Kajian Terhadap Perlaksanaan Program Local Agenda 21

  • Uploaded by: Bima Buwana
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Terhadap Perlaksanaan Program Local Agenda 21 as PDF for free.

More details

  • Words: 21,539
  • Pages: 137
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ‹ JUDUL:

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN :2005/2006

Saya

DEWI ADHARINA BT MOHD YUNUS (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan (9)

9

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: DH 988 Taman Bunga Jalan Sawah 81500 Pekan Nanas Johor Darul Takzim Tarikh : 8hb MEI 2006 CATATAN: * ** ‹

DR. ASIAH OTHMAN Nama Penyelia

Tarikh : _________________

Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirankan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

2

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan Saya/kami *karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah”

Tandatangan

:

Penyelia Projek

: Dr. Asiah Othman

Tarikh

:

3 KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

DEWI ADHARINA BT MOHD YUNUS

Laporan Projek ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2006

4

“saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : Nama Penulis : Dewi Adharina Bt Mohd Yunus Tarikh

:

5

DEDIKASI

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t di atas segala kesenangan yang Kau berikan, permudahkanlah urusan ku di dunia dan berilah aku petunjuk untuk menuju ke Ahirat Khas Buat Hj Mohd Yunus b Wisti dan Rosnah Bt Mohd Amin

Terima kasih kerana menjadi ibu dan ayah yang terbaik buatku

Abg Nazir, Kak Lin, Rin, Fatin, Hakim & Nazrul

Jadikan ilmu teman sejati dan terus berjuang untuk keluarga, bangsa dan negara

Mohd Azman b Mohd Aini

Semoga kebahagiaan dan kesenangan milik kita bersama

Arwah Hendri Milhan Al-Hielmi b Ismail

Moga rohmu dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang yang beriman

Nur Sabrina bt Sa’ad

Terima kasih kerana menjadi sahabatku

6

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka penulisan Projek Sarjana dapatlah disempurnakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Di sini penulis ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek, Dr Asiah Othman di atas bimbingan, tunjuk ajar, nasihat, galakan serta semangat daripada beliau di sepanjang tempoh penghasilan projek ini. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Asri B Haji Amat Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda MBJB, Puan Hajah Khatijah Bt Salam dan semua penduduk Kampung Melayu yang telah bersama-sama membantu dalam memberikan maklumat dan soal selidik yang dijalankan. Ribuan terima kasih juga buat rakan-rakan di Pejabat Tanah dan Galian Johor kerana banyak membantu, sentiasa memahami dan sentiasa memberi sokongan. Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan MGN 2004/2005, semua pensyarah Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Staff Pusat Sumber LADS dan FAB serta kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

Wassalam

7 ABSTRAK

Local Agenda 21 diperkenalkan hasil daripada persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro. LA21 adalah program ke arah pembangunan mampan yang mana program tersebut menekankan peranan PBT serta penglibatan masyarakat. Dalam merealisasikan hasrat LA21, PBT perlulah memainkan peranan yang penting. Ini kerana PBT merupakan pihak yang terlibat terus dalam perlaksanaan pembangunan mampan. Demi mencapai pembangunan mampan PBT juga perlu melibatkan pihak lain seperti penduduk setempat, pihak swasta, NGO dan sebagainya. Penyertaan dan kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan demi menjayakan matlamat LA21. Sejauh manakah kesedaran dan kefahaman penduduk setempat, inilah persoalan utama yang akan dikaji. Dalam kajian ini, soalselidik telah dijalankan ke atas masyarakat Kampung Melayu untuk mengetahui tahap kefahaman dan penglibatan mereka terhadap program LA21. Daripada kajian yang dijalankan, didapati kebanyakan masyarakat setempat tidak memahami tentang program LA21. Walaupun masyarakat tidak memahami tentang LA21, namun ia bukan alasan untuk mereka tidak melibatkan diri dalam program LA21. Ini kerana hampir 70% masyarakat setempat menyertai program LA21 walaupun tahap pemahaman mereka terhadap LA21 agak kurang. Dari soal selidik tersebut juga, masyarakat setempat turut memberi pandangan bagi memantapkan lagi program LA21 di kawasan kediaman. Ini kerana selain daripada penglibatan, pandangan mereka juga dapat membantu menjayakan lagi program LA21.

8 ABSTRACT

Local Agenda 21 was introduced in the Earth Summit Conference held in Rio de Janeiro. LA21 is a programme towards sustainable development and emphasized on the cooperation Local Authority and participation from the public. To realize LA21, cooperation from Local Authority is very important. This is because, Local Authority is direct involved in promotion sustainable development. To achieve the sustainable development, Local Authority must get the involvement from the society, private sector, NGO and others. The cooperation and participation from the society are necessary to achieve LA21’s objective. Based on towards the people, the study truss to know the extend of their knowledge and understand towards LA21. The finding revel that even through the public do not understand about LA21 but the society do get involve in the programme. This is because, almost 70% society at Kampung Melayu involve LA21 programme although their knowledge about LA21 are lacking. From their research, a society have their own opinion to improve a LA21 programme in their village. This is because, beside the participation, their opinion can help for the achievement LA21 programme.

9 KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA

I

II

HALAMAN JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Penyataan Masalah

3

1.3

Matlamat Kajian

4

1.4

Objektif Kajian

5

1.5

Skop Kajian

5

1.6

Kepentingan Kajian

6

1.7

Metodologi Kajian

8

KAJIAN LITERATUR 2.1

Pengenalan

13

2.2

Definisi Pembangunan Mampan

14

2.3

Pembentukan Local Agenda 21 di Peringkat Global dan Tempatan

16

10 2.4

Prinsip-Prinsip LA21

17

2.5

Ciri-Ciri Perlaksanaan Local Agenda 21

18

2.6

Faedah-Faedah dari Perlaksanaan

2.7

Projek Local Agenda 21

19

2.6.1

Sebagai Individu

19

2.6.2

Persatuan atau Syarikat

19

2.6.3

Wakil Kerajaan

20

2.6.4 PBT

20

Perlaksanaan Program Local Agenda 21

21

di Tapak Perintis 2.7.1

2.8

Objektif-Objektif Projek Perintis Local Agenda 21

21

2.7.2

Tapak-Tapak Projek Perintis LA21

22

2.7.3

Sokongan United Nations Development Programme (UNDP)

23

2.7.4

Struktur Organisasi

24

2.7.5

Fungsi Jawatankuasa LA21

25

Perlaksanaan Projek Printis Local Agenda 21 2.8.1

Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Miri

2.8.2

25 26

Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Kuantan

27

2.8.2.1 Pelaksanaan Jawatankuasa Kerja LA 21 Kuantan 2.8.3

2.8.4

27

Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Petaling Jaya

30

2.8.3.1 Kronologi LA21 di Petaling Jaya

31

2.8.3.2 Fungsi Jawatankuasa Kerja

31

Majlis Daerah Kerian

32

2.8.4.1 Local Agenda 21 Kerian

32

2.8.4.2 Aktiviti-Aktiviti LA21 Kerian (2005)33 2.9

Peranan Pihak-pihak Yang Terlibat dalam Menjayakan Program LA21.

37

2.9.1

37

Peranan PBT

11 2.9.2

2.9.3

Peranan Masyarakat

38

2.9.2.1 Ahli Majlis

38

2.9.2.2 Ahli Jawatankuasa Penduduk

39

2.9.2.3 Badan Bukan Kerajaan (NGO)

39

2.9.2.4 Organisasi Masyarakat (CBO)

39

Pihak swasta

40

2.9.3.1 Mengadakan program/ projek usahasama partnership dengan PBT dan masyarakat.

40

2.9.3.2 Melibatkan dalam proses perancangan dan perlaksanaan bersama.

40

2.9.3.3 Membantu PBT dalam melengkapkan 2.9.4 2.10 III

infrastruktur.

40

Agensi Kerajaan Lain

41

Kesimpulan

41

PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MBJB 3.1

Pengenalan

43

3.2

Latar Belakang Pentadbiran MBJB

44

3.3

Kawasan Pentadbiran di Daerah Johor Bahru

45

3.4

Latar belakang Kawasan Kajian

46

3.5

Pembentukan dan Perlaksanaan LA21 di MBJB

47

3.6

Proses Perlaksanaan Local Agenda 21 di MBJB

48

3.7

Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja LA21 di MBJB

3.8

Penyediaan dan Perlaksanaan Pelan Tindakan bagi LA21 MBJB

3.9

54 57

Aktiviti-Aktiviti LA21 Yang Telah Dilaksanakan di MBJB

59

3.9.1

59

Ekonomi dan Pelancongan 3.9.1.1 Pusat Tarikan Pelancongan yang Kondusif 3.9.1.2 Kesedaran Masyarakat dalam

60

12 Pembangunan Ekonomi dan 3.9.2

3.9.3

3.9.4

3.9.5 3.10 IV

Pelancongan Mampan

65

Kebersihan dan Kitar Semula

67

3.9.2.1 Zon Bandar

67

3.9.2.2 Zon Straits View

68

3.9.2.3 Zon Stulang

69

Pembangunan Sosial

70

3.9.3.1 Gejala Ponteng Sekolah

71

3.9.3.2 Vandalisme

72

Pengindahan

73

3.9.4.1 Keindahan Landskap

74

3.9.4.2 Keindahan Pencahayaan

75

3.9.4.3 Keindahan Infrastruktur

75

Kesihatan dan Keselamatan

76

Kesimpulan

77

ANALISIS DAN PENEMUAN 4.1

Pengenalan

78

4.2

Kaedah Analisis

80

4.3

Responden Terlibat

81

4.4

Analisis Pemahaman Masyarakat Terhadap LA21

4.5 4.6

4.7

82

Analisis Penglibatan Masyarakat Terhadap Perlaksanaan Program LA21

84

Analisis Sumbangan Masyarakat Setempat

88

4.6.1

Menjaga Persekitaran

88

4.6.2

Menyertai Aktiviti Setempat

89

4.6.3

Memberi Pandangan dan Idea

90

Analisis Cadangan-Cadangan Masyarakat bagi Pemantapan LA21

90

4.7.1

Kempen Kesedaran

91

4.7.2

Promosi LA21 dari Rumah ke Rumah

92

4.7.3

Pendekatan dari Peringkat Sekolah-Sekolah 92

4.7.4

Keanggotaan dari Masyarakat Setempat

93

13 4.7.5 4.8

Pertandingan Gerai dan Kedai Tercantik

93

Peranan Pihak MBJB dalam Memastikan Penglibatan Masyarakat Terhadap Aktiviti yang Dianjurkan 4.8.1

Mengetuai Segala Program LA21 yang Dirancang

4.8.2

V

94

Membuat Kawalan dan Pengawasan Terhadap Aktiviti Yang Dijalankan

95

4.8.3

Mempromosikan LA21

95

4.8.4

Mencari Penganjur bagi Menampung Pembiayaan Projek LA21

4.9

94

Kesimpulan

96 96

RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1

Pengenalan

98

5.2

Rumusan Kajian

99

5.3

Cadangan Mempromosikan LA21 Secara Meluas

100

5.4

Masalah dan Limitasi Kajian

101

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

102

5.6

Kesimpulan

102

BIBLIOGRAFI

104

LAMPIRAN A LAMPIRAN B

106 112

14

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

2.1

TAJUK

MUKA SURAT

Pelan Tindakan bagi Setiap PBT yang Menyertai Projek Printis

2.2

Perlaksanaan Pelan Tindakan LA21 di Setiap Projek Printis yang Terlibat

3.1

69

Perhubungan di Antara Tahap Pemahaman dengan Faktor-Faktor Lain

4.2

65

Aktiviti-Aktiviti bagi Pelan Tindakan Kebersihan dan Kitar Semula

4.1

36

Aktiviti-Aktiviti bagi Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan

3.2

35

81

Penglibatan dan Kekerapan Masyarakat Setempat dalam Menyertai Aktiviti LA21

83

15

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Carta Aliran Metadologi Kajian

12

2.1

Keseimbangan Pembangunan Mampan

16

2.2

Lokasi Tapak-Tapak Projek Printis

22

2.3

Struktur Organisasi Keseluruhan Projek Printis

24

3.1

Pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru

43

3.2

Lokasi bagi Daerah Johor Bahru

44

3.3

Kawasan Pentadbiran MBJB

45

3.4

Proses Perlaksanaan LA21 di Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi Tahun 2005

3.5

50

Struktur Organisasi bagi Jawatankuasa Kerja Local Agenda 21 MBJB

55

3.6

Penanaman Herba di Sungai Sebulong

60

3.7

Pembinaan Wakaf di Sungai Sebulong

60

3.8

Dewan Raya Kampung Melayu

61

3.9

Dataran Mini Kampung Melayu

61

3.10

Cawangan Perpustakaan Sultan Ismail

4.1

Kampung Melayu

62

Keadaan Kotor di Sungai Sebulong

89

16

SENARAI SINGKATAN

PBT

Pihak Berkuasa Tempatan

LA21

Local Agenda 21

KPKT

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

NGO

Non-Government Organization

CBO

Community Based Organization

MBJB

Majlis Bandaraya Johor Bahru

MPM

Majlis Perbandaran Miri

MPK

Majlis Perbandaran Kuantan

MPPJ

Majlis Perbandaran Petaling Jaya

MDK

Majlis Daerah Kerian

LPS

Lesen Pendudukan Sementara

YB

Yang Berhormat

17

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A

Borang Soal Selidik

B

Keratan Akhbar

18

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan Local Agenda 21 (LA21) bukanlah satu program baru yang dirancang oleh

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di bawah kawasan pentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada 3hb hingga 14hb Jun 1992. Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global manakala angka "21" menandakan abad ke-21.

Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satusatu kawasan. Di dalam persidangan tersebut, 5 dokumen penting telah dihasilkan seperti mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (The Rio Declaration on Environment and Development), Persetujuan Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological

19 Diversity), Rangkakerja Persetujuan mengenai Perubahan Iklim (Framework Convention on Climate Change), Prinsip Hutan (Forest Principle) dan LA21. LA21 adalah merupakan satu program yang melibatkan masyarakat setempat, sektor swasta dan PBT (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya). Kesemuanya bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan. Biar pun LA21 telah lama diperkenalkan dan telah pun mempunyai projek printis tersendiri tetapi ia masih tidak diketahui umum. Berdasarkan kajian penulis, didapati projek printis LA21 telah diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan tahun 1999 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pihak Kementerian mengalu-alukan penglibatan PBT di Malaysia agar menyertai Projek Perintis LA21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat dan kemampuan PBT yang memohon bagi menyertai program LA21 didapati empat PBT telah dipilih untuk dijadikan projek printis LA21 iaitu Majlis Perbandaran Miri, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Daerah Kerian dan Majlis Perbandaran Kuantan. Walaupun telah wujudnya projek printis LA21 dan terdapat beberapa PBT yang menyusuli projek printis tersebut dalam melaksanakan projek LA21 tetapi masih ada segelintir masyarakat yang tidak mengetahui akan kewujudan projek LA21. Menurut Tuan Haji Asri bin Haji Amat selaku Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda, Bahagian Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan Majlis Bandaraya Johor Bahru, masyarakat tidak mengetahui akan kewujudan LA21 adalah disebabkan kurang promosi dari PBT. Melalui keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18hb Oktober 2000, bertajuk PBT digesa Tubuh Unit Pembangunan Mampan, semua PBT digesa supaya menubuhkan unit LA21 atau Unit Pembangunan Mapan masing-masing selewatlewatnya pada 2002 dan menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, penubuhan tersebut perlu dilaksanakan mulai sekarang memandangkan tempoh empat PBT yang menjadi perintis projek berkenaan akan tamat dua tahun dari sekarang iaitu pada 2002 dan ia juga selaras dengan hasrat dan komitmen kerajaan untuk merangka program LA21 di peringkat kerajaan pada 2002.

20 Menurut Datuk Seri Ong Ka Ting, LA21 merupakan satu agenda tempatan yang dirangka khusus bagi membolehkan PBT, masyarakat dan swasta bekerjasama dalam melakukan setiap projek pembangunan. Dengan adanya projek LA21, semua pihak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing dalam apa juga perancangan pembangunan dan antara isu yang boleh ditangani bersama oleh masyarakat, swasta dan PBT ialah masalah pencemaran, pembaziran sumber, kitar semula, kebersihan dan isu sosial. Oleh yang demikian jelaslah bahawa peranan semua pihak amat penting dalam menjayakan projek LA21 ke arah pembangunan mampan. Ini kerana dengan adanya projek tersebut segala isu dapat diselesaikan secara bersama di antara masyarakat, pihak swasta dan pihak kerajaan.

1.2

Penyataan Masalah Projek Printis LA21 sememangnya telah dilaksanakan dan sehingga kini ia

masih dalam proses perlaksanaan. Bagi menjayakan program LA21 yang dilaksanakan, masyarakat setempat perlu memainkan peranan yang penting. Manakala, PBT pula berperanan untuk menarik minat agar masyarakat dan pihak swasta menyertai program LA21. Ini kerana pendekatan asas bagi program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, pendudukpenduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing. Di daerah Johor Bahru perojek LA21 telah dirasmikan pada bulan Oktober 2003. Perlaksanaan program LA21 pula telah dilaksanakan pada bulan september 2005 melalui Pelan Tindakan Kebersihan dan Kitar Semula dan Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan. Bagi projek Ekonomi dan Pelancongan, Sungai Sebulong Kampung Melayu Majidee telah dipilih sebagai projek printis bagi LA21 di peringkat MBJB melalui projek menaiktaraf dan pengindahan Sungai Sebulong Kampung Melayu Majidee. Walaupun program LA21 di Kampung Melayu Majidee ini masih diperingat perlaksanaan, apa yang menjadi persoalan adakah masyarakat Kampung Melayu faham terhadap program LA21 yang dilaksanakan di kawasan mereka? dan bagaimanakah penglibatan mereka dalam

21 program seumpama ini?. Ini kerana program LA21 sememangnya memerlukan komitmen yang lebih dalam penglibatan masyarakat dan seharusnya masyarakat memahami akan program LA21 serta melibatkan diri dalam setiap program yang dijalankan. Kefahaman dan penglibatan masyarakat terhadap program LA21 adalah menyumbang kepada kejayaan program LA21 yang dilaksanakan.

1.3

Matlamat Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat program-program LA21

yang dijalankan di MBJB. Dalam kajian ini juga penulis ingin mengenalpasti manamana program yang telah dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat setempat terhadap LA21 dan meninjau tahap penglibatan masyarakat setempat untuk mengetahui sejauh mana masyarakat setempat menyertai dan menglibatkan diri bagi setiap program yang dilaksanakan. Selain itu penulis juga inigin melihat adakah tahap pemahaman dan pengetahuan masyarakat terhadap LA21 ini mempengaruhi penglibatan mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

1.4

Objektif Kajian Objektif kajian sangat penting dan merupakan intipati utama bagi sesuatu

kajian. Ini kerana objektif kajian adalah yang menentukan tujuan kajian dan memastikan kajian tidak terkeluar daripada tajuk asal kajian. Di bawah terdapat 3 objektif yang telah ditetapkan oleh penulis: (i)

Mengenalpasti sejauh mana tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat Kampung Melayu Majidee terhadap LA21 bagi projek ekonomi dan pelancongan.

22 (ii)

Meninjau penglibatan masyarakat setempat dalam menyertai program ekonomi dan pelancongan LA21 di Kampung Melayu Majidee.

(iii)

Mengkaji peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melaksanakan projek LA21 yang melibatkan orang awam di Kampung Melayu Majidee.

1.5

Skop Kajian Program LA21 sering didengari di setiap Pentadbiran PBT, tetapi di

peringkat masyarakat program ini tidak dikenali secara meluas walaupun projek printis telah dilaksanakan di empat buah PBT yang terpilih. Ini kerana PBT kurang memainkan peranan untuk menarik minat dan seterusnya program tersebut kurang mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Berdasarkan penelitian penulis setakat ini hanya sedikit sahaja kajian yang membincangkan isu berkaitan LA21. Sebagai contoh, Ismail bin Ibrahim (2002) kajian berkaitan pembangunan mampan melalui LA21 dengan menjadikan Majlis Perbandaran Kuantan sebagai kajian kes. Di dalam penulisan tersebut, penulis lebih menekankan isu pembangunan mampan yang telah dilaksanakan melalui program LA21. Selain itu juga terdapat kajian yang membincangkan tentang penilaian perkongsian dan penyertaan komuniti dalam penghasilan pelan tindakan LA21 di Petaling Jaya oleh Mohd Sabri bin Mohd Jamil (2003) dan kajian beliau hanya menekankan tentang penglibatan dan penyertaan komuniti dalam penghasilan pelanpelan tindakan dalam sesuatu perlaksanaan LA21. Berlainan dengan kajian-kajian yang lepas, kajian ini akan membincangkan tentang program LA21 yang berada di bawah bidang kuasa Unit Sosial dan Local Agenda 21 di Bahagian Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan Majlis Bandaraya

23 Johor Bahru. Dalam kajian ini juga penulis juga akan membincangkan Projek Ekonomi dan Perlancongan yang dilaksanakan di Kampung Melayu Majidee.

1.6

Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi pemahaman kepada golongan

seperti berikut: i.

Pihak Berkuasa Tempatan Berdasarkan kepada Bab 28 Agenda 21, PBT merupakan pihak yang

dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pembangunan mampan menerusi LA21. Oleh yang demikian PBT perlu tahu isu berbangkit di kawasan pentadbirannya dan seterusnya dapat menarik minat masyarakat setempat dan pihak swasta bersama-sama menangani segala isu dan permasalahan seperti masalah kesihatan dan sosial di kawasan tersebut. Hasil daripada kajian ini dapat menunjukkan sama ada peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh PBT mampu mencapai objektif pembangunan mampan bertepatan dengan kehendak semasa masyarakat setempat. ii.

Pihak Swasta Pihak swasta adalah merupakan pihak yang berperanan untuk

mengadakan program/projek usahasama (partnership) dengan PBT dan masyarakat selain membantu PBT dalam melengkapkan insfrastruktur untuk pembangunan tersebut. Ini kerana sebarang keputusan yang melibatkan perancangan akan melibatkan pihak swasta. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pihak swasta untuk bekerjasama dengan PBT bagi menjadikan kawasan pentadbiran PBT menjadi kawasan pembangunan mampan.

24 iii.

Masyarakat Setempat Penyertaan masyarakat setempat amat penting dalam merealisasikan

pembangunan mampan sejajar dengan kehendak Agenda 21. Ini kerana masyarakat setempat merupakan komuniti besar yang dapat membantu PBT dalam mengurus dan merancang pembangunan ke arah yang lebih selamat dan selesa. Dengan adanya kajian ini diharapkan ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap tanggungjawab mereka untuk bersama-sama dalam merancang pembangunan mampan disamping pelan tindakan bersama-sama PBT dan pihak swasta agar kesepakatan dapat dicapai. iv.

Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Masyarakat Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Masyarakat diwujudkan untuk

merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Sumbangan mereka terhadap masyarakat amat besar kerana ia memberi jaminan kesejahteraan kepada masyarakat. Walaupun kajian ini lebih menekankan peranan PBT dan masyarakat tetapi sedikit sebanyak ia dapat memberi semangat kepada Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Masyarakat agar lebih giat membantu menjadikan kawasan pentadbiran MBJB lebih sejahtera dalam persekitaran bandaraya.

1.7

Metodologi Kajian Kajian ini merupakan satu kajian diskriptif yang lebih menekankan kepada

penghuraian bagi menjelaskan tentang satu-satu isu permasalahan berhubung dengan perlaksanaan LA21 di salah satu PBT. Dengan menjadikan Kampung Melayu Majidee yang berada di bawah pentadbiran MBJB sebagai kajian kes, pengkaji akan meneliti dengan lebih terperinci tentang perlaksanaan program LA21 dan penglibatan penduduk setempat. Hasil daripada temubual dengan pihak-pihak yang berpengetahuan luas terhadap perlaksanaan projek LA21 akan dibincangkan secara kualitatif manakala bagi soal selidik pula akan dianalisis secara kuantitatif.

25

Dalam menjalankan kajian ini, kerja-kerja yang dijalankan dibahagikan kepada lima peringkat utama dan setiap peringkat tersebut mewakili setiap bab iaitu:1.

Peringkat Kajian Awalan (Bab I)

2.

Peringkat Kajian Literatur (Bab II)

3.

Peringkat Pengumpulan Data dan Kajian Kes (Bab III)

4.

Peringkat Analisis Data (Bab IV)

5.

Peringkat Rumusan Dan Cadangan (Bab V)

Peringkat Kajian Awalan ( Peringkat I) Peringkat ini bertujuan untuk mengenalpasti isu dan permasalahan serta pembentukan objektif yang dapat mengatasi permasalahan tersebut. Pendekatan yang dijalankan adalah dengan mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan LA21 melalui pengumpulan bahan bercetak seperti kertaskertas seminar, perangkaan serta laporan-laporan sedia ada serta melalui media elektronik seperti laman-laman web yang berkaitan.

Peringkat Kajian Literatur (Peringkat II) Peringkat ini merupakan kajian literatur untuk memahami pembangunan mampan dan LA21. Selain itu juga ia memberi pemahaman terhadap objektif pembentukan Local Agenda itu sendiri sama ada di peringkat global mahupun tempatan. Seterusnya mengenalpasti peranan-peranan pihak yang terlibat dalam menjayakan projek LA21 ini seperti peranan pihak kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi masyarakat (CBO) serta peranan masyarakat setempat. Selaras dengan matlamat kajian, kajian literatur ini turut menjelaskan tentang ciri-ciri dan proses perlaksanaan LA21 di peingkat projek printis.

26 Bagi melengkapkan kajian ini, maka kajian akan dibuat melalui sumber skunder umpamanya kertas seminar, buku-buku rujukan, akhbar-akhbar tempatan, laporan projek sarjana serta sarjana muda, laman-laman web di internet berkenaan LA21 dan sumber penulisan yang lain. Kajian ini juga dapat membantu penulis dalam pengumpulan data-data dan penyediaan soal selidik.

Peringkat Pengumpulan Data dan Kajian Kes (Peringkat III) Di peringkat pengumpulan data dan kajian kes, sumber maklumat adalah dikumpul secara data primer dan data skunder.

(i)

Data Sekunder Data ini diperolehi melalui pembacaan media cetak seperti kertas seminar,

buku-buku rujukan, akhbar-akhbar tempatan serta laman-laman web di internet berkenaan LA21. Di samping itu, maklumat sekunder juga diperolehi melalui laporan-laporan yang dikeluarkan sendiri oleh MBJB terutama yang berkaitan dengan program LA21.

(ii)

Data Primer Data Primer diperolehi melalui kaedah-kaedah berikut:-

a.

Perbincangan secara temubual dengan agensi-agensi yang terlibat dalam organisasi LA21. Temubual dijalankan secara ‘face to face’ dengan Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda yang terlibat dalam program LA21 di MBJB bagi mendapatkan gambaran mengenai organisasi di dalam pelan tindakan serta aktiviti-aktiviti LA21 yang dilaksanakan diperingkat MBJB.

27 Seterusnya, temubual turut dijalankan dengan wakil-wakil daripada organisasi LA21 bagi memperolehi tahap penyertaan awam serta pemahaman mereka terhadap peranan dan kepentingan mereka menyertai program LA21. b.

Kajian soal selidik turut dijalankan ke atas masyarakat setempat menggunakan borang soalselidik sebagaimana di Lampiran A. Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran umum daripada masyarakat setempat serta mencungkil segala permasalahan yang melibatkan alam sekitar dan ekonomi masyarakat setempat yang mana permasalahan tersebut merangkumi masalah pembangunan mampan. Dari kedua-dua data dan maklumat yang akan diperolehi, maka ia dapat

mengambarkan keadaan sebenar perlaksanaan projek LA21 di peringkat MBJB pada masa kini. Seterusnya dapatlah mengenalpasti sejauh mana peranan PBT dalam melaksanakan projek LA21, terutama dalam menarik minat orang awam serta NGO untuk menyertai projek LA21. Soal selidik dijalankan ke atas beberapa responden yang terdiri masyarakat setempat Kampung Melayu Majidee.

Peringkat Analisis Data (Peringkat IV) Data hasil daripada temubual dengan pegawai MBJB, ia akan dianalisis secara kualitatif. Maka output dijangka lebih kepada perspektif tindakan pihak berkuasa dalam memainkan peranan untuk melaksanakan projek LA21. Daripada analisis di atas, akan didapati sama ada peranan PBT ini dapat menarik perhatian pihak swasta dan masyarakat setempat untuk bekerjasama dalam menjayakan LA21 ini atau sebaliknya.

28

Peringkat Rumusan Dan Cadangan (Peringkat V) Setelah mendapat keputusan daripada analisis yang dijalankan, maka syorsyor dan cadangan akan dikemukakan bagi mengatasi segala permasalahan yang timbul. Cadangan-cadangan yang diberikan adalah lebih kepada bagaimana cara terbaik pihak MBJB dalam menarik minat pihak swasta dan orang awam bagi menjayakan projek LA21.

12 Penerimaan Projek Dan Penentuan Tajuk

Penentuan Isu/Masalah

Pembentukan Objektif: Mengkaji sejauh mana peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melaksanakan projek Local Agenda 21 yang melibatkan orang awam. Mengenalpasti sejauh mana tahap pemahaman masyarakat terhadap Local Agenda 21. Meninjau penglibatan masyarakat setempat dalam menyertai rancangan Local Agenda 21 di kawasan tempat tinggal mereka. PERINGKAT I KAJIAN LITERATUR

Pembentukan Local Agenda 21 Di Peringkat Global Dan Tempatan

Faedah-Faedah Dari Perlaksanaan Projek Local Agenda 21 Ini.

Peranan Pihak PBT Dalam Menarik Minat Orang Awam Dan Pihak Swasta Menyertai Program Local PERINGKAT II

Pengumpulan Maklumat dan Kajian Lapangan

Sumber primer: □ Temubual Pihak Berkuasa serta orang yang berpengetahuan luas dalam bidang projek Local Agenda 21. □ Pengamatan projek yang telah dilaksanakan hasil daripada kerjasama pelbagai pihak.

Sumber Skunder: □ Buku Rujukan □ Majalah, Laporan □ Kertas Seminar □ Keratan Akhbar □ Internet PERINGKAT III

Analisis Dan Penemuan: □ Kaedah analisis □ Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menjayakan program Local Agenda 21, □ Penglibatan daripada semua pihak bagi melaksanakan setiap program yang telah dirancang bersama. PERINGKAT IV Cadangan/kesimpulan PERINGKAT V

Rajah 1.1: Carta Aliran Metadologi Kajian

29

BAB II

LOCAL AGENDA 21 DAN PERLAKSANAANNYA

2.6 Pengenalan Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan. Dalam bab 28 Agenda 21 adalah bertajuk "Usaha PBT Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masingmasing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan (Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan). Ini kerana banyak daripada masalah dan penyelesaian yang diutarakan oleh Agenda 21 mempunyai akar umbi dalam aktiviti tempatan. Oleh itu penglibatan dan kerjasama PBT menjadi faktor penentu dalam memenuhi pencapaian objektif. Selain itu juga, PBT berperanan untuk membina, memproses dan mewujudkan polisi dan peraturan alam sekitar tempatan dan membantu melaksanakan polisi alam sekitar di peringkat separa kebangsaan dan kebangsaan. Memandangkan PBT adalah peringkat kerajaan yang terdekat dengan orang ramai, maka mereka memainkan peranan yang penting dalam mendidik, mengerakkan dan memaklumkan kepada orang awam untuk menggalakkan pembangunan mampan. Secara ringkas, LA21 ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan PBT bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

30 Pendekatan program LA21 ialah :•

Usahasama antara PBT, masyarakat dan sektor swasta dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan mampan.



Penglibatan dan penyertaan masyarakat.

2.7 Definisi Pembangunan Mampan World Commission On Environmental & Development, 1987 mendefinisi pembangunan mampan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga. Menurut Dahlan (1997), sejak mulanya tamadun manusia perbandaran sering disebut sebagai sumber pelbagai masalah sosial dan kebudayaan serta alam sekitar. Oleh itu, perancangan pembangunan perlulah mengambil kira ketiga-tiga aspek tersebut sebagai satu asas kepada pembangunan. Keadaan ini penting kerana generasi akan datang juga turut merupakan pengguna kepada sumber alam yang ada sekarang ini Nor Mohamed (2003) mendefinisi pembangunan sejagat sebagai satu “pembangunan seimbang di antara fizikal (kebendaan dan luaran), kerohanian (dalaman) dan nilai-nilai murni manusia”. Pembangunan bukan sahaja bermaksud perubahan (dari segi sosio-ekonomi dan peningkatan teknologi) dan pertumbuhan kuantitatif (pembangunan fizikal dan alam sekitar) tetapi juga melibatkan aspek kualitatif dari segi dalaman manusia iaitu kerohanian, moral dan etika individu serta masyarakat. Ini selaras dengan Falsafah Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat yang bersifat menyeluruh, manusia sebagai fokus pembangunan, aktiviti pelbagai dimensi, perubahan kuantitatif dan kualitatif serta penggunaan dan pengagihan sumber dengan saksama. Konsep pembangunan yang berasaskan nilai-nilai murni

31 sejagat perlu dijadikan landasan dalam membentuk prinsip, strategi dan model perancangan dan pembangunan bandaraya dan kawasan petempatan pada masa akan datang. Pembangunan mampan diterapkan untuk mewujudkan keseimbangan di antara pembangunan fizikal dengan pembangunan insan dari segi spiritual dan nilainilai murni sejagat untuk kemajuan negara yang berterusan Merujuk kepada penulisan Mohd Sabri (2003), pembangunan mampan ditafsirkan sebagai pembangunan hari ini yang tidak menjejaskan peluang-peluang pembangunan untuk generasi akan datang yang mewujudkan persekitaran kehidupan berkualiti. Menurut Halimaton Sadiah (1998), pembangunan mampan ialah ke arah persekitaran kehidupan berkualiti hasil daripada pembangunan gunatanah yang dirancang secara harmoni dan bersepadu iaitu yang memberi kepentingan yang sama antara aspek-aspek sosial, ekonomi, alam semulajadi serta nilai-nilai kerohanian dan kehidupan bermasyarakat oleh penduduk setempat dan sejagat. Laporan Brundtland pada tahun 1997 dalam Abu Bakar Abdul Majeed dan Abu Bakar Yang (2000), pembangunan mampan ditakrif sebagai “..development that meets the needs of the present without compromising the ability of future generation to meet their needs..”, daripada takrifan tersebut kualiti pertumbuhan dilihat sebagai sama penting dengan kuantiti pertumbuhan, yang mana manusia boleh meletakkan nilai ke atas alam sekitar fizikal melalui beberapa bentuk pengurusan alam sekitar tertentu. Secara ringkas, pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi masa hadapan. Pembangunan mampan ialah pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar. Rajah 2.1 menunjukkan ketiga-tiga elemen penting bagi pembangunan mampan iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar yang seimbang dapat mewujudkan keharmonian sejagat.

32

Rajah 2.1: Keseimbangan Pembangunan Mampan (Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

2.8 Pembentukan Local Agenda 21 di Peringkat Global dan Tempatan LA21 bukan hanya dijalankan di Malaysia. Mengikut kajian International Council of Local Environmantal Initiatives (ICLEI), terdapat lebih daripada 1,800 PBT dari 64 negara yang terlibat dengan aktiviti LA21 (sehingga hujung tahun 1997) yang ditumpukan di 11 buah negara iaitu Australia, Bolivia, China, Denmark, Finland, Jepun, Netherlands, Norway, Republik. Korea, Sweden dan United Kingdom. Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), negara-negara di rantau Asia-Pasifik yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti LA21 adalah seperti berikut:Tiada kempen kebangsaan:•

India, Indonesia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea, Thailand, Vietnam

33 Dengan kempen kebangsaan: Australia, China, Jepun, Korea, Filipina dan Malaysia



2.9 Prinsip-Prinsip LA21 Beberapa prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai objektif ke arah pembangunan mampan iaitu:1.

Penyertaan Dan Ketelusan Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak

berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program LA21. Maklumat tentang program LA21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan. 2.

Usahasama Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua

pihak berkepentingan di semua peringkat program LA21. 3.

Kebertanggungjawaban Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab

kepada keputusan dan tindakan yang diambil. 4.

Pendekatan Menyeluruh Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar

dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan. 5.

Peka Kepada Keupayaan Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah

mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar.

34 6.

Kesaksamaan Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa

membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili dalam program LA21. 7.

Mementingkan Masa Hadapan Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebih-

lebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21. 8.

Hasil Yang Nyata Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21

dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.

2.10

Ciri-Ciri Perlaksanaan Local Agenda 21 Bagi proses perlaksanaan LA21, PBT perlu menerapkan ciri-ciri seperti

mana dibawah iaitu:i.Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama ii.Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus) iii.Melibatkan masyarakat tempatan iv.Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini v.Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu vi.Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek vii.Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan viii.

Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan

35

2.6

Faedah-Faedah Dari Perlaksanaan Projek Local Agenda 21 Menurut KPKT (2002), perlaksanaan projek LA21 sememangnya

menjanjikan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat. Antara faedah yang bakal diterima adalah:-

2.6.1

Sebagai Individu Sebagai masyarakat setempat dan individu yang terlibat, segala pendapat

yang diberikan akan diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan programprogram untuk meningkatkan kualiti hidup. Ini kerana PBT adalah merupakan pihak yang lebih peka kepada keperluan-keperluan masyarakat setempat. Dengan cara demikian, ia dapat mewujudkan alam sekitar yang lebih selesa, kualiti hidup yang lebih tinggi dan seterusnya dapat meningkatkan rasa bangga, cinta dan bertanggungjawab kepada alam sekitar.

2.6.2

Persatuan Atau Syarikat

Dengan perlaksanaan LA21 maka ia dapat meningkatkan imej pertubuhan atau syarikat sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Syarikat dan persatuan dapat menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama daripada pihak-pihak berkepentingan yang lain. Selain itu ia juga dapat memberi peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan PBT. Ia juga dapat memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling, selain berkhidmat untuk masyarakat.

36

2.6.3

Wakil Kerajaan Faedah yang diterima oleh wakil kerajaan adalah dapat meningkatkan

persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan dan dapat meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua. Dengan penglibatan seseorang wakil kerajaan, maka ia dapat mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan dan kesepakatan.

2.6.4 PBT Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan kerjasama antara PBT, sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan kawasan persekitaran yang lebih teratur dan cekap kerana wujudnya kerjasama antara masyarakat dan PBT. Selain itu, pembangunan bandar juga akan lebih teratur dan peka kepada keperluan tempatan. Disamping itu juga, sokongan dan penglibatan masyarakat akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat, sektor swasta dan MBJB dapat diselaraskan.

37

2.7

Perlaksanaan Program Local Agenda 21 Di Tapak Projek Perintis Projek Perintis LA21 ialah suatu inisiatif yang dilaksanakan oleh KPKT

dengan sokongan United Nations Development Programme (UNDP) dan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU). Misi projek perintis ini adalah untuk melaksanakan proses LA21 di empat buah tapak PBT yang telah dipilih iaitu Majlis Perbandaran Miri, Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Miri. Hasil daripada projek ini akan dijadikan garis panduan untuk diterima pakai oleh PBT yang lain di Malaysia.

2.7.1

Objektif-Objektif Projek Perintis Local Agenda 21 Berdasarkan sumber yang diperolehi dari laman web KPKT, pihak

kementerian telah menetapkan beberapa objektif bagi projek printis. Antara objektif yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:i

Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21

ii

Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama

iii

Merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21

iv

Melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projekprojek pembangunan mampan

v

Mengguna pakai pendekatan ini di PBT-PBT lain.

Program seperti ini haruslah menghasilkan projek-projek fizikal supaya faedah dapat dilihat oleh masyarakat dan PBT. Sebagai contoh, isu-isu yang boleh dijadikan projek fizikal adalah seperti berikut:•

Pencemaran

38

2.7.2



Pembaziran sumber



Kitar semula



Kebersihan



Kesaksamaan sosial



Integrasi sosial

Tapak-Tapak Projek Perintis LA21 Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menjemput semua PBT di Malaysia supaya menyertai Projek Perintis LA21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat dan kemampuan PBT yang memohon, PBT-PBT berikut telah dipilih untuk melaksanakan projek perintis LA21: •

Majlis Perbandaran Miri



Majlis Perbandaran Petaling Jaya



Majlis Daerah Kerian



Majlis Perbandaran Kuantan

Rajah 2.2:Lokasi Tapak-Tapak Projek Perintis Local Agenda 21 (Sumber: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan)

39 Pilihan ini juga mewakili jenis dan lokasi PBT dalam negara, iaitu: •

Majlis Perbandaran Miri bagi PBT-PBT Sabah dan Sarawak



Majlis Perbandaran Petaling Jaya di kawasan tengah Semenanjung dan bagi PBT yang bersaiz besar dan mempunyai isu-isu perbandaran yang agak kompleks



Majlis Daerah Kerian di utara Semenanjung dan bagi PBT-PBT peringkat daerah



Majlis Perbandaran Kuantan di pantai timur Semenanjung dan bagi PBT-PBT yang bersaiz sederhana

2.7.3

Sokongan United Nations Development Programme (UNDP) Projek Perintis LA21 mendapat sokongan daripada pihak UNDP dalam

bentuk:•

Peruntukan untuk kos seminar / bengkel LA21 di PBT-PBT yang dipilih



Peruntukan untuk latihan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder training)



Peruntukan untuk kempen kesedaran peringkat kebangsaan



Peruntukan untuk seminar LA21 peringkat kebangsaan

UNDP juga telah melantik suatu pasukan perunding untuk mengendalikan projek dan menyokong PBT-PBT yang telah dipilih. Pasukan ini terdiri daripada:•

Ketua Perunding Projek (ditempatkan di KPKT) untuk menyelaras keseluruhan projek



Perunding Komunikasi (ditempatkan di KPKT) untuk pendidikan dan kesedaran awam.

40 4 orang Perunding Penghubung Masyarakat (ditempatkan di setiap PBT yang dipilih) untuk menyelaras dan melaksanakan projek di peringkat PBT dan menjadi penghubung antara PBT dengan masyarakat tempatan 2.7.4

Struktur Organisasi Terdapat tiga peringkat bagi Projek Perintis LA21 di Malaysia. Peringkat

utama ialah Jawatankuasa LA21 yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis-majlis Perbandaran dan Daerah. Jawatankuasa ini mendapat sokongan daripada pihak perunding dan dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat, swasta dan kerajaan. Keahlian Jawatankuasa LA21 adalah seperti berikut: •

Yang Dipertua (selaku pengerusi)



Pegawai LA21 PBT (selaku setiausaha)



CBO tempatan



NGO tempatan



Industri dan Perniagaan tempatan



Bahagian-bahagian PBT yang berkenaan



Jabatan Kerajaan lain yang berkenaan



Wakil daripada PBT lain jika berkenaan



Perunding Penghubung Masyarakat



Ketua Perunding dan Perunding Komunikasi (apabila diperlu)

Peringkat kedua Jawatankuasa LA21 melapor kepada Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Peringkat ketiga Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal pula melapor kepada Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

41

Rajah 2.3 : Gambaran Struktur Organisasi Keseluruhan Projek Perintis LA21. (Sumber: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) 2.7.5

Fungsi Jawatankuasa LA21 Jawatankuasa LA21 yang terdiri daripada wakil-wakil masyarakat, swasta

dan kerajaan berfungsi untuk:•

Mengkaji isu-isu tempatan bersama masyarakat



Meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu tempatan



Merumus Pelan Tindakan LA21 bersama masyarakat



Meningkatkan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan



Menetapkan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan



Mengumumkan hasil kerjasama yang diperolehi



Melaksanakan Pelan Tindakan LA21



Memantau petunjuk-petunjuk dan mengambil tindakan yang sewajar apabila perlu (trigger) mempopularkan aktiviti-aktiviti dan perkembangan Pelan Tindakan di kalangan masyarakat tempatan

2.8

Perlaksanaan Projek Printis Local Agenda 21 Setelah pemilihan dibuat dan empat PBT di pilih sebagai projek printis,

maka adalah menjadi tanggungjawab bagi keempat-empat PBT tersebut melaksanakan projek LA21. Perlaksanaan projek LA21 adalah bergantung kepada

42 PBT itu sendiri untuk membentuk pasukan mereka bagi merangka jawatankuasa, pelan tindakan dan seterusnya melaksanakan projek LA21 itu sendiri. Berikut adalah keterangan berkenaan perlaksanaan LA21 bagi keempat-empat buah PBT yang telah dipilih dan sumber bagi projek printis ini adalah diambil daripada laman-laman web berkaitan. 2.8.5

Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Miri Majlis Perbandaran Miri (MPM) adalah di bawah Kementerian Alam Sekitar

dan Kesihatan Awam Sarawak merupakan sebuah badan yang menguruskan pembangunan untuk Perbandaran Miri. Keluasan kawasan pentadbiran MPM ialah seluas 1,000 km persegi. Tugas Utama MPM ialah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan awam dan bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal Perbandaran Miri. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ialah mengutip sampah, menyediakan lampu jalan, menyediakan sistem pembentungan dan perparitan, perkhidmatan pembayaran cukai rumah, pembayaran bil dan lain-lain di bawah bidang kuasanya. Hasil daripada usaha yang dilakukan yang dilakukan oleh MPM, telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan di peringkat kebangsaan melalui lanskap tamannya yang cantik. Perbandaran Miri juga menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang datang dari serata dunia dan seterusnya penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara bagi sektor pelancongan. Unit LA21 di MPM Bertanggungjawab mengendalikan dan memantau perlaksanaan aktiviti LA21 bagi memastikan pembangunan mampan dilaksanakan secara efektif. Aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2005 adalah “Hari Keluarga LA21 Miri” dan ia telah diadakan pada 20 Ogos 2005 bertempat di Taman Bulatan. Ia merupakan acara tahunan dan dianjurkan oleh Unit Pengurusan LA21 bersamasama dengan tiga lagi Kumpulan Kerja LA21. Aktiviti yang akan berlangsung ialah

43 pertandingan memancing, pertandingan mewarna, 3R, Karaoke dan banyak lagi aktiviti yang akan dijalankan.

2.8.6

Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Kuantan Secara rasmi Kuantan dipilih sebagai salah satu tapak projek perintis pada

1hb Jun 2000. Satu taklimat berhubung LA21 telah disampaikan oleh Ketua Perunding LA21 kepada Ahli-ahli Majlis pada 4 Julai 2000. Lanjutan daripada taklimat itu, satu Jawatankuasa Kerja ditubuhkan. Ia dianggotai oleh Setiausaha MPK (Pengerusi), Ketua Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Ketua Bahagian Pentadbiran, Ketua Bahagian Perkhidmatan, Ketua Jabatan Perancang Bandar, Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Ketua Jabatan Kawalan Kebersihan dan Pegawai LA21 (Setiausaha). Kemudiannya Unit Kerja LA21 MPK diwujudkan bagi melancarkan perjalanan program-program yang dilaksanakan. Dalam perjumpaan bulanan dengan Dato' Yang Dipertua diselitkan satu slot yang membincangkan tentang LA21. Program ini diadakan pada setiap Isnin pertama setiap bulan bermula pada bulan Februari 2001 dan memakan masa selama 10 minit untuk satu slot tayangan. Slot bulan Februari telah diisi dengan Pengenalan LA21. Manakala untuk bulan Mac dan April akan diselitkan dengan program-program dan aktiviti-aktviti LA21 di Kuantan serta pembentukan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja LA21. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga Kuantan khususnya kakitangan MPK.

2.8.2.1 Pelaksanaan Jawatankuasa Kerja LA 21 Kuantan Jawatankuasa Kerja LA21 Kuantan yang telah dicadangkan akan bertanggungjawab ke atas beberapa tugas seperti berikut:i.

Melapor perkembangan aktiviti kepada Jawatankuasa LA21 Kuantan

44 ii.

Memudahcara perlaksanaan LA21.

iii.

Meneliti secara mendalam isu-isu keutamaan.

iv.

Membincang dan membuat perundingan mengenai cadangan strategi dan tindakan. Menyediakan draf strategi dan tindakan, dimana cadangan yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan kerja akan disampaikan kepada Jawatankuasa LA21 Kuantan untuk perbincangan lanjut dan mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat.

v.

Mengawas, menilai dan memberi masyarakat tempatan untuk menjalankan program tindakan LA21.

vi.

Merekodkan aktiviti yang dijalankan. Pengerusi bagi Jawatankuasa Kerja LA 21 Kuantan dicadangkan berdasarkan

komitmen dan keupayaan mereka dalam menjayakan Projek Perintis LA21 Kuantan. Di MPK terdapat empat jawatankuasa kerja yang berperanan untuk melaksanakan program LA21 iaitu:i.

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial

ii.

Jawatankuasa Kerja Pemeliharaan Alam Sekitar

iii.

Jawatankuasa Kerja Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

iv.

Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam Dan Pendidikan

i.

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial ditubuhkan bagi mengatasi

masalah-masalah sosial yang melanda golongan remaja masa kini iaitu penagihan dadah, vandalisme, lepak dan gangguan seksual. Masalah ini semakin berleluasa dan kurang diberi perhatian. Isu lain pula adalah seperti pertumbuhan pusat hiburan, keruntuhan institusi keluarga dan sebagainya turut dipertanggungjawabkan oleh Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial. Isu-isu tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin kerana ia penting bagi mencerminkan Kuantan sebuah bandaraya yang baik, aman dan terhindar daripada pelbagai masalah yang mungkin boleh merosakkan imej sesuatu tempat. Apatah lagi golongan

45 remaja merupakan aset paling utama dalam Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial dicadangkan agar diberi tanggungjawab kepada Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib YH. Dato' Dr.Yusof bin Mohd Ali. ii.

Jawatankuasa Kerja Pemeliharaan Alam Sekitar Jawatankuasa Kerja Pemeliharaan Alam Sekitar ditubuhkan bagi

mengatasi masalah yang berlaku pada alam sekitar. Di antaranya sistem pelupusan sampah yang tidak teratur, sistem perparitan, pungutan sampah yang kurang memuaskan, pencemaran sungai dan sebagainya. Jika tidak ada pihak yang mengatasi dan mengambil tindakan masalah ini akan menjadi semakin serius. Oleh yang demikian Jawatankusa Kerja Pemeliharaan Alam Sekitar yang akan dipengerusikan oleh wakil daripada Jabatan Kesihatan Kuantan, Dr. Ardi bin Awang perlu mengatasi masalah ini supaya ia dapat menyelamatkan alam sekitar kita supaya bersih dan selamat di dalam semua aspek. iii.

Jawatankuasa Kerja Infrastruktur dan Kemudahan Awam Jawatankuasa Kerja Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

ditubuhkan bagi mengatasi masalah sistem perhubungan dan pengangkutan yang tidak terancang, laluan motosikal haram dan sebagainya. Kemudahan awam di sekitar bandar Kuantan seperti tandas awam, taman permainan turut dipertanggungjawabkan kepada jawatankuasa ini. Maka dengan adanya nanti Jawatnkuasa Kerja Infrastruktur Dan Kemudahan Awam yang akan dipilih hendaklah masalah ini dapat diatasi dengan menyelaraskan semua sistem supaya teratur dari pelbagai aspek agar pengguna dapat menggunakannya dengan selesa dan terjamin. iv.

Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam dan Pendidikan Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam dan Pendidkan difikirkan perlu

menangani masalah-masalah dengannya. Dari segi pendidikan pula tidak

46 dikhususkan kepada para remaja kerana ianya adalah global dan perlu diambil serius oleh semua tahap dan golongan warga Kuantan. Selain itu latihan dan kursus yang berbentuk perniagaan yang menggunakan barangan semula jadi dan bahan kitar semula perlu diperkenalkan dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, pihak Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam Dan Pendidikan yang akan dipengerusikan oleh wakil Sustainable Development Network, Encik Warner Ong hendaklah bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam menanganinya supaya ia selaras bagi semua tahap atau generasi.

2.8.7

Perlaksanaan LA21 di Majlis Perbandaran Petaling Jaya Petaling Jaya adalah merupakan sebuah bandar baru yang ditubuhkan pada

tahun 1952. Tanah seluas 3,600 ekar telah dikhaskan untuk pembangunan sebuah bandar baru. Apabila Petaling Jaya mula menunjukkan kemajuan mendadak pada tahun 1954 melalui Ordinan No. 36, Petaling Jaya Authority (dan kemudiannya dikenali dengan Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya) telah ditubuhkan dengan tujuan memajukan sebuah bandar satelit. Pada 1hb Januari 1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai 'autonomi kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya. Ia telah dinaiktaraf sebagai Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Pada 1hb Januari 1977, telah dinaiktaraf sekali lagi menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Petaling Jaya kini mempunyai keluasan lebih kurang 97.2 km persegi berkembang sebagai pusat tumpuan pelaburan dan sektor perindustrian serta pendidikan. Kini kawasan perindustrian dan perdagangannya telah melebihi 20%. Petaling Jaya terus membangun dan menyediakan kemudahan kepada lebih 590 industri yang terus beroperasi. Kepesatan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan penduduk yang melebihi 480,000 orang dengan kawasan perumahan melebihi 52%. Kemajuan Perbandaran dan kepesatan sektor ekonominya menjadi

47 simbol kemajuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbirnya adalah Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

2.8.3.1 Kronologi LA 21 di Petaling Jaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memilih MPPJ untuk dijadikan projek perintis bagi Perlaksaan program LA21. Projek LA 21 telah dibangunkan oleh Unit Perancangan Ekonomi dan United Nations Development Programme. Bengkel LA21 telah dilaksanakan pada 1hb dan 2 hb Februari 2000 dan telah disertai dan dihadiri oleh 150 orang peserta termasuklah NGO, Organisasi Masyarakat (CBO), Agensi Kerajaan, Sekolah, Pihak Swasta, dan MPPJ. Peserta bengkel tersebut telah mengenalpasti 3 isu utama di PJ iaitu keselamatan, persekitaran (Alam Sekitar) dan Intergerasi Sosial. Selain itu, bengkel LA21 telah mencipta wawasan bagi LA21 di PJ iaitu “kami komited untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit daripada masyarakat umum untuk mewujudkan persekitaran yang selesa, selamat, harmoni dan perbandaran yang mampan”. MPPJ juga telah melaksanakan seminar LA21 pada 10hb Mei 2000. Pada seminar yang diadakan sebelumnya, peserta dan penduduk setempat telah menghadiri seminar tersebut dengan jayanya dan mereka begitu bersemangat memberi pandangan serta mengutarakan segala permasalahan yang berbangkit. Komuniti LA21 telah ditubuhkan pada Julai 2000 dan dipengerusikan oleh Yang di Pertua MPPJ. Komuniti tersebut mempunyai seramai 37 orang ahli. Komuniti tersebut telah melibatkan NGO, CBO, Agensi Kerajaan, Pihak Swasta dan MPPJ. Pada masa yang sama, logo dan slogan baru bagi LA21 Petaling Jaya dilancarkan iaitu “Ke arah Pembangunan Mampan”. 2.8.3.2 Fungsi Jawatankuasa Kerja

48 Antara fungsi Jawatankuasa kerja di MPPJ adalah:i.

Mengadakan aktiviti seperti berdialog, penyelidikan dan kempen di peringkat tempatan.

ii.

Membangunkan pelan tindakan dan mewujudkan strategi.

iii.

Merancang, mengurus dan melaksanakan projek printis LA21.

iv.

2.8.8

Membuat laporan prestasi bagi komuniti LA21.

Majlis Daerah Kerian

Keluasan Daerah Kerian : 918.83 km persegi Keluasan Kawasan Majlis : 163.66 km persegi Keluasan Kawasan Operasi : 124.90 km persegi Keluasan Kawasan Kawalan : 38.76 km persegi

49 2.8.4.1 Local Agenda 21 Kerian Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan telah melantik MDK sebagai tapak perintis LA21. MDK merupakan satu-satunya model perintis bagi PBT-PBT di peringkat daerah. MDK telah melalui proses LA21 melalui rundingan dan perbincangan antara sektor swasta dan wakil masyarakat. Suatu Pelan Tindakan Sosial dan Alam Sekitar telah diwujudkan (melalui suatu isu dan masalah tempatan yang telah dikenalpasti).

2.8.4.2

Aktiviti-Aktiviti LA21 Kerian (2005) Majlis Daerah Kerian telah melaksanakan aktiviti-aktiviti berdasarkan pelan

tindakan hasil daripada perbincangan bersama pihak-pihak yang terlibat. Berikut adalah aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2005 berdasarkan pecahan daripada pelan tindakan iaitu:i.

Pelan Tindakan Kerian Cares Terdapat dua aktiviti yang dijalankan dalam Pelan Tindakan Kerian

Cares iaitu:a.

Program Masih Ada Yang Sayang - Majlis Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang ke Institut Pengajian Awam

b.

Program Halaman Sihat Masyarakat Sejahtera - Rawatan dan Kesihatan Percuma di Kawasan Luar Bandar

ii.

Pelan Tindakan Kesedaran Awam dan Pendidikan Bagi pelan tindakan kesedaran awam dan pendidikan, aktiviti-aktiviti

yang terlibat adalah:a.

Kembara Ilmu Ke Gunung Jerai Kedah

50 b.

Program Halaman Sihat Masyarakat Sejahtera - Kempen Peningkatan Kesedaran Awam Terhadap Alam Sekitar dan Kesihatan

c.

Pertandingan Melukis dan Mewarna Bertemakan Amalan Gotong-Royong Bawah 7 Tahun

d.

Pertandingan Melukis dan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan Bawah 7 Tahun Ekspedisi Kayak Rakan Muda Perak dan Pulau Pinang

iii.

e.

Program Gaya Hidup Sihat - Bengkel Asas Senaman Aerobik

f.

Projek Warga Perak Utara

Pelan Tindakan Pengindahan dan Kebersihan Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam pelan tindakan pengindahan dan

kebersihan adalah:a.

Aktiviti Gotong-Royong Besar-Besaran Pekan Batu 5, Parit Buntar

b.

Pertandingan Pengumpulan Barang-Barang Terpakai 3R

c.

Aktiviti Gotong-Royong Besar-Besaran Taman Seri Serai, Bagan Serai

iv.

Pelan Tindakan Semangat Muhibbah dan Integrasi Kaum Bagi Pelan Tindakan Semangat Muhibbah Dan Integrasi Kaum,

aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah seperti:a.

Pertandingan Bola Sepak Merdeka Sempena Bulan Kemerdekaan

b.

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Hadiah Local Agenda 21 Kerian Bagi Tahun 2004

51 Berdasarkan penerangan di atas, penulis mendapati ke empat–empat projek printis sememangnya mempunyai terdapat perbezaan daripada segi programprogram yang dilaksanakan walaupun objektif mereka tetap sama iaitu ke arah pembangunan mampan. Jadual 2.1 menunjukkan Pelan Tindakan bagi ke empatempat PBT yang menyertai projek printis. Manakala Jadual 2.2 pula menunjukkan beberapa contoh perlaksanaan pelan tindakan bagi setiap PBT yang terlibat.

2.9

Peranan Pihak-pihak Yang Terlibat Dalam Menjayakan Program LA21. Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek LA21

seperti PBT, Masyarakat Setempat, Ahli Majlis, Pihak Swasta, Badan Bukan Kerajaan, Organisasi Masyarakat, Ahli Jawatankuasa Penduduk dan Agensi Kerajaan Lain. Di bawah, penulis ada menjelaskan beberapa peranan setiap pihak yang terlibat dalam menjayakan program LA21 dan data tersebut diperolehi daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru.

2.9.1

Peranan PBT PBT adalah merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan oleh KPKT

untuk melaksanakan projek LA21. Berikut adalah peranan-peranan PBT dalam melaksanakan projek LA21 iaitu:i Meningkatkan persefahaman, sokongan dan kerjasama dengan masyarakat dan sektor swasta. ii Mempraktikkan urus tadbir yang baik yang bercirikan penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan, kecekapan dan kebertanggungjawaban. iii Mengaturkan program-program kemasyarakatan selaras dengan kehendak kerajaan seperti:i.

Local Agenda 21

52 Perkongsian di antara PBT, masyarakat dan swasta dalam merancang dan bertindak ke arah pembangunan mampan. ii.

Gerak tumpu Program kemasyarakatan untuk untuk mengenalpasti serta

menyelesaikan masalah penduduk berkaitan perkhidmatan yang diberikan oleh PBT. iii.

Aktiviti Sosial Aktiviti kemasyarakat yang telah dirancang dan dilaksanakan

untuk warga kota bagi mewujudkan masyarakat penyayang serta warga yang cerdas, cergas dan berakhlak tinggi. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah sukan, kebudayaan, ceramah-ceramah agama, kesedaran, kesihatan, keselamatan dan lain-lain lagi.

2.9.3

Peranan Masyarakat Bagi menjayakan program LA21 yang dilaksanakan, peranan masyarakat

sememangnya penting. Menurut Tuan Haji Asri b Haji Amat (2005), masyarakat adalah terdiri daripada Ahli Majlis, Ahli Jawatankuasa Penduduk, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Organisasi Masyarakat (CBO). Berikut adalah peranan setiap ahli masyarakat yang wajar dimainkan bagi menjayakan program LA21 yang dilaksanakan iaitu:-

2.9.2.1 Ahli Majlis Ahli Majlis adalah merupakan seorang ahli politik yang mentadbir sesuatu kawasan dan mengetuai sesuatu zon di bawah pentadbiran PBT. Antara tanggungjawab Ahli Majlis adalah:-

53 i.

Mengetuai sesuatu zon kawasan

ii.

Menggerak dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan

iii.

Merancang bentuk pembangunan yang bermanfaat di zon masing-masing.

iv.

Menyampaikan permasalahan perkhidmatan majlis yang dilaporkan oleh jawatankuasa penduduk kepada majlis.

v.

Membuat pemantauan dan penilaian terhadap perkhidmatan majlis dan program kemasyarakatan yang sedang dan telah dilaksanakan.

2.9.2.2 Ahli Jawatankuasa Penduduk Ahli Jawatankuasa Penduduk adalah terdiri daripada wakil penduduk setempat yang berpengalaman dan mampu membantu pihak PBT dalam melaksanakan projek LA21. Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Penduduk adalah seperti berikut:i.

Membantu Ahli Majlis untuk mengerakkan serta melaksana aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

ii.

Mengenalpasti dan menyampaikan permasalahan yang berkaitan dengan perkhidmatan majlis kepada ahli majlis.

iii.

Bekerjasama dengan ahli untuk merancang bentuk pembangunan yang bermanfaat dan bersesuaian di zon masingmasing.

iv.

Memberi penerangan kepada penduduk mengenai peranan mereka untuk menjayakan program-program pembangunan.

v.

Menggalakkan penduduk zon menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak majlis.

vi.

Menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan sebagai panduan dan rujukan untuk program seterusnya.

2.9.2.3 Badan Bukan Kerajaan (NGO)

54 Badan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan pertubuhan yang dibentuk oleh masyarakat untuk kebajikan bersama dan ia mengkhususkan kepada sesuatu bidang. Sebagai contoh, persatuan pencinta alam akan mewakili masyarakat yang cintakan alam dan seterusnya memberikan pandangan kepada agensi kerajaan dalam aspek keindahan alam. Persatuan juga sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh masyarakat, sektor swasta dan agensi kerajaan di samping merancang dan melaksanakan aktiviti persatuan. 2.9.2.5

Organisasi Masyarakat (CBO) Organisasi masyarakat (CBO) diwujudkan oleh agensi kerajaan untuk

merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang telah dikenalpasti oleh jawatankuasa dan juga kerajaan. Rukun tetangga adalah contoh CBO yang dibentuk oleh PBT dan Jabatan Perpaduan yang banyak memberi sumbangan kepada kesejahteraan penduduk setempat terutama dalam aspek kebersihan, pengindahan dan keselamatan.

2.9.3

Pihak swasta Pihak swasta merupakan salah satu pihak yang berkepentingan bagi

menjayakan program LA21 yang dilaksanakan. Berikut adalah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak swasta bagi menjayakan program LA21 yang dilaksanakan iaitu:-

2.9.3.1 Mengadakan program/ projek usahasama ‘partnership’ dengan PBT dan masyarakat. Selain daripada melaksanakan projek-projek usahasama dengan PBT, pihak swasta juga digalakkan untuk merangka program kemasyarakatan. Karnival TV3

55 adalah satu contoh program usahasama di antara TV3 dengan agensi kerajaan yang telah berjaya. 2.9.3.4

Melibatkan dalam proses perancangan dan perlaksanaan bersama. Sektor swasta perlu memberi sumbangan dalam perancangan dan

perlaksanaannya dalam sesuatu PBT. Ini disebabkan sebarang keputusan yang melibatkan perancangan akan melibatkan sektor swasta. ‘Joint consulative comitee’ yang ditubuhkan dijangka dapat dijadikan platform untuk tujuan ini. 2.9.3.5

Membantu PBT dalam melengkapkan infrastruktur. Walaupun PBT ada mengenakan bayaran ISF untuk pembangunan yang

dilaksanakan oleh sektor swasta, bayaran ini tidak mencukupi untuk penyediaan infrastruktur untuk pembangunan tersebut. Oleh itu pihak swasta perlu membantu PBT dalam penyediaan kemudahan awam untuk kegunaan orang ramai.

2.9.4

Agensi Kerajaan Lain Agensi kerajaan lain selain PBT juga diperlukan untuk bersama-sama

mencorakkan pembangunan di sesuatu bandar. Agensi-agensi ini termasuklah Pejabat Daerah, Jabatan Perpaduan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kebudayaan Negeri, Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Majlis Tindakan Perlancongan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lainlain Jabatan yang berkaitan. Sebagai contoh, Pejabat Daerah adalah urusetia kepada Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) yang diketuai oleh ADUN mempunyai program yang tersendiri untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat yang tinggal dalam kawasan mereka. Program yang dilaksanakan akan melibatkan penduduk

56 sesebuah PBT secara tidak langsung kerana PBT adalah termasuk di dalam kawasan sesuatu Dewan Undangan Negeri.

2.10

Kesimpulan Perlaksanaan LA21 di peringkat projek printis telah dijalankan, maka

kerajaan Malaysia kini telah mula mengorak langkah bagi memperluaskan perlaksanaan LA21 di seluruh peringkat PBT di Malaysia. Sekiranya kita lihat daripada kajian penulis, di dapati setiap projek printis menjalankan aktiviti yang berbeza, walaubagaimanapun ia tetap mempunyai objektif atau matlamat yang sama iaitu ke arah pembangunan mampan. Setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan adalah hasil daripada perbincangan, semua pihak yang terlibat iaitu melalui pelan tindakan. Segala isu dan permasalahan akan dibentangkan melalui perbincangan bagi menghasilkan satu pelan tindakan yang lengkap dan jitu serta bertepatan dengan kehendak semasa. Di dalam bab seterusnya, penulis akan mengupas secara terperinci berkenaan perlaksanaan LA21 di kawasan kajian. Penulis telah memilih Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai kawasan kajian kerana ia merupakan antara kawasan pembangunan yang paling aktif di Semananjung Malaysia. Selain itu penulis juga akan menjelaskan tentang beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan oleh MBJB.

57

BAB III

PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

3.1

Pengenalan Di Malaysia, program LA21 telah dilaksanakan sejak tahun 2000 melalui

KPKT dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan UNDP. Fasa I merupakan projek printis di empat Pihak Berkuasa Tempatan dan majlis pelancaran bagi projek printis fasa I telah dilakukan oleh YB Dato’ Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 17hb Oktober 2000 di Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Program Local Agenda Fasa II pula telah dirasmikan oleh YB Dato’ Peter Chin Fah Kui, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 11 Jun 2002 di Kuantan. Program fasa II ini melibatkan seluruh PBT bertaraf Dewan/Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran. Oleh kerana itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak terkecuali dalam melaksanakan program LA21. Di atas tanggungjawab yang diberikan dalam melaksanakan program LA21 ini, maka pihak MBJB telah mewujudkan Unit Sosial & Local Agenda 21, Bahagian Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Kemasyarakatan, MBJB. Dengan adanya unit tersebut, maka segala pergerakan program LA21 dapat dipantau dan diawasi agar program yang dijalankan bertepatan dengan objektif dan wawasan masyarakat bagi LA21 di MBJB.

58 Dalam bab tiga ini, penulis akan menjelaskan salah satu projek yang telah dijalankan di peringkat MBJB iaitu projek ekonomi dan pelancongan di Kampung Melayu.

3.2

Latar Belakang Pentadbiran MBJB

Rajah 3.1: Pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merupakan sebuah PBT yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk Bandaraya Johor Bahru. Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada 1910 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1952, Majlis Perbandaran pada 1 April 1977, diikuti dengan Majlis Bandaraya pada 1hb Januari 1994 setelah Johor Bahru dianugerah taraf bandaraya pada tarikh tersebut. Sebagai organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandaraya Johor Bahru yang merangkumi kawasan seluas 220 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 350,000 orang.

59 3.3

Kawasan Pentadbiran di Daerah Johor Bahru Pentadbiran MBJB adalah berkeluasan 11,949 hektar. Berdasarkan rajah 3.2

di bawah, Daerah Johor Bahru mempunyai 5 pihak berkuasa yang mentadbir dan mengurus kawasan pentadbirannya iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang dan Pejabat Daerah Johor Bahru bagi kawasan yang tidak mempunyai PBT. Kawasan pentadbiran tersebut dipecahkan mengikut lokasi sepertimana rajah 3.2 di bawah.

Rajah 3.2: Pelan Lokasi Bagi Daerah Johor Bahru Rajah 3.3 pula adalah merupakan kawasan pentadbiran MBJB. Kawasan pentadbiran MBJB merangkumi 13 kawasan utama seperti Daerah Sentral, Tasek Utara, Larkin, Tampoi, Kempas, Kangkar Tebrau, Majidee, Pandan, Permas Jaya, Pelangi, Pasir Pelangi, Kawasan Perluasan Utara Barat dan Kawasan Perluasan Timur.

60

Rajah 3.3 : Kawasan Pentadbiran MBJB

3.4

Latar belakang Kawasan Kajian Kampung Melayu Majidee mempunyai keluasan 691.5 ekar dan merupakan

kawasan yang berada di bawah pentadbiran MBJB. Kampung Melayu Majidee telah dipilih sebagai kawasan projek ekonomi dan pelancongan bagi perlaksanaan program LA21. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan lokasi Kampung Melayu Majidee yang terletak berhampiran dengan Pusat Bandaraya Johor Bahru dan Kampung Melayu Majidee juga mempunyai sebuah sungai yang sesuai untuk dijadikan kawasan pelancongan iaitu Sungai Sebulong. Penduduk setempat Kampung Melayu Majidee pula terdiri daripada masyarakat Melayu yang telah menetap lebih dari 10 tahun. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat luar dan warga asing yang menyewa di kawasan Kampung Melayu kerana menurut AJK Penduduk, kadar sewa di Kampung Melayu agak murah berbanding dengan kawasan lain. Di Kampung Melayu Majidee, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh Pihak Berkuasa bagi memberi keselesaan penduduk. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti Sekolah, Masjid, Perpustakaan, Pasar Awam, Dewan Raya dan Stadium Mini.

61 3.5

Pembentukan Dan Perlaksanaan LA21 Di MBJB Pada 2001, Jawatankuasa LA21 telah memilih Persisiran Herba Sungai

Sebulong sebagai projek perintis LA21 peringkat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Bandar pada 18hb Oktober 2003. Projek yang dilaksanakan ialah pengindahan sungai Sebulong sebagai sebuah lokasi riadah yang menarik dan kondusif dengan penanaman beberapa spesis herba. Di samping itu, LA21 juga dilaksanakan di semua zon MBJB melalui aktivitiaktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, senaman pagi, forum perdana, ceramah pendidikan, dialog dengan pemimpin, pertandingan melukis, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain. Seterusnya, Mesyuarat Eksekutif MBJB bagi bulan Januari 2003 telah melantik Pengarah Kemasyarakatan sebagai Pegawai LA21 MBJB yang bertanggungjawab bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti-aktiviti harian LA21 di peringkat organisasi. Serentak dengan itu juga, Ahli-ahli Majlis, ketuaketua jabatan dan bahagian serta angota-angota sokongan telah didedahkan dengan LA21 menerusi seminar, taklimat dan bengkel LA21 secara dalaman dan luaran termasuk lawatan penandarasan ke projek perintis LA21 di negara ini. Maklumat-maklumat LA21 telah disebarkan kepada orang ramai melalui risalah-risalah bercetak, media dan pameran. Ahli-ahli Majlis yang juga pengerusipengerusi zon turut diberi penjelasan, taklimat dan kursus LA21 dari semasa ke semasa supaya matlamat, falsafah dan aktiviti-aktiviti LA21 sampai ke akar umbi. Pada 1 Mac 2005, MBJB adalah di antara 16 PBT di negara ini yang sedang melaksanakan LA21 fasa Ke-2, mengikut sebagaimana garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPKT. Pada masa ini, Urusetia LA21 diletakkan di bawah Unit Sosial dan Local Agenda 21, Bahagian Sosial, Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Kemasyarakatan, MBJB dan ia diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir N41 Tuan Haji Asri bin Haji Amat, seorang Penolong Pegawai Tadbir N27, dua orang Pembantu Tadbir N17 dan dua orang Pembantu Rendah Awam.

62 3.6

Proses Perlaksanaan Local Agenda 21 Di MBJB Di MBJB, langkah awal bagi proses perlaksanaan LA21 adalah dengan

penubuhan Jawatankuasa Induk LA21. Ini kerana Jawatankuasa Induk LA21 merupakan wadah paling penting bagi penyertaan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam LA21 di samping menyelia, memantau dan memberikan bimbingan serta pandangan keseluruhan perlaksanaan proses LA21 ke arah mencapai Wawasan Masyarakat Johor Bahru. Menurut Tuan Haji Asri B Haji Amat, Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda MBJB, Jawatankuasa ini juga mengkaji semula pendapat, cadangan dan draf pelan tindakan serta perlaksanaan LA21 di peringkat MBJB. Ia diwujudkan pada tahun 2004 di mana mesyuarat pertama telah diadakan pada 30hb April 2004 diikuti mesyuarat kedua pada 4 Mac 2005, ketiga pada 11hb Julai 2005 dan keempat pada Disember 2005 (sekurang-kurangnya 3 kali setahun). Keahliannya terdiri daripada Yang Berhormat Datuk Bandar sebagai Pengerusi, Pegawai LA21 sebagai Setiausaha, persatuan-persatuan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, swasta, industri dan perniagaan tempatan serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan. Mesyuarat pertama yang telah diadakan pada 4hb Mac 2005 adalah untuk membincangkan perlaksanaan LA21 peringkat MBJB. Mesyuarat yang ke-2 pada 11hb Julai 2005 di Hotel Eden Johor Bahru pula telah membincang dan kemudiannya meluluskan lima Pelan Tindakan LA21 MBJB dan Wawasan Masyarakat Johor Bahru. Peringkat seterusnya bagi perlaksanaan LA21 adalah dengan mengadakan bengkel fasilitator LA 21 peringkat MBJB. Bengkel ini telah diadakan pada 2hb, 3hb dan 16hb April 2005 di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru. Peserta terdiri daripada semua Pegawai Penyelaras dan Penolong Pegawai Penyelaras Zon serta wakil-wakil daripada beberapa jabatan kerajaan dan badan-badan NGO. Tujuannya ialah untuk memberi penjelasan yang mendalam tentang konsep dan falsafah LA21 dan bagaimanakah aktiviti LA21 ini dapat dijalankan atau dilaksanakan di bandaraya Johor Bahru kepada peserta. Bengkel ini juga melatih peserta menjadi

63 fasilitator LA21 peringkat MBJB dan dijalankan sepenuhnya oleh perunding LA21 yang dicadangkan oleh Kementerian iaitu Encik Lam Kok Liang. Dengan wujudnya kumpulan fasilitator LA21 ini, urusetia mengharapkan tidak akan ada sebarang masalah untuk melaksanakan aktiviti LA21 sekiranya berlaku sebarang pertukaran pegawai di MBJB. Bagi memantapkan lagi perlaksanaan LA21, maka pihak berkuasa telah mengadakan bengkel perdana LA21 pada 23hb hingga 26hb April 2005 di Kukup Golf Resort, Pontian. Peserta terdiri daripada semua Ahli Majlis yang juga pengerusi zon, semua penyelaras dan penolong pegawai penyelaras, wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan, wakil-wakil NGO dan ahli jawatankuasa penduduk yang mewakili semua zon, kesemuanya berjumlah 185 orang. Di antara lain tujuannya adalah untuk:i)

Memberi kefahaman yang mendalam tentang konsep dan falsafah

LA21 kepada peserta. ii)

Membincangkan pelaksanaan LA21 di bandaraya Johor Bahru.

iii)

Membina Wawasan Masyarakat Johor Bahru.

iv)

Mewujudkan Kumpulan Kerja. Di MBJB, kumpulan kerja tersebut

telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu:a)

Ekonomi dan Perlancongan.

b)

Kebersihan dan Kitar Semula

c)

Kesihatan dan Keselamatan

d)

Pembangunan Sosial

e)

Pengindahan

Mesyuarat Kumpulan Kerja (I) telah diadakan pada 18hb, 19hb, 20hb, 26hb dan 27hb Mei 2005 dan mesyuarat Kumpulan Kerja (II) pula diadakan pada 3hb, 9hb dan 10hb Jun 2005. Tujuan utama mesyuarat Kumpulan Kerja itu diadakan adalah untuk membincangkan dan memantapkan Pelan Tindakan serta membincangkan strategi, aktiviti dan perlaksanaan Pelan Tindakan.

64 Seterusnya proses perlaksanaan LA21 di MBJB adalah dengan mewujudkan sesi sumbang saran (Brainstorming) pemantapan wawasan masyarkat Johor Bahru. Sesi sumbang saran ini telah dijalankan pada 6 Julai 2005 jam 8.00 malam di Hotel Sri Malaysia Johor Bahru dan telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Bandar. Peserta terdiri daripada lima orang Ahli Majlis yang menjadi pengerusi Kumpulan Kerja Local Agenda 21 dan fasilitator masing-masing, Ketua-ketua Jabatan/ Bahagian MBJB, Pengurus Operasi Southern West Management (SWM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Warisan Johor. Tujuannya ialah untuk memantapkan Wawasan Masyarakat Johor Bahru yang telah dibina atau dihasilkan semasa bengkel perdana LA21 di Pontian. Hasil daripada sesi ini terbentuklah wawasan masyarakat Johor Bahru yang lebih dinamik untuk semua warga bandar raya Johor Bahru iaitu:“Kami komited menjadikan Johor Bahru bandaraya sejahtera, berbudaya, bersih dan indah dengan masyarakat berilmu, berdisplin dan mengamalkan nilainilai murni serta semangat kejiranan yang tinggi melalui pembangunan terancang, holistik dan mampan” Seterusnya lawatan penandarasan ke projek printis LA21 turut dijalankan. Lawatan penandarasan yang pertama adalah ke Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada 25hb hingga 26hb Julai 2005, terdiri daripada 40 orang peserta mewakili jawatankuasa induk, pengerusi-pengerusi dan ahli-ahli Kumpulan Kerja serta Urusetia LA21. Lawatan yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Bandar ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai pengurusan dan aktivitiaktiviti LA21 di MPK di mana Yang Berhormat Datuk Yang Dipertua MPK sendiri turut memberikan pengalaman MPK dalam hal berkaitan. Dalam lawatan tersebut peserta juga telah dibawa ke tapak pelupusan sampah dan mendengar taklimat pengurusan sisa pepejal dan aktiviti Kitar Semula bersama kelab 25 MPK. Lawatan penandarasan yang kedua dijangka akan ke projek perintis LA21 di Petaling Jaya yang akan memfokus kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

65 Bagi memantapkan lagi perlaksanaan LA21, Pihak MBJB telah membuat pelancaran wawasan masyarakat Johor Bahru. Wawasan Masyarakat Johor Bahru yang dibina oleh ahli-ahli Kumpulan Kerja adalah untuk memberi gambaran masa depan yang ideal bagi masyarakat Johor Bahru. Selain itu wawasan masyarakat juga dibuat bertujuan untuk menyatakan persetujuan tempatan dan prasyarat asas untuk bersama-sama melaksanakan pembangunan mampan di Bandaraya Johor Bahru. Pelancaran Wawasan Masyarakat Johor Bahru oleh Yang Berhormat Datuk Bandar pada 3hb Oktober 2005 di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee pula bertujuan untuk mewar-warkan pelaksanaan LA21 di Bandaraya Johor Bahru supaya semua pihak yang berkepentingan dan seluruh masyarakat Johor Bahru dapat mengetahui dan bersama-sama melaksanakan aktiviti-aktiviti LA21 di Bandaraya Johor Bahru. Proses seterusnya bagi perlaksanaan LA21 adalah dengan melaksanakan pelan tindakan. Mesyuarat pemantapan Pelan Tindakan Local Agenda 21 telah diadakan pada 8 Ogos 2005 yang dipengerusikan oleh Pegawai Local Agenda 21 iaitu Encik Abdul Ghazali bin Karim. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh semua pengerusi dan fasilitator kumpulan kerja serta Urusetia LA21. Dalam mesyuarat tersebut, pengerusi telah memutuskan hanya dua sahaja pelan tindakan yang akan dilaksanakan mulai 1hb September pada tahun 2005 iaitu Pelan Tindakan Kebersihan dan Kitar Semula serta Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan. Bagi Tiga Pelan Tindakan yang lain masing-masing masih diperingkat pengumpulan maklumat untuk dilaksanakan pada 2006. Apabila segala tindakan yang dirancang dilaksanakan, maka pemantauan dan penilaian akan dibuat bagi memastikan pelan tindakan dapat mencapai objektif serta matlamat. Pemantauan dan penilaian akan dibuat sekurang-kurangnya dalam masa yang sederhana atau dalam tempoh 3 hingga 5 tahun perlaksanaan.

66 Rajah 3.4 di bawah menunjukkan ringkasan bagi proses pelaksanaan LA21 di Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi tahun 2005.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK LA21 1/2005 4 Mac 2005

BENGKEL FASILITATOR LA21 2, 3 & 16 April 2005/Mac 2005

BENGKEL PERDANA LA21 23, 24 & 25 April 2005

MESYUARAT KUMPULAN KERJA (I) Pelan Tindakan Pembangunan Sosial 18 Mei 2005

MESYUARAT KUMPULAN KERJA (I) Pelan Tindakan Kebersihan dan K

l

t

MESYUARAT KUMPULAN KERJA (I) Pelan Tindakan Kesihatan dan Kitar Semula

MESYUARAT KUMPULAN KERJA (I) Pelan Tindakan Pengindahan 26 Mei 2005

67 MESYUARAT KUMPULAN KERJA (I) Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan 27 Mei 2005

MESYUARAT KUMPULAN KERJA (II) Pelan Tindakan Kesihatan dan Keselamatan 28 Mei 2005

MESYUARAT KUMPULAN KERJA (II) Pelan Tindakan Ekonomi dan Pelancongan 9 Jun 2005

MESYUARAT KUMPULAN KERJA (II) Pelan Tindakan Pengindahan 10 Jun 2005

SESI SUMBANG SARAN PEMANTAPAN WAWASAN MASYARAKAT JOHOR BAHRU 6 Julai 2005

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK LA21 2/2005 11 Julai 2005

LAWATAN PENANDARASAN LA 21 25 & 26 Julai 2005

PELANCARAN WAWASAN MAYARAKAT JOHOR BAHRU 3 Oktober 2005

68

PERLAKSANAN PELAN TINDAKAN LA21

TINDAKAN

PEMANTAUAN

PENILAIAN

MAKLUM BALAS

Menyemak dan mengkaji semula strategi dan Pelan Tindakan untuk MBJB (selepas 3-5 tahun) Rajah 3.4: Proses Perlaksanaan LA21 Di Majlis Bandaraya Johor Bagru Bagi Tahun 2005 (Sumber: Unit Sosial dan LA21, MBJB)

3.7

Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja LA21 di MBJB

Berdasarkan temubual bersama Penolong Pengarah Unit Sosial dan LA21 iaitu Tuan Haji Asri bin Haji Amat, terdapat dua jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi melaksanakan aktiviti LA21 di MBJB iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja. Berikut adalah senarai jawatankuasa Induk LA21 di MBJB iaitu Datuk Bandar MBJB Yang Berhormat Dato’ Haji Latiff bin Yusof sebagai pengerusi. Diikuti oleh Encik Abd Razak bin Hassan iaitu Setiausaha MBJB sebagai Timbalan Pengerusi. Manakala Pengarah Masyarakat MBJB iaitu Encik Abdul Ghazali b Karim sebagai Setiausaha dan Pegawai LA21. Ahli Jawatankuasa bagi LA21 pula adalah terdiri daripada Ahli Majlis dan juga Ketua-Ketua Jabatan dan Pengarah Agensi Kerajaan yang terlibat seperti:-

69 i.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan

ii.

Pengarah Jabatan Agama Johor

iii.

Pengarah Perancang Bandar dan Desa Johor

iv.

Pengarah Alam Sekitar Negeri Johor

v.

Pengarah KEMAS Negeri Johor

vi.

Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru

vii.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan & Saliran

viii.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru

ix.

Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru

x.

Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru

xi.

Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru

xii.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru

xiii.

Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru

xiv.

Pengurus Operasi SWM sdn. Bhd.

xv.

Pengerusi Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia

xvi.

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam

xvii.

Pengerusi Rukun Tetangga Taman Molek

xviii.

Semua Pengarah Jabatan MBJB

xix.

Jabatan/Agensi Kerajaan/Swasta/Individu yang difikirkan

sesuai dari semasa ke semasa. Jawatankuasa Kerja pula terdiri daripada 5 orang Ahli Majlis yang mewakili 5 Jawatankuasa Kerja dan Ahli Majlis tersebut merupakan pengerusi bagi jawatankuasa yang diwakilinya. Manakala setiap kumpulan kerja mengandungi di antara 15 hingga 25 ahli yang mewakili MBJB, NGO, CBO dan Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan. Rajah 3.5 merupakan struktur organisasi bagi Jawatankuasa Induk MBJB yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar MBJB iaitu Y.B Dato’ Haji Latif bin Yusuf dan Jawatankuasa Kerja pula dipengerusikan oleh 5 orang Ahli Majlis yang mengetuai setiap jawatankuasa kerja.

70

PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK

Y.B Dato’ Haji Latiff bin Yusof

URUSETIA LA21

EKONOMI DAN PELANCONGAN Pengerusi: Tn Hj Adam bin Sumiro (Ahli Majlis)

KUMPULAN KERJA LA21

KESIHATAN & KESELAMATAN Pengerusi: En. M. Soorianarayanan (Ahli Majlis)

KEBERSIHAN & KITAR SEMULA Pengerusi: En. Yeo Kwee Kwang (Ahli Majlis)

PEMBANGUNAN SOSIAL Pengerusi: Tn Hj Rashid bin Kasman (Ahli Majlis)

PENGINDAHAN Pengerusi: Tn Hj Rozlan bin Abu Bakar (Ahli Majlis)

Rajah 3.5: Struktur Organisasi Bagi Jawatankuasa Kerja Local Agenda 21 MBJB (Sumber: Unit Sosial dan LA21, MBJB)

71 3.8

Penyediaan Dan Perlaksanaan Pelan Tindakan Bagi LA21 MBJB

Pelan tindakan adalah alat utama dalam keseluruhan proses membuat keputusan. Pada peringkat ini semua rakan kongsi dan ‘stakeholder’ memperakukan semula komitmen dengan mengambil tanggungjawab dan menyumbang kepada kejayaan projek. Pada peringkat inilah strategi yang telah dipersetujui pada prinsipnya diterjemahkan kepada tindakan. Satu pelan tindakan yang baik adalah pelan tindakan yang dapat menerangkan bentuk tindakan secara terperinci. Ada beberapa perkara yang mesti diambil kira dalam pelan tindakan bagi setiap aktiviti iaitu:i)

Sumber-sumber yang diperlukan

ii)

Siapa yang akan menyediakan sumber-sumber berkenaan

iii)

Tempoh masa pelaksanaan

iv)

Mekanisma penilaian dan yang paling penting siapa yang akan melaksanakannya. Sebagai contoh adalah penyediaan dan pelaksanaan pelan tindakan

bagi projek kitar semula. Setelah perbincangan dijalankan di antara pengerusi Jawatankuasa Kerja kebersihan dan kitar semula bersama-sama ahli-ahli yang terlibat, maka tempat cadangan bagi projek kitar semula adalah di bekas tapak pelupusan sampah Jalan Tahana yang terletak berhampiran dengan Bandar Baru Uda. Objektif bagi projek kitar semula ini adalah mewujudkan pusat kitar semula yang praktikal dan berdaya maju serta memudahkan orang ramai mempraktikkan atau mengamalkan kitar semula. Selain itu ia juga dapat mewujudkan projek printis dan contoh nyata bagaimana mewujudkan dan menjayakan pusat kitar semula dan amalan kitar semula. Bagi menjayakan projek kitar semula ini, pihak Jawatankuasa Kerja telah membahagikan 5 tugas utama dalam penyediaan dan pelaksanaan pelan tindakan bagi projek tersebut. Tugasan pertama adalah dengan mendapatkan kata sepakat dan mengetengahkan idea awalan. Di dalam tugasan pertama ini sesi

72 sumbang saran dan perbincangan kitar semula dijalankan dan pihak pelaksana bagi tugasan pertama ini adalah urusetia LA21 dan ahli mesyuarat. Tugasan kedua pula adalah dengan menyediakan kertas perakuan kepada Datuk Bandar. Dalam tugasan kedua ini aktiviti yang dijalankan adalah menyediakan dan menyemak draf perakuan, yang mana draf perakuan yang dihasilkan akan diteliti dan dihalusi, manakala rakan kongsi seperti urusetia, ahli mesyuarat akan memberi pandangan masing-masing. Setelah pandangan diberikan, maka lakaran tempat, lakaran bangunan dan kenyataan ringkasan projek termasuk kemudahan yang diperlukan akan dimasukan sekali di dalam draf tersebut. Apabila draf telah disediakan, maka tugasan ketiga adalah mendapatkan keputusan bagi pelaksanaan cadangan dan kelulusan pembiayaan. Dalam tugasan ini, pihak Jawatankuasa Kerja akan membentangkan kertas perakuan yang lengkap kepada Datuk Bandar bagi mendapatkan keputusan. Setelah keputusan diperolehi maka minit keputusan akan dihasilkan. Seterusnya, tugasan yang keempat adalah dengan melaksanakan keputusan tersebut. Aktiviti yang terlibat adalah dengan menyediakan keperluan dan kemudahan fizikal. Di peringkat ini kontraktor akan dilantik bagi membina bangunan pusat kitar semula yang ringkas dan sederhana. Selain itu juga, aktiviti yang terlibat adalah menyediakan sistem pengurusan pusat kitar semula. Tugasan terakhir bagi penyediaan pelan tindakan adalah dengan membuat pemantauan dan penambahbaikan. Aktiviti yang terlibat di peringkat ini adalah dengan membina dan mengukuhkan networking dan platform kerjasama di antara semua pihak yang terlibat. Di peringkat ini segala maklum balas daripada orang ramai, rakan kongsi dan petugas LA21 amat diperlukan bagi mengetahui objektif kitar semula itu tercapai atau tidak.

73 3.9

Aktiviti-Aktiviti LA21 Yang Dilaksanakan di MBJB

Di peringkat MBJB, aktiviti-aktiviti bagi projek LA21 yang diperkenalkan adalah seperti aktiviti bagi ekonomi dan pelancongan, kebersihan dan kitar semula, kesihatan dan keselamatan, pengindahan dan pembangunan sosial. Hasil daripada temubual yang dijalankan antara penulis dan Haji Asri bin Haji Amat Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda 21 MBJB, didapati hanya aktiviti bagi projek ekonomi dan pelancongan serta kebersihan dan kitar semula yang sedang giat dilaksanakan. Manakala bagi tiga lagi aktiviti LA21 masih diperingkat pelan tindakan.

3.9.1

Ekonomi dan Pelancongan

Jawatankuasa Kerja ekonomi dan pelancongan telah menetapkan wawasan masyarakat iaitu:“Mewujudkan Bandaraya Pelancongan Yang Maju Dan Mampan Melalui Pembangunan Yang Komprehensif, Kemudahan Infrastruktur Yang Teratur, Kebersihan Yang Menyerlah Dan Alam Sekitar Yang Nyaman Bagi Membantu Menjana Aktiviti Ekonomi Yang Lebih Baik Menerusi Sinergi Berbagai Sektor Dan Berbagai Pihak Dalam Masyarakat” Bagi projek ekonomi dan pelancongan ini, terdapat 2 objektif utama yang ditekankan iaitu:i.

mewujudkan pusat tarikan pelancongan yang kondusif.

ii.

membentuk kesedaran masyarakat dalam pembangunan ekonomi dan

pelancongan mampan.

74 3.9.1.1 Pusat Tarikan Pelancongan yang Kondusif Untuk mencapai objektif pertama iaitu mewujudkan pusat tarikan pelancongan yang kondusif, pihak jawatankuasa kerja telah memilih dua zon iaitu zon Kampung Melayu dan zon Larkin. a. Zon Kampung Melayu Bagi zon Kampung Melayu, terdapat tiga strategi yang dijalankan iaitu:i.

Pemilihan lokasi tumpuan persisiran Herba Sungai

Sebulung yang terletak di Kampung Melayu. ii.

Penyediaan pelan tindakan & mewujudkan

rancangan kawasan khusus (RKK). iii.

Penyusunan semula bangunan.

Pihak Jawatankuasa Kerja telah menetapkan aktiviti bagi menjayakan objektif ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pameran alam sekitar, gerak kerja seperti gotong royong serta taklimat alam sekitar. Kebiasaannya aktiviti tersebut dijalankan di Dataran Mini Kampung Melayu. Bagi menjayakan projek LA21, pihak MBJB telah mewujudkan pusat tarikan pelancongan yang kondusif di Kampung Melayu. Sebagai titik permulaan pihak MBJB serta pihak-pihak yang terlibat seperti Jabatan Saliran dan Pengairan, Pejabat Pelajaran Daerah, KEMAS, PERPADUAN dan Jawatankuasa Penduduk bersepakat untuk menaiktaraf dan mengindahkan Sungai Sebulong. Sehingga kini aktiviti membersih dan membangunkan semula Sungai Sebulong giat dijalankan agar kebersihan kawasan Sungai Sebulong itu terjaga, mempunyai pemandangan indah dan menarik selain daripada menjadi tempat tumpuan pengunjung. Ini kerana sebelum ini, Sungai Sebulong adalah merupakan sungai kecil yang kotor dan merupakan tempat saliran segala kotoran dari isi rumah yang terletak berhampiran Sungai Sebulong itu. Oleh kerana keadaan Sungai Sebulong yang tidak terurus inilah menjadikan Kampung Melayu terpilih untuk

75 projek di bawah program LA21. Ini kerana dengan adanya program LA21 di Kampung Melayu, maka keadaan di Kampung Melayu lebih tersusun dan teratur. Pihak Jawatankuasa Kerja akan sentiasa membuat pemantauan dan pegawasan ke atas projek tersebut seperti memastikan kebersihan kawasan tersebut terjamin, pertumbuhan pokok yang terancang selain daripada kualiti air sungai terpelihara.

Rajah 3.6 : Penanaman Herba di Sungai Sebulong Merujuk kepada foto 3.6 di atas, aktiviti pengindahan Sungai Sebulong masih lagi dijalankan seperti menanam pelbagai spesis herba di sekitar tebing sungai.

76

Rajah 3.7 : Pembinaan Wakaf di Sungai Sebulong Rajah 3.7 pula menunjukkan pembinaan wakaf yang akan digunakan sebagai tempat riadah dan laluan pejalan kaki yang tersusun indah bagi memudahkan laluan dari satu wakaf ke wakaf yang lain. Selain daripada aktiviti yang disebutkan di atas, terdapat juga aktiviti lain yang dilaksanakan seperti kempen “Cintai Sungai”. Bagi mempromosikan kempen ini, aktiviti yang dijalankan adalah dengan mengadakan ceramah, pertandingan melukis dan menulis dengan tema sungai kita. Dialog bagi mengutarakan masalah sungai serta memberi idea bagi memperindahkan sungai turut dijalankan. Pihak MBJB dan pihak-pihak yang terlibat turut mengadakan pameran yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya pemeliharaan sungai kepada penduduk setempat.

77

Rajah 3.8 : Dewan Raya Kampung Melayu

Rajah 3.9: Dataran Mini Kampung Melayu Rajah 3.8 dan 3.9 di atas merupakan dewan raya dan dataran mini di Kampung Melayu Majidee. Selain daripada menaiktaraf dan mengindahkan Sungai Sebulong, pihak MBJB serta Jawatankuasa Penduduk telah bekerjasama dalam menaiktaraf Dewan Raya dan mewujudkan dataran mini di Kampung Melayu Majidee sebagai pusat komuniti yang strategik daripada segi budaya dan ekonomi.

78

Rajah 3.10: Cawangan Perpustakaan Sultan Ismail Kampung Melayu Bagi menjayakan lagi projek pelancongan yang kondusif ini, perpustakaan rakyat iaitu Cawangan Perpustakaan Sultan Ismail telah diwujudkan di Kampung Melayu sepertimana rajah 3.10 di atas. Lokasi perpustakaan tersebut adalah berhampiran dengan dataran mini. Pembinaan perpustakaan rakyat ini juga merupakan daripada aktiviti LA21 yang dilaksanakan di MBJB. b.

Zon Larkin

Bagi zon Larkin pula jawatankuasa kerja telah menetapkan tiga strategi utama iaitu pemilihan lokasi tumpuan bagi pusat makan Larkin Perdana, penyediaan pelan tindakan serta mewujudkan Rancangan Kawasan Khusus (RKK) dan penyusunan semula tempat atau pusat makanan di kawasan tempat letak kereta dan jalan raya. Dengan adanya strategi-strategi ini maka aktiviti dapat dilaksanakan seperti membuat hebahan dan bancian, gerak kerja gotong royong, taklimat kebersihan dan kesihatan. Pihak jawatankuasa juga telah menetapkan beberapa pelaksana bagi menjayakan aktiviti tersebut seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah ditetapkan untuk membuat hebahan di radio, manakala jawatankuasa penduduk dan pihak MBJB akan melaksanakan aktiviti gerak kerja gotong royong. Bagi aktiviti taklimat kebersihan dan kesihatan pula akan dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan dan MBJB.

79 Segala aktiviti yang dijalankan akan dibuat pemantauan dan pengawasan oleh jawatankuasa kerja iaitu dengan memastikan tahap kebersihan kawasan dan kawasan lalulintas di lokasi terbabit. Dengan cara demikian, ia dapat mempertingkatkan ekonomi peniaga setempat, menjadikan pusat pelancongan tersusun dan teratur selain dapat menjadikan kawasan Larkin Perdana suatu kawasan yang bersih, indah dan menarik. 3.9.1.2 Kesedaran Masyarakat dalam Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Mampan. Objektif kedua iaitu membentuk kesedaran masyarakat dalam pembangunan ekonomi dan pelancongan mampan, pihak jawatankuasa kerja telah memilih Zon Kampung Melayu dan Zon Larkin. Pihak jawatankuasa juga telah menetapkan tiga strategi iaitu:i.

Memberikan kefahaman kepada masyarakat, NGO

dan sektor swasta tentang LA21 dan kepentingannya dalam aspek-aspek pembangunan setempat. ii.

Mewujudkan hubungan secara langsung antara PBT,

masyarakat, NGO dan sektor swasta dalam setiap projek pembangunan. iii.

Memberikan kesedaran kepada masyarakat, NGO

dan sektor swasta tentang fungsi dan peranan dalam pembangunan projek mampan. Jawatankuasa kerja telah menjalankan pelbagai aktiviti selaras dengan strategi yang telah digariskan iaitu dengan membuat seminar dan pameran LA21 di Dewan Raya Kampung Melayu dan Larkin. Selain itu, pihak jawatankuasa dan urusetia turut membuat dialog antara PBT dengan warga bandaraya. Bagi melaksanakan aktiviti tersebut, pihak jawatankuasa telah mempertanggungjawabkan Jabatan Kemasyarakatan dan Jawatankuasa Penduduk untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Jawatankuasa Kerja juga turut bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan pengawasan. Dengan cara demikian, maka maklum balas daripada

80 peserta dapat diketahui dengan mendapat aduan dan cadangan penduduk. Selain itu juga pihak PBT dapat berdialog dengan penduduk setempat untuk mengetahui sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. Jadual 3.1 menunjukkan ringkasan aktiviti-aktiviti bagi perlaksanaan projek LA21 bagi pelan tindakan ekonomi dan pelancongan. Jadual 3.1: Aktiviti-Aktiviti Bagi Pelan Tindakan Ekonomi Dan Pelancongan OBJEKTIF

AKTIVITI

PIHAK

TEMPOH

TERLIBAT

i) Mewujudkan Pusat Tarikan Pelancongan yang kondusif

iii. Menaiktaraf dan mengindahkan Sungai Sebulung • Penyusunan semula rumah-rumah berhampiran • Tanaman dan terapi herba • Pembinaan Wakaf • Kempen “cintai sungai”, ceramah, pertandingan melukis dan menulis dengan tema sungai kita, dialog, pameran dan lawatan penandarasaan iv. Menaik taraf Dewan Raya dan mewujudkan dataran mini di kampung Melayu Majidee sebagai pusat komuniti yang strategik dari segi budaya dan ekonomi. • Menubuhkan perpustakaan rakyat • Menyediakan takwim aktiviti semasa, mingguan, bulanan dan tahunan. • Mengalakkan penduduk setempat mengambil bahagian dalam aktiviti perniagaan industri kecil sederhana dan fokus kepada produk-produk tempatan dengan memberikan kursus dan bimbingan usahawan serta lawatan penandarasan.

MBJB, Perunding, Jabatan Saliran dan Pengairan, Pejabat Pelajaran Daerah, KEMAS PERPADUAN dan Jawatankuasa Penduduk.

Sedang dilaksanakan

MBJB, perunding, jawatankuasa penduduk

Sedang dilaksanakan

MBJB, Pejabat Pertanian, FAMA, KEMAS, PERPADUAN. Persatuan Ibu Tunggal, UMNO, Majlis Kebudayaan Daerah, MPWK, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Daerah dan jawatankuasa

81 penduduk

(Sumber: Unit Sosial dan LA21, MBJB)

3.9.2

Kebersihan dan Kitar Semula

Jawatankuasa Kerja kebersihan dan kitar semula telah menetapkan satu wawasan masyarakat iaitu:“Mencapai Pengurusan Kebersihan Yang Cekap Melalui Penyertaan Masyarakat Dan Komitmen Semua Pihak Dan Penyediaan Infrastruktur Kebersihan Dan Kitar Semula Yang Sempurna Ke Arah Johor Bahru Bertaraf Dunia, Bersih, Indah Dan Kondusif Untuk Didiami” Jawatankuasa kebersihan dan kitar semula telah diketuai oleh seorang Ahli Majlis iaitu En Yeo Kwee Kwang yang bertanggungjawab bagi perlaksanaan aktiviti kebersihan dan kitar semula di Zon Bandar Johor Bahru. Beliau turut dibantu oleh En Cze Hwa San yang melaksanakan aktiviti tersebut di Zon Straits View. Manakala Puan Tan Lian pula membantu untuk melaksanakan aktiviti kebersihan dan kitar semula di Zon Stulang.

3.9.2.1 Zon Bandar Terdapat tiga objektif utama bagi aktiviti kebersihan dan kitar semula iaitu kempen kesedaran kebersihan, meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan sampah dan menjayakan program kitar semula. Objektif kempen kesedaran kebersihan dilaksanakan di Zon Bandar dan ia mempunyai strategi seperti membuat perbincangan bersama-sama pengusaha pengangkutan awam, membuat penetapan tarikh perlaksanaan aktiviti program

82 “kebersihan bandaraya kita” dan pengisian bagi program secara harian, mingguan dan bulanan. Selain itu terdapat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Southern Waste Management (SWM), Comunity Base Organisastion (CBO), Non Government Organisastion (NGO) & pihak swasta bagi melaksanakan aktiviti seperti :i.

Kempen “Kebersihan Bandaraya Kita”

ii.

Mensyaratkan Pengisian Slogan “Bersih” pada

Billboard/Unipol yang diluluskan iii.

Publisiti menerusi radio seperti menghidupkan semula

program bandaraya kita. iv.

Kempen Bersama Perkhidmatan Pengangkutan Awam, Iklan

di Pondok Bas dan Teksi. v.

Kempen memiliki tong sampah iaitu satu tong untuk sebuah

vi.

Kempen menggunakan barangan kitar semula.

rumah.

3.8.2.2 Zon Straits View Objektif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan sampah dijalankan di Zon Straits View. Terdapat 3 strategi utama dalam menjayakan objektif tersebut iaitu membuat perbincangan bersama-sama pihak Southern Waste Management tentang pengurusan sampah di kawasan Straits View agar perkhidmatan pengurusan sampah yang dijalankan bersih dan teratur. Strategi kedua pula adalah dengan membuat jadual kutipan sampah bagi kawasan Starits View. Strategi yang ketiga pula adalah pertubuhan unit sementara bagi memantau premis memiliki tong sampah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi menjayakan objektif seperti:i.

Menyediakan peralatan dan gunatenaga yang cukup.

ii.

Menyediakan jadual kerja yang efisyen dan telus.

83 iii.

Inovatif dalam kaedah kutipan sampah.

iv.

Menepati jadual kutipan sampah.

v.

Memastikan setiap premis memiliki tong sampah.

vi.

Menggunakan teknologi terkini.

Bagi memastikan perjalanan kutipan sampah teratur, maka pihak Jawatankuasa Kerja akan membuat pemantauan dengan mengenalpasti pergerakan aktiviti pada setiap bulan. 3.9.2.3 Zon Stulang Zon Stulang adalah merupakan zon yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan program kitar semula. Terdapat empat strategi iaitu:i.

Perbincangan bersama-sama pihak PPD (Sekolah Anak

Angkat) ii.

Penetapan tarikh perlaksanaan aktiviti Program Kitar Semula.

iii.

Pengisian program secara harian, mingguan dan bulanan.

iv.

Pertandingan kitar semula seperti di sekolah-sekolah bagi

mengajar para pelajar untuk mempraktikkan program kitar semula. Pelbagai aktiviti turut dijalankan di Zon Stulang bagi program kitar semula seperti:i.

Program kitar semula sekolah angkat bagi sekolah-sekolah

yang berada di Zon Stulang. ii.

Jualan barangan terpakai.

iii.

Meningkatkan industri kitar semula.

iv.

Penjadualan kutipan kitar semula.

Pihak jawatankuasa kerja juga telah menetapkan beberapa agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program kitar semula seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Southern Waste Management (SWM), Comunity Base Organisastion (CBO) dan Non Government Organisastion (NGO). Pemantauan

84 dan pengawasan turut dilaksanakan bagi mengenalpasti pergerakan aktiviti bagi setiap bulan. Jadual 3.2: Aktiviti-Aktiviti Bagi Pelan Tindakan Kebersihan Dan Kitar Semula OBJEKTIF

AKTIVITI

PIHAK

TEM

TERLIBAT i. Meningkatkan

i. Ceramah,

POH

MBJB,

Sedan

Kesedaran Kitar

pameran, program kitar

SWM, Pejabat

g

Semula

semula bersama

Pelajaran Daerah,

dilaksanakan

masyarakat, pertandingan Jawatankuasa kitar semula, belajar

Penduduk,

membuat baja kompos

Persatuan Pencinta

dan lawatan.

Alam, Persatuan Pelajar dan Kemas

ii. Menjayakan Program Kitar Semula

ii. Menaiktaraf

MBJB,

Sedan

pusat kitar semula di

Syarikat Zawyiah

g

bekas tapak pelupusan

Berhad, SWM,

dilaksanakan

sampah Jalan Tahana,

Persatuan Ibu

Bandar Baru Uda.

Tunggal, Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan jawatankuasa penuduk

iii.

iii. Menyediakan

Meningkatkan Kualiti

jadual kutipan sampah

MBJB, SWM dan

Perkhidmatan

Jawatankuasa

Pengurusan Sampah

Penduduk

(Sumber: Unit Sosial dan LA21, MBJB)

3.9.3

Pembangunan Sosial

Dalam perancangan

85

Jawatankuasa kerja pembangunan sosial telah mewujudkan satu wawasan masyarakat iaitu:“melaksanakan pendekatan hidup beragama, mengamalkan budaya hidup sihat, mewujudkan persekitaran selesa dan mengukuhkan organisasi masyarakat ke arah pembangunan sosial bandaraya sejahtera” Jawatankuasa kerja pembangunan sosial ini dipengerusikan oleh seorang Ahli Majlis iaitu Tuan Hj Rashid bin Kasman. Hasil daripada perbincangan bersama ahli-ahli dan peserta, maka jawatankuasa telah mengenalpasti dua isu utama yang berkaitan dengan masalah pembangunan sosial iaitu gejala ponteng sekolah dan vandalisme.

3.9.3.1 Gejala Ponteng Sekolah Bagi masalah gejala ponteng sekolah, pihak Jawatankuasa Kerja telah menetapkan dua objektif utama iaitu mengurangkan atau mencegah gejala ponteng sekolah dan mewujudkan masyarakat berakhlak. Selain itu tiga strategi telah dibentuk seperti mewujudkan keluarga bahagia, penguatkuasaan peraturan di pusat hiburan dan mengaktifkan pelajar dengan pelbagai aktiviti sekolah. Pelbagai aktiviti telah digariskan ke arah mewujudkan keluarga bahagia iaitu dengan melaksanakan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan ibubapa dengan sekolah seperti mengadakan sesi kaunseling bersama pelajar dan ibubapa, membuat lawatan sambil belajar bersama ibubapa dan sebagainya. Pihak Jawatankuasa Kerja juga akan membuat penyebaran maklumat melalui risalah mengenai masalah gejala ponteng sekolah dan mengadakan seminar keibubapaan serta mewujudkan “Neighbourhood Watch” di kalangan masyarakat setempat bagi megawasi pergerakan para pelajar.

86 Terdapat aktiviti yang digariskan dalam penguatkuasaan peraturan di Pusat Hiburan, di mana pihak-pihak yang terlibat seperti Polis, MBJB, Pejabat Daerah dan pihak sekolah akan melakukan lawatan penguatkuasaan secara mengejut di Pusat Hiburan dan Permainan bagi memantau pergerakan pelajar yang ponteng sekolah. Selain itu terdapat juga aktiviti yang dijalankan untuk mengaktifkan pelajar dengan aktiviti di sekolah seperti dengan menambahkan aktiviti kokurikulum yang diminati oleh pelajar, mempelbagaikan aktiviti yang boleh merangsang minda pelajar dan mengadakan kem-kem motivasi pelajar di sekolah. Bagi menjayakan aktiviti ini pelbagai pihak turut terlibat termasuklah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Persatuan-persatuan di sekolah seperti persatuan kaunseling pelajar dan persatuan pembimbing rakan sebaya, syarikat swasta sebagai penaja, Pejabat Pelajaran Negeri, Pasukan Beruniform, Polis, Bomba, Angkatan Tentera dan Pakar Motivasi. 3.9.3.2 Vandalisme Masalah vandalisme adalah merupakan masalah yang merosakkan harta benda awam dan orang ramai. Aktiviti vandalisme ini biasanya dilakukan atas kepentingan peribadi seperti merosakan telefon awam, menconteng tembok-tembok atau dinding bangunan dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana tiadanya kesedaran sivik dikalangan masyarakat, di samping ia menunjukkan sikap ketidakpuasan hati oleh seserang individu atau golongan remaja. Pihak jawatankuasa kerja telah menetapkan dua objektif dalam membanteras masalah vandalisme ini iaitu menghargai kemudahan awam dan melahirkan budaya anti vandalisme. Selain itu terdapat dua strategi dalam menangani masalah vandalisme seperti:i.

Melaksanakan langkah penguatkuasaan

Pihak pelaksana seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Media, NGO, AJK Penduduk dan ahli keluarga akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa untuk melihat undang-undang

87 yang boleh digunapakai bagi mencegah vandalisme serta membuat penyebaran secara risalah berkenaan dengan maklumat kesalahan terhadap perbuatan vandalisme.

ii.

Pemantauan Oleh AJK Penduduk

Pemantauan juga turut dibuat oleh AJK penduduk dengan kerjasama semua pihak yang terlibat seperti Polis, pihak sekolah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) serta Pakar Kaunseling dengan mengadakan kempen kesedaran sivik seperti ceramah dan kursus motivasi di sekolah-sekolah. Selain itu juga pihak pelaksana juga turut mewujudkan “neighbourhood watch” di kawasan yang terlibat bagi memasti pergerakan para remaja dan pelajar sekolah tidak mengganggu ketenteraman masyarakat setempat dan tidak merosakan harta benda awam. Dengan cara demikian masyarakat setempat akan membuat aduan sekiranya terdapat segelintir remaja atau pelajar sekolah terlibat dengan masalah sosial ini.

3.9.4

Pengindahan

Jawatankuasa kerja Pengindahan dipengerusikan oleh Tn Hj Rozlan bin Abu Bakar dan mempunyai keahlian di kalangan Ahli Majlis, Masyarakat Setempat, Agensi Swasta dan Badan-Badan Bukan Kerajaan. Jawatankuasa kerja turut mewujudkan wawasan masyarakat bagi program pengindahan di pentadbiran MBJB iaitu:“Mewujudkan bandaraya indah, hijau, sihat, bercahaya, tempat rekreasi terancang, infrastruktur tersusun, keselamatan diutamakan menerusi perundingan, kerjasama dan semangat bandaraya Johor Bahru milik kita bersama” Tiga objektif telah ditetapkan hasil daripada perbincangan bersama ahli bagi melaksanakan projek pengindahan di bawah pentadbiran MBJB. Tiga objektif tersebut adalah:-

88

i.

Keindahan landskap.

ii.

Keindahan pencahayaaan.

iii.

Keindahan infrastruktur.

3.9.4.1 Keindahan Landskap Pihak Jawatankuasa Kerja telah memilih Bandar Baru Permas Jaya sebagai tapak permulaan bagi projek keindahan landskap. Terdapat dua strategi telah dibentuk bagi melaksanakan projek tersebut iaitu:i.

Penyediaan Pelan Induk Infra

ii.

Lawatan (sebagai Penandarasan)

Pelan Induk Infra perlu disediakan sebelum kerja-kerja keindahan landskap dilaksanakan. Pelan Induk ini adalah perlu bagi mengenalpasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk diindahkan disamping mengenalpasti jenis tanaman yang bersesuaian dengan kawasan tersebut. Manakala lawatan juga perlu dijalankan di kawasan-kawasan yang mempunyai keindahan landskap dan secara langsung dapat memberi idea dan gambaran bagi perlaksanaan projek keindahan landskap di kawasan pentadbiran MBJB. Selain itu beberapa aktiviti telah digariskan bagi melaksanakan projek keindahan landskap seperti program penanaman pokok. Di sini kita boleh lihat keindahan landskap di Bandaraya Johor Bahru yang melaksanakan program tersebut, selain daripada membuat penanaman semula bagi mengantikan pokokpokok lama yang sedia ada. Aktiviti pertandingan landskap di setiap zon seperti di sekolah-sekolah, rumah ibadat, bangunan swasta dan bangunaan kerajaan turut dilaksanakan. Tujuan pertandingan tersebut adalah bagi memastikan setiap tempat dan kawasan menjadi lebih indah. Kempen keindahan landskap turut dijalankan yang melibatkan penduduk setempat, dengan cara demikian masyarakat dapat didedahkan akan kepentingan penanaman pokok bagi kawasan kediaman mereka.

89 3.9.4.2Keindahan Pencahayaan Keindahan pencahayan merupakan elemen penting bagi keindahan di malam hari. Pihak jawatankuasa kerja telah menetapkan tiga strategi dalam melaksanakan keindahan pencahayaan iaitu:i.

Gabungan Pihak Kerajaan dan Swasta

ii.

Lawatan (sebagai penandaarasan)

iii.

Penyediaan Pelan Induk/ Infra

Pihak Kerajaan dan Pihak Swasta akan bekerjasama dalam melaksanakan keindahan pencahayaan. Lampu-lampu jalan dipasang di setiap jalan. Manakala di setiap premis dan di tepi jalan akan dipasangkan dengan papan tanda berlampu bagi memperindahkan lagi suasana di malam hari. Semua jalan berlampu akan dipertingkatkan keupayaannya terutama di pagar-pagar sekolah, rumah ibadat, bangunan swasta dan bangunan kerajaan. Lawatan juga turut diadakan di bandar-bandar besar yang mempunyai kadar pencahayaan yang menarik, selain daripada sumber pencetus idea untuk melaksanakan keindahan pencahayaan di kawasan pentadbiran MBJB. Pihak Jawatankuasa Kerja turut menyediakan pelan Induk/ Infra, bagi memastikan program yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan terancang dan seterusnya dapat mewujudkan kawasan pentadbiran MBJB yang indah dan terancang. 3.9.4.2 Keindahan Infrastruktur Dalam melaksanakan program keindahan Infrastruktur, maka dua strategi telah dibentuk dan strategi tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun bagi melengkapkan kemudahan infrastruktur di pentadbiran MBJB. Kedua-dua strategi tersebut adalah:-

90 i.

Menyediakan pelan induk perlaksanaan untuk

tempoh 5 tahun. ii.

Menyediakan sistem infra yang lengkap dalam

tempoh 5 tahun. Dalam melaksanakan program tersebut, pihak Jawatankuasa Kerja akan membuat penelitian secara terperinci dengan menghasilkan pelan induk perlaksanaan. Dengan demikian, maka setiap projek yang akan dilaksanakan akan dirancang terlebih dahulu bagi memastikan kualiti infrastruktur terjamin. Selain itu juga, pihak Jawatankuasa Kerja turut bertanggungjawab untuk menyediakan sistem infratruktur yang lengkap dalam tempoh 5 tahun bagi memberi keselesaan kepada orang ramai.

3.9.5

Kesihatan dan Keselamatan

Jawatankuasa Kerja kesihatan dan keselamatan dipengerusikan oleh En M. Soorianarayanan. Hasil daripada gabungan idea dan pandangan maka terbentuklah wawasan masyarakat bagi program kesihatan dan keselamatan iaitu:“ Memastikan Johor Bahru Yang Moden, Bersih Dan Selamat Dengan Masyarakatnya Yang Sihat, Berwawasan, Berilmu Dan Bertanggungjawab Menerusi Peranan Yang Dimainkan Oleh Semua Pihak Dalam Masyarakat, Kerjasama Multi Sektor Dan Keperihatinan Individu, Komuniti Dan Badan Swasta Serta Badan Kerajaan” Terdapat dua objektif dalam program kesihatan dan keselamatan iaitu menghapuskan kes wabak denggi dan membenteras kes ragut. Bagi menghapuskan kes wabak denggi, pihak jawatankuasa kerja akan membuat pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat. Selain itu juga, pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti mengadakan ceramah kesihatan di sekolah-sekolah rendah di bawah pentadbiran MBJB. Melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan kawasan awam. Pameran kebersihan turut dilaksanakan di sekolah-sekolah dan

91 dewan-dewan bagi memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya kebersihan terhadap kehidupan manusia. Pihak jawatankuasa kerja juga akan turut mengadakan pertandingan kebersihan bagi kawasan taman perumahan, sekolahsekolah, bangunan kerajaan dan swasta. Kes ragut yang semakin berleluasa dan mendapat perhatian umum perlulah dibenteras. Pihak jawatankuasa kerja akan berkerjasama dengan pihak polis dan rela untuk membuat rondaan di kawasan perumahan. Pelbagai aktiviti turut bagi membenteras kes ragut seperti menggunakan media bagi hebahan terhadap gejala ragut, menjalankan ceramah keselamatan, pameran keselamatan dan menjalankan dialog bersama pihak Polis bagi mendedahkan masyarakat tentang penjagaan keselamatan dan cara-cara mempertahankan diri ketika berhadapan dengan peragut. Dengan cara demikian, masalah yang melibatkan kes ragut dapat dielakkan dan seterusnya gejala ragut dapat dibanteras sepenuhnya.

3.10

Kesimpulan

Secara umumnya penulis telah menjelaskan latar belakang pentadbiran MBJB. Ini kerana MBJB adalah merupakan salah satu PBT yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Projek LA21 bagi fasa II. Di sini juga penulis ada menjelaskan tentang latar belakang kawasan kajian iaitu Kampung Melayu untuk memberi gambaran terhadap keadaan semasa dan penduduk di Kampung Melayu. Selain itu, sedikit penerangan berkenaan proses perlaksanaan LA21 di MBJB di sepanjang tahun 2005 turut dijelaskan. Unit Sosial dan LA21 adalah merupakan unit di MBJB yang berperanan bagi memastikan segala perancangan yang melibatkan projek LA21 berjaya dilaksanakan dan segala tindakan yang diambil akan dipantau dari semasa ke semasa agar objektif yang telah digariskan dapat dicapai. Selain itu, penulis ada menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti LA21 yang dijalankan di MBJB dan sepanjang aktiviti itu dilaksanakan pihak MBJB adalah merupakan “master mind” bagi melaksanakan program tersebut.

92

Daripada segi perlaksanaan aktiviti-aktiviti, penulis mendapati hanya aktiviti-aktiviti daripada projek ekonomi dan pelancongan serta kebersihan dan kitar semula sahaja yang dijalankan setakat ini. Manakala bagi perlaksanaan aktiviti kesihatan dan keselamatan, pengindahan dan pembangunan sosial masih di peringkat penyediaan pelan tindakan. Sememangnya peranan yang dimainkan oleh PBT serta penyertaan daripada orang ramai mempengaruhi kejayaan LA21. Bagi mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman orang ramai serta penglibatan mereka dalam menyertai aktivitiaktiviti LA21 yang dianjurkan oleh PBT. Maka dalam bab seterusnya, penulis akan menjalankan kajian ke atas masyarakat setempat untuk melihat sambutan masyarakat setempat terhadap aktiviti-aktiviti LA21.

93

BAB IV

ANALISIS DAN PENEMUAN

4.9

Pengenalan

Pembangunan di daerah Johor Bahru kian pesat membangun. Jika dilihat di Bandaraya Johor Bahru, pelbagai projek pengindahan dijalankan dengan penanaman pokok-pokok bunga pelbagai spesis di tepi-tepi jalan. Aspek kebersihan juga amat dititik beratkan agar Bandaraya Johor Bahru sentiasa bersih dan indah. Di atas inisiatif MBJB dan masyarakat setempat, unit LA21 telah ditubuhkan bagi menggiatkan lagi usaha-usaha pengindahan dan kebersihan di sekitar bandaraya Johor Bahru mahupun di kawasan pentadbiran MBJB yang lain. Selain itu projek bagi ekonomi dan pelancongan turut dilaksanakan dan pihak MBJB telah mengenalpasti beberapa kawasan yang amat sesuai bagi melaksanakan projek berkenaan. Kampung Melayu dan Larkin adalah lokasi yang dipilih bagi melaksanakan projek ekonomi dan pelancongan. Salah satu projek ekonomi dan pelancongan yang dikendalikan dibawah program LA21 ialah projek pembangunan Sungai Sebulong.

94

Dalam kajian ini, penulis akan melihat beberapa projek ekonomi dan pelancongan yang dijalankan di Kampung Melayu, terutama projek pembangunan semula Sungai Sebulong. Penulis akan melihat pemahaman dan penglibatan masyarakat setempat dalam menjayakan projek LA21 ini. Di samping itu juga, penulis akan menjelaskan faedah LA21 kepada pihakpihak yang terlibat dan peranan MBJB dalam menarik lebih ramai penglibatan dalam masyarakat terhadap projek yang dilaksanakan.

4.10

Kaedah Analisis

Dalam kajian ini, kaedah analisis yang digunakan adalah kaedah diskriptif yang akan memerihalkan perlaksanaan projek di bawah LA21 MBJB. Hasil daripada temubual dengan pihak-pihak yang berpengetahuan luas terhadap perlaksanaan projek LA21 serta soal selidik yang dijalankan akan dibincangkan dan dianalisis. Berikut adalah pihak yang telah memberikan kerjasama bagi mendapatkan maklumat dalam sesi temubual yang dijalankan iaitu:1. Tuan Haji Asri bin Haji Amat, Penolong Pengarah, Unit Sosial dan Local Agenda 21, Majlis Bandaraya Johor Bahru. 2. Puan Hajah Khatijah Binti Salam, Ahli Jawatankuasa Penduduk, Kampung Melayu Majidee. 3. Tuan Haji Khairudin bin Abdul Hamid, Ketua Kampung Melayu Majidee. Di dalam menjalankan kajian ini penulis telah bercadang untuk menemubual Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ekonomi dan Pelancongan Tuan Haji Adam bin Sumiro, tetapi di atas nasihat Ahli Jawatankuasa Penduduk, beliau mencadangkan agar penulis menemubual Ketua Kampung Melayu Majidee. Ini kerana Ketua

95 Kampung lebih mengetahui segala aktiviti yang dilaksanakan di Kampung Melayu berbanding Pengerusi Jawatankuasa Kerja yang merupakan Ahli Majlis dan merupakan orang luar dan kurang arif terhadap aktiviti yang dilaksanakan di Kampung Melayu Majidee. Selain itu penulis juga telah menjalankan soal selidik ke atas masyarakat setempat bagi mengetahui pemahaman, penglibatan dan sumbangan masyarakat setempat ke atas projek yang dijalankan. Penulis juga ada membuat pemerhatian di lokasi terbabit bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang projek yang dilaksanakan. Hasil daripada temubual dan soal selidik yang dijalankan dapat membantu dalam proses analisis berkenaan penglibatan masyarakat setempat. Selain itu ia juga dapat membantu dalam mengenalpasti apakah peranan yang wajar dimainkan oleh MBJB dalam menarik lebih ramai penglibatan daripada masyarakat setempat.

4.11

Responden Terlibat

Soal selidik dijalankan ke atas masyarakat Kampung Melayu Majidee seramai 50 orang yang dipilih secara rawak. Responden yang dipilih secara rawak ini adalah penduduk setempat Kampung Melayu Majidee yang terdiri daripada penduduk yang berusia 18 tahun ke atas. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati 35 % penduduk yang berusia di antara 18 tahun hingga 40 tahun tinggal bersama orang tua mereka di Kampung Melayu. Dari soal selidik yang dijalankan didapati mereka yang berpendidikan tinggi iaitu sekurang-kurangnya mempunyai diploma, agak aktif dalam menyertai program LA21 serta program-program yang dianjurkan oleh pihak lain. Mereka juga berminat terhadap program LA21 walaupun masih tidak didedahkan dengan maksud LA21 itu sendiri.

96 4.12

Analisis Pemahaman Masyarakat Terhadap LA21

Setakat manakah pihak awam dan penduduk setempat memberi sambutan serta melibatkan diri dalam projek ini?. Inilah yang akan dilihat dalam analisis seterusnya. Sebelum melihat tahap penglibatan, kajian terhadap tahap pemahaman penduduk perlu dilakukan. Tahap pemahaman sememangnya dipengaruhi oleh latarbelakang. Oleh itu, hubung kait dilihat sama ada wujudnya perkaitan di antara faktor-faktor seperti tahap pendidikan, usia, jenis pekerjaan dan tempoh tinggal di kawasan berkenaan dengan tahap pemahaman penduduk terhadap LA21. Berdasar kajian yang dijalankan, penulis mendapati masyarakat setempat masih lagi belum dapat memahami sepenuhnya perlaksanaan konsep LA21 di kawasan tempat tinggal mereka. Daripada soal selidik yang dijalankan, sebahagian besar daripada masyarakat Kampung Melayu yang ditemubual tidak memahami atau kurang memahami prinsip pembangunan LA21. Bilangan yang memahami adalah begitu kecil iaitu kira-kira 35% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Daripada kajian yang dijalankan didapati mereka yang memahami tentang LA21 serta program-program LA21 yang dijalankan oleh MBJB adalah penduduk yang aktif berpolitik serta ahli jawatankuasa penduduk sahaja. Mereka merupakan penduduk tempatan dan tempoh tinggal di Kampung Melayu melebihi 10 tahun. Soal selidik yang dijalankan juga mendapati mereka ini terdiri daripada golongan yang berpendidikan dan berusia 40 tahun ke atas. Jadual 3.1 adalah hasil kajian yang dijalankan ke atas penduduk Kampung Melayu yang dipilih secara rawak. Berdasarkan Jadual 3.1, penulis mendapati hanya 65% daripada jumlah responden berusia di antara 18 tahun – 40 tahun yang berkelulusan PMR dan SPM yang tidak faham tentang LA21. Mereka ini adalah merupakan golongan pelajar kolej-kolej swasta serta kakitangan swasta. Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, masyarakat yang sangat faham tentang LA21 adalah mereka yang berusia 40 tahun ke atas iaitu 35% daripada bilangan responden. Mereka ini merupakan golongan yang berpendidikan tinggi iaitu sekurangkurangnya diploma. Mereka juga merupakan pekerja kakitangan awam dan swasta.

97 Daripada andaian penulis, usia di antara 21 tahun hingga 40 tahun adalah merupakan usia yang sangat aktif untuk bekerja dan mungkin menjadi sebab untuk golongan ini kurang mengambil berat terhadap program LA21. Jadual 4.1: Perhubungan di antara tahap pemahaman dengan faktor-faktor lain Tahap

Usia

Pemahaman

Taraf

Pekerjaan

Pendidikan

Tempoh

Peratusan

Menetap Di

(%)

Kampung Melayu Tidak faham

18 tahun-40

PMR dan SPM

Pelajar dan Kakitangan Swasta

Daripada Jumlah Responden

> 10

65%

> 10

35%

tahun

tahun Faham

40 tahun ke atas

Diploma ke atas

Kakitangan Awam dan Swasta

tahun

(Sumber: Kajian Penulis) Hasil daripada temubual dan soal selidik yang dijalankan, kebanyakan penduduk tidak faham dengan maksud LA21 itu sendiri walaupun terdapat program LA21 telah dijalankan. Daripada kajian tersebut didapati taraf pendidikan adalah salah satu faktor yang menyebabkan pemahaman terhadap LA21 kurang. Selain itu juga, menurut pandangan penulis sikap seseorang juga mempengaruhi tahap pemahaman mereka terhadap LA21. Ini kerana sekiranya masyarakat setempat mempunyai sikap ambil tahu terhadap apa yang berlaku dipersekitaran mereka, maka tahap pemahaman mereka terhadap LA21 juga ada. Dengan demikian jelaslah, bahawa penduduk Kampung Melayu masih belum jelas terhadap LA21 dan seterusnya menyebabkan tahap pemahaman mereka kurang. Mereka juga tidak dapat membezakan program yang dijalankan itu adalah program LA21 anjuran PBT ataupun program yang dianjurkan oleh pihak lain. Bagi aktiviti gotong royong yang sentiasa dijalankan di Kampung Melayu adalah merupakan rutin bagi masyarakat setempat. Sebelum wujudnya LA21 ini, masyarakat setempat menjalankan aktiviti gotong- royong yang dikenali sebagai gerak tumpu dan akiviti ini masih diteruskan hingga kini. Ia juga merupakan salah satu aktiviti LA21 dalam kerja-kerja pembersihan dan pengindahan kawasan setempat.

98

4.13

Analisis Penglibatan Masyarakat Terhadap Perlaksanaan

Program LA21 Berdasarkan temubual bersama Tuan Haji Asri bin Haji Amat iaitu Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda, penglibatan masyarakat setempat bagi setiap aktiviti yang dianjurkan oleh MBJB adalah sebanyak 70%. Setelah kajian dijalankan didapati masyarakat setempat agak aktif dalam menyertai segala program yang dilaksanakan oleh MBJB walaupun tahap pemahaman mereka terhadap LA21 adalah kurang. Kajian yang dijalankan juga mendapati masyarakat di Kampung Melayu mempunyai majoriti penduduk yang terdiri daripada warga emas iaitu berusia melebihi 50 tahun. Daripada kajian yang dijalankan juga didapati kebanyakan masyarakat Kampung Melayu mempunyai pertalian darah di antara satu sama lain serta tinggal berhampiran, mereka juga mempunyai sikap kerjasama dan tolong-menolong yang sememangnya menjadi tradisi sejak dahulu lagi. Aktiviti tersebut termasuklah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan dan kenduri kendara. Perkaitan persaudaraan inilah yang menjadi aset penting hingga kini bagi masyarakat Kampung Melayu. Kebanyakan masyarakat amat berminat terhadap aktiviti kemasyarakatan, sukan termasuklah senaman pagi yang diadakan pada setiap pagi Sabtu di Dataran Mini, kesenian dan kebudayaan yang diadakan pada setiap malam minggu di Dewan Raya Kampung Melayu, gotong royong membersihkan Masjid dan Surau Kampung Melayu, kursus asas penanaman pokok yang diadakan pada bulan Mac 2006 dan pelbagai aktiviti lain yang dianjurkan oleh MBJB. Namun apa yang pasti, masyarakat tidak dapat untuk membezakan samaada aktiviti tersebut mempunyai kaitan dengan Local Agenda atau tidak. Mereka hanya mengetahui, MBJB adalah penganjur utama bagi segala aktiviti berkenaan. Ini kerana pihak MBJB tidak memberi pendedahan dan kefahaman terhadap LA21 kepada penduduk setempat. Jadual 4.2 menunjukkan peratusan penglibatan dan kekerapan masyarakat setempat dalam menyertai aktiviti LA21 yang dijalankan di Kampung Melayu. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas responden, penulis mendapati sebanyak 50% daripada responden pernah melibatkan diri dalam Pameran Alam

99 Sekitar yang dijalankan di Dewan Raya Kampung Melayu dan penglibatan mereka terhadap aktiviti tersebut adalah setiap kali aktiviti tersebut dijalankan mereka akan menyertainya. Bagi aktiviti gotong royong pula, sebanyak 90% daripada responden pernah menyertai aktiviti yang dijalankan dan penyertaan mereka adalah pada setiap kali aktiviti tersebut dijalankan. Taklimat Alam Sekitar yang jarang dilaksanakan hanya dapat menarik 40% daripada responden. Ini kerana mereka yang terlibat adalah terdiri daripada AJK Penduduk, Ahli Pemuda UMNO serta beberapa masyarakat yang aktif berpolitik di Kampung Melayu. Penyertaan mereka bagi taklimat alam sekitar adalah kadangkala sahaja. Bagi Seminar LA21 yang pernah dijalankan hanya dapat menarik 35% daripada responden. Ini kerana penyertaan bagi aktiviti seminar LA21 juga terdiri daripada AJK Penduduk, Ahli Pemuda UMNO serta beberapa masyarakat setempat. Menurut responden yang juga AJK Penduduk Kampung Melayu, hanya sekali sahaja MBJB menganjurkan seminar LA21 dan sambutan yang diberi agak kurang memberansangkan kerana kebanyakan penduduk menganggap seminar LA21 yang dijalankan hanya segelintir masyarakat sahaja iaitu AJK Penduduk serta beberapa masyarakat yang sememangnya berpengaruh di Kampung Melayu. Jadual 4.2: Penglibatan dan Kekerapan Masyarakat Setempat Dalam Menyertai Aktiviti LA21. Aktiviti i. Pameran Alam Sekitar

Penglibatan

Kekerapan

50%

Setiap kali aktiviti dijalankan

Gerak Kerja ii. Gotong Royong -

Membersihkan

kawasan sekitar -

Menyelenggara parit

dan longkang -

Membersihkan

rumah Ibadat - Membersihkan tempat awam

90%

Setiap kali aktiviti dijalankan

100 iii. Taklimat Alam Sekitar -

Penyediaan pelan

Kadangkala 40%

tindakan - Merangka aktiviti-aktiviti iv. Seminar Local Agenda

35%

21

Kadangkala

- Seminar alam sekitar v. Dialog PBT Dengan Warga Bandar -

Mengutarakan

Kadangkala 60%

masalah kepada PBT - Berbincang dalam mencari penyelesaian masalah yang di hadapi. vi. Lain-Lain Aktiviti: -

Pertandingan

Mewarna bagi kanak-kanak -

Aktiviti Sukan

-

Kesenian

85%

Setiap kali aktiviti dijalankan

(Sumber: Kajian Penulis)

Dialog MBJB dengan warga bandar mendapat sambutan 60% daripada jumlah responden dan penyertaan mereka dalam aktiviti dialog tersebut hanya kadangkala sahaja. Ini kerana menurut responden tidak semua dialog bersama MBJB yang dijalankan dapat mereka hadiri kerana kebiasaannya apa-apa masalah yang dihadapi penduduk akan disampaikan kepada MBJB melalui AJK Penduduk yang telah dilantik. Maka dengan demikian kebanyakan penduduk akan mempertanggungjawabkan AJK Penduduk untuk membincangkan dan berdialog dengan MBJB bagi menyelesaikan masalah penduduk Kampung Melayu.

101 Bagi aktiviti seperti pertandingan mewarna, aktiviti sukan seperti senaman pagi, kesenian dan lain-lain lagi mempunyai 85% daripada responden pernah menyertainya. Aktiviti tersebut kebanyakan akan dihadiri oleh penduduk pada setiap kali aktiviti tersebut dijalankan. Secara keseluruhannya, penulis mendapati semua peringkat usia daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pekerjaan mempunyai sikap yang positif untuk menyertai segala program yang dianjurkan oleh MBJB. Dengan demikian jelaslah bahawa masyarakat Kampung Melayu secara keseluruhannya menyambut baik saranan kerajaan dalam menyertai program yang dianjurkan oleh MBJB. Mereka menyertainya bukan atas dasar ianya merupakan program LA21, tetapi sikap positif mereka sendiri untuk menyertainya. Hanya pihak MBJB sahaja yang kurang mempromosikan program LA21 secara meluas dan pihak MBJB hanya mengadakan aktivitiaktiviti LA21 tanpa menjelaskan dan memperkenalkan LA21 itu sendiri kepada masyarakat. Bagi masyarakat, pemahaman terhadap LA21 sememangnya amat perlu dan penting. Ini kerana dengan adanya pengetahuan tentang LA21, maka segala maklumat yang berkaitan dengan LA21 dapat disampaikan oleh MBJB dengan mudah kepada masyarakat. Selain itu, LA21 merupakan program untuk masyarakat dan adalah penting untuk masyarakat mengetahuinya agar mereka faham bahawa segala aktiviti yang dilaksanakan adalah hanya untuk mereka.

4.14

Analisis Sumbangan Masyarakat Setempat Di dalam menjaga kebersihan dan keindahan Kampung Melayu, masyarakat

setempat adalah merupakan pihak utama dalam memberi sumbangan terhadap segala aktiviti dan program yang dijalankan. Manakala di peringkat perancangan program LA21 hanya Ahli Jawatankuasa Penduduk sahaja yang terlibat secara langsung dengan PBT. Sekiranya penduduk setempat mempunyai masalah, maka ia akan menyampaikan kepada AJK Penduduk untuk dibincangkan bersama PBT.

102

Di dalam kajian penulis, didapati setiap masyarakat mempunyai peranan yang tersendiri dalam memberi sumbangan bagi mencapai tahap persekitaran yang indah dan bersih selari dengan wawasan masyarakat. Pihak yang berpengetahuan terhadap LA21 pula bersama-sama memberi sumbangan ke arah objektif jawatankuasa ekonomi dan perlancongan. Dari kajian yang dijalankan didapati responden ada menyatakan sumbangan mereka terhadap persekitaran dan juga projek yang dijalankan. Antara sumbangan yang diberikan adalah seperti berikut :-

4.14.1 Menjaga Persekitaran Kajian menunjukkan hampir 70% penduduk Kampung Melayu yang menetap melebihi 10 tahun berperanan untuk menjaga persekitaran tempat tinggal mereka. Menurut Puan Hajah Khatijah binti Salam seorang Ahli Jawatankuasa Penduduk, seseorang yang telah lama menetap di Kampung Melayu akan mengambil berat terhadap kawasan kediaman mereka dan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran. Ini berbeza pula dengan penyewa-penyewa dan pemegang Lesen Pendudukan Sementara (LPS), mereka mengambil sikap tidak peduli terhadap persekitaran dan tidak mengambil berat terhadap kebersihan kediaman mereka. Kebanyakan mereka beranggapan, mereka tidak menetap lama dan tidak perlu melibatkan diri dalam kerja-kerja pembersihan persekitaran. Berdasarkan maklumat daripada penduduk setempat, kawasan rizab sungai di Sungai Sebulong telah dicerobohi secara haram oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab dengan mendirikan penempatan setinggan. Di atas inisiatif kerajaan, maka mereka diberikan LPS yang perlu diperbaharui secara tahunan. Dari pengamatan penulis di lokasi, pemegang LPS yang tinggal di tepi-tepi sungai masih membuang sampah ke dalam sungai walaupun pihak PBT telah membersihkan dan menaiktaraf Sungai Sebulong tersebut.

103 4.14.2 Menyertai Aktiviti Setempat Penyertaan masyarakat terhadap aktiviti yang dianjurkan adalah satu sumbangan besar masyarakat dalam menjayakan program LA21. Kebanyakkan masyarakat sentiasa menyambut baik setiap program yang dijalankan di Kampung Melayu. Menurut Ahli Jawatankuasa Penduduk, masyarakat Kampung Melayu akan mengambil bahagian bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Ini boleh dilihat pada awal bulan Mac 2006, satu kursus penanaman pokok telah dijalankan di Dewan Raya Kampung Melayu dan kursus tersebut disambut baik oleh penduduk dan mempunyai penyertaan yang besar. Bagi program senam pagi dan aktiviti kesenian dan kebudayan yang diadakan pada setiap hujung minggu, kebanyakan penduduk akan menyertai program tersebut dengan bilangan peserta yang besar. Jelaslah di sini masyarakat Kampung Melayu sentiasa menyambut baik segala program yang dilaksanakan walaupun mereka tidak jelas akan LA21.

4.14.3 Memberi Pandangan dan Idea Di Kampung Melayu, terdapat segelintir masyarakat yang peka terhadap persekitaran selain sentiasa mengikuti perkembangan terkini pembangunan di Kampung Melayu. Dengan sikap sedemikian, masyarakat tersebut akan bersamasama mengikuti segala program yang dijalankan oleh MBJB termasuklah aktiviti berdialog di antara pihak MBJB dengan masyarakat yang diadakan sebulan sekali di Dewan Raya Kampung Melayu. Hasil kajian yang dijalankan mendapati masyarakat yang peka terhadap persekitaran semasa dapat memberi sumbangan kepada pembangunan Kampung Melayu. Idea dan pandangan masyarakat akan diambil kira ketika sesi dialog dijalankan. Manamana idea dan pandangan positif ke arah pembangunan mampan dan kesejahteraan Kampung Melayu akan memberi manfaat kepada masyarakat.

104 4.15

Analisis Cadangan-Cadangan Masyarakat Bagi Pemantapan LA21

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, masyarakat Kampung Melayu sememangnya inginkan yang terbaik bagi menjamin keselesaan dan keindahan tempat tinggal mereka. Daripada kajian didapati 85% daripada responden mahu memberikan kerjasama dan menyertai setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PBT. Pelbagai cadangan turut diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Majidee bagi memantapkan lagi projek LA21 di masa akan datang. Antara cadangan-cadangan yang diberikan oleh masyarakat setempat adalah seperti berikut:-

4.15.1 Kempen Kesedaran Kempen kesedaran adalah merupakan salah satu cadangan yang diberikan oleh penduduk setempat. Menurut responden, kempen kesedaran amatlah perlu bagi memberikan kesedaran kepada penduduk setempat, terutama kepada penduduk yang terlibat didalam kerja-kerja pengindahan Sungai Sebulong. Ini kerana menurut responden terbabit, penduduk yang tinggal berhampiran kurang sedar akan peranan mereka untuk menjaga kebersihan Sungai Sebulong. Daripada penelitian dan pengamatan penulis di lokasi Sungai Sebulong, pihak MBJB telah pun menjalankan kerja-kerja menaiktaraf Sungai Sebulong dengan membina tembok konkrit di sepanjang sungai, tetapi ia masih tetap kotor dan berbau busuk terutama apabila hari hujan. Ini kerana masih ada penduduk yang membuang sampah terus ke dalam sungai. Ini boleh dilihat pada foto 6 dibawah keadaan sungai yang kotor walaupun kerja-kerja menaiktaraf Sungai Sebulong telah dijalankan oleh Jabatan Perairan dan Saliran dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru.

105

Foto 6: Keadaan Kotor di Sungai Sebulong Kampung Melayu Pihak MBJB seharusnya memantau dan mengawasi kegiatan penduduk yang tidak bertanggungjawab ini, selain memberikan kempen kesedaran terhadap alam sekitar dan sungai kepada penduduk sekitar.

4.15.2 Promosi LA21 dari Rumah Ke Rumah Pemahaman dan pengetahuan terhadap LA21 amat penting bagi pendudukpenduduk Kampung Melayu. Dengan adanya kefahaman tersebut segala maklumat yang berkaitan LA21 dapat difahami dengan baik dan seterusnya dapat memudahkan lagi kerja-kerja pihak MBJB dalam melaksanakan program LA21. Tetapi apa yang pasti, hanya 20% sahaja masyarakat kampung Melayu yang memahami dan berpengetahuan terhadap LA21. Oleh yang demikian, pihak MBJB seharusnya mempromosikan LA21 dengan baik dan tidak hanya menggantungkan kain rentang dan memasang ‘billboard’ di tepi-tepi jalan. Promosi dari rumah ke rumah adalah merupakan cadangan daripada salah seorang responden. Hanya dengan cara demikian sahaja ia dapat memberikan kefahaman kepada penduduk walaupun terpaksa menggunakan

106 ramai kakitangan dalam memperkenalkan LA21 ini. Ini kerana program LA21 bukanlah program bagi sebuah parti politik tetapi ia merupakan program untuk masyarakat.

4.15.3 Pendekatan daripada Peringkat Sekolah-Sekolah Daripada kajian yang dijalankan ke atas responden serta Pn Hajah Kalijah Bt Salam selaku AJK Penduduk Kampung Melayu, mereka berpendapat bagi pelajar sekolah pemahaman terhadap LA21 juga amat perlu. Ini kerana mereka merupakan generasi akan datang yang bakal mewarisi segala bentuk pembangunan pada masa kini. Oleh yang demikian pihak PBT seharusnya memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap LA21 serta melibatkan para pelajar dalam setiap program yang dijalankan.

4.15.4 Keanggotaan dari Masyarakat Setempat Pemantapan terhadap program LA21 amat perlu dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan menepati kehendak masyarakat pada masa kini, maka keanggotan daripada masyarakat setempat adalah perlu. Kajian penulis mendapati, aktiviti yang dirancang oleh PBT adalah hasil daripada mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Penduduk tanpa melibatkan masyarakat setempat. Ini menyebabkan maklumat dan aktiviti-aktiviti LA21 tidak sampai kepada masyarakat. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, responden mencadangkan agar keanggotaan bagi program LA21 diberikan sepenuhnya kepada masyarakat setempat kerana hanya masyarakat setempat sahaja tahu yang mana terbaik untuk mereka.

107

4.15.5 Pertandingan Gerai dan Kedai Tercantik Di Kampung Melayu, projek ekonomi dan pelancongan adalah program LA21 yang telah dipilih. Oleh yang demikian, MBJB serta pihak-pihak yang terlibat akan berkerjasama memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Hasil dari soal selidik yang dijalankan, terdapat responden mencadangkan agar pertandingan gerai dan kedai tercantik diadakan. Oleh kerana Kampung Melayu merupakan projek LA21 bagi program ekonomi dan pelancongan, maka dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Kampung Melayu. Menurut responden, kebersihan dan keindahan persekitaran bukan sahaja ditujukan pada kediaman, sungai dan tempat awam, tetapi rumah-rumah kedai dan gerai juga seharusnya diberi perhatian yang sama. Dengan demikian, ia dapat memberikan keadaan persekitaran Kampung Melayu bersih, nyaman dan seterusnya dapat membantu menjana aktiviti ekonomi yang lebih baik sepertimana dalam wawasan masyarakat bagi Projek Ekonomi dan Pelancongan.

4.16

Peranan Pihak MBJB dalam Memastikan Penglibatan Masyarakat Terhadap Aktiviti yang Dianjurkan Pihak MBJB merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan bagi

melaksanakan program LA21 dan ini dapat dibuktikan dalam Bab 28 Agenda 21. Dalam Bab 28 Agenda 21 ini telah menetapkan supaya PBT di seluruh dunia melakukan proses perundingan dengan masyarakat, organisasi tempatan dan sektor swasta untuk mencapai persetujuan tentang “satu Local Agenda 21” untuk masyarakat. Maka, MBJB seharusnya memainkan peranan agar program LA21 yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya dapat menarik penglibatan masyarakat dalam LA21. Berikut adalah hasil pandangan orang ramai terhadap peranan yang wajar dimainkan oleh PBT iaitu:-

108

4.16.1 Mengetuai Segala Program LA21 Yang Dirancang Setiap program LA21 yang dilaksanakan seharusnya diketuai oleh MBJB. Ini kerana pihak MBJB adalah merupakan ’mastermind’ dan bertindak sebagai pengurus bagi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Manakala, pihak-pihak berkepentingan yang lain seperti pihak swasta, masyarakat, NGO dan lain-lain lagi akan melaksanakan program yang telah digariskan dalam pelan tindakan. Berdasarkan daripada kajian yang telah dijalankan, responden berpendapat agar pihak MBJB akan terus mengetuai segala aktiviti yang dilaksana. Ini kerana menurut responden, sekiranya pihak berkuasa yang mengetuai programprogram yang dirancang, maka penglibatan daripada orang awam agak begitu ramai. Dengan demikian, aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan daripada penyertaan orang awam yang ramai dan seterusnya program tersebut dapat mencapai objektif yang telah digariskan.

4.16.2 Membuat Kawalan dan Pengawasan Terhadap Aktiviti Yang Dijalankan Setiap program yang dilaksanakan seharusnya perlu dipantau dan dikawal oleh pihak MBJB. Dengan cara pemantauan, segala perjalanan aktiviti LA21 dapat dilihat pencapaiannya dari semasa ke semasa. Sekiranya pemantauan tidak dijalankan, maka masyarakat bimbang objektif bagi aktiviti tersebut tidak tercapai atau aktiviti yang dijalankan terhenti dan tidak diteruskan. Oleh yang demikian, masyarakat berpendapat agar setiap aktiviti yang dilaksanakan perlulah dipantau dan dikawal oleh pihak MBJB terutama aktiviti yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk melihat hasilnya seperti pengindahan Sungai Sebulong.

109 4.16.3 Mempromosikan LA21 Promosi terhadap LA21 mestilah dipertingkatkan agar maklumat berkaitan LA21 dapat sampai kepada masyarakat dengan tepat. Pihak MBJB merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan dan adalah wajar promosi secara besaran-besaran diadakan. Jika kita lihat sekarang, promosi LA21 hanya pada banner yang diletakkan di persimpangan jalan dan juga billboard yang dipasang di bandaraya Johor Bahru. Keadaan sedemikian menyebabkan orang ramai tidak tahu akan kewujudan LA21 yang merupakan program untuk masyarakat. Daripada temubual yang dijalankan bersama Tuan Haji Asri bin Haji Amat Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda 21, beliau menyetujui sememangnya promosi terhadap LA21 agak kurang dijalankan dan ini kerana kos yang besar akan timbul sekiranya promosi secara elektronik dilaksanakan. Walaupun kita percaya bahawa promosi secara elektronik agak lebih berkesan. Oleh yang demikian, responden berpendapat agar promosi dari rumah ke rumah perlulah dijalankan agar setiap maklumat dapat sampai kepada masyarakat.

4.16.4 Mencari Penganjur Bagi Menampung Pembiayaan Projek LA21 Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kos bagi setiap aktiviti LA21 yang dijalankan agak besar, maka pihak MBJB seharusnya dapat mencari penganjur yang boleh bersama-sama membangun dan melaksanakan aktiviti LA21. Oleh itu, pihak MBJB seharusnya dapat memainkan peranan dengan baik dalam mencari penganjur bagi melaksanakan sesuatu aktiviti.

4.8

Kesimpulan Secara kesimpulannya, masyarakat Kampung Melayu masih tidak

memahami dan mengetahui akan kewujudan LA21. Ini kerana promosi terhadap

110 LA21 agak kurang dilaksanakan. Hanya masyarakat yang aktif berpolitik dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti Ahli Jawatankuasa Penduduk sahaja yang mengetahuinya. Walaupun bilangan masyarakat yang berpengetahuan terhadap LA21 agak begitu kecil tetapi apabila pihak PBT menganjur dan mengadakan pelbagai aktiviti LA21, penglibatan daripada masyarakat setempat agak tinggi. Daripada kajian yang dijalankan sememangnya masyarakat Kampung Melayu dapat menerima dan menyambut baik segala aktiviti yang dilaksanakan. Selain itu, masyarakat Kampung Melayu juga bersikap terbuka dan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan terutama dalam pembangunan ekonomi dan pelancongan. Meskipun demikian, masih ada masyarakat yang menetap di Kampung Melayu secara haram (setinggan) serta pemegang LPS dan warga asing yang menyewa rumah di Kampung Melayu, mereka bersikap tidak ambil peduli dan kurang prihatin kepada kebersihan persekitaran. Ini menyebabkan keadaan persekitaran agak kotor dan berbau terutama setinggansetinggan yang tinggal berhampiran dengan Sungai Sebulong. Selain itu, cadangan penduduk mengenai peranan PBT ada dijelaskan supaya perlaksanaan LA21 lebih berkesan dan seterusnya pihak-pihak berkepentingan dapat menikmati keadaan persekitaran yang selesa di samping dapat menjana ekonomi ke arah yang lebih cemerlang. Oleh yang demikian jelaslah disini bahawa, analisis yang telah dijalankan oleh penulis telah pun mencapai objektif seperti yang telah dinyatakan dalam bab pertama penulisan. Antara objektif yang telah digariskan oleh penulis adalah dengan meninjau penglibatan masyarakat setempat dalam menyertai aktiviti LA21. Di sini penulis telah pun mencapai objektif iaitu berdasarkan temubual dengan Tuan Haji Asri bin Haji Amat Penolong Pengarah Unit Sosial dan Local Agenda dan Puan Hajah Khatijah binti Salam, Ahli Jawatankuasa Penduduk serta soal selidik ke atas penduduk setempat. Dalam bab seterusnya, penulis akan membuat kesimpulan dan rumusan secara keseluruhan. Selain itu, penulis juga akan mengupas segala permasalahan yang wujud semasa kajian dijalankan.

111

BAB V

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.4

Pengenalan

Program LA21 adalah program yang dilaksanakan hasil daripada kerjasama antara PBT, pihak swasta dan masyarakat. Program ini menekankan alam sekitar dan pembangunan mestilah diintegrasikan untuk pembangunan yang seimbang dan mampan. Bagi menjayakan projek ini, penyertaan dan penglibatan daripada orang awam amat penting kerana program ini adalah merupakan program untuk masyarakat. Setelah kajian dijalankan, didapati masyarakat sememangnya melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dijalankan tetapi mereka tidak memahami akan maksud LA21 itu sendiri. Sekiranya masyarakat tidak mengetahui tentang LA21, maka maksud dan tujuan diwujudkan projek LA21 tidak akan sampai pada masyarakat. Oleh itu, penulis menyarankan agar mana-mana PBT yang ingin melaksanakan projek LA21 perlulah terlebih dahulu memperkenalkan projek LA21 kepada masyarakat. Hasil daripada kajian dan analisis penulis dalam Projek Sarjana ini, diharap dapat memberi panduan kepada pihak PBT bagi melaksanakan projek LA21 di kawasan Bandaraya Johor Bahru. Di dalam kajian ilmiah ini juga penulis ada menjelaskan tentang LA21 serta proses perlaksanaannya yang mana ia juga boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada masyarakat yang tidak mengetahuinya.

112

Dalam bab ini, penulis akan memberi cadangan-cadangan yang akan dapat membantu pihak PBT dalam mempromosikan LA21 kepada masyarakat dan tidak hanya promosi pada ‘banner’ atau ‘billboard’ di tepi-tepi jalan. Selain itu penulis akan membuat kesimpulan daripada hasil kajian yang telah dijalankan. Dengan perbincangan yang akan penulis nyatakan maka gambaran secara keseluruhan kajian dapatlah diperolehi.

5.5

Rumusan Kajian

Secara keseluruhannya, apa yang telah dibincangkan oleh penulis adalah berkenaan perlaksanaan projek LA21 di peringkat PBT. Di sini penulis melihat Daerah Johor Bahru merupakan salah satu bandaraya yang pesat membangun dan dalam masa yang sama melaksanakan projek LA21 yang mempunyai objektif ke arah pembangunan mampan. Oleh yang demikian penulis membuat kajian ke atas perlaksanaan projek LA21 oleh pihak MBJB bagi melihat tahap pemahaman dan penyertaan masyarakat yang terlibat. Dalam bab kedua, penulis ada membincangkan berkenaan faedah-faedah daripada perlaksanaan projek LA21 yang mana semua pihak yang terlibat akan mendapat pelbagai faedah hasil daripada perlaksanaan projek LA21. Jelaslah di sini bahawa projek LA21 sememangnya dapat memberi kesan positif kepada kehidupan dan alam sekitar. Dalam bab kedua, penulis ada juga membincang tentang peranan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program LA21. Setiap pihak yang terlibat mempunyai peranan masingmasing dalam melaksanakan projek LA21 terutama sekali PBT. Ini kerana PBT merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan projek LA21 dan adalah wajar PBT mempromosikan LA21 kepada umum. Dalam kajian ini, penulis juga telah mencapai objektif pertama, kedua dan ketiga iaitu di dalam bab keempat (analisis dan penemuan). Sebelum penghasilan bab ini penulis telah menjalankan soal selidik di kawasan kajian dan di sini

113 penulis telah menganalisis tahap pemahaman dan pengetahuan masyarakat setempat. Dalam bab ini juga penulis penulis ada membincangkan tentang penglibatan masyarakat dalam semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Hasil daripada kajian tersebut didapati masyarakat masih tidak faham akan LA21 dan apa yang agak memeranjatkan mereka juga tidak tahu bahawa wujud projek LA21 di kawasan kediaman mereka. Masyarakat juga tidak mengetahui bahawa projek LA21 adalah merupakan projek bersama masyarakat yang dianjurkan oleh PBT. Tetapi yang pasti masyarakat menerima baik segala aktiviti yang dijalankan walaupun mereka agak kurang faham tentang fungsi projek LA21 di kawasan penempatan mereka. Bagi PBT pula, peranan yang dimainkan agak kurang, dari pengesahan Tuan Haji Asri B Haji Amat Penolong Pengarah Unit Sosial Dan Local Agenda, promosi agak kurang menyebabkan ramai masyarakat tidak tahu akan LA21 ini. Dalam bab keempat ini juga, penulis mengambil kira pandangan orang ramai terhadap peranan PBT, selain bab kedua menjelaskan peranan PBT dalam menjayakan program LA21. Secara keseluruhannya matlamat kajian dapat dicapai dengan baik sekali terutama setelah soal selidik dijalankan.

5.6

Cadangan Mempromosikan LA21 Secara Meluas Program LA21 sememangnya dapat memberi manfaat kepada semua yang

terlibat. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh penulis dalam bab kedua iaitu faedah yang akan diterima sekiranya program LA21 dilaksanakan. Oleh itu, program LA21 seharusnya dipromosi secara meluas oleh PBT, agar masyarakat tahu bahawa program tersebut dapat memberikan faedah kepada mereka. Walaupun sebelum wujudnya program LA21 masyarakat telah pun didedahkan dengan pelbagai program seumpamanya yang lebih dikenali sebagai program gerak tumpu tetapi bagi program LA21 yang mempunyai matlamat dan tujuan seharusnya ia disampaikan kepada masyarakat.

114 Sepertimana yang telah difikirkan dan dikaji oleh penulis, promosi adalah elemen utama sebelum perlaksanaan LA21 itu dijalankan. Tuan Haji Asri B Haji Amat juga pernah menjelaskan bahawa di MBJB sendiri promosi terhadap LA21 sememangnya sangat kurang. Kos yang tinggi adalah merupakan alasan program LA21 kurang dipromosikan. Oleh yang demikian penulis mencadangkan agar PBT bersama-sama KPKT bekerjasama dengan Jabatan Penyiaran untuk mempromosikan program LA21 secara elektronik.

5.7

Masalah dan Limitasi Kajian

Di dalam menghasilkan kajian ini, tidak banyak halangan dan permasalahan yang mengganggu daripada segi mendapatkan maklumat. Ini kerana semua pihak yang ditemubual memberikan kerjasama dengan baik. Tetapi apa yang menjadi masalah adalah ketika menjalankan soal selidik ke atas masyarakat Kampung Melayu. Ketika soal selidik dijalankan, penulis telah ke Kampung Melayu pada waktu bekerja menyebabkan kerja-kerja soal selidik terpaksa ditangguhkan kerana ramai penduduk keluar berkerja dan yang tinggal hanyalah golongan suri rumah serta warga emas. Bagi mengatasi masalah ini, soal selidik telah dijalankan pada hujung minggu. Kerjasama yang diberikan oleh masyarakat Kampung Melayu amat baik. Terdapat juga masyarakat yang mengadu permasalahan mereka kepada penulis terutama terhadap kebersihan Sungai Sebulong yang telah dinaiktaraf tetapi keadaan kotor masih tetap sama. Hasil kajian hanya menunjukkan keadaan semasa yang menumpukan kepada projek yang telah dilaksanakan dan kajian tidak melihat kesemua program LA21 MBJB. Selain itu penulis juga meninjau proses perlaksanaan projek LA21 di MBJB serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dalam pelan tindakan yang dihasilkan secara bersama. Penganalisaan data adalah melalui kutipan data di MBJB berdasarkan temubual di antara penulis dengan Tuan Haji Asri bin Haji Amat Penolong Pengarah Unit Sosial dan LA21 serta Ahli Jawatankuasa Penduduk Puan Hajjah Khatijah Bt Salam.

115

5.8

Cadangan Kajian Lanjutan

Walaupun terdapat kajian berkenaan LA21 dijalankan, tetapi penulis mendapati kajian tersebut lebih kepada penyertaan komuniti dalam penghasilan pelan tindakan dan kajian pembangunan mampan melalui LA21. Apa yang penulis lihat kini, perlaksanaan LA21 oleh PBT telah pun dilaksanakan tetapi masih ada masyarakat yang tidak memahami akan LA21 dan masyarakat juga tidak tahu akan kewujudan projek LA21 di kawasan kediaman mereka. Di sini penulis telah fikirkan beberapa kajian lanjutan yang boleh dikaji oleh mana-mana pihak yang ingin mengkaji. Antara tajuk yang difikirkan dan dicadangkan oleh penulis adalah:1.

Kajian terhadap penyertaan pihak swasta dalam

membantu PBT melaksanakan projek LA21. Diharapkan ada pihak yang dapat mengkaji kajian lanjutan yang dicadangkan oleh penulis. Ini kerana pihak swasta juga merupakan pihak berkepentingan dan adalah perlu untuk kita ketahui setakat mana pihak swasta membantu dalam perlaksanaan projek LA21.

5.9

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penulisan ini adalah kajian terhadap perlaksanaan LA21 di MBJB. Dalam kajian ini penulis telah memilih Kampung Melayu sebagai kawasan kajian kes kerana projek LA21 telah pun dilaksanakan di Kampung Melayu iaitu di bawah program ekonomi dan pelancongan. Kajian yang dijalankan di Kampung Melayu ini adalah melihat tahap pemahaman dan pengetahuan masyarakat setempat terhadap LA21. Dengan melihat tahap pemahaman dan pegetahuan ini, penulis mengandaikan bahawa sekiranya masyarakat berpengetahuan maka adalah mudah untuk

116 mereka melibatkan diri dalam setiap projek LA21 yang dijalankan. Apa yang pasti jangkaan penulis tidak tepat kerana walaupun masyarakat kurang memahami dan ada yang langsung tidak mengetahui langsung tentang LA21, mereka tetap bersemangat terhadap segala aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh PBT dan tahap penglibatan mereka adalah sebanyak 70%. Setelah penyelidikan dijalankan, penulis mendapati masyarakat Kampung Melayu sememangnya memupuk sikap bekerjasama sejak dari dahulu lagi selain terdapat sesetengah daripada mereka mempunyai ikatan tali persaudaraan yang menjadi aset utama keharmonian di Kampung Melayu. Di samping itu, penulis juga ada membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh PBT dalam menarik penglibatan orang awam dalam menyertai program LA21. Walaupun di Kampung Melayu penyertaan adalah amat menggalakan tetapi PBT juga perlu memainkan peranannya dalam mempromosikan program LA21 agar masyarakat tahu fungsi LA21 serta kepentingannya dalam menjamin kehidupan ke arah persekitaran yang selesa. Dengan cadangan yang telah dinyatakan oleh penulis di dalam bab lima ini, maka penulis berharap agar projek LA21 dapat dilaksanakan dengan baik agar matlamat ke arah pembangunan mampan dapat dicapai dengan cemerlang.

117

BIBLIOGRAFI

BUKU TEKS

1.

Halimaton Sadiah Bt Hashim [Dr.](1998). Garispanduan Perancangan Cadangan Pemajuan. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor.

2.

H.M Dahlan (1997), Urbanisasi Alam Kejiwaan Sosial Dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Kuala Lumpur.

3.

Jabatan Alam Sekitar (1997), AGENDA 21: Program Tindakan Untuk Pembangunan Mampan, Penerbitan Jabatan Alam sekitar, Kuala Lumpur.

4.

Nor Mohamed bin Mohamed Haniba (2003), Perspektif NGO dalam memajukan Pembangunan Lestari Di Malaysia, Forum 21, Petaling Jaya Selangor.

5.

Abu Bakar Abdul Majeed dan Abu Bakar Yang (2000), Pengurusan Bijak Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

6.

Tan Pek Leng (1996), Agenda 21 : Building A Fully-Development Penang, Penang State Executuve Commitee, Pulau Pinang.

TESIS

1. Mohd Sabri bin Mohamed Jamil (2003), Peranan Kajian EIA Dalam Merealisasikan Pembangunan Mampan Di Malaysia. Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Universiti Teknologi Malaysia., Skudai Johor. 2. Ismail Ibrahim (2002) Ke Arah Pembangunan Mampan Melalui Local Agenda 21. Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Universiti Teknologi Malaysia., Skudai Johor.

118

3. Muhammad Yazrin Yassin (2001), Penilaian Perkongsian Dan Penyertaan Komuniti Dalam Penghasilan Pelan Tindakan Local Agenda 21 Petaling Jaya, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

LAMAN WEB Http://Www.Kpkt.Gov.My/ http://www.bestpractices.org http://www.sustainable.org

119

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JABATAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH BORANG SOAL SELIDIK

KAJIAN TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN KAJIAN KES: KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

OBJEKTIF KAJIAN

1.

Mengenalpasti sejauh mana tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat Kampung Melayu Majidee terhadap LA21 bagi projek ekonomi dan pelancongan.

2.

Meninjau penglibatan masyarakat setempat dalam menyertai program ekonomi dan pelancongan LA21 di Kampung Melayu Majidee.

3.

Mengkaji peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melaksanakan projek LA21 yang melibatkan orang awam di Kampung Melayu Majidee.

Disediakan Oleh: Dewi Adharina Bt Mohd Yunus Sarjana Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

120

BAHAGIAN A: Maklumat Responden Arahan: Tuan/Puan/Encik/Cik dikehendaki mengisi tanda “ ” pada ruang yang disediakan. Segala kerjasama amatlah diharapkan. Terima Kasih. 1.

Umur 18 tahun – 40 tahun 40 tahun ke atas

2.

Jantina Lelaki

3.

Perempuan

Perkerjaan Kakitangan Awam

Pelajar

Kakitangan Swasta

Berkerja sendiri

Tidak Berkerja

Lain-lain Nyatakan:_____________

4.

5.

Taraf Pendidikan Sekolah Rendah

Diploma

PMR/SRP

Ijazah

SPM

Lain-lain

STPM

Nyatakan:___________

Bilangan Isi Rumah < 2 orang

< 10 orang

< 5 orang

> 11 orang

121 6.

Tempoh Tinggal Di Sini < Setahun

6- 10 tahun

2- 5 tahun

> 10 tahun

BAHAGIAN B: Maklumat Mengenai Local Agenda 21 di MBJB Arahan: Tuan/Puan/Encik/Cik dikehendaki mengisi tanda “ ” pada ruang yang disediakan. Segala kerjasama amatlah diharapkan. Terima Kasih.

1.

Adakah anda tahu tentang Local Agenda 21 Ya

2.

Tidak

Tahap kefahaman anda tentang Local Agenda 21 di MBJB Tidak Faham

3.

Dari manakah sumber yang anda perolehi maklumat berkenaan Local Agenda 21. i.

ii.

iii.

4.

Faham

Media Cetak Akhbar

Majalah

Media Elektronik Televisyen Internet

Radio

Lain-lain Risalah Kertas seminar Sekolah MBJB

Buletin Rakan-rakan Billboard/ Papan Tanda Iklan

Adakah anda pernah menyertai apa-apa program Local Agenda 21 di tempat anda Tidak Pernah Pernah

122

BAHAGIAN C: Penglibatan Diri Dalam Program LA21 Arahan: Isikan Tempat Kosong Berdasarkan Kod Di Bawah. Panduan: Kod Bagi Tahap Penglibatan 1.

Pernah melibatkan diri

2.

Tidak pernah melibatkan diri

Kod Bagi Kekerapan 1.

Setiap kali aktiviti dijalankan

2.

Kadangkala

Ekonomi dan Pelancongan adalah program yang dijalankan oleh MBJB. Beri pandangan anda tentang keberkesanan aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut:-

123 Aktiviti i. Pameran Alam Sekitar Gerak Kerja ii. Gotong Royong - Membersihkan kawasan sekitar - Menyelenggara parit dan longkang - Membersihkan rumah Ibadat - Membersihkan tempat awam iii. Taklimat Alam Sekitar - Penyediaan pelan tindakan - Merangka aktiviti-aktiviti iv. Seminar Local Agenda 21 - Seminar alam sekitar v. Dialog PBT Dengan Warga Bandar - Mengutarakan masalah kepada PBT - Berbincang dalam mencari penyelesaian masalah yang di hadapi. vi. Lain-Lain Aktiviti: - Pertandingan Mewarna bagi kanakkanak - Aktiviti Sukan - Lawatan ke lain-lain Majlis Perbandaran - Kesenian -

Penglibatan

Kekerapan

124

BAHAGIAN D: CADANGAN ATAU KOMEN 1.

Apakah pandangan anda terhadap aktiviti yang dijalankan?

2.

Berikan pendapat anda apakah faedah daripada kerja-kerja pembersihan Sungai Sebulong?

3.

Apakah sumbangan anda terhadap program Local Agenda yang dijalankan di tempat anda?

4.

Pada pandangan anda, apakah aktiviti yang boleh memantapkan lagi program Local Agenda 21

Sekian Terima Kasih..

Related Documents


More Documents from ""