Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak as PDF for free.

More details

  • Words: 905
  • Pages: 4
KEGANASAN TERHADAP WANITA DAN KANAKKANAK Oleh: Ahmad Shah bin Jamlus

Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak yang sering kita dengar dewasa ini, menjadikan secara tidak langsung imej budaya, pemikiran dan kepercayaan kita terhadap agama boleh dipertikaikan. Jika kita memperkatakan tentang Islam dan cara hidupnya adalah tidak mungkin perkara yang keji sebegini boleh berlaku. Persoalannya, apakah langkah dan landasan kita sebagai seorang muslim dan masyarakat muslim telah dapat kita terapkan sehingga dapat mengurangkan kejadian tidak diingini seperti ini. Dalam dunia yang mementingkan persepsi dan pandangan masa kini, saya juga rasa terpanggil untuk membicarakan topik ini dari sudut itu. Persepsi sesetengah kita mendapati kepelbagaian, perbezaan dan kelainan adalah merupakan titik asas untuk kita membentuk perkumpulan dan berpecah atau akan timbul masalah dari perbezaan atau kelainan tersebut. Sedang perbezaan merupakan titik-tolak kepada perkenalan serta lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Misalnya, Allah s.w.t telah menjadikan manusia berlainan jantina. Asasnya, Allah s.w.t telah menjadikan Hawa untuk Adam a.s agar menjadi peneman dan saling melengkapi hidup. Berbeza apa yang berlaku pada persepsi sesetengah kita. Wujudnya lelaki dan wanita menjadikan timbulnya pertelingkahan melibatkan perbezaan gender ini. Kaum wanita dengan kaum wanita, manakala lelaki tidak kurang juga ada menuntut keistimewaan. Padahal sepatutnya mereka itu saling melengkapi kerana antara mereka itu ada kelebihan dan ada kelemahan yang tersendiri untuk saling menyempurnakan dan membahagiakan. Sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nisa’, Ayat 1;

Maknanya: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. Dalam satu ayat yang lain, Surah Al-Hujurat, Ayat 13;

Maknanya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Daripada dua ayat di atas, betapa kejadian manusia keseluruhannya tidak kira siapapun dia dan apapun pegangannya, hakikat kesemuanya adalah untuk mengwujudkan suasana yang aman dan bahagia dalam kehidupan ini. Selain persepsi asas di atas, saya juga ingin menegaskan melalui tulisan saya ini bahawa kelainan tidak semestinya menggambarkan kelemahan, kekuatan tidak semestinya melambangkan kehebatan.

Sesetengah mereka yang mempunyai persepsi bahawa kelainan gender adalah untuk bersaing antara satu sama lain. Lantaran perkataan ‘bersaing’ mencengkam dalam benak pemikiran yang negatif, lalu wujud pemahaman memastikan gender siapa yang akan menang. Hasilnya, wujudlah permainan kotor dalam pelbagai bentuk. Misalnya apabila lelaki tidak dapat membuktikan kelelakiannya dalam bentuk kuasa dan kepimpinan, maka penindasan dalam bentuk keganasan pun berlaku, sebagaimana yang saya selalu baca dalam kes-kes keganasan rumahtangga. Begitu juga, jika kita lihat kepada kes wanita menganiayai lelaki dari sudut emosi dengan perbuatan memaki hamun, mencemuh malah ada suami yang sakit jiwa lantaran tekanan yang dilakukan oleh si isteri. Allah s.w.t telah menyediakan landasan untuk kita faham kekuatan dan kelemahan dua gender ini. Seharusnya kita menyediakan acuan yang tepat untuk anak-anak kita agar tumbesarannya mengikut kejadian biologi masing-masing. Lelaki dengan kekuatan fizikal, perempuan dengan kelembutan. Persamaan gender tidak akan berlaku buat selamanya dalam kehidupan manusia ini melainkan manusia itu sendiri yang degil dengan prinsipnya. Saya menyatakan demikian bukan untuk mengatakan kaum wanita lemah dalam ‘kelembutan’ atau kaum lelaki hebat dalam kekuatan fizikal tetapi kehebatan wanita adalah pada ‘kelembutan’nya manakala lelaki akan hebat dengan ‘kepimpinan’nya. Melalui fakta yang mudah ingin saya sampaikan, seorang anak tidak akan lahir ke dunia tanpa ada ayah dan ibu. Barang sudah tentu ayah adalah seorang lelaki manakala ibu sudah pastinya wanita. Begitulah perbezaan akan melengkapi antara wanita dan lelaki. Firman Allah s.w.t, Surah An-Nisaa’, Ayat 34;

Maknanya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. Apabila kita dapat menyelesaikan masalah asas ini iaitu persepsi yang betul terhadap perbezaan gender, maka masalah keganasan terhadap wanita dan kanakkanak akan dapat dikurangkan atau mampu untuk diselesaikan. Ini adalah kerana keganasan wanita antara punca kepada keganasan kanak-kanak pada sesetengah kes. Sebagai contoh, apabila si isteri tertekan terhadap sikap suaminya, anak-anak yang akan menjadi mangsa. Lebih-lebih lagi dewasa ini, kes-kes perceraian semakin meningkat, akibatnya berkemungkinan boleh menjadikan fahaman perbezaan gender yang salah dan akan terus membentuk persekitaran masyarakat yang tidak baik. Kesimpulannya, keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak amat berkait rapat dengan persepsi terhadap perbezaan gender. Lantaran itu, saya merasakan kita perlu kembali kepada asas dengan membentuk serta berada pada acuan yang sewajarnya, agar kita semua dapat mengelak sebarang tekanan yang boleh mencetuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Related Documents