OUM HBHE
PENDAHULUAN: Dekad ini berbagai-bagai jenis penyakit baru yang muncul malah kadangkadang yang amat jarang didengar. Adakah penyebaran penyakit berjangkit yang baru dan jarang didengar ini adalah berpunca dari penghijrahan pendatang-pendatang asing yang berkerja disini atau pun tahap kesihatan dinegara ini semakin berkurangan? Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu penyakit yang tidak kurang barunya iaitu Demam Chikugunya. Ketahui fakta Demam Chikungunya dan cegahlah ia sebelum menjangkiti diri dan orang-orang yang kita sayang.
INSIDEN-INSIDEN: 1.
Jumaat, 23 Mei 2008 | 09:20 WIB
DUNIA kesihatan kembali gempar ketika beberapa minggu lalu, China melaporkan 28 anak meninggal kerana diserang penyakit tangan, kaki, dan mulut. Sementara itu, sebanyak 15.799 orang dilaporkan diserang penyakit tersebut. 2.
dikirim pada 18-3-2008 07:26 AM Profil Ruang Peribadi Laman P.M. Sahabat
20 pelajar universiti diserang penyakit HFMD KOTA SAMARAHAN 17 Mac – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kembali menular di Sarawak apabila hampir 20 pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini disahkan menghidap penyakit berkenaan minggu lalu. Apakah faktor-faktor yang menyumbangkan kepada penyakit-penyakit ini? Apakah peranan individu, keluarga, sekolah, komuniti dan masyarakat dalam membantu mencegah dan membendung penyebaran wabakwabak ini?
1
OUM HBHE
Di atas adalah paparan dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang kadar penyakit berjangkit dan kadar kematian per 100,000 penduduk dalam tahun 2006. Jadual di atas di susun menurut abjad dan bukan mengikut urutan kadar insiden dan kematian. Kadar insiden berlakunya penyakit per 100,000 penduduk ialah :
2
OUM HBHE
Jenis Penyakit .. Kadar berlaku setiap.. Kadar Kematian…………………… 100,000 penduduk 1. Demam Dengue .. 64.37 .. 0.01 2.Tuberculosis (TB).. 62.56 .. 5.37 3.Keracunan Makanan .. 26.04 .. 0.00 4.
HIV
(semua
Penyakit
Tangan
jenis) .. 21.88 .. 1.43 5. Malaria .. 19.87 .. 0.08 6.
Kaki & Mulut (HFMD) 19.30 ..0.02 7.
Hepatitis
Virus
(viral hepatitis) .. 9.37 .. 0.18 8. AIDS (semua jenis) .. 6.91 .. 3.66 9.
Demam
Dengue
Berdarah (DHF) .. 4.10 .. 0.25 10. Siflis (semua jenis) .. 3.06 .. 0.01 Daripada statistik di atas agak jelas kepada kita bahawa wujud dua (2) kumpulan besar penyakit berjangkit yang kadar berlaku (insiden) di Malaysia begitu tinggi iaitu yang merebak melalui nyamuk .
3
OUM HBHE
CHIKUNGUNYA Gambar Nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.
Chikungunya
pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah.
Ia endemik (selalu
berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya. Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
Virus Chikungunya
berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi. Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.
4
OUM HBHE
SELSEMA BURUNG Avian Influenza atau lebih dikenali sebagai selsema burung merupakan penyakit selsema yang diakibatkan oleh virus selsema yang menyerang burung. Penyakit ini mudah merebak, dan wabak ini telah melanda dunia dengan begitu pantas. Semua virus selsema burung yang diketahui merupakan jenis Influenzavirus A.
Gambar
mikrograf
virus
selsema
burung
dalam
tahap
akhir.
(Sumber: Dr. Erskine Palmer, Centers for Disease Control and Prevention Public Health Image Library) Lebih seabad, selsema burung hanya beredar di kalangan unggas sahaja, terutamanya ayam ternakan. Bagaimanapun, penyakit ini mula dikenali Avian Influenza apabila beberapa jenis virusnya menjangkitinya manusia. Virusnya pula semakin bertambah kuat dan tegar, malah bermutasi (berlaku perubahan genetik sesuatu organisma seperti tumbuhan, haiwan, dan sebagainya yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut) pula. Ia kini berjangkit dari unggas kepada manusia. Pada 1997, terbukti selsema burung memang membawa maut apabila ada penduduk Hong Kong mati kerananya. Ketika para saintis sedang bergelut mengenal pasti jenis-jenis virus berbahaya dan mencari pencegah wabak membawa maut ini, wabak selsema burung ini terus berjangkit merentas dunia dari sebuah negara ke sebuah negara lain. 5
OUM HBHE
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT ( HEMD ) RUAM bersama lepuh pada tangan.
Penyakit ini, sesuai dengan namanya, penyakit tangan, kaki, dan mulut (hand, foot, mouth disease/HFMD) adalah penyakit yang memiliki tanda utama bercak kemerahan dan lepuh pada lidah, gusi, dan bagian dalam pipi, serta telapak tangan dan kaki, kadang-kadang di daerah bokong dan lipatan paha. Dengan gejala yang mirip penyakit ”flu”, yaitu demam, nyeri tenggorok, sakit kepala, lesu, dan hilangnya nafsu makan, penyakit ini lebih banyak menyerang anak-anak, terutama usia di bawah sepuluh tahun. Munculnya HFMD disebabkan beberapa jenis virus. Virus yang paling sering adalah coxsackievirus A16; tetapi juga dapat disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71), atau coxsackieviruses A5, A9, A10, B2, dan B5. Daripada tiga jenis penyakit yang disebutkan di atas , boleh dikatakan penyakit-penyakit ini adalah penyakit berjangkit. Golongan sasaran penyakitpenyakit ini adalah majoriti kepada kanak-kanak bawah 12 tahun . Mari kita tinjau apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit-penyakit ( Chikugunya , selsema burung dan penyakit tangan,kaki dan mulut).
6
OUM HBHE
1.
FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT CHIKUGUNYA
Tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya mengejut , Sakit teruk pada sendi ,
ialah ( Demam panas
Ruam pada badan , Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari). Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Di
Malaysia,
Chikungunya
tidak
pernah
dilaporkan
boleh
menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.
Pesakit yang berumur boleh
mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun. Penyakit Chikungunya disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini. 2. FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT SELSEMA BURUNG Selsema burung berjangkit melalui virus selsema burung yang dibawa di dalam usus unggas liar dan tidak berbahaya. Namun virus ini mula menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bermutasi menjadi virus yang paling berbahaya sehingga menyerang manusia. Avian Influenza boleh berjangkit melalui air liur, lelehan hidung, dan najis burung. Burung-burung lain yang menyentuh cairan itu membawa virus tersebut ke tempat lain pula. Begitulah seterusnya. Keadaan ini sukar dibendung kerana unggas liar ini berhijrah dari satu negara ke negara lain. Virus Avian Influenza merebak di dalam udara dan baja serta hidup lebih lama di dalam udara sejuk. Ia juga boleh dipindahkan melalui air dan makanan tercemar, peralatan serta pakaian. Tempoh pengeraman ialah antara tiga hingga lima hari. Virus berbahaya seperti H5N1 boleh membunuh dalam masa beberapa hari sahaja.
7
OUM HBHE
3. FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT ( HFMD ) Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus. HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari. Faktor-faktor risiko ialah penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Gejala-gejala penyakit tangan, kaki dan mulut: - Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 390C - Sakit tekak - Ulser pada tekak dan mulut - Sakit kepala - Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.
PERANAN INDIVIDU, KELUARGA, SEKOLAH, KOMUNITI DAN MASYARAKAT
DALAM
MEMBANTU
MENCEGAH
DAN
MEMBENDUNG PENYEBARAN WABAK-WABAK INI. 8
OUM HBHE
A) Cara pencegahan penyakit Chikungunya Satu-satunya cara menghindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk pembawa virus iaitu NYAMUK AEDES. Nyamuk ini membiak di dalam takungan yang mengandungi air jernih dan biasanya berada di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah. PASTIKAN KAWASAN DALAM RUMAH DAN SEKELILING RUMAH BEBAS DARI TAKUNGAN-TAKUNGAN AIR JERNIH YANG BOLEH MEMBIAK AEDES 1·
Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada
tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasankawasan yang melakukan gotong- royong. 2· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes. 3· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit. Cara-Cara Kawalan Di Dalam Rumah •
Basuhlah tempayan dengan memberus sehingga bersih tiap-tiap minggu sebelum mengisi air yang baru.
•
Buang air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok hingga bersih.
•
Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.
•
Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut.
•
Masukkan ubat Abate pembunuh jentik-jentik ke dalam kolah air 3 bulan sekali mengikut sukatannya.'
Cara-Cara Kawalan Di Luar Rumah
9
OUM HBHE
•
Tanam semua benda buruk/bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, plastik-plastik, tayar buruk dan sebagainya
•
Bersihkan saluran hujan pada bumbung rumah seminggu sekali.
•
Tutup lubang saluran udara ("air vent") di tangki najis dengan jaring untuk mencegah nyamuk masuk.
B) CARA MEMBENDUNG DAN MENCEGAH PENYAKIT SELSEMA BURUNG Sehingga kini, belum ada penawar yang dapat mengubati unggas mahupun manusia. Apa yang dapat dilakukan ialah membunuh semua ternakan yang ada secara besar-besaran biarpun hanya seekor dua yang dijangkiti. Itu sahaja langkah terbaik setakat ini. Menghapuskan ternakan ayam ini telah menjejaskan pula ekonomi sesebuah negara. Para penternak kerugian kerana ternakan ayamnya terpaksa dimusnahkan. Manakala penjual ayam runcit juga mengalami nasib sama kerana para pengguna takut hendak menyentuh atau makan ayam. Kita tidak semestinya memulaukan memakan ayam sama sekali. Apa yang penting ialah mengampil berat aspek kebersihan. Apa yangboleh kita lakukan ialah: 1. Pastikan
ayam
masak
sepenuhnya.
Suhu
memasak
mestilah
sekurang-kurangnya 70-75 darjah Celcius. 2. Basuh tangan dengan sabun (sabun antibakteria) sebelum dan selepas menyentuh daging mentah. 3. Basuh dengan bersih semua permukaan dan peralatan dapur yang terkena daging mentah. 4. Masak telur sampai masak sepenuhnya. Elakkan makan telur separuh masak. 5. Larangan mengimport ayam hidup, babi dan hasil ayam, itik dan babi dari negara yang dijangkiti wabak selsema burung merupakan langkah penting untuk mencegah kemasukan jangkitan selsema burung kedalam negara.
10
OUM HBHE
.
6. Elakkan sebarang hubungan dengan burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
7. Kawal pergerakan manusia kedalam kawasan ternakan. Sediakan dan guna tempat pencuci tangan dengan bahan basmi kuman. Sediakan aturan yang perlu diikuti pekerja
ladang.
8. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung / babi. 9. Lapurkan dengan segera sebarang penyakit berjangkit dikalangan pekerja di ladang ternakan ayam / itik / burung / babi. 10. Elakkan sebarang hubungan dengan ternakan babi disebabkan virus selsema burung mampu merebak kepada babi. Bagi orang awam dan pengguna. 1. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas mengendalikan daging ayam dengan teliti 2. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum dan selepas memasak. 3. Masak daging ayam / itik / burung / babi dengan sempurna luar dan dalam. 4. Elakkan tempat
yang mempunyai burung liar terutamanya
burung air "waterfowl". 5. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung. 6. Lapurkan dengan segera sebarang kes masalah pernafasan dikalangan mereka yang pernah terdedah kepada ayam / itik / burung / khinzir yang sakit. Keselamatan apabila melancung ke kawasan yang dijangkiti selsema burung. Selsema burung tidak menjangkiti antara manusia. Mereka yang melancung
11
OUM HBHE
atau melawat ke kawasan yang dijangkiti selsema burung dinasihatkan agar tidak melawat kawasan yang mempunyai burung seperti taman burung, ladang ternakan ayam / itik / burung, zoo, dan pasar basah. C) Langkah-langkah pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ( HFMD ) Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti manamana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-
1- Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan 2- Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan. 3- Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain 4- Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas 5- Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin 6- Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci 7- Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin 8- Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya
12
OUM HBHE
9- Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian 10- Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD 11- Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya 12- Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain 13- Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor 14- Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula 15- Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor 16- Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)
KESIMPULAN:
13
OUM HBHE
Tindakan pencegahan harus dilakukan secara proaktif oleh segenap lapisan masyarakat dengan sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan perorangan dan lingkungan. Jika terdapat anggota keluarga yang menunjukkan tanda dan gejala yang mencurigakan (mirip gejala di atas) hendaknya ia segera dijauhkan dari aktiviti di luar rumah serta dibawa ke pusat kesihatan terdekat untuk mendapat kepastian diagnosis dan penanganan segera. "Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan" "Sihat itu Nikmat" Bersama-samalah kita menjaga kebersihan dan juga mengamalkan langkahlangkah pencegahan bagi mengelakkan diri kita serta keluarga dari dijangkiti penyakit Chikugunya ini.
SOALANTUGASAN 1b)
Apakah
peranan
yang
perlu
dimainkan
oleh
Organisasi
KesihatanSedunia (WHO) di dalam hal ini.
14
OUM HBHE
Pertubuhan
Kesihatan
Sedunia
(B.
Inggeris:
World
Health
Organisation WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948. Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan sedunia yang tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik seorang Ketua Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan memimpin WHO, di samping menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli Perhimpunan juga dipilih menyertai Lembaga Eksekutif yang bertugas melaksanakan segala keputusan Majlis Perhimpunan. Di samping mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal wabak penyakit epidemik seperti SARS, malaria dan AIDS, WHO juga mngadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit tersebut. WHO memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian vaksin dan ubat farmasi. Ia sudah hampir menyiapkan penghasilan vaksin malaria, schistosomiasis dan ingin menghapuskan wabak polio dalam tahuntahun yang akan datang. WHO menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD) yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia. Ia juga boleh dikatakan bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah (drugs) yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.
PERANAN WHO DALAM MEMBANTU MENCEGAH DAN MEMBENDUNG WABAK-WABAK Seperti yang bayangkan oleh namanya, Selsema Burung (Avian Influenza) merupakan satu jenis influenza yang disebabkan oleh virus, yang 15
OUM HBHE
terdapat pada burung. Selsema burung terdapat di seluruh dunia. Terdapat tiga jenis virus influenza: A, B dan C. Manusia boleh dihinggapi oleh ketigatiga jenis virus influenza dan kompleks penyakit yang disebabkan oleh virusvirus ini dikenali sebagai influenza manusia. Selsema burung disebabkan oleh vurus-virus Jenis A, yang juga boleh menghinggap babi, kuda, musang, ikan paus dan mamalia-mamalia lain selain dari manusia dan burung. Burung hanya boleh dihinggap oleh virus influenza Jenis A Justeru, kedua-dua manusia dan burung boleh mendapat influenza yang secara amnya disebabkan oleh virus yang sama. Mengapa manusia tidak mendapat influenza bentuk influenza burung dan mengapa kita mengambil berat akan influenza burung . Jangkitan selsema burung pada manusia boleh mendatangkan hasil yang buruk. Mengikut data (bahasa Inggeris) World Health Organisation [Organisasi Kesihatan Sedunia] (WHO), semenjak 28 Jan 2004 sehingga 2 Feb 2005, 55 orang telah disahkan sebagai dihinggapi virus selsema burung (H5N1) di Cambodia, Thailand dan Viet Nam. 42 orang dari mereka telah maut akibat jangkitan tersebut. Kadar kematian (ataupun kadar kematian kes, di dalam percakapan perubatan) jangkitan H5N1 ialah tinggi. Kadar kematian kes yang tinggi yang melebihi 75% menimbulkan kerisauan mengenai tercetusnya pandemik (pencetusan penyakit seluruh dunia) influenza yang disebabkan subtype virus selsema burung di kalangan manusia. Boleh dibayangkan bahawa jumlah kematian berkemungkinan tinggi. Inilah sebabnya pekerja-pekerja kesihatan menimbulkan rasa tidak senang yang selsema burung boleh menular di kalangan manusia. Pihak WHO khususnya mengambil berat tentang subtype H5N1 kerana subtype ini boleh bertukar (mutate) dengan cepat, boleh menjangkiti manusia, boleh menyebabkan jangkitan yang teruk sekiranya ia menjangkiti manusia, dan
boleh
menular
dengan
mudah
di
kalangan
burung,
sekaligus
menambahkan kemungkinan menjangkiti manusia.
16
OUM HBHE
Berlandaskan rekod sejarah di mana pandemik berlaku tiga atau empat kali setiap kurun dan sifat-sifat virus selsema burung, WHO melaporkan bahawa pakar-pakar berpendapat bahawa pandemik influenza yang disebabkan virus selsema burung tidak boleh dielakkan dan akan berlaku di dalam masa terdekat. Mahupun kemunculan pandemik influenza membawa kesan yang buruk dan berkemungkinan besar akan berlaku, terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil untuk menghindar pandemik dari berlaku. Tindakan-tindakan ini termasuk mengawal jangkitam di kalangan populasi burung dan ayam, meningkatkan pemantauan, melindung pekerja-pekerja poultry, veterinar, perubatan dan pekerja-pekerja lain yang berisiko tinggi untuk dihinggapi virus selsema burung, penggunaan ubatan anti-virus di dalam rawatan pesakit serta rancangan persiapan pandemik oleh pihak berkuasa nasional.
Pada April 2000, melalui mesyuarat di Geneva telah membawa satu kewujudan Rangkaian Tindakbalas terhadap wabak penyakit yang berjangkit atau lebih dikenali sebagai Global Outbreak Alert & Response Network (GOARN) yang bertindak membuat kajian, perancangan dan pemberitahuan tentang amdai terdapat wabak – wabak penyakit yang menular. Ini bertujuan untuk menjaga kestabilan dan sentiasa berjaga – jaga jika terdapat ancaman penyakit atau wabak yang berjangkit seperti virus selsema burung yang amat berbahaya dan mengganggu rantau dunia dengan keupayaannya yang mampu membawa maut. Antara objektif GOARN ialah membasmi dan mengawal kesebaran wabak – wabak penyakit yang berjangkit ini. Ini dijalankan melalui risalah risalah tentang bahaya virus tersebut, membantu negara-negara yang terlibat dan mengalami masalah penyebaran virus tersebut dan membantu negara tersebut mengawal dan menjalankan langkah – langkah pencegahan. Contohnya di negara China, Indonesia, Vietnam dan negara – negara yang dikenalpasti mempunyai virus selsema burung sejak akhir-akhir ini. Selain itu, antara objektifnya yang lain ialah memastikan bantuan teknikal dapat disalurkan ke negeri berkenaan dengan segera dan berterusan
17
OUM HBHE
agar virus tersebut dapat terus dihapuskan. Melalui badan – badan yang dinaunginya, WHO telah membekalkan tenaga-tenaga mahir dan bantuan teknikal dari segir perubatan membantu negara yang diserang virus – virus yang membawa wabak yang berbahaya. Antara lain ialah membuat kajian tentang Antidot dan vaksin yang mampu mengawal dan membunuh virus tersebut dalam rancangan jangka panjang. Melalui program ini juga, WHO memberikan garis panduan kepada dunia tentang langkah – langkah pencegahan yang perlu diambil oleh negaranegara yang dijangkiti wabak, bantuan dari segi teknikal dan klinikal, logistik, pengawalan, kuarantin dan sistem komunikasi. Kesimpulannya, WHO amat mengabil berat di dalam menangani isu masalah ini agar ialanya tidak menjadi ancaman kepada seluruh dunia. Malah, jika kita melawat laman web WHO, banyak maklumat tentang setiap masalah kesihatan dan penyakit yang berbahaya di paparkan. Selain itu, WHO juga mewujudkan rangkaian ‘Flu Detectives’ agar dapat mengawal virus selselma burung ini menular di negara Asia pada tahun 2005. Kewujudan GOARN juga memainkan peranan penting kepada dunia tentang kepentingan langkah berjaga – jaga dan pencegahan wabak penyakit yang berbahaya. Akhir kata, WHO amat memainkan peranannya di dalam hal masalah wabak penyakit yang mampu memberi ancaman kepada dunia.
2. a) Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu – waktu kebelakangan ini sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai 18
OUM HBHE
murid. Di antara punca keracunan tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin – kantin sekolah, asrama dan daripada program – program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah. Apakah punca – punca yang menyebabkan berlakunya keracunan pada makanan tersebut? Marilah sama – sama kita bincangkan di sini. Apa itu keracunan makanan? Menurut Noor Hasani Hashim, prn2,usm.my (1995) keracuan merujuk kepada berlakunya tanda – tanda rasa mual, muntah, cirit – birit, pening – pening serta gangguan perut apabila memakan makanan yang tercemar dalam tempoh 48 jam. Keracunan makanan juga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera terutamanya pada kanak – kanak. Mengikut perangkaan yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara, dari Januari hingga Ogos tahun ini tiga belas kes keracunan makanan melibatkan 801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Lebih membimbangkan pula hampir 80 peratus mangsa keracuanan makanan tersebut terdiri dari pelajar sekolah. Akta Makanan 1983 diwujudkan bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahayanya penipuan di dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Namun jarang kita dengar bahawa mereka yang telibat ini di dakwa di atas kesalahan mereka. Apakah punca – punca yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan? Antara kes – kes keracunan adalah disebabkan oleh bacteria, virus, mikro-organisma, racun atau toksin. Biasanya sesorang itu akan kehilangan air dalam badan dan sekiranya air di dalam badan seseorang itu kehilangan dengan jumlah yang banyak, ia akan membawa maut. Selain itu, ia juga mampu melibatkan keracunan di dalam sistem saraf. Mengapa dab bagaimana wujudnya bacteria dan sebagainya pada makanan? Antara faktor yang menyumbang kepda perkara berikut adalah kerana proses penyediaan makanan yang tidak bersih, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada serangga seperti lalat. Sekarang mari kita lihat kenapa keracunan sering berlaku di sekolah – sekolah. Pertamanya ia tentulah menjurus kepada kebersihan kantin – kantin sekolah. Ada sesetengah pengusaha kantin yang tidak peka dalam penyediaan makanan, makanan tidak ditudung dan sebagainya. Biasanya 19
OUM HBHE
makanan yang tidak dimasak dengan suhu yang secukupnya atau betul – betul masak akan menyebabkan kemunculan bakteria yang dikenali sebagai campylobacter. Bakteria ini biasanya terdapat pada ayam mentah, daging dan susu yang tidak pasteur.
Gambar 1.1: Bakteria Campylobacter Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Campylobacter Antara tanda – tanda keracunan ini bermula dua hingga lima hari setelah mengambil makanan yang terdedah kepada bacteria tersebut. Pesakit juga akan mengalami demam dan najis yang berdarah. Pesakit juga akan berasa lesu dan tidak bermaya. Berikut adalah contoh – contoh makanan yang sering dipengaruhi oleh baktetia dan juga selalunya dijual di kantin – kantin sekolah. Antaranya ialah: •
Roti dan kuih – muih
•
Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beryani mi dan sebagainya
•
Daging lembu, ayam dan ikan
•
Susu
•
Makanan laut
•
Makanan dalam tin yang telah kemek atau kembung atau berkarat. Selain bakteria, keracunan makanan juga disebabkan oleh toksin.
Bagaimana ia boleh berlaku? Ia juga adalah disebabkan oleh penyediaan makan dan sumber air yang tidak bersih. Terdapat berbagai jenis bacteria yang menyebabkan toksin. Antara yang sering didengar ialah Cholera iaitu 20
OUM HBHE
disebabkan oleh bacteria cholera yang biasanya terdapat di dalam ikan, kerang, kupang dan jenis – jenis siput yang diperolehi daripada kawasan air yang tercemar.
Gambar 1.2 : Vibro Cholera Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Cholera Biasanya tanda – tanda keracunan ini berlaku bermula antara satu hingga tiga hari selepas memakan makanan yang terdedah kepada bacteria ini. Pada mulanya pesakit akan mengalami cirit – birit yang ringan seterusnya boleh membawa maut akibat kehilangan air yang terlalu banyak akibat daripada cirit – birit yang bertambah teruk dan kuat. Antara punca – punca lain yang menyebabkan keracunan pada makanan ialah datangnya dari virus. Virus yang biasa dan sering didengar ialah virus Norwalk. Virus ini biasanya terapat pada makanan – makanan laut seperti siput – siput dan kerang yang dicemari oleh najis manusia. Selain itu, virus Hepatitis A juga yang boleh didapat pada kerang dan siput yang dicemari najis akan menyebabkan keracunan makanan jika tidak di bersihkan dan dimasak dengan sempurna.
21
OUM HBHE
Gambar 1.4 : Virus Hepatitis A Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_A Antara tanda – tanda disebabkan keracuan oleh virus Hepatitis A ini ialah bermula dari dua hingga enam minggu selepasa memakan makanan yang trcemar itu, pesakit akam mula mengalami demam, badan akan terasa lemah dan lesu, tida selera makan dan akan menerima penyakit jaudis. Bagi kes yang lebih parah apabila berlaku kerosakan di dalam hati dan sterrusnya boleh membawa maut. Punca seterusnya berlaku keracunan makanan terutama di sekolah adalah disebabkan dari protozoa. Antara tanda – tanda mengalami keracunan melalui protozoa ini ialah apabila pesakit cirit – birit, kawasan badan di sekitar hati dan usus besar menjadi lembut, rasa berdebar, lemah badan dan kehilangan berat badan. Protozoa yang menyebabkan berlakunya kracunan ini dikenali sebagai protozoa Giardia Lamblia.
Gambar 1.5 : Protozoa Giardia Lamblia Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Giardia_lamblia Kesimpulanya di sini, kita perlulah mengambil berat tentang proses penyediaan makanan trutamanya di kantin – kantin sekolah. Pihak pengusaha kantin perlulah menekankan aspek kebersihan kantinnya trutama 22
OUM HBHE
melibatkan makanan para pelajar. Ini kerana mengikut rekod yang telah dinyatakan bahawa hamper 80 peratus pesakit keracunan makanan adalah trdiri daripada pelajar sekolah. Antara cara terbaik untuk mengelakkan keracunan makanan ialah makanan yang mudah dicemari seperti daging, ayam dan telur hendaklah dimasak dengan sempurna dan disimpan dengan baik, jaga kebersihan diri seperti sentiasa membasuh tangan apabila mengendalikan makanan, alatan dapur yang sentiasa bersih dan sentiasa menutup makanan yang dihidangkan. Andainya kita semua dapat mematuhi dan menjaga keadaan seperti ini pastinya tiada lagi keracunan makanan di sekolah – sekolah. Setelah mengetahui antara punca – punca keracunan makanan, sekarang mari kita rujuk kes – kes yang berlaku di Malaysia yang melibatkan keracunan makanan di sekolah – sekolah. Di ruangan Berita Harian bertarikh 8 Mei 2007, ’35 Peratus Bekalan Susu Sekolah Enam Negeri Tercemar’ ada menyatakan kira – kira 35 peratus bekalan susu sekolah di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Pahang dan Terengganu didapati tercemar dengan bakteria dan menjadi punca beberapa kes keracunan membabitkan pelajar pada bulan sebelumnya. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran telah mengarakkan bekalan – bekalan susu berkenaan dimusnahkan. Lebih 35 orang murid SK Jalan Pegoh, Pasir Putih, Perak mengalami keracunan pada 13 April 2007, 30 orang murid SK Peremba, Kuala Kedah keracunan pada 17 April 2007 dan pada 25 April 2007, murid dari SK Kota Kuala Muda, Kedah juga keracunan melalui bekalan susu sekolah yang disediakan. Kenapa semua ini boleh berlaku sedangkan Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan RM 23 juta setahun bagi program pembekalan susu bantuan ini untuk 450,000 pelajar sekolah di seluruh negara malah program ini telah dimulakan sejak tahun 1981 lagi. Di mana silapnya? Antara sebabnya ialah datangnya dari syarikat pengusaha susu terbabit. Pihak Kementerian seharusnya memastikan syarikat pengusaha susu yang terbabit diselia kawal kualiti susunya. Ini bagi mengekalkan kualiti dan mengelakkan susu tersebut tercemat. Sikap pengusaha yang ingin mencari jalan mudah dan mengaut keuntungan seringkali membahayakan 23
OUM HBHE
nyawa orang lain terutama para pelajar. Sepatutnya setiap bekalan susu yang dubekalkan perlulah mendapat pengesahan kualiti oleh pihak SIRIM agar susu tersebut berkualiti dan dapat mengelakkan kejadian keracunan makanan. Selain itu, silkap sambil lewa pihak sekolah untuk memeriksa setiap kotak susu yang dibekalkan juga antara penyumbang kepada masalah keracunan ini. Pihak seolah perlu peka andainya terdapat kotak susu yang telah rosak atau tamat tempoh perlu segera diasingkan daripada diberikan kepada murid. Malahan, disetiap sekolah perlu diadakan ruangan tempat penyimpanan susu yang sesuai dan mengikut piawai suhu yang sesuai untuk simpana susu. Dengan ini secara tidak langsung ia dapat mengawal suhu dari rosak. Namun, rasanya tidak semua sekolah mempunyai keupayaan seperti ini dan yang kita tahu biasanya susu sekolah di simpan di bilik guru dengan keadaan yang tidak sesuai. Antara lain penyumbang kepada kerancunan di sekolah ialah keracunan pada makanan tambahan yang disediakan oleh pihak yang berkenaan yang biasanya disediakan oleh pihak kantin sekolah itu sendiri. Serimg kali kejadian keracunan makanan berpunca daripada kegagalan pihak kantin sekolah untuk menjaga kebersihan makanan yang disediakannya. Berikutan perkara ini, pihak sekolah perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kebersihan kantin sekolah seperti melakukan pemantauan setiap hari terhadap tahap kebersihan kantin, memastikan kebersihan makanan yang disediakan serta memantau cara – cara atau bagaimana makanan tersebut disediakan. Adalah amat perlu ketegasan dari pihak sekolah untuk memastikan perkara atersebut dan andainya pihak pengusaha kantin tersebut tidak dapat menunaikan apa yang telah ditetapkan, tamatkan saja kontrak pengusaha tersebut. Kesimpulannya,
perlu
ada
wujudnya
kerjasama
antara
pihak
Kementerian bersama dengan syarikat pengusaha, pembekal susu bantuan, pihak sekolah dan pengusaha kantin sekolah untuk menangani masalah ini. Masalahnya seringkali berlaku apabila kita inginkan keuntungan yang mudah tanpa mengira soal nyawa orang lain. Pihak kementerian perlu tegas serta mewujudkan satu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha dan pembekal susu bantuan agak terjaganya kualiti susu tersebut. Pihak sekolah 24
OUM HBHE
pula perlu juga memainkan peranan di dalam mengenal pasti jika terdapat masalah pada bekalan susu tersebut dan sentiasa memantau proses pelaksanaan program bekalan susu sekolah dan Rancangan Makanan Tambahan di sekolah yang disediakan oleh pihak pengusaha kantin. Pihak pengusaha kantin perlu memastikan kualiti makanan yang disediakan mengikut tahap kebersihan yang telah di tetapkan. Tanggungjawab ini juga terpikul kepada semua masyarakat agar sentiasa peka dan ingat mengingati. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
2 b) Sebagai seorang guru besar yang telah diamanahkan oleh pihak Kementerian untuk menjaga dan menyelia sebuah sekolah sesungguh adalah amat perlu mengambil tindakan segera andainya anak murid telah 25
OUM HBHE
mengalami keracunan makanan yang mana kita ketahui ianya amat berbahaya dan boleh meragut nyawa. Setelah merujuk kepada guru besar di sekolah, antara tindakan atau langkah – langkah yang perlu diambil apabila seramai 40 orang pelajar telah mengalami keracunan makanan melalui program Rancangan Makanan Tambahan ialah pertamanya dengan seberapa segera, menghubungi Pusat Kesihatan atau Hospital yang berhampiran untuk memaklumkan perkara tersebut dan mendapat nasihat untuk memberi bantuan awal kepada pelajar yang keracunan tersebut. Langkah berikutnya, terus memaklumkan perkara tersebut ke pihak Pejabat Pelajaran Daerah tentang berlakunya keracunan makanan. Ini antara prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah terutamanya guru besar. Pemakluman ini seterusnya dipanjangkan kepada Pejabat Pelajaran Negeri sebagai satu prosedur yang perlu dipatuhi. Ini juga bertujuan untuk merekodkan permasalahan ini untuk rujukan jika terdapat sebarang masalah dikemudian hari. Langkah
seterusnya,
pihak
pengusaha
kantin
ditemui
untuk
mendapatkan maklumat dan masalah yang telah berlaku dan memeriksa kantin sekolah. Sebagai seorang guru besar, perlu terus membuat pemantauan terhadap kantin sekolah serta mengarahkan pemberhentian jualan makanan dari kantin tersebut serta – merta kepada murid lain kerana dikhuatiri berlaku jangkitan. Seterusnya, pelajar – pelajar yang keracunan tersebut diasingkan atau dikuaratinkan buat sementara menunggu ketibaan pihak kesihatan. Namun jika dilihat pelajar tersebut di dalam keadaan yang teruk maka, perlulah segera terus dihantar ke pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan. Ini amat penting bagi mengelakkan sesuatu kejadian buruk berlaku dean para guru perlu memainkan poeranan menjaga dan mengawasi pelajar tersebut. Langkah berikutnya, pihak sekolah dengan segera menghubungi ibubapa pelajar yang terlibat untuk memaklumkan kejadian yang telah menimpa anak mereka dan meminta mereka bersabar dan bertenang serta memohon maaf di atas kejadian yang telah berlaku. Pihak sekolah perlulah memberitahu apa yang berlaku dengan senarnya dan adalah dilarang
26
OUM HBHE
memberi kenyataan yang salah agar tidak menimbul sebarang masalah kepada pihak sekolah dan ibubapa pelajar yang terlibat. Tindakan selanjutnya, pihak sekolah perlulah melakukan pemantauan berterusan terhadap pelajar terbabit dan bersama keluarga mereka memastikan mereka diberi rawatan sehingga sembuh. Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada semua pelajar agar mengambil langkah berjagajaga apabila membeli makanan, pihak pengusaha kantin di panggil memberi laporan bagaimana perkara ini boleh terjadi dan perlu membuat siasatan punca- punca berlakunya perkara tersebut. Dapat dirumuskan di sini, bahawa tindakan awal amat penting untuk mengelakkan sebarang kecelakan buruk berlaku. Tindakan pantas pihak sekolah amat perlu untuk memastikan segala rawatan dapat berjalan dengan lancar. Sebagai seorang guru besar, amanah menjaga murid di sekolah adalah yang terpenting dan tidak semua guru besar nahukan perkara sebegini berlaku di sekolahnya. Namun langkah pencegahan adalah amat penting
dilaksanakan.
Pihak
sekolah
seharusnya
sentiasa
membuat
pemantauan terhadap tahap kebbersihan kantin dan makanan yang dijual agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
KESIMPULAN
27
OUM HBHE
Kesimpulannya, tugasan kali ini banyak membincangkan masalah kesihatan yang berkaitan denga keracunan makanan yang kini kerap berlaku di sekolah- sekolah serta permasalah wabak penyakit berjangkit seperti Chikugunya, selsema burung serta penyakit tangan, kaki dan mulut. Sebagai seorang guru kesihatan di sekolah adalah amat penting bagi kita untuk mengetahui hal semua ini. Kebiasaannya, apabila berlaku kes – kes seperti begini pihak sekolah seringkali merujuk kepad guru yang mengajar kesihatandan secara tidak langsung dengan membuat tugasan ini, saya telah banyak menimba ilmu – ilmu berkaitan wabak penyakit berjangkit dan keracunan makanan. Selain itu juga, melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui peranan WHO terhadap masalah kesihatan sedunia dan sumbangan mereka kepada negara – negara yang memerlukan bantuan. Malah program –mprogram yang dilaksana dan digubal sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan saya berkaitan dengan WHO dan programnya. Akhirnya, melalui tugasan ini, dapatlah dibincangkan serta dibuat refleksi tentang permasalahan yang terdapat di negara kita berkaitan dengan keracunan bekalan susu sekolah dan Rancangan Makanan Tambahan. Pihak Kementerian telah membelanjakan sejumlah wang untuk memperbaiki tahap kehidupan anak murid kita namun dengan sfat kerakusan dan tamak sesetengah manusia ingin mengaut keuntungan segera sehingga sanggup memperjudikan nyawa anak – anak yang masih kecil dan sedang belajar. Malah melalui tugasan ini juga memberi peluang untuk saya mengetahui langkah – langkah yang perlu diambil oleh pihak pentadbir sekolah andainya berlaku keracunan di sekolah. Apa yang penting, hidup sihat amalan kita semua. Murid sihat, murid cemerlang.
28