Karangan 06 - Penutup P01

  • Uploaded by: Abdul Manaf Bin Mohd Yasir
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan 06 - Penutup P01 as PDF for free.

More details

  • Words: 477
  • Pages: 3
Karangan Latihan Menulis Perenggan Penutup Nama:___________________________( Tarikh:_______________ Darjah:_______

)

Arahan: Bina perenggan penutup bagi karangan jenis perbincangan di bawah ini. Petikan 1: Peranan Ibu Bapa Sangat Penting Dalam Mendidik Anak-Anak Mereka Ibu bapa ialah orang-orang yang paling penting dalam sistem pendidikan anak-anak. Ini berdasarkan pada hubungan rapat mereka dengan anak-anak. Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak menghabiskan sebahagian besar masa di rumah bersama-sama ibu bapa mereka. Hubungan yang rapat ini pastinya dapat menghasilkan sesuatu yang baik, terutama dalam pembentukan sahsiah anak-anak itu sendiri. Di sinilah terletaknya peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan sikap dan kelakuan anak-anak. Ibu bapa juga adalah golongan yang amat dihormati oleh kanakkanak. Lazimnya, kanak-kanak lebih menghormati ibu bapa jika dibandingkan dengan guru-guru mereka. Justeru itu, anak-anak lebih mudah mematuhi apa-apa juga arahan dan tegahan ibu bapa mereka sendiri. Dari aspek ini, jelas memperlihatkan betapa ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian juga menyemai nilai-nilai yang sesuai untuk disematkan dalam jiwa anak-anak mereka. Peranan ibu dapa dalam mendidik anak-anak sememangnya sangat penting dalam dunia uan semakin mencabar kini. Pengaruh media massa, pengaruh budaya popular, pengaruh rakan-rakan sebaya juga amat kuat mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Pengaruh-pengaruh tersebut merupakan daya tarikan yang amat berkesan yang setentunya menjerumuskan keperibadian anak-anak dengan gejala yang sememangnya tidak sihat. Oleh itu, benteng yang paling ampuh untuk membendung gejala sedemikian hanyalah dengan ketegasan dan keprihatinan ibu bapa di rumah. 1

Rumah adalah asas segala-galanya. Di dalam sebuah keluarga, para ahlinya berhimpun dan diselia oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa adalah teladan dan juga sempadan bagi anak-anak mereka.. Oleh yang demikian, ibu bapa mesti memperlihatkan tingkah laku yang baik agar menjadi ikutan anak-anak mereka. Tidak sukar untuk mendidik anak-anak terutama pada usia mereka muda kerana pada hakikatnya, mereka mudah menurut apa-apa sahaja yang ditunjuk dan diajar. Justeru itulah, peribahasa ‘hendak melentur buluh biralah daripada rebungnya.’ Jika ibu bapa bijak mengatur hidup anak-anak mereka, akan lahirlah anak-anak yang bijaksana lagi berpekerti mulia. Ibu bapa turut berperanan sebagai pendidik semasa anak-anak mereka di rumah. Selain menyalurkan pengetahuan akademik,, ibu bapa bertanggungjawab penuh dalam menerapkan didikan agama dan nilai-nilai hidup yang murni di jiwa anak-anak mereka. Dengan lain perkataan, ibu bapa mesti mengimbangi didikan jasmani dan rohani anak-anak mereka. Berbekalkan ajaran-ajaran yang baik, anak-anak akan dapat membuat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju hidup mereka apabila mereka dewasa kelak. Sewaktu dilahirkan, anak-anak ibarat sehelai kain putih. Di atas kain putih itulah ibu bapa boleh mencorakkan apa-apa warna sekali pun. Oleh itu, jelalah ibu bapa adalah golongan utama dalam menentukan keperibadian anak-anak mereka. Pada tangan merekalah terhimpunnya tanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan mengasuh anak-anak mereka. Sempurna didikan yang diberikan maka anak-anak itu akan menjadi manusia yang sempurna apabila mereka dewasa kelak. Anak-anak itu akan menjadi manusia berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, jika ibu bapa cuai dan mengabaikan tanggungjawab mereka, anak-anaklah yang akan menjadi mangsa.

Catatan Isi Perenggan Akhir

2

3

Related Documents

Karangan 06 - Penutup P01
November 2019 11
Karangan 06 - Penutup P04
November 2019 19
Karangan 06 - Penutup P03
November 2019 13
Karangan 06 - Penutup P02
November 2019 13
P01
October 2019 14
P01
November 2019 27

More Documents from ""

Prb Men 4 Latihan 3
November 2019 18
Prb S2 L3
May 2020 19
Prb S1 L3
May 2020 9
Prb Men 3 Latihan 2
November 2019 15