Minggu Praktikum
: 12
Tarikh
: 22 Oktober 2018
Tajuk Jurnal
: Murid tidak dapat menjawab kertas soalan peperiksaaan berdasarkan kehendak soalan.
1. Isu Yang Difokuskan: Dalam minggu kedua belas praktikum, masalah yang telah saya hadapi ialah murid tidak dapat menjawab kertas soalan peperiksaan berdasarkan kehendak soalan. Hal ini akan menunjukkan bahawa murid-murid masih kurang menguasai topik pengajaran yang disampaikan oleh guru. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu): Masalah ini timbul adalah disebabkan oleh murid-murid tidak mengulang kaji dan tidak membuat persediaan awal sebelum peperiksaan ataupun taraf pendidikan yang ada pada murid adalah terlalu rendah menyebabkan mereka kurang motivasi kendiri untuk memperoleh ilmu demi masa hadapan. 3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas): Menurut Taidin Suhaimin (2017), mengulang kaji pelajaran adalah suatu proses menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat baru. Jadi, murid-murid mesti banyak membuat ulang kaji untuk mengingat semula maklumat pengajaran yang disampaikan oleh guru.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: a. Guru mesti memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid yang tahap pendidikan yang rendah memupuk nilai tidak memutus asa. b. Guru mesti memeriksa hasil kerja murid-murid dan merekod pencapaian untuk menentukan aras pencapaian murid. c. Guru mesti membincang kertas soalan dengan murid-murid supaya mereka tidak akan keliru dengan kehendak soalan lagi. d. Guru membimbing murid membuat pembetulan terhadap soalan peperiksaan yang salah menjawab
5. Tempoh Masa Penyelesaian: PdP seterusnya 6. Tindakan Susulan: Saya akan cuba mengatasi masalah ini dari masa ke semasa untuk memastikan muridmurid menjawab soalan berdasarkan kehendak soalan. Saya akan mencuba sedaya upaya untuk memberi arahan dan semangat kepada mereka yang tahap penguasaan yang rendah supaya mereka tidak mudah putus asa. Saya juga akan membincang jawapan bersama-sama dengan murid dan membimbing mereka membuat pembetulan supaya murid-murid dapat memahami dan menemui kesalahan mereka. Rujukan TaidinSuhaimin. (2017). MotivasiI, teknik belajar & strategi cemerlang menghadapi peperiksaan. Sabah, Malaysia.: Usahawan Group Management Consultants.
Minggu Praktikum 7.
: 12
Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
26 Oktober 2018 8.
Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif. Guru dapat meningkatkan kefahaman murid untuk menjawab soalan peperiksaan. Guru berbincang dengan muridmurid soalan yang tidak dapat menjawab dan murid-murid membuat pembetulan dengan bersungguh-sungguh. Tegasnya, guru perlu sentiasa menegur murid-murid dengan prihatin, memberi galakkan dan motivasi kepada murid-murid untuk mengulang kaji dan menjawab peperiksaan dengan bersungguh-sungguh. 9.
Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika ada)):
Peperiksaan dapat meningkatkan kedudukan murid-muri yang lemah kerana dengan adanya dorongan dan didikan yang sempurna mereka akan terangsang untuk memulakan kejayaannya melalui peperiksaan dan setelah percubaan pertama dan seterusnya mereka tidak mungkin akan terkecundang di tengah jalan lagi. Guru berperanan membimbing, memotivasi dan mengingatkan murid-murid untuk mengulang kaji dan membuat persediaan sebelum peperiksaan. Peperiksaan akan memberi kita peluang untuk menilai dan meneliti kebolehan dan bakat seseorang murid itu. Dengan demikian, guru dapat mengesan dan menumpukan perhatian terhadap murid-murid yang lemah ataupun sederhana. Justeru itu, guru dapat merancang PdPc dan memberi lembaran kerja atau aktiviti yang sesuai dengan tahap penguasaan mereka.