Pengurus Acara 2018 Laporan Peatah Bicara Dan Public Speaking.docx

  • Uploaded by: Rou Rou
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengurus Acara 2018 Laporan Peatah Bicara Dan Public Speaking.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 469
  • Pages: 3
Semasa Program Sepanjang Karnival Bahasa Sempena Program Pengantarabangsaaan IPG Kampus Zon Untara banyak aktiviti dan pertandingan telah dijalankan di sekeliling kawasan IPG Kampus Perlis. Antaranya pertandingan petah bicara, sesi ulasan buku, pameran kaligrafi Cina & Khat Jawi, pameran alat bantu mengajar (ABM), pertandingan bercerita, public speaking competition dan story telling competition. Pada 14 November 2018 (Rabu) pertandingan petah bicara telah diadakan di Bilik Wacana 1, Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Pertandingan ini telah disertai oleh 5 peserta yang terdiri daripada 4 peserta PISMP ambilan Jun 2016 dan seorang peserta PISMP Jun 2015. Pertandingan ini berlangsung dengan lancar dan tiada sebarang masalah besar yang timbul. Peserta-peserta guru pelatih telah mempersembahkan dengan pelbagai gaya dan aksi. Pertandingan yang amat menarik dan memukaumenjadikan para hakim kelihatan agak sukar untuk memilih pemenang. Senarai nama pemenang pertandingan telah diumumkan pada 15 November 2018 Khamis, sewaktu majlis penutupan program ini. Peserta yang mendapat Johan ialah Anas Arshad naib Johan, Chan Shih Kee dan tempat ketiga, Amnani Syafinaz.

Pada 15 November 2018 (Rabu) public speaking competition telah diadakan di Bilik Wacana 1, Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Peserta yang terlibat adalah daripada murid-murid sekolah kebangsaan di negeri Perlis. Kami telah menjemput empat orang guru pelatih TESL untuk menjadi hakim

bagi mengadili pertandingan pada pagi itu. Sebelum pertandingan dimulakan, ketua hakim menerangkan syarat-syarat pertandingan. Pertandingan ini dibahagi terdapat 2 peringkat, peringkat pertama peserta akan bertanding dengan tajuk yang bersedia sendiri sebelum ini, manakala pada peringkat kedua, peserta akan mencabut tajuk secara spontan dan terdapat 2 minit bagi peserta sebagai persediaan. Setiap peserta telah menunjukkan bakat dan gaya yang lebih baik berbanding pertandingan sebelumnya. Peserta yang mendapat Johan ialah Dhiya Darweena Binti Wira dari Sekolah Kebangsaan Kampong Salang, naib Johan, Damia Annisa Bt Fesal dari Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh dan tempat ketiga, Qaseh Balqis Binti Jamzulnazlim dari Sekolah Kebangsaan Kampong Salang.

Program ini telah memberi ruang dan peluang kepada guru pelatih IPG Kampus Perlis dalam bidang pengurusan acara ke arah menjurus dan menganjurkan sesuatu program. Pelaksanaan program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat bekerja secara berpasukan dan mengajar guru pelatih mengurus dan mengendali program supaya dapat dipraktikkan apabila bekerja sebagai guru pada masa hadapan khususnya semasa berada di sekolah nanti. Di samping itu, program ini dapat membimbing para guru pelatih untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik dan berkesan. Pelaksanaan program ini juga memenuhi syor dan cadangan Kementerian

Pelajaran Malaysia yang ingin melihat kemenjadian semua bakal guru yang aktif dari segi akademik mahupun aktiviti ko-kurikulum. Kesimpulannya, program ini sangat membantu khususnya kepada guru-guru pelatih sebagai persediaan untuk mengadakan majlis yang lebih besar dan formal pada masa yang akan datang. Kami bukan sahaja dapat menimba ilmu yang bermanfaat melalui merancang program ini, malah kami juga dapat merasai pengalaman menguruskan suatu majlis, persis peribahasa, perjalanan seribu batu haruslah dimulakan dengan langkah yang pertama

Related Documents


More Documents from "Norry Rompas"