tempoh tidak sampai sebulan sejak sesi persekolahan 2008 bermula. "Kita akan mendapatkan pandangan pakar pemakanan untuk mengenalpasti jenis makanan yang mudah tercemar atau rosak sehingga mendedahkan pelajar kepada risiko keracunan. "Selepas itu, kita akan fikirkan sama ada melarang sepenuhnya pengusaha kantin menjual makanan seperti itu atau mengurangkannya," katanya selepas melawat kantin Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya (SKTSJ), di Senawang, dekat sini semalam. Seramai 180 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Simpang Lima, Sungai Besar, di sini yang disahkan menghidap jangkitan saluran pernafasan atau influenza sehingga semalam, dikuarantin di asrama sekolah itu bagi mengelak jangkitan merebak. Pengarah Kesihatan Selangor, Datin Dr Ang Kim Teng, berkata mereka adalah 143 pelajar yang mengalami simptom influenza sehingga 30 Januari lalu dan 37 kes baru dikesan kelmarin. Bagaimanapun, katanya, tidak ada kes baru dilaporkan sehingga lewat petang semalam.

"Seramai 25 pelajar dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di Sabak Bernam antara 24 Januari hingga 30 Januari lalu. Lapan pelajar dibenar keluar pada 30 Januari, manakala dua pelajar semalamSungai Besar, di sini yang disahkan menghidap jangkitan saluran pernafasan atau influenza sehingga semalam, dikuarantin di asrama sekolah itu bagi mengelak jangkitan merebak. Pengarah Kesihatan Selangor, Datin Dr Ang Kim Teng, berkata mereka adalah 143 pelajar yang mengalami simptom influenza sehingga 30 Januari lalu dan 37 kes baru dikesan kelmarin. Bagaimanapun, katanya, tidak ada kes baru dilaporkan sehingga lewat petang semalam. "Seramai 25 pelajar dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di

Sabak Bernam antara 24 Januari hingga 30 Januari lalu. Lapan pelajar dibenar keluar pada 30 Januari, manakala dua pelajar semalam SUNGAI PETANI 4 Feb. – Kes keracunan makanan di kalangan pelajar di negeri ini berulang lagi dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Kuala Muda dekat sini melibatkan 39 pelajar. Kesemua mereka dipercayai keracunan makanan apabila mengalami pening, muntah dan cirit-birit selepas memakan bihun sup yang dibekalkan menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di kantin sekolah itu hari ini. KEPALA BATAS 5 Feb. - Kes keracunan makanan di kalangan pelajar berulang lagi dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gebu, Penaga, di sini membabitkan 41 murid.

KEPALA BATAS 5 Feb. - Kes keracunan makanan di kalangan pelajar berulang lagi dan kejadian terbaru berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gebu, Penaga, Murid berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Penaga, di sini selepas dilaporkan mengadu sakit perut, pening dan muntah-muntah dipercayai akibat keracunan makanan. Kesemua murid tahun tiga, empat, lima dan enam berkenaan dilaporkan mengalami masalah itu selepas menikmati hidangan waktu rehat di kantin sekolah tersebut kirakira pukul 10.30 pagi.

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) hari ini diberi kuasa KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) hari ini diberi kuasa mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin sekolah yang gagal mematuhi piawaian kebersihan sehingga menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan di kalangan pelajar. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kuasa itu diberikan kepada PBT selepas mesyuarat bersama antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan semalam. "PBT kini ada kuasa untuk membuat pemantauan dan menyaman pengusaha kantin yang tidak mengikut piawaian kebersihan.

"Lesen pengusaha kantin juga perlu dipohon daripada PBT dan kita yakin cara ini akan memberi amaran kepada mereka selain mengelak kes baru daripada berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beberapa kes keracunan makanan di kalangan pelajar sekolah dilaporkan berlaku kebelakangan ini dan terbaru melibatkan 41 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gebu, Penaga, Pulau Pinang. Sebanyak 11,226 kes keracunan makanan berlaku di sekolah di seluruh negara dari Januari sehingga 15 September tahun lalu sekali gus mencatatkan peningkatan lebih 100 peratus berbanding 5,613 kes pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Sepanjang Januari tahun ini sehingga kelmarin sahaja, lebih lima kes keracunan dicatatkan berlaku di sekolah seluruh negara. Abdul Latiff berkata, beliau sendiri telah dilantik untuk menjadi pengerusi badan bertindak teknikal sistem kendiri yang akan mengkaji semula pelbagai program kebersihan makanan sekolah. "Kali ini kita hendak lihat sudut kebersihan dari pelbagai aspek dalam sistem kendiri yang pasti lebih sistematik. "Kita akan tengok semua perancangan dan hasil yang akan diperoleh nanti. Kita juga yakin masalah keracunan ini akan dapat diselesaikan segera," ujarnya. Selain itu katanya, sistem baru itu akan menjadikan pengusaha kantin lebih bertanggungjawab dan meletakkan kebersihan sebagai perkara terpenting yang perlu diutamakan. Tambahnya, satu jawatan kuasa bertindak yang memeriksa tahap kebersihan kantin sekolah akan turut diwujudkan sama seperti yang dipraktikkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya. "Kita akan hantar garis panduan yang perlu diikut setiap pengusaha kantin. Hukuman keras akan dikenakan jika mereka ingkar" kata beliau.

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1995 : KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu-waktu kebelakangan ini sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai murid. Di antara punca keracunan tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah, asrama dan daripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah. 2. Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap kejadian ini dan meminta semua pihak terutama sekolah, mengambil beberapa langkah tegas pengawalan dan pencegahan, supaya keracunan makanan tidak lagi berulang di sekolah. Di antara langkahlangkah yang boleh diambil adalah seperti berikut : a. Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang makanan. b. Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih. c. Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas. d. Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. (Sila lihat Bab V – ”Kawalan Kebersihan” m.s. 22-27 dalam Buku ”Garis Panduan Kantin Sekolah”, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan, 1989 – untuk keterangan lanjut). 2.1 Pihak sekolah juga adalah diminta untuk : a. Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan, memasak makanan di dalam kawasan sekolah. b. Mempastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga semalaman, terutama makanan-makanan yang bersantan. c. Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

d. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan. e. Bekerjasasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan penggalakkan kebersihan dan kesihatan. 3. Untuk maklumat pihak sekolah, di antara tanda-tanda dan simptom keracunan makanan adalah seperti berikut : Rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot, sakit kepala dan pening. 4. Pihak sekolah adalah diminta untuk mengambil tindakan berikut apabila mengesyaki pelajar-pelajar/murid-murid mengalami masalah keracunan makanan. a. Laporkan dan bawa murid-murid/pelajar-pelajar yang disyaki ke klinik/hospital yang paling hampir. b. Laporkan ke PPD/JPN. c. Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid-murid/pelajar-pelajar yang terlibat. d. Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke JPN dn Kementerian Pendidikan. e. Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar. f. Dapatkan laporan lengkap kejadian dan sebab kejadian daripada Jabatan

Kesihatan, dan hantarkan satu salinan laporan tersebut ke Jabatan Pendidikan Negeri (u.p. KPP HEM) dan satu lagi salinan ke Kementerian Pendidikan (u.p. Pengarah Bahagian Sekolah). 5. Dengan surat pekeliling ini semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah adalah diminta untuk memberi perhatian serius dan mengambil langkah-langkah tegas pengawalan dan pencegahan kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah. Surat pekeliling ikhtisas terdahulu Bil. 2/1983 dan Bil. 5/1988 dan Surat Pendidikan KP(BS/UKS)8614/2B/1a/Jld.II(32) bertarikh 12 Januari 1989, juga berkaitan dan perlu juga dirujuk. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan adalah dipohon bagi memanjangkan surat ini kepada semua sekolah rendah dan menengah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (TAN

Pada tahun 2007, isu keracunan makanan telah menjadi isu hangat yang dilaporkan oleh media. Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan di bawah 2 Kementerian iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah Jawatankuasa tersebut, 2 Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan dan salah satunya Jawatankuasa Promosi. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan antaranya satu projek khas iaitu road show keselamatan makanan telah diadakan di sekolah rendah. 8 buah negeri telah menjalankan aktiviti ini bermula pada bulan Oktober sehingga November 2007 iaitu negeri Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah, Johor dan Perak. Objektif program ini adalah untuk membudayakan amalan keselamatan makanan yang baik di kalangan warga sekolah. Adalah diharapkan melalui program yang telah dirangka, rakyat Malaysia dapat menerapkan budaya mementingkan aspek keselamatan makanan sebagai satu cara hidup sihat. Tarikh Kejadian Keracunan di Sekolah-sekolah Malaysia Tahun 2002 Bilangan 27/3 Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung, Kuantan 60 3/5 Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Seremban 60 17/5 Sekolah Menangah Agama Al-Attas, pekan 65 29/6 Sek. Kuala Abang, Dungun 80 12/7 Sek. Keb. Bunohan, Tumpat, Kelantan 69 4/8 Sekolah Menengah Agama Al Ehsan, Kuantan 60 25/9 Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu 363 1/10 Sek. Men, Kok Lanas, Kota Bharu 50 23/10 Sekolah Rendah, Seremban 26 Sumber: Maklumat dari Berita Harian & NST tahun 2002

Rekod-rekod mungkin tidak sampai ke tahap kematian tetapi bahaya persekitaran tidak sihat terbukti mampu memberi kesan kerosakan dan kecacatan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kesihatan kanakkanak seperti kecacatan anggota badan, kerosakan sistem pembiakan, kanser, penyakit mental dan lain-lain. Kanak-kanak amat mudah terdedah kepada bahaya persekitaran tidak sihat berbanding orang dewasa kerana faktor semula jadi tubuh badan dan sikap mereka. Kejadian cirit-birit dan muntah-muntah akibat keracunan makanan masih lagi berlaku. Hampir setiap bulan pada musim persekolahan ada sahaja kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah di Malaysia. Keracunan adalah antara penyebab kepada kanak-kanak. Kekotoran, pencemaran bakteria dan kuman serta tiada kebersihan diri adalah merupakan sebab-sebab yang tersohor.

Related Documents