Karangan 1

  • Uploaded by: Nur Sabrina
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 216
  • Pages: 1
Dalam menuju Wawasan 2020, sector pelancongan penting sebagai penjana ekonomi Negara. Malaysia perlu memajukan sector ini kerana pengunjung-pengunjung dariluar Negara sentiasa mengambil kesempatan mengunjungi tempat-tempat menarik di sini. Malaysia juga telah dianugerahkan dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Destinasi pelancongan yang unik dan menarik perlulah sentiasa dipelihara dan dipulihara agar sentiasa bersih dan bebas daripada pencemaran. Selain itu, destinasi ini perlulah dilengkapi dengan kemudahan awam seperti telefon awam,tandas awam, dan sebagainya. Kemudahan ini perlulah sentiasa berada dalam keadaan baik untuk kegunaan para pengunjung. Tambahan lagi, pihak yang terlibat perlulah mempromosi secara agresif dan menyediakan pakej yang menarik untuk para pengunjung. Hal ini dapat menarik minat pengunjung untuk melawati sesuatu tempat pada masa akan dating. Pwgawai-pegawai pelancongan perlulah menghebahkan keistimewaan negara kepada pelancong asing untuk menarik perhatian mereka melawati negara kita. Di samping itu, pegawai pelancongan hendaklah mempunyai jaminan keselamatan dan keadaan politik yang stabil. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan ramai pelancong asing untuk melawati tempat-tempat menarik dinegara kita. Apabila sesebuah negara kacau bilau akibat masalah ekonomi, pelancong asing akan menjadi takut untuk berkunjung ke negara tersebut. Kesimpulannya, Malaysia wajar memanfaatkan sektor pelancongan untuk menambahkan pendapatan negara. Malaysia juga perlu membuka peluang kepada pelancong asing untuk melawati tempat-tempat yang menarik di sini. Malaysia perlu mengambil langkah yang pragmatis agar sektor pelancongan dapat dimajukan dan terus berkembang.

Related Documents

Karangan 1
June 2020 3
Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63
Karangan
October 2019 78
Karangan
June 2020 31
Karangan
October 2019 55

More Documents from ""

Karangan 1
June 2020 3
Ujian Dms.doc
June 2020 30
Visite Theatralisee
November 2019 43
Ntc Gp 1000
October 2019 43
Sabrina Verma Cv
April 2020 34