Impak Rekreasi Luar Terhadap Alam Sekitar

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Impak Rekreasi Luar Terhadap Alam Sekitar as PDF for free.

More details

  • Words: 208
  • Pages: 1
INTERNATIONAL SEMINAR ON WETLANDS AND SUSTAINABILITY 2007

IMPAK REKREASI LUAR TERHADAP ALAM SEKITAR

Jaffry Zakaria Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Malaysia [email protected]

Abstrak

Sejarah sememangnya telah membuktikan bahawa persekitaran sesuatu tempat turut menyumbang kepada kelahiran dan kemajuan pelancongan. Pemandangan yang indah, iklim yang sesuai dan juga ciri-ciri landskap yang istimewa sememangnya mempengaruhi penggemar-pengemar rekreasi luar untuk memilihnya sebagai lokasi aktiviti. Menurut Fishbein & Ajzen (1980) dan Knapp (1999), sikap terhadap alam sekitar memainkan peranan penting dalam mempengaruhi dan mendorong tingkahlaku manusia terhadap alam sekitar. Manakala menurut Wright (1991) rekreasi ialah aktiviti pengisian waktu lapang yang diambil oleh individu untuk tujuan menikmati keseronokan dan termasuklah semua aktiviti yang melibatkan mereka di luar waktu kerja. Kerancakan aktiviti rekreasi luar yang menjadi trend pada masa kini secara umumnya dapat memberi impak secara langsung atau tidak langsung kepada kehidupan alam. Walau bagaimanapun setiap aktiviti yang akan dijalankan perlulah mengikut etika dan kod alam sekitar yang telah ditetapkan agar tidak mendatangkan masalah pada masa-masa akan datang. Ini adalah penting, agar generasi akan datang lebih menghargai khazanah alam lebih dari generasi pada masa kini. Berdasarkan kepada fenomena ini, penulis akan cuba mengupas dan membincangkan isu-isu dan cabaran rekreasi luar tehadap alam sekitar.

Kata Kunci : Persekitaran, Rekreasi, Cabaran

Related Documents