Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan as PDF for free.

More details

  • Words: 5,114
  • Pages: 26
KE ARAH MAHKAMAH SYARIAH PERSEKUTUAN Kertas ini telah dibentangkan dalam Persidangan Jawatankuasa Teknikal UndangUndang Syarak dan Sivil dengan Penasihat

Undang-Undang dan Pengarah Jabatan

Agama Islam Negeri-Negeri Kali Kelima). Tiga perkara yang penting di mana kuasa membuat undang-undang diberi kepada Badan Undangan Negeri dan yang termasuk di bawah senarai Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan ialah tanah, Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga orang yang menganut agama Islam. walau bagaimanapun di bawah perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan diperuntukkan bahawa "Parlimen boleh, bagi maksud hanya menentukan persamaan undang-undang dan dasar membuat undang-undang mengenai pemegang tanah, perhubungan antara tuan tanah dan penyewa, pendaftaran hak milik dan surat ikatan berhubung dengan tanah, pindah milik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian mengenai tanah, ismen dan lainlain hak dan kepentingan mengenai tanah, mengambil tanah dengan paksa, mengenai kadar dan penilaian tanah dan KerajaanTempatan; dan fasal (1)(b) dan (3) tidak boleh dipakai bagi apa-apa undang-undang mengenai mana-mana perkara itu". Keperluan untuk mengadakan persamaan undang-undang dan dasar dalam bidang tanah dan kerajaan tempatan telah menyebabkan adanya Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Dalam perkara Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menagnut agama Islam, perundangan setakat ini telah dibuat oleh negeri-negeri, kecuali bagi WilayahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, di mana undang-undang boleh dibuat di bawah butiran 1 (a) Senarai Persekutuan bagi Jadual Kesembilan yang menyebut "Kerajaan dan pentadbiran Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan termasuk Hukum Syarak di dalamnya setakat yang sama seperti yang diperuntukkan dalam butiran 1 dalam senarai Negeri'. Butiran 8 dalam Senarai 2 (Senarai Negeri) Jadual Kesembilan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri antara lain membuat peruntukan mengenai "keanggotaan, penyusunan dan acara bagi Mahkamah-Mahkamah Syariah yang akan mempunyai

bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh UndangUndang Persekutuan". Dengan adanya beberapa undang-undang yang berlainan mengenai Mahkamah Syariah dan undang-undang itu dibuat oleh Badan Perundangan Negeri telah timbul banyak kesukaran. Undang-undang itu tidak seragam dan Badan Perundangan Negeri hanya boleh menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Syariah dengan bidang kuasa terhad kepada negeri berkenaan sahaja. Sistem aturan dan organisasi Mahkamah-Mahkamah Syariah khususnya mengenai rayuan berbeza dari satu negeri dengan negeri lain.Tiaptiap negeri mempunyai Mahkamah Rayuannya sendiri dan tidak ada usaha diambil untuk mengadakan undang-undang bersamaan (common law) bagi Mahkamah Syariah di Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah Negeri dihadkan mengenai kesalahan jenayah oleh undang-undang Persekutuan iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah). Terdapat kesukaran menyampaikan saman dan waran di luar negeri di mana ia dikeluarkan dan menguatkuasakan keputusan Mahkamah Syariah dalam satu negeri di luar negeri itu. Khususnya perintah nafkah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah sesuatu negeri tidak boleh dikuatkuasakan di luar negara itu dan ini terdapat mengenai perintah tahanan gaji yang dibuat oleh Mahkamah Syariah. Percanggahan bidang kuasa timbul antara negeri-negeri dan orang-orang yang memerlukan bantuan dan keputusan Mahkamah terpaksa berolak-alik dari satu negeri ke satu negeri. Keputusan Mahkamah Syariah Negeri tidak dipatuhi atau diberi kehormatan di negeri-negeri lain. Umpamanya seorang yang telah tidak diberi kebenaran berpoligami di Selangor, boleh pergi ke Terengganu dan mendapat kebenaran berkahwin dengan isteri yang kedua. Juga boleh dipersoalkan sama ada undang-undang negeri boleh membuat peruntukan mengenai umpamanya undang-undang keterangan di Mahkamah Syariah dan penyiasatan jenayah. Pada masa ini tidak terdapat peruntukan khas di Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri bagi Perhakiman Syariah seperti yang terdapat bagi Perhakiman Sivil di Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Peresekutuan. Juga tidak terdapat peruntukan untuk perkhidmatan kehakiman dan perudangan syariah.

Oleh kerana kedudukan dan status Mahkamah-mahkamah Syariah dan pegawaipegawainya telah dinaikkan dan dan diperbaiki, mungkin perlu diadakan peruntukan mengenai keanggotaan, kuasa, perlantikan dan tempoh memegang jawatan bagi mereka disebutkan dalam Perlembagaan dan ini akanmenjadi lebihmudah dan berkesan jika Mahkamah-mahkamah Syariah dan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Selain dari isu undang-undang, masalah yang berat juga timbul dalam pentadbiran Mahkamah Syariah . Sungguhpun pegawai Mahkamah Syariah adalah pegawai negeri, skim perkhidmatan, syarat -syarat perlantikan dan perkhidmatan, gaji dan elaun mereka adalah ditetapkan dan diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan. Dalam perlaksanaan skim dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pegawai Mahkamah Syariah dinegeri-negeri terdapat banyak kemusykilan dan kelengahan dan tidak ada keseragaman antara negeri-negeri. Dipandang sangat perlu diadakan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan. Jawatan dalam Kehakiman dan perundangan di negeri adalah

terhad

dan

tidak

banyak

peluang

untuk

kenaikan

pangkat

dalam

perkhidmatanitu. Oleh kerana itu terdapat pegawai-pegawai yangmengikut kursus Diploma Pentadbiran dan Amalan Kehakiman yang diberi jawatan sebagai pegawai ugama termasuk Imam dan Kathi apabila mereka balik kenegeri masing-masing. Jika boleh diadakan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah Persekutuan, skim dan syarat-syarat perkhidmatan dapat diseragamkan dan mungkin terdapat lebih banyak peluang untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatan itu, kerana

tidak lagi

tertutup bagi negeri sahaja. Pada masa sekarang Mahkamah-Mahkamah Sivil telah diberi perhatian yang sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan oleh kerana Mahkamah-mahkamah itu adalah Mahkamah persekutuan. Jika Mahkamah-mahkamah Syariah juga di jadikan Mahkamah Persekutuan

mahkamah-mahkamah

itu

juga

dapat

diberikan

perhatian

yang

sepenuhnya. Sungguh pun perkara Mahkamah Syariah dan pegawai-pegawainya ada terlibat dengan undang-undang Islam, akan tetapi perkara ini lebih melibatkan pentadbiran dan pengurusan, yang dapat diuruskan lebih baik diperingkat Persekutuan.

Jelaslah banyak masalah Mahkamah-mahkamah Syariah mengenai status dan bidangkuasanya dan perlantikan dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai kehakiman dan perundangan boleh diselesaikan jika Mahkamah-Mahkamah Syariah itu ditubuhkan sebagai Mahkamah Persekutuan,seperti Mahkamah Sivil. Pada permulaannya mungkin timbul keraguan di beberapa negeri, kerana negeri-negeri itu tidak mahu menyerahkan kuasanya dalam perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah di Wilayah -Wilayah dan negeri-negeri dimana Yang di-pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam. Terdapat dua cara untuk mengadakan Mahkamah-Mahkamah Syariah Persekutuan dan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah Persekutuan. Yang pertama ialah menggunakan Fasal 1 (b) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, yanh memberi kuasa kepada Parlimen "membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebutkan dalam senarai negeri--- bagi maksud mengadakan persamaan undangundang dari antara dua buah negeri atau lebih". Akan tetapi undang-undang seperti itu tidak boleh berkuatkuasa di mana-mana negeri sehingga undang-undang itu telah diterima dengan suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu dan

selepas itu undang-undang itu hendaklah disifatkan sebagai sesuatu undang-

undang Negeri dan bukan suatu undang-undang persekutuan dan oleh yang demikian undang-undang itu boleh dipinda atau dimansuhkan oleh suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu. Ini mungkin akan menimbulkan masalah apabila terdapat perselisihan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkenaan. Cara yang lebih efektif ialah dengan meminda Fasal (4) Perkara 76 dengan memberi kuasa kepada Parlimen membuat undang-undang mengenai keanggotaan, penyusunan dan acara mahkamah-mahkamah syariah. Ini adalah cara yang lebih keras tetapi lebih berkesan dan mungkin hanya boleh diadakan apabila negeri-negeri telah yakin mengenai faedah dan kebaikan cara itu. Sebagai permulaan adalah dicadangkan langkah diambil di bawah Fasal 1(b) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi Mahkamah Syariah Persekutuan untuk wilayah-wilayah dan negeri-negeri yang mempunyai Yang di-Pertuan

Agong

sebagai

Ketua

Ugamanya.

Cadangan

juga

dibuat

untuk

meminda

Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan peruntukan bagi Mahkamah Syariah Persekutuan dengan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan. Akta Mahkamah Syariah Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan bagi Mahkamah Syariah.

Maka inilah

diperbuat etc. Tajuk ringkas pemakaian dan mula berkuat kuasa 1.

(1)

Akta ini boleh dinamakan Akta Mahkamah Syariah, 1994 dan hendaklah

berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta. (2)

Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh berkuatkuasa di mana-mana negeri

kepada orang-orang yang menganut ugama Islam sehingga Akta ini telah diterima dengan suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu. Tafsiran 2.

Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain "Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang

dilantik di bawah seksyen 5(1). "Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 4. "Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama" dan "Pegawai Penguatkuasa Agama" ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 21(4). "Ketua Pendakwa Syarie" ertinya peawai yang dilantik di bawah seksyen 21(1).

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkmah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 3. "Negeri" ertinya negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dan manamana negeri lain yang telah menerima Akta ini. "Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 22. "Pendakwa Syarie" ertinya seoran gpegawai yang dilantik di bawah seksyen 21(3). "Wilayah-wilayah" ertinya Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Penubuhan Mahkamah Syariah 3.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melalui

pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Wilayah-wilayah dan negeri-negeri di tempat-tempat yang difikirkannya patut. (2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melalui

pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah-wilayah dan bagi tiap-tiap negeri. (3)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melalui

pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah-wilayah dan Negeri-negeri. Perlantikan Ketua Hakim Syarie

4.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melantik

seorang Ketua Hakim Syarie. (2)

Seorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika (a)

dia seorang warganegara; dan

(b)

dia (i)

Selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum perlantikannya,

telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau (ii) (3)

seorang yang ariff tentang Hukum Syarak.

Perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah 5.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri melantik

Hkaim-Hakim Mahkamah rayuan Syariah. (2)

Seorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika (a)

dia seorang warganegara dan

(b)

dia (i)

Selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum perlantikannya,

telah memegang jawatan Hakim

Mahkamah Rendah Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau Peguam syarie sesuatu negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang manamana yang lain pula; atau (ii) (3)

Seorang yang arif tentang Hukum Syarak.

Nama-nama Hakim Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah disiarkan dalam

Warta. Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah 6.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melantik

Hakim-Hakim besar dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. (2)

Seorang itu adalah alyak dilantik di bawah subseksyen (1) jika (a)

dia seorang warganegara; dan

(b)

dia (i)

Selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum perlantikannya,

telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau Pendakwa Sesuatu negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain pula; atau (ii) (3)

seorang yang arif tentang Hukum Syarak.

Perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah 7.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Ketua Hakim Syarie, melantik dari

kalangan anggota perkhidmatan Kehakimman dan Perundangan Persekutuan Hakimhakim Mahkamah Rendah Syariah. (2)

Semua perlantikan di bawah subseksyen.

(3)

hendaklah disiarkan dalam Warta.

Pendaftar-Pendaftar 8.

Yang di-Pertuan Agong, boleh, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, melantik dari

kalangan anggota perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Shariah Persekutuan, seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar-pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong-Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah. Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah 9.

(1)

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai kuasa dalam Wilayah-

Wilayah atau Negeri bagi mana ia ditubuh dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Besar atau Hakim Syarie. (2)

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah (a)

dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan

yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah mana-mana undang-undang yang sednag berkuatkuasa dan yang menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;

(b)

dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubung dengan (i)

pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembubaran perkahwinan

[fasakh], nusyuz, atau pemisahan kehakiman [faraq] atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami isteri; (ii)

apa-apa pelupusan atau tuntutan kepada harta yang berbangkit

daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan [i]; (iii)

nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan

atau jagaan [hadhanah] budak-budak; (iv)

pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian;

(v)

wasiat atau alang semasa maradal-maut seseorang si mati Islam;

(vi)

alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan

yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam; (vii)

wakaf atau nazr;

(viii)

pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;

(ix)

menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta

pusaka seseorang si mati Islam

atau bahagian-bahagian yang orang-orang itu masing-masing berhak; atau (x)

perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa

diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah 10.

(1)

Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di

dalam Wilayah atau negeri bagi mana ia ditubuh dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. (2)

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah (a)

dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan

yang dilakukanoleh seseorang Islam di bawah mana-mana udnang-undang bertulis yang menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakemn atau mana-mana undang-undang bertulis tidak melebihi dua ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan manamana hukuman yang diperuntukkan baginya; (b)

dalam biang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, yang amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau yang tidak dapat dinaggarkan

dengan wang. (3)

Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui

pemberitahuan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah. Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah 11.

(1)

Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah Wialyah atau Negeri

daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah Syariah di Wilayah atau Negeri itu (a)

dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pihak pendakwa atau oleh orang

yang telah disabitkan, dan rayuan itu boleh sama ada terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana daripadanya; (b)

dalam bidang kuasa malnya (i)

oleh mana-mana orang yang terkilang dengan keputusan itu, jika

jumlah yang dituntut itu tidak kurang daripada satu ribu ringgit; (ii) dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu; (iii)

dalam semua kes berhubung dengannafkah orang-orang

tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu;

tetapi tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telahd ibuat dengan persetujua; dan (c)

dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah memberi

kebenaran merayu. (2)

Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh (a)

dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum

pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan; (b)

dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah

keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan, atau memerintahkan perbicaraan semula. Permohonan untuk kebenaran merayu

12.

(1)

Suatu rayuan atau permohonan bagi kebenaran untuk rayuan di bawah

perenggan (c) subseksyen (1) seksyen 11 hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan menjalankan

usaha yang munasbah boleh mengetahuinya, dalam tempoh emapt belas hari dari tarikh penghakiman, perintah, atau keputusan sampai kepada pengetahuannya. (2)

Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana permohonan bagi

kebenaran untuk merayu, boleh atas alasan khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah habis tempoh. Perakuan-perakuan pewarisan

13.

(1)

Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan

pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orangorang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari,

atau

wakilnya dan

setelah

dibyar olehnya fee

yang

ditetapkan,

memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orangorang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagianbahagian yang padanya mereka masing-masingnya berhak. Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah 14.

(1)

Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah atau Negeri hendaklah mempunyai

bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dalam Wilayah atau Negeri itu dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak manamana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apaapa perkara atau prosiding, sama

ada mal atau jenayah, dalam mana-mana

Mahkamah Rendah Syariah itu, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberi apa-apa arahan yang dikehedaki demi keadilan.

(2)

Bilamana Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rkeod di bawah subseksyen

(1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung

sementara menanti perintah

selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah. Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah 15.

(1)

Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuas auntuk

mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya. (2)

Apabila suatu rayuan daripada suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah

telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberi kebenaran bagi memutuskan olehnya sendiri apa-apa soal undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.

(3)

Apabila kebenaran telahpun diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia

hendaklah mendengar dan memutuskan soal yang dibenarkan untuk dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat, dan sebagaimana yang difikirkannya adail bagi pemberesan rayuan itu. Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah 16.

(1)

pengawasan

Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika

nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana

rekod mengenainya dan boleh memberi apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan. (2)

bilamana Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen

(1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah 17.

(1)

Anggota Mahkamah Rayuan Syariah adalah Ketua Hakim Syariah, Hakim-

Hakim Besar Wilayah-Wilayah dan Negeri-negeri Rayuan Syariah.

dan Hakim-Hakim Mahkamah

Ketua Hakim Syarie boleh dari masa ke semasa melantik Hakim

Mahkamah Tinggi, Syariah, apabila perlu, menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah. (2)

Tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan

dibereskan oleh seorang pengerusi dan mana-mana dua anggota Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie. (3)

Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi tiap-tiap prosiding

Mahkamah Rayuan Syariah, dan sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian, Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik Hakim yang paling kanan di antara Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk menjadi pengerusi. Keputusan dengan majoriti 18.

Rayuan hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota Mahkamah

Rayuan Syariah. Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun Hakim tiada

19.

(1)

Jika, dalam perjalanan apa-apa prosiding dalam sesuatu rayuan atau pada

bila-bila masa sebelum diumumkan penghakiman, mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu tidak dapat, kerana sakit, atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai Hakim Mahkamah itu, maka, jika kedua-dua pihak bersetuju, pendengaran itu hendaklah diteruskan dan penghakimana tau penghakiman yang ditangguhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua orang Hakim Mahkamah yang ada tiu, dan bagi maksud-maksud rayuan itu, Mahkamah hendaklah disifatkan telah dianggotai dengan sempurnanya. (2)

Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), jika tiada

keputusan sebulat suara, rayuan itu hendaklah didengar semula. (3)

Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak memberikan persetujuan

mereka, atau lebih daripada seorang Hakim tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsi mereka sebagai Hakim-Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula. Kaedah-Kaedah rayuan 20.

Ketua Hakim Syarie boleh membuat kaedah-kaedah tentang, prosedur bagi

rayuan-rayuan dan permohonan bagi kebenaran merayu. Perlantikan Pendakwa-Pendakwa Syarie dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama 21.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri, melantik

seorang, yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua Pendakwa Syarie. (2)

Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan

menurut budi bicaranya bagi memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.

(3)

Ketua Penakwa Syarie bolehlah melantik orang-orang yang layak dan sesuai

daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri. (4)

Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am

Persekutuan seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam. Peguam Syarie 22.

(1)

Majlis boleh, apabila dibayar fee yang ditetapkan, menerima orang-orang

yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum syarak menjadi Peguam Syarie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan manamana Mahkamah Syariah. (2)

Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-

kaedah (a)

untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan

fee-fee bagi penerimaan Peguam Syarie; dan (b)

untuk mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam

Syarie. (3)

Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang

bertulis lain, tiada seorang pun selain daripada Peguam syarie berhak hadir dalam

mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya. Suatu Akta bagi memindah Perlembagaan Malaysia. Maka inilah diperbuat undang-undang etc. Tajuk ringkas, dan mula berkuat kuasa 1.

(1)

Akta ini boleh dinamakan Akta Perlembagaan (Pindaan), 1994.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan kepada Perkara 76 2.

Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas

perkataan "kerjaan tempatan" di Fasal (4) Perkara 76 perkataan "keanggotaan, penyusunan, dan bidangkuasa dan kuasa Mahkamah Syariah". Bahagian baru Bahagian 9A 3.

Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas

Bahagian 9, suatu bahagian bahru, iaitu Bahagian 9A seperti berikut -

Bahagian 9A MAHKAMAH SYARIAH

Mahkamah Syariah 131A

(1)

Maka hendaklah ada Mahkamah Syariah di tiga peringkat iaitu Mahkamah

Rayuan Syariah, Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah.

(2)

Mahkamah-mahkamah yang tersebut di fasal (1) hendaklah mempunyai

apa-apa bidangkuasa dan kausa sebagaimana yang diberikan di bawah undang-undang Persekutuan. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah 131B

(1)

Mahkamah Rayuan Syariah mengandungi seorang Yang di Pertua

Mahkamah Rayuan [yang digelarkan Ketua Hakim Syariah], Hakim-hakim

Besar,

Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah dan sehingga selainnya diperintahkan dengan perintah Yang di-Pertuan Agong, tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan dan beberapa orang hakim tambahan sebagaimana yang dilantik menurut Fasal (2). (2)

Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, lain daripada Hakim Besar,

boleh bersidang sebagai seorang hakim Mahkamah Rayuan Syariah jika pada pendapat Ketua Hakim syariah, kepentingan-kepentingan keadilan memerlukan sedemikian dan hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (apabila perlu) oleh Ketua Hakim Syarie. Keanggotaan Mahkamah Tinggi Syariah 131C

Tiap-tiap satu Mahkamah Tinggi hendaklah mengandungi seorang Hakim Besar

dan beberapa orang hakim yang lain, seperti yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong. Perlantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah 131D

(1)

Ketua Hakim Syariah, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan tertakluk

kepada Perkara 131 E hakim-hakim yang lain bagi Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, apabila bertindak atas nasihat Perdana Menteri, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

(2)

Sebelum memberi nasihat di bawah Fasal (1) tentang perlantikan Hakim

Besar Mahkamah Tinggi mana-mana negeri Perdana Menteri hendaklah meminta nasihat Ketua Hakim Syariah. (3)

Sebelum memberi nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang perlantikan

Hakim Besar Mahkamah Tinggi, mana-mana negeri Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Ketua Menteri negeri yang berkenaan. (4)

Sebelum memberi nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang perlantikan

seorang hakim, selain dari Ketua Hakim Negara atau Hakim Besar, bagi mana-mana Mahkamah Tinggi maka Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Hakim Besar, Mahkamah Tinggi yang berkenaan. Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain 131E

Perkara 131D tidaklah dipakai mengenai pertukaran seseorang Hakim dari

suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain, melainkan perutkaran itu adalah pertukaran Hakim Besar atau pertukaran sebagai Hakim Besar; dan pertukaran itu boleh diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Syriah, setelah meminta fikiran Hakim-hakim Besar bagi kedua-dua Mahkamah Tinggi itu. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah 131F

Seseorang adalah berkelayakan dilantik di bawah Perakra 131D sebagai Hakim

Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah jika (a)

dia orang warganegara; dan (b)

selama tidak kurang sepuluh tahun sebelum perlantikannya ia telah

memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar Mahkamah Syariah atau Pendakwa Syariah ataupun menjadi

anggota bagi ataupun menjadi anggota bagi perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Syariah Persekutuan atau pada satu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pada; atau (c) seorang yang arif tentang Hukum Syarak. Sumpah jawatan hakim 131G

(1)

Ketua Hakim Syariah, sebelum menjalankan tugas jawatannya, hendaklah

mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sutu sumpah jawatan dan taat setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam. (2)

Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi, lain daripada

Ketua Hakim mengangkat

Syaraiah, sebelum menjalankan tugas-tugas hakim, hendaklah dan

menandatangani

sumpah

itu

mengenai

kewajipan-kewajipan

kehakimannya dalam apa-apa jua jawatan, dan, setelah, berbuat demikian, ia tidaklah dikehendaki mengangkat sumpah itu lagi apabila dilantik atau bertukar ke suatu jawatan kehakiman lain yang bukan jawatan Ketua Hakim Syariah. (3)

Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Besar

Mahkamah Syariah hendaklah mengangkat sumpah itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi itu yang kanan yang ada, melainkan jika orang itu emngangkat sumpah itu mengikut Fasal (4) sebagai hakim Mahkamah Rayuan. (4)

Tertakluk kepada Fasal (3), seseorang yang mengangkat sumpah apabila

menjadi seorang Hakim Mahkamah Rayuan hendaklah mengangkat sumpah itu di hadapan Ketua Hakim Syariah atau, jika Ketua Hakim Syariah tidak ada, di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan yang kanan selepasnya yang ada. (5)

Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Mahkamah

Tinggi Syariah (tetapi bukan Hakim Besar) hendaklah mengangkat sumpah itu di

hadapan Hakim Besar Mahkamah Syariah itu atau, jika Hakim besar itu tidak ada, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah itu yang kanan selepasnya yang ada. Tempoh memegang jawatan dan saraan bagi hakim Mahkamah Agung 131H

(1)

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang

hakim Mahkamah Rayuan hendaklah memegang jawatan sehingga ia mencapai umur enam puluh lima tahun atau sehingga suatu masa kemduiannya sebagaimaan diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh terkemudian daripada enam bulan selepas ia mencapai umur enam puluh lima tahun. (2)

Seseorang Hakim Mahkamah Rayuan boleh meletakkan jawatannya pada

bila-bila masa dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang diPertuan Agong tetapi ia tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut peruntukan-peruntukan Perkara ini yang berikut. (3)

Jika Perdana Menteri, atau Ketua Hakim Syariah selepas berunding

dengan Perdana Menteri, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan bahawa seseorang Hakim Mahkamah Rayuan patut dipecat oleh kerana kelakuannya tidak baik atau oleh kerana ia tidak berupaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau otak tidak berupaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau otak atau apa-apa sebab lain, menyempurnakan tugas jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal mengikut Fasal (4) dan merujukkan rayuan itu kepadanya; dan atas syor tribunal itu, Yang di-Pertuan Agong boleh memecat Hakim itu daripada jawatan. (4)

Tribunal tersebut hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima

orang yang memegang atau telah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah atau, jika didapati oleh Yang di-Pertuan Agong perlantikan mustahak dibuat bagi tribunal itu, orang-orang yang memegang atau telah memegang jawatan yang setaraf di mana-mana Mahkamah Sivil di Malaysia dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh ahli yang pertama mengikut susunan yang berikut, iaitu, Ketua Hakim Syariah, Hakim-hakim Besar mengikut keutamaan antara mereka

sendiri, dan ahli-ahli lain mengikut tarikh perlantikan mereka bagi jawatan yang melayakkan mereka menjadi ahli (antara dua orang hali, yang tua mendahului yang muda jika tarikh perlantikan mereka sama). (5)

Sementara menantikan apa-apa rujukan dan laporan di bawah Fasal (3)

Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Perdana Menteri dan mengenai mana-mana Hakim lain selepas berunding dengan Ketua Hakim Syariah menggantung seseorang Hakim Mahkamah Rayuan dariapda menjalankan tugas-tugasnya. (6)

Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan bagi

saraan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendakalh dipertanggungkan kepada Kumpulan wang disatukan. (6A) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perkara ini, Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan bagi syarat-syarat jawatan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah, selain daripada saraan mereka. (7)

Saraan dan lain-lain syarat jawatan (termasuk hak pencen) bagi seseorang

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah tidak boleh selepas perlantikannya, dibuat apa-apa perubahan yang kurang baik baginya. (8)

Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sahnya apa-apa perkara yang

dilakukan oleh seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa Hakim itu telah mencapai had umur yang ia dikehendaki bersara. (9)

Perkara ini hendaklah dipakai bagi seseorang Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah sebagaimana ianya dipakai bagi seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dikecualikan, sebelum menggantung di bawah Fasal (5) seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah lain daripada Hakim Besar, Yang di-Pertuan Agong hendaklah meminta fikiran Hakim Besar Mahkamah Syariah itu dan bukan fikiran Ketua Hakim Syariah.

Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah menghukum kerana penghinaan terhadap mahkamah 131I

Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah adalah berkuasa

menghikum sesiapa yang melakukan apa-apa penghinaan terhadapnya.

Sekatan mengenai perbincangan Parlimen tentang kelakuan Hakim 131J

Kelakuan seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi

Syariah tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan sautu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telahd iberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilagnan ahli Majlis Parlimen itu, dan juga tidak boleh dibincangkan dalam mana-aman Dewan Negeri. Pindaan kepada Perkara 132 4.

Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan menambahkan

selepas "(b) perkahidmatan kehakiman dan undang-undang" butiran "(ba) perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Syariah." Perkara baru 138A 5.

Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Perkara

138, perkara 138A seperti berikut : Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang Syariah 138A

(1)

Makan hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan

Undang-Undang Syariah yang bidangkuasanya adalah meliputi perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Syariah.

semua anggota

(2)

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang Syariah

hendaklah mengandungi (a)

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang akan menjadi

(b)

seorang atu beberapa orang ahli lain yang dilantik oleh Yang di-

Pengerusi;

Pertuan Agong, selepas berunding dengan ketua Hakim Syariah, dari antara orang-orang menjadi atau telah menjadi atau yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah. (c)

Ketua Pendakwa Syarie.

Pindaan kepada Jadual Kesembilan 6.

Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adlaah dipinda seperti

berikut (a) Syariah".

di Butiran 4(a) senarai I, masukkan perkataan "lain daripada Mahkamah

Related Documents


More Documents from ""