Kajian Tindakan.docx

  • Uploaded by: husna humaira
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Tindakan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,790
  • Pages: 32
BAB 1

1.0

PENGENALAN Menurut Mok (1991) di dalam buku terbitannya “Pendidikan di Malaysia”, beliau merumuskan bahawan pendidikan merupakan sau proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu, selain daripada menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat memberikan kegembiraan, faedah, dan kemajuan dalam kehidupannya. Seperti yang telah dinyatakan oleh Mok (1991), sistem pendidikan yang ada di Malaysia kini memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh. Oleh itu, pengajaran di dalam bilik darjah seharusnya mendatangkan pembelajaran, dan pengajaran tersebut perlulah mempunyai teknik dan pengetahuan yang tertentu bagi seseorang guru dan semua murid di dalam kelas untuk menjayakannya, sekali gus dapat mengembangkan potensi seseorang murid secara menyeluruh dengan baik. Kaedah pengajaran bermaksud tindakan yang dilakukan oleh seorang guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997). Pelbagai kaedah pengajaran baru yang diperkenalkan, dan untuk meningkatkan lagi tindak balas dan interaksi antara guru dan juga murid. Guru perlu sentiasa mencuba untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran kerana tidak ada satu kaedah yang terbaik boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan ilmu kepada murid kerana pembelajaran murid boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti persekitaran, budaya pembelajaran di sekolah, sehingga kepada latar belakang seseorang murid. Kaedah pembelajaran berpusatkan murid adalah salah satu kaedah yang baik selain daripada kaedah konvensional, iaitu kaedah berpusatkan guru. Pembelajaran secara tradisional seperti yang diamalkan oleh kebanyakan murid adalah pembelajaran yang pasif (Elizabeth et al. 2002). Oleh itu, guru perlulah merancang pengajaran dengan baik, menarik, serta dapat menarik minat murid. Ini kerana, mempelbagaikan pendekatan yang sesuai digunakan adalah merupakan salah satu faktor yang dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan dapat memotivasikan murid. 1

1.1

LATAR BELAKANG KAJIAN Di dalam sesi praktikal yang lepas, pengkaji telah dihantar ke Kolej Vokasional Gerik untuk menjalani latihan praktikal saya di sana. Kolej Vokasional Gerik merupakan salah satu kolej vokasional yang ada di Malaysia. Kolej ini terletak kira-kira 5 km dari pekan Gerik, Perak. Kolej Vokasional Gerik mula dibuka pada tahun 2000 dengan nama asal Sekolah Menengah Teknik Gerik. Ia mula ditukarkan kepada Kolej Vokasional pada tahun 2013. Kolej ini mempunyai kakitangan seramai 98 orang, termasuklah guru dan juga staf. Kolej ini juga mempunyai murid seramai 605 orang,yang terdiri daripada murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, dan juga murid SKM. Kolej Vokasional Gerik mempunyai 5 buah jabatan, iaitu Jabatan Bisnes, Jabatan Hospitaliti, Jabatan Pembinaan, Jabatan Kimpalan, Jabatan ICT, dan Jabatan Umum. Saya telah ditempatkan di bawah jabatan Hospitaliti dan dikehendaki mengajar subjek SKM, iaitu subjek yang diambil oleh murid-murid orang asli yang berumur 16 tahun. Subjek ini merupakan subjek yang berada di bawah Jabatan Hospitaliti, dan silibus subjek ini adalah berdasarkan kepada modul yang disediakan oleh pihak SKM sendiri. Murid yang mengambil subjek ini adalah murid lepasan sekolah PAV. Bilangan murid yang mengambil subjek ini adalah seramai 47 orang, dan dibahagikan kepada dua kelas, iaitu SKM 1, dan SKM 2. Subjek SKM ini merupakan subjek yang memberikan pendedahan kepada murid tentang dunia masakan. Ini merupakan salah satu platform bagi mereka untuk mendapatkan sijil SKM, di mana mereka boleh menggunakan sijil tersebut untuk mendapatkan kerja apabila mereka sudah menghabiskan sesi persekolahan mereka kelak. Subjek ini diajar melalui dua cara, iaitu secara teori dan juga secara amali. Di dalam kelas teori, murid diajar tentang peralatan yang digunakan semasa berada di dapur, pakaian dan penampilan yang sesuai dengan kerja-kerja di bahagian dapur, cara-cara untuk memasak masakan, bahan-bahan yang sering digunakan dalam masakan, dan juga jawatan yang ada di bahagian dapur. Manakala di dalam kelas amali pula, murid diajar tentang cara-cara memasak masakan mengikut kepada kompetensi yang telah diberikan oleh pihak SKM. Setiap penilaian, sama ada dari segi penilaian ujian bertulis, dan penilaian kelas amali adalah mengikut kepada rubrik SKM, dan pada penilaian akhir, murid akan dinilai oleh pegawai SKM. Penilaian 2

tersebut merupakan langkah terakhir di mana mereka akan diberikan sijil SKM sekiranya mereka lulus penilaian tersebut.

1.2

PERMASALAHAN KAJIAN Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar murid-murid SKM 1, yang mempunyai bilangan murid seramai 23 orang. Berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji, muridmurid yang mengambil subjek SKM merupakan murid-murid Orang Asli. Pengkaji mendapati yang hanya dua kelas yang menawarkan subjek ini. Mereka merupakan murid yang jarang bergaul dengan murid-murid di kolej vokasional yang lain. semasa di dalam kelas, pengkaji mendapati mereka juga kurang bercakap di dalam kelas. Apabila pengkaji menyoal murid tentang isi pelajaran yang telah lepas atau yang sedang dipelajari, mereka kurang memberikan respon. Selain itu, mereka juga malu untuk menyuarakan kembali jawapan mereka apabila diminta untuk mengulang kembali jawapan mereka. Ini kerana, semasa pengkaji berada di hadapan kelas, pengkaji tidak dapat mendengar suara murid tersebut dengan jelas. Selain itu, pengkaji juga mendapati yang murid kurang menunjukkan minat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Di samping itu, prestasi mereka di dalam subjek SKM ini adalah tidak begitu memberansangkan. Ini dapat dilihat melalui penilaian yang dilakukan oleh pengkaji setiap kali sesi PdP, dan juga melalui pemilaian yang telah dijalankan oleh guru lain sebelum ini. Para murid menganggap diri mereka lemah dan menganggap subjek ini sukar kerana kebanyakan daripada mereka kurang mahir dalam subjek Bahasa Inggeris. Ini kerana, subjek SKM merupakan subjek masakan, di mana kebanyakan terma penting adalah dalam bahasa Inggeris, dan bahasa Perancis. Selain itu, murid juga mungkin berasa bosan semasa sesi PdP. Ini kerana mereka bosan dengan kaedah pengajaran guru yang banyak menggunakan kaedah satu hala atau berpusatkan guru, di mana guru hanya menyampaikan, dan tidak menggalakkan penglibatan murid di dalam sesi PdP tersebut. Oleh itu, pengkaji telah menyemak kembali cara yang sering digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid. Pengkaji kemudiannya telah mengambil keputusan untuk mengubah kaedah pengajaran tersebut kepada pengajaran yang berpusatkan murid. Ini kerana, 3

pengkaji ingin menyesuaikan kaedah tersebut dengan keadaan murid zaman sekarang, di mana mereka mempunyai sifat inkuiri yang tinggi, bersifat aktif, dan ingin meneroka sesuatu benda yang baru dengan cepat. Kebanyakan sumber pendidikan pada masa kini lebih menitik beratkan isu mengenai kaedah pembelajaran yang paling berkesan bagi murid supaya mereka berminat untuk ke sekolah dan menumpukan perhatian di dalam kelas. Maka, pengkaji ingin membuktikan keberkesanan proses PdP yang menggunakan kaedah berpusatkan murid. Kajian ini akan dijalankan terhadap muridmurid SKM 1. Pengkaji juga mendapati 18 daripada 23 orang murid kurang menunjukkan minat di dalam kelas semasa sesi PdP.

1.3

PERSOALAN KAJIAN Terdapat tiga persoalan kajian yang telah timbul untuk menjalankan kajian tindakan ini. Antaranya: 1. Adakah amalan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) berpusatkan murid dapat mengubah amalan guru kepada PdP yang berkesan? 2. Adakah amalan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) berpusatkan murid dapat menjadikan murid lebih aktif di dalam kelas? 3. Adakah amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam subjek SKM?

1.4

TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian tindakan ini diadakan adalah untuk membolehkan guru untuk mengubah gaya pengajaran di dalam kelas. Ini adalah untuk mengelakkan daripada murid berasa bosan dengan gaya pengajaran yang digunakan oleh guru. Ini akan memberikan peluang kepada guru untuk mencari gaya pengajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan keperluan murid pada masa kini. Selain itu, pembelajaran secara aktif juga dapat ditingkatkan. Murid-murid mungkin tidak akan menjadi murid yang pasif di dalam kelas, tetapi akan menjadi lebih aktif dan pandai berkomunikasi, tidak malu,

4

dan lebih bergaul dengan murid yang lain. Nilai-nilai yang ada di dalam pembelajaran koperatif dan kolaboratif akan dapat diterapkan di dalam kehidupan seharian mereka.

1.5

DEFINASI OPERASIONAL 1.5.1 Kemahiran Menurut Kamus Dewan (1996), kemahiran bermaksud sebagai kecekapan dan juga kepandaian. Di dalam kajian tindakan ini, kemahiran merujuk kepada kecekapan murid untuk menguasai subjek SKM dengan baik. 1.5.2 Pembelajaran Koperatif Menurut Bern dan Erickson (2001), pembelajaran koperatif merupakan strateg pembelajaran yang mengorganisasikan pembelajaran dengan menggunakan pembelajaran secara berkumpulan, di mana murid bekerjasama untuk mencapai tujuan belajar. Di dalam kajian tindakan ini, pembelajaran koperatif merujuk kepada satu keadaan di mana murid berada di dalam kumpulan untuk belajar, dan untuk mencapai objektif pembelajaran pada hari itu. 1.5.3 Pembelajaran Kolaboratif Pembelajaran kolaboratif merupakan satu situasi di mana terdapat dua atau lebih murid belajar atau berusaha untuk belajar sesuatu secara bersama-sama. Di dalam kajian itndakan ini, pembelajaran kolaboratif dapat dilihat di mana murid berada di dalam kumpulan, belajar bersama-sama untuk menguasai subjek SKM.

5

BAB 2

2.0

PENDAHULUAN Kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada perkembangan potensi bagi setiap individu murid. Pendidikan merupakan suatu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki oleh seseorang individu murid. Menurut Wan Zahid (2000), sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada perkembangan potensi seseorang individu secara menyeluruh dan bersepadu. Perancangan pengajaran yang baik dan menarik, serta pelbagai pendekatan yang digunakan adalah faktor untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan bemotivasikan murid.

2.1

TEORI-TEORI BERKAITAN Melalui kajian tindakan ini, pengkaji turut mendapatkan maklumat dari teori-teori pembelajaran yang terdahulu. Pengkaji ingin menggunakan model pembelajaran sosial, iaitu pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Pembelajaran koperatif bermaksud sekumpulan murid yang belajar secara bekerjasama, dan kebiasaannya dilakukan di dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2008). Melalui kaedah pembelajaran ini, murid akan saling berinteraksi dan membantu antara satu sama lain di dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan untuk mencapai kemajuan dan juga prestasi yang cemerlang. Ciri-ciri pembelajaran koperatif ialah, yang pertama, murid melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran secara berkumpulan. Kedua, murid dilatih dengan sifat akauntabiliti diri dan bertanggungjawab utuk berkongsi. Ketiga, kemahiran murid dalam interaksi sosial dapat dipupuk dan diperbaiki dalam pembelajaran koperatif, dan yang keempat, wujud kesedaran di dalam diri mereka yang pembelajaran koperatif adalah kunci pencapaian yang lebih daripada pembelajaran secara diri sendiri. Ciri-ciri ini dapat membuktikan yang pembelajaran secara koperatif adalah pembelajaran yang berkesan untuk membolehkan murid untuk berdikari dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. 6

Pembelajaran kolaboratif pula melibatkan sekumpulan murid berusaha bersamsama untuk mencapai prestasi yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Melalui pembelajaran kolaboratif, keberkesanan pembelajaran dapat meningkatkan lagi nilai-nilai sosial, dan kerjasama antara murid dapat dipupuk dengan baik , dan juga masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minimum. Di bawah konteks pendidikan secara amnya, khususnya terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif membawa maksud aktiviti pembelajaran murid adalah di bawah bimbingan guru yang mengajar. Pertukaran idea melalui perbincangan, atau menyumbangkan idea dan kemahiran masing-masing dengan tujuan untuk menyelesaikan tugas, masalah, atau projek yang diberikan oleh guru. Pendekatan pengajaran dan pembelajran jenis ini adalah berasaskan kepercayaan oleh guru bahawa sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama akan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat, dan lebih berkesan berbanding kepada belajar secara bersendirian. Kajian tindakan yang dilaksanakan ini sememangnya dilakukan bertujuan untuk menguji kaedah pengajaran koperatif dan kolaboratif yang digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Pengkaji menjalankan aktiviti pengakaran dan pembelajaran menggunakan kaedah simulasi, main peranan, dan juga perbincangan untuk membuktikan keberkesanan proses pembelajaran terhadap murid. Perubahan positif murid terhadap subjek SKM adalah tujuan utama kajian tindakan ini dilaksanakan.

2.2

KAJIAN-KAJIAN YANG LALU Murid digalakkan untuk membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina. Salah satu pendekatan yang sesuai adalah pembelajaran secara berkumpulan, atau pembelajaran berpusatkan murid. Pendekatan ini lebih berkesan kerana murid mempunyai banyak peluang untuk menyumbangkan idea, berbincang, dan berinteraksi antara satu sama lain, dan belajar melalui pengalaman meeka sendiri. Pada peringkat sekolah menengah, murid perlu diajar dan diterapkan dengan nilai pembelajaran kendiri dan berdikari. Ini adalah untuk memastikan mereka 7

bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Selain daripada mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan dengan bantuan murid lain, mereka dapat memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah, dan juga kemahiran sosial. Menurut Rogers dan Freiberg dalam kajian mereka pada tahun 1994, murid lebih suka pengajaran yang tidak terlalu formal dan pembelajaran koperatif. Kaedah koperatif menggalakkan murid untuk mengajar sesama mereka sendiri, dan murid juga sebenarnya ingin berkongsi pendapat mereka dengan guru dan rakan-rakan yang lain. melalui pembelajaran sebegini, murid akan lebih mudah untuk memahami sesuatu subjek, dan lebih cepat untuk mengingati fakta yang diajar kerana mereka selalunya lebih menguasai sesuatu topik yang dipelajari sekiranya mereka mengulang berulang kali. Murid juga dapat membina persahabatan yang kukuh apabila sentiasa bekerja secara berkumpulan. Mereka juga dapat belajar untuk berkongsi, memberi, dan mendapat bantuan, serta mendengar dan menerima pendapat rakan mereka. Mengikut kepada pemerhatian pengkaji, murid didapati aktif dan dapat mewujudkan suasana yang tidak membosankan di dalam kelas. Melalui hasil temubual yang telah dijalankan, terdapat murid yang menyatakan kaedah pembelajaran secara berkumpulan banyak membantu meningkatkan kefahaman mereka terhadap sesuatu topik yang sukar difahami. Murid juga merasakan yang mereka lebih gembira dan seronok untuk terus mempelajari subjek SKM yang pada mulanya mereka kurang berminat , dan menganggap sunjek ini adalah sangat sukar. Pembelajaran berpusatkan murid ini adalah satu kaedah yang digunakan untuk memenuhi kepelbagaian dalam gaya pembelajaran seseorang individu. Ini kerana, terdapat individu yang lebih selesa untuk belajar secara berseorangan. Chua Yock Chuan (2001) ada menyatakan, motivasi, minat, dan semangat baru yang diperoleh dan dipunyai oleh setiap murid akan pudar dan luntur tanpa disusuli dengan satu program pengisian yang positif dan konkrit. Dengan pengisian seperti pembelajaran secara berkumpulan di dalam kelas dapat merangsang minda mereka untuk mempunyai semangat dalam mempelajari dan menguasai ilmu pengetahuan. Semangat untuk bersaing dan terus maju secara tidak lansung dapat diterapkan dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru.

8

Pembelajaran berpusatkan murid juga dapat mendidik murid untuk berfikir dan memahami sesuatu subjek dengan cepat. Che Mansor Che Tom (2000), berpendapat yang guru perlu menggalakkan murid untuk berfikir agar generasi akan datang mampu berfikir secara kreatif, inovatif, dan mempunyai idea yang bernas. Para guru juga tidak semestinya terikat dengan hanya satu fakta semasa dalam proses menyampaikan isi pelajaran masing-masing. Sebaliknya, penglibatan daripada murid secara aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang dengan baik. Terdapat kajian yang menyatakan pembelajaran secara koperatif merupakan cara yang berkesan, yang membolehkan seseorang murid menggunakan strategi kognitif yang sesuai untuk memberi motivasi, lebih idea dan pemahaman yang cepat dalam sesuatu subjek.murd juga boleh mempelajari sesuatu subjek dengan menggunakan pengetahuan sedia ada, dan menggunakan pengalaman sedia ada mereka agar pemahaman yang diperoleh adalah lebih cepat dan mendalam. Slavin (1990) juga ada menyatakan sistem pembelajaran yang berpusatkan guru perlu diolah supaya pengajaran dan pembelajaran dapat diubah dan berpusatkan kepada murid. Selain itu, pembelajaran koperatif juga membolehkan murid untuk meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Mengikut kepada kajian yang dijalankan di National Training Laboratories, Bathel Maine, purata kadar ingatan murid boleh meningkat sehingga 90% jika mereka mengajar sesama mereka sendiri, dan menggunakan pengetahuan yang diperoleh itu serta-merta. Peratusan pembelajaran mengikut tahap adalah seperti di dalam Piramid Pembelajaran di bawah.

9

RAJAH 1: PIRAMID PEMBELAJARAN

Berdasarkan kepada Piramid Pembelajaran di atas, peratusan kadar penerimaan ilmu melalui kaedah membaca, mendengar, dan melihat adalah yang paling sedikit, iaitu masing-masing 5%, 10%, dan 20% sahaja. Peratusan yang paling tinggi adalah 90%, di mana kaedah mengajar kepada orang lain setelah memahami subjek tersebut dengan baik. Manakala 75% dan 50% masing-masing dicatatkan bagi mewakili kaedah pembelajaran melalui pengalaman sendiri, dan perbincangan dengan orang lain. ini dapat membuktikan yang kaedah pembelajaran secara kendiri atau berpusatkan murid adalah salah satu faktor yang dapat menyumbang kepada peratusan pembelajaran yang tertinggi. Mengikut pendapat Shahabudin Hashim et. al (2007), kaedah koperatof ini juga dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama, hubungan yang erat, serta kasih sayang dalam diri setiap murid. Dengan itu, secara tidak langsung kemahiran murid dalam aspek sosial juga meningkat. Dengan hasil positif yang diperoleh, maka kaedah koperatif ini merupakan salah satu kaedah yang amat sesuai digunakan dalam penyampaian ilmu pendidikan. Menurut Shahabudin Hashim et. al (2007) lagi, bagi menggalakkan penyertaan aktif murid di dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja secara berkumpuan perlu diadakan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan dijalankan. Pembelajaran tersebut dilakukan apabila beberapa individu yang 10

mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza, berada di dalam kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan enggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana yang diarahkan oleh guru. Perbincangan dan perkongsian pendapat antara ahli kumpulan adalah faktor penentu kejayaan bagi sesuatu proses kaedah pembelajaran berpusatkan murid yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Saedah Siraj dan Ahmad Sabri Shuib (2004) di dalam kajian mereka yang bertajuk “Preferen Pelajar Terhadap Pengajaran Guru” membuat kesimpulan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran sepatutnya melibatkan interaksi dua hala antara murid dengan guru. Pengajaran dalam kaedah tradisional melibatkan hanya hubungan satu hala, dan guru hanya memainkan peranan utama berbanding kepada murid. Guru bertindak secara solo dan murid hanya mendengar secara pasif. Maka tidak ada kepelbagaian teknik pengajaran guru yang dapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran sehingga menyebabkan pembelajaran kurang berkesan dan murid cepat berasa bosan. Dalam proses pengajaran berpusatkan murid, peranan guru adalah minima. Pelbagai teknik pengajaran dapat digunakan oleh guru bagi merangsang proses pengajaran dan pebelajaran. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran dapat menjadikan murid lebih aktif, kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah melibatkan murid. Untuk menjadikan murid gembira dan lebih tebuka untuk belajar, guru perlu menitikberatkan perbezaan setiap individu. Menurut Pinsent (1969), guru sepatutnya mengambil kira perbezaan individu semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain daripada mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Ini kerana, berdasarkan kepada kajian-kajian yang lalu, program pendidikan yang berjaya ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pertimbangan kepada perbezaan individu di dalam kelas. Perancangan aktiviti murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid perlu melihat kepada perbezaan setiap individu murid, dan juga gaya pembelajaran yang berbeza. Aspek perbezaan individu merangkumi aspek fizikal, emosi, kognitif, tingkah laku, sosial, dan rohani. Ini bermakna setiap murid di dalam kelas adalah unik dan berbeza antara satu sama lain. oleh itu, guru perlulah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kepada potensi individu. 11

Sebagai contoh, bagi murid yang meminati muzik, guru boleh memasukkan elemen muzik untuk menjayakan aktiviti di dalam kelas. Selain itu, bagi murid yang lebih menyukai pembelajaran secara berkumpulan, guru perlulah mempelbagaikan lagi aktiviti secara berkumpulan, dan juga proses perbincangan supaya proses pembelajaran dapat meresap dengan baik dalam pemikiran murid. Guru juga harus sedar yang setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, tiada satu kaedah mengajar yang bersifat sempurna yang boleh digunakan untuk mengajar semua murid dalam sesuatu kelas. Jadi, strategi pengajaran yang digunakan hendaklah bercorak pelbagai jenis dan menerapkan keselesaan kepada murid. Jadi, strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid. Namun, menurut Mok Soon Sang (2008), strategi yang paling sesuai digunakan untuk mengatasi masalah pelbagai perbezaan gaya pembelajaran murid ialah pembelajaran masteri, iaitu strategi yang menitikberatkan penguasaan pembelajaran secara perseorangan, berpusatkan kumpulan, dan keseluruhan kelas. Pada umumnya, pengajaran merupakan aktiviti yang meliputi seseorang pengajar,

disertai

dengan

aktiviti

pembalajaran

murid.

Ahli-ahli

pendidik

progresifisme seperti W. H. Kilpatrick (1871-1965) juga berpendapat pengajaran harus berpusatkan murid dan bukannya pengajar. Justeru, pihak sekolah perlu berganding bahu untuk mewujudkan proses pembelajaran di sekolah melibatkan murid sepenuhnya. Bahan pengajaran sekolah juga perlulah dirancang mengikut kepada keperluan murid. Elen Key (1849-1926), seorang ahli pendidik di Sweden, memandang pendidikan sebagai kerjaya yang meneroka dan mengembangkan sifat kanak-kanak, dan berpendapat pendidikan seharusnya berpusatkan kepada murid, dan sebaramg rancangan pendidikan yang mengandungi unsur paksaan harus dihapuskan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran murid adalah jauh lebh penting daripada aktiviti pengajaran guru. Justeru, berdasarkan kepada strategi pembelajaran berpusatkan murid, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Melalui strategi ini, murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam kelas pula, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau

12

secara individu. Kerjasama yang erat antara guru dan murid amat penting bagi menjayakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

13

BAB 3

3.0

REKA BENTUK KAJIAN Kajian tindakan ini dijalankan dengan menggunakan, dan menambahbaik pendekatan model Kurt Lewin. Reka bentuk kajian tindakan mengikut kepada Kitaran Kajian Tindakan Kurt Lewin seperti Rajah 2 di bawah.

RAJAH 2: KITARAN KAJIAN TINDAKAN KURT LEWIN

Pendekatan kajian tindakan yang dicadangkan oleh Kurt Lewin telah menjadi pengasas kepada kajian tindakan pada masa kini. Penyelidikan bagi kajian ini telah menggunakan kaedah Kajian Tindakan berdasarkan kepada pelan tindakan lima peringkat iaitu Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan yang dirumuskan oleh Kim (1992) iaitu: 

Peringkat Langkah Pertama : Tinjauan isu dan masalah yang dikaji.



Peringkat Langkah Kedua

: Perancangan kajian.



Peringkat Langkah Ketiga

: Pelaksanaan tindakan.



Peringkat Langkah Keempat : Pemerhatian tindakan.



Peringkat Langkah Kelima

: Refleksi kajian.

14

Mengenal Pasti Isu Masalah dan Situasi Kajian

Merancang Tindakan

Melakukan Refleksi

Memerhati dan Menganalisis

Melakasanakan Tindakan dan Pemerhatian

RAJAH 3: GELUNGAN SKEMA KAJIAN TINDAKAN BERTERUSAN

3.1

SAMPEL KAJIAN Sampel kajian tindakan yang dijalankan ini adalah terdiri daripada murid-murid kelas SKM 1, seramai 23 orang. Mereka terdiri daripada 10 orang murid lelaki, dan 13 orang murid perempuan. Murid-murid ini dipilih kerana mereka semua mengambil subjek SKM sebagai salah satu subjek mereka di Kolej Vokasional Gerik, dan tahap pencapaian mereka yang kurang memberangsangkan.

3.2

INSTRUMEN KAJIAN Kajian tindakan ini dijalankan dengan menggunakan instrumen pemerhatian, temubual, hasil kerja murid, penggunaan borang soal selidik, dan pencapaian murid di dalam penilaian yang lepas.

15

3.3

PROSEDUR KAJIAN Kajian ini melibatkan prosedur kajian mengikut kepada Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan. Pelaksanaannya merangkumi aktiviti mengenalpasti masalah, merancang, bertindak, memerhati, dan mereflek. Rajah 4 adalah merupakan prosedur pelaksanaan kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji.

KENALPASTI MASALAH: 1) Skor Ujian yang lalu agak lemah. 2) Pemerhatian sepanjang P&P subbjek SKM.

MERANCANG: Berbincang bersama guru SKM dan mengenalpasti kaedah pengajaran berkesan

MEREFLEKSI: Melihat keberkesanan kaedah pengajaran dan mengambil langkah pembaikan

PEMERHATIAN: Memantau sepanjang proses P&P yang dijalankan Meninjau prestasi pelajar

BERTINDAK: Melaksanakan proses P&P berpusatkan murid Guru bertindak sebagai fasilitator

RAJAH 4: GELUNGAN SKEMA KAJIAN TINDAKAN BERTERUSAN UNTUK MURID KELAS SKM 1

3.4

PENGUMPULAN DATA Data untuk kajian tindakan yang dijalankan ini setelah pengkaji selesai menjalankan kajian tindakan. Data diambil daripada borang soal selidik dan ujian penilaian yang

16

telah dijalankan. Selain itu, data juga dikumpulkan melalui pemerhatian pengkaji, dan juga hasil dapatan daripada temubual bersama murid secara tidak berstruktur.

3.5

ANALISIS DATA Untuk menganalisis data yang diperoleh, pengkaji telah menggunakan kedua-dua bentuk kuantitatif dan kualitatif, di mana untuk kuantitatif, pengkaji telah menggunakan keputusan daripada borang soal selidik dan ujian yang dijalankan, manakala untuk kualitatif, pengkaji telah menggunakan data yang diperoleh daripada hasil dapatan temubual secara tidak berstruktur, dan juga daripada pemerhatian pengkaji semasa menjalankan PdP di dalam kelas.

17

BAB 4 4.0

PENGENALAN Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan, data yang diperoleh telah dianalisis secara kualitatif dan juga kuantitatif. Pengumpulan data secara kualitatif merangkumi temubual, pemerhatian, dan hasil kerja murid. Manakala pengumpulan data secara kuantitatif adalah merangkumi keputusan daripada borang soal selidik, dan penilaian murid melalui Peperiksaan Akhir Tahun 2016.

4.1

DATA KUALITATIF 4.2.1 Temubual Temubual yang dilakukan secara tidak berstruktur dan secara berkumpulan bersama murid, guru pembimbing, dan rakan guru pelatih mendapati terdapat kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh murid SKM 1 dalam subjek SKM. Murid yang ditemubual pada sesi mengenalpasti masalah, dan menyatakan mereka kurang berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran guru yang hanya menggunakan penerangan semasa sesi pengajaran. Hasil dapatan temubual ini adalah penyebab utama pengkaji merancang proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Temubual secara berstruktur ini dilakukan terhadap murid secara rawak, yang mana ianya berfungsi utuk mengetahui kaedah atau amalan biasa yang digunakan oleh guru yang mengajar subjek SKM. Sebagai contoh, beberapa soalan temubual tidak berstruktur yang telah penkaji tanya kepada murid ialah: 1. Adakah kamu berminat dengan subjek SKM? 2. Bagaimanakah cara pengajaran guru yang kamu inginkan? 3. Adakah kamu berminat dengan cara pengajaran guru sekarang? 4. Adakah subjek SKM membosankan? 5. Apakah aktiviti yang kamu gemari dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

18

Hasil daripada temubual bersama murid, pengkaji mendapati yang kebanyakan guru menggunakan pendekatan mengajar secara kuliah, dan chalk and talk. Murid diminta untuk membuat nota dan hanya diberi penerangan tanpa melakukan aktiviti yang menarik di dalam kelas. Selain itu, pengkaji juga telah melakukan temubual secara tidak berstruktur selepas kajian ini dijalankan. Setelah pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan murid selama sebulan, bermula daripada minggu ke-9 sehingga minggu ke-12, bermula daripada 5 September 2016 hingga 30 September 2016, pengkaji telah sekali lagi melakukan temubual secara tidak berstruktur, bertujuan untuk mengumpul maklumat sejauh mana minat mereka dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dijalankan. Hasil daripada temubual tersebut, pengkaji mendapati kebanyakan murid berasa seronok dan tidak bosan dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Murid SKM 1 dilihat lebih berminat untuk mempelajari subjek SKM setelah guru mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan murid, seperti pembentangan, perbicangan, permainan, dan sebagainya. Setelah menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji dapat melihat perubahan, di mana pada permulaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dijalankan, murid adalah pasif, dan tidak menunjukkan minat. Mereka kini lebih aktif, berminat untuk menguasai penngajaran dan pembelajaran dari mula sehingga akhir. Selain itu, setiap soalan yang dikemukakan oleh guru dapat dijawab oleh murid dengan baik. Ini menunjukkan yang pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid adalah berkesan. Murid-murid juga memberitahu pengkaji yang mereka kini lebih selesa untuk berbincang, dan berkongsi idea bersama dengan rakan yang lain untuk memahami sesuatu topik.

19

4.2.2 Pemerhatian Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap sikap dan tingkah laku murid pada tiga peringkat, iaitu sebelum, semasa, dan selepas kajian tindakan dijalankan. Sebelum kajian dijalankan, iaitu pada minggu pertama hingga minggu ke-8, pengkaji telah melakukan pemerhatian bagi mengenalpasti masalah murid SKM 1 dalam subjek SKM. Hasil pemerhatian pengkaji mendapati, murid tidak gemar dan kurang berminat dengan pembelajaran SKM. Mereka cepat mengantuk, tidak memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru, lebih gemar melakukan kerja sendiri, serta tidak menyalin nota yang diarahkan oleh guru. Mereka juga kurang berminat untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh guru. Pada peringkat kedua, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dilaksanakan, pada awalnya, murid cuba menerima dengan baik. Walaupun masih kurang aktif dan malu, murid didapati suka dan ingin mencuba cara baru yang diperkenalkan oleh guru. Setelah dua minggu kaedah ini dijalankan, pengkaji dapat melihat banyak perubahan yang berlaku, seperti kebanyakan murid berasa seronok, cergas, tidak mengantuk, dan memberi perhatian dari mula hingga akhir pengajaran dan pembelajaran. Semasa aktiviti perbincangan dijalankan, pengkaji mendapati kebanyakan murid memberikan kerjasama untuk melakukannya, walaupun masih malu-malu melakukan pembentangan di hadapan kelas. Namun dapat dilihat yang mereka masih mahu mencuba dan memperbaiki kaedah pembentangan mereka. Semasa aktiviti simulasi dilakukan, murid dilihat lebih seronok dan aktif. Walaupun pada mulanya mereka tidak yakin untuk melakukan aktiviti simulasi dengan baik, namun lama-kelamaan mereka lebih berani dan dapat melakukan aktiviti tersebut dengan baik. Ini menunjukkan, murid dapat menerima ilmu dengan baik, dan lebih suka kepada aktiviti yang melibatkan mereka secara langsung di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat melalui kelas amali masakan yang dijalankan. Murid lebih aktif, dan sentiasa bertanyakan kepada guru apabila mereka mngalami masalah semasa menyediakan hidangan.

20

Seterusnya, berdasarkan kepada pemerhatian pengkaji selepas proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dijalankan, aktiviti inkuiri dan menukar idea antara murid dan guru adalah sangat baik. Sebagi contoh, guru meminta murid untuk menceritakan langkah-langkah dalam penghasilan stok perang. Murid dengan cepat, dan tidak malu menjawab dan memberikan respons kepada pertanyaan guru tersebut. Setiap murid yakin dan berani memberikan pendapat masing-masing, berdasarkan kepada apa yang mereka pelajari di dalam kelas sebelum ini. Di samping itu, murid berasa seronok, dan guru juga secara tidak langsung dapat mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Secara keseluruhannya, pengkaji memerhatikan penglibatan setiap murid, perbincangan murid dan ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan, sikap yang dipamerkan oleh murid sepanjang aktiviti dijalankan, serta tahap kefahaman murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, murid lebih seronok, kurang berasa tertekan, murid tidak bosan dan mengantuk, dan lebih bersemangat apabila diminta untuk membuat nota mereka sendiri. Pemahaman murid juga dinilai setiap kali selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2.3 Hasil Kerja Murid Kaedah yang seterusnya yang digunakan di dalam pengumpulan data kajian tindakan ini adalah melalui hasil kerja murid, tidak kira sama ada nota, latihan, atau lembaran kerja yang diberi, hasil pembentangan oleh kumpulan murid atau aktiviti yang melibatkan murid di dalam kelas. Maklum balas yang diterima, sama ada positif atau negatif menunjukkan minat dan semangat murid untuk belajar. Keputusan daripada hasil kerja murid, pengkaji mendapati murid lebih berminat untuk membuat nota ringkas dalam bentuk peta minda, menjawab soalan latihan, teka silang kata, dan juga membuat pembentangan dengan menggunakan kertas mahjong, berbanding kepada menyalin nota yang panjang di dalam buku.

21

Selain itu, hasil pembentangan murid juga didapati lebih baik dan menarik. Murid menjadi semakin berani dalam membentangkan hasil kerja dan dapatan mereka di hadapan kelas setelah aktiviti ini diulang beberapa kali. Setiap aktiviti yang dirancang oleh guru juga dapat dijalankan dengan baik dan penuh bersemangat. Murid juga menyatakan yang mereka lebih faham topik yang dipelajari dan sangat berminat dengan subjek SKM setelah proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dijalankan.

4.3

DATA KUANTITATIF 4.3.1 Borang Soal Selidik Borang soal selidik digunakan untuk memperoleh data kuantitatif daripada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Borang soal selidik telah diedarkan kepada murid setelah sebulan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dijalankan di dalam kelas. Soal selidik yang disediakan oleh pengkaji adalah berbentuk soalan berbentuk terbuka, di mana murid perlu menjawab YA atau TIDAK, dan memberikan pendapat dan komen dengan tujuan untuk penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah soalan-soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik: 1. Apakah anda berminat untuk mempelajari subjek SKM? 2. Adakah anda merasakan subjek ini menarik? 3. Adakah anda merasakan subjek ini sukar? 4. Adakah anda memahami penerangan yang disampaikan oleh guru mengenai sesuatu topik? 5. Adakah kaedah pengajaran guru dapat menatik minat anda untuk belajar? 6. Adakah anda suka akan aktiviti berkumpulan yang dijalankan? 7. Adakah tugasan/aktiviti yang diberikan menguji daya pemikiran anda? 8. Adakah aktiviti berkumpulan ini membantu anda memahami isi-isi penting mengenai topik yang dipelajari? 9. Adakah aktiviti berkumpulan ini dapat menatik minat anda untuk mempelajari subjek ini? 22

10. Adakah aktiviti berkumpulan ini merupakan aktiviti yang anda paling SUKA sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran subjek SKM yang telah dijalankan? 11. Anda lebih memahami pengajaran guru secara penerangan, atau pembentangan daripada rakan-rakan? Soalan terakhir merupakan soalan di mana murid perlu memberikan komen atau cadangan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Rumusan hasil daripada soal selidik yang telah diedarkan, murid didapati dapat menerima dengan positif amalan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid sepanjang ianya dijalankan. Keputusan soal selidik bagi soalan-soalan berstruktur dan mudah dapat dirungkaikan seperti di dalam jadual di bawah: KELAS

SKM 1

SOALAN

YA

TIDAK

1

23

0

2

23

0

3

10

13

4

23

0

5

23

0

6

23

0

7

23

0

8

23

0

9

23

0

10

23

0

11

23

0

JADUAL 1: ANALISIS KEPUTUSAN SOAL SELIDIK

Berdasarkan kepada analisis di atas, pengkaji dapat merumuskan yang murid SKM 1 semakin berminat dengan subjek SKM, setelah guru menggunakan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Namun,

23

terdapat 13 orang murid yang masih merasakan yang subjek ini adakah sukar bagi mereka. Pengkaji telah merumuskan bahawa agak sukar bagi mereka kerana subjek ini mempunyai banyak terma-terma penting dalam bahasa Inggeris dan bahasa Perancis, jadi ia agak mengambil masa bagi mereka untuk memahami subjek tersebut. Ini kerana, mereka agak kurang mahir dalam menguasai bahasa Inggeris, apatah lagi bahasa Perancis. Namun, untuk soalan yang lain, kesemua murid dapat menjawab dengan jawapan yang positif untuk kebanyakan soalan. Murid juga lebih menggemari kaedah pembelajaran dan pengajaran secara berkumpulan, iaitu dalam bentuk perbimcangan dan pembentangan. Mereka juga mendapati yang mereka lebih senang untuk memahami sesuatu topik dengan baik jika kaedah pembelajaran secara berkumpulan dijalankan. Selain itu, murid juga turut menyatakan yang aktiviti yang dijalankan di dalam kelas oleh guru selain daripada aktiviti pembentangan adalah cukup menarik, dan ini menyebabkan mereka menjadi lebih tertarik untuk mempelajari subjek SKM. Pada ruangan komen dan cadangan pula, pengkaji menerima komen yang positif. Sebagai contoh, murid membuat pengakuan yang mereka meminati subjek SKM setelah guru banyak menggunakan kaedah pembelajaran dan aktiviti secara berkumpulan. Selain itu, terdapat juga murid yang meminta pelbagai aktiviti lain untuk dijalankan di dalam kelas, dan meneruskan kaedah pembelajaran secara berpusatkan murid. Kesimpulannya, dengan penggunaan kaedah pembelajaran berkumpulan dan pembentangan, serta penerapan pelbagai aktiviti menarik di dalam kelas, pemahaman murid semakin meningkat dan murid didapati tidak lagi bosan dan mengantuk di dalam kelas. Perubahan ini merupakan perubahan yang baik, dan ini membuktikan yang aktiviti pembelajaran berpusatkan murid adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang perlu para guru dedahkan kepada murid.

4.3.2 Peperiksaan Penilaian Akhir Tahun Pengumpulan data kuantitatif yang turut digunakan oleh pengkaji ialah keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi subjek SKM. Peperiksaan tersebut telah dijalankan pada 18 Oktober 2016. Pengkaji telah meminta senarai nama 24

murid dan juga markah peperiksaan tersebut daripada guru kelas sebelum ini. Pencapaian murid diambil kerana ianya bertujuan untuk menilai sama ada pembelajaran dan pengajaran berpusatkan murid yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Markah Peperiksaan Akhir Tahun murid dibandingkan dengan markah Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah dijalankan pada bulai Mei, iaitu sebelum pengkaji memulakan latihan mengajar. Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun juga merupakan penanda bagi pengkaji sebelum menjalankan kajian tindakan. Berikut merupakan keputusan bagi kedua-dua Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun: RESPONDEN

PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN

PERTENGAHAN

AKHIR TAHUN

TAHUN 1

44

77

2

40

61

3

74

93

4

38

71

5

48

77

6

57

67

7

48

78

8

38

57

9

43

69

10

48

75

11

46

77

12

41

63

13

59

79

14

40

71

15

41

71

16

46

85

17

44

77

18

54

89

19

57

75 25

20

39

50

21

42

74

22

60

91

23

47

79

JADUAL 2: PERBANDINGAN MARKAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Berdasarkan kepada markah peperiksaan murid SKM 1 di dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2016 seperti di dalam Jadual 2, didapati markah murid mempunyai peningkatan tidak kira sedikit atau pun banyak. Kedua-dua bentuk soalan adalah sama, dan berdasarkan kepada penilaian yang dijalankan mengikut kepada rubrik SKM. Namun, dapat dilihat melalui pencapaian murid yang teratas, iaitu markah mereka melebihi markah lulur dengan jumlah markah yang tinggi daripada murid lain, iaitu 93%, 91%, 89%, dan 85%. Perubahan ini dapat dilihat sedikit sebanyak adalah kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, iaitu pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Selain daripada perubahan markah murid, sikap dan sifat murid dapat dilihat secara langsung daripada pergerakan harian mereka. Murid-murid kini lebih berani dan yakin dengan diri mereka. Mereka juga bukan lagi murid yang pasif semasa berada di dalam kelas. Perubahan positif ini membantu mereka untuk menjadi murid yang cemerlang setiap hari. Sikap yang baik perlu ditonjolkan dan diasah bermula dari dalam kelas lagi dengan bantuan daripada guru-guru.

26

4.4

PERSOALAN KAJIAN 4.4.1 Adakah amalan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) berpusatkan murid dapat mengubah amalan guru kepada PdP yang berkesan? Ya. Pengkaji mendapati yang amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berpusatkan murid menjadikan PdP yang dijalankan di dalam kelas lebih berkesan berbanding sebelum ini. Sebelum guru memulakan kajian tindakan ini, guru lebih gemar menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan kepada guru sahaja. Guru juga sering mengurangkan penglibatan murid di dalam aktiviti PdP. Oleh itu, setelah menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati yang PdP yang dijalankan adalah lebih berkesan. Ini dapat dilihat melalui penglibatan murid di dalam kelas semakin meningkat. Murid juga menyatakan yang mereka lebih faham akan topik yang diajarkan. Selain itu, setelah menjalankan kajian tindakan ini, guru juga dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid, gaya pembelajaran yang digemari oleh mereka, dan juga kesediaan murid dalam menerima pelajaran. Di samping itu, guru juga boleh memastikan sama ada objektif pembelajaran yang telah dirancang pada hari itu tercapai atau tidak. Murid juga berasa kurang tertekan dengan keadah pengajaran tersebut.

4.4.2 Adakah amalan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) berpusatkan murid dapat menjadikan murid lebih aktif di dalam kelas? Ya. Pengkaji mendapati, apabila guru lebih menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid, murid kelihatan lebih aktif di dalam kelas. Ini merupakan perbezaan yang paling ketara yang dapat dilihat. Sebelum menjalankan kajian tindakan, pengkaji dapat melihat murid kurang memberi perhatian di dalam kelas. Setelah menjalankan kajian tindakan ini, murid dilihat kelihatan lebih bersemangat, sering bertanya di dalam kelas, dan sebagainya. Selain itu, dengan melibatkan murid di dalam kelas, guru juga lebih memberikan peluang kepada murid untuk berbincang di dalam kumpulan sesama mereka dalam menyelesaikan masalah. Murid juga aktif dalam menyumbangkan idea mereka tentang sesuatu topik. Mereka juga kelihatan malu apabila diminta untuk 27

membentangkan dapatan perbincangan berkumpulan mereka dengan rakanrakan yang lain dihadapan kelas.

4.4.3 Adakah amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam subjek SKM? Ya. Pengkaji mendapati keputusan dan juga prestasi murid mempunyai peningkatan setelah menjalankan kajian tindakan. Sebelum murid melalui kaedah pembelajaran berpusatkan murid, keputusan murid tidak begitu memberangsangkan. Ini kerana murid menyatakan yang mereka tidak dapat mengingati apa yang telah mereka belajar semasa di dalam kelas. Selain itu, mereka juga kurang fokus di dalam kelas, menyebabkan mereka tidak dapat menerima keseluruhan isi pembelajaran pada hari tersebut. Disebabkan hal ini, murid tidak dapat menjawab beberapa soalan ujian yang diberikan, dan ini menyebabkan keputusan ujian dan prestasi mereka di dalam kelas kurang memberangsangkan. Namun, setelah pengkaji menjalankan kajian tindakan, pengkaji mendapati keputusan ujian Akhir Tahun murid mempunyai peningkatan, berbanding kepada keputusan ujian Pertengahan Tahun. Ini kerana, mereka memberitahu pengkaji bahawa setelah mereka belajar secara berkumpulan, mereka mendapati yang mereka dapat memahami isi pelajaran dengan baik. Ini kerana, mereka saling berkongsi maklumat dengan rakan yang lain, dan ia memudahkan mereka untuk mengingati maklumat yang penting. Ini membolehkan mereka untuk menjawab soalan ujian dengan baik dan lancar. Oleh itu, dengan adanya pembelajaran berpusatkan murid, ia akan membantu murid untuk meningkatkan keputusan peperiksaan, dan juga prestasi mereka.

28

BAB 5 5.1

IMPLIKASI KAJIAN Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah penting, terutamanya kepada semua pihak sekolah bagi menangani masalah murid yang kurang berminat dengan subjek SKM. Dapatan kajian ini turut dikongsi dengan guru-guru yang mengajar subjek SKM di Kolej Vokasional Gerik, Perak khususnya, dan kepada seluruh warga sekolah amnya. Dengan terbuktinya keberkesanan kajian ini, pihak sekolah, bermula daripada pihak pentadbir, perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dijalankan di sekolah. Kajian ini juga secara keseluruhannya dilihat dapat memberi kesedaran kepada guru-guru supaya dapat mempelbagaikan kaedah atau melakukan pelbagai aktiviti semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

dijalankan.

Guru

perlulah

mempelbagaikan corak pengajaran dan tidak terbatas dengan hanya menggunakan kaedah konvensional sahaja. Pengajaran dan pembelajaran perlulah berpusatkan murid dan tidak hanya berpusatkan kepada guru semata-mata. Ini kerana, ia akan menjadikan murid berasa bosan, mengantuk, dan lebih terdorong untuk melakukan kerja mereka sendiri. Melalui kajian yang dijalankan ini, telah dibuktikan bahawa aktiviti berkumpulan yang dilakukan dengan pelbagai aktiviti dan kaedah yang menarik minat murid secara tidak langsung akan menukarkan tanggapan negatif terhadap subjek SKM. Taraf profesionalisme guru juga perlu ditingkatkan kerana pencapaian murid menunjukkan adanya peningkatan. Keputusan peperiksaan murid di dalam setiap peperiksaan mengikut kepada rubrik SKM juga dapat ditingkatkan. Ini kerana, murid akan memperoleh sijil SKM, di mana mereka boleh menggunakannya untuk mendapatkan pekerjaan kelak.

5.2

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Untuk

cadangan

penambahbaikan,

pengkaji

mencadangkan

guru

untuk

mempelbagaikan lagi aktiviti berkumpulan atau pembelajaran berpusatkan murid yang dapat menguji minda serta pemikiran murid. Tujuannya adalah untuk memudahkan 29

guru untuk menganalisis setiap keupayaan murid yang mempunyai tahap pembelajaran mereka yang tersendiri. Selain daripada mengetahui keupayaan murid, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid juga dapat membantu untuk menjadikan seseorang murid lebih berdikari dan bermotivasi tinggi untuk mencapai apa yang mereka inginkan dalam kehidupan. Aktiviti di dalam kelas tidak semestinya dijalankan di dalam kelas. Guru boleh melaksanakannya di luar kelas, di kawasan persekitaran sekolah. Ini adalah untuk mengelakkan murid daripada berasa bosan, dan dapat meluaskan lagi pandangan serta minda murid. Dengan adanya aktiviti pembelajaran di luar kawasan kelas, ia akan dapat membantu murid untuk mengaplikasikan pembelajaran dengan keadaan sebenar di dunia luar kelas. Murid juga akan dapat merasai suasana pembelajaran yang baru dan ini secara tidak langsung murid akan berasa lebih gembira apabila melakukan aktiviti yang dirancang. Guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di dalam proses pembelajaran ini, guru akan bertindak sebagai fasilitator, di mana guru perlu memastikan murid bergerak pantas dan membentuk kumpulan mereka masing-masing. Guru juga perlu menggalakkan murid, dan memantau setiap aktiviti yang dijalankan supaya penglibatan semua murid dapat dicapai. Tugasan dan aktiviti yang dijalankan perlulah adil dan saksama, supaya tiada murid yang tidak menyumbang apa-apa, atau menjadi ahli kumpulan yang pasif.

5.3

KESIMPULAN Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah merupakan langkah yang berterusan oleh guru dan pengkaji, bertujuan untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan pengajaran sendiri. Data yang dikumpulkan juga dijadikan panduan bagi mengubahsuai dan menambahbaik amalan yang lalu supaya keberkesanan amalan pengajaran yang seterusnya dapat ditingkatkan. Berdasarkan kepada pengalaman pengkaji, jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid seperti aktiviti berkumpulan mampu menarik dan meningkatkan penglibatan, minat, serta kefahaman murid, dan secara tidak langsung 30

mengubah sikap dan tingkah laku murid terhadap subjek lain di sekolah amnya, dan subjek SKM khususnya.

31

BIBLIOGRAFI Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Cohen, E.G. (1994) Restructuring the classroom: Conditions for productive small groups, Review of Educational Research 64: 1-35. Che Mansor Che Tom (2000). Jurnal Bestari: Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (hlmn 48). Chua Yock Chuan (2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan: PKPSM Johor. (hlmn 61-64). Mimi Mohaffyza (2009). Strategi Pengajaran Pembelajaran Koperatif Dalam Tajuk Rekabentuk dan Penghasilan Projek (Subjek Kemahiran Hidup). (hlmn 4). Robert E. Slavin (1990). Cooperative Learning: Theory, Research and Practice. Prentice Hall, Eaglewood Cliffs, New Jersey. Mok Soon Sang (2008). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Saedah Siraj, Ahmad Sabri Shuib (2004). Preferen Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru. Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya.

32

Related Documents

Kajian
May 2020 50
Kajian Tahap.docx
November 2019 18
Instrumen Kajian
July 2020 28
Kajian Tindakan.docx
December 2019 26
Kawasan Kajian
May 2020 21

More Documents from "wani"

Teks Mc Minggu Stem.docx
December 2019 26
Kajian Tindakan.docx
April 2020 9
Banan Ebook Abdul Hakim
November 2019 22
Poetry Ebook Abdul Hakim
November 2019 21