Minggu Praktikum
:8
Tarikh
: 24 Septeber 2018
Tajuk Jurnal
: Masalah murid tidak menyiapkan kerja sekolah
1. Isu Yang Difokuskan: Dalam minggu kelapan praktikum, masalah yang telah saya mengenalpasti pada minggu ini ialah masalah murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Masalah ini dapat saya kesan apabila kertas latihan yang dikutip daripada murid tidak mengikut jumlah bilangan murid kelas. Murid tidak menyiapkan tugas yang diberi oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan. 2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu): Masalah ini timbul adalah kerana lembaran kerja yang diberikan kepada setiap murid untuk disiapkan tidak sempat disiapkan semua pada waktu PdPc. Hal ini demikian kerana, murid-murid ini bermain bersama rakan sebayanya yang telah siap membuat tugasan sedangkan kerja sekolah sendiri yang diberi oleh guru belum disiapkan olehnya. Walaubagaimanapun, dengan murid-murid yang tidak berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan guru terpaksa untuk meminta murid membawa kerja ini balik ke rumah untuk disiapkan. Pada keesokan harinya apabila meminta murid-murid untuk menghantar lembaran kerja tersebut tetapi murid-murid tersebut masih juga tidak dapat menyiapkannya walaupun sudah diminta oleh guru untuk disiapkan di rumah. Hal ini jika terus dibiarkan berterusan akan memberi kesan negetif kepada murid ini dan seluruh warga kelas. 3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas): Yeo dan Ainul (2011) menggariskan bahawa pelajar memerlukan kerja rumah yang pelbagai jenis sesuai dengan tajuk yang dipelajari supaya ia dapat membantu pelajar lebih memahami apa yang diajar guru, seterusnya membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Justeru itu, tidaklah dapat dinafikan kepentingan kerja rumah dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajaran murid sekolah.
Seterusnya, Stevens dan
Rosenshine (1981) mengatakan guru yang berkesan akan memastikan murid-murid sentiasa terlibat dalam pembelajaran dengan melakukan kerja yang diarahkan dan menyempurnakan kerja rumah yang diberi, di samping kerap menguji dan menilai prestasi murid.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: a. Melantik beberapa murid yang dapat menyiapkan kerja rumah dengan cepat sebagai guru muda bagi membimbing pelajar yang lemah. b. Lembaran kerja yang diberi harus diteliti dan disemak selalu bagi mengenalpasti murid-murid yang sering tidak menghantar buku-buku mereka. c. Memanggil murid yang tidak menyiapkan kerja rumah dengan meminta mereka memberitahu masalah yang dihadapi. d. Melaksanakan sistem kawalan sosial memfokuskan tentang ganjaran dan dendaan. Guru akan menggunakan sticker sebagai ganjaran. Setiap kali murid menyiapkan latihan, guru akan memberi sticker dan menampal sticker tersebut pada belakang nametag. Manakala, murid yang tidak membuat latihan guru akan memotongkan sticker belakang nametag. Ini dapat memberikan motivasi murid untuk menyiapkan latihan di mana hadiah akan diberikan pada akhir bulan.
5. Tempoh Masa Penyelesaian: PdP seterusnya 6. Tindakan Susulan: Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus diberi kesedaran oleh guru tentang kelemahan diri mereka. Guru perlu sabar dan sanggup berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi murid melalui pantauan berterusan terhadap latihan dan kerja rumah murid. Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan seperti yang dicadangkan tadi. Rujukan Stevens, R., & Rosenshine, B. (1981). Advances in research on teaching. Exeptional Education Quarterly, 2(1), 1-9. Yeo Kee Jiar dan Ainul Hakimah, (2011). Hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar dari kelas premier di dua buah sekolah menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 28-50 Universiti Teknologi Malaysia.
Minggu Praktikum 7.
:8
Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
28 September 2018 8.
Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif. Justeru, guru perlu sentiasa tegas terhadap pelaksanaan sistem kawalan sosial memfokuskan ganjaran dan dendaan supaya sistem ini sentiasa berkesan untuk mengawal tingkah laku murid-murid. Selain itu, teknik guru muda dapat mencungkil tahap keyakinan diri murid. Secara tidak langsung murid yang lemah tidak berasa malu untuk bertanya apabila terdapat sesuatu yang kurang memahami. Hal ini kerana guru muda boleh membimbing mereka. 9.
Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika ada)):
Kerja rumah yang diberi kepada murid bertujuan untuk meningkatkan tahap pencapaian murid sekali gus mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang telah dilaksanakan. Sebagai seorang guru mestilah memastikan kerja rumah yang diberi disiapkan untuk memperkukuhkan ilmu pengetahuan yang disampaikan. Saya berasa bangga dan terharu kerana murid yang lemah dapat dibantu untuk menyiapkan kerja dan murid yang cemerlang dapat dicungkil bakat untuk menjadi guru muda untuk membantu dan membimbing rakan mereka.