Cabaran Ke Arah Perpaduan

  • Uploaded by: Nur Iman Khalid
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cabaran Ke Arah Perpaduan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,907
  • Pages: 16
CA BA RA N- CA BA RA N D AN C AR A-C AR A B AG I MENJ AYAK AN PE RP ADU AN MAS YARA KA T MA JMU K DI M AL AYS IA .

1. 0

PE NG ENAL AN K EPADA MAS YAR AK AT M AJMU K 1. 1

Def ini si m as yar akat m aj mu k Pada tahun 1948, seorang pakar astropologi, J.S Funival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Definisi masyarakat majmuk mengikut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman.

1. 2

Ma sy ar akat ma jm uk di m ala ysia Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai

ekoran

dasar

liberal

Inggeris

telah

mengubah

struktur

kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.

1

Penonjolan kelompok etnik juga boleh dikenalpasti kepada wilayah-wilayah tertentu: i. Semenanjung ii. Sarawak

= Melayu, cina dan india

= Dayak iban, melayu, dayak bidayuh, dayak ulu, melayumelanau dan cina

iii. Sabah

2. 0

= Kadazan, dusun cina & melayu

KONS EP P ERP ADU AN DA N INT EG RA SI Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Perpaduan dan integrasi juga boleh didefinasikan sebagai “Sat u pr os es bag i

mew uju dkan identiti

nasiona l di kalan gan kum pulan yang te rp isah dari

se gi k ebu da yaan, sosial da n lokasi da lam s es ebua h u nit p olitik” . Perpaduan amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Dan ini dibuktikan oleh pendapat Tun Abdul Razak iaitu;

“Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan untuk memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian tersebut” Pelbagai proses yang dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses asimilasi, amalgamasi dan pluralisme. a) Asimilasi – proses perpaduan satu hala yang akan menghasilkan kelompok dengan

satu budaya, satu bahasa da satu agama. b) Amalgamasi



proses

perpaduan

yang

melibatkan

percantuman

biologi

(perkahwinan campur) yang akan membentuk kelompok baru dengan budaya baru. c) Pluralisme – proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibat

mengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk perpaduan.

2

3. 0

CA BA RA N- CA BA RA N K E ATAS PE RP ADU AN SE LE PAS K EMERD EK AA N 3. 1

Kemun cak mani festasi masa lah per pa du an kau m di Mala ys ia da lam Peristiw a 13 Mei 1 969 Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu banyak isu sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu, parti perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti gerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadapa penghinaan itu. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 mei 1969 itu.

3. 2

Faktor -faktor yan g memp eng aru hi p eristiw a 13 Mei 1 969 . Hasil dari kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan faktor-faktor berikut:

i)

Pemisa han te mpat ting gal d an tu mp uan ek ono mi Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. 3

ii)

Sist em p endi di kan y an g b eras ing an . Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya

pelbagai

masalah

yang

memberi

impak

buruk

dalam

pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenakan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.

iii)

Per beza an a ga ma da n k ebu da yaan . Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

iv)

Ma salah ek ono mi . Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui

kelebihan

orang

melayu

yang

mendapat

peluang

perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

v)

Persat uan- pers atuan Et nik. Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti politik 4

berbentuk perkauman seringkali mengekspoitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga mewujudkan rasa tidak puas hati yang ketara antara kaum.

vi)

Pend ud ukan Jep un Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang melayu berbanding orang cina kerana Jepun masih dipengaruhi sentimen peperangan dengan cina pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Orang melayu dilantik menjadi askar dan polis tetapi orang cina diketepikan. Ketika itu ramai orang cina menyertai MPAJA (Malaysian people anti jappanese army) atau bintang tiga. Keadaan bertambah buruk kerana ramai tentera jepun yang menyerang MPAJ terdiri dari akar melayu dan ini mewujudkan persengketaan antara orang melayu dan cina. Walaupun MPAJ telah ditewaskan setelah British kembali, namun sentimen perkauman ini masih kuat.

vii)

Memban gkitk an soa l s ensiti f pa da Pilih anr aya um um 1 969 . Parti politik telah memainkan isu-isu sensitif seperti kedudukan istimewa orang melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi di dalam kempem pilihanraya. Setelah parti gerakan dan DAP berjaya menafikan majoriti 2/3 parti perikatan, parti tersebut telah berarak sambil membangkitkan soal-soal sensitif seperti ketuanan melayu. Keadaan bertambah buruk apabila orang melayu di bawah anjuran UMNO bertindakbalas menangkis penghinaan itu dan keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan episod berdarah 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan nyawa dan harta benda yang banyak.

4.0

TI ND AK AN YANG T EL AH DI AM BIL OL EH K ERA JAAN SEL EP AS P ER IST IW A 13 MEI 1 969 Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek banyak memberi kesan negatif terhadap negara tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pula ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Peristiwa tersebut telah 5

memberi satu kesedaran yang mendalam tentang kepentingan perpaduan antara kaum di Malaysia dan kesan yang akan dihadapi jika mengabaikan kepentingannya di samping pencetus idea supaya kerajaan mengambil langkah membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera untuk memastikan kemakmuran negara terus terpelihara dan terjamin. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut: i) Men gisytihar kan d ar ur at b erkuatk uasa s erta mer ta.

Selepas keadaan menjadi tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku, kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara untuk menenangkan keadaan, memberi masa kepada pihak yang terlibat berfikir secara rasional tindakan mereka dan untuk menghentikan kekacauan dalam masa singkat. ii) Membentu k Majlis

Ger akan

Neg ar a (M AGE RA N) pad a 17.5.1 969 bag i

men gam bi lalih tug as p arli men unt uk s ementar a. MAGERAN yang diketuai perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak bersama pemimpin-pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai tinggi polis dan tentera berfungsi untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana harmoni dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. MAGERAN berjaya mencapai matlamatnya dan kerajaan berparlimen dikembalikan pada 23.2.1971. iii) Men ub uhk an Jab atan

per pa dua n negar a (J PN ) dan Ma jlis

Mu hi bb ah

Negar a (MM N) pa da 1 970 . Jabatan Perpaduan Negara berfungsi untuk: a) Membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai perpaduan dan

integrasi nasional melalui aktiviti penggalakan dan pengukuhan b) Mewujud dan menyelaraskan aktiviti perpaduan melalui rukun tetangga

berasaskan konsep kejiranan c) Membimbing kanak-kanak berbilang kaum untuk membentuk peribadi dan

perwatakan yang sempurna bagi kepentingan perpaduan dan intgrasi melalui tabika perpaduan

6

d) Membantu dan mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui

penyelidikan etnososial e) Menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek pengurusan

kewangan dan sumber manusia serta pentadbiran am supaya matlamat jabatan dapat dicapai dengan jayanya. Pembentukan Majlis Muhibbah Negara diketuai oleh Tunku Abdul Rahman yang diadakan di setiap peringkat iaitu pusat, daerah negeri dan kawasan yang bertujuan memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan malaysia. Ia berperanan menggalakkan perkembangan muhibbah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. Pada 1.1.1972, MMN dan JPN digabungkan dan menjadi Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat yang bertugas mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibbah untuk berbilang kaum.

iv) Men ub uhk an M ajli s P erun din ga n N ega ra (M PN ) p ada 29. 1. 197 0.

Ditubuhkan pada Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Angota MPN terdiri dari wakil MAGERAN, kerajaan negeri, wakil parti politik, wakil dari sabah dan sarawak, kumpulan agama dan sebagainya. Majlis Perundingan ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia. MAPEN juga bertanggungjawab terhadap beberapa ideologi

negara

berkaitan

perpaduan

seperti

rukun

negara

dan

pindaan

perlembagaan tertentu.

7

Penggubalan Rukun Negara merupakan satu idelogi yang digubal di bawah pimpinan MAGERAN dan digubal oleh MPN pada 27.1.1970. Prinsip-prinsip rukun negara: a) Keper ca yaan

kepad a

tuha n-perlembagaan persekutuan malaysia telah

menetapkan agama islam sebagai agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian. b) Kes etiaan

kepa da raja dan negar a-menekankan kesetiaan rakyat kepada

ketua negara dan negeri masing-masing c) Kel uh ur an per le mba gaa n-supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan

mempertahankan kemuliaan perlembagaan persekutuan malaysia. d) Keda ulatan

und ang -u nd an g- un dan g-undang tersebut perlu dipatuhi untuk

memastikan kedaulatannya sentiasa terpelihara e) Kes op anan dan kes usilaa n-pembentukan masyarakat berbilang kaum yang

harmoni dapat dilahirkan sekiranya setiap individu dalam masyarakat boleh berpegang teguh kepada prinsip ini. v) Penyusu nan s emu la p olitik Selepas 13 Mei 1069, parti-parti politik mula menyedari kepentingan bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Penyatuan fahaman politik melalui

sistem

kerajaan

campuran

dicadangkan

bagi

bagi

mengurangkan

perpecahan politik & sesuai dengan pindaan perlembagaan 1971. Barisan Na sional ditubuhkan dengan dianggotai pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (UMNO), Parti Islam se-malaysia(PAS), Kongres india Malaysia (MIC) dan persatuan cina Malaysia (MCA) serta 6 lagi parti politik. Rombakan politik ini berjaya kerana semua pihak mula memahami kepentingan perpaduan kaum. Sehingga ke hari ini, Barisan Nasional masih kekal walaupun terdapat perpecahan pada struktur asal penubuhannya. vi) Pin daan Akt al H asuta n

Dikeluarkan daripada perbincangan umum tentang kedudukan istimewa orang melayu dan kedudukan raja-raja melayu.

8

vii) Medi a massa digunakan untuk mendedahkan pelbagai berita, laporan dan dasar

kerajaan akan merapatkan jurang maklumat yang wujud kerana media massa akan membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai dan simbol negara. Ini mengurangkan prasangka akibat kedapatan maklumat yang tidak tepat. viii)Dasa r-d as ar Baru

Ker ajaan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein:

a) Dasar Ek ono mi Baru (D EB) dengan matlamat serampang 2 mata iaitu:

i.

Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum-tumpuan pada golongan pekebun kecil, penghuni estet, petani, nelayan & pesawah. Contohnya pemberian subsidi & kredit, skim penanaman semula, skim pemilikan bot, skim di bawah FELDA & FELCRA serta kemudahan awam, bantuan pada peniaga kecil dan rumah mampu milik.

ii.

Penyusunan semula masyarakat-menetapkan sasaran untuk pemilikan equiti, kouta untuk bumiputera dan sebagainya. Instrumen DEB juga dibantu oleh beberapa perbadanan seperti PNB, PERNAS, Bank Negara, ASB, MARA dan PDPN.

Secara keseluruhan, dengan pengenalan DEB didapati mutu kehidupan masyarakat meningkat dengan penambahbaikan dalam pelbagai sektor. DEB berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di malaysia

dan

mencapai

perpaduan

nasional

melalui

falsafahnya

iaitu

“Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama”. b) Dasar Pend id ikan Keba ng saan Telah dimaktubkan dalam ordinan pendidikan 1957 yang bertujuan membantu menyatupadukan rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum, peperiksaan dan ko-kurikulum yang sama. Dasar pendidikan Kebangsaan juga telah memperkenalkan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) yang menekankan 3M iaitu membaca, menulis & mengira serta memperluaskan pendidikan teknik & vokasional. c) Dasar Kebu dayaan Keba ng saan 9

Dasar ini dirangka berteraskan 3 prinsip utama yang ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu: i.

Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu berasaskan bahasa melayu,

kedudukan

geografi,sumber

alam,kesenian

dan

nilai-nilai

keperibadiannya. ii.

Unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan seperti unsur-unsur budaya cina, india, arab, barat dan lain-lain yang dianggap sesuai.

iii.

Islam menjadi unsur penting pembentukan kebudayaan kebangsaan berdasarkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara.

Matlamat dasar: i.

Mencapai perpaduan rakyat malaysia

ii.

Menjamin keutuhan identiti kebangsaan

iii.

Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

iv.

Pelaksanaan dasar ini adalah dengan mengembangkan pertunjukan kebudayaan peringkat negeri dan nasional, menyokong pergerakan kebudayaan, memupuk kesedaran kebangsaan dan memenuhi keperluan sosiobudaya negara.

v.

Namun masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan

kebudayaan

kebangsaan berikutan berlaku pencemaran bahasa yang tidak terkawal, penamaan jalan dan taman perumahan, seni bina dan sebagainya yang tiada kaitan dengan budaya asal rantau ini. d) Dasar Pemban gu nan Nas ional (DP B) Diasaskan oleh Tun Dr Mahathir pada 1971 di parlimen bagi menggantikan DEB. Merupakan kesinambungan usaha oleh DEB dan bermatlamat mencapai perpaduan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu dan adil.

10

5. 0

NIL AI -N IL AI YAN G PERLU

DI HAYATI UN TUK MENY ELE SAIK AN MASALAH

PERP ADU AN K AUM . Terdapat beberapa cadangan yang mungkin boleh dikaji oleh kerajaan dalam usaha memantapkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Antara cadangan itu adalah seperti berikut: i) Pen yer aga man sist em p endi dika n Caranya adalah dengan mengadakan satu jenis sistem persekolahan sahaja. Hapuskan sekolah-sekolah vernakular supaya anak-anak Malaysia belajar dan bergaul di sekolah kebangsaan sahaja. Semestinya bahasa pengantar di sekolah mestilah bahasa melayu. Bagi kaum Cina dan India, mereka masih diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa ibunda mereka di mana subjek itu menjadi subjek pilihan untuk diambil oleh kaum yang lain. Di samping itu, guru-guru, kerani-kerani, pembantu makmal dan tukang kebun juga perlu terdiri daripada semua bangsa. Perpaduan hanya boleh wujud apabila tiadanya rasa prejudis antara satu sama lain. Prejudis pula hanya dapat dihapuskan dengan saling mengenali. Dan di sekolahlah proses mengenali ini sangat penting. Anak-anak kecil yang masih putih pemikirannya perlu diberi pendidikan di suasana sekolah yang berbilang bangsa. Sekolah merupakan tempat terbaik untuk memupuk perpaduan berbanding PLKN dan Rumah Terbuka. Mungkin di sinilah relevannya perlaksanaan Se kolah

Wawasa n Dan

Sek olah

Sat u Alir an yang pernah

dicadangkan sebelum ini. Cadangan ini mungkin akan ditentang hebat oleh pelbagai pihak terutama kaum lain. Untuk mendapatkan sesuatu, kita perlulah memberikan sesuatu. Dalam hal menghapuskan sekolah vernakular ini, kita boleh menghapuskan sistem kuota dalam kemasukan pelajar ke Matrikulasi. Kita semua mengetahui kaum bukan bumiputra hanya diperuntukkan sebanyak 10% tempat. Jika kita jujur mahukan perpaduan, mengapa tidak kita mansuhkan kuota ini? Biarlah pelajar-pelajar melayu, cina dan India bersaing dalam merebut tempat. Siapa yang layak, dia yang dapat. Pasti inilah yang kaum bukan bumiputra mahukan. Jadi di sini nilai “give and take” dapat dilakukan. Mereka hapuskan sistem sekolah vernakular, kita beri mereka “Sistem Matrikulasi yang berasaskan meritkorasi”. 11

ii ) Memberi gala kan kepa da pen dud uk ber hijr ah da ri sat u ka wasan

ke

ka wasa n la in. Ini bagi menggalakkan pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap. Antaranya dengan perpindahan kakitangan awam ke tempat baru, mewujudkan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain dan membawa masuk pasukan-pasukan keselamatan dari wilayah lain. iii) Pen gg unaa n

sem ula

ba hasa

mel ayu

se car a

mel uas

dal am

se gala

ur usan . Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeza dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) perlu memainkan peranan aktif dalam memartabatkan semula bahasa melayu di negara ini. iv) Isyhti harkan 13 Mei se bag ai H ari Perpa du an.

Tarikh ini harus dijadikan cuti umum bagi diadakan pelbagai program perpaduan. Biarlah tarikh ini merupakan hari di mana semua orang saling beramah mesra dan rakyat Malaysia bergembira dengan perpaduan, bukan ketakutan mengenang pergaduhan. Biarlah tarikh 13 Mei dikenang sebagai sesuatu yang putih bercahaya bukan diratap sebagai sesuatu yang bernoda hitam.

12

v) Disamping itu,

per anan

ma sy ar akat

untuk membentuk perpaduan yang

berkekalan. Kerjasama yang boleh diwujudkan untuk menjayakan perpaduan adalah seperti berikut: a) Memup uk se mang at p atriotis me di ka lang an raky atn ya.

Bangga menjadi rakyat malaysia. Usaha-usaha pihak yang ingin memajukan negara perlu sentiasa disokong. Jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan penting dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan haruslah diambil tahu dan dihargai. Lambang-lambang

kebesaran negara

seperti

bendera,

lagu kebangsaan

(Negaraku) dan jati negara harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara. b) Setia p raky at ber sif at s etia da n sa yan g pa da neg ar a ini .

Kita harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kita harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah bangsa dan negara serta cara mengatasinya. c) Menga malka n s eman gat kekitaan .

Semangat ini dapat dipupuk dengan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam masyarakat. Sifat bersatu padu antara masyarakat pelbagai kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa dan kaum sendiri. Tiada siapa yang berhak mengkritik atau merendahkan adat resam dan kepercayaan kaum lain. Kita perlu menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum. d) Mena nam si fat ber disi pli n.

Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi oleh setiap rakyat. Rakyat perlu berpekerti mulia, bersikap peramah dan berkelakuan sopan supaya dapat meningkatkan reputasi negara. Setiap rakyat harus

mempertahankan

serta

menjunjung

perlembagaan

negara

untuk

mewujudkan keamanan dalam negara. Sikap amanah dan jujur dalam diri akan mengelakkan nprasangka antara kaum dan akan membawa perpaduan. 13

e) Setia p

raky at

ber usaha

gi gih

da n

bersi fat

pr odukti f

untuk

meni ng katkan ek onom i n ega ra d an tar af h id up hi du p mer eka . Rakyat seharusnya berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Setiap warganegara harus bekerjasama untuk menghadapi apa jua cabaran dalam negara. Contohnya, di dalam situasi gawat seperti sekarang, rakyat seharusnya mengambil iktibar dari peristiwa gawat pada 1998 di mana setiap rakyat bergabung tenaga untuk memulihkan semula ekonomi negara. 6. 0

KES IMPU LAN Perpaduan amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Perpaduan dan integrisi nasional adalah cabaran yang besar yang akan menentukan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.

Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu: i) Int er gr as i- satu proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan

kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi di dalam satu unit politik. ii) Asi mi lasi- satu proses di bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan

melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep asimilasi dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses asimilasi itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. 14

Namun jika diteliti aspek-aspek di atas, kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Kaedah asimilasi tidak akan berjaya kerana setiap kelompok tidak mehu kehilangan ciri-ciri dan budaya mereka. Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Kaedah-kaedah lain mungkin boleh berjaya kerana Malaysia sudah berjaya mengawal perbezaan etnik. Setiap masalah yang wujud seharusnya ditangani secara bersama oleh semua rakyat. 7.0

PE NU TUP Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha sehingga ke hari ini untuk membentuk perpaduan kaum di malaysia meliputi segala aspek; ekonomi, politik dan sosial bagi memastikan Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia. Kita sebagai rakyat malaysia perlu sentiasa berdoa semoga negara yang disayangi ini terus aman makmur, bersatu padu, maju dan yang pasti akan tetap kekal di tangan orang melayu sebagai penerajunya. Amin. Sekian, terima kasih.

15

Rujukan 1) NOTA PENGAJIAN MALAYSIA, TUAN HJ AHMAD SAID, KDH, 2009 2) TEKS PENGAJIAN MALAYSIA, MARDIANA NORDIN & HASNAH HUSSIIN, FAJAR BAKTI, 2003 3) BAGAIMANA MASALAH 13 MEI 1969 BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN NEGARA MALAYSIA YANG LEBIH BAIK, SAIFUL AZRUL CHE LAH, MOHD SYAHIR ISMAIL & MOHD RIZAL SHAMSUDDIN, INTERNET, 2009 4) PERPADUAN-LARAS SASTERA (SAINS SOSIAL), UTUSAN MALAYSIA, 21 JAN 2009

16

Related Documents


More Documents from "Ensiklopedia Pendidikan Malaysia"