Faktor Kejatuhan Kerajaan Maratha

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Faktor Kejatuhan Kerajaan Maratha as PDF for free.

More details

  • Words: 2,196
  • Pages: 12
PENDAHULUAN Kerajaan Maratha memainkan peranan penting dalam sejarah India. Empayar Maratha telah diasaskan oleh Shivaji pada tahun 1663. Shivaji telah dilahirkan di Shivneri pada 19 Febuari 1630 dan dibesarkan oleh ibunya yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadinya.1 Shivaji telah berjaya merampas India daripada empayar Mughal yang diperintah oleh Aurangzeb yang dikatakan menjalankan dasar anti Hindu2. Kejatuhan kerajaan Mughal ke tangan Maratha menyebabkan berakhirnya sebuah kerajaan Islam India yang telah lama bertapak dan bermulanya era kebangkitan kerajaan Hindu di India. Shivaji telah menaiki takhta kerajaan Maratha dan memakai gelaran Vikramaditya. Peshwa atau Perdana Menteri merupakan tulang belakang yang membantu pentadbirannya3. Shivaji telah membentuk satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik 4. Pada pemerintahannya, untuk mengekalkan taat setia dan mengelakkan pembolotan dalam kalangan para pembesar, beliau telah membayar gaji dalam bentuk wang tunai kepada para pembesar, tidak lagi berupa jagir atau ganjaran tanah5.

Dengan usaha Shivaji ini, sebuah

empayar seluas 50 000 batu persegi telah berjaya diwujudkan di Deccan. Selain itu, kerajaan Maratha telah membangun menjadi sebuah kerajaan yang masyur dengan ialah kerana Maratha yang berada di bawah kekuasaan Peshwa.6 Peshwa ataupun Menteri ini terdiri daripada golongan yang merupakan ahli di dalam Ashta Pradhan Council.

1

P.N.Chopra et al, History Of South India: Vol II: Medieval Period, S. Chand & Company, New Delhi, 1979, hlm.152. 2 Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 242 3 Ibid. 4 J.L Mehta, Advanced Study In The History of Medieval India, New Delhi: Sterling Publisher, 1981, hlm. 537 5 Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 243 6 B.L. Grover, S. Grover, A New Look At Modern Indian History, Ram Nagar, Delhi: S. Chand & Company LTD, 1995, hlm. 20.

1|Page

Antara Peshwa yang menjadi tunggak utama kepada kejayaan kerajaan Maratha ialah Balaji Viswanath (1713-1720), Bali Rao (1720-1740) dan Balaji Baji Rao (1740-1761). Peshwapeshwa ini dikatakan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi sehingga membawa kepada kejayaan Maratha. 7 Selain itu, Maratha juga mencapai kejayaan kerana kelemahan kerajaan Moghul dan pentadbirannya yang teratur. Hal ini terbukti dengan Pusat pentadbiran Maratha bertempat di Poona dan dikenali sebagai Huzur Daftar.8 Jawatan Sarssbahdars telah diwujudkan sebagai pemerintah di wilayah-wilayah besar sperti di Khandesh, Gujerat dan Carnotic. Di bawah Sarssbahdars pula terdapat jawatan Mamlatdar yang bertanggungjawab dalam pentadbiran di bahagian tertentu seperti Sarkar, Subah dan Prant.9 Namun, setiap yang naik pasti mengalami saat kejatuhan, sepertimana yang berlaku kepada kerajaan Moghul, nasib yang menimpa kerajaan Maratha juga sama. Saat kejatuhan Maratha berlaku sehingga menyebabkan British

Berjaya mendapatkan Maratha dan kuasa

Maratha tinggal kenangan sehingga ke hari ini.

7

Ibid., hlm. 51. Ibid. 9 Ibid., hlm. 52. 8

2|Page

FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN MARATHA. Kejatuhan kerajaan Maratha adalah disebabkan beberapa faktor yang faktor-faktor yanga akan dibincangkan didalam esei ini. Kelemahan para pemimpin kerajaan Maratha Pada peringkat awal, kerajaan Maratha amat bertuah kerana mempunyai para pemimpin yang berkaliber seperti Shivanji, Shambji, Sahu dan sebagainya yang mampu memacu kegemilangan kerajaan Maratha di India. Malangnya,

semenjak kematian Balaji Baji Rao,

Maratha mula kehilangan pemimpin yang cekap dan dinamik. Pemimpin memainkan Peranan penting di dalam jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Seluruh institusi kepimpinan memerlukan pemimpin yang berkaliber dalam meneruskan sesebuah kerajaan.Sekiranya pemimpin tidak cekap dan mengabaikan peranannya sebagai pemimpin, maka seluruh institusi itu akan musnah. Hakikat ini terpaksa

juga ditelan oleh kerajaan

Azaharudin Mohd Dali (2004) menyatakan bahawa

Maratha. Hal ini diperakui oleh

kejatuhan Maratha adalah disebabkan

ketiadaan pemimpin yang benar-benar berkaliber dalam mengetuai pucuk pimpinan kerajaan, di samping tiada kerjasama antara pemimpin-pemimpin dalam kerajaan10. Perkara ini terbukti dengan Kelemahan peshwa seperti Baji Rao II dan Daulat Rao Sindhia yang mengawal kerajaan di Poona telah membawa kepada kejatuhan Empayar Maratha. Baji Rao II yang menaiki takhta ketika berusia 18 tahun merupakan seorang pemimpin yang tidak berbakat dan mengubah polisi pentadbiran ayahnya dalam masa 2 hari yang melemahkan kerajaan Maratha.11

10

Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 259 P.N Chopra et al, A New Advanced History of India, New Delhi : Prentice Hall of India Private Limited, 1996, hlmn. 459 11

3|Page

Baji Rao II

telah bertindak mengadaikan

negara Maratha dengan

menyerahkan

kekuasaan kepada pihak British melalui perjanjian Bassein Disember 1802 dan beliau juga dikatakan mempunyai karektor seperti seorang penjenayah12. Selain itu, Sistem politik empayar Maratha menerima impak yang sangat buruk akibat kelemahan dan kekurangan wibawa para pemimpinnya. Keadaan politik yang tidak stabil ini telah mewujudkan peluang kepada wilayah-wilayah taklukan Maratha untuk bertindak pantas dengan membebaskan diri daripada cengkaman empayar Maratha dan menjadi sebuah negara yang bebas. Contohnya berlaku semasa pemerintahan Chatrapati dan Peshwa. Para pembesar tidak bersatu antara satu sama lain malah bermusuhan antara mereka13 terutamanya kerajaan Poona selepas berlakunya Perang Panipat III. Ini berikutan tidak wujud perpaduan politik yang utuh dikalangan pembesar. Sikap tidak bersatu padu ini sejak zaman awal lagi mampu menjatuhkan kerajaan tetapi mereka tidak pernah mahu mengambil iktibar daripada pengalaman yang berlaku. Contohnya, perbalahan antara Madho dan Ishwari Singh kerana ingin merebut kuasa setelah kematian bapa mereka, Raja Jai Singh. Ternyata pihak yang satu lagi iaitu Sindhia dan Holkar mengambil sikap berdiam diri tanpa ingin membantu menyelesaikan perbalahan yang berlaku. Ternyata semangat bersatu padu tidak wujud antara para pemimpin politik di Maratha yang menyebabkan empayar Maratha runtuh. Malahan, kejatuhan kerajaan Maratha juga dikaitkan dengan matlamat pemimpinnya yang berimpian dalam mengantikan undang-undang islam tetapi hal ini hanya melemahkan kuasa Peshwa yang memberi laluan kepada kebangkitan kuasa British.14 Hal ini bermakna

12

Ashrini Agrawal, Studies In Mughal History, New Delhi: Motilal Banarsidass, 1983, hlm. 24 Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 259. 14 P.N.Chopra et al, History Of South India: Vol II: Medieval Period, hlm. 389. 13

4|Page

kerajaan Maratha tidak mempunyai matlamat yang jelas dan tidak mengambil kira keseluruhan situasi semasa sebelum menjalankan sesuatu sehingga British campurtangan. Perang Panipat Perang Panipat

merupakan perang yang dikatakan detik awal kejatuhan kerajaan

Maratha di bumi India. Perang antara Maratha Afgan dan Maratha ini telah menyebabkan kematian general-general hebat kerajaan Maratha antaranya Bhau, Santaji Rao Ghorpade dan ramai lagi pemimpin termasuk 75,000 tentera15. Ibrahim Gardi yang dipenjara diseksa dan dibunuh dengan kejam. Hal ini menyebabkan kelemahan kerana ramai tokoh yang kuat telah tumbang. Tragedi ini menjadikan Peshwa yang mati dengan kecewa.16 Peperangan ini telah menyebabkan ketenteraan kerajaan Maratha mulai lemah. Ketenteraan Maratha bertambah lemah kerana terlibat dengan tiga siri peperangan dengan British iaitu Perang Anglo-Maratha I, Perang Anglo-Maratha II dan Perang Anglo-Maratha III. Hal ini kerana ianya memakan masa yang panjang, wang yang banyak dan ramai tentera yang terkorban. Siri peperangan berterusan seperti ini tidak menguntungkan kerajaan Maratha. Peperangan Panipat III telah mendatangkan bencana kepada kerajaan Maratha . Hal ini ditulis oleh Elphinstone yang mengatakan bahawa “ and never was there a calamity that diffused so much consenternation,.Grief and despondency spread over the whole Maratha people: all felt the destruction of the army as a death-blow to their national greatness”17 Ketenteraan kerajaan Maratha juga berada dalam keadaan sangat goyah dan tidak stabil. Semasa zaman awal kerajaan Maratha , iaitu semasa pemerintahan Shivaji pada tahun 1627 15

Ibid. Ibid. 17 Ibid., hlm. 390 16

5|Page

hingga tahun 1680 sistem ketenteraan Maratha amat kuat sehingga mampu menakluki kawasan yang luas. Tetapi disaat akhir pemerintahannya, aspek ketenteraan kerajaan Maratha sudah pun mengalami keadaan yang dipanggil kemerosotan. Hal ini disebabkan teknologi yang lemah, disiplin dan ketiadaan pemimpin yang hebat terutama selepas perang Panipat III. Malahan Kerajaan Maratha juga mempunyai tentera upahan yang tidak bersemangat patriotik dan bersemangat juang yang tinggi kerana Maratha bukan tanah air mereka. Tentera upahan bukan daripada masyarakat Maratha ini telah diperkenalkan oleh Balaji Baji Rao yang menyebabkan kelemahan, kehilangan kesatuan dan semangat kenegaraan.18Mereka Cuma bekerja dibawah Maratha untuk menyara kehidupan dan berkepentingan masing-masing. Jelasnya, askar upahan ini tidak berminat untuk berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kerajaan Maratha daripada pihak musuh. Malahan, Kerajaan Maratha juga kekurangan kelengkapan peperangan yang canggih dan moden serta masih menggunakan teknik perang gerila dalam peperangan mereka. Hal ini berbeza sama sekali dengan situasi musuh Maratha iaitu pihak tentera British yang mempunyai sistem ketenteraan yang moden, terlatih serta tektik peperangan yang moden dan canggih. Walaupun terdapatnya penggunaan tentera bersenjata atau meriam tetapi penggunaan yang tidak cekap telah membantutkan pelaksanaannya. Kelemahan inilah yang membuatkan British Berjaya dalam mengalahkan kerajaan Maratha dan menaikan bendera Britain di India. Malahan pihak Inggeris telah dipimpin oleh pemimpin yang cekap seperti Elphinstone, John Malcolm dan Jonathan Duncan.19Jelaslah menunjukkan bahawa sistem ketenteraan yang lemah mengundang kepada kejatuhan empayar Maratha. 18 19

Ibid.,hlm. 459. B.L. Grover, A New Look At Modern Indian History, hlm. 178

6|Page

Kemerosotan ekonomi Ekonomi merupakan tunjang kekuatan dan kestabilan sesebuah empayar.

Kekuatan

ekonomi membayangkan kelangsungan sesebuah tamadun dan kerajaan. Sebaliknya telah berlaku kepada empayar Maratha kerana kelemahan polisi ekonomi kerana kebergantungan terhadap pungutan cukai di wilayah-wilayah taklukannya.20 Malahan sistem ekonomi Maratha juga

lemah ketika berlakunya peperangan antara

kerajaan Maratha menentang Kerajaan Moghul yang menyaksikan para petani dipaksa meninggalkan aktiviti pertanian mereka untuk turut sama dalam peperangan. Situasi ini ialah sesuatu yang tidak sistematik dan Keadaan ini telah menjejaskan ekonomi Maratha kerana tiada dasar yang jelas dalam pembangunan ekonominya. Pada tahun 1804, kebuluran telah berlaku di Deccan dan menyebabkan ramai yang terkorban dan kehilangan harta-benda. Empayar yang luas Maratha merupakan sebuah empayar yang luas. Keluasan Maratha adalah amat luas iaitu seluas 50 000 batu persegi di Deccan yang diasaskan oleh Sivanji akibat perluasan kuasa. Apabila kerajaan ini memerintah terlalu las, maka wujudlah masalah perhubungan antara darat, udara dan laut. Selain itu, wujud juga kesukaran kepada pemerintah untuk menguasai pelbagai kaum dan agama yang ada. Apabila pemerintah tidak dapat menguasai kesemua kawasan yang ditaklukinya maka telah menyukarkan

pemantauan dan perpaduan. Hubungan antara satu

kawasan tidak utuh dan setiap wilayah yang ditakluki pula sentiasa mencari peluang untuk melepaskan diri daripada jajahan Kerajaan Maratha.

20

Ibid.

7|Page

Selain itu, tiada sebarang langkah yang diambil bagi mewujudkan perpaduan. Lebih-lebih lagi telah berlaku peperangan antara pemimpin seperti Madho Singh dan Ishwari Singh selepas kematian bapa mereka. Malahan, empayar Maratha yang bercorak feudal telah mewujudkan jurang antara pemimpin dengan rakyat. Empayar-empayar Peshwa di Poona tidak disatukan dibawah satu unit politik dan para pembesar juga tidak lagi menghormati kedaulatan kerajaan Pusat. Hal ini dapat dilihat apabila tentera Maratha hanya menakluki kawasan di sebelah utara sahaja kerana kawasan selatan lebih dipengaruhi oleh pemerintahan Islam. Diskriminasi kawasan ini terjadi kerana empayar Maratha terlalu luas dan sukar untuk dikawal. Ketidaksatuan yang wujud ini memudahkan British untuk menjatuhkan kerajaan Maratha dan menawannya. Kecekapan Inggeris Berdiplomasi, Pengintipan Inggeris yang Superior dan Sikap Inggeris yang Agresif Akibat kelemahan dalaman yang wujud di Maratha, Para pembesar Maratha telah meminta bantuan pihak Inggeris yang pada saat itu sentiasa mengintai peluang untuk bertapak di India. Apabila ditawarkan EIC

tidak menolak peluang untuk mengambil kesempatan dan

betsikap cukup berhati-hati untuk memastikan kemenangan dipihaknya. Kemenangan EIC mudah dicapai kerana tiada permuafakatan dalam kalangan pamimpin Maratha. Di dalam Perang Maratha II, pihak Inggeris telah memperolehi kemenangan di Gaekwar dan Jagindar.21 Sistem perisik kompeni Inggeris juga sangat baik. Pegawai kompeni di India memberi maklumat kepada secretariat kompeni Inggeris. Maklumat perisik ini telah membawa kekalahan kepada Maratha kerana pihak Inggeris telah memanfaatkan maklumat itu. 21

Ibid., hlm. 179.

8|Page

Malahan, kebanyakan pegawai British di Maratha telah mempelajari bahasa Maratha sehingga boleh bertutur dan menulis dalam bahasa tersebut. Sikap pegawai Inggeris ini memudahkan mereka memahami sepenuhnya keadaan sebenar masyarakat Maratha. sebaliknya telah berlaku di dalam masyarakat Maratha. Mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai sistem kerajaan British dan tidak memahami bahasa Inggeris.22 Masyarakat Maratha sangat kuat terikat dengan ajaran dan fahaman lama. Baji Rao II lebih memberi perhatian terhadap agama dan mengagihkan pekerjaan dalam kalangan Brahmin di samping memberi tumpuan kepada urusan negara. Hal ini sangat berbeza dengan negara Britain. Di Britain, telah ada gerakan dalam membebaskan diri daripada pihak gereja yang telah mengongkong kehidupan mereka sebelum ini dan telah mula memberikan perhatian dalam bidang seperti rekaan saintifik, dalam bidang pelayaran dan sebagainya lagi. Semasa Inggeris menyerang Maratha, pihak British telah memiliki kuasa yang jauh amat moden daripada Maratha.

Penutup Tuntasnya, sejarah kejatuhan Maratha adalah disebabkan oleh kelemahan dalaman disamping beberapa faktor luaran. Kejatuhan empayar Maratha telah membawa satu lembaran 22

Ibid.

9|Page

baru dalam sejarah India apabila kuasa barat mula campur tangan dan menjajah bumi India. Kelemahan Maratha dari segala aspek seperti kepimpinan, ekonomi , pertahanan dan sebagainya menjadikan sejarah Maratha terkubur dalam lipatan sejarah.

BIBLIOGRAFI Andre Nink. 1986. Land and Sovereignty in India (Agrarian Society and Politics Under The Eighteenth-Century Maratha Svarajya). London : Cambridge University Press. 10 | P a g e

Ashrini Agrawal. 1983. Studies In Mughal History. New Delhi : Motilal Banarsidass. Azharudin Mohd Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. B.L. Grover, S. Grover. 1995. A New Look At Modern Indian History ( From 1707 7 to the Present Day). Delhi: S. Chand & Company LTD. Jawaharlal Nehru, The Discovery of India, 1961. Bombay: Asia Publishing House Mehta, J.L. Advanced Study In The History of Medieval India. 1981. New Delhi : Sterling Publisher Majundar, R.C. (Ramesh Chandra), History of the Freedom Movement in India, Calcutta: Firma K.L. Mukhopodhyay, 1963, hlm. 39. P.N Chopra et al, A New Advanced History of India. 1996.New Delhi : Prentice Hall of India Private Limited. P.N.Chopra et al, History Of South India: Vol II: Medieval Period, , 1979, New Delhi: S. Chand & Company R.L. Majumdar. An Advanced History of India. London: Mac Millan & Co Ltd. 1988.

2147 patah perkataan

11 | P a g e

12 | P a g e

Related Documents