Kaunselor

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kaunselor as PDF for free.

More details

  • Words: 2,632
  • Pages: 10
09/02/2006

Adakah anda ingin menjadi seorang kaunselor? KAUNSELOR IALAH SEORANG YANG: sanggup mendengar semua persoalan anda menerima tanpa syarat menerima dan merahsiakan apa yang anda katakan menghormati diri anda sebagai seorang individu BAGAIMANA CARA BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR datang seorang atau dengan rakan-rakan anda datang memberitahu KAUNSELOR suatu tarikh yang boleh ditentukan untuk sesi kaunseling mengisi borang temujanji kaunseling yang didapati di bilik kaunseling (biasanya di Sekolah dan IPT) BAGAIMANA KAUNSELING DIJALANKAN Kaunseling Individu: pertemuan anda dengan kaunselor anda Kaunseling Kelompok: pertemuan anda dan rakan-rakan anda dengan kaunselor APAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING Perkhidmatan percuma ini disediakan kepada anda untuk menolong anda menyelesaikan persoalanpersoalan mengenai: peribadi dan emosi anda perlakuan yang tidak waras, pendiam, susah bergaul dan selalu berpandangan negatif perkembangan pelajaran belajar dengan lebih berkesan memilih kerjaya dan merancang masa depan menghisap rokok, menghidu gam dan menyalahguna dadah ujian personaliti KAUNSELING BUKAN UNTUK mempengaruhi kepercayaan, fikiran, perasaan, kelakuan dan sikap individu menyelesaikan masalah individu memberi nasihat atau pandangan memberi maklumat sahaja menemuramah atau berbual tanpa tujuan menilai kekuatan dan kelemahan individu MATLAMAT KAUNSELING supaya individu memahami diri dan situasinya supaya individu menerima diri dan situasinya serta mempunyai pandangan yang lebih objektif dan realistik supaya individu mengenalpasti keperluannya supaya individu dapat membuat rancangan yang realistik dalam kehidupannya

APAKAH PENGALAMAN YANG BOLEH ANDA PEROLEH MELALUI KAUNSELING Kesedaran kendiri tentang kekuatan dan kelemahan anda Melihat kejujuran, keberanian dan sikap terbuka anda Melatih bagaimana menyelesaikan masalah dalam kehidupan Mempunyai perasaan positif dan simpati terhadap orang lain Mengembangkan bakat, minat, kebolehan dan potensi anda APAKAH KAUNSELING KELOMPOK Kaunseling ialah pertemuan antara seorang kaunselor dengan beberapa orang (antara 3-10) peserta atau klien Dalam situasi ini ahli-ahli berinteraksi antara satu sama lain (bukan dengan kaunselor sahaja) Ahli-ahli tolong-menolong antara satu sama lain dalam proses mengenal diri Ahli-ahli cuba mengatasi masalah masing-masing untuk mencapai matlamat yang ditentukan PERSOALAN-PERSOALAN YANG BOLEH DIBINCANGKAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK Pelajaran Penyesuaian sekolah dan rumah Masalah berkaitan dengan situasi sosial Kerjaya Personaliti/Peribadi MATLAMAT KELOMPOK membantu pertumbuhan pelajar-pelajar dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat mewujudkan program pencegahan yang boleh mengurangkan krisis dalam diri dan krisis antara individu mengurangkan masalah disiplin serat mewujudkan suasana lebih seronok di sekolah FAEDAH KAUNSELING KELOMPOK peserta lebih memahami pelbagai ragam manusia lain dan mengetahui bagaimana orang lain mempersepsikan sesuatu peserta lebih menghormati orang lain terutamanya mereka yang berbeza daripada dirinya sendiri peserta mempelajari kemahiran-kemahiran sosial dalam berbicara dan juga berhubung dengan orang lain peserta mengenalkan keperibadian dirinya supaya dapat mewujudkan perasaan sejiwa (belonging) hasil daripada penyertaaan dalam kelompok seseorang ahli itu dihormati dan diterima oleh ahli-ahli lain PERANAN KAUNSELOR/FASILITATOR Memandu kelompok dalam interaksi dan perkembangannya Menggalakkan pertumbuhan interaksi, pilihan, mengenal diri dan perpaduan kelompok Mengimbangkan kadar penglibatan dan interaksi ahli menurut keperluan diri dan keperluan kelompok

PENGERTIAN KAUNSELING Apakah Kaunseling? Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam proses menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya , kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya. (Petikan di ambil dari tulisan Aminah Hj Hashim , Rusnani Abd Kadir & Nordin Kardi ... UPM )

Senarai Tugas BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.

KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain).

Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling 1. Inventori Individu Dan Rekod Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.

Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar. 2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah. Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.

4. Perkhidmatan Kaunseling Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai: Pencapaian akademik yang tidak memuaskan. Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain. Kerjaya, pelajaran dan peribadi. T idak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.

Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen. Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya. Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.

5. Perkhidmatan Penempatan Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan. Penempatan pekerjaan: Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan). Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik). Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.

6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.

7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah. Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.

Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat. 9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran. Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.

10. Perkhidmatan Penilaian Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar. Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.

GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan program atau aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini sebagai staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling. Tugas Guru Penolong Bimbingan dan Kaunseling: Membantu dalam mengendalikan inventori, individu dan rekod. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling. Membantu dalam perkhidmatan penempatan. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen. Membantu dalam perkhidmatan konsultasi dan rujukan. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos. Membantu dalam perkhidmatan penilaian. Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan. Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan seperti poster, risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video.

GURU-GURU LAIN (MATA PELAJARAN & KELAS) Tugas Guru-guru lain dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling : Membantu mengenal pasti pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling. Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar. Membantu memberi bimbingan 'tunjuk ajar'. Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan maklumat semasa. Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar. Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling.

PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan. Tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS): Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling. Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis. Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka. Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya. Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok. Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya. Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya yang baru. Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja. Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6) Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar

(instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Aktiviti [list=1] Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan , soal selidik , temu bual dan perbincangan dengan pelajar , guru , pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar . Merancang , mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar. Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar

melalui sebarang media yang sesuai . Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum . Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profrsional dan beretika . Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan UPSR dan Ujian Bulanan Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah , rokok dan alkohol. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah terpilih. Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah. Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru , kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. Membuat penilaian aktiviti , modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah . Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru , kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya. Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor-Mentee sekolah. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi. kem jaya diri , kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

Related Documents

Kaunselor
October 2019 40
Tugas Kaunselor
November 2019 17
Buletin Kaunselor Langat
October 2019 26