Kajian Geografi Tempatan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Geografi Tempatan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,327
  • Pages: 29
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN ( KGT

) 2009

PETEMPATAN DAN PEKEMBANGAN KAMPUNG PIMPING, MEMBAKUT DAN PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA SINGAPURA

NAMA

:

Noor Hafizah Binti Arshad

NO. KAD PENGENALAN

:

940429-12-6600

KELAS

:

3 Al – Farabie

NAMA GURU

:

En. Yusri Bin Nasip

1 SENARAI KANDUNGAN

BIL. I . I

PERKARA TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN

HALAMAN 1 2

I . I

PENGHARGAAN

3-4

PENDAHULUAN

5

. V

OBJEKTIF KAJIAN

6

. V

KAWASAN KAJIAN

7 - 11

I I . I V

I . V I I

KAEDAH KAJIAN

12

V

DAPATAN KAJIAN

13 - 19

I I I . I

RUMUSAN

20

. X

LAMPIRAN

21 - 25

. X

RUJUKAN

X

I .

2

PENGHARGAAN

26

Syukur alhamdullilah ke hadrat Allah S.W.T kerana telah diizinkan oleh-Nya dan telah mengurniakan kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan sempurnanya serta jayanya. Semoga tugasan kerja kursus ini dapat membantu memperoleh pelbagai manfaat dari segi pengetahuan dan pengalaman dalam kajian luar ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi – tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Encik Yusri bin Nasip yang tidak jemu – jemu memberi bimbingan, dorongan, sokongan dan tunjuk ajar tentang cara – cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau juga turut membantu menyemak data, laporan dan memberi teguran agar memperoleh hasil kajian yang cemerlang dan memuaskan. Ucapan terima kasih kepada Perpustakaan sekolah kerana turut menyumbang sumber dalam pencarian maklumat dan bahan – bahan yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan kerja yang telah diberikan ini. Saya juga ingin mmengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa saya iaitu Arshad bin Muslim dan Mariah binti Ahmad yang turut membantu untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

3

Tidak lupa juga kepada rakan saya, terutamanya Emy Masturah binti rubin dan rakan lain yang terlibat menjayakan tugasan kerja kursus ini dan juga telah sanggup menghabiskan masa semata – mata untuk menjayakan tugasan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dari mereka, mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Ini kerana langkah kerja untuk menghasilkan tugasan kerja kursus ini memerlukan tenaga yang banyak, buah fikiran yang bernas dan kreatif, lebih banyak kesabaran, usaha yang gigih dan wang ringgit.

4

PENDAHULUAN

Saya Noor Hafizah binti Arshad dari Tingkatan 3 Al – Farabie di Sekolah Menengah Agama Limauan Kimanis, Papar. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, saya

diwajibkan membuat satu tugasan kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan ( KGT ). Saya telah menjalankan tugasan kerja kursus ini selama 8 minggu. Saya telah memilih Tugasan 2 iaitu Petempatan dan Perkembangan di Kampung Pimping, Membakut dan membandingkannya dengan Negara Singapura. Sebab pemilihan adalah kerana terdapat pola petempatan dan jenis petempatan antara Kampung Pimping, Membakut dengan Singapura. Kampung Pimping, Membakut adalah tempat tinggal saya. Oleh yang demikian, akan mempermudahkan saya untuk mengkaji secara lebih dalam lagi bagi menghasilkan tugasan kerja kursus ini.

5 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk :

a) Mengenal pasti dengan lebih mendalam lagi jenis dan pola petempatan yang terdapat di Kampung Pimping,Membakut dan Singapura.

b) Mengenal pasti faktor-faktor yang dapat mempengaruhi sistem petempatan dan perkembangan kawasan Kampung Pimping,Membakut dan Singapura

c) Mengenal pasti fungsi petempatan di Kampung Pimping,Membakut dengan Singapura

d) Mencadangkan pelbagai cara untuk mengatasi segala masalah yang melanda Kampung Pimping,Membakut dan Singapura.

e) Menyenaraikan langkah mengurangkan masalah petempatan di kedua-dua kawasan bagi membantu mengurangkan beban masalah di Kampung Pimping dan Singapura.

f) Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji serta menjadikannya sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita.

6 KAWASAN KAJIAN Kawasan yang saya kaji ialah Kampung Pimping Membakut, Sabah. Kawasan petempatan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Terdapat kawasan paya di kawasan petempatan ini. Setiap hari semakin pesat pembangunan yang berlaku di petempatan ini.

Sejarah Awal Kampung Pimping LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kampung Pimping merupakan sebuah penempatan suku kaum Brunei dalam Daerah Membakut. Dengan kepadatan penduduk melebihi 8000 orang dan mempunyai keluasan 7 batu persegi, iaitu hampir meliputi setengah daripada keluasan Daerah Membakut, Kampung Pimping dianggap sebagai sebuah kampung yang mempunyai penduduk teramai sekali serta antara kampung yang terbesar dalam Negeri Sabah. Selain daripada suku kaum Brunei, terdapat juga beberapa suku lain yang menetap di kampung ini, seperti kadazan/dusun, Cina, Paitan, Pagan dan lain-lain lagi. Berdasarkan temubual bersama Pn.Hajjah Mariam Hj. Abdullah, 90 tahun, sejarah awal penempatan suku kaum Brunei di Kampung Pimping ini adalah bermula di ‘rumah lama’ iaitu sebuah kawasan yang berhampiran dengan sawah padi. ‘Rumah lama’ telah dibuka oleh Orang Kaya Tarsad (seorang pembesar Brunei) yang kemudiannya menjadi ketua kampung rumah lama ketika itu. Setelah beberapa lama mereka menetap di rumah lama ini, mereka telah digemparkan dengan serangan wabak penyakit (menurut satu pendapat mengatakan wabak taun dan ada juga sebilangan pendapat yang mengatakan wabak cacar). Wabak ini berlanjutan sehinggalah menyebabkan kematian Orang Kaya Tarsad serta ramai lagi penduduk kampung. Pengiran Damit kemudiannya mengambil alih jawatan Orang Kaya Tarsad sebagai Ketua Kampung. Namun, wabak tersebut masih lagi berleluasa. Tuan Arbing mencadangkan agar penduduk kampung berpindah ke tempat lain. Setelah keputusan dibuat sebulat suara, maka Tuan Arbing pun mencari kawasan untuk dijadikan penempatan mereka yang baru. Akhirnya Tuan Arbing menemui sebuah kawasan semak yang luas dan rata serta sesuai untuk dijadikan penempatan. Setelah kawasan tersebut dibuka, maka ramailah penduduk kampung rumah lama berpindah ke kawasan tersebut dan terus menetap di sana. Menurut sejarahnya, perkataan ‘Pimping’ adalah diambil daripada perkataan dusun sempena nama sejenis rumput atau lalang yang tumbuh dengan meliar di penempatan baru itu. Kisah tentang sejarah awal Kampung Pimping ini ada tercatat dalam syair brunei yang dikarang oleh Allahyarham Tuan Imam Haji Moksin Said (seorang tokoh budayawan Kampung Pimping).

7 LOKASI KAWASAN KAJIAN

Kampung Pimping terletak di Daerah Membakut

JARAK DARI BANDAR DAN PEKAN

Dari Bandar : Kota Kinabalu, sekitar 80 km

Dari Pekan : Membakut, lebih kurang 10 km

8

PETA DAERAH MEMBAKUT KAMPUNG PIMPING,MEMBAKUT

MEMBAKUT

MEMBAKUT

9

PETA PETEMPATAN NEGARA YANG DIBANDINGKAN

PETA SINGAPURA

10

PETA KAWASAN KAJIAN

11 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya gunakan ialah : A) PEMERHATIAN : saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis dan pola petempatan di kawasan Kampung Pimping,Membakut. Selain itu, saya juga memerhatikan masalah petempatan yang terdapat di situ. B) TEMUBUAL : saya mengumpulkan maklumat tentang jenis pola petempatan penduduk dengan menemu bual 3 orang penduduk kampung. C) SOAL SELIDIK : Semasa menjalankan kaedah ini, saya telah membuat temu bual dengan 20 orang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut tentang perkembangan yang telah berlaku di Kampung Pimping,Membakut. D) RUJUKAN Pelbagai rujukan telah saya kaji. Sebagai contoh, saya banyak membuat rujukan dengan melayari internet,membuat kajian di perpustakaan dan melalui buku teks Geografi Tingkatan 2 dan 3.

12 DAPATAN KAJIAN JENIS DAN POLA PETEMPATAN

1) Kampung Pimping, Membakut. Jenis dan pola petempatan di Kampung Pimping, Membakut ialah berpusat . Pola petempatan kawasan petempatan ini ialah secara berpusat. Terdapat pelbagai jenis bangunan yang boleh didapati di kawasan tersebut.

2) Negara Bandingan : Singapura Jenis dan pola petempatan di egara Singapura ialah berpusat. Kawasan petempatan di egara Singapura lebih padat berbanding kawasan Kampung Pimping. Penduduk di egara Singapura tertumpu ke kawasan pusat egara.

3) Nilai dan egara patriotisme Nilai yang dapat kita ketahu daripada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnya bersyukur kepada egara Malaysia kerana egara kita mempunya tanah pamah yang rata yang mencukupi untuk dijadikan tempat tinggal kita.

13 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

1) Kampung Pimping, Membakut

KEGIATAN EKONOMI

BENTUK MUKA BUMI

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN PETEMPATA

DASAR KERAJAAN



Bentuk muka bumi

Kawasan petempatan di sini mempunyai tanah pamah yang rata. Kawasan ini dahulunya hutan tanah paya sebelum dibangunkan. Faktor ini yang mempengaruhi petempatan di Kampung Pimping, Membakut.



Kegiatan Ekonomi

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Kampung Pimping, Membakut. Antara kegiatan ekonomi tersebut ialah perniagaan, pertanian, perikanan dan perkhidmatan. Kegiatan ekonomi ini memberikan keuntungan yang lumayan kepada penduduk kawasan ini. 14 •

Dasar kerajaan

Dasar kerajaan juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajan di sini. Contoh kemudahan yang disediakan ialah sekolah rendah, sekolah menengah, perpustakaan desa, klinik desa dan balai raya yang dapat digunakan bagi memudahkan penduduk kampung membuat acara majlis.

2) Negara Bandingan : Singapura

DASAR KERAJAAN

BENTUK MUKA BUMI

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

KEGIATAN EKONOMI

15 •

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi negara Singapura ialah tanah pamah yang rata. Kedudukannya ialah di bahagian selatan negara Malaysia.



Kegiatan ekonomi

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di negara Singapura. Contoh kegiatan ekonomi di Singapura ialah perniagaan, perkilangan, perkhidmatan, perikanan serta kegiatan pelancongan yang menguntungkan ekonomi Singapura.



Dasar kerajaan

Oleh kerana saiz negara Singapura kecil, kawasan petempatan sangat padat. Kerajaan mereka terpaksa menghadkan bilangan rumah-rumah yang dibina dan kawasan tanah tidak mencukupi untuk membina lebih banyak rumah untuk penduduk-penduduk Singapura.

Nilai dan unsur patriotisme Kita telah mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan antara kawasan petempatan kita dengan Singapura. Kita seharusnya berbangga kepada negara kita kerana mempunyai dasar kerajaan yang baik dan terancang demi masa depan kita.

16

FUNGSI PETEMPATAN

1) Kampung Pimping, Membakut

Fungsi di kawasan petempatan ini ialah sebagai pusat pendidikan dan pertanian. Terdapat banyak tempat pendidikan dan pertanian yang telah disediakan oleh kerajaan untuk penduduk menjalankan kegiatan pendidikan dan pegawai daerah menyediakan kegiatan pertanian untuk penduduk kampung menjalankan kegiatan sendiri.

2) Negara Bandingan : Singapura Negara Singapura berfungsi sebagai pusat pelabuhan antarabangsa. Kedudukan negara ini yang strategik menjadikan negara Singapura negara pelabuhan yang terkenal di rantau ini. Selain itu, negara Singapura juga mengimport banyak barangan ke luar negara untuk kepentingan ekonomi sendiri.

Nilai dan unsur patriotisme Kita patut berterima kasih kepada negara kita kerana mempunyai fungsi petempatan yang berkaliber tinggi untuk kepentingan ekonomi di negara kita. Kita seharusnya bekerjasama antara satu sama lain supaya petempatan di negara kita dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

17 MASALAH PETEMPATAN 1) Kampung Pimping, Membakut

KEKURANGAN INFRASTRUKTUR PENCEMARAN

MASALAH PETEMPATAN

18 •

KEKURANGAN INFRASTRUKTUR

Terdapat pelbagai masalah petempatan di kawasan ini. Antara masalah petempatan tersebut ialah kekurangan infrastruktur dan pencemaran. Masalah kekurangan infrastruktur berlaku kerana hanya segelintir tempat sahaja yang mempunyai

kemudahan ini. Contoh kemudahan infrastruktur yang kurang ialah telefon awam.. Masalah ini telah berlaku sejak beberapa tahun.



PENCEMARAN

Masalah pencemaran pula terjadi akibat dari pembuangan sampah sarap di kawasan sungai yang terdapat di sekitar kawasan petempatan ini. KEKURANGAN TEMPAT TINGGAL

2) Negara Bandingan : Singapura

KESESAKAN LALULINTAS

MASALAH PETEMPATAN

19



KESESAKAN LALULINTAS

Singapura juga mempunyai masalah petempatannya yang tersendiri. Kesesakan lalulintas berlaku akibat saiz jalan yang kecil.



KEKURANGAN TEMPAT TINGGAL

Kekurangan tempat tinggal berlaku akibat kekurangan tapak tanah untuk membina bangunan yang baru. Keadaan ini juga berlaku disebabkan kepadatan penduduk Singapura.

LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN

1) Kampung Pimping, Membakut •

KEKURANGAN KEMUDAHAN INFRASTUKTUR

Bagi masalah kekurangan kemudahan infrastruktur, pihak syarikat sepatutnya menambahkan lagi kemudahan ini. Mereka harus membina kemudahan ini di kawasan perumahan yang belum mempunyai apa-apa kemudahan infrastruktur ini.



PENCEMARAN

Langkah yang boleh digunakan ialah dengan cara mengitar semula dan menyediakan tapak pelupusan. Langkah ini dapat membantu pencemaran dan sekaligus dapat mengekalkan alam sekitar di sekeliling Kampung, Pimping dan alam sekitar itu tidak terjejas.

20 2) Negara Bandingan : Singapura •

KESESAKAN LALULINTAS

Bagi negara Singapura, terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah petempatan ini. Masalah kesesakan lalulintas seperti sudah menjadi kebiasaan di Singapura, tetapi keadaan ini harus dielakkan. Langkah yang boleh digunakan ialah melebarkan jalan raya dan membina jalan bertingkat.



KEKURANGAN TEMPAT TINGGAL

Bagi masalah kekurangan tempat tinggal, kita tidak dapat membantu sepenuhnya untuk menambahkan bilangan tempat tinggal tersebut. Jadi sebagai langkah menjimatkan kawasan tapak tanah, pihak kerajan seharusnya membina rumah kos rendah seperti rumah teres, pangsapuri dan kondominium.



Nilai dan unsur patriotisme

Kita seharusya lebih banyak mempraktikkan nilai-nilai kesedaran dalam diri individu sendiri supaya tidak akan mencacatkan imej Negara. Selain itu, kita harus bekerjasama antara satu sama yang lain untuk membangun Negara dan sentiasa bantu membantu untuk mengelakkan pelbagai masalah melanda.

21

RUMUSAN Kampung Pimping, Membakut mempunyai keistimewaannya sendiri. Jenis pola petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan serta masalah petempatan sentiasa menjadi elemen sesebuah petempatan. Penduduk di kawasan ini seharusnya bekerjasama untuk membangunkan petempatan ini supaya menjadi maju. Sikap para penduduk yang sentiasa menegur sapa para jiran telah menjadi satu keutamaan supaya penduduk dapat hidup aman dan damai serta sejahtera.

Tugasan kerja kursus ini dapat memberi pengetahuan kepada saya tentang pola petempatan yang terdapat di Kampung Pimping, Membakut dan Singapura, pelbagai masalah yang melanda dan dapat memikirkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Pada pendapat saya, tugasan kerja kursus ini dapat membantu pelajar untuk mengetahui cara-cara membuat satu kajian. Hasil daripada tugasan ini, pelajar dapat menilai tahap pengetahuan tentang kawasan yang dikaji. Selain itu, ia dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam diri sendiri ketika melaksanakan kajian ini. Ini kerana, kajian ini memerlukan banyak kesabaran, kegigihan, kesungguhan dan usaha yang tidak pernah putus untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna dan jayanya. Kita patut berterima kasih kepada negara kita kerana mempunyai fungsi petempatan yang berkaliber tinggi untuk kepentingan ekonomi di negara kita. Kita seharusnya bekerjasama antara satu sama lain supaya petempatan di negara kita dapat berfungsi dengan baik dan berkesan. Nilai yang dapat kita ketahu daripada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnya bersyukurkepada negara Malaysia kerana negara kita mempunya tanah pamah yang rata yang mencukupi untuk dijadikan tempat tinggal kita. 22 LAMPIRAN SURAT PENGENALAN DIRI

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Tuan,

Kerja Kursus Geografi (KKG)

Saya Noor Hafizah Arshad . No Kad Pengenalan 940429-12-6600 adalah pelajar Tingkatan 3 Al - Farabie di Sekolah Menengah Agama Limauan Kimanis, Papar. Saya sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi matapelajaran Geografi . 2. Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(Noor Hafizah Arshad) Pelajar 3 Al – Farabie Sekolah Menengah Agama Limauan Kimanis, Papar.

23

24

25

26

27 RUJUKAN

1) BUKU TEKS : - Buku Teks Geografi Tingkatan 3 - Khaw Ah Seng,Habibah Hj. Lateh,Tan Koh Lim,2004 - PTS Publication & Distriburators Sdn. Bhd. Bentong,Pahang.

2) BUKU RUJUKAN ILMIYAH : - Buku Total Pro PMR Geografi - Choi Mui Sen,2007 - Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya,Selangor.

3) ATLAS : - Atlas Eksplorasi Geografi - Goh Chang Leong,2001

- Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam,Selangor

4)INTERNET :

http://nona.net/features/map/placedetail.1974533/Membakut/ http://pimpingsosietyrevelation.blogspot. http://www.malaysiamap.org/map-searchdetail6230.html?mapID=46357ed3118f960c7aa50d499fd828f2 http://www.bbc.co.uk/indonesian/news/story/2003/11/031104_singapur.shtml

28

Related Documents