MAJLIS PELANCARAN PROGRAM STEM BAGI TAHUN 2019
PERKARA KETIBAAN TETAMU KEHORMAT Mengumumkan ketibaan … Yang Berusaha, _______________________________, diiringi oleh _____________________________________ sekolah ke Dewan Semarak Budi. Hadirin sekalian dipersilakan berdiri.... NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU WILAYAH, LAGU SEKOLAH DAN BACAAN IKRAR Hadirin sekalian dipersilakan berdiri dan bersedia untuk bersama-sama menyanyikan 3 buah lagu..LAGU NEGARAKU, LAGU WILAYAH DAN LAGU SEKOLAH dan SETERUSNYA bersedia untuk BACAAN IKRAR yang akan dipimpin oleh ________________________________________________ **************************************************************** Terima kasih diucapkan..... hadirin sekalian dipersilakan duduk. SALUTASI Bismillahirrahmanirrahim... Melangkah lembut sirih ditatang Buat hidangan datuk bentara Pemanis kalam selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Yang Berusaha, ______________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ ______________________________________________________________ __________________________________________________________________ Guru-guru dan Murid-murid yang dikasihi sekalian
ASSALAMUALAIKUM WBT dan SALAM SEJAHTERA.... Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat kita bersama-sama berhimpun di dalam Dewan Semarak Budi pada tengah hari ini bagi meraikan majlis yang sungguh bermakna iaitu MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN KARNIVAL STEM & MINGGU AKADEMIK BAGI TAHUN 2019.
CATATAN
Untuk makluman hadirin sekalian... KRNIVAL STEM atau
KARNIVAL SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING & MATHEMATICS adalah satu program yang dirangka bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga SMKPT betapa pentingnya Sains dan matematik dalam kehidupan seharian. Antara matlamat utama KARNIVAL STEM ini diadakan adalah untuk: 1. Membantu murid-murid untuk memahami mata pelajaran STEM dengan lebih jelas 2. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang prngajaran dan pemudah cara (PdPc) berkaitan STEM di luar bilik darjah, dan 3. Meransang murid-murid yang menyertai carnival untuk menyelesaikan masalah melalui pemikiran logic dan kreatif. Sempena KARNIVAL STEM ini, pelbagai pertandingan yang menarik akan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan. Terdapat empt pertandingan yang akan diadakan iaitu: 1. Pertandingan Launching Rocket 2. Pertandingan Epoxy Challenge 3. Pertandingan Math Fun Board, dan 4. Pertandingan Math Challenge BACAAN DOA Mawar merah cantik tersemat, Hiasan sanggul nak dara sunti, Doa dibaca memohon rahmat, Moga acara sentiasa diberkati Hadirin sekalian... Bagi memberkati majlis pada hari ini, dijemput ...................................................... untuk memimpin BACAAN DOA. Dipersilakan. ************************************************************ Terima kasih diucapkan kepada ......................................... atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
UCAPAN PERASMIAN Hadirin yang dihormati sekalian... Majlis Pelancaran KARNVAL STEM & MINGGU AKADEMIK akan diteruskan dengan mempersilakan YANG BERUSAHA, _________________________________________________________ untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan PELANCARAN KARNIVAL STEM & MINGGU AKADEMIK BAGI TAHUN 2019. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ********************************************************************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada __________________________________, atas ucapan perasmian sebentar tadi.
GIMIK PERASMIAN Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, __________________________________________________________ SMK Padang Tembak diiringi oleh ________________________________________________________________________ untuk ke ................................................. bagi menyempurnakan acara gimik pelancaran KARNIVAL STEM . ******************************** Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada ________________________________________________ DAN _______________________________________________________ atas penyempurnaan upacara gimik pelancaran sebentar tadi. PENUTUP Hadirin sekalian... Berakhirlah sudah MAJLIS PELANCARAN KARNVAL STEM & MINGGU AKADEMIK SMK Padang Tembak bagi tahun 2019. Maka dengan ini sampailah kita ke penghujung majlis. POHON BERANGAN TEMPAT BERTEMU, GIRANGNYA RASA SI ANAK DARA BALIKLAH TUAN MEMBAWA ILMU BINALAH BANGSA BANGUNKAN NEGARA Sehingga bertemu lagi di lain masa, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh DAN salam sejahtera.