MAJLIS PEWAKILAN PELAJAR INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA RUJUKAN :ILPKBPP/MPP(KBJ)/100/005 2008
TARIKH : 28 MARCH
PERKARA
ADUAN TERHADAP DEWAN MAKAN ILPKBPP
DARIPADA
AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN (BIRO KEBAJIKAN)
KEPADA
PENYELIA ASRAMA
SALINAN : PPL
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Saya seperti nama di atas merujuk pada pihak tuan/puan untuk membuat aduan berkenaan dewam makan pelajar ILPKBB, dimana seramai 15 orang pelajar telah mengalami masalah sakit perut dan muntah setelah memakan makan yang di sediakan kepada pelajar pada 27 March 2008, waktu makan tengahari antara pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 petang.
2.
Setelah ditanya kepada pelajar mengenai kesakitan dihadapi pelajar-pelajar
yang mengalami masalah kesihatan tersebut menyatakan bahawa masalah kesihatan ini berpunca dari memakan udang masak sambal yang disediakan pada menu makan pada tarikh seperti yang diterangkan.
3.
Pelajar juga dapati bahawa menu udang yang sama telah di adakan pada
sebahagian pelajar pada waktu makan malam antara 6.30 petang hingga 7.30 malam pada tarikh yang sama. Bagi pelajar-pelajar yang mengalami masalah kesihatan tersebut telah dihantar ke Klinik Kesihatan Kepala Batas antara jam 1.30pagi hingga 2.00 pagi oleh Ketua Warden, Penyelia Asrama dan Pemandu Bas ILPKBPP.
4.
Semoga pihak tuan/puan akan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap
Dewan Makan ILPKBPP atas maslah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Segala jasa baik dari pihak tuan/puan amat saya sanjungi. Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK PELAJAR DAN INSTITIUT” “PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT PROAKTIF” Di sediakan oleh,
(AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN) BIRO KEBAJIKAN, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Jabatan Tenaga Manusia.
tersebut.