Kejatuhan Empayar Melaka.docx

  • Uploaded by: Ajan anak sigun
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kejatuhan Empayar Melaka.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 368
  • Pages: 2
AJAN ANAK SIGUN AB180057 SEKSYEN 26 DR AKBAL BIN ABDULLAH

Kesultanan Melayu merupakan sebuah kerajaan melayu yang terkenal pada zaman dahulu dan sangat sinonim dengan sejarah Malaysia. Kesultanan Melaka telah berkembang pesat sehingga menjadi sebuah kerajaan besar dan terkenal dengan kegiatan perdagangan, pusat penyebaran Agama Islam dan sebagai pusat pentadbiran tertinggi dalam perhubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar pada ketika itu. Melaka juga menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting dikepulauan melayu. Kesultanan Melayu Melaka mula melalui zaman keruntuhannya sehingga ke tahun 1511 apabila Melaka ditawan oleh Portugis. Faktor kejatuhan kuasa Kesultanan Melayu Melaka merosot selepas kematian Tun Perak, Bendahara Melaka pada ketika itu. Penganti kepada bendahara tun Perak tidak dapat meneruskan legesi beliau menyebabkan pelaburan dan perdagangan di kota Melaka merosot. Beliau juga mengenepikan peranan Orang Laut. Hal ini telah menyebabkan keraja Melaka kehilangan kuasa dalam mengambilan cukai dan hilang kuasa terhadap perdagangan. faktornya adalah kelemahan kepimpinan Kesultanan Melayu Melaka pada masa itu. Sultan Mahmud Syah dikatakan seorang sultan yang lemah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan selepas kemangkatan ayahanda beliau ketika beliau masih kanak-kanak. Selain itu, faktor kelemahan kuasa pemerintahan sultan menyebabkan amalan rasuah dan fitnah semakin berleluasa di kalangan pembesar-pembesar Melaka. Pembesarpembesar kerajaan pada ketika itu tidak berpegang teguh kepada ajaran agama Islam, walaupun Melaka merupakan pusat pengajian dan penyebaran agama islam di seluruh Kepulauan melayu. Hal ini telah mengakibatkan kegiatan perdagangan di Malaka terjejas. Pedagang-pedagang asing yang berhasrat untuk berdagang di Melaka terpaksa memberikan hadiah kepada pembesar-pembesar tertentu. Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan seperti sebelumnya.

Kelemahan pertahanan ketenteraan Melaka juga merupakan factor yang telah menyumban kepada kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Porutgis. Askar-askar Melaka tidak mempunya kelengkapan perang yang moden. Askar Melaka hanya bergantung kepada peralatan perang tradisional seperti keris, lembing, panah, perisai dan sumpit beracun. Ini jauh berbeza dengan kelengkapan perang Portugis yang jauh lebih moden seperti senapang, pestol dan meriam. Portugis mempunyai askar-askar yang terlatih dengan teknik-teknik peperangan berbanding dengan askar-askar Melaka. Hal ini telah menyebabkan kota Melaka senang untuk ditawan oleh kuasa asing. Kesimpulannya, keruntuhan empayar Melaka telah mengajar kita bahawa amalan yang tidak baik merupakan faktor utama yang menyebabkan kejatuhan sesustu empayar tersebut.

Related Documents


More Documents from ""