Tajuk: BERMULA DARIPADA EPISOD KEJATUHAN MELAKA,KEMUNCULAN KERAJAAN MELAYU DI NUSANTARA SEPERTI MINAGKABAU DAN BUGIS DAN AKHIRNYA KEMASUKAN BELANDA DAN INGGERIS,ANALISISKAN PERKARA-PERKARA YANG DILIHAT MENYUMBANG ATAU MENJADI PUNCA UTAMA KEPADA KEHILANGAN PENGARUH KERAJAAN MELAYU JOHOR SEBAGAI KUASA TERKUAT DI SEPANJANG SELAT MELAKA.
PENDAHULUAN Sejarah Johor bermula selepas Sultan Mahmud dikalahkan oleh pihak Portugis di Melaka
pada tahun 1511. Baginda dan para pengikut telah berundur ke kawasan
pedalaman, kemudian berundur ke Ulu Muar dan seterusnya ke Pahang. Setahun berada di Pahang, baginda belayar ke Bintan dan mendirikan sebuah pangkalan di situ dan menetap selama 12 tahun. Pada 1526, sultan Mahmud dan pengikutnya beralih ke Kampar kerana serangan Portugis dan mangkat pada 1528 dan digantikan oleh Sultan 1
Allaudin Riayat Shah yang kemudiannya mendirikan kerajaannya di sekitar Kota Tinggi di Sungai Johor. Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan yang penting dan berusaha bangkit menyambung kegemilangan kesultanan Melaka yang diketahui turut berakar umbi daripada kerajaan Srivijaya. Setelah menganalisis
daripada awal kejatuhan Melaka, kemunculan kerajaan
Johor dan kemasukan kuasa Melayu Nusantara dan Eropah, saya dapat menyimpulkan bahawa detik-detik awal kejatuhan kerajaan Johor bermula apabila berlakunya peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud II dan kemuncak kemerosotan Johor berlaku apabila pihak Inggeris campur tangan dan membuka Singapura. Jika diperhatikan memang terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dilalui Johor dalam tempoh sebelumnya seperti serangan Acheh dan Portugis di Melaka dan Perang Johor jambi. Peperangan itu telah melemahkan kekuasaan Johor terhadap negeri taklukannya.1 Namun, tidaklah sampai mendorong terus kepada kehancuran kerajaan Johor kerana selepas peristiwa itu Johor masih mampu bangkit sebagai sebuah entraport yang mashyur terutama dibawah pemerintahan Sultan yang cekap iaitu Sultan Abdul Jalil Syah II (1623-1677). Hal ini dibuktikan dengan katakata Thomas Slicher bekas gabenor Melaka yang menyatakan bahwa: “Bilangan kapal yang berlayar ke Riau begitu banyak sehingga banyak sungai itu .Itu sukar dilalui kerana terlalu banyak kapal-kapal berdagang...” SEBAB-SEBAB KEJATUHAN MELAYU JOHOR Pembunuhan Sultan Mahmud II membawa satu revolusi sejarah dalam kerajaan Melayu Johor dan telah melanggar Konsep “Pantang Melayu Menderhaka” . Akibatnya 1
Andaya,Watsoy Barbara dan Leonard Y,A HIstor y of Malaysia,Basingstoke: Palgrave,2001,hlm.81.
2
telah menimbulkan kesan yang besar dalam pemerintahan Johor. Hal ini diakui oleh beberapa sejarawan contohnya Fernando yang menyatakan bahawa dengan pembunuhan sultan Mahmud II, pembesar Johor telah melanggar satu lunas penting politik orang melayu dan menyebabkan retak yang besar dalam kepimpinan yang tidak dapat dipulihkan lagi.2 Pembunuhan sultan Mahmud pada T.M.1527/1528 berpunca daripada kekejaman baginda sendiri. Baginda dikatakan memiliki sikap-sikap negatif seperti zalim, cepat murka, seorang yang suka berdendam, terburu-buru membuat keputusan dan sebagainya.3Sultan Mahmud sebenarnya telah melanggar perjanjian Waadat yang dimenterai oleh Sri Tri Buana dengan Demang Lebar Daun dan inilah yang membawa kepada kematiannya. Contoh kekejaman baginda ialah berdasarkan cerita Alexander Hamilton, kapten pedagang bangsa Scout yang berada di Johor pada 1695. Beliau telah menganugerahkan sepucuk pistol kepada baginda . Sultan telah menembak seorang hamba menembusi bahunya sewaktu bersiar-siar untuk melihat berapa dalam pistol itu boleh membenamkan peluru ke dalam badan manusia.4 Hikayat Siak pula menyebut baginda dibunuh oleh Megat Seri Rama kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap isteri Megat Seri Rama yang mengandung dan mengidam seulas nangka dari dusun sultan.
5
Walau apa pun sebab kematian baginda, perkara yang pasti kematian baginda
merupakan faktor terkuat merintis kepada kejatuhan Johor.
2
Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 145. 3 Abdul Latif Abdul Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Kuala Lumpur :United Selangor Interprise sdn.bhd , 1984, hlm.56. 4 Alexander Hamilton, A New Account of The East Indie, London: The Argonut Press, 1930, hlm. 52. 5 Leonard Y.Andaya,Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1987, (terj.) hlm.344
3
Kemangkatkan Sultan Mahmud II tanpa meninggalkan sebarang zuriat daripada keturunan Sultan Melayu Melaka untuk memerintah negeri Johor, bertukar ke tangan raja-raja berketurunan bendahara.6 Oleh itu,Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan para pembesar malahan Johor dikatakan kehilangan ketaatan rakyat kerana kerabat yang dianggap agung dan berketurunan ajaib sudah tidak lagi wujud. Akibat perlantikan ini juga, Johor kehilangan ketaatan orang laut yang selama ini menjadi tonggak keselamatan kerajaan sejak dari zaman Srivijaya lagi. Malahan jika kita memerhatikan bahawa seolah-olah terdapat satu ‘ikatan’ yang telah menyebabkan orang laut tampak begitu setia terhadap keturunan si Guntang Mahameru ini. Hubungan erat orang laut dengan raja Melaka wujud sejak zaman Srivijaya, Palembang antara abad ke-7 hingga abad ke-11 dan disambung pada abad ke-14 selepas anak raja menubuhkan kerajaan Melaka.7 Orang laut merajuk dan membawa diri
dan secara terbuka rela
meletakkan diri dibawah pemerintahan Palembang daripada memberikan taat setia kepada seorang penderhaka.8 Mereka menolak pertuanan baru dan menganggap sultan baru tidak berdaulat. Hal ini memberikan impak yang teruk terhadap keselamatan dan kemakmuran kerajaan Johor terutama kepada perdagangan perkapalan. Malah, Johor terdedah kepada ancaman musuh dan lanun selepas Orang Laut meninggalkan Johor.
6
Haji Buyong Bin Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , 1980, hlm. 92. Abdul Latif Abdul Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Selangor: United Selangor Press Sdn Bhd , 1984, hal. 75. 8 Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1987, (terj.), hlm 253. 7
4
Kematian sultan Mahmud II menjadi ‘lampu hijau’ dan satu faktor penting kemasukan kuasa-kuasa luar untuk menyebarkan pengaruh masing-masing. Dinasti bendahara ini sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh masyarakat Johor. Terdapat golongan yang masih marah terhadap keturunan Bendahara kerana pembunuhan Marhum mangkat di julang. Sementara itu, terbesar berita mengenai seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. Khabar ini seolah-olah memutikkan semangat baru dan mengembirakan orang laut yang tanpa syak wasangka terus menerima khabar itu dan sanggup berjuang bersama raja yang dikatakan berketurunan daulat itu. Orang Johor digambarkan amat mengalu-alukan kedatangan Raja Kecil yang dianggap berdaulat seperti yang digambarkan melalui petikan berikut: “Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana ,semua datang menghadap,semuanya menghadap baginda.Maka kata orang Johor ,”Jikalau betul asal tuan .Kami,mintak tawarkan air masin” dan titah baginda,”baiklah”. Dan lalu diambil Rotan , dilingkar, dimasukkan kedalam air....Lalu dimasukkan kedalam lingkaran Itu .Dan masingmasing meminum air itu sangat tawar, lagi sejuk rasanya. Maka Segala orang Johor pun bersoraklah,”ialah ,tuanku patik ,Tuanku Yang Maha Mulia ini!” ....Dan Baginda pun berititah kepada segala rakyat, “Hendaklah kamu Mengatakan “daulat”.9 Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yam Tuan Muda Johor. Pada masa itu orang-orang Bugis telah ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, Raja Kecil telah melancarkan serangan terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orangorang Bugis bersama Dato’ Laksamana yang telah belot menentang Johor.10 Setelah Raja Kecil berjaya menduduki takhta Johor, orang-orang Bugis datang menuntut janji untuk 9
Muhamad Yusoff Hashim, Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 125. H aji Buyong Bin Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , 1980, hlm. 104.
10
5
dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor. Permintaan ini tidak diperkenankan Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil. Penaklukan Raja Kecil ke atas Johor menandakan kemunculan kekuasaan orang Minangkabau sebagai suatu tenaga politik diselat Melaka.11 Semasa pemerintahan Baginda, Siak telah terlepas dari tangan baginda apabila baginda memilih Riau sebagai pengkalannya. Pada pendapat saya, perkara ini telah menyebabkan tumbuhnya perasaan dendam bagi pihak Bugis. Bugis seolah-olah begitu beria-ia sehingga sanggup ke Selangor meminta bantuan bagi memastikan kemenangan. Atas sebab itulah Bugis tidak teragakagak untuk menyetujui permintaan anak-anak Bendahara Abdul Jalil yang meminta Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta dan menceritakan mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Raja kecil terhadap keluarga bendahara. Raja Kecil bertindak membatalkan pertunangan dengan Tengku Tengah dan mengahwini adiknya Tengku Kamariah. Kedua-duanya adalah anak perempuan Bendahara. Selain itu, Raja Kecil telah bertindak membunuh bendahara. Kedatangan raja Bugis bernama Kelana Jaya Putera dan kerabatnya ke Riau untuk menyerang Raja Kecil. Maka akhirnya, Raja Kecil dari pemerintahan Minangkabau tewas dan melarikan diri ke Siak
dan Riau serta taklukannya jatuh ke tangan
Bugis.12Fernando menyifatkan kemasukan Bugis telah dianggap sebagai salah satu faktor besar menyebabkan kemerosotan Johor. Berlainan pula dengan pendapat Khasnor Johan
11
Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1987, (terj.) hlm. 361. 12 A.Samad Ahmad, Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 27.
6
yang menganggap Bugis banyak menolong kerajaan Melayu Johor memelihara keutuhan empayar. Bugis menyedari bahawa pengambilan Johor dari kaca mata masyarakat melayu Johor adalah ‘tidak halal’. Bagi mengelakkan timbulnya penentangan, anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Hal ini amat penting kerana Bugis adalah orang luar,Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah yang memegang kuasa sebagai Yamtuan Muda Johor. Perkara ini terbukti melalui petikan berikut: ...kedudukan Yam Tuan Muda adalah seperti ‘peremnpuan’ dan ‘lelaki’.Pihak Yang pertama hanya bertugas menanak nasi, menjaga keluarga dan rumah . Tetapi Pihak ‘lelaki’ berwibawa menjaga keselamatan keluarga, mencari rezeki danMenentukan seluruh sistem keluarga. 13 Diplomasi dan kelicinan politik Bugis lima beradik meyebabkan mereka berjaya menguasai
kekuasaan politik Melayu-Johor-Riau. Ini merupakan hasil dari
munculnya Raja Kecil dan berikutan ‘perkahwinan politik’ di antara Melayu Bugis dengan Melayu Johor ke-18. Contoh perkahwinan politik ialah perkahwinan antara adinda Sultan Sulaiman dengan Bugis iaitu Tengku Tengah dengan Daeng Parani dan Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak . Asimilasi mendorong kehilangnya identiti Bugis sedikit demi sedikit dan mereka berjaya menempatkan diri mereka ke dalam identiti Melayu Johor. Selepas kematian Daeng Merewah tempatnya diganti pula oleh Daeng Celak. Saat ini menyaksikan Riau 13
Muhammad Yusof Hashim, Pensejarahan Malaysia Nusantara, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd, 1988 , hlm. 481
7
menjadi bertambah maju dengan kedatangan pedagang-pedagang dari pelbagai pelusuk dunia seperti dari Negara China ,India, Siam,Tanah Jawa dan Bugis sendiri datang berniaga di Riau. Kekuasaan dan kekayaan Bugis mewujudkan perasaan tidak senang dihati masyarakat melayu Johor kerana pemimpin Melayu mulai sedar mengenai wibawa politik mereka yang semakin lemah. Hal ini telah membawa kepada pertelingkahan politik antara kedua-duanya. Kekuasaan Bugis di Riau telah menyebabkan rasa tergugat pihak Belanda di pelabuhan Betawi. Hal ini menyebabkan VOC berusaha untuk campur tangan dalam kerajaan Johor. VOC telah lama bertelingkah dengan Bugis kerana soal perdagangan. Bugis amat menyedari ancaman golongan pemimpin Melayu yang berusaha mendapatkan sokongan Syrikat Hindia Timur Belanda (VOC) dan Bugis bertindak untuk berbaik dengan VOC. Sebagai ganjarannya Bugis menawarkan Siak kepada VOC. Penyerahan Siak ini sebenarnya amat menyenangkan Sultan Sulaiman yang akhirnya berjaya mendapatkan sokongan daripada Belanda. Kegagalan Bugis mendapatkan sokongan VOC adalah disebabkan Belanda amat berminat terhadap hasil timah yang dikuasai orang Bugis dikawasan Selangor, Perak dan Linggi.14Masalah dalaman Siak akibat perselisihan masyarakat Melayu Johor dan Bugis telah menyebabkan perdagangan VOC menghadapi masalah dan menimbulkan kemarahan Belanda yang seterusnya mengambil keputusan menyerang Bugis. Pada 1758, Daeng Kemboja telah tewas dan terpaksa menyetujui syarat perjanjian yang telah diutarakan VOC dan terpaksa menyerahkan Linggi dan Rembau kepada VOC.
14
Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 153.
8
Daeng Kemboja berusaha
memperkukuhkan pelabuhan Riau dan berjaya
menjadikan Riau sebagai pelabuhan jarak jauh yang berkembang dengan pesat.Malahan, Beliau turut melanggar perjanjian yang dimeterai dengan Belanda melibatkan timah yang dianggap sebagai barang mutlak mereka. Bugis turut bertindak berbaik dengan SHTI (Syarikat Hindia Timur Inggerish) dan ini mengancam VOC yang seterusnya mula berkasar dengan kerajaan Johor. VOC bertindak membendung kejayaan Riau dengan memberi amaran terhadap tongkang-tongkang ke Riau, Acheh, Pasai dan kawasankawasan sekitarnya. Betawi kembali berlembut dan mahu memperbaharui persahabatan serta perjanjian apabila Raja Muda menggantikan Raja Haji. Pada 1782, VOC telah menawan sebuah kapal Inggeris bernama Betsy yang di perairan Johor-Riau dan dibawa ke Batawi dan membahagikan hasil rampasan dengan nakhoda kapal Perancis yang turut terlibat. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Johor kerana telah melanggar perjanjian antara kedua-duanya, maka berlakulah peperangan. Raja Haji mendapat pertolongan Rembau dan anak saudaranya Sultan Ibrahim dari Selangor, manakala VOC dibantu oleh Terengganu dan Siak. Peperangan itu berakhir pada Jun 1784 setelah kematian Raja Haji dan lima ratus orang Bugis.15 VOC berjaya mengalahkan dan melemahkan kekuasaan Bugis termasuk di Selangor dan Johor. November 1784 telah menyaksikan Riau menjadi jajahan takluk VOC dan VOC mendapat monopoli perniagaan. Seperti negeri-negeri melayu lain,dapat dilihat bahawa soal pergantian takhta terus membuka peluang kepada campur tangan asing terutama Inggeris. Inggeris terlibat dalam kerajaan Johor apabila perebutan kuasa 15
berlaku antara Sultan Mahmud dan
A. Samad Ahmad, Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm.71.
9
Tengku Hussein iaitu putera kepada Sultan Mahmud pada tahun 1812. Sultan Hussein sepatutnya menggantikan Ayahandanya tetapi Orang Bugis yang sangat berpengaruh di Johor telah melantik adindanya Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor dan diakui oleh Belanda.16Perebutan kuasa ini telah membuka jalan kepada Stamford Raffles yang berjanji akan memberi mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan Johor seandainya pihak Inggeris dibenarkan membuka penempatan di Singapura, Temenggung Abdul Rahman menyetujui tawaran Raffles kerana beliau menyokong Tengku Hussein. Sejak 1818 , Haji Buyong Ali menyifatkan perebutan kuasa antara Belanda dengan Inggerish telah menyebabkan Johor di rinchis-rinchis orang barat untuk memonopoli perdagangan dan melaksanakan dasar penjajahan mereka. Akhirnya,30 januari 1819, satu perjanjian telah ditandatangani antara Raffles dengan Tengku Hussein serta Temenggong Abdul Rahman. Perjanjian yang telah dimeterai membenarkan Inggeris mendirikan sebuah loji di Singapura .Raffles dapat merasakan Sultan Abdul Rahman di Johor tidak akan menerima perjanjian tersebut. Baginda berada di bawah pengaruh Belanda lalu Inggeris mengiktiraf Tengku Hussein dan.17Pada 6 Febuari 1819, Raffles menandatangani satu lagi perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman dengan Tengku Hussein. Perjanjian ini berjaya meletakkan kekuasaan penuh orang Inggeris terhadap singapura. Penubuhan Singapura ini telah menyaksikan berakhirnya penguasaan orang melayu terutama johor terhadap pelabuhan–pelabuhan lain di selat Melaka dan Johor tua terus terpisah daripada Singapura. Perjanjian Inggerish Belanda yang ditandatangani pada 1824 oleh pihak British dan Belanda bagi mengelakkan perselisihan antara kedua kuasa eropah ini telah memberi
16 17
Sulaiman Zakaria, Inggeris Di Semenanjung, Kuala Lumpur: Goodmark Enteprise, 1994, hlm. 9. Ibid., hlm. 10
10
impak besar ke atas empayar Johor-Riau. Kerajaan Johor telah terpisah kepada dua lingkungan pengaruh.Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura berada dibawah pengaruh Belanda. Hal ini telah mengakhiri empayar Johor-Riau. Raffles telah mengubah kerajaan Johor yang dahulunya meliputi Johor, Riau, Lingga, Pahang, Singapura dan banyak lagi kawasan. Kerajaan itu mula berpecah : Riau –Lingga tinggal dalam pengaruh Belanda dan kemudiannya langsung dikuasai penuh oleh Belanda. Singapura dan semenanjung lucut secara langsung jatuh ke tangan Inggerish ,Johor menjadi rebutan keturunan Sultan Husain dengan keturunan Temenggung Abdul Rahman yang jatuh ke tangan temenggung yang membentuk kesultanan baru di Johor. Riau-lingga, Singapura dan Johor merdeka dengan sendirinya. Perubahan ini
telah menjayakan penjajahan kuasa Belanda dan Inggerish untuk
menjalankan dasar penjajahan ke negeri-negeri melayu-pecah dan perintah.18
PENUTUP Maka, jelaslah apa yang saya katakan bahawa kejatuhan kerajaan Johor semenjak kemangkatan Sultan Mahmud II takhta kerajaan Johor mulai menjadi rebutan dan konsep raja sebagai penyatuan menjadi semakin hambar. Pertelingkahan yang silih berganti ini mendorong minat kuasa eropah yang sememangnya sedang mencari pangkalan di Asia Tenggara untuk campur tangan.Kerajaan Johor terus merosot apabila perjanjian InggerisBelanda ditandatangani dan menamatkan terus kekuasaan dan kemashyuran kerajaan Johor.Negeri-negeri dibawah naungannya berjaya membebaskan diri meninggalkan Johor sebagai sebuah peradaban yang kian tenggelam pengaruhnya.
18
Haji Buyong bin Adil, Sejarah Singapura:Rujukan Khas Mengenai Peristiwa-peristiwa sebelum Tahun 1824, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ,1972, hal.66
11
BIBLIOGRAFI Abdul Latif Abdul Bakar.1984.Sejarah di Selat Melaka.Kuala Lumpur:United Selangor Interprise sdn.bhd. Alexander Hamilton.1930. A New Account of The East Indie. London: The Argonut Press. H aji Buyong Bin Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka . Haji Buyong bin Adil. 1972. Sejarah Singapura:Rujukan Khas Mengenai Peristiwaperistiwa sebelum Tahun 1824. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Leonard Y. Andaya.1987.(terj.) Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik,Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan Pustaka. Muhammad Yusof Hashim.1998.Pensejarahan Malaysia Nusantara.Kuala Lumpur :Teks Publishing Sdn Bhd. Muhamad Yusoff Hashim.1992.Hikayat Siak.Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Samad Ahmad.1985.Kuala Lumpur: Kerajaan Johor-Riau.Dewan Bahasa dan Pustaka. 12
Salleh Hamzah. Perpecahan Empayar Johor. Kuala Lumpur :Longman Malaysia Sdn.Bhd. Sulaiman Zakaria.1994. Inggeris Di Semenanjung.Kuala Lumpur:Goodmark Enteprise. Watson barbara and Leonard Y.2001. Andaya. A History Of Malaysia. Basingtokt: Palguvale.
13