ISI KANDUNGAN
Penghargaan ............................................................................................................ 2 Pengenalan mengenai Solat.................................................................................... 3 Peranan Solat dalam membentuk masyarakat berkualiti ..................................... 6 Punca segelintir umat islam lalai dalam solat ..................................................... 12 Refleksi ................................................................................................................... 14 Rujukan ................................................................................................................... 17
1|Pendidikan Islam
PENGHARGAAN
Pertama sekali bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat dan izin-Nya dapat juga saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini . Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah subjek GPI 1083 Pendidikan Islam di kelas saya, Ustaz Ismail Mat Ludin dan Ustaz Azmi Bin Khamis yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan para sahabat tanpa lelah dan jemu . Tanpa khidmat nasihat mereka berdua , sudah pasti saya tidak mampu menyudahkan tugasan ini dengan baik lagi cemerlang . Seterusnya , sekalung penghargaan budi saya tujukan buat pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim amnya yang telah menyediakan sebuah pusat sumber yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan maklumat berguna buat saya dan guru-guru pelatih lain . Petugas pusat sumber juga khususnya telah membantu saya mencari maklumat dan bahan berkaitan dengan lebih berkesan melalui bahan-bahan di Pusat Sumber Sultanah Haminah , Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim . Tidak lupa juga dengan kemudahan internet yang telah disediakan oleh pihak kampus . Dengan adanya internet ini , mudahlah untuk saya membuat rujukan seterusnya menyiapkan tugasan ini . Selain itu juga , terima kasih tidak terhingga buat kedua ibu bapa saya , Yusof Bin Mat Husin dan Zaharah Binti Md Saat yang memberi sokongan sepenuhnya sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini . Tanpa bantuan mereka dari segi dorongan semangat dan material sudah pasti saya tidak mampu melakukan tugasan dengan baik . Terima kasih . Akhir sekali , sekalung apresiasi buat sahabat-sahabat F2B-PA yang sentiasa sudi menghulurkan sepenuh bantuan dan pertolongan semasa saya menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan ini . Kerjasama kalian amat dihargai dan disemat kemas di dalam hati . Terima kasih tidak terperi atas kesudian meluangkan masa kalian yang terhad untuk menerangkan kepada saya akan cara-cara untuk menyudahkan kerja kursus ini dengan cemerlang. 2|Pendidikan Islam
1.0 PENGENALAN MENGENAI SOLAT
Solat merupakan salah satu dari rukun Islam dan Solat juga telah disebutkan oleh Nabi SAW sebagai tiang kepada agama di mana agama Islam tidak akan tertegak kecuali dengan tertegaknya solat1 .Kefardhuan Solat ke atas umat islam telah diterima oleh baginda Rasulullah S.A.W pada malam Isra’ dan Mikraj . Hal ini dikatakan sedemikian berdasarkan penerangan Anas Bin Malik : Difardhukan atas Nabi Muhammad S.A.W, solat lima puluh kali . Kemudian berkurang sampai tinggal lima kali , lalu diputuskan : “Hai Muhammad ! Sesungguhnya tidak bias dirubah lagi keputusan-Ku (keputusan Allah) .Dan sungguh , solat lima ini sama dengan lima puluh .” (Hadith Riwayat Imam Ahmad , An-Nasa’I dan At-Tirmidzi menganggapnya Sahih ) Muslim yang meninggalkan solat dan tidak mempunyai alasan yang munasabah dihukum berdosa besar dan orang yang zalim . Kesalahan ini dianggap besar kerana ia bukan sahaja melanggar perintah Allah tetapi turut menentang fitrah manusia kerana fitrah manusia itu dijadikan adalah untuk beribadah kepada yang Esa . Dalam banyak-banyak syariat yang diberikan kepada manusia, solatlah satusatunya ibadah yang tidak boleh sama sekali ditinggalkan oleh laki-laki Muslim yang telah baligh dari saat ia mencapai umur baligh sehinggalah ke saat akhir hayatnya. Bagi bayi yang baru lahir, disunatkan untuk melakukan azan ke atas kanak-kanak lelaki dan iqamat bagi anak-anak perempuan.5 Azan atau iqamat itu pula mengandungi lafaz-lafaz untuk mengajak manusia mendirikan solat. Ketika jenazah hendak dikebumikan, salah satu perkara wajib yang mesti disempurnakan adalah dengan melaksanakan solat jenazah ke atas jenazah tersebut. Dengan itu, tidak hairanlah mengapa kita sering mendengar ungkapan-ungkapan yang berbunyi “sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”.
1
Sila rujuk Sayid Sabiq, Fikih Sunnah (ali bahasa oleh Mahyuddin Syaf), cetakan keempat, Penebit P T Al Ma’arif, Bandung, Jilid 1, 1981, hal.157.
3|Pendidikan Islam
Ketika memasuki masjid, kita dianjurkan pula untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid sebanyak dua raka’at sebelum melakukan ibadah lain atau sebelum kita beri’tikaf di masjid tersebut sebagai satu bentuk penghormatan kepada rumah Allah Ketika memutuskan untuk mendirikan rumahtangga dengan bakal pasangan hidup, kita juga dianjurkan oleh Nabi SAW untuk melakukan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk dari Allah SWT samada bakal pasangan hidup kita benarbenar orang yang dipilih dan sesuai untuk menjadi teman hidup kita. Dalam perjalanan hidup Nabi SAW dan para Sahabat Baginda, kita juga dibanjiri dengan kisah-kisah unggul mereka dalam soal melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. Pernah diriwayatkan bahawa Nabi SAW mendirikan solat dengan penuh khyusuk dengan membacakan ayat-ayat al-quran yang panjang sehingga menyebabkan kaki Baginda yang mulia menjadi bengkak-bengkak akibat berdiri terlalu lama Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas, amat nyatalah bahawa ibadah solat sesungguhnya mempunyai tempat yang sangat istimewa dan hebat di sisi Allah SWT. Kehebatan solat diperkukuhkan lagi oleh satu peringatan Nabi SAW bahawa jika diterima solat seseorang itu oleh Allah SWT, maka Allah SWT akan menerima seluruh amal ibadahnya. Begitu juga, jika solat itu ditolak oleh Allah, maka ditolak jugalah seluruh amal ibadah yang dikerjakan oleh orang itu.2. Ibadah yang paling hebat ini sudah pasti mempunyai kelebihan-kelebihannya tersendiri dan memdatangkan pelbagai kesan positif sama ada kepada individu muslim mahupun masyarakat muslim itu sendiri .
2
Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah. Sila rujuk perbincangan mengenai hadith ini dalam H. Bey Arifin, Himpunan Kutbah Jumaat, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, Jilid 1, 1997, hal.23.
4|Pendidikan Islam
SOALAN PERTAMA 1) Huraikan bagaimana solat berperanan dalam membentuk masyarakat berkualiti .
5|Pendidikan Islam
2.0 Peranan Solat Dalam Membentuk Masyarakat Berkualiti
Jika dilihat kepada ketinggian dan hebatnya kedudukan solat di sisi Allah, sudah tentulah syariat tersebut mempunyai hikmah yang tersendiri. Pengaruhnya kepada mereka yang melaksanakannya amatlah banyak asalkan saja ibadah itu dilaksanakan dengan penuh kesedaran lagi sempurna. Seandainya , individu muslim itu mampu dibentuk dengan baik melalui solat , maka sudah pasti sebuah masyarakat berkualiti juga akan terbentuk .
2.1 Solat dapat melahirkan masyarakat yang bebas daripada perbuatan keji dan mungkar .
Allah S.W.T telah berfirman di dalam kitab suci Al-Quran yang mulia :
َّ َّللاِ أ َ ْكبَ ُر َو َّ َاء َو ْال ُم ْن َك ِر َولَ ِذ ْك ُر َّللاُ يَ ْعلَ ُم ِ صالة َ ت َ ْن َهى َع ِن ْالفَ ْحش َّ صالة َ إِ َّن ال َّ َوأَقِ ِم ال َصنَعُون ْ َ َما ت Maksudnya : “dan laksanakanlah solat . Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar .Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan . ”. (Surah Al AnKabut : 45)
Melalui firman Allah di atas , jelaslah bahawa ibadah solat yang disyariatkan oleh Allah S.W.T ini bukanlah satu ibadah yang hanya bertujuan untuk pengabdian diri kepada Pencipta namun turut membantu menghalang diri muslim itu daripada terdedah kepada kemaksiatan dan kemungkaran .
6|Pendidikan Islam
Antara contoh-contoh kemaksiatan dan kemungkaran itu ialah perbuatan zina , mencuri , meminum arak dan lain-lain lagi . Justeru itu , bayangkan sahaja sekiranya semua individu muslim itu melaksanakan ibadah solat dengan baik dan kusyuk , sudah pasti setiap seorang daripada mereka akan menjadi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah . Mereka ini sudah tentu tidak akan melakukan perbuatanperbuatan keji yang tidak diredhai Allah . Individu muslim yang soleh dan solehah ini seterusnya akan melahirkan sebuah keluarga muslim yang turut membenci dan meninggalkan perbuatan keji dan mungkar . Daripada komuniti keluarga muslim sejati inilah akan terbentuknya masyarakat muslim yang bebas daripada gejalagejala dan akhlak yang buruk . Oleh itu , lahirlah suatu masyarakat dan negara Islam yang berkualiti .
2.2 Solat mampu melahirkan masyarakat yang menepati masa .
Allah S.W.T telah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W dan umatnya , iaitu kita untuk menunaikan ibadah solat ini sebanyak lima waktu sehari semalam . Waktu yang ditentukan oleh Allah S.W.T itu adalah tetap dan tidak berubah sehingga ke hari qiamat misalnya , waktu maghrib dikira apabila matahari hampir tenggelam . Tempohnya adalah kira-kira kadar azan , wuduk , menutup aurat , iqamat , dan solat lima rakaat .3
Dengan tetapnya masa ini , maka umat islam akan sentiasa cakna untuk segera menunaikan solat setelah masuknya waktu solat yang ditandai dengan laungan azan . Umat islam digalakkan meninggalkan segala juga perbuatan mereka dan mengutamakan solat . Sekiranya mereka sengaja menunaikan solat sebelum masuknya waktu , atau sengaja melewatkan solat sehingga masuk waktu solat seterusnya , maka solat mereka tidak sah dan mereka juga mungkin dikira berdosa atas kelalaian mereka dalam melaksanakan perintah Allah .
3
Sila rujuk buku 24Jam Dipayungi Syariat dengan kata pengantar oleh Dr. Zulkifli Al-Bakri (2014) yang merupakan terjemahan Kitab Matan Abi Syuja’ yang ditulis oleh Imam Abu Syuja’ Ahmad bin Al-Hussain bin Ahmad Al-Asfahani .
7|Pendidikan Islam
Disamping itu juga , mereka yang tidak menepati masa dalam mengerjakan ibadah solat ini juga turut
mempengaruhi keprihatinan mereka terhadap masa
mereka dari aspek kehidupan yang lain . Misalnya , mereka yang sengaja melengahkan masa untuk bangun menunaikan solat subuh akan menghadapi masalah seperti lewat ke tempat kerja . Justeru itu , tidakkah kita dapat melihat , ibadah solat ini mampu melahirkan suatu masyarakat yang cakna dan bijak mengatur masa . Mereka juga akan sentiasa menghargai masa mereka dan memenuhinya dengan perkara ibadah dan berfaedah .Hal ini kerana , golongan yang menghargai masa pasti akan terus cemerlang di dunia mahupun di akhirat kelak .
2.3 Solat dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berdisiplin tinggi
Selain itu juga , seperti ibadah-ibadah lain juga , ibadah solat ini turut menerapkan dan mewajibkan rukun tertib . Rukun tertib ini sebenarnya adalah satu medium latihan yang sangat berjaya dalam membentuk seorang individu muslim yang patuh dan berdisiplin tinggi .
Tertib
atau
mendahulukan
mana
yang
perlu
didahulukan
dan
mengkemudiankan apa yang perlu dikemudiankan ini dapat melahirkan seorang insan muslim celik prosedur . Antara contoh perlakuan tertib itu ialah berwuduk dahulu sebelum menunaikan solat . Sekiranya muslim itu bersolat dahulu kemudian baru berwuduk , solatnya dikira tidak sah . Latihan dan peraturan sebegini dapat membantu sesebuah negara untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin tinggi sekaligus bertindak efisen dalam setiap pekerjaan .
Dengan ini , jelaslah solat bukan sahaja suatu ibadah sebagai tanda syukur kepada Allah namun disisi lainnya juga bertindak sebagai satu latihan bagi melahirkan masyarakat yang , berdisiplin tinggi , patuh dan produktif .
8|Pendidikan Islam
2.4 Solat melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan
Islam turut menggalakkan umatnya agar mencintai ilmu dan sentiasa menuntut ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah . Pengiktirafan bagi orang yang berilmu itu jelas dipaparkan dalam ibadah solat yang diwajibkan kepada kita . Jika dikaji semula , secara logiknya Islam mewajibkan kita supaya melakukan solat dengan mematuhi segala rukun-rukun yang ditetapkan sama ada dalam bentuk lafaz perkataan ataupun gerak perbuatan .
Bagi memenuhi segala spesifikasi yang diperlukan dalam ibadah solat yang agak teratur dan ketat ini , seorang Muslim itu tidak mempunyai sebarang pilihan lain melainkan mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh . Kegagalan dalam mempelajari ilmu fikah dalam bab solat ini misalnya , akan menyebabkan solat mereka tidak sah walau berapa rakaat sekalipun yang telah dilakukannya .
Seperti yang kita sedia maklum , tidak sah solat bagi mereka yang melakukan perbuatan solat dengan paling tertib sekalipun tetapi hanya mengikut tunjuk ajar atau mengikut tanpa mengetahui dengan tepat yang mana satu rukun dan mana satu perbuatan sunat .
4
Hal ini membuktikan bahawa ilmu pengetahuan amat
signifikan dalam Islam .
Malah , ketika melaksanakan solat Jemaah , imam yang memimpin solat itu haruslah dipilih daripada kalangan mereka yang memiliki ilmu pengetahuan . Makmum yang berdiri di belakang imam juga sebenarnya perlu menguasai ilmu fikah terutamanya tentang solat dan taharah kerana kadangkala imam itu terlupa sesuatu dalam solatnya .Justeru makmum yang berdiri hampir dengan imam perlulah lengkap dengan ilmu –ilmu berkaitan agar dapat membantu imam .
Melalui keterangan di atas jelaslah , Islam menekankan ilmu pengetahuan dalam solat . Dengan melaksanakan solat , seorang individu muslim yang berilmu dapat dilahirkan .Sekiranya setiap muslim menyedari akan kepentingan solat maka
4
Sila rujuk Datuk Haji Md Hashim Yahya , Ensiklopedia solat ,2011 , Kuala Lumpur , Telaga Biru Sdn .Bhd Hal.201
9|Pendidikan Islam
masyarakat berilmu itu akan dapat dibentuk . Justeru itu , lahirlah sebuah masyarakat yang bukan sahaja berilmu malah berkualiti dalam setiap aspek .
2.5 Solat membentuk masyarakat yang bersatu padu Amalan solat secara bejemaah merupakan sunnah Nabi SAW dan nilai pahalanya sebanyak 27 kali labih banyak berbanding dari solat bersendirian. Nilai pahala besar yang disediakan Allah SWT kepada orang yang berjemaah menandakan bahawa amalan solat secara berjemaah sudah tentu mempunyai hikmah yang besar pula. Amalan solat berjemaah sebenarnya dapat melahirkan masyarakat bersatu padu di bawah pemimpin yang adil lagi bersih ..
Sebagai imam, ia mestilah bersedia ditegur dan diperbetulkan oleh para jemaah apabila imam melakukan kesilapan dalam bacaan atau terlupa melakukan amalan-amalan tertentu dalam solat. Pada masa yang sama, para jemaah pula wajib mengikut arahan imam, termasuk tidak boleh mendahului imam dalam solat.
Peraturan yang ditetapkan ketika solat berjemaah ini memberi peringatan dan pengajaran yang jelas bahawa hidup ini perlu hidup bermasyarakat dan perlu bernaung di bawah pemimpin yang adil, bersedia dan sedia menerima teguran. Amalan berjemaah mencerminkan hidup dalam muafakat dan bersatu padu setiap masa . . Tidak syak lagi, amalan solat secara berjemaah terbukti dapat melahirkan masyarakat yang kuat dan bersatupadu.
10 | P e n d i d i k a n I s l a m
SOALAN KEDUA 2) Jelaskan faktor –faktor segelintir Umat Islam lalai dalam melaksanakan Solat .
11 | P e n d i d i k a n I s l a m
2.0 Punca segelintir Umat Islam lalai dalam ibadah solat .
Punca pertama segelintir umat islam mengabaikan ibadah solat ialah mereka terlupa akan hakikat diri sebagai hamba Allah menyebabka kita lalai dalam melaksanakan solat. Apabila kita sedar bahawa kita adalah hamba Allah, kita perlu melaksanakan perintah Allah bukan mengingkarinya seperti meninggalkan solat. Segala kelebihan dan kejayaan yang kita perolehi pada hari ini adalah daripada Allah, bila-bila sahaja Allah akan mengambilnya kembali. Sekiranya kita lupa akan hakikat itu, maka timbullah rasa sombong dan sebagainya. Perasaan sombong itulah yang menyebabkan rasa malas dan leka itu membelenggu diri lantas merasakan solat itu bukanlah sesuatu yang penting dan ditinggalkan begitu sahaja . Selain itu juga. , muslim itu lalai dalam solatnya kerana dia dibelenggu dengan dosa. Ramai manusia mempunyai hubungan zahir dan batin yang cacat menyebabkan tidak dapat melahirkan rasa cinta yang sungguh-sungguh dengan Allah, buktinya ialah seseorang manusia itu tidak mahu berusaha bersungguhsungguh atau langsung tidak mahu bermujahadah melawan hawa nafsu yang sangat cenderung dalam melakukan dosa lebih-lebih lagi dosa batin. Punca ketiga segelintir umat islam itu lalai dalam menunaikan ibadah solat ialah akibat daripada makan makanan dan minuman yang haram .Perbuatan ini boleh menggelapkan hati dan menjadikan diri malas untuk beribadah kepada Allah serta menjadi faktor segelintir umat islam meninggalkan solat. Apabila manusia memakan dan minum makanan yang diharamkan oleh syarak maka ia boleh mengakibatkan keburukan kepada diri sendir iaitu melalui peribadinya, masyarakat dan orang disekelilingnya. Perkara ini juga boleh menyebabkan hati menjadi gelap, dan amal ibadah tidak akan diterima Allah. Allah sendiri telah menyatakan bahawa perbuatan makan dan minum makanan yang haram akan menjauhkan kita dari Allah dan akan menghalang kita daripada melaksanakan solat. Meskipun kadang-kadang makanan dan minuman yang kita ambil itu merupakan daripada jenis makanan dan minuman yang halal, tetapi berkemungkinan cara mengusahakannya dari sumber yang haram seperti mencuri, menipu atau daripada hasil riba, hukum makan dan minum makanan itu tetap menjadi haram. Dari itu, kita seharusnya memastikan
12 | P e n d i d i k a n I s l a m
makanan dan minuman yang kita peroleh adalah dari sumber yang haram supaya kita mudah melakukan ibadah solat dan ibadah lainnya. Akhir sekali ialah sikap muslim yang terlalu mencintai dunia dan takut mati itu juga menyebabkan manusia itu terus alpa . Penyakit ini dinamakan sebagai penyakit Wahan . Mereka yang dihinggapi penyakit hati ini akan mengutamakan urusan dunia lebih daripada urusan akhirat.. Penyakit ini juga merupakan salah satu sumber kehancuran utama umat islam kerana menganggap kedudukan dan harta adalah tujuan untuk hidup di dunia semata-mata dan bukan untuk meraih keredhaan Allah.. Menurut Imam Al-Ghazali , cinta dunia adalah pangkal segala dosa dan mebuatkan manusia lupa akan tujuan sebenarnya berada di dunia ini.
Dengan
hidup
yang
berlandaskan keduniaan sudah pasti mereka mengganggap solat sebagai aktiviti yang hanya melambatkan pergerakan mereka dalam menyelesaikan urusan dunia . Oleh itu , mereka lalai dan lebih cenderung untuk beribadah bila ada saki baki masa lapang . Sedangkan solat itulah yang lebih utama berbanding dunia dan seisinya kerana solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak
13 | P e n d i d i k a n I s l a m
REFLEKSI
Bismillahirrahmanirrahim . Bersyukur ke atas kurniaan Allah S.W.T dengan limpah serta kurniaanya , dapat saya menyelesaikan tugasan ini . Tugasan ini merupakan tugasan yang keenam bagi semester kedua saya di Ipg Kampus Sultan Abdul Halim .
Dalam semester ini , terdapat 4 subjek asas yang akan dinilai melalui kerja kursus dan ujian akhir semester . Salah satu daripada subjek itu adalah subjek ini sendiri iaitu subjek yang berkod GPI 1083 , Pendidikan Islam yang diajar oleh Ustaz Ismail Mat Ludin . Selain daripada ujian akhir semester , tugasan projek ini diserahkan kepada setiap pelatih untuk disiapkan .
Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini , terdapat banyak pengajaran dan iktibar yang dapat saya ambil bagi membantu saya untuk menjadi guru yang baik di masa akan datang .Banyak kesulitan dan kesukaran yang saya tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini . Antaranya ialah usaha mencari maklumat bagi untuk menyudahkan tugasan ini dengan baik .
Usaha untuk mendapatkan bahan ilmiah seperti buku-buku dan kitab agak sukar untuk diperolehi di Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim ini . Hal ini dikatakan demikian kerana bahan-bahan sedia ada masih kurang kuantitinya dan uzur pula kualitinya . Perkara ini mungkin juga disebabkan oleh buku itu adalah buku lama dan sering digunakan sehingga keadaannya begitu uzur . Namun begitu , hal ini tidak menjadi alasan untuk saya menyerahkalah sebelum menyiapkan tugasan ini . Dengan semangat yang berkobar-kobar , saya telahpun mengambil inisiatif untuk meminjam buku-buku pelajar senior saya atau meminjam buku yang dimiliki oleh sahabat-sahabat yang berkaitan dengan Tarannum dan Qiraat . Maka dengan itu , siap sudahlah tugasan saya .
14 | P e n d i d i k a n I s l a m
Selain daripada itu juga , sebagai seorang pelajar dan juga penuntut di Institut Pendidikan Guru , saya bukan sahaja sibuk dalam hal-hal akademik malah perlu menyertai apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh maktab . Tambahan pula , jika ada pensyarah yang memerlukan bantuan sudah pasti guru itu perlu kita bantu . Oleh itu , dengan komitmen sedia ada dan juga komitmen tambahan ini , sudah pasti masa yang saya miliki ini perlu saya bahagikan dan gunakan sebaik mungkin . Saya mengelakkan diri daripada terdedah dengan sikap berlengah-lengah maka saya memulakan tugasan ini sebaik sahaja menerima taklimat . Memandangkan tugasan ini adalah tugasan berkumpulan , maka lebih mudahlah bagi saya menyiapkannya dengan lebih awal kerana tajuk itu telahpun dibahagikan .
Masalah yang sering kali diutarakan bukan oleh saya sahaja malah oleh hampir ke semua rakyat IPSAH adalah masalah internet yang perlahan . Perkara ini tidak dapat dijelaskan mengapa ia terjadi sedangkan IPSAH mempunyai 3 rangkaian internet . Dengan hanya memiliki pelajar yang tidak melebihi 3,000 orang masakan capaian internet di waktu selepas pejabat juga boleh menjadi begitu perlahan ? Itu juga menjadi salah satu masalah berbangkit dan sedikit sebanyak mengganggu dalam usaha menyiapkan tugasan ini .
Di samping masalah capaian internet ini juga , suasana kolej Kediaman Kota Palas , iaitu blok A ini juga jauh lebih bising daripada blok blok lain . Hal ini dikatakan demikian kerana blok ini terletak berhampiran jalan raya . Bunyi kenderaan yang lalu lalang , jeritan samseng-samseng jalanan serta suara pelajar blok ini sendiri yang gemar membuat bising turut mengganggu konsentrasi saya . Namun begitu , jika saya tidak mempunyai sebaran tugasan yang memerlukan ketenangan untuk mengarang , saya agak selesa dengan bunyian ini asalkan tidak keterlaluan . Bunyi deruman enjin yang lalu lalang ini dapat mengelakkan kesunyian yang melampau terutamanya di malam hari . Oleh itu ., meskipun konsentrasi saya agak terganggu namun saya masih mampu untuk menyiapkan tugasan hingga ke waktu lewat malam setelah sibuk di waktu pagi dan petang kerana bunyi kenderaan itu mengurangkan rasa sunyi dan menjadikan saya berani untuk terus berjaga .
15 | P e n d i d i k a n I s l a m
Setelah menyiapkan kerja kursus ini , saya mula mengetahui dan mendalami akan
hebatnya
peranan
solat
dalam
kehidupan
terutamanya
dari
aspek
kemasyarakatan . Saya juga sedikit-sebanyak dapat menghuraikan dan meneliti kembali punca-punca segelintir masyarakat muslim yang lalai dalam melaksanakan solat .Maka dengan sudahnya kerja kursus ini , maka banyak pengetahuan yang saya perolehi . Semoga apa yang saya temui dan pelajari ini dapat saya amalkan buat diri saya sendiri dan ajarkan kepada keluarga dan masyarakat setempat saya nanti . In Shaa Allah . Sekian TerimaKasih .
16 | P e n d i d i k a n I s l a m
RUJUKAN
BUKU Abdullah (2004). Panduan menyempurnakan sembahyang fardhu (Cetaka pertama). Johor
Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Abdul Halim Mahmoud (1989) . Menyingkap rahasia ibadat dalam islam . Kuala Lumpur . Darul Fikir
Ahmad Kamil Syahid (2003). Rahsia & keistimewaan solat berjemaah (Cetakan pertama).
Kualu Lumpur: Jamsmin Enterprise.
Kasmuri Selamat Ma (1996). Panduan memperoleh hikmah dalam solat (Cetakan pertama).
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Md Hashim Yahaya (2011) . Ensiklopedia solat . Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn.Bhd
Muhammad Abdullah Hai (2008). Amal ibadat cara Rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur: Kelang Book Centre.
Muqdad Yaljan (1986) . Peranan pendidikan akhlak islam dalam membangun peribadi masyarakat dan budaya manusia . Selangor . Pustaka Antara
17 | P e n d i d i k a n I s l a m
Zulkifli Al-Bakri (2014) . 24 Jam Dipayungi Syariat . Selangor . PTS Islamika Sdn .Bhd
INTERNET
Ahadin bin Arinen . (2013) .Peranan solat dalam pembentukan masyarakat berkualiti [Online] [Diakses pada 14 April 2015] http://www.jksm.gov.my/jksns/images/stories/Artikel%20Jabatan/peranan%20s olat%20dalam%20pembentukan%20masyarakat%20berkualiti.htm#sdfootnote 16sym
Impak ibadah dalam kehidupan [Online] [Dikases pada 14 April 2015] http://ctu101.blogspot.com/2008/04/impak-ibadah-dalam-kehidupan.html
18 | P e n d i d i k a n I s l a m