Kajian Tinjauan Kcj.docx

  • Uploaded by: Karmila Yusof
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Tinjauan Kcj.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,665
  • Pages: 26
ISI KANDUNGAN BAB 1....................................................................................................................................................3 PENDAHULUAN.................................................................................................................................3 1.1 PENGENALAN.............................................................................................................................3 1.2 PERNYATAAN MASALAH..........................................................................................................4 1.3 TUJUAN KAJIAN.........................................................................................................................6 1.4 OBJEKTIF KAJIAN......................................................................................................................6 1.5 PERSOALAN KAJIAN................................................................................................................6 1.6 HIPOTESIS KAJIAN....................................................................................................................7 1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN.................................................................................................7 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN............................................................................................................8 1.9 DEFINISI OPERASIONAL..........................................................................................................8 1.10 RUMUSAN................................................................................................................................10

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR....................................................................................................11 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN......................................................................11 2.2 TEORI/MODEL KAJIAN............................................................................................................11 2.2.2 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF................................................................................14 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU.........................................................................................................14 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL....................................................................................................16 2.5 RUMUSAN...................................................................................................................................16

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN......................................................................................................17 3.1 PENGENALAN...........................................................................................................................17 3.2 REKA BENTUK KAJIAN...........................................................................................................17 3.3 PERSAMPELAN.........................................................................................................................18 3.4 INSTRUMEN KAJIAN................................................................................................................19 3.5 KAJIAN RINTIS..........................................................................................................................20 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA.....................................................................................21 3.7 PROSEDUR PENGANALISAN DATA.....................................................................................21 3.8 RUMUSAN...................................................................................................................................22 RUJUKAN..........................................................................................................................................23

LAMPIRAN.........................................................................................................................................26

PELAKSANAAN KEM KECEMERLANGAN JAWI DAN IMPAKNYA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Menurut Harun (2004) abad ke-14 Masihi merupakan zaman peralihan iaitu menebalnya pengaruh Arab dan menipisnya pengaruh India. Rentetan itu, lahirlah tulisan jawi. Menurut Syed Naquib al-Attas (1990), Tulisan Jawi ialah hasil daripada pengubahsuaian dan penambahan huruf-huruf Arab yang disesuaikan dengan lidah dan bunyi perkataan orang Melayu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, huruf ga (‫)ض‬ diperkenalkan dalam Tulisan Jawi berasal dari huruf kaf ‫) ك‬, begitu juga dengan huruf cha (‫)خ‬ yang diperkenalkan berasaskan huruf Ta (‫ ) ت‬dan Jim (‫) ج‬. Digunakan dengan amat meluas sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, Tulisan Jawi memainkan peranan yang amat penting dalam penyebaran maklumat paling utama. Namun sejak akhir-akhir ini, Tulisan Jawi nampaknya semakin goyah dan menunggu masa untuk terkubur jika tiada pihak yang cakna tentang isu ini.

Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil satu inisiatif dengan mewajibkan semua murid mempelajari Tulisan Jawi sebagai satu usaha mempertahankan warisan bangsa ini. Guru-guru di Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengajar menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan khas oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia itu sendiri. Aspek menguasai kemahiran menulis Jawi adalah salah satu daripada kandungan yang terkandung dalam Standard Pembelajaran Jawi di peringkat sekolah rendah.

Penguasaan murid dalam kemahiran menulis akan membantu murid untuk lebih menguasai kemahiran yang lebih mencabar seperti menulis rangkai kata, ayat dan karangan dalam Jawi.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Bidang Jawi dalam Pendidikan Islam diajar sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sejak itu, penguasaan murid dalam kemahiran Jawi masih berada di tahap yang tidak membanggakan. Menurut Kang (1990) dalam kajiannya menyatakan rakyat Malaysia kini lebih selesa dengan tulisan rumi dan mengakibatkan tulisan jawi diketepikan (Abdullah,2003).Kini sebagai langkah menyuburkan kembali warisan ini, Tulisan Jawi telah diangkat sebagai medium asas pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia (Kang Kyoung Seok, 1990).

Pada tahun 2015, program j-QAF telah memperkenalkan Kem Cemerlang Jawi dengan harapan agar program ini dapat memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan meningkatkan penguasaan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah.Kem Cemerlang Jawi ini merupakan satu program yang diibaratkan sebagai medium pemulihan kepada murid-murid yang lemah Jawi. Terdapat beberapa modul yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul ini juga digunakan bersama metadologi dan teknik yang berkesan agar murid dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis jawi dengan sempurna.

Menurut Karmila (2017), dalam Jurnal Praktikum Mingguan yang tidak diterbitkan menyatakan bahawa rata-rata murid tahun 2 dan 3 di Sk Sungai Petani masih tidak

menguasai kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan bersambung. Dapatan ini juga disokong dengan maklumat yang diperoleh daripada hasil penilaian guru-guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Sungai Petani. Situasi murid-murid Islam yang lemah dalam menguasai tulisan jawi merupakan satu perkara yang serius kerana kebanyak bahan bantu belajar seperti lampiran kerja dan buku teks adalah dalam tulisan jawi.

Dapatan ini juga disokong dengan kajian lain yang dijalankan oleh Mohd Nasir (2012) menyatakan bahawa pengkaji mendapati ramai murid yang lemah dan kurang memahami kaedah menulis huruf jawi bersambung sehingga mereka gagal menulis perkataan dengan betul. Disamping itu juga, kajian lepas oleh Mohd Ridzuan (2012) mendapati bahawa terdapat murid yang menghadapi masalah untuk menulis huruf bersambung seperti nga di hadapan perkataan, di tengah perkataan dan di akhir perkataan.

Selain itu juga, Farhatul Madihah (2014) turut menyatakan bahawa murid kelihatan bosan apabila membuat latihan berkaitan menulis huruf jawi terutamanya melibatkan penulisan huruf jawi bersambung. Masalah berkaitan kemahiran menulis huruf jawi ini bukan hanya dapat dilihat apabila murid menulis suku kata, malah ada di antara murid yang tidak dapat menulis huruf jawi tunggal dengan kaedah yang betul. Hal ini menyebabkan guru mengambil masa yang agak lama untuk meneliti hasil kerja murid kerana terdapat beberapa perkataan jawi yang mengandungi huruf hamzah tidak dapat ditulis dengan betul (Masitah, 2014). Kebanyakan murid juga tidak dapat mengecam huruf jawi yang mewakili huruf rumi dan menyebabkan mereka tidak dapat menulis huruf jawi tunggal dan bersambung dengan betul (Mohd Khairul Anuar,2014).

Sebagai satu langkah untuk mendalami masalah tersebut, satu kajian tinjauan telah dijalankan untuk mengumpul data berkaitan perlaksanaan kem cemerlang jawi dan

kesannya terhadap penguasaan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung. Dari penyataan masalah ini didapati bahawa pencapaian akademik murid dalam matapelajaran pendidikan Islam dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah kurangnya penguasaan dalam menulis dan membaca jawi. Dapatan kajian ini diharap dapat meningkatkan penguasaan murid ke tahap yang lebih baik dan sempurna.

1.3 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana KCJ membantu murid untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan bersambung dalam kalangan muridmurid tahun 3 Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti faktor-faktor murid tidak menguasai tulisan jawi dan kesan pelaksanaan kcj terhadap masalah tersebut.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN -

Mengenal pasti faktor murid tidak menguasai kemahiran menulis huruf jawi tunggal

-

dan huruf jawi bersambung Mengenal pasti kesan penggunaan modul kcj terhadap murid dalam kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan bersambung

1.5 PERSOALAN KAJIAN

-

Apakah faktor murid tidak menguasai kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf

-

jawi bersambung? Apakah kesan penggunaan modul KCJ dalam kalangan murid lelaki dan perempuan? Apakah kesan penggunaan modul KCJ dalam kalangan murid kelas 3UM, 3UKM dan 3 USM?

-

Apakah jenis modul yang digunakan oleh murid kelas 3UM, 3 UKM dan 3 USM dalam pelaksanaan KCJ?

1.6 HIPOTESIS KAJIAN -

Terdapat perbezaan yang signifikan faktor murid tidak menguasai kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung.

-

Terdapat perbezaan yang signifikan mengenai penggunaan modul KCJ dalam kalangan murid lelaki dan perempuan.

-

Terdapat perbezaan yang signifikan mengenai penggunaan modul KCJ dalam kalangan murid kelas 3UM, 3UKM dan 3 USM

-

Terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan jenis modul dalam kalangan murid kelas 3UM, 3UKM dan 3USM.

1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini merupakan satu kajian kuantitati deskriptif. Kajian ini akan dijalankan terhadap 90 orang murid tahun 3 di SK Sungai Petani. Kajian ini dijalankan ke atas 3 kelas murid tahun 3 iaitu kelas 3 UM, 3 USM dan 3 UKM. Setiap kelas mempunyai 30 orang murid. Kelas pertama, iaitu kelas 3 UM merupakan kelas yang kebanyakan muridnya mempunyai pencapaian yang baik dari segi akademik. Murid-murid kelas 3 UM terdiri daripada 15 lelaki dan 15 orang perempuan. Kelas kedua yang menjadi pilihan pengkaji ialah kelas 3 USM. Murid-murid daripada kelas 3 USM ini adalah murid

dengan pencapaian akademik

sederhana. Jumlah murid dalam kelas ini ialah 19 orang murid perempuan dan 11 orang murid lelaki. Kelas terakhir di dalam tahun 3 di Sk Sungai Petani ini ialah kelas 3 UKM. Kelas ini mempunyai 20 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Kelas ini terdiri

daripada murid-murid yang lemah dalam pelajaran dan ada di antara mereka yang gagal dalam peperiksaan. 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian ini dijalankan bertitik tolak daripada beberapa persoalan melalui tinjauan terhadap kesan pelaksanaan Kem Kecemerlangan Jawi terhadap murid tahun 3. Antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut: 1) Kajian ini juga diharap dapat memberikan satu data rasmi kepada pihak JPN bagi membolehkan pihak JPN untuk membuat penambahbaikan demi meningkatkan penguasaan jawi di peringkat sekolah agar tulisan jawi tidak luput ditelan zaman. 2) Kajian ini diharap dapat membantu pihak sekolah untuk merancang dan mengelola satu aktiviti atau projek bagi menambahbaik kemahiran murid dalam menulis jawi. 3) Kajian ini juga diharap mampu membuka mata ibu bapa tentang pencapaian anakanak zaman sekarang dan membolehkan ibu bapa mengambil langkah mengatasi masalah ini. 4) Kajian ini juga diharap dapat membantu guru untuk merancang Pdpc dengan lebih baik dan menarik agar kemahiran menulis jawi dapat ditingkatkan ketahap maksimum. 5) Kajian ini diharap dapat membantu mengesan punca murid tidak menguasai kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung dan membolehkan pihak berkenaan merancang langkah mengatasinya.

1.9 DEFINISI OPERASIONAL Berikut merupakan beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini.

i)

KCJ Merujuk kepada Kem Kecemerlangan Jawi yang dijalankan di sekolah-sekolah mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

ii)

Huruf Tunggal Jawi : Kamus Dewan (2002), mendefinisikan jawi merupakan huruf Arab yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Pedoman Ejaan

dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP (2000), tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 36 huruf tunggal.

iii)

Huruf Jawi Bersambung Huruf-huruf jawi yang boleh bersambung antara satu huruf dengan huruf yang lain. Keadaan huruf-huruf bersambung boleh berlaku sama ada di hadapan, di tengah atau di belakang.--

iv)

Suku kata terbuka Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri dengan huruf vocal. Huruf vocal Jawi ialah alif , waw, dan ya. Atau dalam ejaan rumi diakhiri dengan huruf vokal a,e,I,o dan u. Contohnya:

a) Selipar – ‫سليفر‬

v)

b) Gamat

- ‫ضامت‬

Suku kata tertutup Perkataan atau suku kata yang diakhiri dengan huruf konsonan. Huruf konsonan Jawi sama juga dengan huruf rumi iaitu selain daripada alif, waw, dan ya. Atau selain a,e,I,o dan u. Contohnya: a) Pelampung – ‫فلمفوغ‬

1.10 RUMUSAN

b) Kasut ‫ كاسوت‬-

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang akan dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di Daerah Kuala Muda Yan, Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Kajian ini dijalankan bagi melihat kesan penggunaan Modul Kem Kecemerlangan Jawi dan faktor murid tidak menguasai kemahiran menulis jawi. Kajian ini akan menggunakan 90 sampel yang terdiri daripada murid tahun 3 UM, 3 USM dan 3 UKM. Pengkaji berharap kajian ini dapat dilaksanakan agar usaha mengatasi masalah lemah menulis jawi ini dapat diatasi segera..

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN

Di zaman modenisasi kini, tulisan jawi semakin di anak tirikan. Kebanyakan masyarakat kini kurang mengambil berat tentang tulisan jawi. Masyarakat Malaysia kini lebih gemar membaca buku, majalah atau surat khabat dalam bahasa melayu dan inggeris yang menggunakan tulisan rumi. Maka, rentetan dari hal ini, tulisan jawi kian dilupai dan menjadikan masyarakat kian leka dan alpa. Mereka terlupa untuk memantapkan penguasaan jawi sehingga mereka tidak dapat membantu anak mereka dalam pelajaran jawi. Kajian ini bertujuan untuk melihat impak Kem Kecemerlangan Jawi terhadap penguasaan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung. Oleh yang demikian itu, bab ini membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan aspek kajian ini. Bab ini juga melihat pandangan dan dapatan kajian yang terdahulu yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada kajian ini.

2.2 TEORI/MODEL KAJIAN

Pendidikan Jawi juga bermulanya dengan beberapa kemahiran yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah kemahiran mengingat ( menghafaz ), membaca dan menulis. Ia amat berkait rapat di antara satu sama lain untuk mencapai satu objketif utama yang berkaitan dengan kajian.

Daripada The Discovery of the child, Dr. Montessori mendapati bahawa ,

Penulisan mendahului bacaan …………Penulis adalah tindakan di mana psikomotor mekanisme amat ketara , sebaliknya dalam pembacaan, kami hanya mencapai sesuatu pekerjaan yang intelektual.

Biarlah kanak-kanak itu meraih faedah dalam tempoh masa yang lama melalui aktiviti-aktiviti motor ini sebelum bergerak kepada sesuatu pembacaan yang amat abstrak. Ingat bahawa masa penulisan yang panjang atau pembinaan perkataan adalah cara semulajadi untuk seorang kanak-kanak belajar membaca. Dr. Montessori kerap menekankan bahawa tangan itu adalah guru utama kanak-kanak. Beliau mengambil satu petikan daripada The Absorbant Mind .

Aristotle adalah orang yang pertama mengenali kemampuan unik ingatan manusia dalam pepatah masyhurnya :

Tidak ada apa dalam intelektual ini yang tidak dikesan dalam derianya tetapi ia wujud dalam inteleknya dalam kaedah yang berlainan daripada dalam deria

2.2.1 TEORI BEHAVIORISME

Dalam menjalankan penyelidikan berkaitan pendidikan, penyelidik lebih suka untuk menggunakan Teori Behaviorisme. . Teori ini telah diasaskan oleh J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah tokoh terkenal seperti B.F Skinner, Thondike dan Pavlov. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif teori behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rancangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Secara lebih terperinci, penyelidik memilih untuk melihat kepada Konsep Khas Teori Behaviorisme (Ivan Pavlov). Teori ini amat relevan dan amat membantu penyelidik dalam mencari rujukan berkaitan kajian yang dijalankan kerana teori ini menggunakan gerak balas. Dalam penulisan Rabiatul Faezah Rameli et.al (2010) Teori Behaviorisme yang dikemukakan oleh Ivan Pavlov ini menerangkan bahawa “Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk

tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran”. Teori ini bersesuaian dengan kajian penyelidikan dalam bidang pendidikan kerana penyelidik menggunakan cara rangsangan melalui modul. Murid diberikan modul untuk merangsang pengetahuan sedia ada mereka untuk menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung.

Teori Tingkah Laku atau dikenali sebagai Teori Pembelajaran dengan ahli-ahlinya Skinner (1957), Jenkins dan Palemo (1964) serta Braine (1971) mengatakan kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran memperoleh bahasa secara semula jadi . Namun, mereka percaya kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk mempelajarinya dan persekitaran memainkan peranan utama untuk merangsang penguasaan tersebut. Oleh yang demikian minat dan tahap penguasaan seorang murid dalam sesuatu pembelajaran itu bergantung kepada rangsangan dan bahan bantu belajar yang disediakan oleh seorang guru. Misalnya, modul atau permainan. Dalam kajian ini, rangsangan yang disediakan oleh guru ialah modul. Oleh itu, teori ini juga boleh dijadikan rujukan sepanjang kajian ini dijalankan.

Selain itu juga, menurut kajian yang dijalankan oleh UPSI-KPT4033 Group S (2012) Teori Pengajaran tingkah laku, “Teori B.F Skinner sangat bersesuaian dengan guru di sekolah sebagai contoh dalam pengajaran guru selalu menggunakan pujian 'bagus' atau 'betul' kepada pelajar-pelajar yang menjawab soalan dengan betul, untuk mengukuhkan jawapannya, manakala ‘cuba lagi’ bagi jawapan yang salah atau tidak tepat.Gred dan markah digunakan bagi menggalakkan pelajar tersebut belajar. Pelajar yang terbaik pula diberi hadiah tahunan”. Kesemua ini adalah berdasarkan teori tingkah laku.Pembelajaran berlaku dalam proses pelaziman operan kerana ini melibatkan berbagai-bagai gerak balas operasi.

Opportunity (Peluang Teori Behaviorisme) yang digunakan oleh penyelidik kerana guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran

dan

pembelajaran

berpusatkan

guru

tetapi

sebaliknya

lebih

banyak

mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid dapat mengembangkan idea dan bebes memberi pendapat mereka. Murid juga mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi.Ini bersesuaian dengan tahap pemikiran murid yang terlibat dengan pemulihan Jawi menggunakan Modul KCJ. Murid

memerlukan latih tubi perkataan atau huruf yang dipamerkan bagi mengingat perkataan atau huruf tersebut. 2.2.2 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Teori ini diasaskan oleh Jean Piaget (1960) yang menyatakan bahawa kanak-kanak adalah pelajar yang aktif dan mereka sudah mula menjalankan aktiviti berfikir semenjak mereka masih bayi. Kajian beliau tentang perkembangan berfikir manusia telah menunjukkan bahawa dalam jangka hayat setiap individu itu, mereka akan melalui empat tahap berfikir iaitu semasa mereka masih bayi (dari lahir hingga 1tahun setengah atau 2 tahun, peringkat umur prasekolah (1 tahun setengah atau dua tahun hingga 6 atau 7 tahun), peringkat umur kanak-kanak (6 atau 7 tahun hingga 11 atau 12 tahun) dan peringkat remaja sehingga dewasa (11 atau 12 tahun hingga seterusnya).

Berpandukan teori yang digariskan oleh Jean Piaget ini, kanak-kanak berjaya memperoleh kemahiran berbahasa menerusi hubungan antara keupayaan kognitif dan pengalaman yang dialaminya.Persekitaran kanak-kanak ini ini dan perkembangan neurologinya menentukan pembelajaran. Keupayaan bahasa dan berfikir kanak-kanak berkembang seiring apabila mereka melalui tahap-tahap yang semakin kompleks. Piaget yakin bahawa kemahiran berbahasa adalah sesuatu keupayaan semula jadi.

Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan yang pasif sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif setiap maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berdikir, kita seharusnya dapat bertindak balas dengan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat.

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU

Kamaruddin (1998) di dalam kajiannya berpendapat bahawa kemahiran menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting untuk semua murid di bangku sekolah. Hal ini kerana sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan kerja-

kerja menulis dan mengarang karangan untuk menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan pendapat.

Lansing (1971) berpendapat bahawa murid-murid di peringkat sekolah rendah perlu diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor dalam penggunaan bahan dan peralatan. Begitu juga dengan menulis Jawi. Pada pandangan saya, latihan perlu diberikan kepada murid agar mereka mahir menulis jawi. Latihan ini diberi melalui penggunaan modulmodul sedia ada di samping latihan daripada lembaran kerja yang disediakan oleh guru.

Ishak (1992) menekankan bahawa kemahiran menulis bukan sahaja tertumpu kepada mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja, bahkan melibatkan mata pelajaran lain yang memerlukan kecekapan pengucapan idea, fakta, dan hujah berbentuk tulisan. Selain daripada menulis perkataan dalam bahasa melayu, murid juga perlu menguasai tulisan jawi. Hal ini kerana tulisan jawi adalah tulisan warisan kita.

Menurut S. Nathesan (2010) kemahiran menulis merupakan kemahiran yang agak kompleks dan mencabar. Oleh itu, guru perlu sentiasa memantau hasil kerja murid terutama berkaitan penulisan jawi. Guru perlu membantu murid dengan kaedah penulisan jawi yang betul agar mereka akan menulis dengan cekap dan kemas.

Menurut Azlan Shah (2012) masalah utama murid adalah mereka tidak mampu untuk mengenal dan menyebut huruf Jawi yang hampir sama bentuk dengan betul. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam penyelidik terpanggil untuk melihat cara modul KCJ ini membantu murid-murid yang lemah ini untuk menguasai huruf jawi tunggal dan bersambung seterusnya membantu mereka untuk menulis huruf jawi tunggal dan bersambung ini dengan tepat.

Gibson dan Lewin (1975) telah mengenal pasti bahawa huruf dipelajari dengan mengenali ciri-ciri spartial yang tertentu. Dalam kajian ini, guru sangat memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid pada tahap awal untuk mengenal huruf secara visual menggunakan alat bantu belajar. Modul KCJ merupakan salah satu bentuk bahan rangsangan untuk Bahan Bantu Belajar.

Menurut Taufid (2005), mendapati bahawa murid masih lagi menghadapi masalah dalam aspek menyambung huruf jawi. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran menulis jawi di kalangan murid adalah lemah (Farizah, 2005). Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti faktor murid lemah dalam kemahiran menulis jawi agar langkah mengatasi masalah ini dapat diambil segera.

Nik Najmiah (2011) telah menghasilkan satu jadual rumus transliterasi huruf jawi-rumi. Selepas penghasilan rumus ini murid-murid lebih bersemangat untuk membuat latihan jawi. Modul KCJ juga merupakan satu medium alat bantu yang boleh menyuntik semangat murid untuk belajar jawi.

2.4 KERANGKA KONSEPTUAL

PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF JAWI TUNGGAL DAN HURUF JAWI BERSAMBUNG DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 SKSP

JANTINA MODUL KCJ -MODUL PENGENALAN HURUF JAWI TUNGGAL DAN BERSAMBUNG

Kerangka Konseptual Kajian Tinjauan

UJIAN PASCA

AKTIVITI AKADEMIK

UJIAN PRA

KELAS

KUMPULAN MURID :

RENDAH SEDERHANA MENGUASAI

2.5 RUMUSAN Kajian ini memerlukan saya untuk meninjau dan mencari maklumat berkaitan tajuk yang ingin saya kaji. Saya berjaya mendapatkan maklumat dari sumber seperti Prosiding, Jurnal yang tidak diterbitkan dan juga tesis-tesis berkaitan. Kebanyakan bahan sumber ini saya peroleh daripada pensyarah dan internet. Terdapat beberapa bahan yang saya temuinya di Perpustakaan. Melalui tinjauan yang dilakukan, saya perlu mengutip maklumat berdasarkan artikel-artikel kajian yang dilakukan mulai tahun 2013- 2018. Hal ini memberikan sedikit cabaran namun saya berjaya menemukan artikel-artikel yang bersesuaian. Bukan hanya perlu bersandar kepada kajian lampau, saya juga perlu membuat perkaitan antara tajuk yang saya ingin kaji dengan teori dan model-model yang ada. Saya berjaya menghubungkan teori dengan tajuk saya ini. Saya perlu bersungguh-sungguh agar dapat menepati kajian saya ini

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN Metadologi kajian merujuk kepada kaedah penyelidikan tentang bagaimana sesuatu maklumat dapat dikumpul. Kajian ini memerlukan perancangan yang teliti agar dapat membantu memudahkan data penyelidikan itu diperoleh, dianalis dan dan dinilai. Metadologi kajian ini dijadikan sebagai satu garis panduan kepada penyelidikan yang akan dijalankan oleh pengkaji. Metadologi yang digunakan akan memudahkan penyelidik dalam menjalankan penyelidikan secara lebih sistematik. Kajian ini merupakan salah satu kajian penyelidikan mengenai keberkesanan murid dalam menguasai kemahiran menulis jawi setelah murid mengikuti KCJ. Setelah tinjauan dijalankan, bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk penyelidikan, lokasi kajian, persampelan, pengumpulan data, ujian diagnostik, ujian pos, borang soal selidik dan analisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Reka bentuk kajian juga merupakan sesuatu yang penting dalam melaksanakan sesuatu kajian. Menurut Sabitha (2006), reka bentuk kajian merupakan satu kajian yang menggambarkan bagaimana sesuatu kajian itu dibuat. Dalam kajian permasalahan menulis jawi dari perkataan rumi atau menjawikan perkataan, penyelidik menentukan agar kajian yang akan dijalankan ini berbentuk kajian tinjauan dan kuantitatif. Melalui reka bentuk ini, penyelidik akan dapat mengumpul maklumat serta data yang diperlukan secara langsung daripada pihak responden melalui ujian diagnostik, ujian pos dan borang soal selidik yang diberikan kepada murid tersebut. Reka bentuk kajian ini digunakan adalah kerana ia merupakan contoh terbaik bagi rekabentuk penyelidikan. Ujian pasca ini akan diberikan kepada semua murid tahun 3 di sekolah tersebut bagi membolehkan penyelidik mengetahui tahap penguasaan kesemua murid tahun 3 itu dalam menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung sebelum menggunakan modul KCJ manakala ujian pos pula membolehkan penyelidik mengetahui tahap penguasaan dan

keberkesanan murid menulis huruf jawi tunggal dan bersambung setelah mengikuti sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PDPc) Pelajaran Jawi. Pengajaran dan pemudahcaraan ini dilakukan oleh guru matapelajaran Pendidikan Islam ini dengan menggunakan modul KCJ. Borang soal selidik pula membolehkan penyelidik mengetahui sebab kelemahan murid menguasai kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung sama ada kerana faktor individu itu sendiri, faktor minat atau kerana guru itu menggunakan kaedah mengajar yang kurang menarik dan sukar difahami oleh murid tersebut.Semua proses kajian adalah sangat penting dan saling berkait antara satu sama lain bagi membolehkan terhasilnya satu dapatan kajian yang tepat dan sahih. Menurut kajian Shazana Muhamed Sa’ad (2009), menyatakan bahawa dalam menguasai kemahiran menulis dalam tulisan jawi bukanlah satu proses yang mudah seperti kemahiran menulis dalam bahasa yang lain. Tulisan jawi memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria motor yang sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk-bentuk huruf disamping memerlukan koordinasi mata dan otak.

3.3 PERSAMPELAN Populasi adalah sekumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama (John W.Creswell,2012). Di ambil daripada 400 orang murid di sekolah tersebut, hanya 90 orang murid tahun 3 sahaja yang dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Sampel yang terpilih tadi akan diberikan ujian diagnostik bagi membolehkan penyelidik mengenalpasti punca sebenar kurangnya penguasaan kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung di kalangan murid tahun 3. Responden dan sampel ini dipilih mengikut tahun persekolahan iaitu tahun 3.

Ujian pasca dijalankan dengan mengedar terus kertas ujian kepada responden. Responden yang terdiri daripada semua murid tahun 3 itu akan menjawab ujian yang diberi berdasarkan penguasaan dan kemahiran sedia ada mereka dan memasuki proses pengumpulan data. Mohd Najib (2007) dan Patton (2002) menyatakan bahawa kaedah tinjauan soal selidik merupakan satu kaedah yang amat mudah, tepat dan cepat untuk mendapatkan maklumat secara lintas lalu melalui sekali kutipan sahaja. Menurut Mohd. Najib (2003), reka bentuk kajian yang bersifat kuantitatif merujuk kepada soalan apa dan berapa banyak pada

bahagian objektif, selain penyelidik memutuskan persoalan kajian yang ditentukan menggunakan soalan yang khusus, mengumpulkan data yang boleh dikuantitatifkan responden serta menjalankan inkuiri dalam bentuk yang difahami.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian adalah merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika menjalankan sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data seperti mana yang dikehendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian. Pengkaji akan menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data antaranya ialah dengan menjalankan ujian diagnostik, ujian pos dan temubual dengan guru yang mengajar.

3.4.1 Ujian Pasca

Ujian pra ini merupakan satu ujian yang akan diberikan kepada murid-murid tersebut bagi membolehkan saya membuat penilaian awal tntang pengetahuan sedia ada mereka. Ujian pra ini akan mengandungi 16 soalan yang menguji mereka mengenai kemahiran menulis jawi. Soalan ini berbentuk menulis huruf jawi yang melambangkan huruf rumi yang diberi dan menjawikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan suku kata yang diberi, Ujian pra ini akan di jalankan secara serentak dan murid-murid diletakkan berjauhan antara satu sama lain agar mereka tidak dapat meniru. Sebelum menjalankan ujian pra, ke semua murid hendaklah mengosongkan meja mereka bagi mengelakkan mereka meniru contoh daripada buku atau bahan-bahan lain.

3.4.2 Ujian Pos

Ujian pos pula merupakan satu ujian yang dijalankan bagi menguji sama ada murid masih berada di tahap yang sama atau semakin meningkat setelah didedahkan dengan modul KCJ. Ujian pos ini akan dijalankan 3 hari selepas ujian pasca dijalankan. Ujian pos ini mengandungi soalan yang sama seperti ujian pasca. Kedudukan soalan ujian pos ini adalah sedikit berbeza dengan susunan soalan ujian pasca. Melalui ujian pos ini, pengkaji dapat membuat penilaian tentang perbezaan pencapaian murid secara individu dan kelas.

3.4.3 Soal Selidik

Selain daripada ujian pos, murid turut dibekalkan dengan soal selidik. Soal selidik ini dibina bagi mengetahui faktor-faktor murid kurang menguasai kemahiran menulis jawi. Soal selidik yang dibina ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A : Aktiviti Akademik Murid, bahagian B : Modul Yang Digunakan dan bahagian C: Peranan Keluarga. Melalui soal selidik ini, pengkaji ingin mengkaji yang manakah merupakan faktor murid kurang menguasai kemahiran menulis jawi.

3.5 KAJIAN RINTIS Sebelum kajian sebenar ini dijalankan, penyelidik akan menjalankan satu tinjauan rintis berkaitan isu kemahiran menulis huruf jawi tunggal dan huruf jawi bersambung ini. Item-item bagi instrument kajian rintis ini akan dibina berdasarkan beberapa panduan daripada buku teks, buku latihan jawi, modul KCJ dan turut mendapatkan rujukan dan pandangan daripada beberapa orang guru dan pakar dalam bidang penyelidikan bagi mendapatkan kesahan kandungan sebelum kajian dilaksanakan.

Tinjauan ini dilaksanakan bermula dari bulan Julai-Oktober tahun 2018 ke atas 45 orang murid tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani untuk melihat sejauhmana item ini dapat difahami oleh responden. Responden kajian rintis ini tidak melibatkan responden sebenar sama ada secara langsung dan tidak langsung.

3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

3.7 PROSEDUR PENGANALISAN DATA

3.8 RUMUSAN

RUJUKAN Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Bentong : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Azlan Shah Ibrahim 2009, Permainan Kad Huruf Bergrafik Dalam Kemahiran Mengenal dan Menyebut Huruf Jawi Yang Sama Hampir Bentuk. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam . Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 1-9

Azman Wan Chik. 1986. Kaedah hayati amali: satu pendekatan mengajar Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Elias, R. M. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Karisma Publication Sdn. Bhd.

Harun Jaafar (2004), Ikhtisar Kebudayaan dan Prosa Melayu Klasik, Tanjong Malim:

Husin, K. H. (n.d.). Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Dasar Cetak ( M ) Sdn. Bhd.

Ishak, M.S. (1992). Atlas Budaya Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin. (1998). KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru). Siri Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kang Kyoung Seock (1990) Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kaur, R. (2010). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI Sekolah Rendah. UG Press Sdn. Bhd.

Keow, C. L. (2008). Murid dan Alam Belajar. Kumpulan Budiaman Sdn. Bhd.

Lansing, Kenneth M, (1971). Arts, Artists and Art Education, New York. Hill Books Company.

Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Nik Najmiah Nik Lah (2011). Inovasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Kangar: Red Frame Multimedia Sdn. Bhd.

Nik Rosila Yaakob. 2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, KementerianPelajaran Malaysia. Pusat Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris, h. 23.

Rahil Mahyuddin, J. M. (2000). Psikologi Pendidikan II. ADDISON WESLEY LONGMAN MALAYSIA SDN. BHD.

Sang, M. S. (2001). Psikologi pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2. Percetakan Sentosa K.L Sdn. Bhd.

Sulaiman Ngah Razali (1997) Pedagogi teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Taufid Abdul Hapip (2005). Keberkesanan Teknik Penguasaan Huruf Dalam Program Pembacaan Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu. Universiti Malaya.

LAMPIRAN

Related Documents


More Documents from ""