Kajian Tempatan Geografi

  • Uploaded by: akmal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Tempatan Geografi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,226
  • Pages: 16
Kajian Tempatan Geografi Tingkatan 1 2008

Tajuk Kajian

:

Potensi pelbagai bentuk muka

bumi terhadap aktiviti penduduk di Taman Rapat Perdana

Nama

:

Muhammad Akmal bin Mohd

ghazali

No K/P

:

950626-08-5575

Tingkatan

:

1K5

Nama Guru Penilai

:

Chen Yu shen

SENARAI KANDUNGAN BIL.

TAJUK

1.

PENGHARGAAN

MUKA SURAT 1

2.

PENDAHULUAN

2

3.

OBJEKTIF KAJIAN

3

4.

KAWASAN KAJIAN

4

5.

KAEDAH KAJIAN

10

6.

HASIL KAJIAN

11

7.

RUMUSAN

13

8.

Lampiran

9.

RUJUKAN

PENGHARGAAN

14 15

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung rapat yang telah menghulurkan surat kebenaran kepada saya untuk menjalan kajian. Teria kasih kepada Tuan Pengetua Haji Mat Noh b. Supaat yang telah memberi kebenaran dan sokongan kepada saya dan para pelajar

yang

lain

untuk

menjalankan

kajian

ini

dengan

cemerlang. Ribuan terima kasih kepada guru subjek Geografi saya , Cikgu Chen Yushen yang telah banyak membantu saya dengan menyusun jadual penghasilan kajian untuk saya membuat kajian dengan sistematik dan lebih tersusun. Ucapan jutaan terima kassih kepada kedua ibu bapa saya Encik Mohd Ghazali bin Hashim dan Puan Paezah binti Yusoff@saari yang telah banyak membantu saya terutamanya pertolongan dari segi kewangan dan pengangkutan. Selain itu , mereka juga telah banyak memberikan doronga kepada saya sehinggalah saya Berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut membantu semasa berkongsi

menjalankan

kajia.

maklumat tentang

Saya

dan

tatacara

rakan-rakan penghasilan

telah kajian

dengan mengadakan perbincangan sesame sendiri. Antara rakan-rakan saya ialah Shahfri, Syafiq, Fazrul Izwan, Adlan, Nazmi. Mereka telah banyak membantu saya dalam membuat kerja kursus ini.

Pendahuluan Saya Muhammad Akmal bin Mohd Ghazali. Saya Murid Tingkatan Satu Kluster Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat. Saya telah menjalankan kajian tempatan bersama-sama dengan enam orang rakan saya. Tajuk kajian saya ialah potensi bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk di Taman Rapat Perdana,Ipoh,Perak. Sayah telah memilih Taman Rapat Perdana sebagai kawasan kajian Geografi Tempatan saya. Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti pelbagai bentuk muka bumi di Taman ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sumbangan dan potensi pelbagai bentuk muka bumi di Taman Rapat Perdana terhadap aktiviti penduduk tempatan.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus Kajian Geografi Tempatan ini dijalankan adalah untuk : 1. Mengenal pasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Taman Rapat Perdana. 2. Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi utama yang dilakukan oleh penduduk Taman Rapat Perdana. 3. Mengkaji potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk di Taman Rapat Perdana.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan yang dikaji ialah Taman Rapat iaitu di kawasan tempat tinggal saya. Taman Rapat Perdana terletak di daerah Mukim Ulu Kinta, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pusat pentadbirannya ialah Dewan Bandaraya Ipoh yang terletak di Bandaraya Ipoh. Taman Rapat Perdana terletak di bahagian Barat negeri Perak. Keluasannya ialah 26 hektar. Jarak Taman Rapat Perdana dari Bandaraya Ipoh ialah sejauh 8 kilometer. Penduduk di Taman Rapat Perdan terdiri daripada pelbagai etnik iaitu kaum Melayu, Cina, India mahupun warga asing yang berhijrah ke sini. Jumlah penduduk di sini adalah kira 650 orang. Ciri-ciri fizikal di sini adalah dikelilingi gunung-ganang dan bukit-bakau. Selain itu , Kawasan ini ditumbuhi dengan pelbagai tembuh-tumbuhan . Ciri-ciribudaya yang terdapat di Taman Rapat Perdana pula ialah sekolah, surau, kedaikedai,rumah0rumah dan sebagainya. Penduduk di sini hidup dalam keadaan harmoni dan aman tanpa sebarang masalah perpecahan kaum.

peta

peta

peta

peta

peta

Kaedah Kajian Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang telah digunakan ialah : 1.

Lawatan dan Pemerhatian. Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti pelbagai bentuk muka bumi dan

taburannay di kawasan kajian.Selain itu, pemerhatian dijalan kan untuk melihat potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduknya. 2. Temu bual. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Melalui kaedah ini maklumat sebenar tentang sumbangan pelbagai bentuk muka bumi terhadap penduduk di kawasan kajian juga diperoleh. 3. Pembacaan. Kaedah pembacaan dilakukan untuk mendapatkan fahaman tentang potensi pelbagai bentuk muka bumi. Buku-buku rujukan dan majalah merupakan bahan rujukan yang utama bagi saya dan rakan-rakan yang lain.

HASIL KAJIAN Setelah menjalankan pemerhatian ke atas Taman rapat Perdana, saya mendapati kawasan ini merupakan sebuah kawasan bandar. Ini adalah kawasan ini berhampiran dengan Lebuh Raya Utara-Selatan dan juga berhampiran dengan pusat bandar. Selain itu,pembinaan kawasan perumahan juga pesat di sekitar kawasan yang berhampiran dengan kawasan ini.

Kebanyakan penduduk di sini mempunyai kedudukan kewangan yang stabil kerana sebahagian daripada meraka berpendapatan sederhana.

Bentuk muka bumi Bentuk muka bumi di Taman Rapat Perdana ialah rata dan berdekatan dengan pinggir gunung . Ini telah membolehkan rumah,rumah kedai,dan jalan raya dibina.

Jenis tanih Tanih di kawasan ini merupakan jenis tanih gambut. Ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong dan ladang getah. Kawasan lombong ditebus guna dan ladang getah ditutup untuk pembinaan kawasan perumahan.

Sumber air Sumber air yang disalirkan ke Taman Rapat Perdana didapati daripada Lembaga Air Perak. Kawasan ini tidak mempunyai sumber air semula jadi seperti sungai, tasik atau laut.

Ketersampaian Kawasan ini mempunyai tahap ketersampaian yang sederhana dengan mempunyai jalan raya sebagai jalan pengangkutan utama. Majoritinya penduduk Taman Rapat Perdana mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis pengangkutan setiap rumah.

Kegiatan Ekonomi

Penduduk di Taman rapat Perdana kebanyakannya bekerja di dalam sektor awam dan swasta. Ada yang menjadi pegawai kerajaan,pegawai bank,guru, dan sebagainya. Selain itu, penduduk Taman Rapat Perdana juga bekerja sebagai peniaga mahupun pekebun. Kebanyakan peniaga mempunyai kedai milik persendirian yang menjual barangan runcit, barangan eloktronik , alat komunikasi, bengkel mekanikal dan sebagainya. Bagi pekebun pula, kebanyakannya memiliki tanah kebun sendiri. Mereka menanam sayur-sayuran segar dan menjualnya dengan harga yang berpatutan kepada orang ramai.

GAMBAR graf?

Rumusan Setelah melakukan kajian ke atas Taman Rapat Perdana, dapatlah dirumuskan bahawa Taman Rapat Perdana merupakan petempatan jenis bandar. Ini adalah kerana kedudukannya yang terletak berdekatan dengan pusat bandaraya ipoh dan lebuh raya utara selatan. Selain itu, kawasan ini juga pesat dengan pembangunan kawasan perumahan. Penduduk di sini saling bekerjasama dan tidak

sombong antara satu sama lain walaupun tiggal di bandar . Ini secara tidak lansung mewujud kan suasana yang aman damai tanpa perpecahan kaum di taman rapat perdana. Sikap bertoleransi dapat melahirkan dalama diri setiap inidividu. Petempatan di taman rapat perdana disebabkan oleh beberapa factor dari segi bentuk muka bumi, jenis tanih, dapatan sumber air,tahap ketersamapaian, kegiatan ekonimi penduduk serta dasar governan yang dijalankan. Setiap factor ini telah memudah kan banggunan-banggunan didirikan. Kawasan ini berdekatan dengan pinggir gunung. Suhu di sini tidak terlalu sejuk dan tdak terlalu panas . Ini menyebabkan kegiatan harian dapat dijalankan dengan lancer. Jenis tanih gambut pula telah membolehkan tumbuhan hidup subur bagi para pekebun. Ini telah sedikit-sebanyak membantu dalam membangunkan ekonomi seseorang individu seterusnya meningkatkan taraf hidup individu tersebut. Selain itu, secara tidak lansung hal ini telah melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap diri setiap individu untuk bekerja demi mata pendapatan. Selain itu, tiada masahlah dapatan sumber air yang berlaku di taman rapat perdana. Kegiatan ekonomi di kawasan ini pula berjalan dengan lancer tanpa sebarang masalah. Pendapatan penduduk pula stabil kerana masing-masing mempunyai pekerjaan yang sesuai dengan untuk menampung hidup mereka. Dasar demokrasi yang dijalankan telah menyebabkan penduduk di sini tidak pernah lansung melakukan sebarang masalah perpecahan kaum.

RUJUKAN 1. BUKU Mohd Majid KOnting (1980). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Laman Web www.ipoh-online.com.my www.perakmy.com.my 3. Orang/Sumber A)

Nama Jabatan

:Puan Norazlina binti Sallehudin :Bahagian Jabatan Perancang Bandar

Lokasi Pejabat :Dewan Bandaraya Ipoh

B)

Nama Jabatan

:Encik Mohd Najman bin Razwan :Jabatan Pengurusan petempatan

Lokasi Pejabat :Koperasi Melayu Kinta Berhad,Ipoh

LAMPIRAN

Related Documents


More Documents from "akmal"