Sedikit gesaan untuk anda….! Panduan kepada pelajar yang menghadapi kesukaran seperti berikut:
Sukar mengulangkaji pelajaran Tidak mengetahui dan memahami teknik belajar yang bersistematik Merasa rendah diri dan kurang keyakinan diri Menghadapi tekanan Sukar berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru Membina matlamat kerjaya yang sesuai Memerlukan maklumat akademik dan kerjaya Inginkan pengetahuan dan pengalaman kerjaya Memerlukan maklumat kemahiran-kemahiran tertentu Memerluksn maklumat institusi pengajian tinggi Bantuan maklumat pinjaman/biasiswa
Anda dinasihatkan untuk bertemu dengan Kaunselor anda. Kaunselor bukanlah penyelesai masalah anda tetapi Kaunselor boleh membantu dan membimbing anda untuk menyelesaikan masalah anda. Sesungguhnya, pelajar yang hadir ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling bukanlah pelajar bermasalah tetapi pelajar yang cemerlang kerana mereka kenal diri mereka dan sentiasa mencari ilmu untuk mencapai kecemerlangan. Temuilah Kaunselor anda secara sukarela. Nescaya anda mendapat sesuatu yang belum anda perolehi.
PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Setiap manusia adalah unik
Setiap manusia memiliki bakat /potensi yang tertentu Setiap manusia sentiasa dan boleh berubah Setiap manusia berupaya & bertanggungjawab membuat perubahan untuk hidup Tidak ada kaedah khusus dalam menolong dan membantu individu membuat perubahan
SEGALA MAKLUMAT ADALH SULIT / RAHSIA