Karangan Thn6.docx

  • Uploaded by: elaine
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan Thn6.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 779
  • Pages: 4
Aku sedang membuat kerja sekolahku,tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku meluru ke tingkat atas. Jeritan adik jelas kedengaran dari arah bilik mandi. Aku cuba membukanya tetapi gagal kerana pintu berkunci. Aku tergamam, pelbagai persoalan menerpa benakku. Adakah adikku cedera? Mengapa? Bagaimana? Ayah dan ibuku belum pulang. Tiba-tiba aku terpandang sejambak kunci terletak di atas meja solek ibu. Aku segera mengambil kunci dan membuka bilik air tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kepala adik berdarah. Rambut bertaburan di lantai. Pisau cukur ayah masih di tangannya. Aku pasti kepala adik luka sewaktu cuba bercukur. Aku segera membersihkan luka di kepala adik. Kulihat wajah adik telah berubah. Adik menekup mukanya, sambil mengangguk-anggukan kepala. Aku tidak dapat menahan tawaku. Rupa-rupanya adikku peminat Ronaldo. Aku mengambil peti ubat yang terletak di atas almari. Luka adik yang tidak seberapa itu akau bubuh ubat ‘iodin’.Tujuannya adalah supaya luka itu cepat sembuh. Kemudian, luka itu kubalut dengan kain pembalut supaya tidak dijangkiti kuman. Sejurus kemudian, kedengaran kereta ayah memasuki perkarangan rumah. Aku segera membuka pintu “Kenapa kepala adik berbalut?” tanya ibu kehairanan. Lantas aku menjawab, “ Adik nak jadi Ronaldo bu!”. Aku pun menceritakan kejadian sebenar kepada ayah dan ibu. Mereka pun tertawa mendengar ceritaku itu.

Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi perpustakaan kerana di situ mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu, sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikannya kepada kita semua. Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Melalui pembacaan di situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti mengetahui peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia serta menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak dan sebagainya. Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai peraturan antaranya mesti senyap, memulangkan buku dalam tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan. Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita kerana jika ingkar, mungkin kita akan didenda. Di samping itu, pembacaan bahan-bahan bacaan di perpustakaan akan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Ini pasti akan membantu kita bertutur dan menulis karangan dengan lebih baik. Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi perpustakaan agar kebaikan-kebaikannya itu dapat kita perolehi.

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah, buku cerita, majalah dan sebagainya. Semua sekolah mempunyai perpustakaan sendiri. Banyak kebaikan jika kita menggunakan perpustakaan sekolah. Antara kebaikan menggunakan perpustakaan akan memupuk semangat membaca kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah, buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan sebagainya. Seterusnya, perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan. Ini juga boleh mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, merempit, melepak dan sebagainya. Selanjutnya, kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di perpustakaan. Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk membacanya. Kita juga tidak perlu membeli buku yang mahal-mahal, contohnya buku 'Harry Potter' kerana buku itu terdapat di perpustakaan. Di samping itu, kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita boleh membuat kerja sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita juga boleh membuat perbincangan berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di perpustakaan.

Akhir sekali, perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai keperluan pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik mungkin.

Faedah-faedah Amalan Membaca

Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak kelebihan dan manfaat. Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita senantiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan. Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan makalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis. Di samping itu, amalan suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca buku-buku tentang sains dan sejarah yang boleh kita dapati di perpustakaan. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah. Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia. Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, "Membaca Jambatan Ilmu".

Related Documents

Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63
Karangan
October 2019 78
Karangan
June 2020 31
Karangan
October 2019 55
Karangan Pendek.docx
December 2019 17

More Documents from "rosliza"

December 2019 17
November 2019 16
Curriculum
December 2019 31