Kajian Menunjukkan 30 Peratus Murid Sekolah Rendah Tidak Mengambil Sarapan Pagi Dengan Alasan Utamanya Kekajian Sarapan Pagi4i

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Menunjukkan 30 Peratus Murid Sekolah Rendah Tidak Mengambil Sarapan Pagi Dengan Alasan Utamanya Kekajian Sarapan Pagi4i as PDF for free.

More details

  • Words: 490
  • Pages: 3
Kajian menunjukkan 30 peratus murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan pagi dengan alasan utamanya kesuntukan masa dan kurang selera makan pada waktu pagi. Mereka yang tidak bersarapan akan berasa lemah dan tidak bermaya terutama sekali menjelang lewat pagi. Ini disebabkan kadar kandungan gula dalam darah menjadi terlalu rendah sehingga ia menjejas fungsi otak. Jika ini dibiarkan, ia akan menjejaskan kebolehan kanak-kanak untuk menumpukan pada pelajaran dengan berkesan. Setelah melalui malam yang panjang, kanak-kanak mahupun orang dewasa memerlukan tenaga yang mencukupi untuk menjalani rutin harian mereka. Jadi, sarapan pagi sememangnya tidak boleh diabaikan kerana ia menyediakan khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran dan tenaga bagi memulakan hari. Menurut Pakar Runding Dietetik, Mary Easaw-John, sarapan pagi merupakan hidangan yang tidak boleh diabai oleh kanak-kanak kerana dengan bersarapan, mereka akan mempunyai tenaga yang cukup untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berseronok dengan aktiviti fizikal bersama rakan-rakan. ‘‘Sakit kepala dan perut, mengantuk serta tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran adalah berpunca daripada tabiat tidak mengambil sarapan pada awal pagi.

“Kanak-kanak juga selalu mengadu mereka tidak ada selera dan masa untuk bersarapan pagi. Sebenarnya, dengan pengurusan masa yang baik serta makanan yang ringkas, berkhasiat dan sedap dapat mengatasi masalah tersebut. Perkara yang terbaik ialah:

‘‘Rancanglah dengan lebih awal pada malam sebelumnya seperti bantu anak-anak mengemaskan beg dan menyiapkan beg sekolah mereka supaya tidak terkejar-kejar pada waktu pagi. “Dengan cara ini pasti ibu bapa akan mempunyai banyak masa untuk bersarapan dengan anak-anak. Inilah salah satu panduan praktikal kepada ibu bapa yang mahukan permulaan terbaik untuk anak-anak mereka pada setiap hari,’’ jelas Mary. Katanya, ibu bapa juga tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan sarapan pagi bagi anak sekiranya tahu apa yang mereka inginkan. Sebagai contoh, secawan air Milo dengan roti merupakan salah satu sarapan pagi yang berkhasiat dan mudah. ‘‘Mereka juga boleh menyediakan menu sarapan pagi untuk seminggu dengan bertanya kepada anak sebelum mereka masuk tidur. Secara tidak langsung ini dapat menjimatkan masa dan mengawal corak pemakanan mereka sewaktu sarapan pagi,’’ ujarnya. Pelbagaikan menu sarapan dari semasa ke semasa kerana ia boleh membantu untuk membina kemahiran pemakanan yang bijak dan penyediaan hidangan yang sihat. Dengan menyediakan sarapan pagi yang menyeronokkan boleh meningkatkan selera anak untuk bersarapan. ‘‘Libatkan anak-anak semasa menyediakan sarapan pagi seperti membenarkan mereka memilih menu kegemaran atau menyediakan meja dan dengan pinggan dan cawan kegemaran mereka,” katanya. Beliau juga berpendapat, cara yang paling baik untuk mendidik anakanak ialah dengan memberi contoh yang baik. Ini bermakna, ibu bapa juga perlu bersarapan pagi, jika mahu anak-anak berbuat perkara yang sama. Menurut Mary, badan yang sihat memerlukan pemakanan yang sempurna. Untuk badan kanak-kanak membesar secara sihat, ibu bapa mesti menyediakan anak-anak dengan pemakanan seimbang yang betul dan cukup protein, lemak asas, karbohidrat, vitamin dan mineral. Kadang-kadang kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran kerana warna dan rasanya yang pahit. Jadi, untuk menggalakkan mereka makan sarapan pagi yang berkhasiat, ambil hidangan yang sama

bersamanya. Ini kerana, apabila mereka melihat ibu bapa menikmati hidangan tersebut, mereka akan lebih teruja untuk mencubanya. Aktif

Related Documents