Jurnal - Keganasan Rumahtangga Terhadap Wanita

  • Uploaded by: siti mastura binti md radzi
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jurnal - Keganasan Rumahtangga Terhadap Wanita as PDF for free.

More details

  • Words: 3,058
  • Pages: 7
Malaysian Journal of Public Health Medicine 2002, Vol. 2(1): 58-64

ORIGINAL ARTICLE KEGANASAN RUMAHTANGGA TERHADAP WANITA : PREVALEN DAN FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN WANITA DI JABATAN PESAKIT LUAR Norasikin M.1

ABSTRAK Satu kajian irisan lintang mengukur prevalen keganasan rumahtangga dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pesakit wanita di Jabatan Pesakit Luar Hospital Pontian telah dijalankan. Sampel kajian dipilih secara rawak sistematik pada bulan September 1998 hingga April 1999. Kajian mengunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh reponden. Hasil kajian menunjukkan prevalens keganasan rumahtangga bagi tempoh satu tahun adalah 16.8% dan prevalens keganasan rumahtangga bagi tempoh sepanjang hayat adalah 35.1%. Kajian menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara keganasan rumahtangga dengan faktor seperti umur, taraf perkahwinan, status pekerjaan, umur semasa berkahwin, sokongan moral daripada suami dan keluarga serta pengetahuan, sikap dan tindakan terhadap keganasan rumahtangga. Peratus mangsa adalah tinggi di kalangan umur dibawah 20 tahun, bujang, bekerja, tidak mendapat sokongan moral daripada suami atau keluarga, sikap dan tindakan yang negatif serta berpengetahuan rendah mengenai tempat mendapatkan bantuan. Faktor peramal yang signifikan menyumbang kepada keganasan rumahtangga dikalangan bujang adalah melakukan tindakan yang negatif dalam mengendalikan masalah keganasan rumahtangga dan di kalangan berkahwin adalah perkahwinan pada usia yang muda (<25 tahun), tiada sokongan moral daripada suami dan melakukan tindakan negatif dalam mengendalikan masalah keganasan rumahtangga. Kata kunci: prevalen keganasan rumahtangga, mangsa keganasan, faktor mempengaruhi, faktor peramal ABSTRACT A cross sectional study to measure the prevalence of domestic violence and the factors associated with it among women who seek treatment at Hospital Pontian Out Patient Department was carried out in September 1998 until April 1999. The study sample was chosen through systematic random sampling. A total of 370 women between 15 to 49 years were selected and the response rate was 100%. The Results show the one year prevalence rate of domestic violence was 16.8% and life- long prevalence of domestic violence was 35.1%. Studies shows significant difference between the prevalence of domestic violence by age, marital and working status, age at marriage, knowledge, attitude and action to be taken toward domestic violence. Percent of victim is higher among women less than 20 year old, single, still schooling, negative attitude and action towards abuse and less knowledge of place for seeking help. Factor that contribute significantly toward domestic violence among single women is the lack of positive action in dealing with violence and among married women are early marriage(<25 year), lack of positive action in dealing with violence and lack of moral support from husband and family. Key words: prevalence of domestic violence, mangsa keganasan, associated factors, contributing factors

PENGENALAN Didapati kadar mortaliti dan morbiditi yang bermakna telah dikaitkan dengan keganasan rumahtangga, tetapi hanya segelintir wanita mangsa keganasan rumahtangga dapat dikesan semasa menerima rawatan di unit kecemasan, jabatan pesakit luar, di klinik ibu mengandung dan klinik klinik swasta1. Prevalen keganasan rumahtangga di Amerika Syarikat adalah 28%, di New Zealand adalah 20.1%, di Korea adalah 37.5% , di Jepun 1

Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Johor

58

adalah 58.7% dan di Costa Rica adalah 54%2. Manakala kajian di Malaysia mendapati 39% daripada wanita berumur 18 tahun keatas pernah dipukul oleh suami atau teman lelaki3. Walau bagaimanapun kajian yang dijalankan sebelum ini adalah keatas orang ramai, di unit kecemasan dan dikalangan mangsa keganasan rumahtangga yang mendapat perlindungan dipusat -pusat perlindungan. Tiada kajian yang dijalankan di jabatan pesakit luar. Oleh itu kajian prevalen keganasan rumahtangga dan faktor - faktor yang mempengaruhinya dikalangan wanita dijabatan pesakit luar dijalankan untuk mengetahui trend keganasan rumahtangga dan

Malaysian Journal of Public Health Medicine 2002, Vol. 2(1): 58-64 supaya langkah- langkah pencegahan dan kawalan serta rawatan yang berkesan dapat dilakukan. METODOLOGI Kajian yang dijalankan adalah berbentuk keratan rentas yang dijalankan pada bulan September 1998 hingga April 1999. Populasi sasaran adalah terdiri dari wanita yang berumur 15-49 tahun yang menggunakan perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar Hospital Pontian dan warganegara Malaysia. Seramai 370 wanita dipilih sebagai sampel dan penentuan saiz sampel mengunakan Perisian Epi Info versi 6 (CDC Atlanta) dengan saiz populasi sasaran 53080 orang (anggaran bilangan penduduk wanita berumur 15 - 49 tahun di daerah Pontian) dan prevalen yang dijangkakan 39%3 dan aras keertian 5%. Pemilihan sampel mengunakan persempelan rawak sistematik. Pengumpulan data mengunakan borang soal selidik yang di isi sendiri oleh responden setelah penerangan diberikan. Soal selidik adalah gabungan soalan yang digunakan oleh kajiankajian lain3,4,5 Soal selidik mengandungi faktor demografi, sosioekonomi, sejarah reproduktif serta pengetahuan, sikap dan amalan dikalangan responden. Keganasan rumahtangga yang digunakan adalah sebarang tindakan ganas terhadap wanita oleh pasangannya atau ahli keluarga sama ada dalam bentuk penderaan fizikal, seksual atau psikologi yang dilakukan di khalayak ramai atau tersembunyi yang dilapurkan oleh responden. Data dianalisa menggunakan program SPSS versi 8 (SPSS Inc.). Pengetahuan, sikap dan tindakan terhadap keganasan rumahtangga diukur menggunakan sistem skor. Terdapat 7 soalan berkaitan dengan pengetahuan (skor maksima adalah 7 dan pengetahuan rendah skor < 6), 6 soalan untuk sikap yang mana skor maksima adalah 24 (sikap negatif skor <18) dan 7 soalan untuk mengukur tindakan yang mana skor maksima adalah 28 (tindakan negatif skor<21). Ujian t digunakan untuk menguji skor sikap, skor tindakan dan skor amalan diantara mangsa dan bukan mangsa keganasan rumahtangga. Ujian khi kuasa dua digunakan untuk menguji taburan faktor demografi, sosioekonomi dan sejarah reproduktif antara mangsa dan bukan mangsa. Ujian regresi logistik digunakan untuk menguji kesan faktor risiko yang bermakna. Aras keertian yang digunakan adalah p<0.05. Faktor yang dikaji adalah seperti berikut keganasan rumahtangga (0=mangsa, 1=bukan mangsa), taraf perkahwinan (1=tidak berkahwin, 0=berkahwin), umur semasa berkahwin (1=<24 tahun, 0=24 tahun keatas), pengetahuan tempat rujukan (1=rendah, 0=tinggi), sikap terhadap keganasan rumahtangga (1=negatif, 0=positif) dan tindakan terhadap keganasan rumahtangga (1= negatif, 0= positif).

HASIL KAJIAN Seramai 370 responden mengambil bahagian dalam kajian ini. Kadar respon adalah 100%. Umur responden adalah diantara 15 hingga 49 tahun . Min umur responden adalah 31.2 ± 9 tahun. Dalam kajian ini terdapat 295(79.7%) orang responden Melayu, 48(13%) Cina dan 27(7.3%) India. Dari segi taraf perkahwinan didapati seramai 268(72.4%) daripada responden adalah berkahwin, 91(24.6%) adalah bujang, 5(1,4%) adalah janda dan 6(1.6%) adalah bercerai atau kematian pasangan. Dari segi taraf pendidikan didapati taraf pendidikan rendah (tiada sekolah/sekolah rendah) adalah 18.4%, taraf pendidikan sederhana (sekolah menengah) adalah 67.2% dan tinggi (diploma/universiti)adalah 14.4%. Prevalen keganasan rumahtangga Prevalen mangsa keganasan rumahtangga untuk tempoh satu tahun adalah 16.8 % (62 orang). Prevalen keganasan rumahtangga dalam tempoh sepanjang hayat adalah 35.1% (130 orang). Prevalen keganasan rumahtangga untuk tempoh sepanjang hayat yang paling tinggi adalah penderaan psikologi sahaja (11.6%) diikuti dengan kombinasi penderaan fizikal dan psikologi (11.1%) dan penderaan fizikal sahaja (10.5%). Ianya juga sama dengan bagi tempoh satu tahun (Jadual 1). Sifat keganasan rumahtangga Penderaan fizikal yang paling tinggi adalah ditampar, dipukul dan ditendang. Penderaan mental yang tinggi adalah dimaki, dicemuh dan diherdik manakala penderaan seksual yang utama adalah dipaksa melakukan hubungan seks (Jadual 1). Hubungan ciri-ciri demografi, sosioekonomi dan sejarah reproduktif dengan keganasan rumahtangga Dari segi demografi didapati peratus mangsa keganasan rumahtangga adalah tinggi dikalangan bangsa India berbanding bangsa lain, umur kurang daripada 20 tahun, dikalangan bujang dan pendapatan keluarga antara RM500-RM1000 (Jadual 2). Sejarah reproduktif didapati peratus mangsa adalah tinggi dikalangan yang berkahwin dengan umur kurang 20 tahun, mempunyai anak 3-4 orang, umur mengandung anak pertama kurang dari 20 tahun (Jadual 3). Hanya faktor umur, taraf perkahwinan, status pekerjaan dan umur semasa berkahwin terdapat perbezaan yang signifikan (P<0.05)

59

Malaysian Journal of Public Health Medicine 2002, Vol. 2(1): 58-64 Jadual 1: Sifat keganasan rumahtangga Sifat keganasan rumahtangga

Penderaan fizikal Ditampar/ dipukul/ ditendang (guna tangan/ rotan/penyapu/kayu) Dibaling dengan objek Dicekek Dibakar/ dicucur puntung rokok/ sterika Dihentak kepala kedinding Penderaan psikologi Dimaki/dicemuh/diherdik Diasingkan/tidak bebas bergerak Diancam/diugut Penderaan seksual Dipaksa melakukan hubungan seks Diperlakukan kekerasan semasa hubungan seks

Mangsa dalam satu tahun Bil (%) ( n= 40) 28(70.0)

Mangsa sepanjang hayat Bil (%) (n=86) 57(66.3)

16(40.0) 4(10.0) 2 (5.0) (n=44) 30(68.1) 17(38.6) 12(27.3) (n=5) 3(60.0) 2(40.0)

23(26.7) 8 (9.3) 5 (5.8) 7 (8.1) (n=87) 50(56.8) 25(39.8) 12(13.6) (n=7) 4(57.1) 3(42.9)

Jadual 2: Hubungan faktor demografi dan sosioekonomi dengan keganasan rumahtangga (n=370) Ciri-ciri demografi Bangsa Melayu Cina India Umur <20 tahun 20 - 29 tahun 30 - 39 tahun 40 - 49 tahun Taraf perkahwinan Berkahwin Bujang Janda Berpisah/ cerai Taraf pendidikan Rendah (sekolah rendah / tidak bersekolah) Sederhana (sekolah menengah) Tinggi (diploma/ijazah) Purata pendapatan keluarga RM1000 Status pekerjaan Bekerja Suri rumahtangga Tidak bekerja Bersekolah

60

Mangsa (n=62) Bil (%)

Bukan mangsa (n=308) Bil (%)

Nilai P

46(15.6) 7(14.6) 9(33.3)

249(84.4) 41(85.4) 18(66.7)

P>0.05

17(27.4) 14(22.6) 15(24.2) 16(25.6)

35(11.4) 101(32.8) 100(32.5) 72(23.3)

36(58.1) 25(40.3) 0(0.0) 1(1.6)

232(75.4) 66(21.4) 5(1.6) 5(1.6)

P<0.05

8(12.9)

60(19.5)

P>0.05

47(75.9)

201(65.2)

7(1.2)

47(15.5)

7(1.2) 27(43.6) 28(45.2)

23(7.5) 103(33.4) 182(59.1)

P>0.05

35(56.4) 13(22.6) 1(1.6) 12(19.4)

168(54.5) 108(35.1) 7(2.9) 23(7.5)

P<0.05

P<0.05

Malaysian Journal of Public Health Medicine 2002, Vol. 2(1): 58-64 Jadual 3: Hubungan sejarah reproduktif dengan keganasan rumahtangga (n=279) Sejarah reproduktif

Mangsa (n=37) Bil (%)

Bukan mangsa (n=242) Bil (%)

Nilai P

16(43.2) 18(48.7) 3(8.1)

44(18.2) 187(77.3) 11(4.5)

P<0.05

7(18.9) 6(16.2) 24(68.9)

62(25.6) 47(19.4) 133(55.0)

p>0.05

2(54.) 9(24.3) 18(48.7) 8(21.6)

15(6.2) 82(33.9) 92(38.0) 53(21.9)

P>0.05

6(16.2) 28(75.7) 3(8.1)

29(12.0) 195(80.6) 18(7.4)

P>0.05

Umur semasa berkahwin Awal (<20tahun) Biasa (20-34 tahun) Lewat (35 tahun keatas) Tempoh Perkahwinan Baru berkahwin (<5tahun) Sederhana (5 - 9 tahun) Lama (10 tahun keatas) Jumlah bilangan anak Tiada Tidak ramai (1-2 orang) Sederhana (3-4 orang) Ramai ( 5 orang keatas) Umur semasa mengandung anak pertama Awal (<20 tahun) Biasa (20-24 tahun) Lewat (35 tahun keatas) Penggunaan perkhidmatan kesihatan dan sokongan moral dengan keganasan rumahtangga.

Didapati mangsa lebih kerap menggunakan perkhidmatan kesihatan berbanding dengan bukan mangsa (Jadual 4). Walaubagaimana ianya tidak signifikan dari segi statistik. Mangsa juga kurang menerima sokongan moral dari suami (70.3%), keluarga (56%) berbanding dengan bukan mangsa, dari suami (93.0%) dan keluarga (89.4%) Ianya adalah signifikan dari statistik (sokongan suami, P=0.000 dan sokongan keluarga, P=0.032). Pengetahuan, sikap dan tindakan terhadap keganasan rumahtangga Min skor pengetahuan tempat rujukan secara keseluruhan responden adalah 5.2 ± 1.8. Min skor pengetahuan bagi mangsa adalah rendah berbanding bukan mangsa. Hasil kajian menunjukkan min skor sikap secara keseluruhan responden adalah 16.8 ± 2.6. Didapati min skor sikap mangsa adalah adalah rendah berbanding dengan bukan mangsa manakala min skor tindakan terhadap keganasan rumahtangga adalah adalah 20.6 ± 3.3 Min skor tindakan mangsa

ada rendah berbanding dengan bukan mangsa (rujuk Jadual 5) Dengan mengunakan ujian t terdapat perbezaan statistik yang bermakna diantara min skor pengetahuan, skor sikap dan skor tindakan mangsa berbanding dengan bukan mangsa. Faktor peramal kejadian keganasan rumahtangga di kalangan wanita berkahwin dan tidak berkahwin Di kalangan bujang, didapati hanya tindakan yang negatif sahaja memberi sumbangan secara bererti terhadap keganasan rumahtangga. Seseorang mangsa yang bujang berkemungkinan melakukan tindakan negatif dalam mengendalikan masalah keganasan rumahtangga adalah 7 kali berisiko menjadi mangsa. Bagi yang berkahwin didapati faktor umur semasa berkahwin, tindakan negatif dan tiada sokongan suami memberi sumbangan yang bererti, seseorang individu berkahwin berisiko sebanyak 10 kali menjadi mangsa keganasan rumahtangga jika melakukan tindakan negatif, 7 kali risiko sekiranya tidak mendapat sokongan moral daripada suami dan 8 kali sekiranya berkahwin pada usia yang muda (Jadual 6).

Jadual 4: Hubungan penggunaan perkhidmatan kesihatan dengan keganasan rumahtangga (n=370) Kekerapan Seminggu sekali Sebulan sekali Beberapa kali sebulan Beberapa kali dalam setahun Lain-lain

χ² = 9.104, p =0.059

Mangsa (n=62) Bil (%) 3(4.8) 7(11.3) 33(53.2) 14(22.6) 5(8.1)

Bukan mangsa (n=308) Bil(%) 3(1.0) 32(10.4) 131(42.5) 111(36.0) 31(10.1) 61

Malaysian Journal of Public Health Medicine 2002, Vol. 2(1): 58-64 Jadual 5: Hubungan pengetahuan, sikap dan tindakan dengan keganasan rumahtangga Skor

Min skor pengetahuan tempat rujukan Min skor sikap Min skor tindakan

Mangsa (n=62) Min ± s.p. 4.3 ± 1.9

Bukan mangsa (n=308) Min ± s.p. 5.4 ± 1.7

Nilai P

15.6 ± 2.5 17.7 ± 2.7

17.1± 2.6 21.1± 3.1

<0.01 <0.01

<0.001

Jadual 6: Nisbah ods terlaras dan selang keyakinan 95% bagi faktor peramal keganasan rumahtangga di kalangan golongan bujang dan berkahwin Faktor-faktor peramal

Umur 24 tahun kebawah (>25 tahun keatas) Pengetahuan mengenai tempat rujukan mangsa keganasan rumahtangga Rendah (Tinggi ) Sikap terhadap keganasan rumahtangga Negatif (Positif) Tindakan yang akan dilakukan jika menjadi mangsa Negatif (Positif) Sokongan moral daripada keluarga atau suami Tidak (Ya) Umur semasa berkahwin 24 tahun kebawah (25 tahun keatas)

PERBINCANGAN Kajian ini menunjukkan prevalen keganasan rumahtangga bagi tempoh satu tahun adalah 16.8%. Ini adalah lebih kurang sama dengan kajian di Amerika Syarikat keatas wanita yang mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan di pendalaman sebanyak 16.4%6. Di Denver, Colorado, kajian keatas wanita yang mendapatkan rawatan di unit kecemasan hospital adalah 15.3%7. Kajian menunjukkan bagi tempoh sepanjang hayat prevalennya adalah 35.1%. Ianya lebih kurang sama dengan kajian di Malaysia terhadap orang ramai oleh Women Aids Organisation pada tahun 1990 iaitu 39%. Kajian diluar negeri mendapati prevalennya adalah diantara 40% - 54.2%6,7,8,9. Sifat keganasan fizikal yang paling kerap dilakukan adalah ditampar, dipukul dan ditendang (70%). Hasil kajian di Malaysia terhadap orang ramai pada tahun 1990 menujukkan peratus 62

Bujang ( n=91) Nisbah Ods 95% sk

Berkahwin (n=279) Nisbah Ods 95%sk

1.7 (0.3,11.0)

0.8 (0.2, 3.5)

2.1 (0.5,9.6)

1.9 (0.8,4.2)

4.5 (0.8, 24.9)

0.8 (0.4, 2.1)

6.6 (1.5, 29.9)

9.8 (3.4, 28.4)

1.5 (0.4, 5.5)

6.3 (2.3, 17.7)

-

7.5 (1.5, 35.9)

keganasan fizikal yang tinggi (70%) adalah dipukul dengan tangan, buluh, kayu, batang paip, penyapu dan kerusi3. Dari segi keganasan psikologikal, kajian ini menunjukkan kadar prevalen bagi satu tahun adalah 11.9%. Didapati tiada banyak perbezaan dengan kajian di Denver, Colorado kajian keatas wanita yang mendapatkan rawatan di unit kecemasan hospital pada tahun 1995 iaitu 14.6%7. begitu juga bagi keganasan seks, prevalen kajian ini bagi tempoh satu tahun adalah 1.35% dan lebih kurang sama dengan kajian di Minnesota keatas wanita yang mendapatkan rawatan pesakit luar adalah 2.2%8. Kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan keganasan rumahtangga. Peratus mangsa adalah tinggi pada umur yang rendah (<20 tahun). Kajian yang dilakukan di Denver, Colorado menunjukkan hubungan bermakna dengan umur yang muda dengan keganasan rumahtangga7 dan di Pusat

Malaysian Journal of Public Health Medicine 2002, Vol. 2(1): 58-64 Perubatan John Hopkins, Amerika Syarikat menunjukkan hubungan yang signifikan dengan umur yang muda10. Berdasarkan taraf perkahwinan, kajian ini menunjukan terdapat perbezaan yang signifikan dimana peratus mangsa adalah tinggi dikalangan bujang (27.5%). Di Amerika Syarikat kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang bermakna bagi wanita yang tidak berkahwin menjadi mangsa8. Di Pusat Perubatan John Hopkins, Amerika Syarikat, kajian menunjukkan hubungan bermakna dengan mereka yang bujang, berpisah atau bercerai10. Berdasarkan umur semasa berkahwin, hasil kajian menunjukkan prevalen keganasan rumahtangga adalah paling tinggi dikalangan responden yang berkahwin pada usia yang muda (<20 tahun) berbanding usia yang lain dan ianya signifikan dari segi statistik. Di India, kajian yang dilakukan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang bermakna antara umur semasa berkahwin dengan prevalens keganasan rumahtangga11. Kajian ini juga menunjukkan sokongan moral mempengaruhi keganasan rumahtangga. Mangsa keganasan rumahtangga kurang mendapat sokongan moral daripada suami atau keluarga berbanding dengan bukan mangsa. Hasil kajian menunjukkan min skor pengetahuan, sikap dan tindakan mangsa adalah rendah berbanding dengan bukan mangsa. Analisa regresi logistik yang dijalankan menunjukkan hanya faktor tindakan negatif menyumbang secara bererti kepada keganasan rumahtangga di kalangan bujang dan pada yang berkahwin adalah faktor umur semasa berkahwin, tindakan negatif dan tiada sokongan daripada suami. Kajian ini dijalankan secara irisan lintang dan semua pengukuran serta keputusan yang didapati hanya menggambarkan situasi pada masa tersebut sahaja. Walau bagaimanapun ia dapat digunakan sebagai data asas untuk menilai masalah keganasan rumahtangga dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Dari segi pengukuran prevalen keganasan rumahtangga, bias pengukuran dapat dikurangkan dengan menggabungkan beberapa soalan - soalan dari kajian - kajian yang terdahulu. Terdapat juga limitasi dimana kajian ini hanya dijalankan dikalangan wanita yang menggunakan perkhidmatan pesakit luar sahaja. Walau bagaimanapun, Jabatan Pesakit Luar Hospital Pontian merupakan pusat rujukan utama bagi penduduk daerah Pontian .

keganasan rumahtangga dalam tempoh satu tahun (16.8%). Didapati mangsa lebih kerap menggunakan perkhidmatan kesihatan berbanding dengan bukan mangsa walaupun ianya tidak signifikan dari statistik. Oleh itu jabatan atau pertubuhan yang terlibat khasnya Jabatan Kesihatan terutama pegawai perubatan perlu mengesan kes-kes masalah keganasan rumahtangga semasa mereka mendapatkan perkhidmatan. Hasil kajian menunjukkan peratus mangsa adalah tinggi pada umur kurang daripada 20 tahun, bujang, bersekolah, umur semasa berkahwin kurang daripada 20 tahun, tiada sokongan moral dari suami dan keluarga serta pengetahuan yang rendah, sikap dan tindakan yang negatif terhadap keganasan rumahtangga. Dari kajian dicadangkan setiap anggota masyarakat terutama wanita yang berumur 20 tahun kebawah, bujang, bersekolah atau berkahwin pada usia yang muda diberi penekanan dan pendedahan tentang masalah ini supaya mereka lebih berpengetahuan mengenai keganasan rumahtangga, bersikap lebih positif, berani bertindak dan mendapatkan bantuan. PENGHARGAAN Ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Khadijah Shamsuddin dan Prof. Madya Dr. Hanafiah Mohd. Salleh dalam memberi tunjuk ajar semasa membuat kajian. Penghargaan juga kepada Profesor Osman Ali dalam memberi tunjuk ajar membuat lapuran bagi tujuan penerbitan. RUJUKAN 1.

Hemberger LK, Saunders DG & Hovey M. Prevalence of domestic violence in community practice and practice and rate of physician inquiry. Journal of Family Medicine 1992; 283 - 284.

2.

Heise LL. Gender based violence and women reproductive health. International Journal of Gynaecology & Obstretric 1994; 46:221-229

3.

Women’s Aids Organization. Survey research Malaysia: Battered women in Malaysia. WAO Publication; Perpustakaan Negara Malaysia, 1990

4.

Feldhaus, Kim M, Mclain K. et al. Accuracy of 3 brief screening questions for detecting partner violence in the Emergency Department. Journal of American Medical Association 1997; 272: 135-136

5.

Farlane MC, Parket B, Soeken K. et al. Brief reports assessing for abuse during pregnancy. Journal of American Medical Association 1992; 267; 3176-3178

KESIMPULAN Kajian dapat menunjukkan magnitud keganasan rumahtangga di kalangan wanita yang mendapatkan perkhidmatan di Jabatan Pesakit Luar Hospital Pontian. Masalah keganasan rumahtangga masih lagi tinggi prevalennya. Dalam kajian ini menunjukkan satu daripada 6 wanita menghadapi masalah

63

Malaysian Journal of Public Health Medicine 2002, Vol. 2(1): 58-64 6.

David GF, Wilson MF & Stoner S. Prevalence of adult domestic violence among women seeking routine care in a Native American health care facility. American Journal of Public Health 1998; 10:1515-1517

7.

Abbott J, Johnson R, Mclain JK, Steven R. Domestic violence against women : Incidence and prevalence in an Emergency Department. Journal of American medical Association 1992; 273 : 1763 –1767

8.

Elliott B & Johnson M. Domestic violence in a primary care setting: Patterns and prevalence. Archives of Family Medicine 1995; 4: 113-118

64

9.

Miller K. Domestic violence and women’s expectation of physicians. American Family Physician 1998; 10: 2528

10. Cauley J, David K, Kolodner K. The battering syndrome; Prevalence and clinical characteristics of domestic violence in primary care. Annals Internal Medicine 1995 ; 23: 737746 11. Jejeebhoy SJ & Cook RJ. State accountability for wife beating: The Indian Challenge. . The Lancet 1997; 349: 110-112.

Related Documents


More Documents from "iwe"