Jururawat Kerjaya Mulia

  • Uploaded by: ika
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jururawat Kerjaya Mulia as PDF for free.

More details

  • Words: 601
  • Pages: 2
JURURAWAT KERJAYA MULIA Perlu sentiasa tenang, sabar hadapi kerenah pesakit

Kerjaya sebagai jururawat sering dikaitkan dengan Florance Nightingale, yang diingati sebagai ‘Wanita dengan lampu’ lantaran usahanya menyediakan bantuan rawatan kepada yang menderita sakit sejak berdekad lamanya. Sekalipun sudah lama meninggal dunia namun usahanya diteruskan oleh beribu-ribu jururawat di seluruh dunia. Malah, setiap jururawat berhasrat untuk memiliki semangat Nightingale yang gigih menabur bakti kepada pesakit dalam keadaan zaman serba kekurangan. Bidang kejururawatan adalah satu bidang yang sangat mulia dan selalunya mereka yang terlibat dalam bidang ini disebut ‘unsung heroes’. Walaupun keadaan sekarang sudah jauh berubah dan dunia perubatan kini dilengkapi pelbagai peralatan dan kaedah moden, kerjaya jururawat tetap mencabar dan amat menuntut kesabaran yang tinggi terutama ketika melayani pesakit. Inilah juga yang membuatkan bidang ini lebih dimonopoli wanita kerana mereka lebih sabar dan tekun dalam menjalankan kerja yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Jururawat juga perlu sentiasa bertenang dan tidak mudah panik dalam menghadapi situasi kecemasan. Jika dikaitkan dengan sifat berkenaan, ada yang berpendapat kerjaya itu hanya sesuai untuk kaum wanita tetapi keadaan sudah berubah apabila golongan lelaki juga kini turut menceburi bidang kejururawatan. Tugas mereka dianggap penting kerana bukan hanya membantu doktor tetapi bertindak sebagai penolong kepada doctor untuk melaksanakan tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal. Berikutan itu kehadiran golongan lelaki dalam kerjaya sebagai jururawat amat diperlukan kerana peranan yang dapat dimainkan dalam membantu tugasan di hospital dan pesakit. Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan. Bagaimanapun, kalangan generasi muda hari ini kurang berminat menceburi bidang kejururawatan dan memilih kerjaya ini sebagai yang terakhir. Walaupun ada pelajar yang menyifatkan kerjaya itu tidak begitu glamor jika dibandingkan dengan profesion lain, tetapi ia mampu memberi jaminan dan masa depan cerah kepada pelajar yang mengikuti kursus berkenaan. Sebenarnya, profesion jururawat adalah satu bidang yang sangat berharga. Ini kerana ia mempunyai prospek yang cerah dan nilai pasaran tinggi terutama di negara luar seperti Timur Tengah yang bersedia menawrkan tempat untuk berkhidmat di sana. Ramai tidak tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih

terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerina gaji permulaan yang lumayan,termasuk pelbagai elaun dan insentif. Apa yang penting, kerjaya sedia menanti bagi setiap jururawat yang lulus pengajian. Malah, jururawat juga peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falasafah. Malah, bilangan jururawat Negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi. Seperti biasa, selain mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya itu, pelajar perlu juga menepati beberapa kelayakan yang diperlukan sebelum berjaya mengikuti kursus kejururawtan. Penguasaan dan pengetahuan pelajar yang baik dalam bidang sains dan matematik salah satu kelayakan asas yang diperlukan memandangkan tugas jururawat banyak berkaitan dengan perubatan. Selain itu, jika seseorang pelajar sudah menetapkan matlamat untuk mengikuti kursus kejururawatan, mereka sekurang-kurangnya boleh membuat persediaan mengumpul pengetahuan serta maklumat berkaitan bidang perubatan yang boleh menjadi kelebihan kepada calon untuk melayakkan diri mengikuti kursus kejururawatan. Seseorang jururawat juga digalakkan menguasai bahasa inggeris yang baik kerana selain untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi atau merebut peluang bekerja di luar negara, jururawat juga berkemungkinan perlu melayan pesakit yang bahasa ibundanya Bahasa Inggeris. Malah, kemahiran berbahasainggeris membolehkan jururawat segera memahami arahan dan berurusan dengan doktor pakar yang datang dari luae negara. Secara purata, kerajaan meemrlukan lebih kurang 75,000 jururawat bagi tujuan berkenaan, ini bermakna kerajaan perlu melatih dalam anggaran 5,000 jururawat setahun. Malah, kerajaan mensasarkan nisbah bilangan kepada penduduk adalah bersamaan 1:200 menjelang 2010. Memandang negara masih kekurangan jururawat yang bukan sahaja berlaku di hospital kerajaan, tetapi di hospital swasta juga, maka peluang bekerja dalam bidang kejururawatan terbuka luas kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Syarat kelayakan menyertai bidang kejururawatan: -Lulus peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat kepujian dalam mata

Related Documents

Memilih Kerjaya
June 2020 15
Kerjaya Aeroangkasa
October 2019 36
Kerjaya (2)
October 2019 27
Kerjaya Geografi
November 2019 24

More Documents from "azmismklb1"