See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/303939500
Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF Article · January 2007 CITATIONS
READS
4
961
3 authors, including: زﻣﺮي أﺑﻮ ﺑﺸﺎر Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA 9 PUBLICATIONS 13 CITATIONS SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
Nilai shahid al-Quran dalam kitab Tashil Nayl al-Amani karangan Sheikh Ahmad al-Fatani View project
All content following this page was uploaded by زﻣﺮي أﺑﻮ ﺑﺸﺎرon 14 June 2016.
The user has requested enhancement of the downloaded file.
Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF
Normizan Bin Abang Siti Fatimah Binti Ahmad Zamri Bin Rajab JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL Institut Perguruan Rajang
Abstrak Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan dalam aspek mengenal, membaca dan menulis huruf – huruf tunggal jawi dalam kalangan murid Tahun Satu, kelas pemulihan jawi program j-QAF. Kajian ini menguji 38 huruf tunggal jawi berbanding sukatan pemulihan jawi program j-QAF yang hanya mengambil 19 huruf sahaja. Pemilihan 38 huruf ini adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada murid yang sudah mengenali huruf-huruf hija’iyyah yang dipelajari dalam pembacaan Iqra’ samada mengaji Quran di rumah, prasekolah atau mata pelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun Satu sekolah rendah. Antara dapatan kajian, menunjukkan bahawa murid pemulihan sudah mempunyai pengetahuan yang baik dalam mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf yang dikaji. Tidak dinafikan terdapat juga huruf-huruf yang tidak dapat dikuasai kerana tidak diajar dalam sukatan. Sampel kajian terdiri daripada 17 orang murid kelas pemulihan jawi dari sebuah sekolah rendah di bandar Sarikei, Sarawak. Reka bentuk kajian ini lebih bersifat deskriptif. Metod yang digunakan adalah metod kualitatif di mana data dikumpul dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti temubual, pemerhatian, mengecam huruf jawi menggunakan kad imbasan, aktiviti menulis menggunakan lembaran kerja dan merujuk kepada pelbagai dokumen untuk mengumpul maklumat bagi menentukan kebolehpercayaan data yang dikumpul. Secara puratanya kajian ini memberi input yang amat baik kepada keberkesanan kelas pemulihan jawi program j-QAF. Murid dapat banyak manfaat melalui pembelajaran ini.
Pengenalan Program j-QAF adalah antara usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program ini merupakan inspirasi dan saranan Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, YAB Perdana Menteri Malaysia semasa lawatan beliau ke Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Disember 2003. Y.A.B menyarankan KPM mengambil usaha melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran dan Bahasa Arab diwajibkan, asas-asas fardhu ain dihayati dan jawi diperkukuhkan. Kementerian Pelajaran Malaysia diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dan usaha merealisasikan hasrat ini diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Bermula dengan inilah lahirnya “j-QAF” iaitu Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Tilawah al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan
1
kurikulum, model dan modul yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. (KPM, 2006, hal. 1) Program ini dilaksanakan secara berperingkat - peringkat mulai 2005 hingga 2010 dengan unjuran pelaksanaannya ditetapkan sebanyak 16%. Pada tahun 2005 sebanyak 1221 buah sekolah akan terlibat. Dijangka sehingga tahun 2010 bilangan sekolah akan menjadi sebanyak 7835 buah. (KPM, 2006, hal 6)
Pernyataan Masalah Berdasarkan temu bual dengan beberapa orang guru dalam latihan KPLI SR Mod LPBS program j-QAF Ambilan 2006 yang sedang menjalani praktikum mulai 2 Febuari hingga 14 April 2007, didapati terdapat beberapa masalah dalam penguasaan huruf-huruf tunggal Jawi dalam kalangan murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi. Aspek yang dikenal pasti adalah kesukaran menguasai dalam mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf tunggal Jawi.
Tujuan Kajian 1. Mengetahui tahap penguasaan murid mengenal huruf tunggal jawi. 2. Mengetahui tahap penguasaan murid membaca huruf tunggal jawi. 3. Mengetahui tahap penguasaan murid menulis huruf tunggal jawi.
Soalan Kajian 1. Sejauhmanakah tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf tunggal jawi? 2. Sejauhmanakah murid boleh menguasai pembacaan huruf tunggal jawi? 3. Sejauhmanakah murid dapat menguasai penulisan huruf tunggal jawi?
Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharap akan dapat memberi beberapa maklumat kepada pihak guru j-QAF, sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam mengenal, membaca dan menulis huruf tunggal Jawi dalam kelas pemulihanJawi program jQAF. Batasan Kajian Kajian ini hanya dijalankan ke atas 17 orang murid daripada dua buah Kelas Pemulihan Jawi Tahun Satu program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sarikei, Sarawak. Kaedah persampelan yang digunakan adalah PURPOSIVE SAMPLING dimana penyelidik memilih sampel mengikut jenis yang difikirkan bersesuaian dengan keperluan tertentu kajian. Oleh itu, sebarang tanggapan atau jangkauan tentang generalisasi luar kawasan kajian ini adalah tidak mempunyai validiti.
2
Definisi Istilah Tahap : Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan - peringkat, tingkat, fasa dan bertahap-tahap (http://apldbp2.dbp.gov.my/personel/tesaurus). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005) pula membawa maksud had atau takat dalam sesuatu usaha. Penguasaan : Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan – pencapaian, pendapatan, pemahaman dan pengetahuan. Manakala Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005) membawa maksud perbuatan menguasai atau pencapaian kemahiran. Huruf Tunggal Jawi : Kamus Dewan (2002), mendefinisikan jawi merupakan huruf Arab yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP (2000), tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 36 huruf tunggal. Dalam Kalangan : Kamus Dewan (1993) - bermaksud dalam lingkungan atau golongan. Murid Tahun Satu : Kelas Pemulihan Jawi Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sarikei, Sarawak. Program j-QAF : Merujuk kepada Kelas Pemulihan Jawi program j-QAF- Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam Jawi.
Tinjauan Literatur Bahasa Melayu adalah di antara bahasa-bahasa di dunia yang mempunyai kelebihan, iaitu boleh ditulis dalam dua jenis tulisan; tulisan Rumi dan Tulisan Jawi. Malah sejarah telah membuktikan suatu masa dahulu tulisan Jawi pernah menjadi medium perhubungan yang agung bagi penduduk di Tanah Melayu. Menurut Muhani (1988, hlm. 1), tulisan Jawi pernah menjadi alat komunikasi yang tunggal kira-kira 400 tahun di Kepulauan Melayu dalam bidang perdagangan dan penyebaran ilmu pengetahuan, khasnya keagamaan. Muhani (1988, hlm. 2) juga menjelaskan bahawa kedatangan agama Islam yang dibawa oleh pedagang Arab ke alam Melayu telah memperkenalkan huruf-huruf tulisan bahasa Arab. Kemudiannya, bagi menyesuaikan dengan pertuturan bunyi bahasa Melayu, orang-orang Melayu mencipta beberapa huruf tambahan yang tidak terdapat dalam hurufhuruf Arab. Muhamad Sabudin (1985, hlm. 1) menegaskan : Lima huruf lagi adalah hurufhuruf tambahan yang disesuaikan dengan bunyi sebutan lidah Melayu. Oleh yang demikian, huruf-huruf Arab yang ditambah dengan huruf-huruf yang diciptakan oleh orang-orang Melayu itulah yang dikenali sebagai Tulisan Jawi. Istilah ‘tulisan Jawi’ pula hanyalah dikenali di Malaysia, Singapura, Selatan Thailand dan Negara Brunei Darussalam. Manakala di Indonesia tulisan ini terkenal dengan nama ‘tulisan Melayu huruf Arab’ atau ‘tulisan Melayu Arab’. (Abdul Manan, 2005, hlm. 42) Muhani (1988, hlm. 2) berpendapat istilah Jawi adalah nama bagi seluruh bangsa di Kepulauan Melayu. Ini diperkukuhkan dengan kenyataan Pendeta Za’ba yang mengatakan tulisan Melayu huruf Arab biasa disebut di Malaya sekarang ‘tulisan Jawi’. Ini mengikut
3
makna perkataan ‘Jawi’ dalam rangkai kata seperti tanah Jawi, orang Jawi, datang dari Jawi, turun ke Jawi, kitab Jawi, ulama Jawi, masuk Jawi dan sebagainya. Pengasas Pembelajaran Jawi Kaedah Mannaniyah dalam masa 4 jam, ustaz Abdul Manan (2005, hlm. 10), menyatakan bahawa nama Jawi berasal daripada perkataan Arab iaitu “Jawah” bermaksud nama bagi seluruh daerah, bangsa atau kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara pada zaman purba. Sekiranya dilihat dari sudut pendidikan, terbukti Kerajaan Malaysia begitu mengambil berat tentang pelajaran Jawi dan penguasaannya, khasnya dalam kalangan orang-orang Melayu. Penyata Pelajaran Razak (1956) dengan tegas menyatakan pembelajaran jawi merupakan suatu yang perlu diadakan bagi murid-murid Islam. Model Kelas Pemulihan Jawi dalam program j-QAF telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan mulai tahun 2005 telah membuktikan usaha Kerajaan bagi mempastikan tulisan Jawi dipertahankan sebagai jati diri bangsa Melayu.
2.Sejarah Tulisan Jawi 2.1 Sebelum merdeka. Terjumpanya batu nisan di Pasai, Sumatera Utara dan Batu Bersurat di Terengganu, dipercayai dan kemungkinan huruf-huruf Arab sampai ke alam Melayu sebelum atau sekitar tahun 1300 Masehi. Kedatangannya melalui pedagang-pedagang Arab di samping menjalankan kegiatan perdagangan, juga menyebarkan agama Islam. Melalui keadaan tersebut maka wujudlah tulisan Jawi. (Muhani, 1988, hlm. 2) Di Semenanjung Tanah Melayu, bukti-bukti tulisan Jawi dapat dilihat pada Batu Bersurat Terengganu yang ditulis pada tahun 1303 Masehi. Begitu juga pada zaman pemerintahan Kerajaan Melaka: Sultan Muzaffar Shah (1455-1459) dan Kerajaan Johor: Sultan Abdul Jalil Shah (1623-1677) masing-masing telah menggunakan duit syiling yang ditulis menggunakan huruf Jawi. Seterusnya apabila diperhatikan kepada sumber-sumber penulisan dalam ilmu agama Islam. Ulama-ulama pada zaman pemerintahan Kerajaan Melaka (1409) telah menggunakan tulisan Jawi bagi menulis risalah agama dan hasil-hasil sastera Islam. Suratsurat rasmi Kerajaan juga ditulis menggunakan tulisan Jawi yang mana ia adalah satusatunya medium perhubungan pada masa itu. (Muhani, 1988, hlm. 3) Menurut Ketua Editor buku Hikayat Aceh (2001, hlm. Bicara Ketua Editor) juga menyatakan bahawa Aceh memang merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar dan kuat selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511. Di situ berkembangnya kegiatan penulisan dan pemikiran yang luar biasa dalam bahasa Melayu. Sejak pertengahan abad ke-17 pula, muncul barisan penulis dan pemikir Melayu-Islam yang terkenal.
2.2.2
Zaman pra-merdeka.
Semasa era pendudukan penjajah di kepulauan Melayu khususnya selepas perang dunia kedua (1945), tulisan Jawi tidak lagi memainkan peranan penting dalam penulisan surat rasmi Kerajaan kerana telah diambil fungsinya oleh tulisan Rumi. Namun tulisan Jawi tetap kekal menjadi medium utama perhubungan dalam kalangan masyarakat Melayu. Muhani (1988, hlm. 4) menyatakan bahawa bahan-bahan media awal yang diterbitkan adalah dalam
4
tulisan Jawi. Sebagai contoh akhbar Melayu dalam tulisan Jawi yang diterbitkan di Sri Lanka seperti Alamat Langkapuri (1869-1878) dan Wajah Sulung (1895-1905). Penulisan Kamus Melayu juga dicetak menggunakan tulisan Jawi seperti Kamus Melayu-Inggeris (1902) dan Daftar Ejaan Melayu (1918-1949). Pada zaman pemerintahan Inggeris di tanah Melayu, tulisan Jawi masih lagi digunakan secara rasmi di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. (Laman web Wikipedia, 2007, hlm. 1) 2.2.3
Selepas merdeka.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tulisan Jawi telah dijadikan mata pelajaran penting yang diajarkan kepada murid-murid Islam. ini bertitik tolak daripada keputusan kerajaan melalui Penyata Pelajaran Razak (1956) yang menegaskan bahawa pembelajaran Jawi adalah satu keperluan bagi murid-murid Islam. Bagi memantapkan pembelajaran Jawi di sekolah-sekolah , mata pelajaran Jawi juga turut diajar di maktab-maktab perguruan. Mohd. Sabudin (1985, hlm. iii) menyatakan dalam mukadimah bukunya bahawa Buku Jawi Untuk Maktab Perguruan disusun berdasarkan pengalaman penyusun semasa mengajar Jawi di Maktab Perguruan Sultan Idris bermula awal tahun 1978. Sehingga kini, kerajaan menganggap tulisan Jawi adalahmerupakan khazanah keilmuan, intelektual dan budaya masyarakat Melayu yang penting. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) menegaskan melalui Modul Pengajian Islam Major j-QAF bahawa tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu. Ia mempunyai ciri keistimewaan sebagai tulisan perantaraan yang telah meletakkan bangsa Melayu ke tahap mengenal ilmu pengetahuan yang lebih meluas. Seorang pengkaji naskhah Jawi, Mahayudin Hj. Yahaya telah menegaskan dalam pendahuluan bukunya (1994, hlm. 233) masyarakat Melayu Nusantara sebagai salah sebuah masyarakat terbesar di dunia telah memperlihatkan keunggulan mereka dalam bidang kebudayaan dan intelektual. Tahap ketinggian kebudayaan dan intelektual masyarakat Melayu dapat dilihat daripada hasil penulisan mereka yang banyak dan menggunakan tulisan Jawi. Jumlah naskhah Melayu yang masih wujud di dunia pada hari ini ialah antara 4000–10,000 buah; naskhah-nashkah tersebut disimpan di perpustakaan-perpustakaan terkemuka di dunia termasuklah perpustakaan Leiden, perpustakaan London dan perpustakaan Nasional Jakarta. (Mahayudin, 1994, hlm. 233). Kini secara lebih serius, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah mengadakan model Kelas Pemulihan Jawi1 program j-QAF. Mata pelajaran ini wajib diajar di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran bermula tahun 2005. 2.3 Huruf-huruf Jawi Huruf-huruf Jawi adalah sebanyak 38 huruf. 30 huruf daripadanya diambil secara langsung dari huruf Arab dan 8 huruf pula adalah hasil tambahan orang-orang Melayu yang disesuaikan dengan bunyi huruf Rumi.
1
Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan j-QAF untuk memulih muridmurid keciciran Jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Islam sedia ada dengan bilangan pelajar di antara enam hingga 10 orang sahaja.
5
2.3.2
Huruf Jawi Yang Diambil Dari Huruf Arab
ج
ث
ت
ب
ا
ر
ذ
د
خ
ح
ض
ص
ش
س
ز
ف
غ
ع
ظ
ط
ن
م
ل
ك
ق
ي
ء
ﻫـ
و
Huruf-huruf Arab yang berjumlah 29 huruf ini telah disepakati oleh para cendikiawan Islam dan rujukan utama mereka adalah kitab suci al-Quran itu sendiri. Manakala bidang ilmu Tajwid (Makharijil huruf) pula telah membahaskan huruf-huruf tersebut secara langsung dan lebih terperinci. 2.3.3
Huruf Jawi Yang Ditambah
ث
ﺿـ
ف
غ
خ
ؤ
Enam huruf di atas merupakan huruf yang telah disepakati penggunaannya dalam Konvensyen Tulisan dan Ejaan Jawi di Kuala Terengganu pada tahun 1984.
ى
ة
Manakala dua huruf ini pula, terdapat dalam tulisan Jawi terkini. Penggunaannya telah mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. (Abdul Manan, 2005, hlm. 2) Huruf ةdigunakan bagi menulis perkataan yang berasal dari bahasa Arab dan berakhir dengan huruf ta, seperti زﻛﺎةdan ﺻﻼة. Manakala huruf ىpula terdapat pada perkataan yang berasal dari bahasa Inggeris yang telah dimelayukan seperti mekanisma yang ditulis ﻣﯾﻛﺎﻧﯾﺳﻣﻰ. 2.3.4
Tulisan Jawi Lama dikenali dengan ejaan Jawi Za’ba.
2.3.5
Tulisan Jawi Baru dikenali dengan ejaan yang diperbaharui oleh DBP.
6
Hasil-hasil Penulisan Tentang Tulisan Jawi Yayasan Karyawan dengan kerjasama pelbagai agensi penerbitan seperti Fajar Bakti dan Universiti Malaya sedang giat berusaha bagi menerbitkan siri buku Karya Agung yang memuatkan secara khusus kajian tentang teks-teks Jawi samada yang disimpan di dalam dan di luar negara. Antaranya ialah Siri Karya Agung, Hikayat Merong Mahawangsa (salasilah Negeri Kedah) yang dikaji dan diperkenalkan oleh Siti Hawa Haji Salleh 2 diterbitkan secara bersama oleh Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya pada tahun 1998. Karya asal buku ini ditulis dengan tulisan Jawi dan dicetak pada batu disimpan di Muzium Negeri Kedah Darul Aman. Seterusnya Siri Karya Agung, Hikayat Raja Pasai, dikaji dan diperkenalkan oleh Russell Jones3. Diterbitkan oleh Yayasan Karyawan dan Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1999. Karya asal buku ini ditulis dengan tulisan Jawi masih disimpan di Perpustakaan British, London (Oriental and India Office Collections). Manakala dua Siri Karya Agung yang naskhah asalnya dalam tulisan Jawi disimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda, iaitu Hikayat Acheh telah dikaji dan diperkenalkan oleh Teuku Iskandar4 dengan menggunakan bahasa Belanda, diterbit oleh Yayasan Karyawan pada tahun 2001. Sebuah Siri Karya Agung, Syair Ken Tambuhan (1840), dikaji secara bersama oleh Dr. Noriah Mohamed, Mariyam Salim dan Wahyunah Abd. Gani5 telah diterbit oleh Yayasan Karyawan dan DBP pada tahun 2002. Selain itu, terdapat pelbagai usaha bagi menerbitkan buku tentang cara-cara belajar Jawi, membaca Jawi, latihan tulisan Jawi dan seumpamanya yang banyak dijual di pasaran. Ia termasuklah satu usaha yang dilakukan oleh Ustaz Abdul Manan Ali Al Merbawi (1998) yang mengetengahkan kaedah Dr Jawi iaitu menguasai Jawi dalam masa empat jam. Menurut beliau, Dr Jawi6 ialah suatu ikon baru pembelajaran jawi alaf milenium yang dapat membuka minda pelajar dalam masa 4 jam sahaja. Manakala kajian yang melibatkan warga pendidik di Kementerian Pelajaran tentang tulisan jawi telah diusahakan oleh Siti Fatimah Saufee dengan tajuk Penguasaan Tulisan Jawi Dalam Kalangan Murid-Murid Tahap Satu Di Salah Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Meradong tahun 2006. Hasil kajian yang dilakukan oleh Siti Fatimah (2006) menerangkan tentang kebolehan murid-murid tahap Satu di dalam menguasai tulisan Jawi. Beliau dapat mengenalpasti bahagian-bahagian yang paling lemah dan perlu diberi perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga berjaya mengesan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan pegangan Aqidah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kelemahan murid-murid dalam tulisan Jawi. 2
Siti Hawa Haji Salleh adalah seorang profesor Kesusateraan Melayu Tradisional di UKM. Pernah memegang beberapa jawatan akademik di Universiti yang sama bermula 1966. 3 Dr. Russell Jones mempelajari bahasa Melayu selama tiga tahun di School of Oriental dan African Studies, Universiti London, dan meneruskan pengajiaanya selama tiga tahun lagi di Universiti Leiden. Beliau menjadi pensyarah Pengajian Melayu di Universiti Sydney selama empat tahun, dan menjalankan tugas yang sama selama tujuh belas tahun di School of Oriental dan African Studies, Universiti London sebelum bersara dan menginap di Cornwall, England. 4 Teuku Iskandar bin Teuku Ali Basyah memperoleh ijazah Doctor in de Letteren daripada Universiti Leiden, Belanda pada tahun 1959 dengan mengemukakan disertasi bertajuk De Hikajat Atjeh. Pernah dilantik menjadi Dekan Unibersitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia. Profesor di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM 1964. Penyusun katalog Naskhah-naskah Melayu, Universiti Leiden 1976-1985 dan Profesor di Jabatan Kesusasteraan Melayu 1986. 5 Dr. Noriah Mohamed, Pensyarah dan penggiat kesusasteraan Melayu Universiti Malaya manakala Mariyam Salim dan Wahyunah adalah pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka. 6 Naskhah buku dan CD pembelajaran yang original hanya dijual di laman web peribadi beliau sendiri.
7
Pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF Berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum j-QAF Tahun 1(KPM,2006), takrif Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Matlamatnya adalah untuk memastikan semua murid Islam menguasai bacaan dan tulisan jawi serta memupuk semangat cintakan warisan budaya bangsa. Objektif model kelas ini pula ialah agar murid yang keciciran dapat dipulihkan sehingga dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal, suku kata terbuka dan tertutup, membina perkataan mudah dari suku kata tersebut. Manakala kumpulan sasarnya adalah murid-murid yang tidak dapat mencapai setiap objektif utama yang disasarkan dalam pengajaran dan pembelajaran jawi. Tenaga pengajarnya pula ialah guru j-QAF yang diberi latihan secara LPBS dan dilantik. Strategi pelaksanaan KPJ ini bertujuan untuk memastikan unit j-QAF berada di bawah Panitia Pendidikan Islam, mengenal pasti murid lemah jawi melalui ujian khas atau maklumat guru sedia ada, jumlah murid bagi satu kelas pemulihan adalah antara 6 hingga 10 orang, menyediakan tempat yang sesuai untuk melaksanakan pemulihan jawi, penyediaan bahan bantu mengajar, mengikut agihan kemahiran seperti yang ditetapkan dalam modul, pengajaran dan pembelajaran pula akan menekankan kaedah permainan dan nyanyian secara efektif, membuat penilaian, merekodkan pencapaian pelajar setiap kali kelas dijalankan dan menjalankan ujian pengesanan sebelum murid dimasukkan semula ke kelas jawi sedia ada. Peruntukan waktu bagi KPJ pada 6 bulan pertama ialah dua waktu dan satu waktu bagi 6 bulan kedua yang dijalankan serentak dengan kelas jawi sedia ada.
Metodologi Kajian 3.1 Pengenalan Metodologi kajian menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian. Bab ini menerangkan rekabentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji seperti kaedah kajian, populasi kajian, sampel kajian, kaedah pengumpulan data, instrumen yang digunakan dan prosedur kajian rintis.
3.1
REKA BENTUK KAJIAN
3.1.1 Kaedah Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang lebih bersifat deskriptif dimana kaedah temu bual digunakan dan pendapat responden diperlukan. Helmstadter (1970) menyatakan bahawa kajian menggunakan pendekatan deskriptif sering merujuk kepada kaedah memberikan pendapat. Pendekatan ini juga sering digunakan untuk menghurai, memahami dan menjelaskan maksud tersurat dan tersirat daripada data-data yang diambil supaya ia manjadi sesuatu yang bermakna.(Rohana Yusof,2003) Kaedah ini merupakan satu kaedah penyelidikan yang popular dan berkesan dalam penyelidikan pendidikan termasuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (Mohd. Abu Daud, 1992) Penyelidikan bersifat deskriptif boleh dilaksanakan samada melalui pertanyaan soalan kepada individu-individu berkaitan (melalui soalan-soalan kaji selidik ataupun temuduga.), perkataan, dokumen bertulis rasmi atau tidak rasmi ataupun melalui pemerhatian.
8
3.2.2 Populasi Kajian Hanya dijalankan ke atas semua murid kelas pemulihan Jawi Tahun Satu program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sarikei, Sarawak. Dalam kajian rintis, pengkaji telah memilih sebuah sekolah rendah sebelum kajian sebenar dilaksanakan. 3.2.3 Sampel Kajian Diambil dari populasi kajian seramai 17 orang murid daripada 2 buah kelas pemulihan jawi program j-QAF. Kaedah persampelan yang digunakan adalah PURPOSIVE SAMPLING dimana penyelidik memilih sampel mengikut jenis yang difikirkan bersesuaian dengan keperluan tertentu kajiannya. 3.2.4 Instrumentasi Untuk mencapai tujuan kajian, pengkaji menggunakan beberapa kaedah dalam memperolehi data seperti temubual, pemerhatian, mengecam huruf Jawi menggunakan kad imbasani, menulis menggunakan lembaran kerja dan merujuk kepada dokumen-dokumen rasmi yang diguna pakai oleh guru j-QAF dalam menilai prestasi murid kelas pemulihan jawi. Instrumen kajian ini mengandungi tiga bahagian seperti berikut :
Bahagian A Bahagian B Bahagian C Bahagian D
: : : :
Butiran Am Tahap penguasaan murid mengenal huruf tunggal Jawi. Tahap penguasaan murid dalam sebutan huruf tunggal Jawi. Tahap penguasaan murid dalam penulisan huruf tunggal Jawi.
3.3 Kajian Rintis Item-item bagi instrumen ini telah dibina oleh pengkaji berdasarkan beberapa panduan daripada buku tulisan Jawi, kad imbasan dan dirujuk kepada beberapa orang pakar dalam bidang penyelidikan bagi mendapatkan kesahan kandungan sebelum kajian rintis dijalankan. Kajian rintis telah dijalankan pada akhir bulan Jun ke atas empat orang murid kelas pemulihan jawi, Tahun Satu di sebuah sekolah kebangsaan di Bintangor, Sarikei, Sarawak untuk menguji kefahaman responden terhadap item-item yang telah dibina. Responden kajian rintis ini tidak akan terlibat dalam kajian sebenar. Kebenaran dari pihak Pengarah Pelajaran Negeri telah diterima pada 29 Jun untuk pelaksanaan kajian ini. Pengkaji mendapati pihak pentadbir sekolah dan guru pelatih j-QAF telah memberi kerjasama yang amat baik dalam proses kajian rintis ini. Dalam kajian rintis ini, pada peringkat awalnya empat orang murid telah dikenal pasti melalui ujian diagnostik yang telah diadakan oleh Guru Panitia Pendidikan Islam pada awal sesi persekolahan kedua. Namun pada tarikh pelaksanaan bagi item-item yang disediakan, didapati seorang murid telah dibenarkan pulang ke rumah atas masalah kesihatan. Ini menjadikan sample kajian terdiri dari tiga orang murid sahaja. Hasil dari kajian rintis yang dijalankan terdapat beberapa perkara telah dikenal pasti untuk penambahbaikan bagi item-item untuk kajian sebenar, antaranya : a. Kekuatan : pengkaji mendapati, 1. setiap item yang diguna adalah jelas kemas dan mudah difahami oleh responden. 2. saiz huruf (font) amat sesuai dan mudah bagi murid untuk mengenal dan membaca. b. Kelemahan : terdapat tiga item yang menjadi kekeliruan kepada pelajar iaitu : 1. item no.25 (huruf ) كdan no. 26 (huruf ) ضtidak dapat dikenali oleh ketiga-tiga responden melainkan setelah diberitahu. Huruf –huruf ini adalah huruf-huruf tunggal
9
hija’iyyah. Hal ini ditegaskan lagi oleh guru pelatih j-QAF yang mengajar mereka, kerana murid ini didedahkan dengan penggunaan huruf jawi sebenar iaitu ﻛـ, ﺿـ. 2. Item no. 32 (huruf )ىjuga tidak dapat dikenal pasti oleh murid kerana mereka tidak pernah didedahkan dengan huruf tersebut dan penggunaannya sebagai huruf tunggal jawi hampir dianggap asing dan tidak pernah didengari.
Kesimpulan yang diperolehi dari hasil kajian rintis tersebut, didapati instrumen yang digunakan mempunyai kesahan dan keboleh percayaan untuk dijalankan dalam kajian sebenar.
3. 4 Pentadbiran Instrumen Untuk Kajian Sebenar Pentadbiran instrumen dibentuk dengan membina item yang hendak ditentukan berasas kepada kenyataan fakta yang terkandung dalam buku Sukatan Pelajaran Pemulihan Jawi, KBSR, 2004, Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam dan rancangan Tahunan Tahun Satu, KBSR,2006, Buku panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum j-QAF Tahun 1 dan beberapa buah buku lain yang berkaitan dengan tulisan jawi sebagai tambahan untuk mengesahkan fakta sedia ada. Selain itu, soalan-soalan dalam item kajian juga dirujuk dari dua pengkaji tulisan jawi sebelum ini dan telah disesuaikan mengikut kefahaman pengkaji. Kesahan dalam ke semua item yang diguna ditentukan melalui semakan dan pemeriksaan isi kandungan oleh pengkaji dalam perbincangan berkala dan beberapa pensyarah yang mahir dalam bidang penyelidikan. Instrumen ini akan digunakan di sebuah sekolah di Sarikei yang melaksanakan program jQAF. Pentadbiran instrumen ini telah dibuat dalam awal bulan Julai hingga akhir bulan Ogos. Semua item yang dikaji telah dapat disempurnakan dengan baik dan berkesan. Kerjasama yang diberikan oleh pihak Guru Besar dan guru-guru j-QAF amat baik. Walau bagaimanapun tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan sepanjang kajian ini dilaksanakan, antaranya, 1. data-data kajian ini diperolehi secara berperingkat selama tiga minggu kerana terdapat responden yang tidak hadir untuk ujian mengenal,membaca dan menulis samada pagi atau petang. 2. data hanya boleh dipunggut dari responden mengikut jadual waktu kelas pemulihan jawi sahaja. Ini melambatkan proses pemungutan data. 3. responden adalah murid pemulihan, keadaan ini menjadikan kajian lebih mencabar dan mendatang pengalaman yang bermakna. Pelbagai ragam tingkahlaku ditunjukkan dalam proses mendapat maklumat. 3.5 Kaedah Pengumpulan Data Kaedah dalam menganalisi data yang dikumpul dibuat menggunakan perisian SPSS bagi medapat statistik deskriptif dalam mencari kekerapan melalui peratusan.
10
DAPATAN KAJIAN (ANALISIS DATA) 4.1 Pengenalan Bab ini membincangkan dapatan analisis kajian. Proses analisis dan dapatan yang dijalankan adalah berdasar kepada skop kajian yang telah ditentukan. Oleh kerana kajian ini berbentuk deskriptif penerangan, jawaban hanya dihurai dalam bentuk peratus dan kekerapan sahaja. Keputusan yang diperolehi memberi gambaran sebenar mengenai kebolehan penguasaan mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf tunggal jawi dalam kalangan murid tahun satu kelas pemulihan jawi program j-QAF dalam populasi yang dikaji. Skop kajian tahap penguasaan huruf tunggal jawi adalah merangkumi 38 huruf berbanding dengan sukatan kurikulum kelas pemulihan jawi tahun satu program j-QAF hanya di ajar 19 huruf sahaja iaitu ا
,ض,ل,م,ن,و,ھ
dan
,ب,ت,ث, ج, خ, د, ر,س,غ,ف,ك
ي.
Walau bagaimanapun, pengkaji memilih untuk menguji
ke semua huruf tunggal jawi itu bagi mengenal pasti keupayaan murid dalam penguasaan huruf-huruf tersebut keseluruhannya berdasarkan pengetahuan sedia ada murid yang sudah mengenali huruf-huruf hija’iyyah yang dipelajari dalam pembacaan Iqra’ samada mengaji Quran di rumah, prasekolah atau mata pelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun Satu sekolah rendah. Bahagian A : Butiran Am Responden kajian terdiri daripada 10 murid lelaki (58.82 % ) dan 7 murid perempuan (41.18 %) daripada dua buah kelas pemulihan jawi tahun Satu program j-QAF.
Bahagian B : Tahap Penguasaan Murid Mengenal Huruf Tunggal Jawi Dalam aspek penguasaan mengenal huruf tunggal jawi (rujuk Jadual 1 beserta rajah 1a dan 1b).
HURUF TUNGGAL ى
KENAL JUM. % 0 00.0
TIDAK KENAL JUM. % 17 100.0
ث
1
5.9
16
94.1
ؤ,ﻻ
3
17.6
14
82.4
ف
4
23.5
13
76.5
ة غ
7 8
41.2 47.1
10 9
58.8 52.9
ض
9
52.9
8
47.1
غ
10
58.8
7
41.2
خ, ء
11
64.7
6
35.3
خ,س,ش,ص,ض,ط,ف, ق ز
12
70.6
5
29.4
13
76.5
4
23.5
11
ظ,ع,ك,ھ,ي
14
82.4
3
17.6
ث,ج,ذ,م,ن
15
88.2
2
11.8
ا,ب,ت,ح, ر,ل,و
16
94.1
1
5.9
د
17
100.0
0
00.0
JADUAL 1 : KENAL HURUF Pengkaji mendapati 100 % murid tidak mengenali huruf
ى
(ya leweh) berbanding
huruf ( ة41.2 %), Kedua- dua huruf ini adalah tulisan jawi terkini yang penggunaannya diiktiraf di peringkat kebangsaan oleh DBP (Abdul Manan, 2005, hlm.2). Dua huruf ini juga tidak termasuk dalam sukatan kelas pemulihan jawi. Manakala 5.9 % murid mengenali huruf
ث,
17.6 % huruf
ؤ
dan
ﻻ,
58.8 % huruf
غ,
64.7 % huruf
خ,ء
dan 76.5 % murid
mengenali huruf ز. Kesemua huruf ini adalah bukan dalam sukatan kelas pemulihan jawi, tetapi dapatan yang diperolehi mendapati sebahagian besar daripada murid dapat mengenali huruf – huruf tersebut dengan baik. Kajian juga mendapati bahawa 23.5 % murid mengenali huruf
ف,
47.1 % huruf
غ
dan 52.9 % huruf ض. Tiga huruf tunggal ini termasuk dalam sukatan kelas pemulihan jawi . Huruf ini mudah dikenali murid kerana bentuk hurufnya sama dengan bentuk huruf hija’iyyah iaitu
ف, غ
dan
ك.
Hasil yang menarik sekali ialah keseluruhan murid 100 %
mengenali huruf د. Guru j-QAF memaklumkan bahawa huruf ini mudah dikenali kerana sudah digambarkan dalam minda murid bentuk huruf itu seperti telinga manusia. HURUF (Peratus) 100 94.1
100
82.4 76.5
90 80
ى
70 52.9 47.1 41.2
60 50
ث
58.8 52.9 47.1
ﻻ, ؤ ف ة
40
غ
23.5 17.6
30
Rajah 1a : Kenal Dan Tidak Kenal Huruf
ض
20 5.9 10
0
0 Kenal
Tidak Kenal
Hampir keseluruhan murid 70.6 % dapat mengenali huruf
,ف,ق,
82.4 % huruf
ظ,ع,ك,ھ,ي,
mengenali dengan mudah huruf
88.2 % huruf
خ,س,ش,ص,ض,ط
ث,ج,ذ,م,ن
ا,ب,ت,ح, ر,ل,و.
dan 94.1 %
Tidak dinafikan bahawa
12
kebanyakan murid sudah mengenali hampir semua huruf-huruf tunggal jawi kerana mereka sudah mengenali huruf tersebut sebelum beranjak ke sekolah rendah dan mengenali huruf hija’yyah melalui kelas Asuhan Al-Quran . Huruf yang masih tidak dapat dikuasai perlu diberi perhatian oleh guru kerana semua huruf ini digunakan dalam penulisan jawi. Jika murid tidak mengenali huruf – huruf tersebut, ini bermakna sukar bagi mereka untuk membaca tulisan jawi.
HURUF(Peratus) 100 90 80 70 60
غ
100 94.1 88.2 82.4 76.5 70.6 64.7 58.8
ء,خ ق, ف, ط,ض, ص, ش, س, خ ز ي, ھ, ك, ع,ظ ن,م,ذ, ج,ث
50
و,ل, ر, ح,ت,ب,ا
41.2 35.3 29.4 23.5 17.6 11.8 5.9
40 30 20 10
د
Rajah 1b : Kenal Dan Tidak Kenal Huruf
0
0 Kenal
Tidak Kenal
Bahagian C : Tahap Penguasaan Murid Membaca Huruf Tunggal Jawi Dalam aspek penguasaan membacal huruf tunggal jawi (rujuk Jadual 2 beserta rajah 2a dan 2b). JADUAL 2 : BACA HURUF HURUF TUNGGAL ى ث ؤ,ﻻ ف ة غ ض خ,ط,غ,ق,ء س,ش,ص خ,ض, ف ز,ھ ظ, ع, ك, ي
BOLEH BACA JUM. % 0 00.0
TIDAK BOLEH BACA JUM. % 17 100.0
1 2
5.9 11.8
16 15
94.1 88.2
4 6 8 9 10
23.5 35.9 47.1 52.9 58.8
13 11 9 8 7
76.5 67.7 52.9 47.1 41.2
11 12
64.7 70.6
6 5
35.3 29.4
13 14
76.5 82.4
4 3
23.5 17.6
ث,ج,ذ,م,ن
15
88.2
2
11.8
ا,ب,ت,ح, ر,ل,و د
16
94.1
1
5.9
17
100.0
0
00.0
13
ى
Pengkaji mendapati bahawa 100 % murid tidak boleh membaca huruf
(ya leweh) berbanding huruf ( ة35.9 %), Peratusan boleh baca huruf ة menurun berbanding mengenali huruf tersebut. Manakala 5.9 % murid boleh baca huruf ثdan 11.8 % huruf ؤdan
ﻻ
Kajian juga mendapati bahawa 23.5 % murid boleh baca huruf dan 52.9 % huruf
ض.
ف, 47.1 % huruf غ
Huruf –huruf ini mudah dibaca sebagaimana murid mengenali
huruf tersebut. 76.5 % murid boleh membaca huruf % jumlah murid dalam pembacaan.
ز, ھ. Huruf د
masih menguasai 100
BACA (Peratus) 100 94.1 88.2
100 90 80
76.5 67.7
70 60
52.9 47.1
50 40
52.9 47.1
ض
0 Boleh
Tidak Boleh
Kajian juga mendapati bahawa 58.8 % murid boleh membaca huruf 64.7 % huruf
ف
11.8 5.9
10
ء,
ﻻ,ؤ
Rajah 2a : Boleh Baca Dan Tidak Boleh baca
غ
23.5
20
0
ث
ة
35.9
30
ى
س, ش, ص,
70.6 % huruf
خ,ض, ف,
82.4 % huruf
خ, ط, غ, ق, ظ, ع, ك, ي,
ث, ج, ذ, م, نdan 94.1 % boleh membaca dengan mudah huruf ا, ب, ت , ح, ر, ل, و. Hasil kajian yang diperolehi mendapati kebanyakan murid sudah boleh 88.2 % huruf
membaca hampir semua huruf-huruf tunggal jawi. Huruf yang masih tidak dapat dikuasai perlu diberi perhatian oleh guru kerana semua huruf ini digunakan dalam penulisan tulisan jawi. Jika murid tidak mengenali dan boleh membaca huruf – huruf tersebut, ini bermakna sukar bagi mereka untuk menulis dengan baik dalam tulisan jawi.
14
BACA (Peratus) 100
100
94.1 90
88.2 82.4
80
76.5 70.6
70
ء, ق, غ, ط,خ
64.7 60
ص, ش, س
58.8
ف, ض, خ ﻫ, ز
50
ي, ك, ع, ظ
41.2 40
ن, م, ذ, ج, ث
35.3
و, ل,
29.4
30
ر, ح, ت, ب, ا
Rajah 2b : Boleh Baca Dan Tidak Boleh baca
د
23.5 20
17.6 11.8
10
5.9 0
0 Boleh
Tidak Boleh
Bahagian C : Tahap Penguasaan Murid Menulis Huruf Tunggal Jawi Dalam aspek penguasaan menulis huruf tunggal jawi (rujuk Jadual 3 beserta rajah 3a dan 3b). JADUAL 3 : TULIS HURUF HURUF TUNGGAL ث
BOLEH TULIS JUM. % 0 00.0
TIDAK BOLEH TULIS JUM. % 17 100.0
ق,ؤ
1
5.9
16
94.1
ض
2
11.8
15
88.2
ھ,ى
3
17.6
14
82.4
ﻻ
5
29.4
12
70.6
ص,ض
6
35.3
11
67.7
ط,ظ,ف
7
41.2
10
58.8
خ
8
47.1
9
52.9
غ,ك,م, ء,ة
9
52.9
8
47.1
ز, غ, ف
10
58.8
7
41.2
ح,ذ, ر,ش,ع,ن,و
11
64.7
6
35.3
ج,د,س, ي
13
76.5
4
23.5
ث
14
82.4
3
17.6
ب,ت,خ
15
88.2
2
11.8
ل ا
16 17
94.1 100.0
1 0
5.9 00.0
15
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 100 % murid tidak boleh menulis huruf
ث
berbanding huruf اyang dapat dikuasai sepenuhnya (100 %) dalam penulisan jawi. Hal ini dimaklumi kerana huruf alif sangat mudah dikenal dan dipadani dengan sebarang objek berbentuk lurus, contohnya seperti pen, pensil, batang kayu dan sebagainya. Di samping itu, huruf ini terletak paling awal dalam susunan huruf-huruf tunggal jawi. Manakala huruf ثadalah antara enam huruf tambahan jawi yang telah disepakati kesahan penggunaannya dalam Konvensyen Tulisan dan Ejaan Jawi di Kuala Terengganu pada tahun 1984. Ia tidak dikenali dan tidak boleh dibaca oleh murid, apatah lagi ditulis kerana ia tiada dalam sukatan pemulihan jawi tahun Satu.
ق, ؤ, 29.4 % huruf ز, غ, ف. Kesemua
Dapatan juga memperolehi hanya 5.9 % murid boleh menulis huruf huruf
ﻻ, 35.3 % huruf ص, ض
, 47.1 % huruf خ, dan 58.8 %
huruf ini adalah huruf luar sukatan. Maka tidak hairanlah mengapa hanya segelintir sahaja murid dapat menguasai penulisan huruf-huruf ini. TULIS (Peratus) 100 94.1 88.2 82.4
100 90 80
70.6 67.7
70
58.8 52.9
60 50
47.1 41.2 35.3 29.4
40 30 20
ؤ,ق ض ى, ھ ﻻ
Rajah 3a : Boleh Tulis Dan Tidak Boleh Tulis
ض,ص ف, ظ, ط خ
17.6 11.8 5.9
10
ث
0
0
Boleh
Tidak Boleh
Pengkaji mendapati terdapat huruf-huruf yang tiada dalam sukatan bersama dengan huruf dalam sukatan dapat dikuasai oleh segelintir murid dari sudut penulisan iaitu 17.6 %
ط, ظ, ف, 52.9 % huruf غ, ك, م, ء, ة ,dan 64.7 % murid boleh menulis huruf ح, ذ, ر, ش, ع, ن, و. Dapatan ini huruf
ھ
dan
ى
(ya leweh), 41.2 % huruf
berbeza dengan tahap mengenal dan membaca di mana terdapat huruf yang mereka tidak boleh kenal dan baca tetapi boleh pula ditulis.
Perbezaan yang dikenalpasti daripada huruf-huruf yang terdapat dalam sukatan pemulihan jawi tahun Satu di mana huruf berbanding huruf
ث
ض
hanya dapat ditulis oleh 11.8 % murid sahaja
yang memperolehi 82.4 %. Peratusan ini menunjukkan jurang yang
amat ketara. Huruf-huruf yang lain dapat ditulis dengan baik di mana dapatan memperolehi 76.5 % huruf
ج,د,س, ي
dan 88.2 % huruf
ب, ت, خ. Kebanyakan responden 16
dapat menulis huruf ( ل94.1 %). Keadaan ini dapat diintepretasi bahawa huruf tersebut amat sinonim dengan bentuk mata kail, kaki payung atau tongkat oleh kanak-kanak.
TULIS (Peratus) 100 90 80 70 60
100 94.1 88.2 82.4 76.5
ة, ء, م, ك, غ ف, غ,ز
64.7 58.8 52.9
50
و, ن, ع, ش, ر, ذ, ح ي
47.1 41.2 35.3
40
Rajah 3b : Boleh Tulis Dan Tidak Boleh Tulis
ث خ, ت, ب
30
ل
23.5 17.6 11.8 5.9
20 10
, س, د, ج
ا
0
0 Boleh
Tidak Boleh
RUMUSAN Berdasarkan hasil kajian, peratusan menunjukkan majoriti murid dapat mengenal huruf-huruf tunggal jawi yang terdapat dalam sukatan pemulihan jawi berbanding huruf-huruf yang selebihnya. Cuma dikenal pasti hanya huruf فdan
غyang terdapat dalam sukatan berada di bawah paras 50 % di samping huruf ى, ث, ؤ, ﻻdan ة. Oleh yang demikian, guru pemulihan jawi perlu mengambil inisiatif untuk memudahkan murid mengenal huruf-
سberada dalam lingkungan 50 % ke 71 % sahaja bersama dengan huruf luar sukatan iaitu غ, خ, ء, ش, ص, ض, ط, ف, قdan ز. Tahap penguasaan yang cemerlang pada paras 80 % ke atas huruf tersebut. Manakala huruf –huruf
ض,خ
dan
kebanyakkannya dimonopoli oleh huruf-huruf dalam sukatan seperti
ث,ج, ر,ل,و,ا,ب,ت
dan
د.
ك,ھ,ي,م,ن,
selain itu, huruf luar sukatan juga mendapat
peratusan yang membanggakan dalam kajian ini iaitu huruf
ظ, ع, ذdan ح.
Manakala tahap penguasaan pembacaan huruf tunggal jawi menunjukkan peratusan
فdan غ masih kekal berada di bawah paras 50 % di samping huruf ى, ث, ؤ, ﻻdan ة. Hurufhuruf dalam sukatan yang berada pada peratusan 50 % hingga 77 % adalah huruf ض, س, خdan ھ. . Ini dapat disimpulkan bahawa apabila murid tidak dapat mengenal yang hampir sama dengan tahap mengenali huruf tersebut di mana huruf
17
huruf-huruf tersebut, secara otomatisnya mereka juga tidak boleh membaca huruf-huruf itu. Hasil dapatan menunjukkan bahawa huruf-huruf dalam sukatan juga berada dalam peratusan yang cemerlang iaitu huruf dan
ك, ي, م, ن, ث, ج, ر, ل, و, ا, ب, ت
دmanakala huruf luar sukatan yang berada pada peratusan yang sama ialah huruf خ,
ط, غ, ق, ء, ش, ص, ض, فdan ز.
Berbeza dengan dapatan yang diperolehi dalam tahap penguasaan menulis huruf tunggal jawi, di dapati hanya huruf ض, ھdan فyang terdapat dalam sukatan sahaja berada dalam paras di bawah 50 % berganding dengan huruf –huruf di luar sukatan pemulihan jawi tahun Satu iaitu ث
, ق, ؤ, ى, ﻻ, ص, ض, ط, ظdan خ.
Huruf-huruf tunggal jawi dalam sukatan yang berada dalam paras yang memberangsangkan iaitu lebih dari 50 % hingga 100 % ialah
غ, ك, م, ن, و, ر, ج, د, س, ي, ث,
ب, ت, خ, لdan ا. Manakala huruf-huruf luar sukatan yang berada dalam paras 50 % hingga 65 % adalah ء, ة, ز, غ, ف, ح, ذ, شdan ع. Ini membuktikan bahawa 16 huruf tunggal jawi telah dikuasai dengan baik dalam aspek penulisan bagi mencapai objektif yang terdapat dalam hasil pembelajaran melalui sukatan pelajaran kelas pemulihan jawi Enam Bulan Pertama Tahun Satu. Oleh yang demikian, guru pemulihan perlu mengambil satu alternatif yang berkesan supaya tiga huruf yang selebihnya iaitu huruf
ض, ھdan فdapat
dikuasai dari aspek penulisan.
Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa murid kelas pemulihan dari kedua-dua kelas telah menunjukkan peningkatan dan prestasi yang baik dalam menguasai ketiga-tiga aspek mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf tunggal jawi setelah berlalu Enam Bulan Pertama. Jika ada usaha yang lebih dari guru pemulihan, murid-murid tersebut akan segera menguasai ketiga-tiga aspek tersebut dalam kadar yang segera.
CADANGAN Setelah meneliti beberapa perkara hasil dari kajian yang telah diperolehi, pengkaji mendapati terdapat aspek yang perlu diambil kira dan dicadangkan untuk memantapkan penguasaan huruf-huruf tunggal jawi dalam kalangan murid-murid kelas pemulihan jawi. Antaranya ; Cadangan Pertama : Dalam membuat rujukan kepada buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam dan Rancangan Tahunan Tahun Satu, 2006, KBSR, kelas pemulihan jawi bagi Enam Bulan Pertama dan Enam Bulan Kedua, pengkaji mendapati hanya 19 huruf tunggal jawi sahaja iaitu
ا,ب,ت,ث, ج, خ, د, ر,س,غ,ف,ك,ض,ل,م,ن,و,ھ
dan
ي. yang diajar dalam Enam Bulan Pertama, manakala perbezaan yang dilihat dalam
Enam Bulan Kedua ialah dimasukkan sukukata – sukukata, tetapi masih menggunakan 19 huruf tersebut. Yang menjadi persoalan kepada pengkaji dimanakah pergi huruf-huruf
18
tunggal jawi yang selebihnya. Apakah huruf-huruf yang selebihnya tidak diberi keutamaan bagi murid-murid tersebut mengenalinya ? Kajian telah membuktikan bahawa murid kelas pemulihan ini tidak sepatutnya diabaikan hanya dengan mengenali 19 huruf itu sahaja. Mereka telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam penguasaan huruf-huruf tunggal jawi keseluruhannya jika diberi peluang. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan supaya kesemua huruf tunggal jawi (38 huruf) diperkenal dalam sukatan bagi peringkat awal pembelajaran tahun pertama bukan dengan memilih 19 huruf sahaja sebagaimana huruf-huruf hija’iyyah diperkenalkan secara keseluruhannya dalam pelajaran Enam Bulan Khatam Al-Quran. Sudah semestinya murid ini sudah mengenali sebahagian besar huruf-huruf jawi kerana asasnya adalah melalui 30 huruf-huruf hija’iyyah. Cuma ditambah 8 huruf gubalan Melayu iaitu خ, غ, ف, ض, ؤ, ث, ى dan ة. Alasan dan jawapan yang diberi oleh seorang pegawai bahagian kurikulum jQAF, JAPIM ialah pemilihan 19 huruf tersebut adalah berdasarkan huruf-huruf itu mudah dikenal dan diingat oleh murid dalam kategori ini. Jika demikian, apakah huruf-huruf selebihnya tidak mudah dikenali atau diingati oleh murid pemulihan? Bagi pengkaji, pengenalan bagi keseluruhan huruf-huruf tunggal jawi sepatutnya didedahkan kepada murid ini di peringkat awal kerana mereka terdedah kepada bahan bacaan yang mengandungi semua huruf tersebut, apatah lagi pengetahuan sedia ada yang diperolehi dalam kelas Enam Bulan Khatam Al-Quran sudah memungkinkan mereka mencapai objektif dalam tahun pertama kelas pemulihan jawi.
Cadangan Kedua: Bagi sukatan Enam Bulan Kedua kelas pemulihan jawi Tahun Satu, pengkaji mencadangkan supaya huruf-huruf yang selebihnya dari 19 huruf yang diajar dalam Enam Bulan Pertama, diajar dan diperkenalkan supaya objektif mengenal 38 huruf tunggal jawi tercapai dalam tempoh satu tahun pembelajaran mereka. Bagi Tahun Dua dan seterusnya barulah diajar mengenal sukukata dan perkataan-perkataan.
Cadangan Ketiga : Merujuk kepada sukatan pemulihan Jawi Tahun Satu didapati tiadanya keseragaman mengikut abjad jawi diajar. Pengkaji mencadangkan adalah lebih baik huruf-huruf tersebut diajar dalam kedudukan abjad yang betul agar memudahkan murid pemulihan mengingat dan menghafal huruf-huruf tersebut. Pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik boleh diguna oleh guru pemulihan dalam mencapai objektif hasil pembelajaran mengikut aras kenal, baca dan tulis. Sebagaimana yang dicadangkan dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan jawi program j-QAF bahawa kaedah yang paling sesuai untuk mengajar murid pemulihan jawi adalah kaedah permainan dan nyanyian.
KESIMPULAN Usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia samada pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral peringkat kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Pendidikan Guru dan sekolah dalam merealisasikan idea YAB Perdana Menteri Malaysia amatlah membanggakan kerana dalam tempoh hampir tiga tahun program j-QAF dijalankan, banyak kejayaan yang dicapai terutama dalam pelaksanaan kelas pemulihan jawi yang diharap
19
dapat membantu murid yang tercicir dalam mengenal tulisan jawi. Secara langsungnya akan dapat memartabatkan tulisan jawi sebagai tulisan Melayu di nusantara. Maka warisan bangsa ini akan kekal selamanya sebagai satu kebanggaan keturunan masyarakat Melayu akan datang. Pengkaji juga berharap pada masa akan datang, terdapat kajian-kajian lain dibuat berkaitan dengan model-model program j-QAF dalam pelbagai aspek dengan lebih mendalam lagi supaya pengetahuan warga negara Malaysia tentang program j-QAF ini dapat ditingkatkan. Kajian ini hanya sebagai tinjauan umum dalam kalangan murid tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi program j-QAFdi sebuah sekolah dalam bahagian Sarikei, Sarawak sahaja dan tidak dapat digeneralisasikan kepada tempat-tempat lain. Maka harapan pengkaji, jika terdapat penyelidikan yang lain tentang kelas pemulihan jawi ini, beberapa pembaikan perlu diusahakan agar kajian tersebut dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
SENARAI RUJUKAN Al Quran Al Karim. Arbak Othman (2005), Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Manan Ali. 2005. Doktor Jawi: Bistari Jawi 4 Jam. Kuala Terengganu: Akademik Al-Merbawi. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum j – QAF, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam dan Rancangan Tahunan Tahun Satu, KBSR, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Buku panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum j-QAF Tahun 1, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Buku Panduan j-QAF. Tahun Satu. Kuala Lumpur:Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Sukatan Pelajaran Pemulihan Jawi, KBSR. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Mahayudin Hj. Yahaya. 1994. Naskhah Jawi Sejarah dan Teks. Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
20
Mohd. Sabudin bin Tamsir. 1985. Jawi Untuk Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Muhani Hj. Abdul Ghani. 1988. Teman Pelajar Jawi. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Rohana Yusof. 2003. Penyelidikan Sains PTS Publications dan Distributor Sdn. Bhd.
Sosial,
Pahang
darul
Makmur,
____________. Asas Belajar Jawi. 1988. Kuala Lumpur: Penerbitan ‘Asa Sdn. Bhd.
Senarai Rujukan dari Laman Web Belajar Jawi http://perdana.fsktm.um.edu.my/~jawinet/belajarJawi/menu.html DrJawi http://drjawi.tripod.com/ Komuniti Penggiat Jawi http://senikhat.ejawi.net/forum/ http://community.ejawi.net/ Kurikulum Jawi http://www.ppk.kpm.my/ Produk Jawi http://www.iked.com.my/ http://jawi.com.my/ Projek Jawi Digital http://fsktm.um.edu.my/~jawinet/jawi/main.html Sejarah Jawi http://fsktm.um.edu.my/~jawinet/belajarJawi/sejarah.html http://www.omniglot.com/writing/malay.htm Tulisan Jawi http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi http://www.angelfire.com/id/sulyh/tul.htm Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Diperolehi pada 3 mac 2007 daripada http://apldbp2.dbp.gov.my/personel/tesaurus.
21 View publication stats