Kamus Tugasan 1.docx

  • Uploaded by: Buqhari Fauzi
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kamus Tugasan 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,572
  • Pages: 5
1.0

PENGENALAN

Perkamusan, peristilahan dan penterjemahan bahasa Melayu merupakan bidang-bidang yang berkaitan antara satu sama lain dalam memastikan bahasa Melayu sentiasa dinamis dan berkembang. Bidang leksikografi merupakan satu cabang linguistik terapan yang menjurus kepada kaedah dan teknik penyusunan kamus (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019).

2.0

SEJARAH PERKAMUSAN BAHASA MELAYU Perkataan ‘kamus’ berasal dari perkataan ‘qawamis’ dalam bahasa Arab yang menjadi

wadah pengetahuan tentang bahasa yang sangat luas. Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O.Blagden dalam karangannya yang bertajuk, A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words dan Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511 dalam Bulletin of the School of Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32, (h.715-749). Kamus dwibahasa ini diterbitkan dengan nama Cinanya iaitu Man La Jia Gua Yi Yu yang mengandungi senarai perkataan negeri Melaka. Kamus dwibahasa merupakan kamus yang mengandungi dua bahasa. Kamus ini disusun oleh orang Tionghoa di Tiongkok yang melambangkan kemuncak hubungan dua bangsa yang berlainan bahasa dan budaya iaitu Melayu dan Cina serta melancarkan hubungan antara Cina dan Melaka khususnya dalam urusan pemberian ufti. Terdapat 482 perkataan yang terpilih sebagai entri kamus ini yang meliputi pelbagai kategori. Pada tahun 1560, Yang Pin seorang panitera dalam arkib di negara Cina mengumpulkan, menyunting dan menyatukan beberapa senarai kata bahasa Cina-Melayu yang tersimpan dalam arkib tersebut oleh pelaut, pegawai dan pedagang Cina sewaktu dinasti Ming yang pernah belayar ke alam Melayu. Senarai yang dicatatkan antara tahun 1403-1511 ini malangnya tidak pernah ditemui. Menurut Collins, yang terdapat pada hari ini hanyalah senarai yang diterbitkan di London dalam makalah Edwards dan Blagden pada tahun 1930- 1932 tersebut. Oleh itu, berbeza dengan karya Pigafetta yang lebih tua dan sama besar cakupannya, tulisan Yang Pin tidak kelihatan memberikan impak terhadap sejarah perkamusan bahasa Melayu. Pada abad ke-16, selain usaha Pigafetta dan Yang Pin, hanya sebuah senarai kata kata Melayu yang agak penting, iaitu senarai dwibahasa Belanda-Melayu yang dihasilkan pada tahun 1598 yang dikumpulkan sebagai salah satu daripada hasil pelayaran Belanda yang pertama di Nusantara dan disebarkan di Eropah. 1

Seterusnya, terdapat pula senarai yang dikeluarkan oleh Antonio Pigafetta yang terdiri daripada 426 entri bahasa Melayu yang sepadan dengan bahasa Itali pada tahun 1522 yang pada akhirnya dibawa balik ke Sepanyol juga merupakan kamus dwibahasa (Deny Arnos Kwary dan

Norhashimah Jalaludin, 2012) . Pigafetta merupakan pengembara yang mengembara

bersama-sama Ferdinand Magellan. Beliau mengumpul perkataan-perkataan Melayu di Tidore., Indonesia Timur. Selama 200 tahun (1403-1601), daftar kata bahasa Melayu hanya ada empat dan bentuknya sangatlah ringkas. Pada tahun 1603, Frederick de Houtman telah menghasilkan kamus MelayuBelanda semasa beliau menjadi tahanan di Acheh. Daftar kata Melayu-Belanda yang dikumpul adalah lebih daripada 2000 perkataan. Spraeck de woordboek in de Maleysche en de Madagaskarse Talen atau Grammar and Dictionary of the Malayan and Malagasy Languages yang mengandungi bentuk percakapan dan dialog bahasa Melayu serta kosa kata MelayuBelanda telah diterbitkan apabila Houtman dibebebaskan dan kembali ke Amsterdam (Norhashimah Jalaluddin, Intan Safinaz Zainudin, Zaharani Ahmad, Fazal Mohamad,Mohamad Sultan dan Harishon Mohd Radzi, 2013). Kemunculan pertama kamus dwibahasa Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu telah terhasil pada 1701 oleh Thomas Bowrey dengan 468 halaman. Kamus ini mengandungi peta negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu, nahu bahasa Melayu, koleksi perbualan dalam pelbagai konteks, contoh surat menyurat, dan contoh huruf Melayu dalam skrip Roman dan Arab yang membantu dalam urusan perdagangan. Kamus ini boleh dianggap sebagai kamus istilah (Nazilah Mohamad dan Hasimah Ismail, 2017). Kamus ini hanya menunjukkan padanan perkataan bagi bahasa Inggeris atau bahasa Melayu tanpa menerangkan tentang entri tersebut. Pada abad ke-19, James Hownson telah hasilkan kamus Inggeris-Melayu mirip seperti Thomas Bowrey teapi tulisannya berubah dari tulisan Rumi kepada Jawi. Menurut Mohamad Najmi (2016), data korpus penyusun kamus pada abad ke-19 tidak jelas. Pada abad ke-20, sebelum tahun 1950, kamus agak besar saiznya dan usaha menyusun kamus masih dijalankan oleh tokoh seperti R.S. Wilkinson, William G. Shellabear, dan R.O. Winstedt yang merupakan penjajah di tanah Melayu. Haji Shamsuddin Mohd Yunus merupakan tokoh perkamusan yang menghasilkan Kamus Melayu (Makna Perkataan) pada tahun 1920 yang merupakan kamus ekabahasa.

2

Selepas tahun 1950, bidang perkamusan amat pesat. Kemunculan kamus-kamus kecil ini dihasilkan semata-mata tujuan komersial agar ramai pengguna akan membaca kamus (Noresah Baharon et al, 2009). Daftar istilah pada tahun-tahun 60-an lebih berbentuk ekabahasa yang mengandungi satu bahasa sahaja. Kamus Dewan Edisi Pertama (1970) yang merupakan kamus ekabahasa yang diketuai Ketua Bahagian Perkamusan pertama iaitu Dr Teuku Iskandar.Kamus ini mengikut Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1972).Kamus ini telah ditambah baik sehingga 2005 sebagai Kamus Dewan Edisi Keempat dengan mengandungi entri-entri terkini. Hajah Noresah Baharom yang pernah menjadi Ketua Bahagian Perkamusan pada tahun 1988-1995 dan 2001-2005 telah menghasilkan pelbagai kamus seperti Kamus Rendah Dewan Bergambar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat (Noresah Baharom et al, 2015). Bahagian Perkamusan DBP banyak menghasilkan kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus istilah bagi kegunaan penutur bahasa Melayu. Setelah kamus bahasa Melayu mengalami pelbagai perubahan, dapat disimpulkan bahawa untuk menyusun sesebuah kamus ialah tidak mudah kerana teori dan prinsip-prinsip yang tertentu yang perlu diikuti. Antaranya ialah perancangan perlu dilakukan (Sahlberg,2009). Sebagai contoh, Frederick Houtman yang menerbitkan kamus Melayu-Belanda hanya apabila beliau pulang ke Amsterdam. Seterusnya, aspek linguistik perlulah mengikut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya. Sebagai contoh, kamus Melayu-Inggeris yang dihasilkan oleh Thomas Bowrey. Selain itu,pra-syarat peneliti kamus ialah penguasaan dua atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa seperti pengembara Antonio Pigafetta. Penyusun kamus juga perlulah tekun serta cermat. Selain daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak kurang penting. Contohnya seperti, Noresah Baharom yang menjadi Ketua Bahagian Perkamusan sebanyak dua kali di DBP. Menurut Mohamad Omar (2016), penelitian aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan. Sebagai contoh,

3.0

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DAN INSTITUSI YANG LAIN DALAM MENENTUKAN MASA DEPAN PERKAMUSAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan satu badan berkanun yang diberikan kuasa untuk melaksanakan pembinaan bahasa Melayu secara terancang. DBP berperanan untuk 3

mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan persuratan dalam bahasa kebangsaan. DBP juga berperanan untuk mengumpul perkataan-perkataan baharu yang digunakan dalam zaman ini dan melupuskan perkataan yang tidak lagi relevan. Sebagai contoh, perkataan ‘swafoto’ telah diiktiraf oleh DBP yang berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘selfie’. DBP juga berperanan untuk mengkaji bahasa-bahasa dan istilahistilah yang sering digunakan sama ada dalam perbualan harian atau di media sosial supaya mereka boleh menyerap mana-mana perkataan baharu ke dalam kamus seterusnya memperkembangkan bahasa Melayu ke serata dunia (Muhamad Taufik Abdullah, 1992). Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) berperanan mengangkat industri terjemahan di Malaysia. ITBM banyak menterjemah karya bahasa asing ke dalam bahasa Melayu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa (Zaiton Ab. Rahman dan Zaini Mohamed Zain,1990). Kewujudan ITBM mampu untuk memastikan bahasa Melayu kekal digunakan dengan ilmu yang diterjemah dari bahasa asing. ITBM memang berkait rapat dengan Bahagian Perkamusan DBP bagi memastikan penterjemahan mereka mantap dan dapat digunakan oleh semua pembaca. Selain itu, pelbagai kajian dan tindakan diambil oleh DBP khususnya Bahagian Perkamusan serta ITBM dalam memastikan perkamusan ini terus berfungsi dan bahasa Melayu tidak akan mati (Zaidi Ismail, 2012). 4.0

PENUTUP

Bidang perkamusan, penterjemahan dan peristilahan merupakan bidang yang tidak akan berhenti fungsinya kerana bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik seiring zaman dan akan terus berkembang ke serata dunia.

4

Artikel ‘Didik Mengenai Seks Perlu Serius, Ikut Trend’ karya Mohd Fadhli dan Nurul Zakiah menceritakan tentang pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di sekolah. Kurikulum subjek ini merangkumi elemen PEERS sebanyak 75%, pemakanan 15% dan pertolongan cemas 10%. Namun begitu, permasalahan utama pada hari ini berlaku apabila kes-kes yang melibat pencabulan, rogol serta seks bebas kanak-kanak semakin menular dalam kalangan masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengeluarkan statistik di mana sebanyak sembilan peratus remaja bawah umur di Malaysia terlibat dalam masalah yang berkaitan dengan seks seperti cabul dan seks bebas. Salah satu masalah pelaksanaan PEERS di sekolah ialah apabila guru-guru tidak menggunakan istilah yang betul semasa sesi pembelajaran subjek PEERS. Contohnya, bagi kemaluan lelaki guru menggunakan istilah ‘anu’ atau ‘burung’ sedangkan istilah yang tepat ialah zakar. Selain itu, guru juga malu untuk menerangkan dengan jelas tentang seks di dalam kelas kerana beranggapan topik itu tidak sesuai dibincangkan secara ilmiah di dalam bilik darjah. Siti Syairah (2012) dalam kajiannya yang bertajuk ‘Sexual Education In Malaysia : Accepted or Rejected ?’ ada menyatakan bahawa topik mengenai seks adalah tabu dalam kalangan majoriti masyarakat di Malaysia. Tidak boleh dinafikan bahawa kekangan daripada golongan-golongan yang menentang pelaksanaan pendidikan seks secara terus di sekolah adalah punca mengapa meningkatnya kes rogol, cabul dan seks bebas dalam kalangan remaja bawah umur. 22234 kes melibatkan penderaan seksual kanak-kanak di Malaysia pada tahun 2010 hingga 2017 jelas menjadi bukti sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengubah mentaliti tabu mengenai seks. Hal ini kerana, pendidikan seks bukanlah mengajar murid cara-cara melakukan hubungan intim, namun berkisar kepada pencegahan serta kesedaran kepada murid jika ada individu yang cuba mengambil kesempatan kepada mereka. PEERS juga perlu disesuaikan mengikut peredaran zaman dan trend semasa. Hal ini bermaksud, kurikulum perlu sentiasa disemak agar murid tidak menjadi guru. Intiharnya, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) memang sudah dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia, namun pelaksanaan yang lebih telus dan strategik perlu dilakukan agar murid-murid tidak menjadi mangsa keadaan. Perbincangan harus dilakukan agar kes cabul, penderaan seksual serta rogol dalam kalangan kanak-kanak dapat dikurangkan dengan segera.

5

Related Documents

Kamus Tugasan 1.docx
October 2019 10
Kamus...
May 2020 49
Kamus
May 2020 45
A Kamus
June 2020 30
Kamus Inggris.xls
May 2020 44
Kamus Jaringan
June 2020 15

More Documents from "wandy purnomo"

Kamus Tugasan 1.docx
October 2019 10
Semantik Tugasan 1.docx
October 2019 5
Soal Selidik.docx
October 2019 5
Topik_8
April 2020 15