KAJIAN IMPAK E-MASYARAKAT TERHADAP PEMBANGUNAN E-LITERASI DALAM PEMBANGUNAN BELIA LUAR BANDAR IPPBM-KBS/1/0016-5 Prof Madya Dr. Hazita Azman, Prof. Madya Dr. SIti Hamin Stapa, Dr. Jamilah Mustafa, Dr. Tengku Norizan Tengku Maasum, Dr. Zaini Amir, Kalthum Ibrahim, Noraza Zabidi, Norwati Md. Yusof
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji impak Pusat-Pusat e-Komuniti sebagai wahana pembangunan dan pembudayaan e-literasi dan ICT di kalangan belia di kawasan luar bandar. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk: 1. mengenalpasti tahap kesedaran ICT dalam kalangan belia di kawasan luar Bandar yang mempunyai Pusat e-Komuniti, 2. mengenalpasti tahap penggunaan dan amalan e-literasi ICT dalam kalangan belia luar Bandar yang mempunyai Pusat e-Komuniti, 3. menilai kecukupan dan kesesuaian modul ICT dan senarai pautan atas talian bagi menggalakkan penggunaan ICT di kalangan belia luar bandar. Kaedah kajian telah gunakan pendekatan tinjauan turut-serta di lokasi kajian, serta instrumen kajian 1. soal selidik, 2. protokol temubual, 3. pemerhatian di lokasi (fieldnotes), 4. analisis dokumen dan artifek e-literasi (manual latihan dan perisian komputer atau paparan website). Dapatan kajian di ukur dan dilaporkan mengikut perimeter definisi konstruk e- literasi yang dikaji dan yang merangkumi terma tahap kesedaran e-literasi, tahap penggunaan dan amalan e-literasi.
Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa impak pusat e-komuniti terhadap pembangunan dan pembudayaan e-literasi dan ICT di kalangan belia
luar bandar adalah agak signifikan
berdasarkan indikator-indikator yang merangkumi keperluan asas, tahap kepekaan, praktis, tahap kecekapan, tahap kesedaran IT, dan amalan IT. Walaubagaimanapun, kajian mendapati pengamatan ICT dan pengamalan e-literasi tidak seimbang dengan tahap kesedaran ICT. Kajian telah mendapati bahwa walaupun kesedaran ICT adalah agak tinggi (M=2.85, SD=0.62), tahap penggunaan ICT adalah sederhana (M=2.35, SD=0.67) sementara tahap amalan e-literasi dalam hidup harian adalah rendah (M=1.99, SD=0.67). Sementara itu diapati bahwa faktor dominasi bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar perisian dan pengisian komputer dan internet yang perlu dikuasai sebagai keperluan asas untuk memanfaatkan penggunaan ICT, manjadi satu dari faktor utama (M=3.21, SD=0.46) tahap penggunaan ICT adalah hanya sederhana. Hasil kajian juga mengesahkan bahawa faktor tahap kepekaan, tahap kecepakan, tahap kesedaran dan kadar praktis boleh dijadikan indikator meramalkan amalan E-literasi kerana terdapat korleasi yang tinggi antara pemboleh ubah tersebut.