KAU YANG BERNAMA LELAKI Kau yang bernama lelaki, Andai suatu hari nanti, Takdirnya kita akan bersama, Melayari bahtera kehidupan, Usah kau impikan selaut sutera keindahan, Usah kau igaukan kasih yang menggunung tanpa puncak, Juga usah kau harapkan Kesempurnaan mutlak diri ini. Aku bukan Siti Khadijah, Mahupun permata Siti Fatimah, Aku bukan Siti Aisyah, Mahupun Ummul Mukminin lain, Bukan juga Rabiatul Adawiyah, Wanita sufi terpuji, Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Masyitah, Asiah, Sumaiyah. Kau yang bernama lelaki, Mengertilah dengan waras keislaman, Aku hanyalah wanita akhir zaman, Yang masih cuba mempertahankan maruah, Dan kesucian diri sebagai muslimah, Berlandaskan garisannya, Dalam mengharungi kegawatan masa kini Yang serba palsu lagi cukup menjijikkan, Dengan kemampuan diri yang tinggal sekuman cuma. Kau yang bernama lelaki, Demi keranaNya semata, Tidak ku tagih apa-apa darimu, Cuma ku pohon sebuah pengertian, Dan kasih sayang suci, Bahawa aku adalah amanah untuk dirimu, Sekiranya kita ditakdirkan bersama…………………… Nukilan:…………SBK..