Hijrah Membentuk Syahsiah Muslim 2

  • Uploaded by: Akmal
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hijrah Membentuk Syahsiah Muslim 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,196
  • Pages: 11
HIJRAH KE ARAH PEMBENTUKAN SYAHSIAH MUSLIM   

 





  



  

   

 







 

 



  



  

100. Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi Ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka sungguh Telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Maal hijrah merupakan satu sambutan yang dirayakan di seluruh negara sebagai satu sambutan rutin yang diadakan. Bagi kita, maal hijrah tetap membuahkan cahaya keinsafan tentang betapa pentingnya perjalanan sirah Rasulullah saw. menegakkan Islam dan negara Islam. Cahaya hijrah mampu membina beberapa dimensi baru dalam kehidupan umat Islam. Ia merupakan satu peralihan mekanisma serta hidup baru bagi menempa keagungan diri serta maruah agama. Peristiwa hijrah ini cuba menyingkap beberapa dimensi baru dalam peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah saw : 1. Hijrah menyingkap betapa jauhnya wawasan Rasulullah saw. Membina generasi beriman dan bertakwa dengan didikan di rumah Al-Arqam bin Abil-Arqam. Pembinaan individu-individu inilah yang memberikan kekuatan kepada umat Islam bagi mempertahankan agamanya. Dan inilah satu-satunya kekuatan yang amat digeruni oleh musuh Islam apabila perkembangan sekolah-sekolah agama mampu menghasilkan para pendakwah dan pembela agama. 2. Hijrah juga menyingkap betapa perlunya wawasan berhemah yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw. iaitu ; - Pembinaan masjid - Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar - Melaksanakan Piagam Madinah (Undang-undang Islam) Tiga wawasan ini merupakan satu kombinasi padat dan menyeluruh bagi memulakan gerakan dakwah di Madinah. Pembinaan masjid sebagai lambang kepada perlunya pembangunan fizikal yang mesti disertakan dengan iman. Manakala pembinaan Undang-undang Islam perlu terlebih dahulu kepada 1

wujudnya rasa persaudaraan seagama yang akhirnya akan setia menerima perundangan Islam. Penolakan kepada perlaksanaan Undang-undang Islam ada kaitan denqan masalah masjid yang tidak berfungsi yang akhirnya menimbulkan perpecahan. 3. Hijrah juga menyingkap betapa perlunya umat Islam melaksanakan pembangunan fizikal dan teknologi yang kuat berteraskan kepada keimanan kepada Allah swt. Firman Allah swt. dalam surah At-taubah ayat 18 :

ْ‫ِإنّمَا َي ْعمُرُ مَسَاجِدَ الِ مَنْ ءَامَنَ بِالِ وَا ْل َيوْمِ الخِرِ وَأَقَامَ الصّلَةَ وَءَاتَى الزّكَاةَ َولَم‬ َ‫يَخْشَ إِلّ الَ َفعَسَى أُول ِئكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ ا ْل ُم ْهتَدِين‬. Maksudnya : Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kepada sesiapa pun selain daripada Allah, maka merekalah orang yang diharap termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. Pembinaan masjid adalah lambang kepada pembinaan fizikal seperti membina bangunan, jambatan, sekolah, stadium dll. Namun begitu, pembinaan tersebut mesti seiring dengan keperluan agama dan rohani. Seandainya pembangunan fizikal tidak seiring dengan pembangunan rohani dan keimanan, dikhuatiri golongan yang gemar dengan pembangunan fizikal akan berselindung dan menggunakan kesempatan mengaut keuntungan melalui projek pembangunan. Oleh itu, pentingnya ketiga-tiga wawasan dilaksanakan secara bersepadu dengan tidak mengabaikan antara satu dengan yang lain. Berlakunya beberapa kes penyelewengan yang melibatkan jutaan ringgit berpunca dari projek pembangunan. Apabila rahsia mereka diketahui, mereka akan berselindung di sebalik undang-undang yang lemah untuk dikuatkuasakan atau berselindung dengan kedudukan individu tertentu yang tidak dididik dengan iman. Apabila tindakan tidak dibuat sedangkan yang lain diambil tindakan maka berlakulah perpecahan di kalangan umat Islam. Akhirnya akan lemahlah persaudaraan, maka akan wujudlah peperangan antara puak, bongkar-membongkar, tuduhmenuduh, benci-membenci, fitnah-memfitnah menerusi beberapa segmen-segmen yang disiarkan di media massa. Sebab itulah Rasulullah saw. mengutamakan perpaduan dan persaudaraan melalui program mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Begitu juga Rasulullah memberikan keutamaan kepada masalah Undang-Undang Islam yang perlu dilaksanakan dahulu maka barulah wujudnya pembangunan yang seiring dengan

2

kemantapan rohani dan pembelaan undang-undang yang telus di bawah watak-watak yang telus dan adil. 4. Hijrah juga menyingkap betapa pentingnya hak asasi manusia diutamakan. Semasa di Makkah umat Islam dinafikan hak asasi mereka. Di antara pencabulan hak asasi yang berlaku ; • Berlakunya penyiksaan ke atas beberapa orang sahabat yang beriman kepada Allah. Hanya mereka yang beriman dan berpegang kepada Islam sahaja yang dinafikan manakala yang menyokong Abu Jahal tetap dilayan dengan baik walaupun mereka melakukan berbagai-bagai kesalahan dan keganasan mencabul hak asasi. Pendek kata hak asasi hanya ada pada golongan Jahiliyah Quraish sahaja sedangkan hak asasi tiada ruang untuk orang yang beriman. Lihat saja apa yang mereka lakukan kepada Bilal Bin Rabah dan keluarga Yasir. Begitulah hari ini apa yang mereka lakukan kepada para pejuang Islam, dibunuh, dipenjara, dibuang negeri, disiksa dll. hanya semata-mata kerana mereka berkata Tuhanku ialah Allah. Firman Allah swt dalam surah Al-Buruj ayat 8 :

ِ‫حمِيد‬ َ ْ‫َومَا نَ َقمُوا مِ ْنهُمْ إِلّ أَنْ ُي ْؤ ِمنُوا بِالِ ا ْلعَزِيزِ ال‬ Maksudnya : Tidaklah mereka menyiksa orang-orang mukmin melainkan hanya karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuat, yang siksaan-Nya amat ditakuti, Maha Terpuji yang pahala-Nya sangat diharapkan. • Tidak membenarkan Al-Quran dan ceramah Nabi Muhammad saw. disampaikan secara terbuka. Sudahlah pemimpin mereka tidak mahu mendengar ayat-ayat Al-Quran yang dibaca malah mereka mengeluarkan arahan melarang penyokong-penyokong mereka menghadiri atau mendengar Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad saw., Saidina Abu bakar dll. Firman Allah swt. dalam surah Fussilat ayat 26 :

َ‫س َمعُوا ِلهَذَا الْقُرْءَانِ وَا ْل َغوْا فِيهِ َل َعّلكُمْ تَ ْغِلبُون‬ ْ َ‫وَقَاَلَ الّذِينَ كَفَرُوا لَ ت‬. Maksudnya : Orang-orang kafir berkata satu sama lain, "Jangan kalian dengarkan al-Qur'ân ini! Sebaliknya, bermainmainlah pada saat Al-Qur'ân itu dibacakan hingga tidak ada yang mendengar dan memanfaatkannya. Dengan begitu, semoga kalian dapat mengalahkan Muhammad." • Merampas harta umat Islam terutama bagi mereka yang kaya seperti Suhaib Ar-Rumi, sehingga mereka pernah menangkap Suhaib untuk dibunuh bagi mendapatkan harta kekayaannya. 3

• Memboikot barang-barang keperluan dan juga menaikkan harga malah menyukarkan mendapatkan sesuatu atas nama pengikut Muhammad, manakala penyokong mereka akan mudah sahaja memperolehi apa sahaja walaupun dengan jalan yang salah. Sehingga para sahabat terpaksa memakan daun-daun kayu. Inilah juga penafian hak asasi manusia seluruh dunia khususnya umat Islam yang dilihat sebagai objek utama untuk dinafikan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika dan talibarutnya melakukan apa sahaja pencerobohan hak asasi manusia dan umat Islam di seluruh dunia. 5. Hijrah juga menyingkap betapa pentingnya peranan masjid ke arah mempertingkatkan iman umat Islam. Orang yang sering ke masjid dengan ikhlas ternyata sebagai orang yang bersemarak dengan iman di dalam dirinya. Rasulullah saw menjadikan masjid sebagai tempat tarbiyah para sahabat. Tetapi hari ini sebahagian umat Islam menjadikan masjid sebagai tempat pelancongan, pecah-belah, pecat-memecat, singkir-menyingkir dan sebagainya. Beberapa perubahan perlu diusahakan seperti : • Bagaimana harus dipenuhkan masjid dengan program berkualiti jati diri dalam suasana sebahagian umat Islam malas ke masjid. Masjid hanya seminggu atau setahun atau jika ada program tertentu sahaja. • Perlu melantik petugas yang berwibawa , berilmu dan bertakwa bukan mereka yang buruk akhlak, jarang-jarang menjenguk masjid untuk dijadikan ahli-ahli jawatankuasa masjid. • Masyarakat lebih bersikap terbuka dan menjadikannya sebagai pusat ilmu dan tarbiyah. Ada orang lebih menjadikan masjid sebagai lambang perhiasan walaupun miskin dengan majlis ilmu dan aktiviti berkualiti. 6. Hijrah juga menyingkap betapa perlunya umat Islam hidup bersama ruh jihad di jalan Allah. Mempertahankan maruah umat Islam serta agamanya. Umat Islam tidak sepatutnya semudah itu dihina, dibunuh dan disiksa sepertimana yang berlaku pada zaman para sahabat Baginda saw. Umat Islam bangun untuk mempertahankan maruah mereka apa lagi agama. Kezaliman dihapuskan, darah dibayar darah, maruah dibayar maruah. Akhirnya Islam membenarkan peperangan bagi mempertahankan maruah yang telah dinodai dan juga apabila hak-hak dakwah dan agama dihalang. Akhirnya berlakulah siri peperangan seperti Badar,Uhud dan lain-lain. Sebab itulah umat Islam hari ini perlu bangun untuk menentang apa sahaja keganasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Jika kita bersatu untuk menghalang Amerika menyerang negara-negara Umat Islam maka kita juga mampu bersatu menentang apa sahaja yang melibatkan 4

ketidakadilan berlaku. Firman Allah swt dalam surah Al-Maidah ayat 8;

‫ش َنئَانُ َقوْمٍ عَلىَ أَلّ تَعْدِلُوا اعْدِلُوا ُهوَ أَقْرَبُ لِلتّ ْقوَى‬ َ ْ‫وَلَ يَجْ ِر َمنّكُم‬ Maksudnya : Janganlah kerana kebencian kalian yang sangat kepada suatu kaum membawa kalian untuk bersikap tidak adil kepada mereka. Tetaplah berlaku adil, karena keadilan merupakan jalan terdekat menuju ketakwaan kepada Allah. 7. Hijrah juga menyingkap betapa tiada tempatnya Yahudi bertapak di bumi Madinah dan dalam pemerintahan Rasulullah. dan juga menyingkap betapa bahayanya yahudi terhadap umat Islam. Di zaman Rasulullah saw, Yahudi bani Nadhir,Quraizah dan Qainuqak pernah dihalau dari Madinah kerana melanggar perjanjian dengan Umat Islam. Mereka sebenarnya tiada tempat di zaman Rasulullah saw. Tetapi hari ini merupakan zaman kebangkitan bangsa Yahudi dan pemerintahan dunia oleh mereka malah dalam semua aspek dikuasai oleh mreka malah lebih parah lagi apabila sebahagian negara umat Islam bersekongkol menyokong dan menjadi tali barut yahudi. Yahudi telah berjaya meyusup masuk ke dalam setiap pusat pemerintahan dan kawalan negara-negara dunia hari ini. Mereka sewenang-wenangnya mengawal hal ehwal negara lain mengikut apa yang mereka mahukan dan ternyata mereka berhasil memperolehi matalamat mereka. Boleh dikatakan hampir kebanyakan negara di dunia termasuklah negara Islam terikut dengan arahan yahudi dalam apa jua matlamat kotor mereka dalam menghancurkan Islam. Firman Allah dalam Surah AlMaidah Ayat 82 :

‫َلتَجِدَنّ أَشَدّ النّاسَ عَدَاوَةً لِلّذِينَ ءَا َمنُوا ا ْل َيهُودَ وَالّذِينَ أَشْ َركُوا‬ Maksudnya : Kami tegaskan kepadamu, wahai Muhammad, bahwa kamu akan mendapati para penganut Yahudi dan mereka yang menyekutukan Allah sebagai orang-orang yang paling keras kedengkian dan kebenciannya kepadamu dan kepada orang- orang yang beriman. Sememangnya kerosakan sentiasa mengiringi pemerintahan orang-orang Yahudi. Mereka tidak akan memerintah sesuatu kerjaan, walau pun satu hari melainkan mereka akan menyebarkan seqala kerosakan, kemunkaran dan kebatilan. 8. Hijrah juga menyingkap betapa bahayanya bersikap fanatik dan taasub iaitu semangat kebangsaan/perkauman. Rosaknya Arab jahiliyah kerena mereka terlalu fanatik dengan agama mereka yang salah, dan juga fanatik terhadap bangsa dan kabilah mereka sehingga menafikan apa saja kebaikan yang dibuat oleh orang lain. Penolakan Abu Jahal terhadap dakwah Nabi Muhammad saw. kerana

5

tidak mahu ada ajaran lain yang mengatasi kepercayaan mereka walupun ternyata perjuangan mereka adalah salah. Sebab itu tidak timbul soal Bilal yang hitam, Salman dari Farsi, Suhaib dari Rom Khalid Al-Walid sebagai orang baru, Usamah seorang yang mentah tetapi sesiapa sahaja yang berusaha untuk menegakkan kebenaran yang tulin maka merekalah harus diberikan sokongan dan bantuan. Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud ; “Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru ke arah asabiyyah (fanatik semangat kebangsaan), bukan dari kalangan kami orang yang berperang atas dasar asabiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang mati atas dasar asabiyyah.(Riwayat Muslim) Sempena dengan maal hijrah ini marilah kita sama-sama menyayangi agama kita sepertimana sayangnya para sahabat mempertahankan Islam sehingga ke akhir hayat mereka. Janganlah memasukkan diri kita dalam golongan orang yang menentang perjuangan Islam dan syariat, kelak kita akan dilaknat oleh zaman dan kelak ruh maal hijrah akan tercemar hasil perbuatan kita dan dalam waktu yang sama merayakan maal hijrah tetapi dalam waktu yang sama juga menentang syariat Allah serta membesarkan program-program maksiat. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa dihayati oleh umat Islam saban tahun, perlu dihayati sepenuhnya dan perlu mengambil iktibar daripada peristiwa itu kerana ia merupakan titk tolak terbinanya nilai Islam dalam kehidupan dan sekaligus dapat mewujudkan daulah Islamiah Madinah. Daripada peristiwa penting ini kita mendapat pengajaran bahawa walaupun dakwah Islam berjalan di Mekah dan Madinah yang dibangunkan bersama-sama sahabat namun nilai Islam tidak sekadar itu. Ia perlu ditegakkan dalam pelbagai aspek seperti pembinaan negara, undang-undang dan cara hidup yang berteraskan Islam. Secara umumnya hijrah dari segi maknawiahnya bermaksud meninggalkan sesuatu yang tidak baik tetapi dari segi fizikal hijrah bermaksud meninggalkan satu tempat ke satu tempat yang lain. Dalam konteks sekarang Islam tidak lagi menuntut umatnya berhijrah dalam pengertian geografi (berpindah darisatu tempat ke satu tempat yang lain) tetapi yang dituntut ialah hijrah dalam maksud yang hakiki iaitu dalam bentuk peningkatan amal, aktiviti dan memperbaiki sikap mental serta mengadakan peningkatan terhadap cara dan mutu kerja. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Orang yang berhijrah meninggalkan apa-apa yang atasnya”.

itu ialah orang yang dilarang oleh Allah ke

6

Bukhari dan Muslim

Hadis Riwayat

Hijrah maknawi ini boleh dikategorikan kepada empat jenis hijrah yang perlu difahami oleh setiap orang Islam. 1) HIJRAH IKTIKADIAH ( KEPERCAYAAN ) Meninggalkan segala bentuk kepercayaan, keyakinan, dan ikutan yang tidak dibenarkan oleh Allah. Islam tidak membenarkan penganutnya mengamalkan kepercayaan yang bercampur aduk. Namun pada hari ini ada umat Islam yang masih mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dan mengamalkan ajaran yang sesat. Cth : Kepercayaan kepada tangkal - untuk anak berjaya dalam peperiksaan. Kepercayaan kepada makhluk ciptaan Allah - matahari, bulan dll. 2) HIJRAH FIKRIAH ( FIKIRAN ) Meninggalkan segala bentuk pemikiran yang tidak sesuai dengan ajaran Islam. Maksudnya setiap muslim perlu berfikir dalam kerangka kebenaran Islam dan tidak boleh berfikir kepada sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Allah juga menyarankan kepada setiap muslim agar berfikir berteraskan ajaran Islam serta mentaatinya. Firman Allah yang bermaksud : “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa diri kamu sendiri pada hal kamu semua membaca kitab Allah tidakkah kamu berakal”. Surah al-Baqarah : 44 Contoh : Orang yang mengatakan Islam itu kolot dan ketinggalan zaman kerana terlalu mengagung-agungkan barat agar berubah menerima Islam sebagai satu cara hidup dan sesuai pada setiap masa. Keadaan serta tempat. 3) HIJRAH SYURIYAH (PERASAAN) Meninggalkan segala bentuk perasaan yang cenderung kepada perkara yang bertentangan dengan Islam. Ini bermakna setiap individu Islam perlu ada sensitiviti atau kepekaan terhadap sesuatu perkara yang bertentangan dengan syariat Islam. Perkara ini telah disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud :

7

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu ubahlah dengan lidahnya (nasihat) dan jika dia tidak mampu ubahlah dengan hatinya (tidak redho). Yang demikian adalah selemah-lemah iman”. Hadis riwayat Muslim Contoh : 1) Suka melakukan perkara-perkara yang mungkar kepada benci untuk melakukannya. Seperti mana pelajar yang suka merokok atau malanggar disiplin sekolah berubah kepada patuh di atas segala undang-undang yang telah dinyatakan. 2) Ibu bapa yang suka melindungi kesalahan anaknya. 3) Guru yang suka pilih kasih dalam menyampaikan ilmu. 4) HIJRAH SULUKIYAH ( TINGKAH LAKU) Kita juga dikatakan berhijrah sekiranya kita menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya misalnya dari mengerjakan maksiat kepada melakukan ketaatan (menjauhi dating), daripada kezaliman kepada ketaatan (tidak meninggalkan solat), daripada kemunduran kepada kemajuan (berusaha mencari ilmu dan memperbaki akhlak), dari sikap bermalas-malas dan lemah kepada sikap yang aktif dan produktif dan dari sikap tercela kepada sikap terpuji. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja laporan menerusi akhbar dan lain-lain yang memaparkan kelakuan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh sesetengah anggota masyarakat terutama golongan muda termasuklah pelajar. Contohnya pembuangan anak, penzinaan, berkesedudukan, pencabulan, rasuah, dadah dan sebagainya. Masyarakat kita khususnya yang beragama Islam sedang berada di dalam kemelut keruntuhan akhlak. Akhlak yang buruk merupakan petanda lemahnya iman seseorang individu. Bila iman longgar maka mudah mengikut hawa nafsu untuk melakukan perkara yang dilarang dalam Islam. Walau pun merekatahu perkara itu berdosa tetapi mereka tetap melakukannya. Oleh itu kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diketahui dan diukur daripada perilaku akhlaknya. Ini kerana iman yang kuat dan kukuh akan melahirkan akhlak mulia. Sedangkan iman yang lemah boleh mewujudkan budi pekerti yang buruk. 8

Contoh : Orang yang meninggalkan solat dan cuai dengan solatnya akan mudah melakukan perkara mungkar. Firman Allah : “Sesungguhnya sembahyang itu akan menghindarkan kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar”. Surah al-Baqarah Perbuatan yang keji dan tidak bermoral mendatangkan kerugian bukan sahaja kepada diri sendiri malah orang lain. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan bagai air yang menghancurkan tanah yang keras sebaliknya akhlak yang jahat akan merosakkan amal seperti cuka merosakkan manisnya madu”. Imam Baihaqy Jika dahulu kita dihebohkan dengan kuman HIV yang disebabkan sindrom kurang daya tahan penyakit tetapi masyarakat sekarang sebenarnya sedang mengalami sindrom kurang daya tahan iman. Tidak guna kita mengaku Nabi Muhammad S.A.W. sebagai utusan Allah sekiranya akhlaknya yang terpuji tidak diteladani.Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya”. Surah al-Kahfi :7 Imam al-Ghazali di dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin menggariskan empat sifat utama sebagai asas pembentukan akhlak mulia. 1) Hikmat atau kebijaksanaan - iaitu satu keadaan dalam diri yang dapat membezakan antara yang benar dan salah. 2) Syaja’ah atau keberanian - iaitu keadaan marah yang meluap-luap dapat dikawal oleh akal untuk bertindak ke jalan yang benar. 3) Iffah atau kebersihan jiwa - iaitu seseorang yang dapat menahan daripada kemahuan syahwat supaya tunduk kepada petunjuk akal dan syara’.

9

Pepatah Arab menyatakan : “kecantikan seseorang itu bukan terletak pada pakaian yang menghiasi dirinya tetapi kecantikan sebenar terletak pada ilmu dan ketinggian budi pekertinya”. Orang yang mula-mula bertanggung jawab membentuk akhlak ialah ibu bapa sebagaimana dia melahirkan maka wajiblah menjaganya dan memberikan didikan terutama didikan agama. Tidak sekadar menghantarnya ke sekolah dan menyerahkan segalanya pada guru sebaliknya haruslah ibu bapa bekerjasama untuk memperbaiki akhlak anak-anak atau pelajar. Tidak boleh hanya menyalahkan pihak lain jika anak berbudi pekerti jahat. Kasih sayang dalam keluarga amat penting dalam proses pembentukan sahsiah yang baik. Layanan ibu bapa menjadi penawar paling mujarab untuk mewujudkan emosi yang stabil di jiwa anak-anak. Imam al-Ghazali dalam bukunya “Mukasyafatul Qulub” memerincikan bahawa sifat taqwa dapat membentuk 7 macam sifat watak dan sifat manusia yang baik iaitu : 1) Lidahnya terpelihara dari berbohong , mencela ,mencaci ,menyakiti hati orang lain dlln. 2) Hatinya terhindar dari sifat -sifat dengki ,benci, pendendam dll. 3) Matanya terjauh dari memandang yang terlarang. 4) Perutnya tidak mahu memakan makanan yang haram. 5) Tangannya tidak dipergunakan untuk melakukan perbuatan dosa . 6) Kakinya tidak melangkah ke tempat-tempat yang maksiat. 7) Ketaatannya ikhlas kerana Allah semata-mata tidak kerana mengharapkan pujian manusia. Hakikatnya semakin meningkat umur seseorang bermakna peruntukan masa hidupnya semakin berkurangan kerana perjalanan hidup manusia di dunia tiba masa akan berakhir jua. Makin bertambah umur seseorang semakin hampirlah seseorang itu dengan kematian. Oleh itu dengan kehadiran tahun bari 1422 Hijrah ini hendaklah wujud kesedaran untuk mengadakan peningkatan dari setiap pribadi muslim sama ada dalam hubungan dengan Allah atau untuk menyusun kehidupan dengan lebih teratur dan berdisiplin serta pandai memanfaatkan setiap kesempatan yang datang. Kerana kesempatan yang baik itu tidak selalu wujud iaitu ada kalanya muncul tiba-tiba dan lenyap tiba-tiba juga.

10

Dalam memanfaatkan masa dalam kehidupan Rasulullah S.A.W. bersabda : “Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu. Masa kayamu sebelum datang masa fakirmu. Masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu. Masa hidupmu sebelum datang kematianmu”. Hadis Riwayat Tirmidzi Ajaran Islam bertujuan agar setiap muslim memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat tetapi segalanya dapat dicapai bukan dengan bersikap malas dan membuang masa secara sia-sia sebaliknya ia memerlukan kesungguhan bekerja dengan programprogram yang terancang dalam kehidupan baik program itu berbentuk harian, bulanan mahu pun tahunan. Contohnya jika selaku ketua keluarga tentulah program yang dimaksudkan itu berhubung dengan soal pembangunan rumah tangga, isteri dan anak. Jika di sekolah tentulah program-program yang diadakan semata-mata untuk pembangunan rohani dan jasmani para pelajar serta guru.

KESIMPULAN Dengan kehadiran Maal Hijrah jangan kita hanya ghairah mengadakan peringatan demi peringatan setiap kali menyambut ketibaannya tetapi kering tanpa penghayatan. Islam menghendaki adanya perubahan diri pada umatnya ke arah yang lebih baik. Caranya sudah tentulah dengan lebih meningkatkan azam dan semangat serta mengisi hari-hari mendatang dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Marilah menyambut kehadiran tahun baru 1422 Hijrah dengan rasa penuh kesyukuran dan gembira. Kita buka lembaran baru dengan menjadikan hari semalam sebagai pengalaman yang boleh mengajar kita sementara esok adalah harapan untuk kita sama-sama mencapai keredhoanNya.

11

Related Documents

Hijrah
April 2020 20
Hijrah
June 2020 20
Hijrah
April 2020 19
Maal Hijrah
May 2020 18
Membentuk Kepribadian
May 2020 35

More Documents from "mien danumihardja"