Kajian Geografi Tempatan

  • Uploaded by: Fairah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Geografi Tempatan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,110
  • Pages: 19
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD PETI SURAT 85, 89007 KENINGAU, SABAH.

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2008

Kegiatan Ekonomi di Kampung Kota Ayangan, Keningau.

NAMA MURID

:

__________________________

TINGKATAN

:

3 Harmoni

NAMA GURU

:

Encik Jeffrey Warimin

……………………………..... ( TANDATANGAN MURID )

……………………………... ( TANDATANGAN GURU )

PENGHARGAAN

1

PENDAHULUAN

2

OBJEKTIF KAJIAN

3

KAWASAN KAJIAN

4

KAEDAH KAJIAN

8

HASIL KAJIAN

9

RUMUSAN

19

RUJUKAN

20

LAMPIRAN

21

“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.”

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan pertolongan Nya, saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini. Saya, ___________________, mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutamanya guru Geografi saya, iaitu, Cikgu Jeffrey Warimin. Tanpa tunjuk ajar, bimbingan, teguran, dan nasihat beliau, mustahil dapat saya lengkapkan dan jayakan kajian ini. Terima kasih juga saya rakamkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad, Encik Sidek Muhammad yang membenarkan saya dan juga murid-murid yang lain untuk menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu bapa saya yang senantiasa memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya, iaitu, Bibi Faridah Gulam Hussin, Musfirah Jamil, dan Siti Zaimah Azimah Hj. Korubin yang bersama-sama menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kampung Kota Ayangan yang sudi bekerjasama dengan saya dan rakan-rakan saya.

Saya memilih Tugasan 2 yang bertajuk Kegiatan Ekonomi di Kampung Kota Ayangan. Saya memilih tajuk ini kerana Kampung Kota Ayangan merupakan antara kampung di Keningau yang terkenal akan kegiatan ekonominya dan kegiatan ekonomi ini banyak membantu meningkatkan pendapatan kampung tersebut.

Untuk

menjalankan

kajian

ini,

pertama

sekali,

guru

Geografi

saya

membincangkan tentang tajuk yang saya pilih. Saya menjalankan kajian ini pada hujung minggu. Kajian ini telah dijalankan selama lima bulan, iaitu dari bulan Februari hingga Jun 2008. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di lapangan secara berkumpulan.

Di samping itu, saya telah melakukan perbandingan sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan saya dengan sumbangan kegiatan ekonomi di Jepun. Saya memilih negara Jepun kerana negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi kegiatan ekonominya dengan negara kita dan juga saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang negara ini dari segi kegiatan ekonominya. Hasil daripada maklumat yang diperolehi telah saya gunakan untuk melengkapkan kerja kursus ini.

Saya menjalankan kajian ini untuk :

(a) Mengenal pasti pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian.

(b) Mengkaji sumbangan kegiatan ekonomi kepada pembangunan di kawesan kajian dan membandingkannya dengan negara lain.

(c) Menyatakan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

(d) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

Kajian ini dijalankan di Kampung Kota Ayangan yang terletak dalam daerah Keningau ( lihat Peta 1 ). Jaraknya dari sekolah saya adalah kira-kira 5 kilometer. Keluasan kawasan kajian saya ialah kira-kira 18 hektar dan bilangan penduduk di sini lebih kurang 1500 orang ( lihat Peta 2 ). Jika menaiki bas dari pekan Keningau ke Kampung Kota Ayangan, tambangnya ialah RM1.30 dengan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Dari sekolah saya pula, tambangnya ialah RM1.00 dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah dan oleh sebab itu, kawasan ini dianugerahi tanih yang subur dan amat sesuai untuk kegiatan pertanian terutamanya menanam padi. Terdapat juga pelbagai infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk kampung ini seperti tadika Kemas, Sekolah Agama Rakyat ( SAR ), balai raya, dan bekalan elektrik.

Peta 1 ( Peta Keningau ) Peta 2 ( Peta Kampung Kota Ayangan ) Peta Negara Jepun

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah :

(a) Pemerhatian

: Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi.

(b) Soal selidik

: Seramai 30 responden daripada kalangan penduduk kampung yang terlibat dalam kegiatan yang berkaitan dengan ekonomi.

(c) Temu bual

: Saya juga mengumpulkan maklumat dengan menemu bual Ketua Kampung Kota Ayangan iaitu Encik Sanib Asun dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kota Ayangan iaitu Encik Raman Takim.

(d) Rujukan

: Saya mengumpulkan maklumat tambahan dengan merujuk kepada buku teks Tingkatan 3 dan buku rujukan di perpustakaan serta internet.

Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi

Setelah selesai melakukan kajian tentang kegiatan ekonomi, saya dapat mengenal pasti beberapa jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di Kampung Kota Ayangan. Antaranya ialah kegiatan ekonomi pertanian dan perkhidmatan.

Kegiatan ekonomi pertanian di kampung ini melibatkan aktiviti seperti menanam padi, menanam buah-buahan seperti tebu dan banyak lagi serta menanam tembakau. Kegiatan ekonomi perkhidmatan pula ialah seperti perdagangan, pengangkutan, dan pendidikan.

Jenis Kegiatan Ekonomi

Bilangan

Pertanian

14

Perkhidmatan

16

Jumlah

30

Jadual 1 : Jenis Kegiatan Ekonomi Kampung Kota Ayangan

Jenis Kegiatan Ekonomi

47%

Pertanian Perkhidmatan

53%

Carta Pai 1 : Jenis kegiatan ekonomi dan bilangan penduduk yang mengerjakannya di Kampung Kota Ayangan

Merujuk kepada carta pai di atas, kegiatan ekonomi di Kampung Kota Ayangan sektor tertier paling popular iaitu sektor perkhidmatan diikuti oleh kegiatan ekonomi sektor primer iaitu sektor pertanian. Berdasarkan 30 responden yang telah saya temu bual, 53 peratus daripadanya atau pun 16 orang penduduk di kampung ini bekerja dalam sektor perkhidmatan sebagai pemandu teksi, pemandu bas sekolah, dan sebagainya. Pekerjaan seperti ini sangat berguna kepada penduduk yang ingin ke pekan terdekat iaitu Keningau. Sebanyak 47 peratus daripada 30 responden iaitu 14 orang bekerja dalam sektor pertanian. Mereka mengusahakannya di tempat yang sesuai tidak kira di kebun kecil atau pun kawasan lapang yang terdapat Kampung Kota Ayangan.. Tebu, tembakau, beras, dan sebagainya ditanam untuk pasaran tempatan dan terdapat segelintir penduduk kampung yang menjualnya di pasar di Keningau. Penduduk Kampung Kota Ayangan sememangnya bertuah dan patut bersyukur kerana kegiatan ekonomi ini dapat memenuhi keperluan kehidupan harian mereka.

Sumbangan Kegiatan Ekonomi Kegiatan ekonomi memberi sumbangan yang besar di Kampung Kota Ayangan. Antara sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan ini adalah memberi peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor pertanian seperti pesawah padi, pekebun. Di samping itu, ia juga menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perkidmatan kepada sesiapa sahaja tidak kira taraf pendidikannya seperti pemandu teksi atau bas, guru, dan sebagainya.

Pendapatan Bulanan

Bilangan

Kurang RM500

13

RM501 – RM1000

16

RM1001 – RM1500

1

Jumlah

30

Jadual 2 : Pendapatan Bulanan Penduduk Kampung Kota Ayangan Pendapatan Bulanan Penduduk Kampung Kota Ayangan

Bilangan Penduduk

20 15

Kurang RM500

10

RM501-RM1000 RM1001-1500

5 0 1 Bulanan Pendapatan

Graf 1 : Pendapatan Bulanan Penduduk Kampung Kota Ayangan

Selain itu, kegiatan ekonomi juga membantu penduduk kampung untuk meningkatkan taraf hidup mereka di kawasan ini dengan wujudnya peluang yang banyak dalam sektor pertanian dan perkhidmatan. Jadual 2 dan Graf 1 menunjukkan pendapatan bulanan responden. Secara umumnya, kebanyakan penduduk di kawasan ini mempunyai pendapatan bulanan antara RM501 hingga RM1000 sebulan. Seramai 13 orang responden yang menerima pendapatan kurang daripada RM500 sebulan dan merupakan kumpulan kedua tertinggi. Sementara itu, pendapatan sebanyak RM1001 – RM1500 sebulan hanya diterima oleh seorang responden sahaja.

Sebagai tambahan, kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan ini telah membantu penduduk di kawasan ini dengan peningkatan infrastruktur kampung ini bagi memudahkan penduduk seperti Sekolah Agama Rakyat ( SAR ), tadika KEMAS, balai raya, dan banyak lagi. Saya berasa sangat gembira melihat penduduk di sini mendapat kemudahan yang membolehkan mereka tinggal dengan selesa dan diberi peluang pekerjaan yang banyak. Justeru itu, kita hendaklah sentiasa memperbaiki diri kita sendiri agar mendapat kejayaan di mana sahaja kita berada.

Negara Jepun mempunyai banyak jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perkhidmatan, dan perindustrian. Melalui kegiatan ekonomi yang terdapat dalam negara Jepun, beberapa sumbangan telah dapat diperoleh iaitu, dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Jepun melalui pertanian sawah padi dan perdagangannya di serantau dunia.

Kegiatan ekonomi turut membantu rakyatnya dari segi taraf hidup mereka terutamanya mereka yang bekerja di sektor pertanian, perindustrian yang bukan berasaskan sumber, dan juga perikanan. Selain daripada itu, melalui kegiatan ekonomi, negara Jepun dapat menyumbang kepada pendapatan negara mereka terutamanya dalam sektor perindustrian yang bukan berasaskan sumber dan juga sektor perkhidmatan iaitu bidang perdagangan.

Kesan-kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Kesan-kesan kegiatan ekonomi di kawasan ini terhadap alam sekitar ialah berlakunya pencemaran. Kegunaan racun perosak serangga untuk di sawah padi, ladangladang, dan kebun-kebun sayuran menyebabkan banyak bahan-bahan bahaya terbebas ke udara. Di samping itu, pembakaran jeramit padi menyebabkan pencemaran udara. Hal ini berlaku apabila tiba musim menuai padi dijalankan. Selain itu pencemaran udara juga berlaku apabila pemandu-pemandu teksi dan bas menggunakan kenderaan masingmasing untuk melakukan pekerjaan mereka.

Penipisan lapisan ozon turut menjadi kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan lapisan ozon. Hal ini disebabkan kebocoran saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah, bilik tuisyen dan sebagainya.

Penebangan hutan dijalankan untuk membangunkan kawasan dalam sektor perkhidmatan seperti kawasan tapak perniagaan dan rumah kedai mengakibatkan kepupusan sumber berlaku.

Kegiatan ekonomi di negara Jepun turut mengalami kesan terhadap alam sekitar seperti kepupusan sumber terutamanya sumber hutan dan sumber mineral. Negara Jepun juga mengalami pencemaran udara dan air. Kualiti udara dan air semakin merosot terutamanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo, Kobe, dan Osaka walaupun kerajaan Jepun membina banyak taman di dalam bandar-bandar tersebut,

Penipisan lapisan ozon juga merupakan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di negara Jepun. Pelepasan CFC ke udara boleh menyebabkan sinar ultraungu dari cahaya matahari tidak ditapis dan hal ini berbahaya kepada kita dan juga hidupan lain di bumi ini.

Memandangkan masalah-masalah ini boleh menyusahkan kehidupan penduduk, pihak berkuasa dan pemaju kawasan petempatan perlu bertimbang rasa dan bekerjasama untuk mengelakkan kesan-kesan negatif ini. Akan tetapi, penduduk itu sendiri juga mestilah bekerjasama dan berusaha untuk mengurangkan kesan-kesan ini.

Langkah–langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Penguatkuasaan undang-undang merupakan suatu cara yang efektif untuk melindungi alam sekitar. Penggubalan undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar termasuk perlepasan asap tercemar dan bahan berasid kepada persekitaran.

Pelaksanaan kempen juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Rakyat perlu diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen kesedaran oleh pihak yang bertanggungjawab. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada rakyat tentang memelihara alam sekitar. Kesedaran ini diwujudkan melalui pendidikan di peringkat sekolah rendah ( Kajian Tempatan ) dan sekolah menengah ( Geografi dan Sains ).

Penyelidikan dan pembangunan ( P&P ) ialah aktiviti menghasilkan teknologi yang baru atau lebih baik. Melalui P&P, pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak mencemarkan alam sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam.

Penggunaan baja organik juga sangat berkesan untuk melindungi alam sekitar. Kaedah ini memerlukan petani-petani menggunakan baja organik daripada menggunakan baja kimia bagi mengelakkan lagi pencemaran air dan pencemaran tanah.

Negara Jepun melakukan tindakan menguatkuasa undang-undang. Jepun juga menggunakan air rawatan semula di kilang-kilang, pejabat, dan hotel. Jepun menggunakan 76 peratus daripada air buangan industri yang telah dirawat semula sejak tahun 1990-an. Cara ini sangat berkesan kerana air yang dipenuhi dengan sisa toksik tidak dibuang ke dalam laut atau sungai malah dirawat lagi. Demikian itu, hidupan akuatik dapat hidup dengan lebih lama lagi dan manusia juga selamat daripada bahan kimia yang berbahaya. Penyelidikan dan pembangunan merupakan antara cara yang digunakan oleh Jepun untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Oleh kerana negara Jepun mempunyai teknologi yang canggih, cara ini benar-benar mudah dilakukan. Negara Jepun juga menggunakan sumber tenaga mesra alam iaitu tenaga suria. Tenaga ini digunakan untuk mengeringkan pakaian, hasil pertanian, memanaskan air dan bangunan, dan menjana tenaga elektrik untuk kegunaan di rumah dan pejabat.

Sesungguhnya, banyak lagi langkah-langkah lain untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Oleh sebab itu, kita mestilah melakukan langkah-langkah sebegini dan cara ini juga boleh membantu kerajaan dari melaburkan sejumlah wang yang banyak hanya untuk mengurangkan kesan-kesannya terhadap alam sekitar. Sebagai rakyat Malaysia yang sejati, bersama-samalah kita membendung masalah alam sekitar ini.

Sesungguhnya kajian ini telah banyak memberikan kesan yang positif. Setelah selesai melakukan kajian ini, saya telah dapat mengenal pasti beberapa jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk kawasan Kampung Kota Ayangan seperti pertanian dan perkhidmatan. Di samping itu, saya telah mengenal pasti sumbangan kegiatan ekonomi kepada penduduk di kawasan Kampung Kota Ayangan seperti menambahkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup penduduk di sini dan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur kepada penduduk di sini,. Saya juga telah mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti penipisan lapisan ozon, kepupusan sumber dan pencemaran. Akhir sekali saya juga telah mengenal pasti langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti pengurangan penggunaan racun perosak serangga, pembaikkan kebocoran penghawa dingin serta alatalat yang boleh menyebabkan pelepasan CFC dan pengharaman pembakaran secara terbuka. Melalui kajian ini juga, saya telah memperolehi pengalaman yang berguna dalam menambahkan lagi ilmu geografi saya. Secara keseluruhan saya rasa bangga dan bersyukur apabila mendapati kegiatan ekonomi telah berjaya menjana pembangunan di Kampung Kota Ayangan walaupun saya tidak tinggal di kawasan ini.

Related Documents


More Documents from "akmal"

Kajian Geografi Tempatan
December 2019 48
Terminal Tiga Tingkatan 4
December 2019 21