Aktiviti Ansur Maju.docx

  • Uploaded by: Karmila Yusof
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aktiviti Ansur Maju.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 425
  • Pages: 7
AKTIVITI ANSUR MAJU

1. Hantaran dada berpasangan tanpa bola. ( Statik )

Pemain A ( Melakukan hantaran ) 1) Bersedia melakukan hantaran. 2) Berdiri tegak dan siku diletakkan di sisi badan seperti dinyatakan dalam fasa lakuan .

3) Meletakkan ibu jari di belakang bola dengan betul seperti di dalam rajah .

4) Diminta membuka kaki seluas bahu dan berada dalam keadaan stabil dan seimbang. 5) Semasa hantaran dibuat , kaki yang dominan digerakkan ke hadapan sambil lutut dibengkokkan. 6) Seterusnya siku dan jari-jari diluruskan serentak sementara pergelangan tangan menolak bola .

7) Langkah yang sama diulang sebanyak 10 kali sebagai latih tubi kemahiran asas hantaran dada.

Pemain B (Menerima hantaran )

1. Bersedia untuk menerima hantaran yang dibuat oleh pemain A . Pastikan berada dalam kedudukan yang stabil dan selesa . 2. Berkeadaan lutut dibengkokkan sementara kedua-dua tangan ke hadapan seperti di rajah

3. Apabila bola diterima , bola dirapatkan sambil kaki yang berada di belakang seperti di rajah

hadapan ke

4. Langkah diulang sehingga murid-murid dapat menguasai kemahiran menghantar bola dengan menggunakan hantaran dada tanpa bola.

2. Hantaran Dada dengan bola (Dinamik )

1. Pelajar akan membentuk 1 bulatan kecil yang terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan .

2. Untuk pusingan yang pertama , seorang pelajar (Pelajar A) yang dipilih akan berlari ke tengah bulatan .

3. Pelajar yang berada di sebelah kanan kawasan kosong (Pelajar B) akan membaling bola kepada pelajar yang berada di dalam bulatan dengan menggunakan hantaran dada .

4. Pelajar yang berada di tengah bulatan merima bola hantaran aras dada , dan membaling semula bola tersebut kepada pelajar yang berada disebelah kanan pelajar B (Pelajar C) .

5. Hantaran yang dibuat mestilah hantaran aras dada dan setiap hantaran mestilah dilakukan dengan betul tanpa melakukan kesalahan gerak kaki .

6. Aktiviti ini diteruskan sehingga semua pelajar merasai pengalaman berlari ke tengah bulatan . 7. Aktiviti ini diulang sebanyak 3 pusingan sebagai latih tubi .

PERMAINAN KECIL

Nama Permainan Kecil : Bom Organisasi : Setiap kumpulan 5 orang .

Prosedur :

1) Pelajar diasingkan kepada dua kumpulan . 2) Kumpulan pertama di zon A dan kumpulan kedua di zon B .

3) Pemain daripada zon A perlulah menghantar bola kepada pemain di zon B selepas membuat 3 hantaran di dalam zon A .

4) Sekiranya pelajar di zon B tidak dapat untuk menyambut bola tersebut , maka satu mata akan diberikan kepada kumpulan pertama yang berada di zon A . 5) Pasukan di dalam zon A dan zon B , bergilir-gilir membuat hantaran aras dada dan menerima hantaran sehingga masa tamat .

Related Documents

Aktiviti Ansur Maju.docx
October 2019 34
Ansur Maju.docx
November 2019 23
Secation Revew Ansur
June 2020 10
Aktiviti Pbs.docx
December 2019 41
Aktiviti 4
May 2020 39

More Documents from ""