Mahkamah Syariah Di Malaysia.doc Ct

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mahkamah Syariah Di Malaysia.doc Ct as PDF for free.

More details

  • Words: 16,606
  • Pages: 68
Mahkamah Syariah di Malaysia Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya. Sejarah Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Pada tahun 1952, negeri Selangor Dahrul Ehsan yang mula-mula sekali mewujudkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, kemudia diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat. Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan halhal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di Pertuan Agung. Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undangundang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah. Tujuan & Peranan • • • • • • • • • • • • •

Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam. Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga. Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga. Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama. Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya. Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lainlain perkara mungkar Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil. Mahkamah Syariah pula menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan, dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Tetrdapat negeri yang meletakkan Mahkamah Syariah di bawah pentadbiran Pejabat Agama negeri dengan bidang kuasa dan tugas yang berlainan. Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi dan diikuti Majlis Agama & Istiadat. Terdapat di bawahnya Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam. Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Kadi Daerah • • •

Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah

Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Kadi Besar • • • • •

Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid Menguruskan kes-kes rayuan Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)

Mahkamah Rayuan Syariah • • • • • • •

Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Mengurangkan hukuman Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan Setiap rayuan akan didengar tiga orang ahli daripada jawatankuasa termasuk mufti Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.

Bidang Kuasa Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri. Perlembagaan Malaysia 1965 Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:

1. 2. 3. 4.

Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau Sebulan penjara atau Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

Perlembagaan Malaysia 1984 Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysua 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5.

Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau Enam bulan penjara atau Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Enakmen dan Akta Kekeluargaan Islam di Malaysia Undang-undang kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri-negeri berikut:

Bil.

Negeri

Nama Akta / Enakmen

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor

Rujukan

1

Johor

5/1990

2

Negeri Sembilan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan

7/1983

3

Pahang

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang

3/1991

4

Perak

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak

13/1991

5

Perlis

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis

4/1992

6

Pulau Pinang

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang

2/1985

7

Selangor

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor

4/1984

8

Terengganu

Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Johor

12/1985

9

Kedah

Enakmen Keluarga Islam Kedah

1/1984

10 Kelantan

Enakmen Keluarga Islam Kelantan

1/1983

11 Melaka

Enakmen Keluarga Islam Melaka

8/1983

12 Sabah

Enakmen Keluarga Islam Sabah

15/1992

1

Sarawak

Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak

5/1991

1

W. Persekutuan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan

(A303) 1983 pindaan / (A828)

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di_Malaysia"

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN Latarbelakang Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak mengendalikan hal ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian, penganut-penganut agama lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing. Penglibatan Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam bidang ini bermula sebelum merdeka lagi. Antara aktiviti dan program penting yang dikelolakan oleh mereka termasuklah sistem sekolah agama, sistem undangundang mahkamah syariah, pembinaan surau dan masjid, pungutan dan pengurusan zakat fitrah dan Baitulmal. Dalam tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, aktiviti dan program ini telah dipergiat dan ditambah pula dengan perkara-perkara baru, antaranya termasuklah tilawah Al-Quran yang telah mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam. Sementara langkah-langkah ini sedang dikelolakan, dunia Islam sejagat telah bangun semula, didorong oleh satu kesedaran baru tentang kemurnian Islam dan peranan yang boleh dan patut dimainkannya dalam hal ehwal negara dan

peribadi. Kesedaran baru ini, yang menjadi ketara dalam dekad tujuh puluhan, juga dirasai di Malaysia. Dalam keadaan ini, Kerajaan Persekutuan sendiri telah terdorong untuk meluas dan mengukuhkan programnya mengenai hal ehwal Islam. Sehubungan dengan ini, usaha-usaha baru telah diambil, antaranya termasuklah penubuhan sekolah-sekolah menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan usaha-usaha ini, satu lagi usaha yang dipanggil 'Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran' telah diperkenalkan pada tahun 1985.

Rasional Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah: "Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh." Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia. Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan rasa bertanggungJawab boleh membawa kepada pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup yang mulia tidak mungkin identiti yang membanggakan dapat dicapai. Sebagaimana yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh pisahkan daripada nilai. Persoalannya ialah; "Apakah nilai

yang boleh digunakan bagi mengukuhkan sesuatu identiti?" Ramai yang berpendapat masalah nilai lebih sesuai diserahka kepada individu-individu dan komuniti-komuniti yang berkenaan untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah ia akan berakhir dengan kekeliruan yang berterusan di dalam masyarakat. Oleh itu adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara langsung nilai yang perlu diterima dan diterapkan dalam masyarakat. Bagi masyarakat Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu diasaskan kepada kehendak dan pengajaran Islam bagi membentuk sebuah negara yang produktif dan bermoral tinggi. Mungkin pada awalnya ia akan dipersoalkan menerusi kacamata agama atau budaya lain kerana memilih nilai yang diasaskan kepada satu agama sahaja. Tetapi dengan merenung kembali dan memahami negara Malaysia itu sendiri, setiap rakyat akan mendapati dan menyedari bahawa langkah untuk memilih nilai Islam itu adalah langkah yang wajar. Sebaliknya pula mereka

yang tidak memahami tentang kedudukan Negara Malaysia dari segi geografi, sejarah, kebudayaan, perlembagaan dan lain-lainnya akan terus mempertikaikan perkara ini. Walau bagaimanapun, setelah melihat secara objektif, maka tidak akan ada satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai yang berasaskan kepada agama Islam itu ialah yang paling sesuai untuk membangunkan masyarakat Malaysia umumnya. Nilai-nilai Islam itu boleh menjadi penggerak ke arah membanteras unsur-unsur keburukan yang menjadi musuh utama negara ini seperti fahaman komunis, kemiskinan, rasuah, kecuaian, kejahilan, penyelewengan dan sebagainya yang sentiasa mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan pembangunan negara. Al-Quran juga telah menamakan agama Islam sebagai agama yang bernilai. Penamaan ini memberikan keyakinan kepada semua orang bahawa kandungan yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran itu adalah merupakan nilai-nilai yang mulia kerana ia merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang datang daripada Allah s.w.t. dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam. Di antara bimbingan-bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan moral (akhlak). Ini bererti bahawa apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara. Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh

mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan menghindarkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut YAB. PerdanaMenteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain. Objektif Objektif dasar ini adalah seperti berikut: (i) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; (ii) Menubuhkan sebuah 'negara bahagia'; (iii)Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; dan (iv) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini. Nilai-nilai Islam Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:  Amanah;  Bersih;  Tanggungjawab;  Berdisiplin;  Ikhlas;  Bekerjasama;  Dedikasi;  Berbudi Mulia; dan  Sederhana;  Bersyukur.  Tekun; Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara. Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut ialah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam.

AMANAH (i) Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya; (ii) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan

bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;. (iii)Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas; (iv) Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan (v) Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan. Tanggungjawab (i) Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan; (ii) Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur, (iii)Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bilabila sahaja diperlukan; (iv) Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/instutusi/awam dalam menjalankan tugas; dan (v) Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Ikhlas (i) Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia; (ii) Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya; dan (iii)Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

DEDIKASI (i) Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturan-peraturan yang ada; (ii) Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada kebaikan; (iii)Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas; (iv) Sedia memulakan pembaikan; dan (v) Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian.

SEDERHANA (i) Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas; (ii) Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta-fakta yang terdapat dalam alam sekitar; (iii)Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja; (iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya;dan (v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

Tekun (i) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan.

(ii) Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi. (iii)Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja. (iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya. (v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

Bersih (i) Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian; (ii) Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup; (iii)Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas; (iv) Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan; (v) Berkhidmat demi kebajikan semata-mata; dan (vi) Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

Berdisiplin

(i) Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama; (ii) Menilai tinggi masa dan janji; (iii)Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan (iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

Bekerjasama (i) Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja; (ii) Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama; (iii)Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja daripada kepentingan peribadi; (iv) Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama; dan (v) Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

Berbudi Mulia

(i) Bermanis muka sepanjang masa; (ii) Bertimbang rasa dan bertolak-ansur; (iii)Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan (iv) Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong pelanggan/pelawat.

Bersyukur (i) Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat; (ii) Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih; (iii)Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak

bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian); (iv) Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat; (v) Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia; (vi) Berkhidmat sebagai ibadah; dan (vii)Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarkat, negara dan agama. Penghayatan terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan membina itu akan memudahkan usaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan, undangundang dan sebagainya

Strategi Pelaksanaan Strategi utama bagi mencapai objektif-objektif dasar ini adalah seperti berikut: (i) Sebagai permulaan dasar ini adalah ditumpukan kepada anggota perkhidmatan awam. Pemilihan ini bukanlah bererti bahawa Kerajaan mengenepikan pihak-pihak yang lain, malah membuktikan kesedaran pemimpin negara ini bahawa perkhidmatan awam sebagai jentera yang melaksanakan pelbagai program dan projek bagi faedah rakyat dan negara perlu meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa sejajar dengan harapan rakyat dan negara; dan Islam mengakui betapa pentingnya pentadbiran oleh sebab sebarang reformasi dalam sesebuah masyarakat tidak akan terlaksana sekiranya jentera pentadbiran tidak dikemaskinikan serta dibentukkan berdasarkan nilai-nilai yang positif. Kejayaan bagi sesebuah masyarakat akan dapat dilihat apabila jentera pentadbirannya baik dan mampu bertindak terhadap keburukan dan kelemahan yang ada di dalamnya; (ii) Usaha untuk menerapkan nilai-nilai ini di kalangan anggota Kerajaan telah dilakukan melalui penerangan dan penjelasan dasar ini, teladan pegawai-pegawai kanan, dan persuasion atau pujukan. Paksaan dan tekanan dalam apa jua bentuk tidak dilakukan.

Pencapaian Pencapaian dan Masalah Pelaksanaan Buat masa ini belum dapat dipastikan tahap pencapaian dasar ini dan kajian sistematik juga belum dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Terdapat dua sebab utama yang mengakibatkan keadaan di atas. Pertama, dasar ini baharu sangat diperkenalkan. Walaupun

perbincangan umum mengenai penerapan nilai-nilai Islam telah lama wujud tetapi dasar mengenai dalam bentuk yang boleh dikatakan konkrit hanya setelah teredarnya buku kecil Siri 2 yang di rujukkan. Kedua, dasar ini pada hakikatnya bertujuan mengubah atau mengukuhkan nilai-nilai hidup manusia. Lazimnya tujuan seperti ini sukar dicapai dalam jangkamasa yang pendek lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mempunyai nilai-nilai hidup lain yang telah sebati dengan jiwa mereka. Dalam keadaan begini, masa yang lama diperlukan untuk membantu usaha melaksanakan dasar ini secara perlahan-lahan.

PENUTUP Dasar ini bergantung kepada beberapa faktor untuk kejayaannya. Antaranya termasuklah political will, peruntukan kewangan yang cukup, jentera pelaksanaan yang sesuai dan cekap, dan kesanggupan kumpulan sasaran menerima dasar ini. Sekiranya faktor-taktor ini tidak wujud sekaligus dan saling membantu, sukar baginya untuk berjaya. Tetapi kesukaran ini tidak patut dijadikan alasan untuk mengabaikan pelaksanaan dasar ini, sebaliknya langkah-langkah mesti dicari untuk menjayakannya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin di semua peringkat untuk mengambil langkahlangkah yang wajar bagi melaksanakannya, dan setiap individu yang menyedari akan kepentingan nilai-nilai ini pula perlu menghayatinya dengan sepenuh hati sejajar dengan tanggungjawab kepada agama, nusa dan bangsa.

Imej

Buku Kuning Contoh fail Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Mohor Besar Raja-Raja Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang diperbuat di England pada tahun 1949. Pada permukaan mohor ini terdapat jata sembilan buah Negeri Persekutuan Tanah Melayu. Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis RajaRaja.

Kedudukan Dan Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: "32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya. (1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenadakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam manamana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15. (2) Permaisuri Yang diPertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong." Perkara 182 dan 183 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: "182. Mahkamah Khas. (1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis RajaRaja. (2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang diPertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di

bawah Fasal (1). (3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri walau di mana pun kuasa tindakan berbangkit. (4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasakuasa yang sama seperti yang terletakhak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undangundang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur. (5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan prosedur (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah dan undang-undang yang mengawalselia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan prosedur yang terpakai dalam mana-mana prosiding dalam manamana mahkamah bawahan, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding dalam Mahkamah Khas. (6) Prosiding dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam

mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan. (7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa kesulitan atau anomali jua pun dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam pelaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undangundang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini, dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boleh membuat apaapa pengubahsuaian, adaptasi, penggubahan, pertukaran atau pindaan jua pun kepada manamana undang-undang bertulis. "183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang diPertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri. Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri."

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII dan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII dan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI dan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong X dan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX dan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII dan Raja Permaisuri Agong

Carian

Sistem Monarki

Tengkolok Diraja

Muskat

Pending

Keris Pendek Diraja

Gandik Diraja

Kalung Diraja

Cogan Alam

Cogan Agama

Cokmar

Carian

Sistem Monarki Malaysia Kuasa Diraja Seri Paduka Baginda Alat Kebesaran Diraja Adat Istiadat Diraja Istana Negara Darjah Kebesaran Diraja Istana Negara Istana Melawati Uji Minda Bingkisan Laman Bicara Hebahan Modul Pembelajaran Perlis Kedah Perak Selangor Negeri Sembilan Johor Pahang Terengganu

Keris Panjang Diraja Kelantan

Pedang, Keris Panjang dan Payung Ubur-Ubur Kuning Sundang

Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di–Pertuan Agong XIII dan Raja Permaisuri Agong ke Balairong Seri diiringi oleh Juruiring-juruiring Baginda dan Dang Perwara serta Panglima-panglima yang membawa Alat-alat Kebesaran Diraja pada hari pertabalan. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

• • • • • • • •

Adat Tertib Bahasa Pertuturan Istana Menyediakan Sembah Ucapan Adat Tertib Menulis Surat Pakaian bagi Menghadiri Istiadat dan Majlis Istiadat Pertabalan Istiadat Pertabalan Santapan Diraja Sempena Istiadat Pertabalan Majlis Jamuan Teh Sempena Pertabalan



Pelbagai Istiadat, Majlis dan Upacara

Adat Tertib

Santapan Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX pada 20 September 1989. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

ADAT TERTIB MENGADAP BAGI ORANG AWAM Apabila mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, hendaklah berdiri tegak dengan kaki kanan dan kiri dirapatkan. Luruskan keduadua tangan dan memberi hormat takzim dengan cara menundukkan dan mengangkat kepala sekali sahaja dan hendaklah jangan terlalu tunduk seolah-olah membongkok yang menyerupai adat hormat masyarakat Jepun. Selepas itu berjalan perlahan-lahan menghampiri baginda, dan tidak pula terlalu rapat. Jarak dengan baginda Tuanku adalah lebih kurang dua hingga tiga kaki. Beri hormat takzim sekali lagi. Bagi orang Islam adalah lebih elok jika mengucapkan "Assalamualaikum Tuanku". Bagi orang yang bukan beragama Islam boleh mengucapkan "Selamat Pagi Tuanku" atau "Good Morning Your Majesty" bagi rakyat asing mana yang berkenaan. Berundur kira-kira tiga tapak dan tunduk hormat sekali lagi. ADAT TERTIB MENGADAP BAGI PEGAWAI BERPAKAIAN SERAGAM Bagi pegawai berpakaian seragam apabila mengadap hendaklah memberi “Tabik Hormat Penuh” (Full Salute) dahulu sebelum tunduk memberi hormat takzim. Jika berdiri jauh, perlu “Tabik Hormat” dahulu sebelum berjalan menghampiri baginda, selepas itu beri hormat takzim. HORMAT TAKZIM APABILA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ATAU RAJA PERMAISURI AGONG SEDANG BERSEMAYAM Apabila mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sedang bersemayam di atas kerusi, hendaklah berdiri dengan kaki kanan dan kiri dirapatkan. Luruskan kedua-dua tangan dan beri hormat takzim dengan cara menundukkan dan

mengangkatkan kepala. Perilaku menundukkan kepala hendaklah dilakukan dengan penuh hormat dan tertib, iaitu dengan memberhentikan seketika segala pergerakan sebelum kepala ditundukkan ke arah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mana yang berkenaan. Kemudian meghampiri baginda, berlutut dan mencium tangan baginda. Selepas itu berundur kira-kira tiga tapak, beri hormat takzim sekali lagi sebelum berpusing. ADAT TERTIB MENYEMBAH SEMBAHAN Jika menyembahkan sesuatu persembahan berupa surat, cenderamata, bunga dan sebagainya kepada Tuanku dalam Majlis Rasmi hendaklah terlebih dahulu tentukan bahawa telah disediakan dua buah dulang yang beralaskan kain berwarna kuning. Sebuah untuk diletakkan persembahan dan sebuah lagi untuk Setiausaha Sulit atau untuk Pegawai Pengiring Peribadi atau Dang Perwara yang ditugaskan menyambut semula cenderamata daripada Tuanku. Beri hormat takzim kemudian mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan. Kemudian beri hormat takzim sekali lagi barulah sembahkan sembahan itu. Selepas itu berdiri tegak sebentar dan beri hormat takzim sekali lagi. Jika Tuanku menghulurkan tangan untuk bersalam, hendaklah beri hormat takzim sambil mencium tangan baginda. Undur tiga tapak ke belakang. Beri hormat takzim sekali lagi untuk duduk atau berpusing dan kembali ke tempat asal. ADAT TERTIB MENYEMBAHKAN SEMBAH APABILA TUANKU BERSEMAYAM (DUDUK) Beri hormat takzim dahulu kemudian mara ke hadapan anggaran tiga langkah atau sehingga berhadapan mengadap atau di sebelah kiri kanan tertakluk kepada keadaan tempat baginda bersemayam. Beri hormat takzim dan kemudian kendurkan kaki hingga hampir berlutut dengan lutut kiri mencecah lantai dan sembahkan persembahan itu. Jika Tuanku menghulurkan tangan, sambut serta cium tangan baginda. Kemudian bangun dan berdiri sebentar, beri hormat takzim, undur tiga tapak ke belakang baru duduk semula ke tempat asal atau berpusing dan berjalan balik ke tempat asal, tertakluk kepada keadaan. ADAT TERTIB DUDUK DALAM MAJLIS Apabila duduk berhadapan dengan Tuanku hendaklah duduk dengan penuh adab sopan. Tidak duduk "bersila panggung" atau mengangkat kaki atas kaki atau lulut atau menghalakan tapak kaki ke hadapan Baginda ataupun berlunjur ataupun bersilang kaki. Jika duduk di majlis makan, hendaklah duduk dengan tertib. Kedua-dua tangan hendaklah diletak di atas peha dan tidak berpeluk tubuh. Siku tidak diletak di atas meja dan jika terpaksa meletak tangan di atas meja, letakkan tangan setakat pergelangan tangan di atas meja. Mendagu tidak dibenarkan. Apabila duduk, elakkan dari duduk bersandar seolah-olah badan hendak menggelungsur turun. Dalam majlis rasmi, elakkan dari berbual-bual sesama sendiri sehingga lupa bahawa Tuanku di hadapan. Jika perlu berbincang, bicaralah dengan perlahan dan penuh tertib. Jika Tuanku berangkat lalu di hadapan atau di belakang, di tepi atau di sebelah, adalah takzim jika bangun berdiri mengadap atau berpusing mengadap baginda dan tundukkan kepala sebagai tanda hormat. Bagi wanita, sekiranya duduk mengadap Tuanku di atas lantai, hendaklah bertimpuh dan kain hendaklah menutup kaki bagi wanita yang memakai kain labuh. Jika tidak, bertimpuh sahaja dengan tertib. Bagi lelaki, hendaklah duduk dengan bersila dengan tertib dan sopan dan tidak duduk dengan melunjurkan kaki atau mengangkat lulut dan sebagainya. Merokok tidak dibenarkan. ADAT TERTIB DALAM MAJLIS MAKAN Tertib di meja makan hendaklah sentiasa dijaga, di antaranya:



Jangan memulakan makan sebelum Tuanku santap.



Jauhkan dari menganga besar apabila menyuap makanan. Apabila mengunyah makanan, mulut dan bibir hendaklah ditutup. Jangan bercakap dengan mulut yang penuh makanan.



Tentukan penggunaan alat-alat memakan seperti pisau, garpu, camca dan sebagainya, digunakan dengan betul dan jangan sampai berbunyi bising. Sisa-sisa makanan tidak dibiarkan atas alas meja.



Selepas habis makan, camca, pisau dan garpu hendaklah disusun rapat dan tidak dibiarkan berselerak.



Jika makanan terselit di gigi, elakkan dari mengorek gigi dengan jari. Gunakan napkin untuk menutup mulut apabila mengeluarkan makanan yang terselit di gigi itu.



Ketika batuk atau bersin, mulut hendaklah ditutup dengan napkin.



Elakkan dari menguap atau sendawa kekenyangan kuat-kuat.



Jangan mengorek telinga, menggaru-garu badan, meggeliat, mematahkan jari tangan dalam majlis jamuan.



Jauhkan dari mengangkat dagu atau meletak kedua belah siku di atas meja.



Apabila duduk di meja makan, bagi wanita, tas tangan hendaklah digantung di sebelah kanan dengan menggunakan "handbag holder" dan tidak sekali-kali di atas meja makan walaupun tas tangan tersebut kecil.

ADAT TERTIB BERTUTUR Tertib apabila berbicara dengan baginda Tuanku hendaklah sentiasa dijaga, di antaranya :-



Apabila baginda Tuanku berkenan bertitah, anda hendaklah menjawab "Tuanku" setiap kali bersetuju iaitu menggantikan "Ya".



Gunakan "Ampun Tuanku" atau "Tuanku" di pangkal atau di penghujung ayat semasa bertutur mengadap Tuanku.



Jika bercakap tentang baginda berdua, hendaklah menggunakan "Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Permaisuri Agong".



Jauhkan dari menggunakan sebutan pendek dan ringkas seperti :-

Perkataan Ringkas

Sebutan Yang Betul

"Agong minta air"

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong titah berkenan hendakkan air kopi"

"Permaisuri Agong akan berangkat"

"Tuanku Raja Permaisuri telah berkenan akan berangkat"



Apabila Tuanku menunjukkan dengan jari telunjuk dan sebagainya, jangan meniru perbuatan yang sama, tetapi hendaklah menunjukkan sesuatu itu dengan "ibu jari" sambil menggenggam jari-jari yang lain dan gunakan "Ampun Tuanku atau Tuanku"



Kepada Paduka Putera/Puteri, hendaklah tunduk hormat takzim dan bagi wanita hendaklah mengendurkan lutut sedikit dan tunduk hormat. Apabila bercakap gunakan "Tengku", "Mohon Tengku atau Ampun Tengku" di mana-mana yang sesuai.



Apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris, anda hendaklah sentiasa menggunakan Bahasa

Beraja iaitu Royal Vocabulary atau Royal Language atau Royal Term. Elakkan dari menggunakan perkataan Inggeris apabila bertutur dalam bahasa Malaysia melainkan betul-betul fasih menguasai bahasa beraja dalam bahasa Inggeris. Jika terpaksa hendaklah menambah atau menggunakan perkataan:

"His Majesty" bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. "Her Majesty" bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. "Your Majesty" untuk perkataan "Tuanku" bukan "You" atau "Your" atau "Yours"; Bagi perkataan "I" gantikan "Patik" walaupun anda menjawab dalam bahasa Inggeris melainkan anda menggunakan "Royal Vocabulary" sepenuhnya. . Contoh:. "I beg your pardon, Your Majesty" atau penggunaan Bahasa Melayu/Inggeris"Yes Your Majesty, patik menjunjung titah Tuanku" . Elakkan menggunakan ungkapan berikut:. "Yes, I have ..." "Yes, I can ... " "No, I am not free tomorrow" dan sebagainya. Contoh menjawab soalan :-

. Titah tanya tuanku (i)

.

"Awak sudah makan"

Jawapan yang betul

Jawapan yang tidak betul

"Ampun Tuanku, patik sudah ayap Tuanku".

i)"Ampun Tuanku, patik sudah makan Tuanku".

. .

ii)"Ampun Tuanku, patik sudah santap Tuanku".

(ii) "Mana perginya "Ampun Tuanku, patik bola saya" kurang periksa Tuanku". ADAT TERTIB MENGIRING

i)"Ampun Tuanku, patik tidak tahu Tuanku".



Apabila mengiring Tuanku, hendaklah berjalan di belakang sedikit daripada Tuanku dan tidak sekali-kali seiring dengan baginda (sebelah kiri atau sebelah kanan).



Apabila terpaksa berlalu di hadapan atau di belakang Tuanku, hendaklah tunduk dengan hormat sambil berkata "Patik pohon lalu Tuanku".



Apabila baginda berangkat lalu dihadapan, hendaklah memberi tunduk hormat (bagi lelaki). Jika baginda berangkat lalu di belakang, hendaklah berpusing mengadap Tuanku dan menundukkan kepala dan memberi hormat dengan takzimnya.



Apabila berdiri berhadapan dengan baginda/Kerabat-kerabat Diraja, elakkan dari berpeluk tubuh, bercekak pinggang, menyelok saku atau bersilang tangan di belakang.



Bagi wanita yang menjadi pengiring rapat, jangan membawa tas tangan yang bergantung di bahu.

Bahasa Pertuturan Istana

Dato’ Haji Muhammad bin Abdul Ghani, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Majlis Mengadap dan Sembah Tamat Perkhidmatan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI di Istana Negara pada 1 Jun 1999. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Oleh kerana buat masa ini kita jarang-jarang benar menggunakan Bahasa Istana apabila bertutur maka eloklah diperhatikan beberapa perkataan yang telah digunakan dalam pertuturan sejak dahulu lagi sepertimana di bawah :-

PERKATAAN

DIRAJA

DIRI (AWAM)

CATATAN

Yang di-Pertuan Agong / Raja Permaisuri Agong

Tuanku

-

Menyahut/menjawab

Pacal – gantinama diri pertama Anak

Paduka Anakanda

Pacal Didik

Ayah/Bapa

Paduka Ayahanda

Hamba Tua Ayah

-

Adik

Paduka Adinda

Pacal Adik

-

Abang/Kakak

Paduka Kekanda

Pacal Kakak

-

Bangun

Bangkit/Bangun

Bangun

-

Berlepas

Berangkat Lepas

-

-

Ke Sungai

Ke Bilik Air

Air Kecil – Air Seni Air Besar

Beri / Menyampaikan Pemberian

Kurnia/Anugerah

Menyembah satu-satu barang kepada Tuanku/patik telah sampaikan kepada si anu-anu

-

Berjumpa

Bertemu

Mengadap

-

Dewasa/Orang Tua/Ketua

-

Hamba Tua

-

Buang Air

Didik – yang dijaga pelihara, diajar sejak kecil.

Duduk/Tinggal

Bersemayam

-

-

Emak/Ibu

Paduka Bonda

Hamba Tua Ibu/Emak

-

Daulat

Berisi (Contoh: Patik berisi sedikit)

-

Hendak Tahu

Ingin mengetahui

Mohon Periksa

Patik mohon periksa

Isteri

Tuanku Permaisuri/Tuanku Sultanah/Tuanku Raja Perempuan/Tuanku Tunku Ampuan

Pacal Pondok

-

Jemput/Sila

Ajak (Beta ajak awak)

Mempersilakan

Patik mohon mempersilakan Tuanku

Kepala

Hulu

Kepala

-

Mandi

Bersiram

Mandi

-

Makan

Santap

Ayap

Patik sudah ayap

Merasmikan

Menyempurnakan

Merasmikan

-

Menurut Arahan/Nasihat

Ikut nasihat(Saya ikut nasihat)

Menjunjung Titah

-

Nenek/Tok

Nenda

Hamba Tua Nenek

-

Pergi

Berangkat

Pergi

-

Rumah

Istana

Pondok/Teratak

-

Sakit

Gering

Sakit

-

Sampai

Berangkat tiba

Sampai

-

Suami

Tuanku Agong/Tuanku Sultan/Tuanku

Hamba Tua Suami Patik

-

Sudi Mengunjungi

Bercemar Duli Berangkat

Mengadap kebawah Duli

-

Bersetuju

Limpah perkenan – memberi persetujuan

Gemuk

Setuju

Berkenan

Tidur

Beradu

Tidur

-

Terima kasih

Terima kasih

Junjung kasih/Junjung kurnia

-

Tidak tahu

Tidak pasti/Tidak tahu

Patik kurang pasti/Patik kurang periksa

-

Menyediakan Sembah Ucapan

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membacakan Watikah Pengisytiharan Perlantikan. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Sembah ucapan bagi Tuanku terbahagi kepada dua jenis iaitu :-



Format ucapan di majlis dan upacara yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang digunakan sekarang.



Format ucapan di majlis dan upacara yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong cara lama.

Format ucapan di majlis dan upacara yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang digunakan sekarang. Ucapan dalam majlis dan upacara yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong hendaklah didahului kata-kata aluan hormat kepada kedua-dua Seri Paduka Baginda, dif-dif kehormat dan para hadirin, dan selepas kata-kata aluan hormat itu maka barulah ucapan diteruskan. Semuanya ini hendaklah disempurnakan di dalam satu ucapan sahaja. Contoh kata-kata aluan hormat kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong semasa keberangkatan keduakedua Seri Paduka Baginda adalah seperti berikut:

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri, Yang Berhormat Menteri-Menteri ..................................... (susunan dif-dif kehormat ini bergantung kepada kehadiran), Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke majlis ini. Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong lebih menyerikan suasana majlis ini. Majlis juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri, Yang Berhormat Menteri-Menteri .....................................(susunan dif-dif kehormat ini bergantung kepada kehadiran), Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati. (Disusuli dengan teks ucapan)....................................."

Format ucapan di majlis dan upacara yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong cara lama. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Ampun Tuanku, Patik dan Ahli-ahli, Jawatankuasa Penganjur ..................................... dengan penuh takzim merafakkan sembah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, di atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku, sudi berangkat bercemar duli majlis pada malam ini. Sesungguhnya keberangkatan ke bawah Duli-Duli Tuanku serta perhatian berat Duli-Duli Tuanku terhadap ............................ adalah sangat disanjung oleh patik-patik sekelian. Sesungguhnya perkembangan dan kemajuan ..................................... yang lebih berkesan. Izinkan patik menyembahkan bahawa Majlis ..................................... Turut yang hadir pada malam ini ialah ..................................... Ampun Tuanku, Patik memohon ampuni limpah perkenan Duli-Duli Tuanku mengizinkan patik menyampaikan sepatah dua kata kepada tetamu undangan serta para hadirin sekelian. Ampun Tuanku, Y.A.B. Dato’ Seri ............................................... Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berhormat Datin Seri ................................................ Yang Berhormat Menteri-Menteri, Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekelian. Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmatnya di atas kita semua yang dengan izinNya dapat kita berhimpun ................................................................................................

Bagi pihak Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur Majlis................................................ Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan dan para peserta yang menghadiri majlis malam ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak dan individu yang

telah memberi kerjasama, sokongan dan sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ampun Tuanku beribu ampun, Sembah patik mohon diampun. Sekian sahaja ucapan patik kepada hadirin. Patik-patik sekalian sekali lagi dengan penuh takzim merafakkan ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku berangkat hadir untuk menyerikan Majlis pada malam ini. Ampun Tuanku, Sekian, Wabillahi taufiq Walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Adat Tertib Menulis Surat

Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah membaca watikah sempena Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Jika menulis surat kepada Seri Paduka Baginda Tuanku, kandungan surat itu hendaklah ringkas dan tepat serta menggunakan Bahasa Beraja yang mudah difahami. Bagi orang Islam adalah lebih takzim memulakan dengan Bismillahi Al-Rahman Al-Rahim. Contoh surat adalah seperti berikut:Bismillah Al-Rahman Al-Rahim Mengadap Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., yang bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Seri Paduka Baginda Tuanku, Dengan hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanuhu Wataala, mudahmudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam selamat dan

Pakaian Bagi Menghadiri Istiadat dan Majlis Istiadat Pertabalan

Suasana di Balairong Seri sebelum Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX dimulakan. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

TAKRIF PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS DI ISTANA NEGARA Apabila sesuatu Majlis itu ditetapkan jenis-jenis pakaian, maka cara-cara pakaian yang ditetapkan itu adalah seperti berikut :-



Pakaian Kebangsaan Rasmi Pakaian ini mengandungi :(i) Tanjak; (ii) Baju Melayu hitam (Leher Cekak Musang); (iii) Samping hitam; (iv) Bengkong hitam; (v) Stokin hitam; dan (vi) Sepatu kulit (Hitam). (Waktu malam tidak berkeris)



Pakaian Kebangsaan – Tidak rasmi Pakaian ini mengandungi:(i) Songkok hitam; (ii) Baju Melayu hitam (Leher Cekak Musang); (iii) Samping Songket hitam; (iv) Stokin hitam; (v) Sepatu kulit (Hitam).



Pakaian Barat Dark Lounge Suit (i) Lounge Suit warna gelap; (ii) Baju putih berkolar; (iii) Tali leher warna gelap;

(iv) Stokin hitam; (v) Sepatu kulit (Hitam); (vi) Bersongkok bagi orang Islam. White Tie (Pakaian Petang) Atau Tail Coat (i) Tail Coat panjang hitam; (ii) Waist Coat Putih; (iii) Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan; (iv) Wing Collar; (v) Tie-bow putih; (vi) Seluar hitam; (vii) Stokin hitam; (viii) Sepatu kulit (Hitam). Dinner Jacket ‘Black Tie’ atau ‘Smoking’ (i) Jaket hitam dengan berlapikkan Sutra hitam di kelepak baju atau Shell Jaket putih; (tuxedos) (ii) Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan; (iii) Soft collar; (iv) Tie-bow hitam; (v) Cummerband hitam atau Waist Coat putih; (vi) Seluar hitam dengan satu jalur sutera (silk stripe); (vii) Stokin hitam; (viii) Sepatu kulit (Hitam). Morning Dress (i) Tail Coat hitam; (ii) Waist Coat hitam; (iii) Kemeja putih; (iv) Plain (stiff turndown) Collar; (v) Tie warna kelabu (grey); (vi) Seluar hitam berjalur-jalur; (vii) Stokin hitam; (viii) Sepatu kulit (Hitam). (Topi Sutra hitam dipakai bagi Majlis Rasmi) Larangan Pakaian Wanita dalam Majlis (i) Kebaya Putih (ii) Sam Fu (iii) Bagi pakaian-pakaian lain, peraturan di bawah hendaklah di patuhi:-

• • • •

Baju kebaya hendaklah labuh sehingga ke paras bawah lutut.

• •

Skirt bagi pakaian barat hendakalah labuh melebihi paras lutut.

Kain baju kebaya tidak boleh yang ada belah sama ada di tepi atau di belakang ‘Coli’ bagi pakaian sari hendaklah yang ada lengan dan tidak menunjukkan perut Pakaian Cheong sam hendaklah labuh ke paras tumit kaki dan yang ada lengan serta belahnya sampai ke paras lutut sahaja Berkasut.

Warna yang dilarang

• • •

Kuning Diraja Biru Diraja (Royal Blue) Putih sedondon

PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS DI ISTANA NEGARA

2)Lounge Suit warna gelap

2)Kebaya Labuh berselendang

13. Majlis Menyambut Suratcara Pelantikan 1)Pakaian Kebangsaan warna 1)Baju Kurung berselendang Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri hitam

2)Lounge Suit warna gelap

2)Kebaya Labuh berselendang 3)Pakaian Kebangsaan Negara masing-masing

Nota : Bagi orang Melayu, mereka hendaklah memakai songkok dalam semua majlis di atas. CATATAN : Tempoh berkabung bagi Wilayah Persekutuan ialah selama 7 hari.

PAKAIAN

JENIS-JENIS MAJLIS

LELAKI

PEREMPUAN

. 1. Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan

1)Pakaian Kebangsaan Rasmi warna hitam tanpa keris

1)Baju Kurung berselendang

2)Mes Kit (uniform waktu malam)

2)Kebaya Labuh berselendang

3)White Tie

3)Pakaian Kebangsaan masing-masing

4)Black Tie (Dinner Jacket) untuk 4)Pakaian Kebangsaan Negara masing-masing yang tidak mempunyai pakaian di (bagi isteri para Diplomat) atas 5)Evening Dress 1)Selempang (1 sahaja) termasuk selempang Negeri

6)Mes Kit (uniform waktu malam)

2)Bintang Darjah Kebesaran tidak lebih daripada tiga

2. Istiadat Persandingan Pengantin Diraja (Jamuan Malam)

3)Satu Darjah lencana leher sahaja

CATATAN

4)Darjah-Darjah hiasan dan Pingat (tiada hadnya)

Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat sama ada yang besar atau yang kecil (miniature) tidaklah boleh dipakai dengan Black Tie (Dinner Jacket)

5)Pingat-pingat kecil (miniature) bergantung daripada satu bingkas dipakai sebelah dada sebelah kiri 1)Pakaian Kebangsaan Rasmi warna hitam tanpa keris

1)Baju Kurung berselendang

2)Mes Kit (uniform waktu malam)

2)Kebaya Labuh berselendang

3)White Tie

3)Pakaian Kebangsaan masing-masing

4)Black Tie (Dinner Jacket) untuk 4)Pakaian Kebangsaan Negara masing-masing yang tidak mempunyai pakaian di (bagi isteri para Diplomat) atas

5) Evening Dress

Istiadat Pertabalan

Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII dan Raja Permaisuri Agong ke Balairong Seri diiringi oleh Juruiring-juruiring Baginda dan Dang Perwara serta Panglima-panglima yang membawa Alat-alat Kebesaran Diraja pada hari pertabalan. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disempurnakan di Balairong Seri Istana Negara. Balairong Seri Istana Negara mula digunakan untuk Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh. Sebelum itu, Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disempurnakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Hari Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah salah satu daripada hari yang ditetapkan sebagai “Hari Kalong”. Oleh yang demikian semua penyandang Darjah Kebesaran yang ada mempunyai Kalong hendaklah memakai Kalong. Apabila memakai Kalong bagi sesuatu Darjah Kebesaran, selempang (sash) Darjah Kebesaran yang sama tidak boleh dipakai. Akan tetapi selempang bagi Darjah Kebesaran yang lain, sekiranya ada, bolehlah dipakai bersama-sama. Hanya satu Kalong sahaja boleh dipakai. Kalong hendaklah dipakai terletak di atas kedua bahu tergantung sama tinggi antara paras dada dengan paras di sebelah belakang, dengan Lencana Darjah tergantung di tengah dada. Jika memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi, Kalong hendaklah disusupkan di bawah epolet. Kalong tidak dipakai dalam Majlis Jamuan Diraja. Untuk menghadiri Istiadat Pertabalan tetamu dikehendaki mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan seperti di bawah ini:-

PAKAIAN TETAMU LELAKI

(a) Bagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Negara, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen ialah Pakaian Istiadat yang dipakai pada masa ini;

(b) Pakaian Istiadat yang tertentu untuk Darjah-Darjah Kebesaran D.M.N., S.M.N., S.S.M., P.M.N., P.S.M., P.J.N., dan P.S.D. atau pakaian-pakaian istiadat yang ditentukan oleh Negeri-negeri dalam Persekutuan; (c) Pakaian Istiadat yang tertentu untuk Ahli Jemaah Hakim;

(d) Pakaian Istiadat yang tertentu untuk Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan;

(e) Pakaian Seragam Istiadat yang tertentu untuk anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis Diraja yang dikenali sebagai "No. 1 Dress"; (f) Pakaian Rasmi Istiadat Diplomat Asing sekiranya ada ditentukan oleh Kerajaan yang berkenaan;

(g) Morning Coat; (Stripe trousers, white shirt with long sleeves, grey waist coat, grey or dark silk tie, grey or dark Morning Coat with tails and black shoes); (h) Pakaian Kebangsaan Rasmi yang lengkap, iaitu Baju Melayu lelaki berleher cekak musang, berseluar, bersamping luar, berbengkung dan bertengkolok serta memakai keris yang tersusup di pinggang kiri. Sebarang warna boleh digunakan kecuali warna kuning Diraja kecuali bagi mereka yang berhak memakai sedemikian; (i) Pakaian Kebangsaan bersamping atau "Lounge Suit" bersongkok (tidak memakai sebarang anugerah) bagi pegawai-pegawai bertugas seperti pegawai-pegawai penyambut dan ahli-ahli akhbar. PAKAIAN TETAMU WANITA (a) Bagi Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen Wanita ialah Pakaian Istiadat yang dipakai pada masa ini; (b) Pakaian Istiadat yang tertentu untuk Ahli Wanita Jemaah Hakim;

(c) Pakaian Istiadat yang tertentu untuk Pegawai-pegawai Kanan Wanita Kerajaan;

(d) Pakaian Seragam Istiadat yang tertentu untuk anggota wanita Angkatan Tentera dan Pasukan Polis Diraja yang dikenali sebagai "No. 1 Dress"; (e) Baju kurung berselendang atau Baju Kebaya Labuh berselendang, dalam sebarang warna kecuali warna kuning dan tidak boleh sedundun iaitu selendang berwarna lain (kecuali bagi mereka yang berhak berpakaian sedemikian); (f) Pakaian labuh berlengan panjang tetapi tidak termasuk jenis "see through" atau pun jenis yang mendedahkan dada atau belakang atau "high slit"; (g) Untuk isteri-isteri para diplomat asing ialah pakaian yang ditentukan oleh Kerajaan Negara mereka. PERSIAPAN

Pukul 9.50 pagi Pasukan Kawalan Tombak keluar mengambil tempat di ruangan masuk Balairong Seri. Pukul 9.57 pagi pula Datuk Paduka Maharaja Lela dan Panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama, Juruiring-juruiring Baginda serta Panglima-panglima yang membawa Alat-alat Kebesaran Diraja seperti Pedang, Keris, Cokmar, Sundang dan Tombak Berambu bersiap sedia. Dang Perwara juga bersiap sedia. KEBERANGKATAN TUANKU Tepat pukul 10.00 pagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong masuk ke Balairong Seri. Keberangkatan Tuanku diumumkan oleh Juruacara. Keberangkatan Tuanku berdua ke Balairong Seri didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela dan Panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama dan diiringi oleh Juruiringjuruiring Baginda dan Dang Perwara serta Panglima-panglima yang membawa Alat-alat Kebesaran Diraja iaitu Pedang, Keris, Cokmar, Sundang dan Tombak Berambu. Sebaik sahaja Tuanku masuk ke Pintu Besar Balairong Seri, Nobat dipalu dengan lagu "Raja Berangkat". Sebaik sahaja Nobat dipalu para hadirin berdiri. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sempurna bersemayam di atas Singgahsana. Datuk Paduka Maharaja Lela, Juruiring-juruiring dan Dang Perwara serta Panglima-panglima mengambil tempat masing-masing. MEMULAKAN ISTIADAT PERTABALAN Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk Istiadat Pertabalan dizahirkan. Setelah diperkenankan Datuk Paduka Maharaja Lela berundur lalu membuat pengumuman bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dizahirkan. Pengumuman Datuk Paduka Maharaja Lela : "Menjunjung Titah Perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka inilah diisytiharkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda ................................................ sebagai Yang di-Pertuan Agong ke ................................................ dizahirkan sekarang". KEMASUKAN KE BALAIRONG SERI ALAT-ALAT KEBESARAN ISTIADAT PERTABALAN Setelah selesai membuat pengumuman Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membawa masuk Alat-alat Kebesaran Istiadat Pertabalan ke Balairong Seri. Sebaik sahaja diperkenankan Datuk Paduka Maharaja Lela berundur meniggalkan Majlis Penghadapan dan keluar dari Balairong Seri. Juruacara mengumumkan kemasukan ke Balairong Seri Alat-alat Kebesaran Istiadat Pertabalan. Nobat dipalu dengan memainkan lagu "Menjunjung Duli". Datuk Paduka Maharaja Lela masuk ke Balairong Seri bersama-sama Datuk Penghulu Istiadat dan Al-Fadzil Pegawai Agama Istana Negara serta Panglima-panglima yang membawa :(i) Al-Quran nul Karim (ii) Keris Kerajaan (iii) Surat Pengisytiharan (iv) Warkah Ikrar PENYERAHAN AL-QURAN NUL KARIM Apabila sampai di hadapan singgahsana Datuk Paduka Maharaja Lela menyambut Al-Quran nul Karim dan Panglima yang membawa Al-Quran nul Karim dan membawanya naik ke atas singgahsana hingga ke tingkat 3, kemudian memohon perkenan untuk menyerahkan Al-Quran nul Karim kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mencium Al-Quran nul Karim , dan meletakkan Al-Quran nul Karim di atas meja iring antara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Datuk Paduka Maharaja Lela berundur turun semula. Panglima-panglima meletakkan alat-alat lain di atas meja, kemudian bersama-sama Datuk Penghulu Istiadat dan Pegawai Agama beredar ke tempat duduk masing-masing. SURAT PERISYTIHARAN Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk membawa mengadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membacakan Surat Perisytiharan. Setelah diperkenankan Datuk Paduka Maharaja Lela berundur dan menemui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mempersilakan mengadap untuk membaca Surat Perisytiharan. Datuk Penghulu Istiadat tampil mengambil dulang berisi Surat Perisytiharan dan bersama-sama dengan Datuk Paduka Maharaja Lela mengiringi Yang Amat Berhormat mengadap. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengadap dan kemudian mengambil

Surat Perisytiharan dari Datuk Penghulu Istiadat lalu membacanya. Setelah selesai membaca Surat Perisytiharan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meletakkan balik Surat Perisytiharan, tunduk hormat dan mengundur diri diikuti oleh Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat yang meletakkan kembali dulang berisi Surat Perisytiharan ke atas meja. Surat Perisytiharan

Bismillah Al-Rahman Al-Rahim Bahawa Inilah Dimasyhorkan Kepada Sekelian Orang Serta Penduduk Negara Malaysia Iaitu Paduka Raja-Raja Telah Memilih .................................................... Menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Dan Pada Hari, Waktu Dan Saat Yang Gilang-Gemilang Ini Maka Seri Paduka Baginda Ditabalkan Naik Takhta Kerajaan Menjadi Turus Negara Bagi Malaysia Dengan Bergelar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong MENYEMBAHKAN KERIS

KERAJAAN

Datuk Penghulu Istiadat kemudian mengambil pahar berisi Keris Kerajaan dan mengiringi Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap. Di hadapan singgahsana, Datuk Paduka Maharaja Lela tunduk hormat dan menerima pahar berisi Keris Kerajaan dari Datuk Penghulu Istiadat dan naik ke atas singgahsana hingga ke tingkat 3, berlutut dan menyembahkan Keris Kerajaan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima Keris Kerajaan dan menghunus serta mengucup keris berkenaan. MENYEMBAHKAN WARKAH IKRAR Datuk Paduka Maharaja Lela tunduk hormat dan mengambil dulang berisi Warkah Ikrar dari Datuk Penghulu Istiadat dan naik ke singgahsana hingga ke tingkat 3, berlutut dan menyembahkan Warkah Ikrar, kemudian berundur turun dan berdiri di hadapan singgahsana bersama Datuk Penghulu Istiadat. Semua para hadirin berdiri setelah diumumkan oleh Juruacara. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melafazkan ikrar. Warkah Ikrar

“BISMILLAH AL-RAHMAN AL-RAHIM, BETA ................................................................................. BERSYUKUR KE HADRAT ALLAHSUBHANUHU WATA’ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG. DENGAN INI BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PELEMBAGAAN NEGARA SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA”. Sempurna sahaja ikrar dilafazkan Nobat dipalu dengan lagu “Raja Bertabal”. Datuk Paduka Maharaja Lela naik ke tingkat 3 singgahsana dan menerima kembali Warkah Ikrar dan berundur turun. Dulang yang berisi Warkah Ikrar diserahkan kepada Datuk Penghulu Istiadat. Apabila selesai Nobat berbunyi, Datuk Paduka Maharaja Lela berseru “Daulat Tuanku” tiga kali diikuti oleh para hadirin berturut-turut dalam Balairong Seri. Tembakan meriam 21 das dimulakan apabila seruan pertama Daulat Tuanku dimulakan. Serentak dengan tembakan meriam, lagu “Negaraku” dimainkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersemayam semula dan para hadirin duduk semula. Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat berundur untuk meletakkan kembali Warkah Ikrar di atas meja. UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk membawa mengadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk

menyembahkan Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia. Setelah diperkenan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengadap dengan diiringi Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat yang membawa dulang berisi ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI BISMILLAH AL-RAHMAN AL-RAHIM Dengan segala hormat dan penuh takzimnya pihak Kerajaan, pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam serta seluruh rakyat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuanku sempena pertabalan Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke ………………………… pada hari ini. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Tuanku …………………… ………. sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Semoga Tuanku berdua dilanjutkan usia serta dilimpahkan rahmat dan hidayah oleh Allah Subhanu Wa Ta’ala. Alhamdulillah, negara kita terus berada di dalam keadaan aman, maju dan makmur. Walaupun negara telah dilanda kegawatan ekonomi sejak bulan …………….. yang mendatangkan kesan negatif yang teruk terhadap pertumbuhan ekonomi negara, namun usaha dan langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara telah menunjukkan kejayaan. Kini ekonomi negara terus mengalami pemulihan yang kukuh sementara keyakinan para pelabur termasuk para pelabur asing terus meningkat. Kerajaan yakin dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan lebih gigih serta kerjasama semua lapisan rakyat, ekonomi negara akan dapat dipulih sepenuhnya dengan lebih awal, Insya-Allah. Langkah kawalan modal yang diperkenalkan pada bulan ………………….. tahun lalu telah berjaya menyekat pedagang mata wang asing daripada terus menjatuhkan nilai ringgit dan menghancurkan ekonomi negara kita. Manakala, langkah-langkah lain seperti menurunkan kadar faedah pinjaman dan menambahkan kecairan di dalam sistem perbankan telah berjaya merangsang semula pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun terdapat ramalan daripada pelbagai pihak bahawa ekonomi negara akan mencapai pertumbuhan lebih tiga peratus pada tahun ini, jangkaan Kerajaan adalah konservatif iaitu pada kadar satu peratus. Kejayaan negara memulihkan ekonomi sehingga hari ini adalah juga disebabkan berkat kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap langkah-langkah radikal yang diambil Kerajaan. Sokongan padu ini membolehkan Kerajaan memberi tumpuan penuh terhadap usaha pemuliharan ekonomi di samping menggalakkan pelaburan dari dalam dan luar negara. Kerajaan mahu melihat sektor swasta dapat memainkan peranan yang lebih aktif bagi meningkatkan kegiatan perniagaan dan perusahaan mereka supaya ekonomi negara dapat tumbuh semula seperti dahulu. Sesungguhnya perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat juga semakin erat. Nyata sekali, kegawatan ekonomi telah menyedarkan rakyat tentang pentingnya mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum. Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan mengagihkan kekayaan negara kepada Bumiputera dengan megembangkan ‘kek’ ekonomi negara tanpa merampas hak kaum lain, telah berjaya mengelak tercetusnya pergaduhan antara kaum yang disebabkan ketidakseimbangan tahap pencapaian ekonomi. Berbanding negara lain konflik perkauman tidak wujud di negara kita. Rakyat berlainan keturunan, agama, budaya, adat resam dan bahasa yang bersikap toleran dan menghormati antara satu sama lain merupakan kunci kejayaan negara yang boleh dibanggakan. Perpaduan ini merupakan faktor penting yang membolehkan Kerajaan terus menumpukkan usaha membangunkan negara. Dalam kita menghadapi abad dan alaf baru yang akan tiba beberapa bulan lagi, Kerajaan telah membuat banyak persediaan yang rapi agar rakyat dan negara dapat menempuhnya dengan penuh yakin dan berani. Kerajaan akan terus melindungi dan menentukkan agar kesucian agama Islam tidak tercemar dan diseleweng oleh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan mereka baik politik mahupun peribadi kerana ia boleh memecah-belahkan umat Islam dan melemahkan mereka. Dalam hubungan luar, negara akan terus memainkan peranan aktif di dalam mempertingkatkan hubungan kerjasama dengan semua negara di dunia. Negara juga akan terus menumpukan kerjasama istimewa dengan negara-negara membangun dan meningkatkan hubungan SelatanSelatan. Di samping itu, usaha meningkatkan aktiviti ekonomi akan diteruskan dengan rakan

perdagangan tradisi menerusi penggalakan pengaliran pelaburan asing masuk ke dalam negara. Walaupun negara adalah komited dan menyokong konsep pasaran bebas dan globalisasi, namun Kerajaan tidak akan membiarkan konsep ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merosak dan menghancurkan ekonomi negara kita. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus berusaha untuk menggunakan forum antarabangsa untuk menyedarkan masyarakat dunia tentang bahaya konsep pasaran bebas dan perniagaan mata wang yang tidak dikawal. Sempena hari bersejarah dan mulia ini, Kerajaan serta pegawai-pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam, sektor swasta dan rakyat sekalian ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan ikrar taat setia kepada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dan berdoa semoga Tuanku memberi khidmat dengan penuh tanggungjawab, adil, bijaksana dan berwibawa demi kemajuan kemakmuran dan kesejahteraaan negara dan rakyat. Semoga Allah Subhanahu Wa ta’ala, Yang Amat Pengasih dan Penyayang melanjutkan usia Tuanku berdua dan semoga Tuanku berada di dalam keadaan sihat walafiah. Amin, Ya Rabbul ‘Alamin. Setelah selesai menyampaikan ucapan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meletakkan balik naskhah ucapannya, mengadap dan berundur diiringi Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri duduk ditempatnya. TITAH DIRAJA Setelah selesai mengiringi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke tempat duduknya, Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap semula dengan diiringi Datuk Penghulu Istiadat yang membawa dulang berisi Warkah Titah Diraja. Datuk Paduka Maharaja Lela mengadap untuk memohon perkenan Tuanku membawa Titah Diraja. Setelah diperkenankan Datuk Paduka Maharaja Lela mengambil dulang yang diisi Titah Ucapan Diraja dari Datuk Penghulu Istiadat lalu naik ke tingkat 3 singgahsana, berlutut dan menyembahkan Warkah Titah Diraja. Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong berkenan menerima Warkah Titah Diraja dan Datuk Maharaja Lela berundur turun. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melafazkan Titah Diraja. Bismillahir rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Beta bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa ta’ala kerana dengan izin dan limpahNya dapat Beta bersama-sama pada hari Pertabalan Beta ini. Ingin Beta menjunjung kasih kepada Kekanda, Adinda dan Anakanda Raja-Raja yang telah menaruh kepercayaan kepada Beta untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke ……………… ……. . Dengan doa restu dan kerjasama semua pihak, Beta percaya Beta akan dapat menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Beta dengan penuh bijak dan adil dan saksama. Kepada Memanda Beta, Yang Amat Berhormat ……………………………………………, Beta mengucapkan terima kasih di atas ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada beta bagi pihak Kerajaan, pegawaipegawai perkhidmatan awam dan rakyat sekalian. Beta dan Raja Permaisuri Agong rasa gembira dan berterima kasih di atas segala ingatan dan kasih sayang dan dilafazkan kepada Beta berdua. Beta bersyukur ekonomi negara terus menunjukkan pemulihan. Langkah-langkah tegas dan berani Kerajaan untuk menangani kegawatan ekonomi dan kewangan telah banyak membantu negara ke arah pemulihan. Beta yakin dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh oleh Kerajaan di samping rakyat yang sanggup bekerja lebih kuat dan tekun, negara akan dapat mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi daripada yang diramalkan. Ini tidak mustahil kerana rakyat negara ini telah terbukti kemampuan dan keupayaan mereka. Insya-Allah pada tahun hadapan kedudukan ekonomi negara akan lebih kukuh dengan pertumbuhan dijangka pada paras lima peratus lebih. Walaupun kini negara kita pulih Beta harap rakyat akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi produktiviti dan daya saing negara. Dalam hal ini adalah penting rakyat terus memberi kerjasama kepada usaha-usaha Kerajaan di samping mempereratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Hubungan kaum yang harmonis ini

penting dalam menentukan negara terus berada dalam keadaan aman dan stabil. Rakyat sudah tentu boleh berfikiran waras untuk memilih apa yang baik dan menolak perkara-perkara yang boleh membawa kepada keburukan. Niat jahat pihak-pihak tertentu untuk menghakis kepercayaan rakyat kepada Kerajaan hendaklah ditentang habis-habisan. Beta harap rakyat berbilang kaum tidak terpengaruh dan diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Ini kerana tugas utama kita sekarang ialah untuk memulihkan sepenuhnya ekonomi negara. Beta juga berharap rakyat akan sentiasa berusaha dengan lebih gigih dan sentiasa memupuk keharmonian kaum bagi menjamin keamanan negara berterusan dan negara akan terus maju, aman dan makmur. Negara kita mengamalkan sistem Kerajaan yang berasaskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan seperti mana terkandung di dalam Perlembagaan. Beta gembira sistem ini telah berjaya menjamin keamanan dan kemajuan negara. Beta berharap rakyat akan terus menyokong dan menghormati Sistem Demokrasi Berparlimen ini agar negara akan terus stabil dan maju. Kemampuan rakyat berbilang kaum hidup aman damai di samping menghormati kehendak sistem termaktub dalam Perlembagaan menjadi kebanggaan negara. Negara kita akan menghadapi pilihanraya tidak berapa lama lagi. Alhamdulillah, Beta bersyukur kerana sehingga kini proses pilihanraya di negara ini telah berjalan lancar dan tidak dicemari oleh kejadian-kejadian yang tidak diingini. Beta berharap pilihanraya kali ini akan berjalan dengan lancar, licin dan selamat tenteram tanpa insiden-insiden buruk. Keistimewaan negara yang berbilang kaum ialah sifat-sifat ketimuran yang menekankan nilai-nilai murni, beretika tinggi, bersopan-santun dan memelihara keharmonian kekeluargaan. Beta harap dalam mengejar kemajuan rakyat tidak gugurkan nilai ketimurannya yang menjadikan rakyat Malaysia tertib dan setia kepada negara. Kita juga hendaklah bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita. Elakkan daripada dikuasai oleh nilai-nilai barat yang sering mementingkan kebebasan diri tanpa menghiraukan kepentingan masyarakat. Sikap seperti ini membawa padah kepada prinsip demokrasi yang berasaskan kepada Sistem Raja Berperlembagaan. Akhir kata Beta sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Memanda Beta, Yang Amat Berhormat ……………………………………………………….. diatas ucapan tahniah dan ikrar taat setia. Mudahan-mudahan Allah Subhanahu Wa ta’ala melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada kita semua. Wabilahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Setelah sempurna Titah Diraja, Datuk Paduka Maharaja Lela naik semula ke tingkat 3 singgahsana untuk menyambut Warkah Titah Diraja kemudian berundur turun, mengembalikan dulang berisi Warkah Titah Diraja kepada Datuk Penghulu Istiadat, mengadap dan berundur. Datuk Penghulu Istiadat meletakkan semula dulang berisi Warkah Titah Diraja di atas meja dan Datuk Paduka Maharaja Lela kembali ke tempatnya. BACAAN DOA Juruacara mengumumkan Pembacaan Doa oleh Pegawai Agama Istana Negara. Pegawai Agama mengadap bersama-sama Datuk Penghulu Istiadat untuk membacakan doa. Setelah menghadap dan tunduk hormat, Pegawai Agama membacakan Doa Selamat. Setelah selesai membaca doa, Pegawai Agama bersama Datuk Penghulu Istiadat berundur ke tempat masing-masing. MENERIMA KEMBALI AL-QURAN NUL KARIM Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat menghadap untuk menerima kembali AlQuran nul Karim dari atas singgahsana. Datuk Paduka Maharaja Lela naik tingkat 3 Singgahsana untuk menerima kembali Al-Quran nul Karim dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setelah Al-Quran nul Karim diterima Datuk Paduka Maharaja Lela berundur turun membawa pahar berisi Al-Quran nul Karim dan menyerahkan kepada Datuk Penghulu Istiadat. PERTABALAN SELAMAT DISEMPURNAKAN Datuk Paduka Maharaja Lela memohon limpah perkenan Tuanku untuk menyembahkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah selamat disempurnakan. Setelah diperkenan Tuanku maka Datuk Paduka Maharaja Lela mengumumkan kepada para hadirin :“ISTIADAT PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ADALAH DENGAN INI

SELAMAT DISEMPURNAKAN”. KEBERANGKATAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG Juruacara mengumumkan mengenai keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong meninggalkan Balairong Seri. Sebaik sahaja pengumuman selesai dibuat para hadirin semua berdiri dan diikuti dengan tiupan nafiri. Nobat dipalu dengan lagu “Raja Berangkat”. Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Penghulu Istiadat dan Panglima-panglima Pembawa Alat-alat Kebesaran Diraja, Juruiring-juruiring dan Dang Perwara mengambil tempat di hadapan Singgahsana. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat turun dari Singgahsana untuk berangkat keluar dari Balairong Seri dengan didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat yang membawa pahar berisi Al-Quran nul Karim dan Panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama dan Alat-alat Kebesaran Diraja dan Juruiring-juruiring dan Dang Perwara. Nobat berhenti dipalu apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong tiba di pintu besar Balairong Seri dan berangkat balik menuju ke bilik yang dikhaskan. ISTIADAT PERTABALAN SELESAI SUSUN KEBERANGKATAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG MENINGGALKAN BALAI RONG SERI

Santapan Diraja Sempena Istiadat Pertabalan

Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong IX pada malam 20 September 1989. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Majlis Jamuan Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diadakan di Dewan Bankuet Istana Negara. Majlis ini dihadiri oleh semua RajaRaja dan Tuan Yang Terutama Negeri-negeri. Pakaian bagi menghadiri Majlis Jamuan Diraja ini ditetapkan seperti berikut :-

PAKAIAN LELAKI BAGI MAJLIS JAMUAN DIRAJA



Pakaian untuk Majlis Rasmi Malam (Mess Kit) bagi mereka yang berhak memakainya;



Pakaian Kebangsaan Rasmi yang lengkap berwarna hitam iaitu baju Melayu berleher cekak musang, berseluar, bersamping luar, berbengkung dan bertengkolok dengan tidak memakai keris;

• •

White Tie (dengan Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan); (Tail coat hitam, waist coat putih, kemeja putih keras di sebelah hadapan, wing collar, bow putih, seluar hitam dan sepatu hitam); Black Tie (tanpa Darjah Kebesaran dan Bintang Kebesaran); (“Black trousers with piping”, kemeja putih keras di sebelah hadapan, bengkung hitam, bow hitam, “black jacket with satin lapel” dan sepatu hitam).

PAKAIAN WANITA BAGI MAJLIS JAMUAN DIRAJA



Pakaian untuk Majlis Rasmi Malam (Mess Kit) bagi mereka yang berhak memakainya;



Baju kurung berselendang atau baju kebaya labuh berselendang, sebarang warna kecuali warna kuning dan tidak boleh sedondon iaitu selendang berwarna lain (kecuali bagi mereka yang berhak memakai demikian);

• •

Pakaian malam labuh berlengan panjang tetapi tidak termasuk pakaian jenis “see-through” ataupun jenis yang mendedahkan dada atau belakang atau “high-slit”; Untuk isteri-isteri para diplomat asing ialah pakaian rasmi yang ditentukan oleh Kerajaan Negara mereka.

Pada pukul 8.50 malam semua tetamu siap sedia duduk dalam Dewan Banquet Istana Negara. Keberangkatan masuk ke Dewan Banquet, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela. Tetamu Khas, semua Raja-Raja dan Permaisurinya. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan isteri, Perdana Menteri dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan isteri masuk ke Dewan Banquet secara serentak. Apabila juruacara membuat pengumuman mengenai ketibaan Tuanku, tiupan nafiri dimulakan dan semua para hadirin berdiri. Apabila sampai di Meja Khas, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menanti seketika sehingga semua Raja-Raja dan Permaisuri masing-masing telah berada di tempat yang telah ditentukan. Kemudian lagu Negaraku dimainkan. Majlis Jamuan Diraja dimulakan. Sepanjang majlis santapan malam dijalankan, para hadirin dihiburkan dengan iringan lagu-lagu instrumental oleh Orkestra RTM. 10 minit selepas kopi dihidangkan di Meja Diraja iringan muzik oleh Orkestra RTM diberhentikan, juruacara memohon perhatian dan mengumumkan bahawa Pegawai Agama Istana Negara membaca Doa Selamat. Selepas doa dibacakan, pengumuman keberangkatan Tuanku meninggalkan Dewan Banquet dibuat dan semua para hadirin berdiri. Lagu Negaraku dimainkan. Sebaik sahaja lagu Negaraku habis dimainkan, tiupan nafiri dimulakan. Keberangkatan Tuanku meninggalkan Dewan Banquet didahului oleh Datuk Paduka Maharaja Lela. Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan isteri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta isteri meninggalkan Dewan Banquet menuju ke Dewan Kecil untuk menaiki kenderaan dan seterusnya berlepas meninggalkan Istana Negara.

Majlis Jamuan Teh Sempena Pertabalan

Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX ke Majlis Jamuan Teh Diraja sempena pertabalan pada petang 20 September 1989 di perkarangan Istana Negara. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diadakan di perkarangan Istana Negara. Pakaian bagi majlis ini Baju Kebangsaan atau Lounge Suit. Apabila juruacara mengumumkan keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada pukul 4.30 petang nafiri ditiupkan dan semua yang hadir berdiri. Sebaik sahaja Tuanku tiba di Meja Khas lagu Negaraku pun dimainkan. Setelah selesai lagu Negaraku dimainkan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersemayam dikerusi Diraja. Pegawai Agama Istana Negara memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membaca doa selamat. Setelah diperkenankan oleh Tuanku, Pegawai Agama Istana membaca doa. Selesai bacaan doa, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertabalan mengadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memulakan Majlis Jamuan Teh. Setelah mendapat perkenan Tuanku, juruacara mengumumkan bahawa Majlis Jamuan Teh dimulakan. Jamuan Teh Diraja dimulakan dengan persembahan muzik oleh Kombo PDRM dan nyanyian oleh penyanyi tanahair untuk selama lebih kurang 45 minit. Selepas menikmati jamuan teh dan setelah menerima isyarat daripada Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertabalan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk berangkat ke majlis berkenaan. Setelah perkenan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dengan diiringi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertabalan serta isteri masing-masing, berangkat turun dari pentas Diraja menemui dif-dif jemputan. Selesai menemui dif-dif jemputan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta rombongan berangkat semula ke pentas Diraja dan bersemayam. Muzik instrumental berhenti bermain. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pertabalan memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa Majlis Jamuan Teh telah selamat disempurnakan. Sejurus kemudian pengumuman dibuat mengenai keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Lagu Negaraku dimainkan. Setelah tamat lagu Negaraku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan Pentas Diraja dengan diiringi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertabalan serta isteri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong beristirehat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri serta isteri masing-masing meninggalkan Istana Negara. Dif-dif bersurai.

Pelbagai Istiadat, Majlis Dan Upacara

Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Persekutuan adalah sebagai tanda ingatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas sumbangan rakyat terhadap pembangunan negara. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia



Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Istiadat Menandatangani Surat Perisytiharan Oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.



Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Malaysia.



Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia Sebagai Perdana Menteri/Menteri, Timbalan Menteri (Selepas Kabinet Baru ditubuhkan).



Istiadat Menyambut Suratcara Pelantikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.



Istiadat Menyambut Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.



Istiadat Menyambut Suratcara Pelantikan Sebagai Hakim (Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah/Sarawak, Hakim-Hakim Mahkamah Agong, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi).



Istiadat Menyambut Suratcara Pelantikan Sebagai Duta Besar Pesurujaya Tinggi Malaysia ke Luar Negara.



Istiadat Menyembah Suratcara (Tauliah) Pelantikan Bakal Duta Besar/Pesuruhjaya Tinggi Negara Asing ke-Malaysia.

ISTIADAT MELAFAZ SUMPAH JAWATAN DAN ISTIADAT MENANDATANGANI SURAT

PERISYTIHARAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Tempat Tarikh Tetamu

- Balairong Seri Istana Negara - Akan ditentukan oleh Majlis Raja-Raja (5 tahun sekali) - 300 – 400 orang

.

Pakaian Susunan Aturcara

(a)

Semua Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja/wakil Raja

(b)

Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri

(c)

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

(d)

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri

(e)

Y.A.A. Ketua Hakim Negara dan Mahkamah Persekutuan.

(f)

Yang Amat Berbahagia Tun-Tun

(g)

Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Kabinet/Ketua Setiausaha Negara

(h)

Yang Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri/wakil

(i)

Orang-orang Kenamaan Persekutuan dan Negeri Yang Rajanya dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

- Pakaian Istiadat (Hari Kalong) dengan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat termasuk Kalong jika ada. -

KEBERANGKATAN MASUK KE BALAIRONG SERI

1. 10.40 - Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri masuk ke Balairong Seri. pagi

2. 10.42 - Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masuk ke Balairong Seri. pagi

3. 10.44 - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bersamapagi sama Duli-Duli Yang Maha Maha Mulia diiringi oleh Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-PertuaYang di-Pertua Negeri masuk ke Balairong Seri.

KETIBAAN DAN KEBERANGKATAN

1. 10.45 - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengadap dan memohon perkenan bagi memulakan pagi Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja kerana Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

- Bacaan doa selamat oleh Imam Besar Masjid Negara.

- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyembahkan Surat Sumpah Jawatan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong melafazkan Sumpah Jawatan dan berkenan menandatanganinya.

CARIAN

Kuasa Diraja > Penaung

SISTEM MONARKI MALAYSIA KUASA DIRAJA SERI PADUKA BAGINDA ALAT KEBESARAN DIRAJA ADAT ISTIADAT DIRAJA ISTANA NEGARA DARJAH KEBESARAN DIRAJA ISTANA NEGARA ISTANA MELAWATI UJI MINDA BINGKISAN LAMAN BICARA HEBAHAN MODUL PEMBELAJARAN PERLIS KEDAH PERAK SELANGOR NEGERI SEMBILAN JOHOR PAHANG TERENGGANU KELANTAN

Penaung

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI di Majlis Penutupan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-44 di Sibu, Sarawak pada 16 September 2001 Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah menjadi penaung setelah dirundingkan dengan Jabatan Perdana Menteri kepada beberapa Pertubuhan/Kesatuan/Badan-badan Sukarela dalam Mala Sebahagian daripada Pertubuhan/Kesatuan/Badan-badan Sukarela adalah seperti berikut:

Bil

Lantikan

Nama Pertubuhan

Mulai Tarikh

1

Ketua Penaung

Malayan Association of Youth Clubs

27.8.1957

2

Penaung

Ex-Services Association of Malaya

25.9.1957

3

Presiden

Federation of Malaya Red Cross Society

30.12.1957

4

Ketua Penaung

Blind Welfare Association of Malaya

30.1.1958

5

Ketua Penaung

Boy Scouts Association Federation of Malaya

2.9.1957

6

Ketua Penaung

All Malaya Malays Tennis Tournament

2.1.1959

7

Penaung

Malayan Cricket Association

15.5.1960

CARIAN SISTEM MONARKI MALAYSIA KUASA DIRAJA SERI PADUKA BAGINDA ALAT KEBESARAN DIRAJA ADAT ISTIADAT DIRAJA ISTANA NEGARA DARJAH KEBESARAN DIRAJA ISTANA NEGARA ISTANA MELAWATI UJI MINDA BINGKISAN LAMAN BICARA HEBAHAN MODUL PEMBELAJARAN PERLIS KEDAH PERAK SELANGOR NEGERI SEMBILAN JOHOR PAHANG TERENGGANU KELANTAN

Kuasa Diraja > Perkara-Perkara yang Tidak Boleh Dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong

Perkara-Perkara Yang Tidak Boleh Dibuat Oleh Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII di Istiadat Pertabalan Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Perkara 34 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukan: "34. Perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

(1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecu tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam.

(2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-apa saraan

(3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa enterpra

CARIAN

Kuasa Diraja > Perlantikan Jawatan-Jawatan Penting

SISTEM MONARKI MALAYSIA KUASA DIRAJA SERI PADUKA BAGINDA ALAT KEBESARAN DIRAJA ADAT ISTIADAT DIRAJA ISTANA NEGARA DARJAH KEBESARAN DIRAJA ISTANA NEGARA ISTANA MELAWATI UJI MINDA BINGKISAN LAMAN BICARA HEBAHAN MODUL PEMBELAJARAN PERLIS KEDAH PERAK SELANGOR NEGERI SEMBILAN JOHOR PAHANG TERENGGANU KELANTAN

Perlantikan Jawatan-Jawatan Penting

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII di upacara mengangkat sumpah bagi Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada 8 Mei 1995 Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untu orang-orang tertentu untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan seperti berikut:

Bil

Jawatan

Ru Perlem

Atas Nasihat

Selepas dirundingkan

1 Yang di-Pertua Negeri

Perdana Menteri

Majlis Mesyuarat Kerajaan/Kabinet Negeri

2 Peguam Negara

Perdana Menteri

-

14

3 Ketua Audit Negara

Perdana Menteri

Majlis Raja-Raja

10

4 Ketua Turus Angkatan Bersenjata

Majlis Angkatan Tentera

-

137

5 Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakimhakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya/Sabah dan Sarawak

Perdana Menteri

Majlis Raja-Raja

122

6 Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara

Perdana Menteri

Suruhanjaya Perkhidmatan Polis

7 Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-

Perdana Menteri

Majlis Raja-Raja

Perlemba

140(4

12

LAIN-LAIN TUGAS PENTING YANG DIPERTUAN AGONG

Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Tentera Udara diRaja Malaysia oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI di Kolej Tentera Udara, TUDM Alor Setar, Kedah pada 29 Jun 1999 Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Persekutuan, seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang berikut: "41. Perintah tertinggi angkatan tentera. Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan." Kuasa Pengampunan Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber pengampunan dan mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahankesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan juga bagi semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Hal ini diperuntukkan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "42. Kuasa bagi mengampun, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Gabenor sesuatu Negeri adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan lain yang dilakukan di Negerinya." (2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan berhubung dengan remitan hukuman kerana berkelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberi oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh Yang diPertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh sesuatu mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan, dalam apa-apa hal lain, kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor bagi Negeri di mana kesalahan itu telah dilakukan. (3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan kesemuanya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di beberapa buah Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan waham di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksudmaksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan di Negeri di mana kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, hendaklah masing-masing dianggap sebagai suatu Negeri. (4) Kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini: (a) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, ialah antara tugas-tugas yang peruntukan mengenainya boleh dibuat oleh undangundang persekutuan di bawah Perkara 40(3); (b) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor sesuatu Negeri, hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5). (5) Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah mengandungi Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daipada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor; tetapi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa dengan suratcara mewakilkan tugas-tugasnya sebagai seorang ahli Jemaah itu kepada seseorang lain, dan Raja atau Gabenor boleh melantik seseorang untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak berupaya menjalankan tugasnya. (6) Ahli-ahli Jemaah Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula, tetapi pada bila-bila masa boleh meletakkan jawatan sebagai ahli jemaah. (7) Seseorang ahli Dewan Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh Raja atau Gabenor untuk menjadi ahli Jemaah Pengampunan atau untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah. (8) Jemaah Pengampunan hendaklah bermesyuarat di hadapan Raja atau Gabenor dan Raja atau Gabenor itu hendaklah mengetuai mesyuarat itu. (9) Sebelum Jemaah Pengampunan memberi nasihatnya mengenai apa-apa perkara ia hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu. (10) Walau apa pun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di

bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri atau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu. (11) Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan hanya satu Jemaah Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukkan-peruntukkan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah dipakai mutates mutandis bagi Jemaah Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai “Raja atau Yang di-Pertua Negeri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai “Ketua Menteri negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. (12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini: (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini. (13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-PertuaYang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja. Hak Keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera Di Sabah dan Sarawak Salah satu tanggungjawab yang penting oleh Yang di-Pertuan Agong ialah menjaga hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hal ini dijelaskan dalam Fasal 153 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "153. Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu. (1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukkan Perkara ini." Sumber Penghormatan dan Kebesaran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan sumber penghormatan dan kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada warganegara dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda. Fungsi diplomatik

Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerima mengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka. Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda juga bercemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara

Fungsi Kehakiman

Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI disambut oleh pegawai-pegawai kanan Mahkamah Tinggi di bangunan Sultan Abdul Samad sempena Majlis Perasmian Mahkamah Rayuan pada 17 September 1994 Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan penting dalam bidang kehakiman. Adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Di samping itu juga baginda boleh melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi). Selain dari itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimana pun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun. Seorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan cara menulis surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. Mengenai penyingkiran hakim pula, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa seorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah disingkirkan atas alasan berkelakuan tidak senonoh, atau ketidakupayaannya menjalankan tugas kerana kesihatan ataupun fikiran terganggu atau lain-lain alasan. Selepas menerima representasi itu Yang diPertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan, dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. Perlu diingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk

menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dan selepas menerima laporan tribunal maka Yang di-Pertuan Agong boleh menyingkirkan seseorang hakim itu dari jawatannya. Sungguhpun begitu Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima ataupun menolak cadangan–cadangan tribunal dalam menyingkirkan atau mengekalkan hakim itu pada jawatannya. KEDUDUKAN PERJAWATAN HAKIM-HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN, MAHKAMAH RAYUAN DAN MAHKAMAH TINGGI Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Presiden Mahkamah Rayuan Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan Sarawak Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan -

1 1 2 7

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Presiden Mahkamah Rayuan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan

-

1 10

-

47 10

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Malaya Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak BAGI MENGISYTIHARKAN DARURAT

KUASA

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berpuas hati mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri-negeri dalam keadaan terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat. Perkara 150 Perlembagaan menyatakan: "150. Perisytiharan darurat. (1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah terancam oleh kerananya, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat dengan membuat dalamnya pengumuman yang bermaksud sedemikian. (2) Perisytiharan Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancamkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraaan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang diPertuan Agong berpuas hati bahawa ada kemungkinan yang hampir akan berlakunya kejadian yang mengancamkan itu. (2a) Kuasa yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini hendaklah termasuk kuasa mengeluarkan Perisytiharan-perisytiharan yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan telah pun dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Perisytiharan atau Perisytiharanperisytiharan itu ada berkuatkuasa. (2b) Jika pada bila-bila masa semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen bersidang serentak Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan segera, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan apa-apa ordinan sebagaimana Yang di-Pertuan Agong berpendapat adalah

dikehendaki oleh hal-hal keadaan. (2c) Sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah berkuatkuasa sama seperti Akta Parlimen dan hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya seolaholah ianya Akta Parlimen sehingga ianya dibatalkan atau dimansuhkan di bawah Fasal (3) atau sehingga ianya luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan ordinan-ordinan di bawah Fasal (2b) boleh dijalankan berhubungan dengan apa-apa perkara yang Parlimen berkuasa membuat undangundang mengenainya, tidak kira acara perundingan atau lain-lain acara yang dikehendaki diikuti, atau bahagian dari jumlah undi yang dikehendaki diperolehi, dalam mana-mana satu Majlis Parlimen. (3) Perisytiharan Darurat dan apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis itu membatalkan Perisytiharan atau ordinan itu, tetapi dengan tidak menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut Perisytiharan atau ordinan itu atau dengan tidak menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan suatu Perisytiharan baharu di bawah Fasal (1) atau mengisytiharkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2b). (4) Semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa kuasa pemerintah Persekutuan adalah, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara di dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan adalah termasuk memberi arahanarahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihakberkuasa Negeri itu. (5) Tertakluk kepada Fasal (6a), semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, Parlimen boleh, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara, jika Parlimen berpendapat bahawa undang-undang itu adalah dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah dipakai bagi suatu Rang Undang-undang untuk suatu undang-undang itu atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-undang itu, dan juga tidaklah dipakai bagi apa-apa peruntukan Perlembagaan ini atau apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa kebenaran atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenai undang-undang itu, atau yang menyekat perjalanan atau kuatkuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat sesuatu Rang Undang-undang daripada diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuannya. (6) Tertakluk kepada Fasal (6a), tiada apa-apa peruntukan sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Perkara ini, dan tiada apa-apa peruntukkan sesuatu Akta Parlimen yang diluluskan semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa dan yang menyatakan bahawa undang-undang itu adalah, pada pendapat Parlimen, dikehendaki oleh sebab darurat, boleh terbatal atas alasan bahawa ia adalah berlawanan dengan mana-mana peruntukkan Perlembagaan ini. (6a) Fasal (5) tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu atau berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai undang-undang atau adat istiadat bumiputera di sesuatu Negeri Borneo; dan juga Fasal (6) tidak boleh mengesahkan mana-mana peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini berhubung dengan apa-apa perkara itu atau berhubung dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa. (7) Apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh Perisytiharan Darurat itu terhenti berkuatkuasa, apa-apa ordinan yang diisytiharkan menurut Perisytiharan itu dan apaapa undang-undang yang dibuat semasa Perisytiharan itu berkuatkuasa, iaitu setakat mana ianya tidak mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana Perkara ini, hendaklah terhenti berkuatkuasa, kecuali mengenai perkara-perkara yang telah dilakukan atau tidak dilakukan sebelum habis tempoh enam bulan yang tersebut itu. (8) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini: (a) puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2b)

adalah terakhir dan muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoal dalam manamana mahkamah atau apa-apa alasan; dan (b) tiada sesuatu mahkamah pun boleh mempunyai bidangkuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai sahnya (i) Perisytiharan di bawah Fasal (1) atau pengumuman yang dibuat dalam Pengisytiharan itu yang bermaksud sebagaimana dinyatakan dalam Fasal (1); (ii) kuatkuasa berterusan Perisytiharan itu; (iii) apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b); atau (iv) penerusan kuatkuasa mana-mana ordinan itu. (9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-majlis Parlimen hendaklah dianggap sebagai bersidang hanya jika ahli tiap-tiap satu Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu." KETUA AGAMA ISLAM Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menghendaki Perlembagaan Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Negeri-negeri tersebut. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta di negeri asalnya. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan. Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak kuasa pelantikan ini telah diturunkan kepada Yang di-Pertua Negeri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perkara 3 dalam Perlembagaan memperuntukan: "3. Ugama bagi Persekutuan. (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. (2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiaptiap orang Raja lain hendaklah atas sifat-sifatnya sebagai Ketua Ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya."

Fungsi Perundangan (Perkara 44)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII semasa merasmikan Sesi Parlimen pada April 1999 Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia

• • •

Memanggil Parlimen bermesyuarat dari masa ke semasa;



Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Memberhentikan dan membubarkan Parlimen; Boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama; dan

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan. Di samping itu baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik empat puluh orang senator lagi. Para senator yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ini adalah, pada hemat baginda, terdiri daripada orang-orang yang terkemuka dalam masyarakat dan banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Selain dari tokoh-tokoh yang terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti perdagangan dan industri, pertanian, kegiatan kebudayaan dan sosial, tokoh-tokoh yang mewakili kaum minoriti seperti orang asli juga dipilih. "44. Keanggotaan Parlimen. Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat". "45. Keanggotaan Dewan Negara. (1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dipilih dan dilantik seperti berikut: (a) dua orang ahli bagi tiap-tiap satu Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan (aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. (2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah orang-orang yang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli. (3) Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu tidaklah tercatat oleh pembubaran Parlimen. (3a) Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua tempoh sama ada terus-menerus atau selainnya: Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telah pun tamat dua tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli Dewan Negara adalah sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Fasal ini seorang ahli Dewan Negara maka ia bolehlah terus berkhidmat sebagai ahli sedemikian itu selama baki tempohnya. (4) Parlimen boleh dengan undang-undang: (a) menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri hingga tiga orang; (b) membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu; (c) mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik".

Fungsi Eksekutif (Perkara 39)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong XIII pada 13 Disember 2006. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Walaupun Perlembagaan (Fasal 39) memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong, namun menurut undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh memberikan fungsi eksekutif itu kepada orang lain. Sungguhpun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan tentang kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong namun lazimnya baginda menerima nasihat dari Kabinet, lebih tepat lagi, Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berhak dan atas kemahuannya meminta segala maklumat mengenai kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Kabinet. Walaupun Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang ataupun sesuatu pertubuhan (yang lain dari Kabinet) tetapi dalam pelaksanaan tiga fungsi Perlembagaan, Yang diPertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara baginda. Ketiga-tiga fungsi itu ialah:

• • •

Melantik seorang Perdana Menteri; Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen; Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang sematamata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duliduli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.

Pelantikan Perdana Menteri adalah berdasarkan kemampuan calon tersebut mendapat suara terbanyak dalam Parlimen. Pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri adalah atas nasihat Perdana Menteri. Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 dan 40 menyatakan: "39. Kuasa pemerintah Persekutuan. Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain". "40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat. (1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. (1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undangundang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen; (c) meminta supaya di adakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini. (3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada Jemaah Menteri: (a) tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya; (b) tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain."

Kedudukan Seri Paduka Baginda Dalam Senarai Keutamaan Persekutuan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bersemayam di atas Singgahsana pada hari pertabalan. Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Susunan Keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang kedua puluh. Susunan Keutamaan ini telah digazet dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1998 melalui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998. Susunan Keutamaan ini menyenaraikan 70 kategori seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

7. 8. 9.

Yang di-Pertuan Agong. Raja Permaisuri Agong. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja. Yang Dipertua Negeri-Negeri. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri. Kehormat - 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda) Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara, (S.M.N.)

10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.) 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Kehormat - 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. Yang Dipertua Negeri Dewan Negara. Yang Dipertua Dewan Rakyat. Bekas-bekas Perdana Menteri. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri. Ahli-ahli Jemaah Menteri.

17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49.

Kehormat - 17A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. Peguam Negara. Panglima Angkatan Tentera. Ketua Polis Negara. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Timbalan-Timbalan Menteri. Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku-Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha. Presiden Mahkamah Rayuan. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Ketua Pembangkang di Parlimen. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan. Setiausaha-Setiausaha Parlimen. Bekas Ketua Setiausaha Negara. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus 1, 11 dan III. Bekas Peguarn Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera dan Bekas Ketua Polis Negara. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman. Ketua Audit Negara. Gebenor Bank Negara. Datuk Bandar Kuala Lumpur. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Datuk Paduka Maharaja Lela. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.) Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) Profesor-Profesor Diraja. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)

50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.)

51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58.

Kehormat - 50A. Timbalan-Timbalan Menteri Besar/Timbalan Ketua Menteri. Kehormat - 50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Dewan Negara. Ahli-ahli Dewan Rakyat. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya. Panglima Tentera Darat. Panglima Tentera Laut. Panglima Tentera Udara. Timbalan Ketua Polis Negara. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.

59. Naib-Naib Canselor Universiti. Kehormat - 59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Menteri Negeri di Sabah/Sarawak. 60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.

61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas. Kehormat - 61A Penerima Anugerah 'Fellow' Negara. 62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu

63. Pegawai-pegawai Gred Utama'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan 64. 65. 66. 67. 68. 69.

Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. Kehormat - 63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.) Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.) Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.) Pegawai-pegawai Gred 1, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan KetuaKetua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. Setiausaha-Setiausaha Politik. Pegawai-pegawai Gred 11 dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.

70. Konsul-konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

Carian

rpanas:

al JAKIM adhari elabur ASB)

Perutusan Menteri

Ucapan Ketua Pengarah

Sejara Objekti Etika Misi Visi h f Kerja BahagianCarta Bahagian Di Organisasi dan JAKIM ajaran Islam di negara ini.

HA

ai JAKIM

AKIM

elanggan

AKIM

l n

rah Kiblat

ak Falak

n

h) Usaha untuk menyelesaikan masalah ummah yang berkaitan dengan isu-isu semasa. 2. Menilai dan memberi cadangan terhadap aktiviti keislaman yang dijalankan oleh agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan tidak berlaku antara pertentangan antara kepentigan negara dengan kepentingan islam. 3. Merancang aktiviti-aktiviti untuk membantu pihak-pihak berkuasa agama islam negeri dalam bidang dakwah islamiah.

h

IM

OBJEKTIF

kidah

Objektif program Pentadbiran Hal Ehwal Islam adalah seperti berikut:-

ANDUAN

ANDUAN NAAN PUNGAN I AT N

ANDUAN

Untuk menentukan bahawa rancangan-rancangan pembangunan ummah dan perkembangan agama islam di negara ini dilaksanakan

Pengum

Sukatan Peperik KPSL S Sukatan Peperik KPSL S Iklan

Pengam Pelajar B Program Diplom Pengajia Islam D Dakwah Sijil Kemahi IKMAS Sarawak 2008 Pengam Pelajar B Program Diplom Tahfiz A Quran S 2008/20 Pelawaa Sumban Karya D

Related Documents